Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B (UPSR)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Soalan Bahagian B Sains membawa sebanyak 40 markah.
Biasanya set soalan Bahagian B mengandungi 4 atau 5 soalan
mengikut topik-topik tertentu.
Untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam bahagian
B, anda mestilah:
1. Memahami dan menguasai topik-topik yang dipelajari.
2. Dapat mengenalpasti PM (Pembolehubah Manipulasi) dan
PB (Pembolehubah Bergerakbalas) dengan betul kerana
kedua-duanya akan digunakan untuk menjawab hampir semua
soalan.
3. Mengetahui teknik / cara menjawab setiap soalan.
Antara soalan yang biasa disoal di dalam bahagian B
ialah:
1. Dua maklumat
Cara: Kenalpasti dan tuliskan sahaja tajuk PM dan PB.
* Jangan lupa parameter / ciri bagi objek / bahan yang
dieksperimenkan. Contoh: Jenis, saiz, jisim, ketinggian,
warna, kelajuan, bilangan, kehadiran, jumlah, kualiti.
2. Pembolehubah yang diMalarkan (PML)
Cara: Nyatakan apa yang sama di dalam setiap eksperimen
yang dijalankan.
3. Tujuan
Cara: UMHA PM dan PB (Untuk menyiasat/mengkaji
hubungan antara Pembolehubah Manipulasi dan
Pembolehubah Bergerakbalas)

4. Pemerhatian (berdasarkan jawapan Inferens)


Cara pertama: Bandingkan PB
Cara kedua: PB corak perubahan
5. Inferens (Berdasarkan jawapan Pemerhatian)
Cara:
i. Jawab soalan pemerhatian terlebih dahulu, tetapi
pastikan anda membaca sepenuhnya soalan inferens dan
benar-benar faham kehendak soalan.
ii. Isi (poin) jawapan adalah berkaitan dengan topik
soalan.
Contoh topik: Kestabilan/ Stabil
Contoh jawapan: Kerana struktur P lebih stabil daripada
struktur Q.
iii. Jika anda membandingkan PB pada jawapan
Pemerhatian, maka Inferens pun mesti banding.
Contoh:
Pemerhatian: Bilangan buku yang dapat ditampung oleh buku
A lebih banyak berbanding B.
Inferens : Kerana struktur A lebih kuat berbanding B.
iv. Jika anda memberikan PB corak perubahan pada
jawapan Pemerhatian, maka Inferens pun letakkan corak
perubahan yang sesuai.
Contoh:
Pemerhatian : Bilangan harimau semakin berkurang.
Inferens: Kerana semakin banyak hutan ditebang
menyebabkan harimau kekurangan sumber makanan.
* Cara kedua (PB corak) biasanya digunakan ketika
menjawab soalan berkaitan aktiviti yang dijalankan di satu
kawasan yang sama seperti bilangan haiwan di sesuatu

kawasan, saiz fasa bulan, peringkat gerhana, panjang bayangbayang, dan lain-lain yang bersesuaian.
*Menggunakan cara kedua (Bandingkan PB) lebih
digalakkan.
6. Hubungan / Kesimpulan
Cara:
i. Corak PM, corak PB
ii. Jika PM corak, maka PB corak
iii. Apabila PM corak, PB corak
* PM mesti ditulis dahulu, kemudian baru PB.
7. Corak perubahan
Cara: Bertambah / Berkurang / Tiada perubahan
* Saya galakkan murid saya meletakkan perkataan 'Semakin'
di hadapan 'Bertambah' dan 'Berkurang' (Semakin bertambah,
Semakin berkurang)
8. (a) Ramalkan (nombor)
Contoh Soalan: Ramalkan bilangan harimau pada tahun
2020.
Contoh Jawapan: 50 ekor
(b) Ramalkan (ayat)
Contoh Soalan: Ramalkan apa yang akan terjadi kepada
harimau sekiranya tiada langkah pemuliharaan dilakukan.
Contoh jawapan: Harimau akan pupus.
Berikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas
semasa guru mengajar. Fokus memang penting
supaya anda memahami apa yang disampaikan

oleh guru, dan juga menguasai apa yang


sepatutnya anda perlu tahu.
Jika tidak faham, jangan malu / takut untuk bertanya.
Di rumah, baca semula topik-topik yang telah dipelajari.
Banyakkan latihan menjawab soalan-soalan Bahagian A dan B
supaya lebih mahir.
Practice makes perfect.
Usaha tangga kejayaan.
Yang penting,

You might also like