Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 100

SISTEM SARAF

TISU NEURAL
SENSORI DAN LALUAN MOTOR
SISTEM SARAF AUTONOMIK
SISTEM SARAF PUSAT
SISTEM SARAF PINGGIR
FUNGSI SENSORI

SISTEM SARAF
Meliputi seluruh badan kita.
Mengkordinasi dan menyelaraskan
gerakbalas badan terhadap sesuatu
rangsangan.

Memainkan peranan yang penting


mengkordinasikan aktiviti badan.

dalam

Menyelaras dan mengawal organ-organ dan


sistem-sistem
badan
supaya
berfungsi
bersama-sama pada masa dan kadar yang
tepat mengikut keperluan badan.
Memainkan dua peranan asas
- menghantar maklumat (impuls saraf) dari luar
atau dalam badan kepada sistem saraf pusat
untuk pemerosesan.
Selepas pemerosesan, menghantar arahan
(impuls saraf) kepada otot atau kelenjar untuk
tindakan yang sewajarnya.
Impuls ialah maklumat @ mesej saraf yang
dialirkan di sepanjang gentian saraf dalam
bentuk gelombang bergerak yang mempunyai
sifat elektrik.

Sistem saraf terbahagi kepada dua


bahagian penting :

Sistem Saraf
Serebrospina
Sistem Saraf
Autonomik

Sistem Saraf
Pusat
Sistem Saraf
Serebrospina

Sistem
Pereferi

Sistem
Saraf
Autonomik

Sistem Saraf
Simpatetik

Sistem Saraf
Parasimpatetik

TISU NEURAL

Tisu Saraf /neuron


Neuron ialah unit asas sistem saraf
Berjuta juta dan berfungsi hantar impuls saraf
Terbina dari 2 jenis sel.
Neuron pindahkan impuls saraf
Neuroglia- menyokong dn memperkayakn neurons

Struktur neuron-setiap neuron terdiri dari


Badan sel
Dendron dan cabang halus Dendrites
Axon

Badan sel mengandungi


nukleus
Sitoplasma
Organel

Dendrites Pendek
bercabang/branched(dendrites)
Merupakn unjuran dari badan sel
Terima signals dari sensory receptor
atau neuron lain

Bertugas hantar impuls yg


diterima ke badan sel

Axon/akson
panjang
Merupakan unjuran sitoplasma dari badan sel

Fungsi -mengangkut impuls sarap


keluar dr badan sel ke bhg bdn /otot/
kelenjar
Axon keluar dari sistem saraf periferi dipanggil nerve
Axon keluar dari sistem saraf pusat dipanggil tract
Axon diselaputi oleh salut myelin
lapisan lipid yang menyaluti neuron
Salut mielin tidak bersambung terus tetapi terputus
dibahagian yang di sebut nodus Ranvier

SEL NEUROGILIA
Sel Neuroglia adalah sel penyokong untuk otak
dan sistem saraf
Berfungsi

Untuk memenuhi ruang


Menyokong neuron
Menghasilkan myelin
Menjalani proses fagositosis

lapisan Myelin adalah sel Neuroglia yg menyaluti


axon dan di dalam sistem saraf periferi dipanggil
sel Schwann / neurolemmocytes
Sel Neuroglia yang menyaluti axon di dalam
sistem saraf pusat dipanggil oligodendocytes
Ruang diantara myelin dipanggiln nodes of
Ranvier- menambah kelajuan pengaliran utusan
impuls

Jenis neuron /saraf


3 jenis neuron dikelaskan
berdasarkan fungsi dan struktur
Neuron motor
Neuron deria/ sensory
Interneuron

Neuron motor
Membawa impuls dari sistem saraf
pusat(CNS) ke otot, organ atau
kelenjar(efektor)
Menyebabkan
serat Otot mengecut
Organ menyesuaikn fungsi
Kelenjar mengeluarkan hormon

Neuron sensory/deria
Membawa impuls dari sensory
reseptor/reseptor ke sistem saraf pusat
Unipolar struktur di hujung neuron
sensory iaitu axon (akson2 hujung)
Interneuron
Hanya terdapat dalam sistem saraf pusat
Terletak di antara sensory neuron dan
neuron motor
Membentuk aliran yang kompleks untuk
process mengira, berfikir, mengingat dan
berbahasa.

Neurofisiologi
Ketiga-tiga jenis neuron tidak
bersambung antara satu sama lain
secara berterusan
Terdapat sinaps iaitu ruang sempit
selebar kira-kira 2.0 x105 mm di
antara dendrit terminal satu neuron
dengan dendrit neuron yang lain.
Sinap penting dalam penghantaran
dan pengawalan impuls saraf

Impuls yang sampai di dendrit


terminal merangsang pembebasan
sejenis bahan kimia yang dipanggil
neurotransmiter (bahn
penghantar impuls ke sinaps)
Contoh neurotransmiter
Asetikolina
Noradrenalina
Dopamina
Serotina

Neurotransmiter akan meresap


merentasi sinaps dan sampai ke
membran permukaan neuron yang lain
dan merangsang penghasilan impuls
saraf pada neuron tersebut.
Impuls mesti cukup kuat /banyak
untuk merentasi sinaps
Impuls bergerak dalam satu arah
sahaja.

PERANAN :
a.) bertindak sebagai pusat kawalan utama
b.) menginteraksikan dan memproseskan
segala maklumat yang masuk untuk
membuat keputusan yang akan dihantar
melalui sistem saraf ke otot dan kelenjar
untuk tindakan selanjutnya.
Terdiri daripada:
Otak
Saraf Tunjang

STRUKTUR DAN FUNGSI


OTAK
Berat kira-kira 1.5kg
Ada berjuta neuron
Menerima impuls dari saraf tunjang
dan saraf kranium dan
mengorganisasikannya.

Terletak dalam kranium. Kranium


melindungi otak dan mengekalkan bentuk
kepala manusia.
Terdiri daripada jirim kelabu di bahagian
luar dan jirim putih di bahagian
dalamnya. Bahagian luar terdiri daripada
jasad sel manakala bahagian dalam terdiri
daripada gentian saraf.

Terbahagi kepada 3 bahagian :

Serebelum

Serebrum

Modula
oblongata

OTAK : PANDANGAN SISI

OTAK : KERATAN

OTAK BIRI-BIRI

Serebrum
Merupakan bahagian otak yang
terbesar dengan permukaan yang
berlipat-lipat untuk menambahkan
lagi luas permukaan.
Terbahagi kepada 2 bahagian :
1. serebrum hemisfera kanan
2. serebrum hemisfera kiri
- Kedua-dua bahagian tersebut
mengawal gerakan otot-otot terkawal
bahagian kiri dan kanan.

Sel neuron dalam serebrum membentuk


kumpulan neuron yang merupakan pusat
sekutuan bagi mengawal pelbagai jenis
keupayaan manusia.contohnya, berfikir,
menakul, belajar menyimpan maklumat.
Bahagian korteks serebrum menerima
pelbagai maklumat rangsangan daripada
reseptor.

Maklumat ini akan dianalisis, diintegrasi


dan dihubungkaitkan untuk memberi satu
persepsi menyeluruh yang bermakna.
Seterusnya gerak balas yang sewajarnya
akan ditentukan dan arahan diberikan
kepada efektor untuk melakukan gerak
balas yang tertentu

Fungsi Serebrum

Serebelum
Ia terletak dibawah serebrum
Mempunyai 2 hemisfera tetapi bersaiz
kecil daripada serebrum
Berfungsi sebagai:
Mengawal imbangan badan manusia
Mengawal dan menyeleras pergerakan
badan, iaitu mengkoordinasikan
pengecutan otot ( otot licin dan otot
kardium)

Modula oblongata
Berada di bawah serebrum di
bahagian hadapan serebelum
Bersambungan dengan saraf tunjang
di bahagian bawahnya
Berfungsi:
Mengawal semua tindakan refleks
seperti batuk, muntah, menelan dan
bersin.
Mengawal semua tindakan automatik
seperti kadar dan isipadu respirasi,
denyutan jantung dan tekanan darah.

STRUKTUR DAN FUNGSI SARAF


TUNJANG
Saraf tunjang bermula dari dasar otak
dan terdapat di sepanjang turus
vertebra.
Saraf tunjang bukan sebahagian
tulang vertebra.
Bahagian dalam terdiri daripada jirim
kelabu manakala bahagian luar terdiri
daripada jirim putih.
Susunan ini adalah bertentangan
dengan serebrum di otak

Di sepanjang saraf tunjang terdapat


31 pasang saraf spina.
Saraf tunjang membentuk saraf-saraf
spina pada kedua-dua sisinya.
Saraf spina meninggalkan saraf
tunjang sebagai akar dorsal dan akar
ventral.
Akar dorsal mengandungi neuron
deria manakala akar ventral
mengandungi neuron motor.
Saraf tunjang berfungsi sebagai
pusat tindakan refleks.

Saraf
Spina

Akar dorsal

Akar ventral

Saraf spina mengandungi tiga jenis


sel saraf atau neuron iaitu neuron
aferan,neuron eferen dan
interneuron.

SISTEM SARAF PINGGIR


Terbahagi kepada :
Saraf Somatik
1. Urat saraf otak-saraf kranium (Cranial
nerves)
2. Urat saraf tunjang-saraf spina (Spinal
nerves)
Saraf Autonomik
1. Saraf simpatetik
2. Saraf parasimpateti

Manusia mempunyai 2 pasang saraf


kranium dan 31 pasang saraf spina.
Saraf kranium terdiri daripada:
Saraf deria
Saraf motor
Saraf campuran
Semua saraf kranium kecuali vagus
mengawal kepala, leher & muka.
Saraf vagus menyarafi organ-organ
dalaman.

Saraf spina terdiri daripada saraf


campuran.
Ia menunjukkan bahawa manusia
merupakan haiwan bersegmen
Terdapat satu pasang saraf spina
bagi setiap segmen
Saraf spina mengunjur daripada
saraf tunjang

Sensori dan laluan motor

SARAF SARAF KRANIUM


Ada 12 pasang saraf kranium.
Sesetengah daripadanya ada fiber
campur, iaitu gabungan saraf motor
dan saraf deria.
Manakala yang lainya adalah hanya
saraf motor, ataupun hanya saraf
deria,
misalnya
saraf
untuk
pancaindera.

1. Saraf olfaktori (deria), saraf bau.


2. Saraf optik (deria), saraf melihat.
3. Saraf okula-motor membekalkan
sebahagian besar otot eksternal
mata. Juga menghantar fiber saraf
parasimpatetik untuk membekalkan
otot siliari dan otot iris. Secara
klinikal, kerosakan pada saraf ini
akan mengakibatkan ptosis, mata
juling,
dan
kehilangan
refleks
terhadap
cahaya
dan
daya
akodomosi.

4) Saraf troklear (motor) ke arah sebuah


otot mata, iaitu eksternal serong.
5) Saraf trigeminal.
- Inilah saraf karanium yang terbesar.
- Saraf deria yang membekalkan
sebahagian besar kulit kepala dan
muka, juga membran mulut, hidung,
sinus prasanal serta gigi dan dengan
perantaraan sebuah cabang motor
kecil, mensarafi otot-otot pengunyah.

Saraf trigeminal terbahagi kepada 3


cabang utama yang bergerak ke
depan dari ganglion trigeminal, iaitu
saraf oftalmik, maksilari dan
mandibular, yang berfungsi
membekalkan deria rasa pelbagai
daerah muka, mulut, gigi dan
sebahagian tengkorak.

KORDA SPINA
Korda spina @ sumsum tulang belakang
bermula pada medula oblongata, menjulur
melalui foramen magnum dan berakhir di
antara vertebra lumbar pertama dan
kedua.
Di sini korda spina meruncing sebagai
konus medularis, dan kemudian satu
sambungan nipis dari pita mater yang
disebut filum terminal, yang menembusi
kantung dura mater, bergerak menuju
koksiks.

Sumsum tulang belakang yang


berukuran panjang sekitar 45 cm, pada
bahagian
depannya
dibelah
oleh
sebuah fisur anterior yang dalam,
manakala bahagian belakang dibelah
oleh sebuah fisur sempit.

Pada sumsum tulang belakang terdapat


dua penebalan, iaitu penebalan servikal
dan penebalan lumbar.

Dari penebalan ini, pleksus saraf


bergerak untuk membekalkan anggota
badan atas dan bawah, dan pleksus
daerah toraks membentuk saraf-saraf
interkostal.
Suatu keratan lintang pada sumsum
tulang belakang memperlihatkan susunan
jirin kelabu yang berbentuk huruf H.
Saluran spina yang kandungannya
berupa cecair serebrospina, melintas di
tengah-tengah huruf H tersebut.

FUNGSI SUMSUM TULANG


BELAKANG
Mengadakan komunikasi antara otak
dan semua bahagian tubuh.
Tindakan refleks.
Untuk terjadi tindakan refleks, maka
diperlukan struktur-struktur berikut:
- Organ deria yang menerima
impuls, misalnya kulit.

Fiber saraf deria yang


menghantarkan impuls-impuls
tersebut menuju sel-sel dalam
ganglion akar posterior, dan
selanjutnya fiber sel-sel itu akan
meneruskan impuls-impuls itu
menuju ke jirim kelabu pada tanduk
posterior tulang belakang.

TINDAKAN REFLEKSI
Merupakan sebahagian daripada mekanisme
perlindungan pada tubuh dan terjadi jauh
lebih cepat daripada tindakan voluntari.
Misalnya, menutup mata pada saat terkena
debu, dan menarik kembali tangan dari
benda panas yang tersentuh tanpa sengaja.

Tindakan refleks dapat dihalang oleh


kawalan, misalnya bukan sahaja tidak
menarik tangan dari benda panas, bahkan
dengan sengaja menyentuh permukaan
benda panas itu.

Saraf kranium menghubungkan


otak dengan organ-organ di kepala
Saraf spina - menghubungkan
saraf tunjang dengan bahagian
lain pada badan
Sistem saraf soma mengawal
tindakan terkawal manakala
sistem autonomi mengawal
tindakan luar kawal.

SARAF SIMPATETIK DAN SARAF


PARASIMPATETIK

SARAF SIMPATETIK
Terdiri daripada serangkaian urat kembar
yang mengandungi ganglion-ganglion.
Urat-urat
itu
bergerak
dari
dasar
tengkorak yang terletak di depan turus
vertbra, lantas berakhir dalam pelvis di
depan koksiks, sebagai ganglion impar.
Ganglion-ganglion
itu
tersusun
berpasangan dan disebarkan dari daerahdaerah berikut.

Leher
: Tiga pasang ganglion servikal
Dada
: Sebelas pasang ganglion toraks.
Pinggang : Empat pasang ganglion lumbar.
Pelvis
: Empat pasang ganglion sakral.
Di depan koksis : Ganglion impar.
Ganglion-ganglion ini bersambung erat
dengan sistem saraf pusat melalui sumsum
tulang belakang, dengan menggunakan
cabang-cabang
penghubung,
yang
bergerak keluar dari sumsum tulang
belakang menuju ke ganglia, dan dari
ganglia masuk menuju ke sumsum tulang
belakang.

Ganglion simpatetik lainnya berhubungan


dengan dua rangkaian besar ganglia ini,
dan
bersama
fibernya
membentuk
pleksus simpatetik.
(i) Pleksus jantung terletak dekat dasar
jantung serta mengarahkan cabangcabangnya ke situ dan ke paru-paru.
(ii) Pleksus seliak terletak sebelah belakang
perut dan membekalkan organ-organ
dalam rongga abdomen.
(iii) Pleksus mesenterik terlatak di depan
sakrum dan membekalkan organ-oragan
dalam pelvis.

FUNGSI
Saraf simpatetik mensarafi otot jantung,
otot-otot involuntari semua pembuluh
darah, serta visera seperti perut, pankreas
dan usus.
Ia membekalkan fiber motor kumuhan pada
kelenjar peluh, fiber motor pada otot
involuntari dalam kulit.
Iaitu, arrectores pilorum- serta mengekalkan
tonus semua otot, termasuk tonus otot
voluntari.

SISTEM PARASIMPATETIK
Saraf kranial autonomik adalah saraf kranium
ketiga, ketujuh, kesembilan dan kesepuluh.
Saraf-saraf ini merupakan penghubung, melalui
mana
fiber
parasimpatetik
lalu
dalam
perjalanannya keluar dari otak menuju ke organorgan yang sebahagiannya dikawal olehnya.
Fiber yang sampai ke fiber otot bulat pada iris,
dan dengan demikian merangsang gerakangerakan yang menentukan ukuran anak mat,
menggunakan saraf kranial ketiga, iaitu saraf
okula motor.

Fiber otot motor kumuhan sampai ke


kalenjar air liur melalui saraf ketujuh,
fasial,
serta
saraf
kesembilan,
glossofaringgeal.
Saraf vagus @
kesepuluh
adalah
autonomik terbesar.

saraf kranium
fiber
saraf

Dearah pengagihannya luas, serta


fibernya disebarkan kepada sejumlah
besar kalenjar dan organ.

Pengagihan ini bergabung dengan


penyebaran fiber simpatetik.
Saraf parasimpatetik sakral keluar dari
sumsum tulang belakang melaui
daerah sakral.
Saraf-saraf ini membentuk saraf pada
visera pelvis, dan bersama saraf
simpatetik membentuk pleksus yang
membekakan usus besar, rektum dan
pundi kencing.

PERBEZAAN ANTARA SARAF


SIMPATETIK DENGAN SARAF
PARASIMPATETIK
SARAF SIMPATETIK

SARAF PARASIMPATETIK

Membesarkan anak mata

Mengecilkan anak mata

Menahankan perembesan air liur Merangsangkan perembesan air


liur
Mempercepatkan denyutan
jantung

Memperlahankan denyutan
jantung

Menambahkan tekanan darah

Mengurangkan tekanan darah

Menahankan peristalsis

Merangsangkan peristalsis

Organ Deria (Pancaindera)


Deria ialah perasaan atau kesedaran
yang berlaku di otak hasil daripada
pentafsiran utusan deria yang
sampai ke otak dari struktur-struktur
lain, seperti kulit tubuh, otot dn
sendi, dan dari organ-organ deria
istimewa.

Deria Kulit Tubuh


Hujung gentian saraf yang didapati di
dalam kulit tubuh menerima deria
sakit, suhu (panas dan sejuk) dan
sentuhan.
Hujung saraf di dalam kulit menerima
rangsangan deria dan menghantarkan
rangsngan haba, sentuhan sakit ke
otak.

Gbr. Penampang kulit manusia beserta


reseptor-reseptornya

Deria Pembauan
Hujung gentian saraf menerima deria
pembauan adalah didapati do lapisan
selaput di rongga hidung.
Kebanyakan hujung gentian saraf itu
didapati di bahagian atas rongga
hidung.

Saraf yang membawa deria


pembauan ialah saraf otak pertama
(saraf olfaktori)
Saraf ini menjalar ke umbi olfartori
(bonggol bau) dan selepas ini
mengalirkan deria pembauan ke
pusat pembauan yang dipercayai
bertempat di permukaan bawah
copeng temporalis.

Gbr. Struktur indera pembau

Deria Rasa
Lidah ialah organ deria rasa.
Selaput mukosa meliputi
permukaannya.
Permukaan atasnya kasar kerana
adanya tompok-tompok di dalam
selaput mukosanya.
Tompok-tompok ini membentuk
beberapa jenis papila.

Papila-papila ini mengandungi tunas


deria rasa. Tunas deria rasa juga
dijumpai di lelangit mulut.
Deria rasa terdiri daripada empat
tindakbalas sahaja iaitu manis,
masin, masam dan pahit.

Gbr. Struktur lidah dan pembagian


daerah perasanya

Deria Penglihatan Mata


Organ penglihatan ialah mata.
Tiap-tiap biji mata dibekalkan dengan
enam otot jalur yang
menggerakannya. Beberapa organ
pembantu mata memberi
perlindungan kepada biji mata dan
membantu dalam tugasnya.

Dinding mata:Lapisan tisu berfiber- sklera dan


kornia
Lapisan tengah- koroid, badan atau
korpus siliari dan tetubir.
Lapisan tisu saraf- retina.

Fungsi pendengaran

Dari segi pendengaran, telinga daripada 3


bahagian, iaitu telinga luar, telinga tengah
dan telinga dalam.
Telinga luar (cuping teling dan salur
telinga) berfungsi untuk mengumukan
gelombang bunyi dan menyalurkannya ke
salur telinga.
Menyebabkan gegendang telinga bergetar
pada dinding salur telinga, terdapat begitu
banyak kapilari dan kira-kira 4000 kelenjar
lilin yang berfungsi sebagai penjerat
serangga, habuk dan benda-benda perosak
yang lain.

Gegendang telinga, suatu membran


yang boleh teregang, kurang daripada
2.5 cm persegi luas, ialah tempat
proses pendengaran bermula.
Gelombang bunyi yang berupa
kompresi dan dekompresi udara,
menyebabkan membran bergetar.
Getaran ini dikesan oleh tulang-tulang
di tengah telinga, iaitu meluas dan dari
sini, getaran dihantar pula ke inkus.

Setelah itu, getaran tersebut dihantar ke


stapes. Sewaktu stapes bergetar ke arah
hadapan dan belakang, tingkap bujur turut
bergerak ke hadapan dan ke belakang.
Oleh sebab gegendang telinga mempunyai
luas permukaan 22 kali keluasan tingkap
bujur, ia membesarkan tenaga bunyi
sebanyak 22 kali juga.
Pergerakan tingkap bujur membentuk
gelombang diperilimfa, suatu cecair yang
terdapat di koklea.

Koklea terbahagi kepada 2 kaviti oleh


membran basilar, merupakan
komponen pendengaran yang
terpenting di telinga dalam.
Koklea juga mengandungi sel-sel saraf
halus di dalam organ Corti, yang
masing-masing terangsang oleh
getran bunyi yang berbeza.
Rangsangan sel saraf ini
menghasilkan impuls elektrik.

Impuls elektrik ini akan dihantar


melalui saraf tertentu ke otak,
tempat impuls tadi dianalisis untuk
pentafsiran bunyi yang berkenaan.
Kecekapan pendengaran seseorang
akan menurun dengan peningkatan
umur.

Fungsi Keseimbang Tubuh

Fungsi telinga adalah untuk


keseimbangan tubuh.
Organ yang bertanggungjawab
menjalankan fungsi ini ialah salur
separuh bulat yang terletak di bahigian
telinga dalam.
Terdapat dua jenis keseimbangan:
Keseimbangan statik
Keseimbangan dinamik.

Keseimbangan statik merujuk


kepada kedudukan tubuh terhadap
bumi dan graviti.
Keseimbangan dinamik merujuk
kepada pengekalan kedudukan tubuh
apabila bergerak, misalnya semasa
berpusing, bergerak pantas atau
lambat.

Salur separuh bulat terdiri daripada tiga


salur:
Salur untuk pergerakan ke atas dan ke
bawah.
Salur untuk pergerakan ke hadapan.
Salur untuk pergerakan ke sisi.

Jika seseorang rasa hendak jatuh


misalnya, cecair di dalam satu daripada
salur ini akan berubah kedudukan.
Sel rambut di bahagian tersebut
mengesan perubahan ini, dan utusan
akan dihantar ke otak melalui saraf tadi.
Otak kemudian menghantar maklumat
kepada otot tertentu agar menjadi
tegang bagi memastikan kedudukan
orang tersebut stabil dan tidak jatuh.

DISEDIAKAN OLEH :
KALAIVANI MUNIANDY
PAVITHRA SHANMUGAM
SUGANTHY SUPPARAU
TAMELARASI CHITTARASU
(PISMP PS1 / PJ / BT )
SEM 3/2010

You might also like