Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mitos

Penduduk Kedah Asalnya Dari Gergasi?


Oleh : Abdul Ghani Az

Sejarah awal negeri Kedah amat rumit sekali hendak diketahui orang. Kerana
mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti dari buku-buku Hikayat
Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah bahawa negeri ini telah
dibuka kira-kira seratus tahun sebelum dari Nabi Muhammad dilahirkan, iaitu kirakira dalam tahun 470M, atau kira-kira seribu tahun terdahulu dari pembukaan
kerajaan Melayu Melaka.

Ianya sezaman dengan tumbuhnya lain-lain kerajaan di benua Asia seperti Kerajaan
P'an P'an, Hunan, Cenla dan Campa yang sekarang telah hilang namanya dalam
sejarah dan berganti dengan nama-nama kerajaan yang baru pula.

Memandang masa yang begitu lama, tentulah ahli-ahli sejarah tidak dapat memberi
keterangan lanjut dan tarikh yang tepat mengenai sejarah negeri itu.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), penduduk asal negeri Kedah (Pulau
Serai) ialah keturunan gergasi. Manakala raja pertama pula ialah Merong
Mahawangsa sendiri yang berasal dari indera kayangan dan bersahabat baik
dengan raja Rom. Ketika Merong Mahawangsa mengiringi Putera Raja Rom untuk
berkahwin dengan Puteri China, angkatan mereka telah karam dibinasakan oleh
burung geruda yang telah bersumpah sebelum itu dengan Nabi Allah Sulaiman a.s.
untuk menggagalkan perkahwinan kedua anak raja itu.

Bila angkatan itu binasa, masing-masing membawa diri. Merong Mahawangsa


berusaha untuk menyelamatkan Putera Raja Rom itu tetapi gagal. Akhirnya Merong
Mahawangsa sampai di Pulau Serai (Kedah) dan dilantik menjadi raja kepada kaum
gergasi yang mendiami pulau itu. Pulau Serai itulah dipercayai Gunung Jerai yang
ada sekarang ini. Agaknya kawasan tanah rendah di persekitaran gunung itu belum
lagi timbul dari aras laut. Dari keturunan Merong Mahawangsa inilah terus menerus
memerintah negeri Kedah sampai sekarang ini.

Ada enam orang raja sebelum negeri Kedah menerima agama Islam. Mereka itu
ialah Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri
Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong), Raja Phra Ong

Mahapodisat dan Raja Phra Ong Mahawangsa iaitu raja yang mula-mula menerima
agama Islam dengan gelaran Sultan Mudzaffar Syah.

Menurut tawarikh Siam pula, susunan raja sebelum menerima agama Islam adalah
seperti berikut; pertama - Phra Ong Mahawangsa, kedua - Phra Ong Mahapodisat,
ketiga - Seri Mahawangsa, keempat - Sri Maha Inderawangsa, kelima - Phra Ong
Maha Yatidahara, keenam - Phra Ong Mahapodisat dan ketujuh - Phra Ong
Mahawangsa iaitu Sultan Mudzaffar Syah (sultan yang mula-mula menerima agama
Islam).

Bagaimanapun, jika dibandingkan antara buku-buku tersebut nyatalah At-Tarikh


Salasilah negeri Kedah lebih sesuai dijadikan rujukan sejarah. Ramai pengkajipengkaji sejarah Kedah yang merujuk buku tersebut kerana buku HMM dan Tawarikh
Siam merupakan buku hikayat cuma yang lebih banyak mengaitkan dengan kisahkisah dongeng dan tidak mempunyai faktor-faktor yang dapat dipegang oleh
mereka terutama dari segi tarikh.

Buku HMM lebih sesuai dikatakan sebagai buku hikayat sahaja dan bukannya buku
sejarah. Bagaimanapun buku tersebut digunakan juga untuk dibuat perbandingan
terutama tentang nama-nama raja yang memerintah.

Dalam HMM, cuma ada tercatat tujuh orang raja sahaja yang memerintah negeri
Kedah sebelum menerima Islam, begitu juga Tawarikh Siam, sementara di dalam
buku At-Tarikh ada tercatat sembilan orang raja. Bagaimanapun, cuma ahli sejarah
sahaja yang dapat memberi kenyataan yang sebenar.

Mengikut At-Tarikh karangan Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad


Arshad bahawa penduduk awal negeri Kedah bermula dari pelarian penduduk tanah
Jawa yang datang kira-kira seratus tahun sebelum keputeraan Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. di Mekah. Pelarian itu bukan sahaja tertumpu khusus ke negeri
Kedah saja, malahan bertaburan di sepanjang pantai semenanjung Malaysia yang
ketika itu lebih terkenal dengan nama Tanah Segara Masin. Orang-orang pelarian itu
dipanggil 'Melayu' bererti lari.

Perpindahan atau pelarian itu berlaku bukanlah bertujuan untuk mencari-cari


tempat baru tetapi adalah bagi menyelamatkan nyawa setelah negeri mereka
(tanah Jawa) diserang oleh bangsa Hindustan yang berbahasa Sanskrit dan
beragama Hindu.

Di Kedah, tempat yang menjadi tumpuan ialah di persekitaran kaki Gunung Jerai,
mungkin ketika itu pantai kerana waktu pelayaran masing-masing menjadikan
puncak Gunung Jerai itu sebagai pedoman.

You might also like