Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

ISU : STATUS AGAMA PEMOHON

Adakah dalam kes ini pemohon benar-benar telah memeluk Agama Islam?
Mengikut keterangan Pemohon, beliau telah memeluk Agama Islam dan
mengucap kalimah syahadah pada 12.12.1993 di Pejabat Kadi ketika
beliau berumur 20 tahun. Perakuan itu juga telah diperakukan oleh
Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam, Unit Ukhwah, Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam, Negeri .. iaitu . Pemelukan Islam ini
diperkuatkan lagi dengan Sijil Akuan memeluk Islam yang dilampirkan
oleh Pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri . pada .. di mana Kad Akuan Islam telah ditandatangi
oleh ., Pendaftar Saudara Baru.
Dokumen-dokumen tersebut telah cukup kuat membuktikan kemasukan
ke Agama Islam oleh Pemohon. Mahkamah ini memberikan pengiktirafan
kehakiman

terhadap

dokumen-dokumen

tersebut

dan

tidak

perlu

dibuktikan selanjutnya sesuai dengan maxim yang berbunyi :

Bermaksud: Tulisan sepertimana percakapan.


Di dalam kitab Iaanah al-Talibin, oleh Sayyid al Bakri al Sayyid Abi bakar
Ibnu al Sayyid Muhammad Shata al-Dumyati, Juz 4, Dar al-Fikri, Lebanon,
hlm. 139 menyebut:
ianya hanya terhasil ke Islaman seseorang kafir atau seseorang murtad
itu dengan pengucapan dua kalimah syahadah, bagi orang yang boleh
bercakap.
Dalam kes ini kita lihat Pemohon sendiri ada membuat pengakuan bahawa
beliau telah memeluk Agama Islam pada 12.12.2013 dan beliau juga
mengetahui bahawa dengan pemelukan tersebut telah mendeklarasikan
beliau sebagai seorang mualaf.

Jika apa-apa soal timbul dalam negeri Johor sama ada seseorang itu
adalah seorang Mualaf dan orang itu tidak didaftar atau tidak pernah
terdaftar dalam daftar Mualaf atau dibawah mana-mana undang-undang
mana-mana Negeri sebagai seorang Mualaf, soalan itu hendaklah
diputuskan berdasarkan kepada merit kes mengikut Seksyen 107,
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003;
Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam
107. (1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi
pemelukan sah agama Islam oleh seseorang;
(a)

orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah


dalam bahawa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b)

pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang


itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna Aku
menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Pesuruh
Allah; dan

(c)

pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang


itu sendiri.

Selanjutnya, Seksyen 108, Enakmen Pentadbiran Agama Islam


(Negeri Johor) 2003 memperuntukan bahawa;
Saat memeluk agama Islam
108. Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang
Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah
dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 107 adalah dipenuhi;
dan orang itu selepas itu disebut muallaf.
Selanjutnya, Seksyen 112, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Johor) 2003 menyatakan bahawa;

Perakuan memeluk agama Islam


112. (1)
(2) Perakuan memeluk agama islam hendaklah menjadi bukti
muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan dalam Perakuan
itu.
Dalam kes ini pemohon didapati telah memiliki ciri-ciri yang dinyatakan
dalam peruntukan yang tersebut di atas. Seterusnya, sebenarnya sejak
pada awal lagi Pemohon telah diterima dan dikenali sebagai Mualaf bagi
maksud undang-undang selama lebih dari setahun beliau memeluk Islam.
Saya percaya bahawa ketika Pemohon memeluk Islam pada 12.12.2013,
Pemohon telah mengucap dua kalimah syahadah dengan kerelaan hatinya
dan setelah diterangkan implikasi dan makna syahadah tersebut oleh
Pegawai yang terlibat.
Tambahan pula, seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah
itu adalah memberi pengakuan berkenaan adanya Tuhan yang sebenar
iaitu Allah SWT dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah
mengutuskan Rasulnya kepada sekalian ala mini iaitu Nabi Muhammad
SAW.
Di dalam dua kalimah syahadah tersebut itu terkandung kepercayaan
kepada ketuhanan yang sebenarnya dan kepercayaan kepada Rasulnya.
Jelasnya, seseorang yang hendak mengucap dua kalimah syahadah
hendaklah ia beriman terlebih dahulu dengan rukum iman dan barulah
diikuti dengan lafaz syahadah tersebut yang juga merupakan rukun Islam
yang pertama.
Merujuk kepada kes Permohonan pengisytiharan Status Agama
Islam Simati Nelson William Johney @ Khairulzain Johney Abdullah
JH(1427H) JLD XXII BHG. 1, Tuan Ahmad bin Lakim, HMTS
menyatakan bahawa;

Mahkamah

berbidangkuasa

untuk

mendengar

dan

memetuskan

permohonan ini dibawah seksyen 76 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran


Undang-Undang Islam Sabah, 1992 (EMS) bidangkuasa asal Mahkamah
Syariah di Sabah.
Seksyen 76(1) EPUIS memperuntukan bahawaseseorang yang telah masuk Islam dan telah didafarkan dalam
Daftar

Mualaf

hendaklah,

bagi

maksud-maksud

mana-mana

undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan untuk sepanjang


masa, diiktirafkan sebagai seorang Islam.
Seksyen 76(2) EPUIS memperuntukan bahawaseseorang yang kemasukan Islamnya telah didaftarkan di bawah
mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi
semua maksud di Negeri sabah dan bagi maksud menguatkuasakan
di

Negeri

Sabah

peruntukan-peruntukan

mana-mana

undang-

undang, diperlakukan sebagai seorang Islam.


Merujuk isu kes ini, Mahkamah tidak ragu-ragu bahawa kemasukan SM ke
dalam Islam telah didaftarkan secara teratur dalam Buku Daftar Muallaf,.
SM dalam kes ini adalah diiktiraf sebagai seorang Islam dan hendaklah
diperlakukan sebagai seorang Islam iaitu tertakluk kepada Hukum syarak
serta

apa-apa

undang-undang

yang

berkuatkuasa

sebagaimana

lazaimnya diperuntukan atau dikenakan terhadap seseorang Islam lain


dalam Negeri Sabah.
Justeru itu, berdasarkan fakta-fakta tersebut, Mahkamah ini berpuashati
bahawa perbuatan pemelukan Islam oleh Pemohon telah berlaku secara
rasmi

apabila

Pemohon

mengucap

dua

kalimah

syahadah

dan

diperakukan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Ukhwah,


Jabatan Hal Ehwal Islam, Negeri . pada .

ISU : BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH


Walaupun bidangkuasa mengenai murtad dan yang berkaitan dengannya
telah pun ditetapkan dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah tetapi
mengenai peraturan atau kaedah bagaimana seseorang bermohonuntuk
keluar agama atau bagaimanacara untuk mengesahkan murtad masih
belum wujud di mana-mana negeri di Malaysia. Walau bagaimanapun,
Seksyen 107 hingga Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Johor) 2003 telah memberi garis panduan barkaitan dengan
pemelukan Islam. Kemasukan Islam Pemohon ini adalah bertepatan
dengan Enakmen tersebut.
Pemohon dalam kes ini memohon kepada Mahkamah Syariah untuk keluar
dari Agama Islam atas alasan bahawa beliau telah mengamalkan ajaran
agama Hindu dari segi makanan, cara pakaian, cara sembahyang dan
kepercayaan terhadap agama hindu. Tidak ada sedikit pun amalan dan
ajaran agama Islam yang diajar kepada beliau oleh pihak Jabatan Agama
Islam sehinggalah ke hari ini.
Pemohon juga ada menyatakan bahawa hak kebebasan beragama di
dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) memberi hak
kepada pemohon selaku warganegara untuk memilih agama yang disukai.
Perkara 11. Kebebasan Agama
(1)Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya

dan

tertakluk

kepada

Fasal

(4)

mengembangkannya.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di
kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Walaupun pada zahirnya Perkara 11 ini kebebasan beragama tapi ianya


bukanlah tiket untuk menukar agama dengan sewenang-wenangnya
sesuka hati. Pemohon ini telah memilih Agama Islam maka ianya berhak
mengamalkan Agama Islam itu. Setelah selama 15 tahun memeluk islam
adalah tidak wajar bagi pemohon ini memilih untuk keluar pula dari
Agama Islam atau cuba mengamalkan agama lain pula.
Afirman Allah daalam surah al-Baqarah ayat 256;
Bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam).
Ayat ini bukanlah bermakna kebenaran untuk memilih keluar dari Agama
Islam setelah ianya memilih untuk menganut Islam. Ayat ini ialah
kebebasan memilih Agama Islam dan tiada paksaan untuk seseorang
menganut Agama Islam.
Dalam Tafsir pimpinan Ar-Rahman terbitan dar al-Fikr hlm. 82,
mengulas mengenai ayat 256 surah al-Baqarah ini seperti berikut;
salah satu daripada asas Agama Islam ialah tidak adanya suatu
paksaan. Yang perlu ialah memberikan penerangan dan Dawah islamiyah
kepada orang ramai dengan cara yang baik dan bijaksana serta dengan
contoh-contoh amalan yang baik menurut ajaran Islam yang sebenarnya.
Manakala dalam Kitab Mukhtasar Ibn Kathir oleh Mohd Ali alSabuni, Jil. 1, hlm 230 menyebutkan;
Bermaksud: Jangan kamu memaksa seseorang untuk masuk kepada
Agama Islam.
Justeru itu, dengan meneliti kepada alasan Pemohon untuk keluar Islam,
Mahkamah berpendapat alasan ini tidak relevan sedangkan ianya telah

pun memeluk Islam selama 15 tahun. Lagipun, Pemohon telah biasa


bergaul dengan orang Islam di negeri ini. Alasan tidak mengamalkan
agama Islam bukanlah boleh di ambil kira seseorang itu Islam atau tidak.
Cuma bila tidak beramal maka tiada iman tapi tidak menjadi murtad.
Pemohon telah pun mengucap dua kalimah syahadah dan Pemohon
sekarang masih lagi seorang Islam.

You might also like