Profesor Dato' Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Profesor Dato' Dr.

Ungku Omar
Ungku Ahmad

Saintis yang Berjiwa Pendidik


Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian
ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir).
Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician
London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam
bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang
sama, 1965. Dato' Dr. Ungku Omar pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Perubatan
dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur, Pendaftar di Jabatan
Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962 dan Pengarah Pusat
Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965.

Antara pencapaian yang dicapai oleh beliau ialah seperti menjadi Anak Melayu pertama
yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur. Kemudian,
ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau
mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada

penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. Beliau juga telah beberapa kali
mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan
dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat,
Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya
hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat.
Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).

Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang
perubatan. Prinsip kesihatan itulah kemajuan dan tak sihat manakan maju telah
ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.
Antara sumbangan signifikan beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan
Univeristi Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika
berusia 38 tahun.

You might also like