Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

HBMS3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI/2015

HBMS3203
PENGAJARAN MUZIK V

NAMA
NO. MATRIKULASI

SALMIAH BINTI TEKAT


:

700630135178001

NO. KAD PENGNEALAN :

700630135178

NO. TELEFON

0148778332

E-MEL

tekatsalmiah@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

SIBU LEARNING CENTRE

HBMS3203
MUKASURAT

KANDUNGAN

1.0. PENGENALAN

2.0. DONDANG SAYANG

2-6

3.0. DIKIR BARAT

69

4.0. KUDA KEPANG

9 - 13

5.0. CAKLEMPONG

13 15

6.0. KESIMPULAN

16

RUJUKAN

17

HBMS3203
1.0.

Pengenalan.
Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang istimewa

serta unik. Ia berbeza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain seperti di di negeri Melaka
terdapat kesenian dondang sayang. Kelantan dengan kesenian dikir baratnya. Johor dengan
kesenian kuda kepangnya. Manakala Negeri Sembilan dengan kesenian caklempongnya.
Kesenian tradisional bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan
sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Muzik tradisional ini sering mendapat
perhatian dari dulu hingga kini. Walaupun Malaysia mengalami pembangunan dan berada di
zaman globalisasi.
2.0.

Dondang Sayang.
Dondang sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan

oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang
dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang disampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan dondang sayang, Dondang bermaksud
nyanyian manakala Dondang Sayang bermaksud nyanyian mengulit kasih. Biasanya dondang
sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan majis perkahwinan yang
diadakan. Tetapi pada zaman yang serba moden ini nyanyian dondang sayang semakin pupus
terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.

2.1.

Sejarah Dan Latarbelakang Dondang Sayang.


Seni dondang sayang merupakan salah satu khazanah budaya yang menjadi
2

HBMS3203
sebahagian daripada warisan budaya melayu di mana seni dondang sayang merupakan lagu
klasik yang diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu lagi. Namun begitu, asal usul terciptanya
seni dondang sayang itu pada dasarnya masih menjadi tanda tanya berikutan penciptanya serta
penggubah asal lagu dondang sayang masih belum diketahui mahupun dikenalpasti sehingga ke
hari ini.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga fakta pendapat yang telah dikemukakan
berhubung dengan sejarah awal kewujudan dondang sayang yang diklasifikasikan sebagai tepat
serta boleh diterima kebenarannya. Hal ini berikutan fakta pendapat-pendapat yang dikemukakan
adalah berlandaskan kepada beberapa aspek seperti bentuk, struktur dan unsur dondang sayang
itu sendiri yang kemudiannya dihubungkaitkan dengan faktor-faktor sekeliling seperti alam,
manusia dan kepentingan yang wujud dalam seni dondang sayang bagi menyokong pendapat
masing-masing.
Pendapat pertama menyatakan seni dondang sayang dipercayai mula bertapak pada
akhir zaman ke-15 Masihi. Ketika zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Pendapat
yang dikemukakan merupakan andaian yang telah dibuat berdasarkan kepada dua sebab iaitu
kepentingan tuntutan kemahuan manusia serta peranan Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu.
Negeri Melaka bukan sahaja selalu dikunjungi oleh pemerintah dan pedagang dari luar tetapi
pada masa yang sama sultan Melaka juga sering melakukan kunjungan ke negeri-negeri lain.
Perhubungan luar yang wujud telah melahirkan seni bercorak hiburan iaitu dondang sayang
yang bertindak sebagai halwa telinga dan santapan mata yang menyenangkan.
Pendapat kedua menyatakan bahawa dondang sayang berasal dari Pulau Sebang,
Tampin, Melaka. Ia wujud sekitar tahun 1400 hingga tahun 1510 . Hasil daripada keterangan
tinjauan

berdasarkan andaian dondang sayang dikatakan wujud daripada lawatan Datuk

Temenggung ke Pulau Sebang. Oleh itu, seni dondang sayang dipercayai dicipta khas sebagai
tanda mengalu-alukan seterusnya menghargai kedatangan Datuk Temenggung memandangkan
lawatan tersebut merupakan salah satu lawatan pembesar negeri ke luar daripada pemerintahan
negeri Melaka.
Pendapat ketiga pula berbeza jika dibandingkan dengan dua pendapat yang terdahulu.
Pada dasarnya menyatakan bahawa dondang sayang berasal daripada negeri Melaka. Hal ini
kerana pendapat ketiga dikatakan bahawa dondang sayang tercipta ekoran daripada kedatangan
Portugis yang dibawa masuk oleh bangsa Eropah ke Melaka pada sekitar tahun 1500 . Pengaruh
3

HBMS3203
Portugis yang dibawa masuk oleh bangsa Eropah ke Melaka dipercayai telah melahirkan seni
dondang sayang.
2.2. Ciri-Ciri Muzik Dondang Sayang.
Kesemua lagu dondang sayang adalah berasaskan satu melodi. Setiap stanza mempunyai
tujuh baris vokal. Manakala bentuk muzik berasaskan kepada struktur pantun empat kerat
dengan ulangan beberapa pantun seperti berikut:
Perempuan :

Limau lelang di tepi lubang


Petik benihnya di hujung dahan
Harimau garang duduk menyangkung
Kalau kau berani, lalu di depan

Lelaki :

Angkut-angkut membuat sarang


Jatuh berderai di atas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati

Perempuan:

Tinggi, tinggi rumah Chek Long


Di bawahnya dibuat kedai kain
Alangkah bisa ular tedung
Bolehkah di tangkap buat main?

Lelaki:

Tinggi tinggi rumah Chek Long,


Di bawahnya dijual air pokok,
Gua tak takut ular tedung,
Kerana gua ular senduk.
Berdasarkan lagu dondang sayang di atas, lagu dondang sayang dibahagikan kepada dua

bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut adalah bahagian A dan bahagian B. Bahagian A


merupakan pembayang pantun manakala bahagian B pula merupakan maksud pantun.
4

HBMS3203
Tema teks dondang sayang selalunya berkisar tentang budi, jenaka, kasih sayang, nasihat
dan sebagainya. Perkataan-perkataan menarik yang sering digunakan dalam lagu dondang
sayang adalah seperti Alang Dendang, Ala Kawan, Ala Sayang dan Cik Adik. Major D sering
digunakan dalam sistem tonal. Namun begitu skala C major juga diguna pakai.
2.3.

Alat-Alat Muzik Yang Digunakan Dalam Dondang Sayang.


Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri

daripada sebuah biola, dua buah rebana, sebuah gong atau tetawak.
Bi
ola

Rebana

Gong
2.4.

Fungsi Setiap Alat Dalam Ensembel Dondang Sayang.


Berikut merupakan fungsi setiap alat dalam ensembel muzik tradisional dondang sayang.

i).

Biola
Biola ialah sejenis alat muzik bertali yang penting dalam persembahan Dondang Sayang.

Pemain biola dalam persembahan Dondang Sayang biasanya merupakan ketua kumpulan yang
memainkan peranan utama dalam persembahan dan memainkan kaunter melodi untuk melodi
asal.
ii).

Rebana
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang bentuknya seperti pasu. Ia sering

digunakan dalam persembahan muzik sinkretik dondang sayang.

Peranannya dalam

persembahan dondang sayang adalah sebagai penyokong irama asas penambahan dan menyilang.
Rebana biasanya diperbuat daripada kayu nangka.
5

HBMS3203
iii).

Gong.
Tetawak adalah merupakan sejenis alat muzik idiofon yang diperbuat daripada perunnggu

berbentuk bulat dan dindingnya tebal dan berbusut di tengah-tengah. Tetawak sering digunakan
dalam persembahan dondang sayang.
3.0.

Dikir Barat.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat

melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung dan pinggir bandar.
Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang
Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awakawak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh
dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan
oleh masyarakat di musim menuai dan juga di majlis perkahwinan.

3.1.

Sejarah Dan Latar Belakang Dikir Barat.


Dikir Barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu

Tuan Haji Mat Salleh Bin Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh atau (Mat
Leh Tape). Gelaran Tape di hujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung
iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di kampong Tape.Terdapat
teori yang menyatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali
sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan
6

HBMS3203
masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada
tempat asal dikir itu.
3.2.

Ciri-ciri Muzik Dikir Barat.


Tekstur bagi muzik Dikir Barat ialah polifoni. Tekstur polifoni adalah merujuk kepada

satu atau lebih bahagian vokal atau suara serta alat perkusi yang digunakan bagi mengiringi
nyanyian lagu dikir barat. Nyanyian dikir barat adalah terdiri daripada satu melodi yang
dinyanyikan oleh penyanyi korus dan tukang karut. Nyanyian lagu dikir barat mempunyai masa
lapisan suara berlapis-lapis antara tukang karut dan penyanyi korus. Ia menghasilkan satu
karektor yang unik. Alat-alat muzik yang mengiringi lagu dikir barat adalah seperti rebana ibu,
rebana anak, gong (tetawak) canang dan marakas.
Biasanya, persembahan dikir barat mempunyai ahli lebih kurang 30 orang. Mereka adalah
terdiri daripada Tukang Karut, Tok Juara, pemain alat muzik dan awak-awak. Nyanyikan dikir
barat dipersembahkan dengan menggunakan loghat dan dialek kelantan.
3.3.

Alat-Alat Muzik Yang Digunakan Dalam Dikir Barat.


Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian dikir barat terdiri daripada

sebuah rebana ibu, sebuah rebana anak, sebuah gong (tetawak), sepasang canang dan sepasang
marakas.

Rebana

Canang

HBMS3203

Gong
3.4.

Marakas

Fungsi Setiap Alat Dalam Ensembel Dondang Sayang.


Berikut merupakan fungsi setiap alat dalam ensembel muzik tradisional dikir barat.

i).

Rebana Ibu.
Rebana ibu mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang

kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu.
Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan
menggunakan pancung kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.
ii).

Gong .
Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-

tengah permukaannya. Picnya lebih dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu
busutnya. Nada gong ini adalah nada G. Gong ini selalunya dihiaskan dengan penyandang kayu
yang diukir dengan nama kumpulan begitu juga dengan gong itu sendiri supaya menampakkan
identiti kumpulan dikir tersebut.
iii).

Canang.
Canang selalunya dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah seorang

daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. Sesetengah kumpulan dikir barat
menggunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.
iv).

Marakas.
8

HBMS3203
Sepasang marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat
daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan
dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil untuk menghasilkan
bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memasukkannya.
4.0.

Kuda Kepang.
Tarian kuda kepang merupakan sejenis tarian rakyat melayu tradisional. Tarian ini ialah

tarian warisan budaya jawa dengan mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat.
Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik
penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah
akan menyampaikan dakwah mereka sebelum dan selepas persembahan.

4.1.

Latar Belakang Dan Sejarah Kuda Kepang.


Tarian kuda kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor. Tarian ini juga

merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu. Permainan kuda kepang mula
bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1940-an. Namun, asal-usul kuda kepang ini tidak
dapat diketahui. Hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul kuda kepang ini
iaitu pada tahun 1920-an bertetapan dengan sejarahnya bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Ia
dibawa masuk oleh masyarakat jawa yang berhijrah ke Johor dan kekal hingga sekarang tanpa
banyak pengubahsuaian. Hasil daripada penghijrahan ini, masyarakat dari jawa telah membawa
kesenian mereka ke dalam negeri ini iaitu kuda kepang.

HBMS3203
Selain itu, ada yang berpendapat bahawa asal usul tarian ini ada kaitan dengan asal usul
Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Seperti peristiwa peperangan yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat disampaikan
dalam bentuk tarian. Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usul tarian kuda kepang dengan
Wali Songo atau Wali Sembilan. Yang hidup di Tanah Jawa pada awal kurun ke-15. Dalam usaha
mengembangkan islam di kawasan pendalaman di Jawa. Wali Songo menghadapi kesulitan untuk
mendekati orang-orang di sana. Mereka mendapat idea untuk menari-nari sebelum atau selepas
persembahan dilakukan.
4.2.

Ciri-Ciri Muzik Kuda Kepang.


Dalam persembahan kuda kepang, aspek tarian ritual dengan pergerakan tarian yang di

luar pergerakan manusia biasa merupakan satu tarikan yaang dinanti-nanti oleh penonton.
Kuda kepang diperbuat daripada buluh yang dianyam dan menjadi alat yang dominan di
sesuatu persembahan tarian kuda kepang. Ada juga yang diperbuat daripada kulit lembu yang
diletak bingkai buluh atau rotan dan diwarnakan dengan warna putih, merah dan kelabu. Selain
dari itu, ia mempunyai cemeti atau tali pecut yang diikat pada buluh untuk tujuan arahan kepada
penari-penari untuk bergerak.
Tarian yang dikenali dengan nama Lenggang Kiprah. Selain itu, tarian yang sering
dipersembahkan dalam persembahan kuda kepang ialah Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung
dan Tarian Solo.
4.3.

Alat-Alat Muzik Yang Digunakan Dalam Kuda Kepang.


Muzik merupakan salah satu aspek yang penting dalam persembahan kuda kepang.

Rentak muzik yang amat unik membuatkan penari kuda kepang terlalu asyik sehingga membawa
mereka ke satu alam yang lain. Terdapat beberapa jenis alat muzik yang digunakan dalam
persembahan kuda seperti gendang jawa, angklung, kenong, jidur dan gong.

10

HBMS3203

Gendang Jawa

Angklung

Jidur

4.4.

Kenong

Gong

Fungsi Setiap Alat Dalam Ensembel Kuda Kepang.


Berikut merupakan fungsi setiap alat dalam ensembel muzik tradisional kuda kepang.

i).

Gendang Jawa.
Gendang merupakan sejenis alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan tertutup

dengan belulang pada kedua permukaan. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu dan
kulit kambing. Gendang berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz keduadua permukaan yang berbeza. Gendang tersebut biasanya dimainkan secara duduk dengan
gedombak diletakkan di atas sila. Alat ini digunakan untuk persembahan kuda kepang. Gendang
adalah alat penting dalam memimpin rentak bunyian baik rendah atau tinggi. Ia digunakan di
sepanjang persembahan kuda kepang.
ii)

Angklung.
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kumpulan

idiofon. Sebuah angklung lazimnya terdiri daripada dua atau empat tabung yang diikat pada
rumahnya atau dikenali sebagai ancak.
11

HBMS3203
Angklung digunakan memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada ensemble yang
lain. Alat muzik angklung adalah untuk melaraskan melodi dalam jarak di antara satu sama lain.
Manakala Angklung pengiring iaitu accompaniment dilaraskan mengikut kaedah tonik triad
iaitu Do, Mi dan So sama ada dalam mode major atau minor. Proses penataan Angklung
dilakukan dengan cara ketukan di bahagian kakinya ataupun meniup di bahagian bibirnya.
Angklung dimainkan pada lagu-lagu tertentu sahaja dalam persembahan kuda kepang.
iii).

Kenong.
Sebuah kenong yang mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih

nipis dan bulat berbanding gong. Kenong diletak di atas dan diikat pada kayu yang diperbuat
daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk. Alat pengetuk kenong
terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut. Kenong dimainkan
dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang
lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong. Ia digunakan di sepanjang persembahan
kuda kepang.
iv).

Jidur
Sebuah jidur yang diperbuat daripada batang kelapa berongga dan kedua-dua permukaan

berukuran lilit yang sama ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong
kecil setinggi anggaran 16 inci.

Dipalu dengan menggunakan dua batang kayu untuk

memainkannya.
v).

Gong.
Gong dibuat daripada penunggu berbentuk bulat. Tepinya melengkong ke bawah, berongga

di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukannya. Gong berperanan sebagai bunyi
tulang belakang dalam sesuatu persembahan dan alat utama dalam upacara khas dan
persembahan muzik tradisional. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi
yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
12

HBMS3203
5.0.

Caklempong.
Falsafah muzik caklempong mementingkan kelembutan dan kesopanan. Ia mencerminkan

elemen-elemen ini yang telah diwarisi oleh masyrakat Minangkabau. Persembahan caklempong
adalah gambaran kehidupan yang mementingkan aspek kekeluargaan, menghormati di antara
satu sama lain dan menghormati orang-orang tua.
Fungsi muzik caklempong asasnya digunakan untuk mengiringi pekerjaan, ritual
perubatan, kehidupan, keagamaan, tarian serta upacara rasmi. Caklempong kini telah diterima
oleh semua golongan, masa dan tempat. Jika dahulu caklempong hanya dipersembahkan di
kampung-kampung bagi tujuan meyambut perkahwinan atau majils-majlis kecil. Tetapi kini
caklempong mampu mengiringi lagu-lagu popular, tarian piring, tarian lilin, silat dan sebagainya.
5.1.

Latar Belakang Dan Sejarah Caklempong.


Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal usul caklempong

Ada beberapa pendapat tentang caklempong. Antaranya caklempong berasal dari kayangan
berdasarkan cerita Hikayat Malim Demam.
Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke -19 oleh peniaga
Minngkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri Sembilan. Permainan
Caklempong diangap sebagai muzik tradisional negeri ini.
5.2.

Ciri-ciri Muzik Caklempong


Antara ciri-ciri muzik caklempong adalah seperti muzik caklempong mempunyai tekstur

homofoni. Ensembel caklempong mempunyai lebih daripada dua lapisan suara serta mempunyai
muzik iringan. Permainan caklempong menggunakan simbol serta notasi seperti notasi dan
simbol-simbol tanda rehat muzik barat. Skor lagu-lagu caklempong dibaca serta ditulis dalam
skor standard notasi barat. Walau bagaimanapun ada sesetengah penggiat muzik menggunakan
sistem nombor untuk mewakili setiap pic dan not yang dimainkan.

13

HBMS3203
Ensembel muzik caklempong dipersembahkan dalam tiga posisi yang utama. Yang
pertama ialah posisi tegak. Di mana semua pemain berdiri di mana gong-gong kecil atau bonang
diletakkan di dalam tepak kayu yang mempunyai kaki setinggi satu meter. Yang kedua adalah
posisi secara duduk. Di mana semua pemain bermain dalam keadaan duduk bersila dan
kedudukan tepak kayu yang berisi gong-gong kecil atau bonang itu diletakkan di atas lantai.
Seterusnya secara berjalam atau pacik. Di mana pemain akan memainkan caklempong sambil
berjalan atau berarak dipanggil pacik. Ia dimainkan dengan memegang dua buah gong kecil atau
bonang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi akan mengetuk dan memukul gong.
Permainan ini seakan-akan permainan kompang.
5.3. Alat-Alat Muzik Caklempong
Alat-alat muzik caklempong adalah terdiri daripada gereteh, tingkah, suawa, gendang dan
bangsi.

Gereteh

Suawa /Tingkah

Gendang

Bangsi
5.4.

Fungsi Setiap Alat Dalam Ensembel Kuda Kepang.


Berikut merupakan fungsi setiap alat dalam ensembel muzik tradisional kuda kepang.
14

HBMS3203
i).

Gereteh.
Terdiri daripada 15 biji gong kecil yang dipanggil bonang. Alat ini disusun mendatar di

atas tepak. Gereteh berperanan memainkan melodi I dan II.


ii).

Suawa /Tingkah.
Terdiri dari 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Tingkah berperanan

untuk memainkan kod.


iii).

Gendang.
Terdiri dari 2 buah gendang iaitu gendang ibu dan gendang anak . Gendang ibu

memainkan rentak asas manakala gendang anak meningkah rentak asas.


iv).

Bangsi.
Bangsi mempunyai tujuh lubang di bahagian atas dan satu di bahagian bawah. Alat muzik

ini adalah sebagai tambahan yang memainkan melodi di tempat-tempat tertentu mengikut
gubahan lagu.
6.0.

Kesimpulan
Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai warisan seni di

antaranya ada muzik dondang sayang, dikir barat, kuda kepang dan caklempong. Namun begitu
khazanah negara yang tidak ternilai itu sekian lama semakin hilang dan semakin kurang
mendapat perhatian daripada masyarakat.
Sekiranya permasalahan ini muzik kian berlanjutan dan tidak ada cara untuk
menanganinya. Ia akan semakin hilang dan dikhuatiri generasi yang akan datang tidak
berpeluang untuk mengenali mahupun menghargai warisan seni negara ini. Untuk mengatasi
15

HBMS3203
masalah ini pelbagai pihak perlu mengambil tindakan yang serius dan bersungguh-sungguh agar
kesenian ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas kerana muzik tradisional ini
menunjukkan identiti masyarakat Malaysia.
Manakala, muzik tradisional amnya digunakan sebagai lambing budaya sesuatu bangsa
selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Gabungan
ritma dan intonansi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik
Asli mempunyai latar belakang yang menarik. Peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan
sesuai dengan panorama tertentu.

2937 patah perkataan

Rujukan.
Abdul Hamid Adnan (2003). Muzik caklempong. Ampang : Dawana Sdn. Bhd.
16

HBMS3203
Madulara (1984). Dondang sayang : Seni tradisi negeri Melaka. Melaka : Majlis Kebudayaan
Negeri Melaka.
Mohamed Ghouse Nausruddin (2003). Muzik tradisional Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tan S.B & Matusky, P. (1998). Pengantar muzik Malaysia buku 1. Pulau Pinang : The Asian
Centre
Nik Mustafa (2000). Muzik tradisional dalam masyarakat melayu. Kuala Lumpur : Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian

17

You might also like