Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT WARDEN DAN PENYELIA ASRAMA SIRI IV SESI 2015

Tarikh : 06 Julai 2015


Masa : 1230
Tempat : Bilik Perkembangan Staf
Kehadiran :
1. En Patrick Nojey

Pengetua

2. Cik Gloria Raphael

Penolong Kanan HEM

3. En Liou Joik

Penolong Kanan Petang

4. En Neve Johny

Ketua Warden

5. En Milton Ng

Warden

6. Pn Nyode Josenalis

Warden

7. Pn Sadiah Ahseng

Warden

8. Pn Maria Ugak

Ketua Penyelia Asrama

9. Pn Victoria Mejem

Penyelia Asrama

10. Cik Lydia Jakarta

Warden

11. Cik Evelyn Alex

Warden

1. Ucapan Aluan GPKHEM


1.1 GPKHEM mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Jawatankuasa
Pengurusan Asrama untuk mesyuarat kali IV. Beliau turut memperkenalkan
Puan Maria Ugak selaku Ketua Penyelia Asrama yang baru bagi menggantikan
Pn Martha Ayu yang telah berpencen. Beliau berharap kerjasama dari semua
AJK pengurusan asrama untuk melicinkan perjalanan pengurusan asrama bagi
sesi 2015.
Tindakan: Semua AJK
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Asrama SMK Bau Kali 3/2015
2.1 Minit Mesyuarat Asrama Kali 3/2015 disahkan oleh Cik Lydia Jakarta
dan disokong En milton Ng.
Makluman
3. Perkara-perkara Berbangkit dari Mesyuarat 3 / 2015
3.1 Pn Maria menekankan tentang kebersihan asrama terutamanya asrama pelajar
Lelaki yang kurang memuaskan.
Makluman.

3.2 Pn Maria turut menekankan tentang skop tugas janitor sekolah dalam
pembersihan asrama. Pn Maria juga perlu berjumpa dengan Ketua Janitor untuk
berbincang mengenai pembahagian tugasan. Selain itu, pihak janitor sekolah juga
boleh membantu membersihkan flat guru dan kawasan sekitarnya.

Makluman.

3.3 Bilik dobi dan saterika akan mulai beroperasi secepat mungkin. Penggunaan
mesin basuh akan dikenakan bayaran sejumlah 50 sen setiap minggu dan akan
ditulis di dalam buku log. Bayaran yang dikenakan akan digunakan untuk
penyelenggaraan mesin basuh. Surat pemberitahuan akan turut diedarkan kepada
para penjaga pelajar asrama mengenai penggunaan mesin basuh dan saterika.
Tindakan : Penyelia Asrama dan Warden.

3.4 Turut ditekankan bahawa langsir di asrama akan turut diganti. Setelah
dipersetujui, langsir asrama perempuan akan berwarna purple dan langsir asrama
lelaki akan berwarna maroon
Tindakan: Penyelia Asrama.

4. Pendaftaran Pelajar Asrama oleh warden.

4.1 Laporan headcount pelajar asrama adalah seperti berikut :

Ting

Lelaki

Perempuan

Jumlah

T1

40

39

79

T2

32

39

71

T3

38

56

94

T4

38

36

74

T5

18

39

57

T6R

12

16

T6A

19

26

Makluman.
4.2 Kebersihan dan keceriaan setiap bilik dan asrama masih perlu dipertingkatkan
lagi. Pelajar asrama lelaki perlu diberi teguran kerana tahap kebersihan yang
tidak begitu memuaskan. Pn Maria melaporkan bahawa ada bilik yang
menempatkan katil yang diubahsuai dan digunakan oleh pelajar yang ponteng ke
asrama.
Tindakan : Penyelia Asrama dan Warden.

4.3 Warden turut menyatakan masih ramai pelajar asrama yang enggan memakai
pakaian rasmi asrama ketika keluar ke pekan dan ketika kembali ke asrama setelah
pulang bermalam. Pelajar turut tidak menggunakan Prep malam untuk melakukan
kerja rumah atau mengulangkaji. Pelajar lelaki terutamanya terlalu bising ketika
hendak tidur malam sehingga menggangu ketenteraman para guru dan staf yang
menghuni di flat berdekatan.
Tindakan : Penyelia Asrama dan Warden

5. Laporan Penyelia Asrama

5.1 Pn Maria telah berbincang dengan pihak dapur tentang tatacara pengurusan
dapur yang sepatutnya. Beliau turut menegur pihak dapur tentang cara hidangan
makanan kepada pelajar. Para pelajar seharusnya juga mematuhi masa makan yang
telah ditetapkan.
Makluman.
5.2 Pn Maria turut berjanji akan memberi nafas baru kepada dewan baik dari segi
susun atur, perhiasan serta keceriaan.
Makluman.
6. Pertandingan ASAT
6.1 Para warden yang ditugaskan untuk melatih pelajar ke Pertandingan
ASAT peringkat daerah Bau telah bersedia sepenuhnya meskipun terdapat
kengkangan masa. En Neve selaku ketua warden turut berjanji akan mengekalkan
kejuaraan keseluruhan seperti tahun sebelumnya.
Makluman.
7. Hal-hal lain.

7.1 Para warden akan terlibat dengan Program Motivasi Ting 3 dan 5 yang akan
diadakan di REDEEM dalam masa yang terdekat.
Makluman.

8. Penutup

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK Pengurusan
Asrama.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1610

Disediakan oleh

Disemak oleh

............................................
(Cik Evelyn Alex)

.................................................
(Cik Gloria Raphael PK HEM)

You might also like