Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tajuk 1

PGSR

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM


PENDIDIKAN KHAS

6 JAM

SINOPSIS
Tajuk ini menerangkan tentang konsep pentaksiran berfokus kepada definisi, proses dan
kegunaan pentaksiran dalam pendidikan. Tajuk ini juga menghurai pelbagai cara
pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti topik ini, pelajar dapat:
i.

Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas.

ii.

Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul


maklumat.

KERANGKA TAJUK
Kepentingan Pentaksiran dalam
Pendidikan Khas

Konsep pentaksiran

Pelbagai cara
pengumpulan maklumat

Maksud pentaksiran
Proses penerimaan,
perancangan dan
pelaksanaan pendidikan khas
Kegunaan pentaksiran dalam
pendidikan khas

Rekod lama
Sampel kerja
Pengujian
Pemerhatian
Soal selidik

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

1.0 KONSEP PENTAKSIRAN


1.1

Pendahuluan

Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat
keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga, pentaksiran
dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan
khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat
yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang
dikumpul melalui cara pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan
langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan
perancangan dan pengajarannya
Pentaksiran berlaku setiap hari di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memerhati
tingkah laku murid menyelesaikan masalah matematik. Guru seterusnya menyemak
jawapan murid dan secara tidak langsung dapat menentukan tahap kebolehan murid
terhadap penguasaan kemahiran matematik tertentu murid. Jika terdapat kesalahan,
semestinya guru akan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan murid untuk
membuat pembetulan. Pendekatan yang dilakukan oleh guru tersebut sebenarnya
merupakan satu daripada jenis pentaksiran.
Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu difahami
terlebih dahulu;

Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan murid.

Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat


keputusan

Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat dan


suasana yang formal.

Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi individu

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti tinggi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi.

Kebolehpercayaan

Berkaitan dengan ketekalan pentaksiran yang dilakukan. Kebolehpercayaan pentaksiran


merujuk kepada hasil pentaksiran yang sama bagi setiap kohort murid. Terdapat pelbagai
faktor yang boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan seperti soalan yang kabur,
2

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

terlalu banyak pilihan dalam kertas soalan. Tradisinya, kebolehpercayaan pentaksiran


berasaskan kepada yang berikut;
i)
ii)
iii)

kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah membandingkan dua atau lebih
peristiwa yang berasingan.
Kesamaan bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang berbeza walaupun
kandungan ujian adalah sama.
Ketekalan dalaman : jawapan ujian tekal merentasi soalan Contohnya- jika soalan
berkaitan dengan sikap terhadap penggunaan teknologi, seharusnya ketekalan
jawapan adalah berbentuk seperti saya gembira menggunakan komputer atau
saya tidak meminati komputer
Kesahan

Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur. Contohnya, adalah tidak
sah jika menguji kemahiran memandu hanya menggunakan ujian bertulis sahaja.
Pentaksiran pemanduan akan lebih sah jika ada kombinasi ujian terhadap pemanduan
seperti melalui ujian bertulis (untuk uji pengetahuan pemanduan) dan ujian sebenar
pemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat semasa memandu)
Kesahan
pentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian mengikut kategori berikut;
i)
Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang telah ditetapkan?
ii)
Kriteria adakah skor korelat dengan ujian rujukan (contoh: adakah skor yang tinggi
terhadap ujian bacaan murid tahun 4 bertepatan dengan jangkaan kemahiran
membaca bagi tahun 5 dan seterusnya)
iii)
Konstruk adakah pentaksiran correspond dengan pembolehubah yang signifikan?
1.2 Pentaksiran dalam pendidikan khas
Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama dengan
pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang digunakan
adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atas tingkah laku
murid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk program/strategi
pengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.
Merujuk http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu laman
web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam
pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci
tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil
pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti
dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran
kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data
tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan
untuk penempatan.
Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan
merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk mempelajari setiap
3

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

mata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasai
kemahiran asas.
Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah kemahiran 3M
dan kemahiran pengurusan diri.
Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat beberapa
kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini adalah asas utama dalam
setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca,
menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan segala proses P&P dengan
berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca maklumat dan
latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-bahan pembelajaran
dan melakukan ulang kaji pelajaran dengan mudah. Selain itu, penguasaan dalam
kemahiran menulis pula membolehkan murid untuk menulis nota pelajaran dan melakukan
latihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagi
mata pelajaran yang melibatkan pengiraan tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian
mereka.
Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan diri sendiri.
Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa
bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti
membuang air. Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga
keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang
lain.
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk
berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah pendidik
merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai
kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan
sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan
persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah
dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti murid
yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang
biasa digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c)
ujian role play dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah
amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian
mereka.
Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara
masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga
membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan
orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan
orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya
mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah
diri, mengasingkan diri daripada orang lain dan menyebabkan kemurungan.
Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu
membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap
benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang
mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan
dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta
bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah
belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan
4

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

panas baran. Walau bagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkah
laku manusia akan berubah apabila mereka menjadi semakin terpelajar.
1.3

Maksud pentaksiran

Pentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi yang mana sering mengguna
pakai istilah pengukuran, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran
boleh berfokus kepada seseorang murid, komuniti sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan),
institusi atau keseluruhan sistem pendidikan.
Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk mengenal pasti
masalah dan membuat sesuatu keputusan (Salvia dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan
pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan bidang keperluan yang perlu diberi
perhatian.
Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para professional untuk
menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Jenis-jenis pentaksiran terdiri daripada yang
berikut:

Pentaksiran berterusan
Pentaksiran informal/formal
Pentaksiran portfolio
Pentaksiran subjektif/objektif
Pentaksiran penempatan
Pentaksiran diagnostik
Pentaksiran pencapaian
Pentaksiran kecekapan
Pentaksiran kemajuan
Pentaksiran formatif/sumatif

Ujian-ujian yang sering diguna dalam jenis-jenis pentaksiran di atas didefinisikan dalam
jadual berikut:

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Istilah

Maksud

Ujian standard / ujian


formal

Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya


mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosuder yang
disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh orang
lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat.

Ujian tidak formal

Ujian yan dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosuder
pentadbir yang standard.

Ujian kumpulan

Ujian yang boleh ditadbir secara sekumpulan orang.

Ujian individu

Ujian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang murid dalam satu
masa. Contohnya : WISC-III

Ujian
kurikulum

berdasarkan Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yang


digunakan di sekolah.

Ujian formatif

Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran oleh


murid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh guru. Ujian
dijalankan dengan kerap.

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Ujian sumatif

Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit


pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikan
sebagai tanda tahap pencapaian murid.

Ujian saringan

Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko


menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid, termasuk
murid normal.

Ujian diagnostik

Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci


masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik
dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.

Ujian speed

Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.

Ujian power

Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanya
item agak sukar sedikit.

Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya melaksanakan pentaksiran


tidak formal. Ia berlaku setiap hari di mana murid tidak mengetahui yang guru membuat
pemantauan kemajuan murid. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkan
penggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerja
rumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujianujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred. Pentaksiran tidak
formal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan berterusan ke atas murid yang
bermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengan
dokumen bertulis seperti ujian atau peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau
gred untuk menunjukkan pencapaian murid.
Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran.
Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk mengukur
hasil pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakala
pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna oleh guru sebagai
panduan kaedah pengajaran akan datang.
Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Ia
mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pasti
kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik di
mana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.
Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau objektif.
Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul. Pentaksiran
subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih daripada satu (atau
lebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis soalan
objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah jawapan betu;/salah, aneka pilihan,
soalan pelbagai respon dan padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian
dan esei.
Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria merupakan ujian yang digunakan secara meluas
oleh pra professional dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid bermasalah
pembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang didedahkan kepada ujian-ujian tersebut. Ini
disebabkan
ujian1.1
tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di Malaysia. Walau bagaimanapun,
Latihan
sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham apakah maksud kedua-dua ujian
tersebut
Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat
7 banding beza antara keduanya. Bagi membantu
guru, perbandingan boleh dikaji dari aspek cara pembinaan ujian, arahan dan prosedur
pentadbiran, cara penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini dalam sesi
tutorial nanti.

PKU 3106

1.3

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Proses penerimaan, perancangan dan pelaksanaan pendidikan khas

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.
Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan
jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum
untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai
dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami
pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu.
Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia, ia menekankan kepada
kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanakkanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengkembangan (developmental skills).
Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan
ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahirankemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid
dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah
laku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan,
penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia,
kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhir
kebolehan pendengaran.
Bagi tujuan penempatan, pentaksiran penempatan perlu dilakukan ke atas murid
berkeperluan khas.Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan keupayaan murid
berkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur penempatan murid
berkeperluan khas untuk menerima pendidikan khas diringkaskan dalam carta alir berikut;
mula

1
A
Sekolah biasa

2
3

B
4
5
8

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Program Pendidikan Khas

7
8
9
10
11
12
Selesai

Rajah 1

Latihan 1.3a
Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid berkeperluan khas dalam
pendidikan khas.
Huraikan secara terperinci carta alir tersebut.

Prosedur penempatan murid dalam pendidikan khas dalam rajah 1, memperlihatkan


kemahiran tinggi yang sangat diperlukan untuk membuat penilaian secara global, tepat dan
praktikal ke atas seseorang kanak-kanak. Perkembangan kemahiran tersebut memerlukan
pengetahuan yang tinggi terhadap komponen-komponen berikut;

Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat daripada


pelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak seperti rekod kemajuan
sekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan laporan guru.

Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan, sosial,


perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi kanak-kanak.

Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi, persepsi, bahasa,


kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak bagi menentukan kekuatan dan
kelemahannya.
9

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan berdasarkan


pengetahuan terhadap kriteria yang mewakili kategori-kategori.

Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program pendidikan


yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Pelaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996


iaitu Bahagian II, Pendidikan Khas yang menyatakan;
1. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang
boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi muridmurid yang berikut :
a. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti
murid biasa; dan
b. murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau
yang terencat akal yang berat.
2.

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh
suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian
Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya
mengikuti program pendidikan kebangsaan.

3.

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai


kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
pendidikan khas.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan di


bawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah
khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. Tertakluk seksyen 40.1
subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah melalui peraturan-peraturan
menetapkan;
a. tempoh pendidikan randah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan khas ;
b. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas ;
c. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan
d. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud
bab ini.
Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1 (a) tidak boleh kurang
daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang
berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan kurikulum yang ditetapkan di bawah
perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang
semunasabah praktik.
10

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Latihan 1.3b
Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan di sekolah anda. Apakah yang anda
harus lakukan ke atas murid tersebut bagi mengenal pasti status keupayaannya dalam
pengamatan.
Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid tersebut.

1.4

Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas

Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap individu yang berbeza
mempunyai keperluan yang berbeza terhadap maklumat yang diperoleh mengenai
pembelajaran. Sehubungan itu, tujuan pentaksiran boleh dikategori berdasarkan keperluan
individu seperti berikut;

Murid memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka. Oleh itu, murid
mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang telah dilakukannya dan dimana
tahap usaha yang perlu ditingkatkannya.

Guru memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi membolehkannya


untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa dan bagaimana pengajaran yang
perlu ditambahkan.

Ibu bapa memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak. Dengan itu, ibu
bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak mereka memerlukan sokongan
tambahan dalam pembelajaran.

Pentadbir sekolah memerlukan maklumat mengenai pembelajaran murid bagi


membolehkan mereka memberi sokongan tambahan kepada guru dan murid jika
diperlukan.

Pembuat dasar perlu mengetahui pencapaian murid sebagai pendekatan menguji


status pentaksiran dalam pendidikan peringkat negeri/negara. Maklumat yang diperoleh
membolehkan mereka mengetahui tahap peruntukan/program tambahan untuk tujuan
penambahbaikan.

Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan berkaitan dengan kurikulum dan
pengajaran seperti dalam rajah 2 berikut;

Pentaksira
n

Kurikulum

Pengajaran
11

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Rajah 2
Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam pembelajaran (pentaksiran)
untuk memberitahu apa yang telah mereka ajarkan (kurikulum) dan bagaimana mereka
mengajara (pengajaran).
Dalam pendidikan khas, terdapat banyak keputusan yang perlu di buat oleh guru dan
ahli profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid berkepelruan khas.
Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan
adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara
keputusan yang perlu dibuat termasuk:

Siapakah di antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan perlu
disediakan dengan pendidikan khas?
Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah kelemahankelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi dalam bidang apakah
yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang dihadapinya?
Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah kemahiran
yang perlu diajar kepada kepada murid? Apakah perkhidmatan-perkhidmatan khusus
yang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran pada
tahap yang optimum?
Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan
disediakan?
Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan
dengan sesuatu program yang baru?
Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk berehat
2.0 minum
Pelbagai
carakopi.
pengumpulan maklumat
dan
secawan
2.1 Pendahuluan
Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang mendalam
berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian yang selalu
dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

Kemahiran kognitif
o Kecerdasan
o Memori
Kemahiran motor
o Motor kasar
o Motor halus
12

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kemahiran persepsi
o Persepsi visual
o Persepsi auditori

Kemahiran akademik
o Bacan
o Tulisan
o Matematik

Kemahiran bahasa
o Bahasa eskpresif
o Bahasa reseptif

Tingkah laku
Keadaan sosio-emosi

PGSR

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspekaspek di atas akan memberi satu gambaran
yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan
pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program
intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru
yang beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali
murid di sekolah
Guru- guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat
untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Maklumat yang
diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh
didapati daripada pelbagai sumber seperti:

Rekod dan laporan berkaitan


o Latar belakang keluarga
o Kesihatan murid
o Prestasi akademik dahulu
o Minat murid

Sampel kerja
o Analisis ralat
o Kualiti kerja

Pengujian
o Ujian rujukan norma
o Ujian rujukan kriteria
o Inventori tidak formal
o Kuiz
o Probe
o Analisis tugaan

Pentaksiran portfolio
Pemerhatian
Senarai semak
Skala pengkadaran
13

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.2

PGSR

Temubual
Sumber-sumber maklumat
Rekod dan laporan

Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis
pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh para
profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh
guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada laporan-laporan tersebut
untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.

Sampel kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja
yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk
mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampel
kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang
dipelajari.

Ujian

Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkan
ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut
apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya
menunjukkan tujuannya.
Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar
boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.
Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian
yang sama.
Kuiz
: Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah
disampaikan untuk menguji sama ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.
Probe
: Jika seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh
menjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam keadaan yang
lain., dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi
dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian
yang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau
guru untuk mengumpul maklumat, khusunya berkaitan tingkah laku seseorang murid.
Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk
merekodkan hasil pemerhatian.

Temubual

Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual
ibu bapa, penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubual
sesuai digunakan untuk tujuan ini.
14

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Latihan 2.1

Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail biasanya terdapat borang yang
merekodkan butir-butir peribadi dan latar belakang murid. Kaji format borang itu dan bandingkan
dengan suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat penambahbaikan
borang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa yang telah anda lakukan dan kenapa anda
lakukan.
Rujuk juga kepada beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang diberikan
dapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda? Beri komen atau cadangan yang
bermanfaat berkaitan bagaimana laporan kesihatan/ perubatan murid boleh dibuat supaya ia akan
menjadi lebih berguna kepada guru.

Syabas dan Tahniah! Anda telah Berjaya menamatkan tajuk 1.

Anda telah mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan
minum secawan kopi.

Rujukan
Earl, L. (2003). Assessment as Learning: Using classroom assessment to maximise
student learning. Thousand Oaks, CA, Corwin Press.
Overton, T. (1992). Assessment in special education : An applied approach. New York:
MacMillan Publishing Co.
Salvia, J., & Ysseldyke,J. (2007). Assessment in special and remedial education.
Boston: Houghton Mifflin Co
Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & PeraturanPeraturan Terpilih. International Law Book Services : Kuala Lumpur.

15

You might also like