Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Metodologi Kajian

Bahagian ini membincangkan metode kajian iaitu mendapatkan responden dan


informen, mengumpul maklumat dan data serta menganalisis data.
i.Cara mendapatkan responden dan informen
Soal selidik dan temu bual digunakan untuk mendapatkan responden dan informen.
1. Soal selidik
Soal selidik merupakan sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam
borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan
mengumpulkan maklumat. Pengkaji telah mencari 30 pengunjung yang berkunjung ke
Taman Sahabat sebagai responden. Borang soal selidik yang mengandungi 8 soalan
telah disediakan dan dihantar kepada 30 pengunjung yang berkunjung ke Taman
Sahabat. Soal selidik menggunakan skala Likert 3 poin.
2. Temu Bual
Temu bual merupakan pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab. Pengkaji
menyediakan 5 soalan yang berkaitan dengan kemudahan asas yang disediakan di
Taman Sahabat, Jalan Song. Pengkaji berkunjungi Taman Sahabat dan menemu bual
informen-informen untuk mendapat persepsi mereka terhadap tajuk kajian.
ii.Cara mendapatkan maklumat
Pelbagai kaedah telah digunakan seperti soal selidik, temu bual dan mencari rujukan
untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan :1. Rujukan
Pengkaji telah berkunjungi Taman Sahabat dan mencatatkan maklumat yang berkaitan
dengan Taman Sahabat dari papan yang mengenalkan Sejarah Taman Sahabat di
Taman Sahabat.
2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik digunakan untuk mengetahui kepuasan pengunjung yang
mengunjungi Taman Sahabat terhadap kemudahan asas Taman Sahabat. Borang soal
selidik telah disediakan kepada 30 responden. Mereka telah memberikan kerjasama
yang baik dan borang telah dikembalikan selepas dijawab.

3. Temu Bual
Kaedah temu bual dijalankan dengan menanyakan 5 soalan berkaitan dengan persepsi
pengunjung yang mengunjungi Taman Sahabat terhadap kemudahan asas yang
disediakan di Taman Sahabat. 5 pengunjung telah ditemu bual dan setiap sesi temu
bual dijangka lebih kurang 5 minit.
iii.Cara Analisis Data
Analisis telah dijalankan melalui data daripada soal selidik, temu bual dan catatan
sejarah Taman Sahabat selepas mengumpul segala data dan maklumat yang
diperlukan. Jadual, graf dan carta telah digunakan untuk mempersembahkan data yang
telah dikumpulkan.
Bagi soal selidik yang menggunakan skala Likert poin seperti berikut :
Skala
Tidak
Tidak pasti
Ya

Poin
1
2
3

You might also like