Nota Perkumuhan Manusia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Perkumuhan Manusia

Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste
material) dihasilkan.
Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik
(toxic) jika terkumpul di dalam sel-sel badan.
Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk
memastikan kesihatan yang baik bagi organisma.
Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai
perkumuhan.
Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma
menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya.
Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada:
1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan air dan
makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine).
2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon
dioksida dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory
system).
3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang
berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.
Organ perkumuhan manusia

Organ perkumuhan melaksanakan perkumuhan di dalam badan kita.


Manusia mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu kulit (skin),paruparu (lung) dan buah pinggang (kidney).
Bahan buangan dikeluarkan melalui organ perkumuhan dikenali
sebagaibahan perkumuhan / kumuh (excretory materials).

Organ Perkumuhan

.
Bahan perkumuhan manusia
1. Air, yang merupakan produk respirasi sel dan lebihan air yang diserap
daripada makanan di dalam usus besar (large intestine).
2. Karbon dioksida, yang merupakan bahan buangan daripada proses
respirasi sel.
3. Garam mineral seperti garam/natrium klorida (sodium chloride) yang
berlebihan dalam makanan.
4. Urea, yang merupakan bahan bernitrogen yang dihasilkan daripada
penguraian lebihan protein di dalam hati (liver).
Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan perkumuhan yang dikeluarkan oleh
organ perkumuhan manusia.

Bahan perkumuhan
Organ
perkumuhan

Urea

Garam
minera
l

Karbon
dioksid
a

Kaedah
perkumuhan

Air

Kulit

Menghasilkan peluh

Paru-paru

Melepaskan wap air

Buah pinggang

Menghasilkan urin

Kepentingan perkumuhan

1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil perkumuhan seperti urea boleh


meracuni sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam badan.
2. Untuk mengawal kepekatan darah. Kepekatan garam yang tinggi di
dalam badan, boleh meningkatkan kepekatan darah.
3. Untuk mengawal suhu badan. Penyejatan peluh pada kulit boleh
menyejukkan badan.

Sistem Urinari Dalam Manusia


Sistem urinari (urinary system) adalah sebahagian daripada sistem
perkumuhan (excretory system).
Sistem urinari terdiri daripada:
Sepasang ginjal.
Sepasang ureter.
Satu pundi kencing.
Uretra.
Ureter ialah satu salur yang menyambungkan ginjal (kidneys) dengan pundi
kencing.
Pundi kencing (urinary bladder) ialah satu pundi yang menerima air kencing
dari ginjal melalui ureter.
Apabila pundi kencing diisi penuh dengan air kencing, perasaan hendak
membuang air kencing akan timbul.
Uretra (urethra) ialah satu salur yang menyambungkan pundi kencing dengan
luar badan.
Arteri ginjal (renal artery) dan vena ginjal (renal vein) ialah dua jenis salur
darah yang terdapat dalam sistem urinari.
Darah yang dibawa oleh arteri ginjal ke ginjal dituras (filtered) dan bahan
buangan kemudiannya disingkirkan (eliminated) dari darah sebagai air
kencing (urine).

Sistem urinari manusia.

Jadual di bawah menunjukkan bahagian sistem urinari dan fungsinya.


Bahagian
sistem
urinary

Fungsi

Ginjal

Menapis darah dan menyalurkan air berlebihan, urea dan


garam mineral dari darah untuk membentuk air kencing.

Ureter

Menyalurkan air kencing dari ginjal ke pundi kencing.

Pundi kencing

Menyimpan air kencing.

Uretra

Menyalurkan air kencing dari pundi kencing ke luar badan.

Arteri ginjal

Menyalurkan darah beroksigen ke ginjal

Vena ginjal

Mengangkut darah terdeoksigen (deoxygenated) keluar dari


ginjal.

Ginjal
Ginjal (kidneys) terletak di sebelah kiri dan kanan bahagian dinding belakang
rongga abdomen.
Ginjal manusia berwarna merah tua (dark red) dan berbentuk seperti kacang
(bean-shaped).
Struktur dalam ginjal dibahagi kepada:

Bahagian luar yang dinamakan korteks (cortex).

Bahagian dalam yang dinamakan medula (medulla).

Medula ginjal berbentuk piramid (pyramid-shaped).


Pelvis ginjal merupakan bahagian permulaan ureter.
Fungsi ginjal adalah termasuk:

Menyingkirkan air dan menapis garam mineral berlebihan daripada badan.

Mengawal kuantiti air dan garam mineral dalam badan.

Mengawal kepekatan darah.

Membantu menyingkirkan bahan-bahan bernitrogen seperti urea dan asid


urik daripada badan.

Keratan membujur ginjal manusia.

You might also like