Bab I

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Islam tersebar secara meluas di Alam Melayu pada abad ke-15. Kedatangan Islam telah
memperkenalkan sistem tulisan Arab dan seterusnya Jawi. Pengenalan sistem tulisan
turut meningkatkan tahap sedar masyarakat Melayu tentang celik huruf. Selain digunakan
untuk penyebaran Islam, sistem tulisan telah memajukan tradisi kesusasteraan Melayu
daripada sastera lisan kepada tradisi bertulis. Dalam fasa yang dikenali sebagai fasa
tradisional1 ini, karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh para pujangga istana dalam
lingkungan istana kerajaan-kerajaan Melayu. Dalam fasa ini juga, penulisan karya-karya
agama yang berteraskan amalan tasawuf oleh para ulama tempatan 2 turut subur
berkembang. Teknologi percetakan3 yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada abad
1

Braginsky (1998:60) telah membahagikan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional selepas


kedatangan Islam kepada dua peringkat. Peringkat awal merujuk kepada julat masa ketika proses Islamisasi
masih berlangsung dan belum mengakar secara menyeluruh di Alam Melayu (abad ke-14 sehingga abad ke16) dan peringkat terkemudian ketika sebuah ketamadunan Islam telah dibangunkan di Alam Melayu (abad
ke-16 sehingga abad ke-19). Karya-karya sastera Melayu yang dihasilkan pada peringkat-peringkat ini
menggambarkan perubahan dan anjakan dalam pemikiran serta pandangan alam orang Melayu. Siti Hawa
Salleh (2010: 100) turut mengulas tentang perkembangan ini.
2

Para ulama-pengarang yang dimaksudkan antaranya adalah Hamzah Fansuri, Shamsuddin Al-Samatrani
dan Abdul Rauf Singkel (Braginsky 2003).
3

Muhammad Haji Salleh (2009: 2) menegaskan kepentingan teknologi percetakan terhadap perkembangan
dunia kesusasteraan Melayu: With its inception and the loud clanging of its heavy metal parts, now poems

ke-19 telah memberi kesan yang begitu signifikan terhadap dunia kesusasteran Melayu.
Tradisi kesusasteraan bertulis yang berpusat di istana perlahan-lahan diambil alih oleh
kesusasteraan bentuk baru yang dihasilkan oleh orang kebanyakan, untuk bacaan orang
kebanyakan juga. Fasa ini sangat penting kerana ia menandakan peralihan kesusasteraan
Melayu daripada fasa tradisional kepada fasa moden melalui penerbitan Kisah Pelayaran
Abdullah oleh Munsyi Abdullah pada tahun 1846 (Muhammad Haji Salleh 2009).
Selain itu, anjakan-anjakan dalam kesusasteraan Melayu ini ditandai oleh pelbagai
ciri seperti genre, gaya penulisan, teknik kepengarangan dan tidak ketinggalan,
perkembangan aliran kesusasteraan. Bermula dengan karya tradisional tulisan pujangga
istana yang berupa hikayat, sastera sejarah dan ketatanegaraan yang beraliran
romantisisme (Sweeney 1980), kesusasteraan Melayu beralih kepada aliran realisme
sehingga memunculkan fasa kesusasteraan Melayu moden. Evolusi ini berterusan
sehingga dekad 1970-an apabila aliran absurdisme mula mendapat tempat, terutamanya
dalam penulisan prosa. Pada tahun 1980-an pula, aliran realisme magis diterima oleh
sebilangan pengarang tempatan (Muhammad Haji Salleh 2009). Anjakan dalam aliran
kesusasteraan ini bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya ia membuktikan kemajuan
tahap sedar pengarang sebagai manusia kreatif dalam memaknakan hubungannya dengan
Tuhan, masyarakat dan persekitaran. Oleh itu, sungguhpun secara relatifnya dianggap
sebagai sesuatu yang baharu dalam dunia kesusasteraan Melayu, realisme magis
bukanlah sesuatu yang sama sekali asing dalam tradisi kesusasteraan tempatan.
Sebaliknya, ciri-ciri aliran ini merupakan kesinambungan4 daripada unsur-unsur sedia ada
dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

and stories could be published in great numbers For the first time, readership was no longer restricted
to the rich and nobility
4

Hadijah Rahmat (2001: 370) menyatakan bahawa pelbagai perubahan dalam kesusasteraan Melayu tidak
boleh dianggap sebagai antitesis kepada satu sama lain kerana: Malay literature evolved slowly and
developed based on an accumulation of inherited traditions and conventions.

Fasa moden5 dalam kesusasteraan Melayu ditandai oleh kehadiran unsur-unsur baharu
yang berupaya mewacanakan pelbagai permasalahan dalam konteks zamannya (Hadijah
Rahmat 2001: 371).6 Secara khusus, aspek modeniti ini merujuk kepada ciri-ciri kreativiti
serta visi estetik yang ditampilkan oleh seseorang pengarang Melayu, sehingga
menggugah dan memberi sumbangan signifikan kepada perkembangan kesusasteraan
secara umum. Menurut Hadijah Rahmat (2001),7 pembaharuan berkenaan bukan sekadar
dapat diperhatikan secara luaran melalui genre, teknik penulisan, gaya bahasa dan
teknologi8 yang digunakan. Sebaliknya, ia turut merangkumi aspek-aspek dalaman seperti
aliran kesusasteraan9 yang terkandung lewat karya-karya para pengarang Melayu.
Khalayak10 sastera Melayu secara umumnya mengiktiraf Kisah Pelayaran
Abdullah karya Munsyi Abdullah sebagai antara karya kesusasteraan Melayu moden
pertama.11 Karya berkenaan dihasilkan pada tahun 1849, iaitu pada zaman pendudukan
5

Fasa kesusasteraan Melayu moden didahului oleh fasa tradisional. Karya-karya kesusasteraan Melayu
bertulis pada julat masa ini dihasilkan dalam lingkungan tradisi pujangga istana (Siti Hawa Salleh 2009:
144 dan Sweeney 1987). Karya-karya berkenaan berbentuk hikayat dan sastera sejarah, dan dikarang atas
titah perintah raja-raja (A. Samad Ahmad 1986: 2 dan Andaya 1979: 155). Oleh itu, hanya cenderung
mengabsahkan kehebatan dan kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu melalui penggambaran salasilah,
kepahlawanan raja-raja serta hubungan baik dengan empayar-empayar antarabangsa. Oleh itu, karya-karya
sebegini digolongkan sebagai karya literary romance (Sweeney 1987: 3) atau romantisisme. Fasa ini
diteruskan oleh penghasilan karya-karya tasawuf.
6

Hadijah Rahmat (2001: 371) menyimpulkan bahawa pencarian pengertian modeniti dalam kesusasteraan
Melayu dinoktahkan oleh pengertian berikut: it refers to something which is new for its own time, and
addresses the problems of its time.
7

Hadijah Rahmat (2001: 371): A modern writer is a creative person with a new aesthetic vision which
makes a significant contribution to the general literary development, either from the perspective of inner
and/or outer forms.
8

Ismail Hussein berpendapat kesusasteraan Melayu moden bermula dengan pengenalan teknologi
percetakan di Singapura pada abad ke-19 kerana ia merevolusikan peranan serta penghasilan karya-karya
kesusasteraan Melayu (Hadijah Rahmat 2001: 19).
9

Aliran kesusasteraan ialah kecenderungan pemikiran yang dianuti oleh golongan pengarang (Mana
Sikana, 1983). Pengarang berpegang kepada aliran kesusasteraan tertentu untuk menyuarakan pemikiran
serta ideologi mereka kepada pembaca lewat karya yang dihasilkan. Selaras dengan peranan mereka
sebagai perakam zaman, pengarang cenderung menganuti aliran kesusasteraan yang berkait rapat dengan
perkembangan dan pengaruh semasa.
10

Menurut Hadijah Rahmat (2001: 10-14), antara sarjana, pengkaji dan penggiat sastera Melayu yang
dimaksudkan adalah Zaba, Teuku Iskandar, Mohd. Taib Osman , A. Bakar Hamid, Kassim Ahmad dan
Muhammad Haji Salleh.
11

Walau bagaimanapun pendapat ini tidak dipersetujui oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang
mencadangkan Hamzah Fansuri (m. 1590) sebagai Bapa Kesusasteran Melayu Moden:

Inggeris di Tanah Melayu. Ia merakamkan pemerhatian sehari-hari Munsyi Abdullah


terhadap persekitarannya ketika mengembara dari Singapura ke Kelantan untuk
menghantar sepucuk surat daripada saudagar Tionghua yang mengalami masalah
perniagaan kepada penguasa sah Kelantan. Selain berbentuk autobiografi dan ditulis
daripada perspektif individu, Abdullah juga mengemukakan mengemukakan kritikan
terhadap realiti kehidupan orang Melayu pada masa itu secara lantang dan terbuka dalam
karya berkenaan. Tuntasnya, Kisah Pelayaran Abdullah berbeza daripada karya-karya
beraliran romantisisme12 iaitu hikayat dan karya sastera sejarah yang dihasilkan oleh para
pujangga istana yang mendominasi fasa kesusasteraan Melayu sebelum itu.
Pembaharuan-pembaharuan yang diketengahkan oleh Abdullah bersangkut-paut
dengan hubungan baiknya dengan Raffles dan pihak Inggeris. Inggeris telah menguasai
Singapura13 semenjak tahun 1874.14 Pendudukan Inggeris di Tanah Melayu menjadi
Untuk kesekian lamanya sejarah kesusasteraan Melayu menamakan Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Dalam penulisan sejarah ini, hujah Profesor
Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa Hamzah Fansuri lebih sesuai untuk menyandang
gelaran tersebut tidak mendapat sambutan (Ungku Maimunah 2007: 20).
Hassan Ahmad bersetuju dengan Al-Attas:
To him, long before Abdullah, there were Malay writers such as Ar-Raniri and Hamzah Fansuri
who had already departed from the old tradition (Hadijah Rahmat 2001: 12).
Al-Attas (1972: 20) menjustifikasikan pendapatnya berdasarkan aspek bahasa dan wacana yang jelas,
saintifik dan ilmiah dalam karya-karya sastera tasawuf. Selain itu, penghasilan karya tasawuf juga merubah
pengaruh serta penguasaan golongan istana dalam penghasilan karya kesusasteraan Melayu.
12

Aliran romantisisme bersikap memperindahkan subjek atau objek (Mana Sikana 1983: 5). Romantisisme
telah berjaya menampilkan beberapa karya yang dapat memberikan sumbangan terhadap peradaban
manusia terutamanya dalam menaikkan semangat kebangsaan, nasionalisme dan identiti kepada sesuatu
bangsa kerana penggarapannya melalui karya-karya bercorak sejarah memberikan semacam kekuatan dan
mukjizat untuk bangsa itu mendapat kuasa-kuasa magis yang memperdaulatkan sifat kebangsaannya
(Peckham 1970).
13

Singapura, Melaka dan Pulau Pinang digabungkan sebagai Negeri-Negeri Selat oleh pihak Inggeris pada
tahun 1826. Ketiga-tiga negeri Melayu ini mula dikuasai dan diduduki lebih awal iaitu Pulau Pinang
diambil daripada Kedah pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan Melaka pada tahun 1824 selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda. Gabungan ini diwujudkan sebagai usaha pihak Inggeris mengukuhkan
perluasan kuasa dan perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu, setiap Negeri Selat diletakkan
di bawah pentadbiran seorang Residen Councillor yang melapor terus kepaa seorang GabenorJenaral yang
beribu
pejabat
di
Pulau
Pinang.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=negeri&d=8,
http://hids.arkib.gov.my/print.php?type=A&item_id=1450 Dicapai pada 21 Disember 2013.
14

Inggeris telah menjajah Tanah Melayu secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20
Januari 1874 antara wakil British iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah

sangat penting pada akhir abad ke-19 demi menjamin bekalan bahan mentah untuk
kegiatan perkilangan di England. Pada ketika itu, Revolusi Perindustrian meledak di
England rentetan pelbagai penemuan sains di Eropah. Oleh itu, bidang sains yang
berteraskan empirisme dan rasionalisme menjadi kayu ukur dalam segala aspek
kehidupan moden masyarakat Inggeris, termasuklah kesusasteraan (Snow 1993).
Kesannya, sebuah aliran kesusasteraan yang berteraskan faham empirikisme dan
rasionalisme iaitu realisme15 telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Inggeris
khususnya, dan Eropah amnya.
Berdasarkan pergaulannya dengan pihak Inggeris, Abdullah terdedah kepada
perkembangan16 ini. Pengetahuan baru berkenaan membolehkan beliau menghasilkan
sebuah karya kelihatan berbeza daripada karya-karya kesusasteraan Melayu terdahulu.
Sehubungan itu, Mohd. Taib Osman (1976) berpendapat Abdullah merupakan pembawa
pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.17 Zain Al-Abidin Ahmad (1940) turut memuji
bahawa karya realistik Abdullah telah memulakan fasa kesusasteraan Melayu moden.18
Menurut Mohd Zariat (2006), kejayaan Abdullah menghasilkan sebuah karya
kesusasteraan Melayu yang bebas daripada unsur mitos, legenda dan tahyul itu juga turut

yang berkuasa di kawasan Hilir Perak. Antara lain, perjanjian ini buat julung kalinya telah membenarkan
pihak British campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri Melayu, sekaligus
mengehadkan kuasa raja dan pembesar Melayu kepada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat sahaja (Siti
Zalikhah Md. Nor 2010).
15

Aliran realisme ialah pemberontakan terhadap romantisisme. Ia dicetuskan di Perancis pada pertengahan
kurun ke-19 dan dipacu oleh kebangkitan sains sebagai bidang ilmu yang sedang berkembang dengan
pesatnya di Eropah. Realisme dikembangkan daripada disiplin empirikal, iaitu pengabsahan kebenaran
berdasarkan penaakulan menggunakan pancaindera semata-mata. Secara langsung, realisme menolak realiti
transendental, spiritual, metafizikal dan akliah (Ungku Maimunah 2013: 8).
16

Abdullah was westernized and symbolized the new Malay world or civilization (Hadijah Rahmat
2001: 14).
17

an innovator of modern literature (Hadijah Rahmat 2001: 14).

18

had initiated modern Malay literature (Hadijah Rahmat 2001: 10).

diakui oleh para pengkaji Barat seperti Alfred North (1843), 19 J.T. Thomson (1874),20 R.J.
Wilkinson (1907)21 dan C. Skinner (1978).22
Sehubungan itu, pengenalan aliran realisme pada abad ke-19 secara umumnya
diterima sebagai salah satu ukuran terhadap anjakan kepada fasa kesusasteraan Melayu
moden. Oleh itu, aliran ini mempunyai kesan langsung terhadap cara pengarang Melayu
berkarya. Pada abad berikutnya iaitu abad ke-20, pengarang Melayu semakin mengambil
serius tentang perkembangan aliran kesusasteraan di Barat atas faktor peningkatan taraf
pendidikan serta peluasan ufuk pembacaan (Othman Puteh dan Ramli Isin 2003:15).
19

Alfred North (1807-1869) merupakan seorang pendakwah Kristian (missionary) berbangsa Amerika yang
mempunyai kepakaran dalam bidang percetakan. Pada bulan Februari 1836, North telah dihantar oleh
American Board of Commisioners for Foreign Missions untuk bertugas di Singapura. Beliau berada di sana
sehingga tahun 1843, sebelum ditukarkan ke Madura, India (Ibrahim 1986: 16). Pada tahun 1831, North
telah mencetak naskhah Sejarah Melayu yang disunting oleh Munsyi Abdullah. Mereka mempunyai
hubungan yang baik, malah beliau merupakan orang yang menggalakkan agar Munsyi Abdullah menulis
kisah pelayarannya ke pantai timur Tanah Melayu. http://global.britannica.com/EBchecked/topic/418507/
Alfred-North Dicapai pada 16 Oktober 2013.
20

J.T. Thomson (18211884) dilahirkan di Northumberland, England dan telah mendapat pendidikan di
Duns Academy dan Marlschal College, Aberdeen. Pada tahun 1838, beliau tiba di Singapura, iaitu
tempatnya bertugas sebagai ketua juruukur, jurutera awam dan arkitek dalam pentadbiran koloni Inggeris
selama 17 tahun. Atas faktor kesihatan, Thomson berhijrah ke New Zealand pada tahun 1856. Beliau telah
menterjemahkan Hikayat Abdullah, karya Munsyi Abdullah iaitu guru Bahasa Melayunya di Singapura, ke
Bahasa Inggeris. Beliau turut berminat dalam kajian sains, etnologi, astronomi serta falsafah dan pernah
menjadi Felo di Royal Geographical Society, ahli Royal Scottish Society of Arts, Natural History Society
of Newcastle-upon-Tyne dan New Zealand Institute. Beliau juga merupakan mengasaskan Otago Institute.
Thomson
meninggal
dunia
di
Invercargill,
New
Zealand
pada
tahun
1884.
http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cyc04Cycl-t1-body1-d6-d2-d56.html,http://www.teara.govt.nz
/en/biographies/1t97/thomson-john-turnbull Dicapai pada 16 Oktober 2013.
21

R.J. Wilkinson (18671941) dilahirkan di Salonika, Greek dan merupakan anak kepada seorang konsul
Inggeris yang bertugas di sana. Beliau membesar di Salonika dan Malaga, Sepanyol dan telah mendapat
pendidikan di Felsted School, Essex dan Trinity College, Cambridge. Wilkinson telah menyertai Malayan
Civil Service dan ditugaskan di Tanah Melayu pada tahun 1889. Setelah permohonannya untuk bertukar ke
China ditolak, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Straits Branch of the Royal Asiatic Society oleh
Gabenor William Maxwell. Wilkinson pernah dilantik sebagai Superintendant of Education dan School
Inspector. Beliau juga telah menubuhkan sebuah maktab perguruan di Melaka dan Malay Residential
College di Kuala Kangsar. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, Wilkinson telah menghasilkan tiga
versi Kamus Melayu Inggeris iaitu edisi pertama (1902), ringkasan (1908) dan rumi (1932), di samping
sebuah buku bertajuk Malay Beliefs. Selain itu, Wilkinson telah menyunting dan mengarang pelbagai
makalah tentang pengajian Melayu sepanjang hayatnya. Beliau meninggal dunia di Izmir, Turki.
http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_1681_2010-07-16.html Dicapai pada 16 Oktober 2013.
22

C.T. Skinner (19241986) dilahirkan di London dan mendapat pendidikan tinggi di School of Oriental
and Asian Studies (SOAS), University of London. Pengkhususan kajian beliau adalah kesusasteraan
tradisional di Asia Tenggara. Skinner pernah bertugas di London, Singapura dan Malaysia sebelum
berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menerima jawatan profesor di Monash University pada tahun
1963. Di sana, beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Centre for Southeast Asean
Studies. Karya Skinner yang terkenal ialah tulisannya tentang Syair Perang Mengkasar (1963) dan makalah
tentang Hikayat Abdullah (1966) (Lombard 1987: 3-5).

Justeru, pengaruh aliran kesusasteraan terutamanya aliran realisme dilihat sangat


dominan23 dalam karya-karya kesusasteraan Melayu pada awal dekad 1940-an. Tematema yang diangkat oleh para pengarang pada era ini berkait langsung dengan realiti
kehidupan sehari-hari orang Melayu. Sungguhpun begitu, beberapa orang pengarang
seperti Abdul Rahim Kajai24 dan Ishak Haji Muhammad 25 mula mengupas persoalan
nasionalisme dan semangat kebangsaan26 melalui penulisan mereka dalam genre cerpen
dan novel.
Selepas Perang Dunia Kedua27 sehingga dekad 1960-an, tema realisme semakin
ketara diketengahkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu. Para pengarang muda
23

Menurut Othman & Ramli (2003: 5), ciri-ciri karya yang dikehendaki oleh para pengarang akhbar dan
majalah untuk tujuan penerbitan pada masa itu adalah cerita yang boleh dijadikan pengajaran atau
teladan atau iktibar dan sebagainya, bukan dongeng atau cerita-cerita ajaib yang tidak terupa pada akal
orang zaman kini (Majalah Guru, Januari 1926: 4).
24

Abdul Rahim Kajai (18941943) adalah nama pena wartawan-pengarang Abdul Rahim Salim. Beliau
merupakan seorang nasionalis dan telah menyumbangkan buah fikirannya melalui akhbar Idaran Zaman,
Saudara, Majlis, Warta Malaya, Perubahan Baharu, Mastika dan Berita Malai di samping turut
menghasilkan 48 buah cerpen. Pada tahun 1939 hingga 1941, Abdul Rahim merupakan Ketua Pengarang
akhbar Utusan Melayu. Antara wartawan yang berkhidmat bersamanya pada masa itu adalah Ishak Haji
Muhammad. Berdasarkan sumbangannya dalam bidang jurnalisme, beliau telah diberi jolokan Bapa
Kewartawan Melayu.
25

Ishak Haji Muhammad (19091991) ialah seorang wartawan dan pengarang yang berasal dari Temerloh,
Pahang. Beliau turut dikenali dengan nama pena Pak Sako. Pak Sako pernah bertugas sebagai Timbalan
Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah sebelum meletakkan jawatan. Pada tahun
1937, beliau mula bertugas di Warta Malaya, Singapura sebagai wartawan. Pada tahun ini juga novelnya
yang terkenal, Putera Gunung Tahan diterbitkan oleh Jamilah Press, Muar. Pak Sako turut bergiat dalam
arena politik bersama KMM sehingga pernah dipenjarakan atas sebab mengancam keselamatan negara. Pak
Sako turut terlibat dalam pengasasan akhbar Utusan Melayu yang telah ditubuhkan pada 29 Mei 1939.
Untuk menghargai jasanya dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan, Pak Sako telah dianugerahi
Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada tahun 1973 dan gelaran Pejuang
Sastera oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1976. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=articles&ArticleID=849&IID= Dicapai pada 10 Sep 2013.
26

Faktor utama yang mendorong perkara ini adalah pergolakan politik di Tanah Melayu dan penubuhan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937 (Hashim Awang 1975: 75). Abdul Rahim dan Ishak
bergiat aktif dalam badan politik yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu secara radikal ini.
27

Semasa berlakunya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 hingga 1946, Tanah Melayu berada di bawah
penjajahan Jepun. Karya kesusasteraan Melayu yang dihasilkan pada masa itu adalah karya bersifat
propaganda, iaitu menyokong pemerintahan Jepun. Suasana perang dan kezaliman tentera Jepun tidak
membenarkan kebebasan bagi rakyat apatah lagi pengarang untuk mengeluarkan fikiran dan perasaan
mereka (Othman & Ramli, 2003: 88). Pengarang penting yang lahir pada masa itu termasuklah A. Samad
Ismail, yang telah mengemukakan perlambangan dan simbol dalam karya-karyanya untuk membangkitkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan pembaca tanpa dapat dikesan oleh pihak Jepun.

seperti Keris Mas,28 Usman Awang,29 Wijaya Mala, Jymy Asmara dan Nilawati Kedah
telah membuka ruang wacana30 tentang hal ehwal sosioekonomi dan sosiopolitik secara
serius dalam karya-karya sastera Melayu moden. Penubuhan Angkatan Sasterawan 50
(ASAS 50)31 yang memperjuangkan protest literature juga telah mengukuhkan lagi
kedudukan aliran realisme dalam dunia kesusasteraan Melayu. Antara karya signifikan
yang dihasilkan dalam julat masa ini adalah novel Salina.32

28

Keris Mas (19221992) merupakan nama pena bagi pengarang Kamaludin Muhammad. Beliau berasal
dari Kampung Ketari, Bentong, Pahang dan telah mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi dalam
bidang pendidikan di Indonesia. Keris pernah bergiat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya, sebelum
bertugas sebagai pengarang di Utusan Melayu, majalah Mastika, Melayu Raya dan Warta Negara. Apabila
Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956, beliau mula berkhidmat di sana sebagai Ketua
Pengarang sehinggalah bersara dengan jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera
pada tahun 1977. Beliau telah menghasilkan kira 60 buah cerpen dan lima buah novel semenjak zaman
selepas Perang Dunia Kedua lagi. Selain itu, beliau juga adalah antara tokoh kepimpinan ASAS 50 yang
penting. Atas sumbangan serta jasanya terhadap dunia kesusasteraan Melayu, Keris telah dianugerahkan
gelaran Sasterawan Negara (SN) yang pertama pada tahun 1981, Pejuang Negara pada tahun 1976 dan
Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada taun 1989.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=717 Dicapai pada 11 September 2013.
29

Usman Awang (19292001) merupakan seorang pengarang-penyair yang berasal dari Kuala Sedili, Johor.
Beliau pernah menjadi petani dan buruh paksa pada zaman penjajahan Jepun sebelum bertugas sebagai
anggota polis apabila British kembali ke Tanah Melayu. Usman mula bekerja sebagai pengarang di Utusan
Melayu Singapura pada tahun 1952. Pada tahun 1962 beliau bertugas di Penerbitan Federal sebelum
berhijrah ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1963 sebagai sidang pengarang. Usman bersara pada
tahun 1985 ketika memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Sebagai
penulis, Usman Awang dikenali dalam genre puisi yang kental nafas kemanusiannya. Beliau telah
menghasilkan kira-kira 20 buah kumpulan dan antologi puisi di samping bergiat aktif dalam pertubuhan
sastera seperti ASAS 50 dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) di peringkat pucuk pimpinan. Atas jasa
dan sumbangannya kepada dunia kesusasteraan Melayu, Usman telah dikurniakan Anugerah Pejuang
Sastera pada tahun 1976, Anugerah Penulisan Asia Tenggara pada tahun 1982, Anugerah SN pada tahun
1983 dan Ijazah Kehomat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya pada tahun 1983.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=720 Dicapai pada 11 September 2013.
30

Pengarang Melayu yang berkarya dari akhir dekad 1940-an sehingga 1960-an cenderung mengangkat
permasalahan dan pergolakan masyarakat yang baru terlepas daripada cengkaman Jepun dan berada di
bawah jajahan Inggeris semula (Othman dan Ramli 2003: 99). Antara persoalan yang mendapat perhatian
pengarang termasuklah ancaman penubuhan Malayan Union, perjuangan mendapatkan kemerdekaan,
ancaman komunis dan pelaksanaan Undang-Undang Darurat.
31

ASAS 50 telah ditubuhkan oleh para pengarang Melayu pada 6 Ogos 1950 di Singapura. Pertubuhan ini
menjadikan bahasa dan kesusasteraan sebagai alat protes sosial (Ismail Hussein 1974:11), dan dilihat
sebagai petanda berlakunya revolusi mental dalam pemikiran orang Melayu pada dekad 1950-an (Othman
dan Ramli 2003: 142). Oleh itu, karya-karya yang dihasilkan oleh para ahli ASAS 50 banyak memfokuskan
kepada realiti pergolakan hidup orang Melayu seperti seperti kemiskinan di desa dan kota, ketidakadilan
sosial dan konflik dalam bidang politik. Karya-karya ini menepati slogan ASAS 50 iaitu Seni Untuk
Masyarakat (Othman dan Ramli 2003: 143-144).
32

Salina (1961) merupakan novel tulisan A. Samad Said. Ia mengangkat kisah kehidupan penduduk
Kampung Kambing, sebuah penempatan haram lagi daif di Singapura selepas Perang Dunia Kedua.

Perubahan ketara berlaku pada dekad 1970-an (Othman dan Ramli 2003: 233)
apabila sebilangan pengarang Melayu seperti Shahnon Ahmad, Mana Sikana, Anwar
Ridhwan, Dinsman, Arena Wati dan Fatimah Busu menghasilkan karya beraliran
absurdisme (Othman Puteh 1981). Aliran absurdisme33 dilihat sebagai pendobrakan
terhadap konvensi sastera Melayu yang didominasi oleh aliran realisme. Pemberontakan
ini didorong oleh pelbagai perubahan dalam lanskap kehidupan masyarakat dan
pengarang Melayu seperti peristiwa 13 Mei 1969, 34 pengenalan Dasar Ekonomi Baru
(DEB),35 kebangkitan politik Islam36 dan penganjuran pelbagai sayembara penulisan oleh
agensi-agensi kerajaan.37 Selain itu, kemunculan aliran absurdisme turut berpunca
Penduduk Kampung Kambing terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang seperti buruh, penarik
beca, pembantu rumah, pelajar dan juga pelayan dan pelacur. Rata-ratanya hidup melarat berikutan kesan
perang yang belum berakhir. Novel ini memenangi hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961. http://asamadsaid.blogspot.com/2010/01/anugerahdan-pengiktirafan.html Dicapai pada 27 Oktober 2013.
33

Aliran absurdisme merupakan antitesis kepada aliran realisme. Karya-karya absurd bersifat anti-plot atau
menggerapai. Ia ditulis berdasarkan anggapan pengarang bahawa setiap peristiwa layak diketengahkan
dalam karya, walaupun tanpa plot, konflik atau latar sebenar. Oleh itu, karya absurd yang turut
memanfaatkan teknik aliran kesedaran bersifat mendatar, sukar dihayati, tiada daya pikat kepada pembaca
dan berambiguiti (Othman Puteh 1981).
34

Peristiwa ini merujuk kepada peristiwa rusuhan kaum antara Melayu dan Cina di Kuala Lumpur yang
bermula pada 13 Mei 1969. Ia dicetuskan oleh sambutan keputusan Pilihanraya Umum ke-3 yang
diumumkan beberapa hari sebelumnya oleh parti-parti bertanding tanpa mempedulikan sensitiviti kaum di
negara ini. Untuk membendung lebih banyak pertumpahan darah, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di
seluruh negara pada 14 Mei 1969. Sesi Parlimen digantung dan negara telah ditadbir oleh Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN).
35

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak (1922-1976) pada
tahun 1971. Tujuan utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat dan
menyeimbangkan kedudukan semua kaum di negara ini, khususnya pasca Peristiwa 13 Mei 1969. Antara
langkah-langkah yang dilaksanakan adalah pemberian keperluan asas, pembaikan kemudahan awam serta
pemberian subsidi oleh pihak kerajaan. Secara langsung, DEB merupakan instrument penting dalam
menyebarkan ideologi serta agenda kerajaan dalam usaha pengisian kemerdekaan.
36

Pada tahun 1979, sistem monarki bertunjangkan pemerintahan autokrasi dan sekular di Iran telah
diruntuhkan oleh gerakan revolusi rakyat yang diketuai oleh ulama Ayatollah Khomeini. Kemenangan
golongan ulama yang kemudiannya telah membawa kepada pembentukan kerajaan Islam bersistem teokrasi
ini telah meniupkan gelombang politik Islam ke negara-negara Islam di seluruh dunia, termasuklah
Malaysia.
37

Demi menyebarkan ideologi dan aspirasi kerajaan dalam aspek perpaduan nasional dan pembangunan
negara, pelbagai sayembara mengarang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa
dan Pustaka (BDP). Pengarang yang berhasrat untuk mnyertai sayembara sebegini mesti menghasilkan
karya yang menepati tema yang diberikan. Antara sayembara yang dimaksudkan adalah Peraduan
Mengarang Sempena 10 Tahun Merdeka. Salah satu karya penting yang memenangi hadiah dalam
sayembara berkenaan adalah novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain yang mengangkat persoalan
hubungan kaum di Tanah Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Aliran absurdisme
menolak penyebaran agenda kerajaan secara halus ini.\

daripada faktor peningkatan taraf pendidikan pengarang Melayu (Othman dan Ramli
2003: 234). Mereka terdedah kepada pelbagai teori, proses penciptaan serta ilmu
pengetahuan di universiti, di samping ada yang pernah menimba pengalaman dengan
mengembara ke luar negara. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini mempengaruhi
proses kepengarangan mereka sehingga menghasilkan karya bentuk baru.
Muhammad Haji Salleh (2009: 153) mengesan anjakan baru dalam dunia
kesusasteraan Melayu melalui kehadiran aliran realisme magis pada tahun 1980-an.
Dalam dunia kesusasteraan, aliran ini telah bermula di benua Amerika Latin semenjak
dekad 1940-an lagi. Walau bagaimanapun, ia mula bertapak dengan kukuh apabila novel
One Hundred Years of Solitude tulisan Gabriel Garcia Marquez38 diterbitkan pada tahun
1967 di Colombia, Amerika Selatan. Sungguhpun begitu, aliran realisme magis hanya
memasuki dunia kesusasteraan Melayu kira-kira dua dekad kemudiannya. Kemasukan
aliran ini harus dikreditkan kepada peranan para sarjana dan pengarang Melayu yang
mendapat pendidikan dan banyak mengembara di luar negara. Sebagai pengarang,
Muhammad Haji Salleh merupakan antara individu terawal memperkenalkan aliran ini
melalui puisinya Si Tenggangs Homecoming (1979) yang menggabungkan cerita rakyat
tempatan dengan persoalan globalisasi. Mesej pascakolonialisme dan pencarian identiti
yang kuat dalam aliran ini menyediakan ruang kepada pengarang Melayu untuk
menghasilkan karya yang meniupkan kesedaran dalam masyarakat. Hal ini dipersetujui
oleh Shahnon Ahmad39 (2006) dan Ungku Maimunah40 (2006) yang telah meneliti serta
38

Gabriel Garcia Marquez (1928- ) dilahirkan di Aracataca, sebuah bandar kecil di utara negara Colombia.
Beliau menghabiskan masa kecilnya dalam lingkungan keluarga sebelah ibunya. Marquez kemudiannya
telah mendapat pendidikan di Jesuit Liceo Nacional sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undangundang di National University of Colombia atas kehendak keluarganya. Namun, Marquez meninggalkan
pengajiannya untuk bekerja sebagai jurnalis. Pada tahun 1952, beliau telah menghasilkan karyanya yang
pertama iaitu novel The Leaf Storm. Karyanya yang paling terkenal iaitu One Hundred Years of Solitude
diterbitkan pada tahun 1967. Novel ini telah menggemparkan dunia kesusasteraan Amerika Latin kerana
unsur realisme magis dan kritikan sosial yang ditampilkan dengan baik oleh Marquez.
http://www.egs.edu/library/gabriel-garcia-marquez/biography/ Dicapai pada 16 Oktober 2013.
39

Shahnon Ahmad (193 - ) pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australia National University
(ANU), Canberra bermula pada tahun 1968. Beliau turut melanjutkan pelajaran di sana sehingga
memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=articles&ArticleID =719 Dicapai pada 24 November 2013.
40

Ungku Maimunah Mohd. Tahir mendapat Ijazah Sarjana Sastera daripada University of Leeds di United
Kingdom sebelum menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di ANU pada tahun 1985.

10

mengaplikasikan aliran realisme magis dalam kajian-kajian mereka. Justeru, selain


mendapat tempat ketika negara mula berhadapan dengan ancaman globalisasi dan
penjajahan bentuk baru pada akhir abad ke-20, realisme magis juga membolehkan
kegelisahan masyarakat di sebuah negara dunia ketiga yang sedang berhadapan dengan
cabaran dunia kontemporari dirakamkan.
Oleh itu, aliran realisme magis dianggap sebagai aliran baharu walaupun ciricirinya yang menyepadukan realiti sehari-hari dengan unsur mitos, legenda dan keajaiban
tempatan bukanlah sesuatu yang asing dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional.
Sungguhpun begitu, pada peringkat awal kemasukannya dalam dunia kesusasteraan
Melayu moden, aliran ini tidak begitu mendapat sambutan daripada para pengarang
tempatan. Namun pada pertengahan dekad 1990-an, muncul seorang pengarang yang
mengetengahkan aliran realisme magis dalam karya-karyanya iaitu Zainal Rashid Ahmad.
Beliau telah mula berkarya semenjak pertengahan dekad 1990-an dan telah menghasilkan
lebih 200 buah cerpen sehingga tahun 2012. Zainal menggunakan aliran realisme magis
dengan memanfaatkan mitos, legenda dan keajaiban tempatan lalu dipadukan dengan
realiti kehidupan masyarakat kontemporari.41 Antaranya, beliau menghidupkan semula
watak Tun Seri Lanang,42 membongkar catatan peribadi yang dikatakan ditulis oleh Tun

http://ungku-maimunah2009.blogspot.com/ Dicapai pada 24 November 2013.


41

Braginsky (1994: 3) berpendapat pentafsiran semula karya kesusasteraan tradisional oleh pengarang
moden membuktikan keabadian, keunggulan serta relevansi (relevance) karya berkenaan dalam konteks
zaman. Menurutnya:
Ini disebabkan kesusasteraan yang sejati kaya dengan pelbagai makna, sering sudi menjawab
soalan baharu yang diajukan kepadanya, sudi membuka ruang baharu dalam maknanya yang tidak
pernah dipedulikan dahuluselagi sastera terus berdialog dengan generasi baharu yang berlainan
sesama sendiri dalam cara hidup, cita-cita, pemikiran dan perasaan, kesusasteraan itu betul-betul
hidup.
42

Cerpen Alkisah Ahmad Pualam

11

Teja,43 mentafsir semula kitab ilmu firasat orang Melayu 44 dan amalan-amalan ilmu hitam
seperti sihir,45 memelihara toyol46 serta ilmu harimau jadian.47
Selain itu, beliau menjalin elemen-elemen dengan realiti semasa menggunakan
teknik-teknik penulisan bersifat ekstravaganza dan rinci dalam latar organik dan dimensi
sejarah tempatan.48 Justeru, aliran realisme magis Melayu ini tidak bercanggah dengan
penerapan unsur indigenismo49 (keperibumian) yang dianjurkan oleh Marquez dalam
konteks realisme magis Amerika Latin. Menurut Ungku Maimumah (2006), Marquez
sangat berminat dengan unsur-unsur magis dalam kesusasteraan tradisional tempatan
kerana perspektif yang dizahirkan adalah pandangan penduduk asal Amerika Latin
sendiri. Oleh itu, dalam konteks dunia kesusasteraan moden kontemporari di Malaysia,
Zainal Rashid Ahmad dilihat cenderung menampakkan aliran realisme magis ini dalam
penciptaan karyanya berbanding pengarang-pengarang lain. Justeru, permasalahan kajian
akan menumpukan sepenuhnya kepada aplikasi aliran realisme magis dalam cerpencerpen beliau, dengan mengkhusus kepada peranan aliran kesusasteraan ini untuk
mengemukakan kritikan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi oleh bangsa, negara
dan persekitarannya.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian terhadap karya kesusasteraan Melayu moden bermula dengan acuan sarjana pada
zaman kolonial yang menggunakan pendekatan aliran kesusasteraan dari Eropah yang
bertunjangkan aliran realisme sepenuhnya. Justeru, aliran realisme magis yang
berkembang di benua Amerika Latin dianggap sebagai aliran kesusasteraan di luar
43

Cerpen Alkisah Ahmad Pualam

44

Cerpen Rabiulawal dan Tuhfat Laksamana

45

Cerpen Profesor Tua Tukang Sihir

46

Cerpen Hantu Che Mat Kuning

47

Cerpen Hantu Toro Lasim

4846
4947

Akan dibincang lanjut dalam Pendekatan Kajian.


Akan dibincang lanjut dalam Pendekatan Kajian.

12

konvensi. Kesannya, ia masih kurang dibicarakan secara mendalam dalam konteks


kesusasteraan Melayu, meski pun aliran ini semakin berkembang dalam penghasilan
karya kesusasteraan kontemporari. Sehubungan itu, kajian ini direncanakan sebagai
perintis (pioneer) kepada perbincangan yang lebih lanjut tentang perkara berkenaan
dengan objektif-objektif berikut:
i.

Penerokaan (exploration) terhadap aliran realisme magis sebagai aliran


kesusasteraan yang penting dalam penulisan karya sastera Melayu moden.
Kajian akan memfokuskan kepada ciri-ciri aliran realisme magis Amerika
Latin dengan penyesuaian kepada unsur mitos, legenda dan keajaiban
tempatan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Sehubungan
itu, kajian akan turut membuktikan bahawa realisme magis merupakan aliran
kesusasteraan yang tepat dalam mengungkapkan pemikiran orang Melayu.

ii.

Kajian lanjutan (extension) kepada kajian-kajian terdahulu tentang aliran


kesusasteraan dalam cerpen Melayu. Realisme magis secara relatifnya adalah
aliran yang masih baharu dalam kesusasteraan Melayu. Justeru, ia belum
dikaji secara menyeluruh dan mendalam berbanding aliran realisme mahupun
aliran-aliran bukan konvensional lain seperti surrealisme dan absurdisme.
Oleh itu, walaupun kajian ini masih membicarakan tentang subjek kajian yang
telah matang iaitu aliran kesusasteraan, tetapi meneliti pengisian yang berbeza
iaitu realisme magis.

iii.

Kritikan (criticism) untuk menganalisa pemikiran dalam cerpen-cerpen


Melayu terpilih. Kajian ini akan meneliti isu-isu yang disampaikan
menggunakan kerangka aliran realisme magis, sekaligus mengkritik pengisian
berkenaan dalam konteks perkembangan cerpen kontemporari.

1.4 TUJUAN KAJIAN

13

Realisme magis merupakan aliran baharu jika dibandingkan dengan aliran kesusasteraan
lain dalam korpus kesusasteraan Melayu. Sehubungan itu, keadaan ini telah
memperlihatkan bahawa terdapat kekurangan dalam kajian-kajian tentang realisme magis
berbanding aliran yang telah lama bertapak. Secara tidak langsung, situasi ini
memberikan peluang kepada para pengkaji untuk mengetengahkan kajian baru tentang
realisme magis. Tambahan pula, belum ada kajian khusus yang meneliti aliran realisme
magis sebagai kesinambungan antara karya kesusasteraan tradisional dengan moden serta
peranannya dalam pengungkapan pemikiran orang Melayu. Oleh itu, kajian baru ini
bertujuan untuk:
i.

Mengumpul bahan yang boleh dikaitkan dengan realisme magis. Dalam


konteks kajian ini genre sastera yang dipilih adalah cerpen. Cerpen-cerpen
yang dimaksudkan adalah karya terpilih penulis yang telah dikenalpasti iaitu
Zainal Rashid Ahmad. Cerpen-cerpen tulisan beliau telah diterbitkan secara
eceran dalam julat masa tiga dekad iaitu 1990-an, 2000-an dan 2010-an.
Cerpen-cerpen ini kemudiannya dikumpulkan dalam dua kumpulan cerpen
pada tahun 2012.

ii.

Mengenalpasti dan mengelaskan cerpen-cerpen yang dikumpul berdasarkan


ciri-ciri realisme magis yang diketengahkan. Aliran realisme magis digunakan
untuk mengungkapkan pertembungan antara pegangan, nilai serta tradisi
orang Melayu dengan cabaran dunia kontemporari. Oleh itu, teknik-teknik
tertentu digunakan untuk menjalin unsur mitos, legenda dan keajaiban
tempatan daripada karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional dalam karya
realisme magis Melayu. Maka, pengkelasan akan dilakukan dengan
membahagikan cerpen-cerpen terkumpul kepada ciri-ciri ini.

iii.

Menganalisa elemen-elemen realisme magis yang diketengahkan dalam setiap


cerpen untuk membuktikan ianya menepati ciri-ciri aliran realisme magis.
Selain itu, analisis juga akan dilakukan untuk menilai sama ada aliran realisme

14

magis dalam cerpen-cerpen berkenaan berjaya mengungkapkan pemikiran


orang Melayu dengan berkesan.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini akan memperkenalkan realisme magis sebagai lanjutan kepada perkembangan
aliran kesusasteran dalam kesusasteraan Melayu. Bidang kesusasteraan merupakan
sebuah lapangan yang dinamik dan tidak terlepas daripada mengalami evolusi dalam
pelbagai aspek, termasuklah aliran kesusasteraan. Selepas aliran realisme yang bermula
di Eropah mendominasi buat beberapa lama, kemunculan aliran alternatif seperti realisme
magis harus dipandang serius berikutan perkaitannya dengan perubahan-perubahan50
yang berlaku di seluruh dunia seperti kemerdekaan negara-negara dunia ketiga,
perkembangan pemikiran dan ideologi masyarakat dunia secara umum serta peralihan
selera penikmat sastera. Maka, beberapa kepentingan kajian ini telah dikenalpasti
termasuklah:
i.

Mengetengahkan serta mengangkat peranan aliran realisme magis dalam


kesusasteraan Melayu moden. Meskipun belum mendapat tempat secara
meluas dalam penulisan cerpen Melayu, realisme magis telah memasuki dunia
kesusasteraan Melayu semenjak tahun 1980-an. Sungguhpun begitu,
kewujudan aliran ini seperti tidak disedari berikutan kajian yang dilakukan
terhadapnya masih terlalu sedikit. Oleh itu, hasil daripada kajian ini akan
menyumbang kepada khazanah ilmiah dan perkembangan kesusasteraan
Melayu di negara ini.

ii.

Memperbanyakkan kajian yang sedia ada. Sememangnya kajian terdahulu


tentang realisme magis telah dilakukan namun bilangannya masih terlalu
sedikit. Oleh itu, banyak aspek berkaitan realisme magis dalam konteks
kesusasteraan Melayu moden yang boleh diteroka dan dikaji. Justeru, hasil

50

magical realism is an important presence in contemporary world literature (Zamora dan Faris 1995:

4)

15

kajian ini akan menyumbang kepada penerokaan bidang ilmu baru yang
bermanfaat kepada masyarakat dan dunia kesusasteraan Melayu.
iii.

Menjadi rujukan silang (cross-reference) kepada disiplin ilmu selain


kesusasteraan seperti antropologi, sosiologi, sejarah dan falsafah. Pelbagai
perubahan telah berlaku dalam kehidupan orang Melayu melibatkan sentimen
pascakolonial, gaya hidup moden, siasah dan kemasukan ideologi asing.
Perubahan-perubahan ini telah dizahirkan dalam bentuk kreatif dalam cerpencerpen Melayu dengan menggunapakai aliran realisme magis sebagai wadah
pengucapan. Oleh itu, hasil kajian ini akan turut memberi gambaran tentang
peralihan pemikiran orang Melayu kontemporari serta kesinambungannya
dengan aliran pemikiran masyarakat terdahulu

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Kajian ini akan menumpukan kepada aliran realisme magis sahaja dengan menggunakan data
berupa cerpen-cerpen terpilih karya Zainal Rashid Ahmad. Karya-karya beliau dipilih
sebagai data kajian kerana beliau merupakan antara pengarang 51 terawal yang tegar
mengetengahkan aliran realisme magis dalam majoriti cerpen karangannya semenjak mula
berkarya pada pertengahan tahun 1990-an sehingga ke hari ini. Cerpen-cerpen berkenaan
terkandung dalam dua kumpulan cerpen beliau iaitu Alkisah (mengandungi 30 buah cerpen)
dan Yang Tercinta (mengandungi 20 buah cerpen). Kedua-dua buku ini telah diterbitkan oleh
Pustaka Nusa pada tahun 2012. Sebelum dibukukan, cerpen-cerpen ini pernah diterbitkan
secara eceran dalam akhbar dan majalah tempatan. Tarikh penerbitannya pula meliputi julat
masa hampir tiga dekad iaitu daripada pertengahan tahun 1990-an sehingga 2010-an. Dalam
konteks kajian ini, data kajian meliputi 30 buah cerpen yang mengetengahkan realisme magis
sebagai aliran kesusasteraan iaitu 26 buah daripada kumpulan cerpen Alkisah dan empat buah
daripada Yang Tercinta. Cerpen-cerpen berkenaan disenaraikan dalam jadual berikut:

51

Kepengarangan Zainal Rashid Ahmad akan dibincang lanjut dalam Bab II.

16

Bil.

Tajuk Cerpen

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Alkisah Ahmad Pualam


Alkisah Raja Ruan
Rabiulawal dan Tuhfat Laksamana
Kristal Makrifat, Geng 10 & Selebriti
Kononnya Malaikat Tertidur
Alkisah Anjing Nan Seekor
Anak Bogel dan Rumah Lama
Puaka Rumah Besar
Penjual Telur
Profesor Tua dan Tukang Sihir
Alkisah Si Buraq Kecil
Alkisah Si Buraq Kecil 2
Autonomous
Hantu Toro Lasim
Hantu Melayu Terakhir
Hantu Hamid Thakur
Hantu Che Mat Kuning
Grotesque
Bintang Malam Rabu Bulan Safar
Ada Seorang Petualang
Alkisah Tuan dan Saksi
Alkisah UlarUlar & Ular
Sekuntum Tulip Beracun
Adapun Adanya
Adapun Adanya 2
Yang Ditinggalkan Lelaki Itu
Ronggeng Merdeka
Bisa Sondak Pari
Alkisah Kucing Idul Fitri
Hantu Megat Michael Malaun

Tarikh Terbit
Pertama
01/07/2002
Tidak diperoleh
22/06/2003
28/04/2002
Tidak diperoleh
01/06/2003
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
01/02/2001
Tidak diperoleh
05/09/2004
03/04/2011
Tidak diperoleh
15/07/2001
16/02/2003
22/04/2001
13/01/2002
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
15/01/2012
30/01/2005
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
03/09/2000
07/01/2001
22/12/2002
11/11/2001

Media Tempat Terbit


Dewan Sastera
Tidak diperoleh
Mingguan Malaysia
Mingguan Malaysia
Tidak diperoleh
Dewan Sastera
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Dewan Sastera
Tidak diperoleh
Mingguan Malaysia
Mingguan Malaysia
Tidak diperoleh
Berita Minggu
Berita Minggu
Berita Minggu
Berita Minggu
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Mingguan Malaysia
Mingguan Malaysia
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Tidak diperoleh
Mingguan Malaysia
Mingguan Malaysia
Berita Minggu
Berita Minggu

Kumpulan
Cerpen
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Alkisah
Yang Tercinta
Yang Tercinta
Yang Tercinta
Yang Tercinta

Jadual 1.1: Senarai cerpen data kajian


Data kajian akan dianalisa menggunakan kerangka aliran realisme magis Amerika Latin 52
yang mempunyai lima ciri utama iaitu:
i.

teknik penceritaan ekstravaganza

ii.

teknik penggambaran secara tuntas

iii.

penggunaan latar organik

iv.

dimensi pensejarahan tempatan

v.

kesinambungan daripada kesusasteraan tradisional melalui elemen mitos,


legenda dan keajaiban tempatan

52

Akan dibincang lanjut dalam Pendekatan Kajian.

17

1.7 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metodologi kepustakaan dan kerja
lapangan. Melalui metodologi kepustakaan, pengumpulan data akan dilakukan di
Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun
Melayu (PATMA). Data kemudiannya akan disaring dan dikelaskan mengikut ciri-ciri
kerangka aliran realisme magis Amerika Latin yang dipelopori oleh Alejo Carpentier 53
dan dikembangkan oleh Angel Flores dan Gabriel Garcia Marquez sebelum dianalisa.
Kerja lapangan akan turut dilakukan untuk mendapatkan data daripada pengarang
iaitu Zainal Rashid Ahmad. Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah wawancara
semi-struktur. Kaedah ini merupakan kaedah paling sesuai kerana maklumat tentang
kepengarangan diperolehi secara langsung daripada pengarang. Di samping itu, pengkaji
juga dapat meneroka pemikiran dan tujuan pengarang menghasilkan karya-karya yang
menjadi data kajian dengan lebih mendalam berdasarkan jawapan-jawapan terdahulu
yang diberikan oleh pengarang.

1.8 PENDEKATAN KAJIAN


Aliran realisme magis mula-mula dipelopori konteks kesusasteraan di benua Amerika
Latin oleh Alejo Carpentier, seorang penulis dari Cuba. Beliau telah memperkenalkan
istilah lo real maravilloso (the marvelous real)54 untuk menggambarkan kekayaan nilai,
mitos dan tradisi sehari-hari masyarakat di benua Amerika Latin. Menurutnya, keunikan
yang tidak wujud di tempat lain ini perlu dizahirkan dalam karya sastera kerana ia
menggambarkan identiti masyarakat Amerika Latin:
53

Alejo Carpentier (19041980) dilahirkan di Switzerland tetapi membesar di Havana, Cuba. Penulis ini
berketurunan Eropah tetapi memegang kerakyatan Cuba. Beliau merupakan seorang penulis, eseis, jurnalis
dan musikologis. Beliau banyak mengembara dan terlibat secara langsung dalam perkembangan aliran
pemikiran kesusasteraan di Eropah seperti surrealisme. http://global.britannica.com/EBchecked/topic/
96762/Alejo-Carpentier Dicapai pada 27 Julai 2013.
54

Istilah ini telah diperkenalkan oleh Carpentier dalam bahagian prolog novelnya, The Kingdom of This
World,. Novel ini telah diterbitkan dalam bahasa Sepanyol pada tahun 1949 dengan tajuk El reino de este
mundo. Ia mengangkat latar pergolakan politik sebelum, semasa dan selepas Revolusi Haiti, iaitu pada era
pemerintahan Henri Christophe pada awal kurun ke-19. Ia telah dianggap sebagai novel realisme magis
pertama di benua Amerika (Ungku Maimunah 2006: 83).

18

Because of the virginity of the land, our upbringing, our ontology, the Faustian
presence of the Indian and the black man, the revelation constituted by its recent
discovery, its fecund racial mixing (mestijaze), America is far from using up its
wealth of mythologies. After all, what is the entire history of America if not a
chronicle of the marvelous real? (Carpentier 1995: 88)
Konsep ini dikembangkan oleh Angel Flores melalui sebuah kerangka realisme magis
yang lebih jelas pada tahun 1954. Seperti Carpentier, Flores (1954) menegaskan bahawa
realisme magis adalah rentetan daripada rediscovery of symbolism. Namun beliau
berpandangan bahawa realisme magis adalah amalgamanation of realism and fantasy55
(1954: 189) kerana berlakunya transformation of the common and the everyday into the
awesome and the unreal (1954: 190).
Sehubungan itu, realisme magis tidak lagi terhad kepada keistimewaan kehidupan
seharian masyarakat Amerika Latin semata-mata sebagai sumber keajaiban. Sebaliknya,
unsur keajaiban itu difokuskan kepada perkara-perkara supernatural yang berpadu
dengan realiti seharian masyarakat. Gabriel Garcia Marquez melanjutkan perbincangan
tentang aliran ini dengan menekankan penghapusan sempadan antara the real dan the
fantastic kerana in the world that I am trying to evoke, that barrier didnt exist (Ungku
Maimunah 2006: 87-88). Hal ini dipersetujui oleh Farris dan Zamora (1995: 2):
the supernatural is not a simple or obvious matter but it IS56 an ordinary matter,
on everyday occurrence admitted, accepted, and integrated into the
rationality
Di samping itu, Marquez menekankan unsur indigenismo atau keperibumian, iaitu
penyatuan antara realiti semasa masyarakat Amerika Latin dengan khazanah
kesusasteraan tradisional tempatan. Oleh itu, aliran realisme magis menjadi wadah
pengungkapan pandangan masyarakat peribumi yang tulen dan jujur (Ungku Maimunah
2006: 85-86). Konsepsi aliran realisme magis di Amerika Selatan ini dapat diringkaskan
melalui carta aliran berikut:
55
56

Rujuk Rajah 1.1.


Huruf besar adalah penekanan asal daripada sumber rujukan.

19

Carpentier:
keajaiban dalam realiti sehari-hari
(lo real maravilloso)

Flores:
penyepaduan antara realiti dan fantasi
(amalgamation of reality and fantasy)

Marquez:
keperibumian
(indigenismo)

Aliran
Realisme Magis
Amerika Latin
Rajah 1.1: Perkembangan konsep realisme magis dalam kesusasteraan
Amerika Latin

Daripada aspek bentuk, sesebuah karya realisme magis dibina secara hiperbola dan
gambaran yang berlebih-lebihan. Langgam penceritaan sebegini digunakan untuk
menimbulkan kesan penyimpangan daripada realisme. Ia juga adalah wadah untuk
meneroka pemikiran masyarakat tempatan yang bertentangan dengan aliran pemikiran
anjuran Barat. Shahnon (2006: 10) menjelaskan bahawa:
Langgam penceritaannya pula nampak sengaja digembar-gemburkan, dilebihlebihkan sehingga fantasi melimpah-ruah, diekstravaganzakan, lebih sensasi
dan lebih terasa karutnya
20

Penceritaan hiperbola ini dapat dicapai melalui penggunaan teknik penceritaan tuntas
atau atomisation (Shahnon 2006: 16-17). Teknik ini melibatkan kaedah penghuraian
tentang sesuatu objek atau subjek dengan sangat rinci, iaitu pada peringkat paling seni
atau atomik. Oleh itu, kesan karut dan tidak logik akan timbul, lalu membolehkan sesuatu
perkara diteroka dengan teliti dan dibenarkan berkembang. Kesannya dapat dilihat pada
dialog, monolog, aliran kesedaran, susunan plot dan konsep latar dalam sesebuah karya.
Justeru, kepentingan latar, sama ada latar watak, tempat, masa, sejarah dan
suasana yang ditekankan dalam aliran realisme magis ini berbeza daripada latar kaku
dalam aliran realisme. Latar dalam realisme magis adalah sesuatu yang organik dan
merupakan sebahagian daripada watak hidup yang menyampaikan makna tertentu. Dalam
erti kata lain, latar adalah sebahagian daripada suasana fiksyen, penerokaan perwatakan,
perkembangan plot, kompleksiti persoalan dan sebagainya (Shahnon 2006: 15-16).
Selain itu, realisme magis turut dijalin dengan dimensi pensejarahan tempatan.
Sejarah yang dimaksudkan bukan sekadar penyenaraian fakta yang dirakam secara rasmi
oleh media penjajah. Sebaliknya, fakta-fakta berkenaan dianalisa, dipersoal, disorot dan
dinilai semula kesan-kesannya selaras dengan tuntutan masyarakat peribumi (Shahnon
2006: 13-15). Malah, ada kalanya fakta-fakta sejarah ini diparodikan serta dikaburkan
kesahihannya.
Teknik-teknik ini bergabung dan harus dijalin dengan unsur-unsur fantasi, mitos
dan legenda untuk menghasilkan karya realisme magis. Shahnon Ahmad (2006: 8-9)
menyimpulkan bahawa realiti berdimensi baru ini mesti mengandungi unsur-unsur
mitos, legenda dan keajaiban tempatan yang banyak terdapat dalam kesusasteraan
tradisional sebagai prasyarat untuk dianggap sebagai realisme magis. Secara khususnya,
unsur-unsur berkenaan adalah seperti berikut:
Fantasi adalah unsur yang non-existent dan tidak berpijak di bumi nyata dan erat
kaitannya dengan perihal yang luar biasa dan watak-watak bukan manusiawi.
Mitos pula pada umumnya bersumberkan kepercayaan rakyat yang banyak
21

dihubungkaitkan dengan episode-episod supernatural sebagai wahana


menginterpretasikan peristiwa-peristiwa natural bertujuan untuk memperoleh
persepsi khusus manusia atau pandangan kosmik Legenda pula lebih
bersumberkan sejarah walaupun agak kurang daripada sudut supernaturalnya.
Rajah berikut merumuskan ciri-ciri kerangka realisme magis Amerika Latin yang telah
dijelaskan di atas:
Teknik
penceritaan
ekstravaganza
Teknik
penggambaran
tuntas

Realisme Magis
Amerika
Latin

Penggunaan
latar
organik
Dimensi
pensejarahan
tempatan

Mitos
Legenda

Kesusasteraan
tradisional
tempatan

Keperibumian
(indigenismo)

Keajaiban

Rajah 1.2: Kerangka aliran realisme magis Amerika Latin


Kerangka ini dipilih sebagai pendekatan kajian kerana setakat ini ia merupakan satusatunya kerangka kritikan aliran ini yang paling lengkap dan berjaya diaplikasikan dalam
bidang kesusasteraan moden. Oleh itu, pembuktian akan dilakukan dengan menganalisa
kehadiran aliran realisme magis melalui teknik-teknik penulisan yang digunakan serta
jalinan unsur-unsur mitos, legenda dan keajaiban tempatan daripada karya kesusasteraan
tradisional. Secara langsung, pembuktikan ini akan mampu menghujahkan aliran realisme
magis sebagai wadah pengucapan yang tepat dalam mengungkapkan pemikiran
masyarakat Melayu khususnya aspek keperibumian seperti yang diketengahkan oleh
cerpen-cerpen karya Zainal Rashid Ahmad.
22

1.9 KAJIAN LEPAS


Aliran kesusasteraan merupakan produk langsung pelbagai perubahan yang berlaku
dalam lingkungan kehidupan orang Melayu. Bermula daripada tradisi lisan, kesusasteraan
Melayu kemudiannya beranjak kepada tradisi bertulis setelah terciptanya sistem tulisan
pada abad ke-15. Kemasukan teknologi percetakan pada abad ke-19 pula menyaksikan
penghasilan karya secara aktif oleh para pengarang Melayu atas faktor peluasan pasaran
dan capaian pembaca. Tragedi Perang Dunia Kedua, ancaman komunis, kemerdekaan
serta peningkatan taraf hidup kemudiannya turut mempengaruhi cara pengarang Melayu
menghasilkan karya. Pada hari ini iaitu abad ke-21, perkembangan aplikasi digital dan
siber yang mendominasi cara hidup masyarakat Melayu memastikan anjakan dalam aliran
kesusasteraan ini berterusan.
Dalam fasa awal kesusasteraan Melayu bertulis, karya hikayat dan sastera sejarah
yang dihasilkan oleh para pujangga istana cenderung kepada aliran romantisisme
(Sweeney 1987 dan Siti Hawa 2010). Anjakan berlaku setelah aliran realisme
diperkenalkan pada abad ke-19, lalu menandakan bermulanya fasa kesusasteraan Melayu
moden.57 Perubahan berikutnya adalah pada dekad 1970-an, iaitu apabila sebilangan
pengarang Melayu meneroka aliran eksistensialisme dan absurdisme (Othman Puteh
1981). Keadaan ini menyebabkan Othman Puteh (1996) membahagikan karya-karya
kesusasteraan Melayu moden, khususnya cerpen, kepada dua jalur. Jalur pertama merujuk
57

Namun, kehadiran aliran kesusasteraan hanya benar-benar ketara pada awal abad ke-20. Aliran realisme
mendominasi genre kesusasteraan Melayu moden yang paling berkembang pada ketika itu, iaitu cerpen
(Safian Husin, et. al. 1981). Aliran ini menjadi pilihan para pengarang Melayu kerana ia adalah instrumen
yang paling sesuai untuk mendedahkan realiti sebenar keadaan sosio-politik, sosio-ekonomi dan sosiobudaya orang Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua, aliran realisme menjadi alat yang lebih penting dalam kesusasteraan
Melayu. Ia bukan sekadar digunakan untuk menggambarkan kehidupan orang Melayu, tetapi berperanan
meniupkan semangat kebangsaan orang Melayu melalui karya. Kemunculan gerakan ASAS 50 di
Singapura pada julat masa yang sama mengukuhkan lagi kedudukan aliran realisme melalui slogannya Seni
Untuk Masyarakat. A. Samad Said (2008: 96) menyatakan bahawa perjuangan ASAS 50 ini terpancar
melalui kekuatan karya-karya yang dihasilkan oleh para pendokongnya. Sehubungan itu, walaupun masih
dalam kerangka aliran realisme, Othman Puteh (1981) mendapati bahawa karya-karya yang dihasilkan pada
masa ini telah mencapai kematangan intelektual, terutamanya hasil kerja Keris Mas, Arenawati, A. Samad
Said dan Shahnon Ahmad.

23

kepada karya yang dihasilkan dalam kerangka aliran realisme sepenuhnya. 58 Karya jalur
kedua pula membawa kelainan pada aspek pengucapan pemikiran, subjek cerita, bergaya
agresif lagi memberontak dan ditunjangi oleh penyelidikan. Karya jalur kedua ini turut
mentafsir semula mitos, sejarah, hikayat dan cerita rakyat tempatan selaras dengan
perkembangan pemikiran dan konflik kehidupan masyarakat Melayu kontemporari.
Bibit-bibit kehadiran aliran realisme magis dalam karya jalur kedua ini diakui
oleh A. Samad Said (1996); beliau menyifatkan bahawa faktor perkembangan realisme
magis dalam kesusasteraan Melayu adalah realiti semasa yang cuba digarap dalam bentuk
baru oleh penulis angkatan baru. Kegusaran serta kecelaruan realiti kontemporari
mendorong penulis kembali kepada tradisi iaitu mitos dan legenda untuk berdamai serta
meredakan kegilaan dunia masa kini. Pendapat ini dipersetujui oleh Muhammad Haji
Salleh (2009). Beliau menyatakan bahawa pada tahun 1980-an, terdapat keghairahan
terhadap aliran realisme magis dari Amerika Latin dalam kalangan pengarang di
Malaysia. Keterujaan ini didorong oleh sentimen mangsa penjajahan yang mendorong
pengarang kembali kepada akar tradisi sebagai sumber pembinaan jati diri dan senjata
melawan penjajahan dalam bentuk baru.
Antara kajian awal tetapi terperinci tentang aliran realisme magis telah dilakukan
oleh Shahnon Ahmad (2006). Melalui penelitiannya terhadap ciri-ciri aliran realisme
magis berdasarkan karya-karya penulis Amerika Latin yang telah diterbitkan, beliau
mendapati bahawa aliran realisme magis Amerika Latin adalah satu pernyataan
pascakolonial yang kuat. Namun, Shahnon berpendapat kekuatan ini tidak dimiliki oleh
penulis sastera di Malaysia, yang disifatkannya sebagai lesu dan konformis. Selain
Shahnon, Sohaimi Abdul Aziz (2006a.) turut menyorot perkembangan aliran realisme
magis di Amerika Selatan, iaitu daripada awal kemunculannya sehinggalah awal abad ke21. Sohaimi (2006b.) juga melihat perkembangan aliran ini daripada sudut manifestasi
nasionalisme dalam kalangan penulis Amerika Latin. Sungguhpun begitu, kedua-dua
sorotan berkenaan bersifat penyenaraian dan penerangan semata-mata tanpa analisa,
kritikan mahupun perbandingan dengan perkembangan realisme magis di Malaysia.
58

Karya ini berbentuk konvensional, mengandungi muatan cerita yang lazim serta mematuhi tradisi
penciptaan dan langgam penceritaan yang sedia mantap.

24

Daripada aspek kritikan dan aplikasi kerangka aliran realisme magis dalam kajian
kesusasteraan, Shahnon (1996) sekali lagi telah mendahului para pengkaji lain. Beliau
menggunakan kerangka aliran realisme magis Amerika Latin sepenuhnya, dan
mengenakannya ke atas karya-karya awal Gabriel Garcia Marquez.

Namun, beliau

belum pernah melakukan kritikan atau kajian serupa terhadap karya-karya kesusasteraan
Melayu. Sebaliknya, tugas ini telah dilakukan oleh Ungku Maimunah (2006). Beliau
memanfaatkan

kerangka aliran realisme magis Amerika Latin yang digunakan oleh

Garcia Marquez dalam novelnya One Hundred Years of Solitude untuk mengkritik novel
Hujan Pagi karya A.Samad Said. Sebagai kesimpulan, Ungku Maimunah menyifatkan
bahawa Hujan Pagi merupakan sebuah karya realisme magis Melayu yang berjaya.
Sorotan ini mendapati bahawa aliran realisme magis masih baru dalam konteks
kesusasteraan Melayu moden. Oleh itu ia adalah satu subjek kajian yang masih asing di
Malaysia, termasuklah dalam genre cerpen. Kebanyakan kajian yang telah dilakukan
bertumpu kepada penghuraian ciri-ciri realisme magis sahaja, di samping beberapa
kritikan terhadap karya-karya Amerika Latin dan tempatan. Setakat ini, belum ada kajian
yang meneroka aliran realisme magis secara menyeluruh. Oleh itu, kajian akan dilakukan
dengan meneliti dua aspek utama iaitu teknik-teknik penulisan aliran realisme magis dan
pengisiannya memanfaatkan khazanah kesusasteraan Melayu tradisional seperti
ditampilkan oleh Zainal Rashid Ahmad dalam penciptaan karya-karyanya

25

You might also like