Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Raptai

Raptai merupakan persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum


persembahan atau majlis yang sebenar. Raptai diadakan bagi kebanyakan majlis rasmi
yang penting sertab melibatkan ramai orang.
Raptai diadakan supaya pihak yang terlibat tahu tugas masing-masing pada hari
majlis sebenar diadakan. Ramai pegawai yang mempunyai tugas yang tersendiri serta
banyak jawatankuasa dengan bidang kuasa yang berbeza-beza namun sama penting
dalam menentukan kelancaran majlis terlibat dalam majlis-majlis yang penting dan
besar. Justeru raptai diperlukan untuk memastikan setiap pegawai, jawatankuasa dan
unti-unti lain dapat memahami aturan tugas masing-masing bagi mengelakkan salah
laku.
Lazimnya, atur cara majlis dibuat di atas meja dalam kalangan satu jawatan
kuasa. Apa yang diaturkan dalam atur cara mungkin tidak sama dengan perjalanan
majlis yang sebenanya. Justeru dengan mengadakan raptai, para jawatankuasa dapat
melihat keberkesanan urutan majlis. Jika perjalan majlis didapati tidak lancar, maka
sempat untuk mengubahsuai atur cara semula. Kelemahan juga akan dilihat dalam
hampir semua aspek melalui raptai. Jadi, jawatankuasa mempunyai masa untuk
mengatasi setiap kelemahan yang dikesan semasa raptai. Adalah lebih baik kesilapan
dikesan dan diatasi daripada mengesannya pada majlis yang sebenar kerana hal ini
akan mengelakkan kecacatan dalam perjalanan majlis sebenar.
Sudah terang lagi bersuluh, masa ialah unsur dominan dalam majlis khususnya
dalam majlis yang mempunyai banyak bahagian atur cara. Majlis boleh jadi cacat
sekiranya pembahagian masa tidak diaturkan dengan betul. Melalui raptai, pihak
jawatankuasa dapat melihat keberkesanan masa dan pembahagian masa yang lebih
baik untuk setiap bahagian dalam atur cara. Seterusnya, atur cara hanyalah suatu
perancangan. Melalui raptai, gambaran yang tepat dapat dilihat tentang suasana
sebenar sesuatu majlis. Ini akan memberi banyak manfaat kepada pihak jawatankuasa
yang bakal mengendalikan majlis-majlis penting tersebut.

You might also like