Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Bahagian A

Menerangkan dua strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang


kreatif dan inovatif bagi disesuaikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam.
Pelan Pembangunan Pendidikan telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini
berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik
sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan
dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran
semasa sistem pendidikan.
Sehubungan dengan itu , Malaysia juga
akses

kepada

pendidikan,

meningkatkan

berfokuskan

standard

kepada penambahbaikan

(kualiti),

merapatkan

jurang

pencapaian(ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan


keberkesanan sistem.Antara lain , ia juga mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk
sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025
dan menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu diakui ia juga
perlulah sejajar dengan matlamat Pendidikan Negara abad ke 21 yang mementingkan
kepada kepentingan membudayakan ilmu dan perlunya kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran pada abad ke 21.Sehubungan dengan itu , antara dua strategi pengajaran
dan pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan inovatif untuk disesuaikan dengan mata
pelajaran Pendidikan Islam ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pendidikan Islam
dan pembelajaran koperatif.
Ini kerana penggunaan ICT iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan
mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan di
kalangan pelajar .Penggunaan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya
kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam
mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global
berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.

~1~

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya


setakat di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga
ke peringkat global. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala
atau lebih , dengan ini suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik.
Antara contoh penggunaannya adalah melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT
seperti teks,audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga
kini pelajar tidak digalakkan menghafal fakta di dalam Pendidikan Islam

tetapi amat

digalakkan untuk meningkatkan tahap kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi


menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan.
Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan
Islam pada masa kini maka kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian
dan berfikrah adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Untuk ini guru dan
pengamal Pendidikan Islam perlu memainkan peranan masing-masing dalam melengkapi
diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan termasuk pedagogi dan kemahiran
memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam di sekolah.
Suasana Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam yang menarik dan
menyeronokkan dapat mewujudkan suasana pemebelajaran yang interaktif dikalangan
pelajar.Selain itu , pelajar juga tidak mudah menjadi bosan dan mengantuk ketika
belajar.Sikap guru Pendidikan Islam yang masih lagi mengajar hanya dengan berceramah
atau menyampaikan kata kata dengan nasihat sahaja tidak lagi relevan untuk digunakan
kepada pelajar pada masa kini.Tambahan pula , pelajar pada masa kini lebih mengetahui
akan penggunaan teknologi dan lebih terdedah akan perkara tersebut dengan penggunaan
yahoo , facebook , instragram , whassup dan twitter yang digunakan dengan meluas pada
masa kini.
Sehubungan dengan itu , penggunaan ICT di kalangan pelajar dapat membantu
pelajar untuk berfikir di luar kotak dan cabang ilmu

yang

dibincangkan. Pelajar juga

menjadi tidak bosan dan penggunaan ini diharap akan dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam subjek Pendidikan Islam.Sebagai contoh mata pelajaran sirah yang diajar
menggunakan grafik yang beraneka bentuk dan lukisan.Ia dapat membantu guru untuk
menerangkan perkara yang susah dan dapat mewujudkan proses kemahiran interaksi dua
hala yang baik di kalangan guru dan pelajar.Guru yang berkemahiran tinggi dan berinovatif
pasti akan menjadikan suasana pembelajaran tersebut menjadi lebih baik dan di sukai oleh
para pelajar.

~2~

Antara ciri ciri persekitaran pembelajaran tradisional adalah berpusatkan guru ,


stimulasi satu deriaan , kemajuan satu hala , satu media , tugasan secara berasingan ,
penyampaian maklumat , pembelajaran pasif , pembelajaran berasaskan fakta , tindakan
roaktif ,

konteks terasing dan artifisial.Manakala pembelajaran baru iaitu dengan

menggunakan ICT ataupun teknologi maklumat adalah berpusatkan pelajar , stimulasi


multideriaan , kemajuan pelbagai hala , multimedia , tugasan secara kolaboratif ,
perkongsian maklumat , pembelajaran aktif sama ada dengan menggunakan penjelasan
atau pertanyaan.
Selain itu dengan menggunakan Teknologi Maklumat atau ICT pelajar lebih kepada
pemikiran kritis dan membuat keputusan.Ia juga membawa kepada tindakan proaktif sama
ada secara konteks realiti dan autentik.Sehubungan dengan itu dapat dikenal pasti bahawa
penggunaan ICT ataupun Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam adalah berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
terhadap pelajaran.
Ia juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar
daripada pelbagai latar belakang dan keupayaan.Meningkatkan motivasi pelajar ,
membolehkan pembelajaran secara bersendirian .Membolehkan pelajar mengakses
maklumat yang sukar didapati , membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang
memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal.Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
eksperimen

dan

yang

mencabar.

sukar,

Membolehkan

terlalu

mahal

atau

pelajar
bahaya

mencuba
untuk

atau

melakukan

dilakukan

secara

biasa.Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar , memberi peluang kepada pelajar
meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan
meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan.
Sehubungan dengan itu

penggunaan ICT ataupun Teknologi Maklumat dapat

membantu pelajar dalam kaedah pembelajaran. Dengan ini, kaedah pembelajaran


penerokaan melalui penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing masing.Melalui kaedah ini para
pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajaran
masing-masing dan secara langsungnya dapat menghilangkan rasa bosan dan seterusnya
menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan
daripada ini pihak guru boleh menerapkan pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran
moden seperti kostruktivisme, pembelajaran masteri, multiple intelligence dan lain-lain yang
sesuai dengan keadaan penerimaan pelajar.

~3~

Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara


kelebihannya, ia amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar
yang ramai dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang
lemah mengikuti pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam era dunia
berteknologi maklumat dan siber, maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat
melalui internet dan laman web. E-pembelajaran adalah salah satu strategi dan saluran
utama untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan kaedah tersebut di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi kedua bagi Pengajaran dan Pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan
inovatif bagi disesuaikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
adalah

dengan

melalui

pembelajaran

koperatif.Pembelajaran

koperatif

merupakan

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan kecil
heterogeneous untuk saling bantu membantu mempelajari isi pelajaran di dalam bilik
darjah.Ahli kumpulan bertanggungjawab ke atas pembelajaran secara individu dan
kumpulan.
Mereka akan menyumbangkan pengetahuan , pengalaman , kemahiran dan sumber
pembelajaran kepada kumpulan .Mereka akan bekerjasama dan berkolaborasi agar setiap
ahli kumpulan mendapat faedah daripada sumbangan ahli , akhirnya mereka mempelajari
ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.Kagan ( 2003 ) telah mengemukakan prinsip PIES
sebagai elemen wajib dalam pembelajaran kumpulan koperatif.PIES merujuk kepada saling
bergantung antara satu dengan lain secara positif iaitu tugasan dan matlamat didefinisikan
dengan jelas.Usaha setiap ahli akan memberi faedah kepada kumpulan dan komitmen
dibuat untuk mencapai kejayaan kumpulan.
Kedua adalah akauntabiliti dan tanggungjawab individu.Ia merujuk kepada setiap ahli
perlu membuat sumbangan , setiap ahli bertanggungjawab untuk membantu kumpulan
mencapai objektif pembelajaran.Ketiga penyertaan seimbang iaitu setiap ahli kumpulan
mesti bermotivasi , menjadi pemimpin berkesan , mampu membuat keputusan , boleh
membina kepercayaan ahli , boleh berkomunikasi dengan baik dan mampu mengendalikan
konflik.
Keempat adalah interaksi serentak.Ia bermaksud setiap orang membantu kejayaan
ahli dengan cara berkongsi sumber , menggalakkan , membantu dan menghargai usaha ahli
kumpulan , menyokong perkembangan akademik dan peribadi ahli , menjelaskan
bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah , mengajar antara satu dengan lain ( peer
teaching ) .

~4~

Seterusnya menyemak kefahaman setiap ahli , membincangkan konsep yang telah


dimuridi , mengaitkan pembelajaran masa kini dengan pembelajaran lalu dan mendorong
pencapaian matlamat kumpulan.Pembelajaran koperatif boleh berlaku sama ada melalui
talaqi musyafahah , dan pembelajaran sirah.Struktur struktur pembelajaran koperatif adalah
menurut Kagan ( 1998 ) , dalam pembelajaran koperatif aktiviti pembelajaran dikatakan
wujud apabila struktur koperatif digabung dan disesuaikan dengan isi kandungan.
Hubungan ini dapat digambarkan seperti berikut iaitu struktur pembelajaran ditambah
dengan isi kandungan dan aktiviti.Melalui penjelasan ini dapat difahami bahawa setelah
guru memberikan penerangan berkaitan dengan kandungan pembelajaran yang diajar guru
akan memberikan aktiviti dan latihan yang sesuai berdasarkan tajuk tersebut.Setelah itu
murid akan dinilai berdasarkan keputusan tersebut.
Antara

lain

konsep

dan

prinsip

dalam

pembelajaran

koperatif

adalah

pengintergrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat


dilakukan

melalui

proses

perancangan

pengendalaian

pengurusan

dan

penilaian.Perancangan adalah memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan


pelajaran , memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan pelajaran , memilih
struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran , menentukan kriteria untuk
membentuk pasukan murid ( secara rawak , mengikut pelbagai kebolehan ) , meyediakan
bahan sama ada kad arahan , kertas sebak dan lain lain.
Sebagai contoh tugasan dilakukan secara berkumpulan dan murid murid diagihkan
dalam kumpulan tertentu mengikut agihan tugasan berkumpulan.Di situ murid akan dapat
mewujudkan interaksi sosial yang baik di kalangan guru dan para pelajar.Pelajar juga dapat
memahami isi kandungan yang menyeluruh melalui isi perbincangan tersebut.Sehubungan
dengan itu ia akan mewujudkan interaksi sosial yang baik di kalangan para pelajar.
Apabila wujud sesi perbincangan dalam kumpulan ia mudah bagi guru untuk
mengenal pasti akan kelemahan dan kelebihan akan seseorang pelajar tersebut.Murid yang
aktif akan mudah memberikan refleksi dan tindak balas yang baik manakala murid yang
kurang aktif pula tidak akan berasa malu dan tersisih apabila mereka belajar bersama
ataupaun membuat tugasan di dalam kumpulan tersebut.
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran nanti penilaian akan merujuk kepada
kemahiran berfikir , perkongsian maklumat ( samada antara ahli pasukan atau antara
pasukan pasukan lain ) , dan kemahiran komunikasi.

~5~

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR TAHUN TIGA


Mata Pelajaran

: Pendidikan Islam ( Asuhan Tilawah Al- Quran ) Kefahaman.

Kelas

: Tahun 3 Cemerlang

Masa

: 60 minit.

Standard Kandungan

: 1.2.2 Memahami , mengamal dan menghayati Surah Al


Fatihah.

Standard Pembelajaran

: 1.2.2.3 Menyebut dan menghayati isi penting surah Al


Fatihah.
1.2.2.4 Menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam surah
Al- Fatihah
1.2.2.5 Mengamalkan surah Al Fatihah dalam kehidupan
seharian.

Objektif Pembelajaran

: Murid dapat :
1)

Menyebut isi penting surah Al Fatihah dengan betul.

2)

Menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam surah


Al -Fatihah dengan betul.

3)

Mengamalkan surah Al Fatihah dalam kehidupan


seharian.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

:1)

Membaca

surah

Al

Fatihah

dan

pengertiannya.
2)

Sumbang saran isi penting surah Al


Fatihah.

3)

Perbincangan pengajaran ayat surah Al


Fatihah.

4)

Penerangan tentang isi penting dan


pengajaran ayat Surah Al Fatihah.

Elemen Merentas Kurikulum :

Teknologi Maklumat- Power Point


Keusahawanan :

~6~

EK

1.4

: Daya Kreativiti dan Inovasi ( Murid boleh

memberi banyak idea )


EK

1.14

: Boleh membina jaringan sosial ( Murid boleh

berkomunikasi dengan baik )


EK

1.9

: Berkeupayaan memimpin ( Bekerjasama dan

mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja


kumpulan.
Bahan Bantu Mengajar

1 ) DLP
2 ) Kertas Majung
3) Sampul
4 ) Kertas Penyataan isi penting dan pengajaran ayat
surah Al Fatihah.

Penilaian

: Klasifikasi Maklumat

Fasa Persediaan
1.1 Pemerhatian

Cadangan Aktiviti

Catatan

1.1.1 Murid diperdengarkan bacaan surah Al

EMK

Fatihah serta terjemahan menggunakan DLP.

Teknologi

1.1.2 Murid membaca ayat ayat daripada surah Al

DLP

Fatihah manakala seorang yang lain membaca


pengertian menggunakan power point .
1.1.3 Bersoal jawab berkenaan surah Al Fatihah
contoh :
1) Surah apakah yang kamu dengar tadi ?
2 ) Berapakah bilangan ayat surah Al Fatihah?
3 ) Ceritakan apa yang kamu tahu tentang surah Al
Fatihah?

~7~

1.2 Analisis

1.2.1 Guru menerangkan jawapan murid berkaitan - EMK


isi penting surah Al Fatihah melalui paparan - Teknologi
power point.

- DLP

Allah Maha Pengasih dan Maha


Penyayang.
Allah menguasai sekalian alam.
Allah pemberi pertolongan.
Allah pemberi hidayah.
Allah pemberi nikmat kepada orang
yang beriman.
Allah memurkai kaum yang sesat.

1.2.1 Murid diminta membaca pernyataan tentang


isi isi surah Al Fatihah.

~8~

1.3 Fasa Imaginasi

1.3.1 Penjanaan Idea

- EMK

1.3.1 Guru memaparkan pengajaran daripada - Teknologi


surah Al Fatihah berpandukan paparan power - DLP
point.
Pengajaran Surah Al Fatihah :
Kita mesti berusaha
mendapatkan

kasih

sayang Allah.
Mentaati Allah adalah
satu kewajipan.
Manusia memerlukan
pertolongan daripada
Allah.
Kita

hendaklah

memohon

petunjuk

daripada Allah.
Sebagai

orang

beriman

kita

hendaklah mensyukuri
nikmat Allah.
Elakkan

daripada

melakukan

larangan

Allah.

1.3.2 Murid membaca semula pengajaran ayat


secara kelas dan individu.
1.3.3 Guru bersoal jawab dengan murid :
1 ) Bagaimanakah cara

kita mendapat kasih

sayang daripada Allah ?


2 ) Mengapa kita wajib beribadah kepada Allah ?
3 ) Mengapakah kita perlu memohon pertolongan
Allah ?
4 ) Bagaimanakah cara kita bersyukur dengan
nikmat Allah ?
1.3.4 Guru merumuskan jawapan murid berkaitan
dengan pengajaran surah Al Fatihah.

~9~

1.4

Fasa 1.4.1

Murid

dibahagikan

kepada

beberapa - Sampul surat

Perkembangan

kumpulan .

Sintesis Idea

1.4.2 Setiap kumpulan diberikan sampul surat

- Kertas Majung

yang mengandungi penyataan kad ayat mengenai


isi isi penting dan pengajaran daripada surah Al
Fatihah.
1.4.3

Murid

diminta

mengelaskan

kad

ayat

mengikut kategori :
1 ) Isi penting surah Al Fatihah.
2 ) Pengajaran daripada surah Al Fatihah.
1.4.4 Murid diminta menulis semula diatas kertas
majung yang dibekalkan.

1.5 Penambahbaikan

1.5.1 Wakil setiap kumpulan mempamer dan - Keupayaan untuk


membentangkan hasil kerja masing masing.
1.5.2 Guru merumuskan jawapan dan hasil kerja
setiap kumpulan.
1.5.3 Kumpulan yang terbaik diberi penghargaan
oleh guru.
1.5.4 Kumpulan yang belum menguasai diberi
tugasan tambahan.

1.6 Menilai

1.6.1 Murid menyebut semula isi penting dan


pengajaran daripada surah Al Fatihah secara
kumpulan dan kelas.

~ 10 ~

memimpin

1.7 Pelaksanaan

1.7.1 Murid membaca surah Al Fatihah beserta


pengertiannya.

1.8 Amalan Berterusan

1.8.1 Guru mengedarkan lembaran kerja.


1.8.2 Guru menasihatkan murid supaya sentiasa
membaca surah Al Fatihah dalam kehidupan.

~ 11 ~

- Lembaran Kerja

Refleksi
Sepanjang saya melakukan tugasan ini saya mendapati banyak lagi kekurangan dan
kelemahan yang perlu saya baiki.Antaranya adalah sebagai contoh rujukan yang perlu ada
seperti buku perlu dicari dan ditambah maklumat yang penting berkaitan dengan tugasan.
Akibat daripada kekurangan masa dan tugasan yang didapati perlu dibuat semasa cuti
maka sumber rujukan banyak diambil daripada internet.Akan tetapi sebelum saya
mengambil rujukan tersebut daripada internet saya mengambi kira akan sumber yang
dikenal pasti itu sama ada betul ataupun tidak.
Sumber yang diambil juga dikenal pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk
dipadankan dengan tajuk yang perlu disiapkan.Membudayakan proses mencari ilmu dan
membaca merupakan perkara utama yang perlu dipupuk dan diterapkan dalam diri pelajar
untuk mereka berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.Dalam merentasi dan
melangkaui arus dan zaman ke 21 ini guru sepatutnya perlu lebih mahir dalam mempelajari
dan membudayakan pelajaran ICT.
Sehubungan dengan itu sebagai seorang bakal guru saya perlu lebih mahir , rajin
dan berusaha dengan lebih gigih untuk mendidik anak bangsa berjaya pada masa
hadapan.KBAT iaitu kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dan disesuaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran murid murid di sekolah.Saya percaya jika seseorang guru itu
mahir dan pandai dalam mendidik anak anak murid mereka maka pelajar tersebut tidak akan
bosan dan malas untuk belajar subjek pembelajaran tersebut di sekolah.
Pengetahuan yang meluas bagi seorang guru adalah amat penting dalam proses
mendidik anak anak murid mereka.Jika seorang guru hanya mengajar berdasarkan silibus di
buku teks semata mata maka dikhuatiri proses pembelajaran tersebut tidak akan
memberikan kesan yang maksimum kepada anak anak murid mereka.Guru yang kreatif ,
berinovatif dan berdisiplin tinggi amat digalakkan dan memerlukan usaha yang berterusan
bagi para pelajar untuk lebih faham dan mahir akan tajuk dan pembelajaran yang diajar.
Oleh itu , dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapati kemahiran berfikir aras
tinggi yang perlu disesuaikan dalam diri pelajar adalah guru dan pelajar perlu mahir akan
penggunaan teknologi dan pandai dalam membuat sesuatu penemuan di dalam sesuatu
pembelajaran yang diajar supaya pembelajaran tersebut bukan sahaja tertumpu kepada
buku teks dan berpusatkan guru semata mata tetapi ia perlu didatangkan dengan konsep
yang lebih luas dan menyeluruh supaya ia menjadi model yang bermanfaat pada masa
akan datang.

~ 12 ~

You might also like