Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

PENGENALAN PENGASAS TEORI


2. SIFAT SEMULAJADI MANUSIA
3. ANDAIAN ASAS DAN PRINSIP TEORI
4. MATLAMAT TERAPI
5. PERANAN KAUNSELOR
6. PROSES
7. TEKNIK-TEKNIK
8. APLIKASI TEORI DALAM SILANG BUDAYA
9. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEORI
10.BUAT SATU KES SATU
Nota ABM pembentangan : YOUTUBE
Uploaded on May 6, 2009
Watch Arnold Lazarus masterfully demonstrate Multimodal Therapy in an actual therapy session
in this 3-part video.
Watch the full video at: https://www.psychotherapy.net/video/l..

TERAPI MULTIMODEL

1.PENGENALAN PENGASAS TEORI


Teori ini diasaskan oleh Dr.Arnold Alan Lazarus ( 1932 - 2013 ), berasal dari
Afrika Selatan. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.
Pada usia tujuh tahun beliau meluangkan banyak masa untuk bermain piano,
dan berkecimpung dengan aktiviti sukan tinju pada usia empat belas tahun.
Beliau mendapat pendidikan di Universiti Witwatersrand. Beliau merupakan
ahli psikologi klinikal dan pada dasarnya bermula daripada Terapi Tingkah
Laku sebelum mengasaskan Terapi Multimodel. Belia antara tokoh yang
dikenali dalam Terapi Tingkah Laku kerana sumbangannya ke atas terapi
tersebut.

Beliau telah menulis lebih kurang 18 buah buku dan menerbitkan

lebih 250 penulisan ilmiah berkenaan terapi tingkah laku kognitif dan Buku
klasiknya berkenaan The Principle of Multimodel Therapy. Menurut Othman
Mohamed (2005), beliau mula memperkenalkan Terapi Multimodal pada
tahun 1965.

Dari segi latar belakang profesion , Dr. Lazarus pernah berkhidmat di


beberapa buah fakulti terkemuka seperti di Stanford University, Temple
University Medical School dan Yale University.
Hasil daripada dedikasi dan usaha beliau, beliau telah menerima beberapa
anugerah

seperti

American

Psychological

Associations

Distinguished

Psychologist Award, Distinguished Professional Contribution Award dan


Distinguished Service Award dari the American Board of professional
Psychology dan The first annual Cumming PSYCHE Award. Selain daripada
itu, passion beliau terhadap bidangnya,

beliau juga telah mendapatkan

penghormatan sebagai Profesor Emeritus Kehormat dari Rutgers Universitys


Graduate School of Applied and Professional Psychology. Menurut sumber ,
Dr Arnold A.Lazarus mengamalkan psikoterapi sejak tahun 1959 lagi , beliau
juga merupakan Pengarah Eksekutif The Lazarus Institut, New Jersey yang
mengamalkan Multimodel teori melalui 7 modaliti. Belia meninggal pada 1
Oktober 2013 di New Jersey.

2.

SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Menurut penulis-penulis Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi (tahun), Teori


Multimodal melihat manusia dari sudut tingkah laku. Lazarus menekankan
konsep memahami tingkah laku manusia. menurut Othman Mohamed
(2005), proses kaunseling terapi ini menumpuhkan kepada keunikan
personaliti individu. Lazarus melihat bahawa setiap individu adalah unik, oleh
itu , pendekatan terhadap satu individu dengan individu yang lain adalah
berbeza.

Setiap

manusia

adalah

umpama

kain

kosong

yang

tidak

mempunyai dorongon dalaman, motif, keperluan atau kecenderungan.


Sebaliknya manusia mempunyai kesediaan untuk mempelajari sesuatu
tingkah laku. Teori ini melihat bahawa manusia itu melihat dimensi yang
berlainan dalam hidup mereka dan biasanya dimensi yang ditumpuhkan
adalah mengikut keutamaan yang diatur atau dilihat oleh manusia itu

sendiri. Individu mengunakan 7 modaliti berdasarkan pengalaman dan dunia


mereka, dimana beliau merujuk kepada basic-id. ( Lazarus 1997).

3.

ANDAIAN ASAS DAN PRINSIP TEORI

Seperti kata Othman Mohamed (2005), bahawa terapi ini menumpuhkan


kepada keunikan personaliti individu. Oleh itu , ia bersifat individualistik dan
personal. Pendekatan ke atas setiap orang adalah berbeza mengikut
keunikan mereka masing masing.
1. Pesonaliti kita dibentuk oleh gabungan faktor genetik,fizikal, alam
sekitar

dan

pembelajaran

sosial.

Bandura

berpendapat

bahawa

manusia tidak akan bertindak balas secara aoutomatik dengan


ransangan luaran. Manusia bertindak balas terhadap persekitaran
berdasarkan tanggapan mereka iaitu bagaimana dia melihat, menilai,
dan berapa lama seseorang itu akan mengingati ransangan tersebut
dan bukan kepada persekitaran sebenar. Seperti penggunaan bahasa,
encoding , semantic dan lain-lain lagi.
2. Status individu adalah sama bagi setiap orang walaupun setiap
individu tersebut mempunyai status sosial yang berbeza.
3. Tidak ada individu yang dianggap lebih daripada individu yang lain
kerana masing-masing individu mempunyai kelebihan tersendiri yakni
kebolehan contohnya
lain-lain lagi.

dari segi bakat, kemahiran, kemampuan dan

Terapi ini menerapkan terapi tingkah laku kognitif dan juga terapi rasional
emotif, tidak hairanlah kerana Lazarus berlatar belakangkan terapi tingkah
laku pada asalnya sebelum memperkenalkan terapi multimodal. Antara
andaian yang dikongsi bersama ialah :
i.

Proses pembelajaran yang salah atau tidak cukup adalah penyebab

ii.

kepada masalah.
Hubungan kaunselor dengan klien bukan dilihat seperti doktor dan
pesakit tetapi kaunselor sebagai jurulatih dan klien adalah pelatih.

Asas kepada pendekatan Lazarus ialah Akronim basic-id. Bagi Lazarus


pesonaliti manusia yang kompleks

boleh dibahagikan kepada 7 bahagian

iaitu ;

B
(Behaviour)

Merujuk kepada tingkah laku, tabiat, tindakan,reaksi yang


boleh dipantau dan dinilai

A
(Affective
Response)
S
(Sensation)
I
( imagery)

Merujuk kepada emosi,perasaan ,mood

C
(Cognitif)
I
(Interpersonal
Relationship )
D
(Drugs &
Biology)

Sensasi
(berdasarkan
5
Deria
utama
seperti
sentuhan,bau,pandangan/melihat, pendengaran dan rasa)
imej ( Bayangan dalam bentuk gambaran dan imej ) atau
cara seseorang mengambarkan dirinya melalui mimpi,
fantasia tau memari
Pemikiran yang dinyatakan melalui perkataan yakni cara
berfikir , kepercayaan , sikap, pendapat,tanggapan,
falsaha,prinsip,dan sisitem kepercayaan )
Hubungan
interpersonal
dengan
orang
lain/Cara
berhubung, berinteraksi dengan orang lain
Ubat-ubatan , Substans, fungsi biologi tidur , senaman ,
Pemakanan/cara pengambilan nutrisi (diet)/Kesihatan

4.

MATLAMAT TERAPI

Menurut

Othmen

Mohamedl

(2005),proses

kaunseling

terapi

ni

menumpuhkan kepada keunikan personaliti setiap individu. Ini bermaksud,


kaunselor harus bijak untuk menjalankan terapi berdasarkan keunikan
pesonaliti mereka dan tidak hanya melihat kepada isu yang dihadapi oleh
klien semata-mata. Oleh kerana perbezaan personaliti , Pendekatan yang
digunakan untuk mejalankan terapi ke atas klien A dan klien B yang
menghadapi isu yang sama ,tidak semestinya menggunakan pendekatan
yang sama. Sebahagian klien lebih senang mendengar dan cepat faham ,
sebahagian klien pula perlukan pendekatan secara terarah. Menurut
Zilbergeld (1982), matlamat utama terapi ini adalah untuk mendapatkan
satu kaedah yang terbaik untuk setiap klien serta mengikut kesesuaian klien.
Demikian juga , menurut Fall dan Hodder (2003), secara keseluruhan, terapi
ini

bermatlamat

untuk

mengurangkan

kesukaran

psikologi

dan

diguna

pakai

mempromosikan perkembangan kendiri klien.


Pendekatan

Basic-id

iaitu

modaliti

manusia

akan

sepenuhnya dalam proses kaunseling . Sudah tentu setiap peringkat modaliti


tersebut akan digunakan sebagai landasan dalam membantu mengenal pasti
masalah dan membentuk perubahan yang diinginkan oleh klien.
bagaimanapun,

menurut

sumber

tulisan

,Sapora

&

Ruhaya

Walau
(2010),

mengatakan bahawa, penerokaan dalam penilaian masalah klien tidak


semestinya mengikut susunan urutan Basic-id tersebut. Klien boleh bermula
dari mana-mana bahagian.

5.

PERANAN KAUNSELOR

Kaunselor memainkan peranan yang penting serta komitmen penuh dalam


terapi ini. Ahli terapi atau kaunselor yang menjalankan terapi multimodal
haruslah aktif semasa sesi berjalan. Peranan kaunselor adalah pelbagai iaitu
berfungsi sebagai jurulatih, pengajar , perunding (konsultan),dan menjadi

model contoh kepada klien. Kaunselor secara aktif menjadi model tingkah
laku tegas (asertif), memberikan kritikan membina, dan mempamerkan
penampilan diri yang sesuai sebagai model yang positif kepada klien. Bukan
itu

sahaja

kaunselor

juga

perlu

menjadi

pemberi

matlumat

dan

menyediakan matlumat, tunjuk ajar , dan menyediakan pengukuhan yang


positif terhadap klien. Klien juga perlu memahami situasi klien, kegagalan
berbuat demikian boleh meninggalkan kesan yang negatif pada klien.
Menurut Mohammed Sharif Mustafa dan rakan (2007), mencatatkan bahawa
Lazarus (1997) menyeru agar pengamal terapi ini menjadi chameleons
yang sejati . Ini bermakna seorang kaunselor harus bersifat fleksible dalam
menentukan teknik teraputik yang sesuai untuk klien berkenaan setelah
mengambil kira pesonaliti dan gaya klien. Setelah meneliti pesonaliti atau
cara klien, maka kaunselor bolehlah menggunakan pelbagai teknik yang
boleh diterima oleh klien.
Selain

itu

Kaunselor

juga

perlu

bekerjasama

dengan

klien

untuk

menentukan isu,konflik atau masalah spesifik yang dihadapi oleh klien


menggunakan formula Basic Id , seterusnya selepas masalah utama dikenal
pasti berlandaskan Basid Id itu tadi, maka kaunselor bersama-sama dengan
klien perlu menumpuhkan kepada isu spesifik tersebut untuk dibincangkan
dengan lebih mendalam. Sepanjang tempoh sesi , kaunselor berperanan
untuk menentukan gaya interpersonal atau perhubungan yang sesuai untuk
berinteraksi dengan klien. Ini bermaksud , kaunselor perlu bertindak samada
secara formal atau sebaliknya, mengarah atau sebaliknya , bertegas atau
lembut, penggunaan laras bahasa yang tinggi atau sederhana, sekali lagi
mengikut kesesuaian klien. Jika klien adalah kanak-kanak , maka pendekatan
adalah berbeza dengan seorang dewasa.

6.

PROSES TERAPI

Terapi multimodal melihat manusia itu adalah berbeza antara setiap individu,
oleh itu , terapi ini tidak menyediakan satu format khusus untuk
mengendalikan semua klien. Perkara yang utama dan penting dalam terapi
ini ialah kaunselor melihat perbezaan pesonaliti klien dan menggunakan
pendekatan teknik yang sesuai berdasarkan pesonaliti klien tersebut dan
bukan hanya menumpuhkan kepada isu.

Seperti yang dibincangkan pada

awal laporan ini bahawa , pendekatan atau teknik untuk mengendalikan 2


orang klien yang mengalami isu stres ,adalah tidak sama kerana terdapat
perbezaan pesonaliti, karakter dan sebagainya.

Sebelum terapi , perkara

yang turut penting dalam proses terapi Multimodel ialah mendapatkan


jawaban daripada klien tentang apakah harapan klien dalam sesi tersebut
supaya satu matlamat dapat dibentuk dan perjalanan sesi lebih jelas.
Menurut ...(teori kaunseling ms 274 )Terdapat 6 aspek yang ditekan oleh
terapi ini dalam proses rawatan dan penilaian klien iaitu :
i.

Tumpuan secara spesifik kepada basic id yang dikatakan terdiri

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

daripada pengalaman hidup manusia.


Second Basic id Turutan kedua basic id
Penggunaan profile modality ( basid id )
Penggunaan psrofil struktur ( turutan basic id)
Prosedure bridging
Mengesan susunan sasaran modaliti (tracking the firing order)
mengikut keutamaan

Pada awal sesi pertemuan , kaunselor akan fokus kepada masalah yang
dinyatakan oleh klien. Faktor penyebab , peristiwa lampau atau pengalaman
lepas dikenal pasti serta diterokai dengan sebegitu terperinci kerana bagi
Multimodal , pengalaman lepas itulah yang menyebabkan tingkah laku
bermasalah pada masa kini (semasa).

Pada masa yang sama Kaunselor

akan mengenal pasti kekuatan klien dan sikap-sikap positif yang ada pada
klien, Semua matlumat akan dikumpul dan dijadikan satu profile modaliti,
yang saya kira akan digunakan sebagai panduan dalam proses merawat
klien. Menurut tulisan Sapora & Ruhaya (2010) , bahawa, pada pertemuan

awal , kaunselor akan mencatat maklumat asas mengenai klien seperti nama
, alamat tempat tinggal dan apa-apa butiran yang difikirkan perlu untuk
direkodkan dan bertujuan supaya klien berpeluang untuk membiasakan diri
dengan bilik konsultasi.
Menurut Lazarus (1981) di dalam sapora & Ruhaya (2010), selepas
pertemuan awal di atas , klien akan dibekalkan dengan Inventori Sejarah
Ujian Multimodal MTT Life History Questionnaire

yang mempunyai

kandungan soalan berkaitan dengan peristiwa sebelum , masalah semasa


dan faktor yang berterusan. Klien boleh membawa ujian ini sebagai kerja
rumah. Kemudian , pada sesi kedua, klien akan menjelaskan jawaban nya
dengan lebih lengkap. Soalan-soalan tersebut akan menjawab semua
perkara dalam basic id.

Jawaban klien akan dijadikan satu lagi profile.

Melalui MTT Life History , kaunselor dan klien dapat mengenal pasti aspek
yang diberi tumpuan utama mahupun aspek yang kurang diperhatikan klien
dalam dirinya.
Terapi ini mementingkan bridging dan tracking. Dalam proses Bridging
(Membina Jambatan), Klien akan menilai 7 modality/sudut/dimensi yang
digemari oleh klien terlebih dahulu sebelum bergerak membawa klien ke
bahagian yang klien kurang tumpuhkan secara perlahan-lahan. Ini bertujuan
supaya klien tidak tersentak dengan haluan yang dibawa oleh kaunselor
kelak dan ketika klien mencabar atau melakukan konfrantasi terhadap
potensi potensi lain klien yang tidak disedari olehnya. Sekiranya klien ingin
bercakap tentang sensasi (s), kaunselor harus mulakan dari akronim s , jika
tidak klien akan berasa diperlekehkan.
Selepas birdging , adalah Tracking . Tracking adalah mengesan firing order
klien iaitu mengenal pasti turutan keutamaan atau susunan sasaran. Ini
bermakna Klien boleh bermula daripada sudut modaliti BDAI atau DAIB mana
mana yang difikirkan perlu diutamakan dan mengikut kesesuaian klien. Ahli
terapi Multimodal melihat bahawa tidak semua klien selesa dengan turutan

basic id. Sapora& ruhaya (2013) Intervensi rawatan yang dijalankan boleh
mengguna

pakai

mana

mana

teknik

rawatan

dari

pelbagai

kaedah

psikoterapi. (teori kaunseling 2013). Klien A mungkin lebih cenderung


kepada aktif berfikir maka , kaunselor dan klien boleh memulakan dari sudut
Kognitif. Klien B mungkin lebih menumpuhkan kepada perubahan tingkah
laku , maka mula dengan susut tingkah laku.
Basic Id akan digunakan sepanjang proses rawatan, diharapkan 7 dimensi ini
akan memberi gambaran berkenaan masalah klien. Kaunselor dan klien akan
melakukan intervensi mengikut akronim basic id satu persatu.

Walau

bagaimanapun , Plan B atau Second Basic Id ordering akan dijalankan


semula jika terdapat masalah atau kegagalan pada klien semasa susunan
basic-id yang pertama.
Penggunaan Inventori Struktur Profile (SPI) adalah satu lagi instrumen
yang boleh digunakan. Biasanya , SPI digunakan untuk terapi pasangan
(

couple

terapy

),

dimana

perbezaan

darjah

yang

spesifik

dapat

menunjukkan bahagian yang bermasalah. Terapi ini juga boleh menggunakan


Beck Depression Inventory (Beck, 1988).

(http://www.zurinstitute.com/multimodaltherapy.html)
Using Multimodal Therapy's BASIC I.D. acronym for the 7 modalities (aspects) of our
lives, consider targeting each modality, ideally but not necessarily, in the order in which you
feel would be most helpful or most appropriate for you. Some people are more "doers" for
instance, than others, so they might start with changing their Behaviour. Others have great
imaginations and think in pictures, so they might start with using imagery.
It can be helpful to consider and write down what you would like to do in each of the
BASIC I.D. modalities.

more of, or start

less of, or stop

Use the links under each heading for further ideas or guidance. Create
own Treatment Plan as awebpage or PDF file (example plan on the MMT page).

7.

your

TEKNIK-TEKNIK

Teknik teknik yang digunakan adalah secara teknik eclecticism yang


bermaksud kaunselor akan meminjam teknik-teknik daripada pelbagai
kaedah psikoterapi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi klien tetapi
multiple teknik tersebut haruslah bersesuaian dengan pesonaliti, gaya , cara
klien tersebut bagi memastikan teknik tersebut adalah efektif untuk
membantu klien. Teknik terapi ini juga bersifat psikopendidikan yang
menganggap bahawa kebanyakan masalah yang dihadapi adalah berpunca
daripada matlumat yang tidak lengkap atau tidak cukup. Berikut adalah
beberapa contoh multiple teknik yang boleh digunakan mengikut urutan
BASIC ID Lazarus.
Jadual 7.1 :
B

Teknik Modaliti
-

Peneguhan

Pembelajaran)
Disensitasi sistematik - untuk masalah fobia yang

diambil dari teori pelaziman klasikal


Shapping, Modeling, promt (isyarat), Rantaian untuk

( Behaviour )

Positif

,Negatif

dan

hukuman

membentuk tingkah laku yang diigini.

A
(Affective
Response )
S

Teknik relaksasi untuk tenangkan minda


Teknik Terapi ( seni, muzik )
Peluahan emosi gembira , sedih, marah

Membayangkan tentang apa yang diingini

(Sensation)
I ( imagery)

(Teori

C (Cognitif)
I
(Interpersona

Celik akal
Mengubah pemikiran negative kepada positif
Kerusi kosong
Modelling
Kemahiran berkomunikasi
Penerimaan tanpa syarat

Senaman
Pemeriksaan kesihatan
Pemakanan Sihat/ Diet seimbang

l Relationship
)
D
(Drugs

&

Biology)

8.

APLIKASI TEORI DALAM SILANG BUDAYA

Dasar Terapi Multimodal ialah melihat bahawa manusia secara individual dan
bukan berdasarkan kepada isu masalah semata mata. Bahkan , Kaunselor
memberi kelonggaran pada klien untuk memulakan perbincangan dari manamana sudut modaliti yang paling selesa dan sesuai dengan klien pada awal
sesi. Selain itu , klien akan mendekati klien berdasarkan pesonaliti, cara ,
gaya klien. Oleh kerana sifat terapi ini sebegitu rupa , maka terapi ini adalah
sesuai untuk digunakan kepada klien dari pelbagai budaya , latar belakang.
Kepelbagaian teknik yang digunakan oleh kaunselor mampu merentas silang
budaya.
9.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI

Kelebihan teori ini ialah kaunselor menggalakan tindakan klien , dengan


memberi peluang kepada klien menentukan mana satu aspek modaliti yang
ingin dibincangkan atau dikemukakan. Secara tidak langsung , kuasa pilihan
yang diberikan kepada klien merupakan satu langkah dalam menggerakkan
klien bertindak dalam mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Terapi
ini

memberi

kelebihan

kepada

kaunselor

kerana

kaunselor

boleh

menerapkan atau mengguna pinjam mana mana teknik dari pelbagai teori
sedia ada tanpa perlu mengfokuskan dan terikat kepada satu teori saja.

Menurut Lazarus , dalam satu temubual video pendek yang dirakam


mengatakan

bahawa

terapis

yang

menggunakan

satu

teori

sahaja

mempunyai pemikiran yang sempit. Memandangkan Lazarus pada asalnya


bermula dengan Teori Tingkah Laku Kognitif , sudah tentu terapi Multimodal
mempunyai kecirian Pendekatan Tingkah Laku Kognitif yang telah terbukti
keberkesanannya. Didapati pendekatan ini mudah diterima oleh klien kerana
sifatnya yang fleksible.
Sebagai mana teori yang lain , terdapat limitasi yang telah dikenal pasti
dalam terapi ini. Walaupun dalam akronim basic id dikatakan memenuhi
semua aspek modaliti yang dirasai oleh setiap manusia, namun , orang luar
melihat bahawa kaunselor lebih menumpuhkan kepada perubahan tingkah
laku, berbanding emosi dan affektif-perasaan. Ukuran perubahan yang dilihat
ialah perubahan tingkah laku. Dari sudut klien , kaunselor juga dikatakan
bersifat mengarah, dan memanipulasi klien. Dikhuatiri juga , bahawa,
kebergantungan klien kepada kaunselor boleh terwujud jika kaunselor tidak
pandai melibatkan klien dalam membuat keputusan dan berfikir. Saya fikir ,
kebergantungan boleh terjadi kepada klien yang kurang dalam kemahiran
berfikir, mempunyai masalah dalam membuat keputusan atau kurang
maklumat atau mungkin kepada klien yang cetek pengetahuan.

You might also like