Sastera Islam PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

PERANAN SASTERA ISLAM DALAM


PEMBENTUKAN AKHLAK*
PENDUDUK ALAM MELAYU
Zahir bin Ahmad

Pengenalan
Kesusasteraan Melayu secara umumnya dibahagikan kepada dua
bahagian besar iaitu sastera moden dan tradisional atau klasik.
Pembahagian ini sebenarnya berdasarkan garis pemisah yang dibuat oleh
sarjana barat seperti R.J Wilkinson dan juga seorang sarjana tempatan
iaitu Ismail Hussein, Walaupun pembahagian ini tidak begitu
dipersetujui oleh beberapa sarjana tempatan seperti Syed Naquib AlAttas yang menyarankan supaya pembahagian itu dibuat berdasarkan
penerimaan agama Islam oleh penduduk di alam Melayu, namun apabila
memperkatakan tentang kesusasteraan Melayu kebanyakan sarjana masih
beranggapan bahawa pemodenan dalam kesusasteraan Melayu berlaku
selepas kedatangan Barat.
*Tulisan ini adalah berdasarkan kertas kerja yang telah dibentangkan di Seminar Penulisan Skrip
Drama clan Nadwah Kesusasteraan Islam Nusantara, Anjuran Program Kesusasteraan Melayu
Semester 4 clan Jabatan Kesusasteraan Melayu, UPS! pada 26.1.2003.

254

Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu

Hal ini berlaku kerana kesan perubahan yang dibawa o!eh Barat
terlihat lebih menonjol daripada aspek bentuk dan juga struktur hasil.:
hasil sastera Melayu. Ini dapat kita lihat pada novel, cerpen, dan juga
sajak. Bagaimanapun jika diperhatikan bentuk awal novel, cerpen, dan
sajak adalah mirip kepada bentuk hikayat, cerita pendek (lisan), dan juga
puisi Melayu lama seperti pantun dan syair. Manakala dari segi isinya
boleh dikatakan tiada perubahan besar yang berlaku. Novel, cerpen, dan
sajak masih membincangkan tentang manusia dengan segala macam
tingkah laku mereka. Ada di antara pengkaji kesusasteraan Melayu
mencadangkan supaya hasil-hasil kesusasteraan Melayu tidak dibahagikan
kepada bentuk moden dan tradisional tetapi memadai hanya dikenali
melalui genre atau bentuknya. Istilah "moden" diberikan kepada karya
yang mengandungi nilai moral dan terpuji, dan "tidak moden" itu
digunakan bagi karya-karya yang di sebaliknya (Zahir Ahmad, 2000: 1213).
Tulisan ini akan cuba membincangkan beberapa permasalahan yang
timbul dalam pembinaan konsep sastera Islam di Malaysia. Hal ini
timbul ekoran wujudnya pelbagai pendapat atau pandangan yang agak
bertentangan di antara satu sama lain (Misalnya pertentangan pendapat
di antara Shahnon dengan Kassim Ahmad), hingga akhirnya
mewujudkan satu persoalan karya-karya yang bagaimanakah yang layak
digolongkan sebagai sastera Islam.

Apakah Sastera Islam


R.0. Winstedt dalam bukunya A History of Classical Malay Literature
dalam bab 6 mencatatkan bahawa, terdapat 3 naskhah atau manuskrip
sastera Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Ketiga-tiga cerita ini
digolongkan sebagai cerita-cerita kepahlawanan Islam. Dua daripada
cerita ini pernah disebutkan dalam naskhah Sejarah Melayu dibaca oleh
orang-orang muda Melaka di malam hari sebagai salah satu cara untuk
mempertingkatkan semangat mereka menentang orang-orang Portugis.
Sebenarnya teks-teks seperti ini dikarang oleh para pendakwah Islam
semasa mereka menjalankan aktiviti dakwah di alam Melayu. Teks-teks
cerita mengenai kepahlawanan Islam ini berupaya menandingi teks-teks
daripada tradisi Hindu seperti Ramayana dan juga Mahabharata.

255

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

Tentang sumber asal teks yang dirujuk oleh para pendakwah tersebut,
Winstedt menyatakan bahawa ketiga-tiganya adalah berasal dari sumber
Parsi. Ini kerana terdapat banyak persamaan di antara versi Parsi dengan
versi berbahasa Melayu.
Selain daripada hikayat kepahlawanan Islam, terdapat juga lebih
daripada 10 buah cerita tentang Nabi Muhammad saw dalam benruk
manuskrip dan ada juga yang telah dicetak batu. Antaranya ialah seperti
Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Mukjizat Nabi, Wasiat Nabi, Hikayat Raja
Lahad, Hikayat Iblis, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Raja Khandak,
Hikayat Siti Fatimah, dan Hikayat Fartana Islam. Tumpuan penceritaan
hikayat-hikayat ini adalah kepada watak Nabi Muhammad dan kisahkisah yang dialaminya semasa menyampaikan ajaran Islam. Misalnya
Hikayat Raja Khandak mengisahkan peperangan yang dialami oleh Nabi
Muhammad menentang puak Quraish Mekah beberapa tahun selepas
baginda berhijrah ke Madinah. Selain daripada itu terdapat juga beberapa
hikayat lain yang juga mengisahkan peperangan baginda Rasulullah.
Antaranya ialah Hikayat Nabi Muhammad atau Hikayat Raja Khaibar,
Hikayat Raja Rahib, dan Hikayat Raja Lahad. Hikayat-hikayat berbahasa
Melayu ini ternyata telah dikarang oleh pengarang-pengarang tempatan
tetapi berlatar belakangkan kota Madinah, Mekah, dan sekitarnya.
Terdapat juga dalam karya-karya yang digolongkan sebagai sastera
Islam ini yang menceritakan kisah para nabi yang lain. Misalnya Hikayat
Nabi Yusuf, Qisas al-Anbia, Hikayat Zakaria, dan Hikayat Nabi Musa.
Sama seperti hikayat-hikayat yang lain, cerita mengenai para nabi ini
juga, telah disadur dari sumber Arab atau Parsi oleh pengarangpengarang tempatan. Tujuannya ialah supaya masyarakat Islam dapat
mengetahui cerita-cerita yang lebih panjang lebar mengenai para nabi
serta rasul lebih daripada apa yang terdapat di dalam kitab Al-Quran
dan juga kitab tafsir. Kisah atau cerita mengenai para rasul ini dipercayai
terkarang pada abad ke- l 7M. Sebelum itu, kisah para nabi serta rasul
ini hanya berkembang atau diceritakan secara lisan dalam masyarakat
Melayu (Ismail Hamid, 1990:87).
Selain daripada itu, ada juga beberapa buah teks yang menceritakan
tentang kisah orang-orang yang soleh. Teks-teks itu ialah seperti Hikayat
jumjumah atau Tengkorak Kering, Hikayat Lukman al-Hakim, Hikayat

256

Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhtak Penduduk Alam Melayu

Sultan Ibrahim bin Adham, clan Hikayat Abu Yazid al-Bistami. Isi
kandungan teks-teks ini menceritakan tentang sesuatu watak yang
mempunyai ilmu clan tingkat keimanan yang tinggi. Misalnya Hikayat
Lukman al-Hakim menceritakan tentang wasiat Lukman kepada anak
lelakinya. Lukman telah menyeru kepada anaknya supaya bertakwa
kepada Allah. Hikayat jumjumah atau Tengkorak Kering pula
mengisahkan seorang raja di Mesir clan Syria bernama Jumjumah. Raja
ini mangkat setelah sakit. Diceritakan semasa mati, baginda telah
mendapat pelbagai hukuman tetapi selepas beberapa lama dosanya
diampunkan clan dilepaskan daripada menjadi penghuni neraka.
Tengkorak baginda telah ditemui oleh Nabi Isa di sebuah padang pasir
lalu Nabi Isa berdoa supaya tengkorak itu boleh berkata-kata dengannya.
Doa Nabi Isa dikabulkan clan tengkorak irn telah menceritakan
pengalaman yang dialaminya kepada Nabi Isa. Kemudiannya tengkorak
itu meminta supaya Nabi Isa berdoa lagi kepada Allah supaya dia
dihidupkan. Doa Nabi Isa dimakbulkan clan raja itu hidup semula clan
pulang ke negeri asalnya clan menyeru kepada segala rakyatnya supaya
bertakwa kepada Allah clan mematuhi perintah-Nya. Raja Jumjumah
kemudiannya meninggalkan takhta kerajaan lalu menjadi orang soleh.
Kesemua teks-teks yang disebutkan di atas tadi adalah berbahasa
Melayu clan dikarang oleh pengarang Melayu. Cuma yang tidak kita
ketahui ialah bilakah tarikh ianya ditulis atau digubah semula clan siapa
pengarangnya. Tentang sumbernya hanyalah dari sumber Parsi clan juga
Arab. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana telah ramai sarjana-sarjana
yang telah mengkajinya baik dari barat mahupun tempatan. Antaranya
seperti Werndly, R.O Winstedt, Van Ronkel, Brakel, clan Ismail Hamid.
Kesemua sarjana-sarjana ini sepakat mengatakan hikayat-hikayat di atas
dikarang oleh pengarang Melayu berdasarkan sumber Arab clan juga
Parsi. Tujuannya tidak lain ialah untuk menambahkan lagi tahap
keimanan clan keyakinan umat Islam terhadap agama yang menjadi
anutan mereka. lni kerana kesemua teks-teks di atas mengisahkan
kehidupan Nabi Muhammad, Nabi-Nabi yang lain, para sahabat, para
pahlawan Islam, dan orang-orang yang soleh. Sejauh mana popular atau
tidak naskhah-naskhah berkenaan dalam alam Melayu dapat
diperhatikan dari jumlah versi naskhah-naskhah berkenaan. Misalnya
Hikayat Raja jumjumah terdapat 6 versi di Muzium Pusat Jakarta,
Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham, 5 versi, clan Hikayat Muhammad
Hanafiyah, 30 versi. Jumlah versi yang agak banyak sepertimana yang

257

furnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

diperliharkan oleh Hikayat Muhammad Hanafiah berkemungkinan sekali


kerana naskhah ini dipercayai mempunyai nilai-nilai magis yang tertentu
seperti menambahkan keberanian orang-orang yang membacanya. Hal
ini terlihat apabila naskhah ini diminta oleh pahlawan-pahlawan Melaka
untuk dibaca pada malam hari supaya mereka beroleh faedah
daripadanya (Brake!, 1988:11-12).
Persoalannya di sini ialah apakah konsep sastera Islam itu dapat
diberikan kepada teks-teks yang menceritakan kisah Nabi Muhammad,
kisah para rasul, para sahabat nabi, dan lain-lain sepertimana yang telah
disebutkan sebelum ini? Di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya
pada tahun-tahun 70-an, 80an, dan 90-an, terdapat satu kursus yang
bertajuk Kesusasteraan Islam. Apa yang diajarkan oleh pensyarah ialah
teks-teks yang telah disebutkan di atas tadi. Masalahnya ialah apakah
kesemua teks-teks di atas dapat diterima sebagai teks sastera Islam atau
hanya layak digolongkan sebagai teks sastera bercorak Islam? Ini kerana
teks-teks tadi telah mengalami proses kreativiti pengarang (tokok tambah
dan sebagainya) yang mungkin sukar diterima oleh sesetengah golongan
pembaca jika ianya hendak digolongkan sebagai teks sastera Islam. Pada
pandangan penulis, kesusasteraan Islam itu sepatutnya tidak terbatas
kepada teks-teks yang hanya berasal dari tradisi Arab dan juga Parsi
semata-mata tetapi haruslah terbuka kepada genre-genre yang lain seperti
sajak, cerpen, dan juga novel. Ini kerana teks-teks yang disebutkan di
atas tadi juga adalah cerita rekaan yang berasaskan kepada fakta-fakta
yang benar-benar berlaku. Cuma pengarang telah melakukan tokok
tambah di sana sini bagi tujuan untuk memperindah lagi cerita
berkenaan. Bagaimanapun sastera Islam perlukan satu konsep yang jelas
supaya hanya teks yang benar-benar bercirikan Islam dapat digolongkan
sebagai sastera Islam.

Konsep Sastera Islam


Ismail Hamid dalam kertas kerja yang bertajuk "Ciri-Ciri Cereka
Keislaman" telah memberikan beberapa ciri yang dapat digunakan untuk
menentukan sesebuah karya itu boleh digolongkan sebagai sastera Islam
atau bukan. Menurut beliau,

258

Peranan Sastera Islam Da!am Pembentukan Akh!ak Penduduk Alam Melayu

"Cerita-cerita yang terkandung di dalam al-Qur'an dan kisahkisah yang digubah kembali oleh pengarang-pengarang Islam
dalam bentuk antologi ccrita-cerita nabi yang pelbagai versi itu
saya kira dapat dijadikan model dalam menghasilkan ccrcka
bercorak Islam. Tegasnya asas-asas ccrcka yang terdapat dalam
kisah-kisah tersebut dapat dijadikan dasar titik tolak pcnulisan
cereka Islam" (1995:218).

Selanjutnya Ismail Hamid mengatakan bahawa dalam al-Qur'an


watak nabi-nabi adalah pelaku utama dan protagonis dalam cerita-cerita
tersebut. Dalam sesebuah cereka Islam watak utama tidak semestinya
seorang tokoh ugama seperti ustaz, lebai, kiai, dan sebagainya, tetapi
watak protagonisnya itu harus memperlihatkan nilai-nilai Islam bagi
memperkukuhkan keimanan kepada Allah atau menegakkan kebaikan
dan keadilan seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Sebuah cereka Islam juga harus mempunyai amanat kebaikan seperti
yang dianjurkan oleh Islam. Unsur konflik merupakan salah satu aspek
struktur cereka Islam yang harus memperlihatkan pertentangan antara
kekuatan kebaikan dengan kejahatan, antara moral dengan immoral,
antara kezaliman dan keadilan. Cereka Islam juga harus menegaskan
bahawa tindak tanduk yang bercorak immoral boleh mengakibatkan
padah yang buruk kepada manusia dan merosakkan masyarakat.
Sementara unsur ketidakadilan boleh membawa ketidakstabilan dalam
masyarakat manusia.
Seterusnya Ismail menegaskan bahawa dalam cereka Islam, konflik
antara dua unsur yang bertentangan yang digambarkan dalam
perkembangan plot cerita harus memperlihatkan unsur positif pada
penekanan kebaikan dan unsur negatif pada penekanan kejahatan.
Pendedahan watak-watak antagonis dan tindak tanduknya atau
perlakuannya yang jahat dan immoral pula digambarkan secara tidak
keterlaluan sehingga membangkitkan nafsu pembaca dan mendorong
mereka melakukan perbuatan yang sama.
Pengarang cereka Islam juga harus mempunyai daya kreativiti untuk
menghasilkan karya yang digambarkan dengan memenuhi keperluan
estetik. Dalam penghasilan karya tersebut, pengarang boleh
menggunakan pelbagai struktur cereka tetapi kreativiti pengarang dalam
Islam dibatasi oleh gambaran yang tidak bertentangan dengan prinsip-

259

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005

prinsip agama Islam. Sebagai sebuah cereka, sascera Islam semestinya


memenuhi unsur estetik untuk menjadikannya sebuah karya yang baik
dan bermucu serca memenuhi cita rasa pembaca. Walaupun karya sascera
Islam lebih bercorak didakcik dalam fungsinya, namun jika scruktur
cericanya digubah dengan menggunakan pelbagai teknik yang estetik,
maka cereka itu tetap akan menjadi sebuah karya yang baik dan bermucu
(Ismail Hamid, 1995:218-219).
Sebagai satu kesimpulan, Ismail menegaskan bahawa ciri-ciri cereka
Islam mescilah menekan cencang kepencingan fungsi dan amanat cereka
tersebut. Cereka Islam yang menjadi cabang sastera Islam harus
membawa amanac keimanan dan kecakwaan kepada Allah acau nilai-nilai
keislaman yang murni. Walaupun pengarang sastera Islam mempunyai
daya kreativiti yang penuh estetik tetapi imaginasinya harus dibacasi di
dalam ruang yang cidak bertencangan dengan Islam. Imaginasi pengarang
sastera Islam tidaklah beb.;i~, sehingga bercembung dengan gambaran yang
merosakkan prinsip-prin~ip- pokok dalam Islam. Begitu juga dengan
gambaran wacak dalam sastera tidaklah semestinya manusia yang ideal
yang pen uh dengan sifac-sifac kesempurnaan. Gambaran manusia dalam
al-Qur'an mempunyai sifac-sifac yang cidak sempurna. Dengan yang
demikian gambaran manusia secara realiti memperlihatkan sifac-sifat
kecidaksempurnaannya cersebuc, namun mereka recap sebagai manusia
yang beriman kepada Allah, berusaha memperbaiki segala kelemahannya
dan menegakkan kebenaran dan kebaikan seperti yang dianjurkan oleh
Islam (Ismail Hamid, 1995:220).

Sumbangan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak


Manusia Melayu
Sebenarnya tidak ada satu kajian (setakac yang saya cahu) yang dilakukan
oleh sarjana uncuk melihac acau mengukur sejauh mana sumbangan
sascera Islam ke arah pembencukan akhlak manusia di alam Melayu ini.
Bagaimanapun dengan berpegang kepada konsep sastera Islam seperti
mana yang digariskan oleh Ismail Hamid, saya percaya eeks-eeks sascera
Islam cidak lagi cerbacas kepada cerica para nabi dan lain-lainnya yang
dikarang (diolah kembali) oleh pengarang tempatan berdasarkan sumber
dari Arab dan juga Parsi, cetapi ianya celah cerbuka kepada cereka yang
lain seperti puisi (syair, pantun, gurindam, sajak, dan sebagainya),
260

Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu

hikayat, cerita lisan, novel, dan cerpen. Bagaimanapun sudah tentu


penentu sastera Islam itu tidak boleh dibuat berdasarkan genre. Ianya
haruslah dibuat berdasarkan isi kandungan karya berkenaan, tujuan
penulisannya dan unsur-unsur didaktik yang terdapat di dalamnya. Saya
bersetuju dengan pandangan Ismail Hamid (1995:214), yang
mengatakan bahawa karya sastera berbentuk puisi lebih mudah
dikategorikan sebagai sastera Islam berbanding dengan bentuk atau genre
lain. Perkara ini mudah difahami kerana puisi hanyalah alat untuk
menyampaikan sesuatu. Bentuk atau genre sudah tentu tidak boleh
dijadikan asas penentuan sastera Islam atau tidak. Jika ada pengarang
seperti Hamzah Fansuri mengambil bentuk syair sebagai alat untuk
menyampai ajaran Islam sudah tentu ianya tidak mendatangkan masalah.
Ini jelas terlihat dalam karyanya seperti Syair Perahu, Syair Dagang, Syair
Burung Pingai, dan Syair Fakir. Ini adalah tajuk-tajuk syair karangan
Hamzah berbentuk puisi kerohanian. Syair-syair ini ditulis yang antara
lainnya menekankan tentang kematian dan seksaan Tuhan di hari akhirat.
Begitu juga dengan sajak-sajak yang ditulis oleh Suhaimi Haji
Muhammad (penerima S.E.A Write Award 1995), yang rata-ratanya
berunsur keagamaan misalnya seperti sajak "Peringatan Kepada
Manusia". Antara bait-bait sajaknya adalah seperti berikut:
Ingar apabila Dia bersumpah dengan
Hari kiamat
Apakah manusia mengira
Dia tidak akan mengumpul tulang belulang?
Dia berkuasa menyusun kembali jari-jemarimu
Dengan sempurna
Ingatlah pada hari itu
Pabila bulan telah hilang cahayanya
Matahari dan bulan telah dikumpul
Pada hari itu
Manusia akan berkata: kemana tempat lari?
Tidak, tidak ada tempat berlindung
Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali
Manusia akan diberitakan
Apa yang telah dikerjakannya
Dan manusia menjadi saksi
Atas dirinya sendiri ...
(Suhaimi Haji Muhammad, 1995:58)
261

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

Ini adalah comoh karya sastera Islam sama peranannya seperti mana
syair-syair karangan Hamzah Fansuri yang mengajak manusia supaya
sentiasa bertakwa kepada Allah. Karya-karya yang seperti ini mampu
membuatkan masyarakat pembaca merenung kembali apakah tindaktanauk atau perlakuan mereka selama ini berlandaskan ajaran Islam yang
sebenarnya. Malah jika antologi sajak-sajak seperti ini dijadikan teks
sekolah, ianya mampu memberi didikan akhlak kepada generasi muda
secara tidak langsung. Sajak-sajak karangan Suhaimi dan syair-syair
karangan Hamzah Fansuri tidak ada membincangkan perkara-perkara
yang boleh menaikkan nafsu atau mengandungi imaginasi yang
berlebihan. Bandingkan pula dengan Syair Suluh Pegawai (Dalam Abu
Hassan Sham, 1993:341), karangan Raja Ali Haji. Amara petikannya
ialah:
Pukul sembilan Haji pun menuai
Memasukkan cincin ke jari suai
Rumah Si Laba bergoncang berbuai
Lantai dan dinding berderik berderai
Si Laba pun tengah makan tenggayun
Dirasanya rumah sangat berayun
Disangkanya gempa bala yang turun
Dari atas rumah ianya terjun
Di tengah halaman ia berdiri
Sambil memandang kanan dan kiri
Dilihatnya tiada sesuatu peri
Hanyalah rumah bergoncang sendiri
Si Laba berfikir seorang orang
Hajai kafarat terlalu garang
Akhirnya runtuh rumah ku gerang
Baiklah aku beri temberang
Diambilnya tali lalu memanjat
Di pangkal alang mengikat
Rumahnya sudah condong ke barat
Puncanya di pangkal nyiur ditambat

262

Pera12an Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu

Bagi penulis sudah tentu syair ini sukar untuk digolongkan sebagai
sastera Islam kerana ianya mengandungi imaginasi yang agak keterlaluan
yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pembaca.
Dalam novel-novel awal Melayu ada juga penceritaan babak-babak
kamar tidur yang agak keterlaluan seperti ini misalnya dalam novel
Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan karya Ahmad Kotot. Penceritaan
malam pertama watak Yazid dan Zamrud dalam novel tersebut agak
melampau walaupun dibuat dalam bentuk puisi. Bahkan penulis juga
sukar unrnk menerima Hikayat Faridah Hanum sebagai karya sastera
Islam (seperti mana yang disebutkan oleh Ismail Hamid), kerana ada
juga babak-babak di kamar tidur walaupun tidak secara begitu
keterlaluan. Ada juga novel-novel yang ditulis dengan menggunakan
watak orang alim tetapi penceritaannya penuh dengan daya imaginasi
yang kurang baik sehingga ia boleh juga mendatangkan kesan yang tidak
baik kepada pembaca. Begitu juga sebuah novel tahun 1970-an yang
mengambil judul Kuala Lumpur Kita Punya karya Abdullah Hussein
menceritakan tentang watak lelaki yang suka berpoya-poya sehingga
menjerumuskan dia ke ruang perzinaan dengan isteri orang. Di akhir
cerita watak itu tertangkap dan mendapat hukuman yang setimpal.
Walaupun novel ini berakhir dengan unsur pengajaran atau pendidikan
tetapi oleh kerana ia mengandungi babak-babak penceritaan yang negatif
dan diceritakan dengan begitu terperinci maka ia sudah tentu tidak boleh
memberikan unsur moral yang boleh membentuk akhlak yang baik.
Bandingkan pula novel ini dengan novel Salina karangan A. Samad
Said yang banyak menerima kecaman dari pengkritik tanah air. Di dalam
novel ini diceritakan kehidupan seorang pelacur bernama Siti Salina di
sebuah kampung di Singapura (Kampung Kambing). Pengarangnya tidak
ada langsung menceritakan adegan di kamar tidur, malah watak Siti
Salina digambarkan suka membantu orang walaupun masyarakat
setempat memandang serong kepadanya. Di akhir cerita (dua halaman
terakhir), Siti Salina terlihat bertekad tidak mahu meneruskan hubungan
dengan Abdul Fakar dan dia berazam hendak memulakan hidup yang
baru. Bagaimana kedudukan novel ini pula? Walaupun novel ini
menceritakan kehidupan manusia yang tidak bermoral tetapi terlihat dia
berusaha untuk membebaskan dirinya dari pekerjaannya yang hina itu.
Bolehkan novel seperti ini diterima sebagai karya sastera Islam?

263

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

Selain daripada itu ada juga hikayar-hikayat lama yang sudah ten tu
tidak membawa unsur-unsur mendidik jika dibaca. Hal ini terlihat pada
Hikayat Umar Umayyah misalnya yang memaparkan tabiat seorang watak
yang suka mencuri, menipu dan sebagainya tetapi hidup bahagia di akhir
cerita. Sudah tentu teks yang seperti ini tidak dapat digolongkan sebagai
teks sastera Islam atau sastera berunsur Islam. Ini sudah tentu berbeza
dengan cerita lisan yang terdapat dalam masyarakat Melayu misalnya
cerita "Kelebihan Bismillah" yang menceritakan sepasang suami isteri
yang sudah beberapa lama berkahwin. Si isteri digambarkan sebagai
seorang yang bertakwa manakala si suaminya adalah di sebaliknya. Si
isteri puas menasihati si suami supaya mengerjakan pekerjaan yang
disuruh dan meninggalkan yang dilarangNya. Tetapi si suami tetap
dengan perangainya, malah si suami benci dengan perlakuan si isteri yang
tidak pernah lupa menyebut kalimah Bismillah apabila melakukan
sesuatu pekerjaan. Saru ketika si suami memberitahu dia hendak keluar
berdagang. Sebenarnya si suami telah berpakat dengan rakannya unruk
membunuh isterinya itu. Apabila keluar dari rumah, si suami telah
mengirimkan satu karung berisikan binatang berbisa kepada isterinya
melalui si sahabat tadi. Seperti mana biasa apabila menerima karung
tersebut yang kononnya harta pemberian si suami, si isteri menyebut
Bismillah .... Dengan kuasa Allah isi karung itu berrukar menjadi in tan
permata bukan lagi binatang berbisa. Si isteri hidup dengan harta itu
menantikan suaminya pulang dari berdagang. Beberapa lama si suami
pulang dengan harapan isterinya relah mati disengat binatang berbisa
yang dikirimkannya. Dia hairan melihatkan isterinya bukan sahaja masih
hidup tetapi telah kaya-raya. Dia menyesal dan insaf apabila isterinya
menceritakan bahawa selama ini dia hidup dengan harta kiriman
suaminya. Apakah karya seperti ini tidak layak dikelompokkan sebagai
sastera Islam?

Kesimpulan
Sebenarnya hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan Melayu kita
kaya dengan nilai-nilai mendidik sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Unruk mengarakan nilai-nilai mendidik ini hanya terbaras
kepada hasil sastera iaitu cerita-cerita nabi dan sebagainya sahaja, sudah
tentulah tidak tepat. Ini kerana cerita-cerita para nabi dan sebagainya
mempunyai fungsi memperkukuhkan keimanan seseorang Islam

264

Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu

terhadap para nabi dan juga rasul. Cerita-cerita lain seperti mana yang
terdapat dalam genre syair, sajak, pantun, cerita rakyat, hikayat, novel,
dan sebagainya mempunyai peranan yang tersendiri dalam membenruk
akhlak manusia Melayu. Oleh kerana itu, dalam tesis kedoktoran penulis,
penulis cuba memperkenalkan pendekatan Adab dalam mengkaji hasilhasil kesusasteraan Melayu. Ini kerana penulis berpendapat hampir
keseluruhan karya-karya sastera Melayu mempunyai fungsi mendidik.
Hanya yang berbeza ialah cara olahan pengarang untuk menyampai
amanat atau mesej tertentu kepada pembaca. Oleh sebab iru, adalah amat
wajar sekiranya teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan wajib
kepada para pelajar sekolah atas alasan-alasan tadi. Mendidik secara tidak
langsung akan meninggalkan kesan yang jauh lebih baik daripada
pendidikan secara langsung yang mungkin dibuat dan diterima secara
terpaksa.

Rujukan
Abu Hassan Sham (ed), 1993. Puisi-Puisi Raja Ali Haji. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaafar Husin (ed), 1995. Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid, 1990. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Suhaimi haji Muhammad, 2000. At-Tariq - Kumpulan Puisi Mistik dan
Kerohanian. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Winstedt, R.0., 1961. A History of Classical Malay Literature. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

265

You might also like