Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bab 2

Persekitaran ekonomi dan organisasi


Pada
fasa yang diterangkan di atas menunjukkan komunikasi dan interaksi antara dua
perbezaan aliran" aktiviti, setiap satunya dengan tujuan atau motif mereka sendiri di
sebalik proses tersebut. Pihak lain terlibat bagi membantu menjayakan tujuan tersebut;
bank menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan tunai, syarikat penerbangan
menyediakan pengangkutan, hotel menyediakan penginapan untuk dua ahli perniagaan
yang akan berunding untuk suatu kontrak syarikat mereka.
Pada dasarnya, peranan-peranan yang ditentukan bagi perdagangan elektronik
adalah lebih terhad kepada persekitaran perniagaan tradisional kerana pergantungan
kepada teknologi. Terdapat satu had nilai teknologi boleh ditambah. Perdagangan akan
sentiasa berorientasikan manusia, diperlukan untuk keperluan dan keinginan manusia.
Perdagangan elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisien, transaksi-transaksi
boleh dipercayai dan menyediakan peluang-peluang untuk perniagaan baru; tetapi ia
hanya satu cara untuk satu matlamat.

Semua atau mana-mana bahagian bagi proses urus niaga boleh dilakukan secara
on-line melalui penggunaan teknologi dan rangkaian-rangkaian. Contoh penggunaan
transaksi elektronik kepada pembelian sebenar sangat banyak. Jika anda mahu
sekeping tiket kapal terbang dari London ke Singapura, anda mungkin:

Mencari penerbangan yang anda mahu melalui internet dan juga mencari
satu ejen pelancongan tempatan di mana ia boleh dibeli secara tunai.
Meminta ejen pelancongan untuk memberi satu senarai penerbanganpenerbangan, memilih satu daripadanya dan pergi ke ATM untuk
mengeluarkan wang tunai dan kembali untuk membuat pembelian.
Menghubungi beberapa syarikat penerbangan untuk mendapatkan jadual
penerbangan dan membeli tiket di lapangan terbang dengan kad kredit.
Diberi sekeping tiket oleh syarikat yang dibilkan secara bulanan untuk
perbelanjaan perjalanan dan membayar melalui EFT.

Contoh ini menjelaskan gabungan sistem-sistem dalam kehidupan sebenar.


Perkhidmatan yang dapat dilihat menghubungkan pembeli dan penjual melalui satu
perkongsian sumber maklumat dan menyediakan alat-alat untuk mencari dan
menganalisis data. Mereka membantu pembeli-pembeli menilai tawaran-tawaran
daripada pelbagai pembekal. Sistem yang tidak kelihatan" bekerja secara sulit
antara syarikat-syarikat dan ia tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara
rakan perniagaan.

Objektif
Selepas membaca bab ini anda sepatutnya:

Boleh mendefinisikan dan memberi contoh-contoh sikap oportunis (opportunistic


behaviour).
Memahami perbezaan antara pasaran-pasaran tradisi dan hierarki-hierarki.
Memahami bagaimana pasaran dan model hierarki diaplikasikan dalam
perdagangan elektronik.
Boleh mendefinisikan dan memberi contoh bagi setiap fasa bagi model transaksi
ekonomi.
Memahami hubungan antara transaksi dan aliran kerja.

Perbincangan
1. Mengaplikasikan teknologi dalam perdagangan memerlukan beberapa struktur
yang telah ditentukan (definite structure) untuk pelaksanaan". Mengapa?
2. Syarikat-syarikat boleh memilih untuk membawa mana-mana atau semua transaksi
mereka proses secara dalam talian. Jelaskan empat cara yang berbeza sesebuah
syarikat kereta mungkin menjual produknya dengan menggabungkan transaksitransaksi elektronik dan pembelian realiti (real-world purchasing).
3. Apakah perbezaan-perbezaan antara sistem pasaran dan sistem hierarki? Huraikan
satu contoh dimana suatu syarikat akan lebih memilih untuk berkerja dalam satu
hierarki. Bolehkah anda mengatakan akaun bank anda adalah satu hubungan
berhierarki?
4. Huraikan bagaimana satu syarikat menggunakan rangkaian-rangkaian untuk
menjadi lebih bersepadu. Beri tiga contoh kelebihannya. Apakah risiko-risiko yang
syarikat harus berjaga-jaga?

You might also like