Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.

3 Nisbah Laveraj
Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh pemilik
syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Dengan kata lain, ia menunjukkan
penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan dan kemampuan
syarikat melunaskan hutangnya. Terdiri daripada nisbah hutang, nisbah hutang kepada
ekuiti dan nisbah perlindungan faedah.
5.3.1. Nisbah hutang
Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada kreditor.
Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh kreditor untuk
menjana keuntungan.
Nisbah Hutang =

Jumlah Hutang
Jumlah Aset

Contoh pengiraan:
Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)/ Jumlah Aset (1,185,000) = 0.502:1= 50%
Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)/ Jumlah Aset (1,355,000) = 0.52:1= 52%
5.3.2. Nisbah hutang-ekuiti
Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang
dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan
berikut:
Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih
Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan kewangan
syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti.
Sekiranya

nisbah

hutang-ekuiti

bersamaan

satu,

bererti

pemilik

perniagaan

menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

Nisbah Hutang kepada ekuiti =

Jumlah Hutang
Jumlah Ekuiti Pemilik

Contoh pengiraan:
Tahun 2004:

Jumlah Hutang (RM705 ,000 )


Jumlah Ekuiti Pemilik (RM650.000)

= 1.08:1

Tahun 2005:

Jumlah Hutang (RM595 ,000 )


Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590,000)

= 1.01:1

5.3.3. Nisbah perlindungan faedah


Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan untuk
mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada pendapatan. Nisbah dapat
memberi gambaran dalam menentukan pendapatan daripada perniagaan untuk
digunakan dalam membayar faedah hutang syarikat.

Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah


Belanja faedah
Oleh kerana nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan sesebuah syarikat
dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi, lebih tinggi nisbah perlindungan faedah,
maka lebih tinggi perlindungannya.
Contoh pengiraan:
Tahun 2004: RM276,000/RM26,000 = 10.6:1 (10.6 kali)
Tahun 2005: RM224,000/ RM24,000 = 9.3:1 (9.3 kali)
Pada tahun 2004, syarikat mempunyai nisbah 9.3:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi
sebanyak RM9.30 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah
perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9.3 kali.
Pada tahun 2005, syarikat mempunyai nisbah 10.6:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi
sebanyak RM10.6 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah
perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10.6 kali.
Jika nisbah adalah negatif, bermakna syarikat tidak berupaya membayar faedah ke atas
hutangnya.
Jika nisbah kurang daripada 1.0 kali, bermakna syarikat hanya mampu membayar
sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya.
Jika nisbah adalah 1.0 kali, menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua faedah
ke atas pinjamannya. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak mempunyai rizab untk
membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan kepada pelaburnya.

You might also like