Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.

html
Kebaikan dan Keburukan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Oleh : Tarmizi bin Hanafiah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud


perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan
hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga
melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras
dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk
menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu
pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan satu tempat yang berfungsi
untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat
menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri
dan masyarakat. Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai
wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan
potensi individu daripada pelbagai sudut.
Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang
holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula
pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian
Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan
modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikkan bagi sistem
peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang
baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga
peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku
panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah
yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah
rendah dan menengah.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat
(PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran
1 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

Psikometrik (PPsi) dan


Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran

Aktiviti

Jasmani,

Sukan

dan

Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru


untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan
sekolah.
Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk
mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam
bidang akademik murid-murid, Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran
Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PP) adalah
pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga
peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada
bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran
sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat
penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan
pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta
meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada
hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian
prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam
bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian
penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat
dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan
disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru
dan ibu bapa.
Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang
sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu
proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh
guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek
2 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran,


pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru,
pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang.
Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang
menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru
dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum.
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu
memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan
kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti
pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah
pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid
dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard
kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat
menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara
kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan
ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.
Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat
dilaksanakan
dengan
berkesan,
Pentaksiran
Rujukan
Standard
diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber
rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung
dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Disamping itu, Standard Prestasi juga merupakan proses untuk
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan,
pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi
yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard
diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3,
Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan
dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci
yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu
murid-murid.
Antara kelebihannya, pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan
murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard.
3 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai


individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang
lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi
segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara
dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain
itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan
negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard
pendidikan negara lain.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan
pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang
akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat
penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahirankemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan
kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam
pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extracurricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan
akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan
murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan
di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK juga sejajar
dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan
dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan
mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang
diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Pentaksiran Psikometrik juga merupakan suatu kaedah yang digunakan
secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri
(trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu
aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua
komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud
Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan
kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran
4 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian


Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang
struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang
tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, yang mana beliau
percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari
cerdas akademik semata-mata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan
yang lain iaitu verbal-linguistik, kreativiti, muzik, naturalis, visual,
kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik.
Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk
mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Instrument ini
bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru
dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya
dan menyedari potensi diri mereka. Di samping itu, pihak sekolah dapat
menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan
dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid. Setiap
individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem
pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan
mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan
utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang
tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan
perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka
dengan itu, Kementerian Pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan
indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran
Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran
dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai
melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
Pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah
untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini.
Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan
PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai
tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut
wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu.
Perkara ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan
dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran
Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Seterusnya, antara kelebihan lain melalui sistem PBS ini adalah mengenai
pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR dapat
5 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

meringankan beban pelajar dan guru. Pemansuhan kedua-dua


peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan. Hal ini
demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan
dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan
PMR. Pelajar hanya perlu mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang tempoh masa belajarnya mencecah
sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan
dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan itu,
beban guru di sekolah juga dapat dikurangkan apabila tidak diwajibkan
untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat waktu
persekolahan setiap hari. Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan
PMR ini mampu mengurangkan beban guru dan pelajar.
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan
penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak
diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak untuk
pelajar menyertai aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan
permainan serta badan unit beruniform. Kesannya, pelajar pelajar dapat
menggerakkan sukan di sekolah hingga ke peringkat daerah,negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa.
Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem
pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan
dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan
diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan
pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur
dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah
adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem,
prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira
kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan
dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila
program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)
diperkenalkan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain
terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang
terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan
masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M
selain daripada terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan
dengan program berkenaan. Bagaimanapun, baharu saja guru yang
terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan
mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan
digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS).
Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa
yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan
6 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa


untuk melaksanakannya.
Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha
transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak
dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar
terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang
menghadapi kekangan ruang. Kekangan ruang dan masa memerlukan
kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya
ownership. Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada
kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program ko-kurikulum peringkat
gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru
terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat
sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak puas hati dalam
kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan
rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering keluar
pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas
tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka
tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi
sumbangan kepada organisasi.
Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan
kepada guru sewaktu ingin memasukkan markah ke dalam talian. Bagi
guru yang bertugas di pedalaman, masalah rangkaian internet merupakan
faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu menunggu sehingga
lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Bagi ibu
bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah
tentu tidak dapat memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tertanya-tanya tentang perkembangan pelajaran
anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa tidak dapat
mengetahui prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak
mereka untuk mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Sistem band
juga memeningkan ibu bapa. Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak
diambil kisah oleh ibu bapa dan kurang maklumat yang diberikan oleh
pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka tidak tahu di mana
tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan
sampingan kepada peningkatan prestasi pelajar.
Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui
pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan
penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan
standard. Hal ini demikian kerana, guru di sekolah kurang berupaya untuk
menyediakan soalan yang standard dengan UPSR mahupun PMR. Mereka
hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing7 | Page

http://bmm3105tarmizi.blogspot.com/2014/04/kebaikan-dan-keburukansistem.html

masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian


perkembangan prestasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang
tertentu di samping tidak dapat menilai prestasi pelajar dengan tepat. Hal
ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam
menguasai perkara asas 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan
menaakul. PMR pula penting kerana dapat menentukan arah aliran yang
bakal diambil pelajar pada tingkatan empat di samping menilai keupayaan
pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR
dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan prestasi pelajar
yang standard.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghil angkan budaya
saling bersaing di sekolah. Budaya saling bersaing penting dalam
kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian kerana budaya saling
bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai
keazaman tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang malahan
merupakan alternatif untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah


dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin
mutu pendidikan negara pada masa akan datang. PBS ini juga
mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan yang ada haruslah
diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti
mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi
yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang
sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang,
serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat,
ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk
perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak
manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku
pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif
terhadap pendidikan di Malaysia

8 | Page

You might also like