Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SET 17

SOALAN :

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.


Jelaskan kepentingan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi memupuk perpaduan
kaum dalam kalangan pelajar.

Aktiviti program anak


angkat

Melalui aktiviti kokurikulum

Aktiviti sekolah untuk perpaduan

Aktiviti perkhemahan

Aktiviti sukan tahunan

Perpaduan dalam kalangan pelajar amat penting kepada masyarakat di negara kita. Jika ada
perpaduan dalam kalangan pelajar masyarakat sekolah dapat hidup dengan aman dan selamat. Contoh
perpaduan dalam kalangan pelajar ialah amalan tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, dan
lain-lain lagi. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini isu perpaduan dalam kalangan pelajar kembali hangat
diperkatakan. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlulah memainkan peranan untuk mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan pelajar di negara kita yang tercinta ini.
Antara aktiviti sekolah yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar ialah melalui aktiviti
kokurikulum. Hal ini kerana perpaduan hanya dapat dilahirkan daripada peringkat sekolah melalui aktiviti-aktiviti
sekolah yang dilakukan. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah yang berbilang bangsa dapat hidup harmoni di
bawah satu bumbung sekolah. Akibatnya, negara akan dapat melahirkan genarasi yang mantap jati diri dan
kuat perpaduan bangsanya. Sebagai contoh, sekolah mengadakan sambutan hari kokurikulum pada setiap
tahun dan mewajibkan kehadiran semua pelajar. Jelaslah bahawa aktiviti di sekolah dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan pelajar.
Aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana jika
semua pelajar bersukan pada waktu yang sama, akan timbul interaksi antara mereka. Secara tidak langsung
dapat berkomunikasi dengan baik. Pembahagian pelajar dalam rumah-rumah sukan akan menguatkan
hubungan kekitaan antara mereka. Akibatnya, perpaduan dalam kalangan pelajar akan terbentuk dengan
sendiri melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, pertandingan perbarisan rumah tercantik, permainan,
perhiasan khemah dan sebagainya. Jelaslah bahawa, aktiviti sekolah dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pelajar.
Selain itu, aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana,
aktiviti ini dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah, Kadet
Polis, Kadet Bersatu Malaysia dan sebagainyadilaksanakan secara kumpulan dan berkerjasama untuk
mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan
membentuk sikap bersatupadu. Akibatnya, para pelajar akan bersatu untuk mengharungi cabaran itu. Sebagai
contoh, aktiviti memasang khemah, menembak, merempuh halangan, berkawad dan sebagainya. Jelaslah
bahawa, aktiviti perkhemahan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, aktiviti program anak angkat juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.
Hal ini kerana, program yang merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti adalah demi
kebaikan pelajar. Program ini berfokus kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa
dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Kesan daripada aktiviti ini ialah wujudlah persefahaman
dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat seterusnya tercapailah perpaduan. Sebagai
contoh, Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar
seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Jelaslah bahawa,
aktiviti program anak angkat dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.
Malah, aktiviti sekolah yang melaksanakan dasar kerajaan iaitiu 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui dasar ini banyak
mendatangkan manfaat kepada pelajar. Kesan daripada aktiviti ini, mampu meningkatkan pelajar kadar
penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Sebagai contoh,
aktiviti-aktiviti seperti badminton, bola sepak, bowling dan sebagainya. Jelaslah bahawa, aktiviti sekolah yang
melaksanakan dasar kerajaan iaitiu 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajarnya.
Kesimpulannya terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian pihak sekolah terutama guru-guru perlulah

memainkan peranan masing-masing untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang pentingnya perpaduan..
Dengan usaha ini diharapkan pelajar-pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hal ini sudah tentu dapat
mencapai hasrat murni kerajaan untuk membentu masyarakat bersatu padu selaras dengan konsep gagasan 1
Malaysia.

SOALAN :

SET 14
Setiap individu perlulah mengamalkan amalan berjimat dalam kehidupan seharian.
Huraikan kebaikan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Dapat menjamin masa


hadapan yang cerah

Dapat memupuk diri


menjadi seorang yang suka
menabung

Kebaikan amalan
berjimat cermat

Menjadi penyelamat pada


waktu runcing atau
kecemasan

Amalan berjimat cermat sangat penting kepada masyarakat. Sekiranya kita mengamalkan berjimat
cermat kita dapat hidup dengan tenang . Sebagai contoh kita membeli barangan yang diperlukan sahaja.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini masyarakat begitu boros dalam berbelanja. Oleh hal yang demikian, individu
dan masyarakat seharusnya peka dan memikirkan betapa perlunya kita mengamalkan amalan tersebut.
Sebagai contoh, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa
mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.
Selain itu, kebaikan lain yang diperoleh melalui amalan berjimat cermat ialah dapat menjamin masa depan
yang cerah. Hal ini demikian kerana melalui hasil perbelanjaan yang berhemat, secara tidak langsung mereka
dapat mengumpul wang dan akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu pada masa hadapan.Kesannya, jika
mereka benar berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa membebankan atau
bergantung kepada sesiapa. Sebagai contoh, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
menara gading sama ada di dalam atau di luar negara, ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima
tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak
mereka. Jelaslah bahawa, amalan berjimat cermat yang dipupuk pada setiap ahli masyarakat akan memberikan
masa hadapan yang lebih cerah
Seterusnya, amalan berjimat cermat yang disemat dalam diri masyarakat sejak kecil lagi juga akan
dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing atau kecemasan. Hal ini demikian kerana hasil penjimatan wang
yang dikumpul akan digunakan ketika berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata peribahasa
Melayu, malang tidak berbau. Kesannya, mereka tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu
perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti berjimat cermat sebagai suatu amalan.
Contohnya, baki wang yang digunakan dikumpul dari usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan
seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya. Oleh itu, amalan berjimat cermat yang terdidik
dalam kalangan masyarakat mampu meringankan masalah ketika berdepan situasi rumit.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh individu dan masyarakat untuk memupuk
amalan berjimat cermat dalam masyarakat . Oleh hal demikian, masyarakat sekeliling perlulah memainkan
peranan masing-masing dan sentiasa memberikan sokongan yang padu dalam usaha membudayakan
amalan berjimat cermat ini. Diharap semua pihak akan mengamalkan dan membudayakan amalan berjimat
cermat dalam kehidupan mereka. Hal ini sudah tentu tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat yang diasuh
supaya membudayakan amalan berjimat cermat ini akan menjadi individu yang bijak dalam urusan kewangan.
Jelaslah, amalan ini juga merupakan usaha untuk menyediakan payung sebelum hujan dan juga suatu amalan
yang mendatangkan banyak kebaikan masyarakat.

You might also like