Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka ia

akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju yang
kita cintai.

Kata-kata yang amat bermakna daripada pemimpin nombor satu negara Dato
Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang merupakan nadi pembentuk slogan 1
Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terima kasih pengerusi majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan, kelompok


pendidik bestari dan hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di hati.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1Malaysia berbungakan
kemesraan.
Arena pada hari ini saya warnai dengan syarahan yang bertajuk 1Malaysia,
Cintai Negara Kita

Hadirin Sekalian,
Kamus Dewan Edisi ke-4 cintai didefinisikan sebagai perasaan amat saying
kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain.

Negara pula merupakan kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu. Lalu,


saya simpulkan frasa 1Malaysia, Cintai Negara Kita iaitu semua kaum di
Malaysia menyayangi negara di bawah satu kerajaan yang memerintah.

Hadirin Hadirat Sekalian,


Bermula daripada alMarhum Tun Abdul Rahman Putra alHaj, perancangan kea rah
pembangunan semangat perpaduan sebuah negara bangsa yang dinamik telah
dirangka dan kini konsep perpaduan terus diperhalusi oleh Perdana Menteri ke-6,
Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Pemupukan semangat perpaduan yang utuh menajdi tonggak keharmonian yang


berbilang kaum di Malaysia. Hal ini dapat kita lihat dalam Misi Nasional
Kebangsaan meyatakan bahawa hubungan perpaduan yang erat dan harmoni
antara kaum merupakan penjana kemajuan negara.

Kini, Malaysia telah menjadi contoh kepada negara-negara lain. Oleh itu, warga
1Malaysia, cintailah negara perpaduan kita ini.

Hadirin yang dihormati,

Dulu, kita di sawah. Dulu kita di lading. Dulu kita nelayan kecil di lautan luas. Kini
anak Malaysia sudah sampai ke angkasa lepas. Kemajuan pelbagai kemudahan
pendidikan diberi keutamaan untuk rakyat 1Malaysia.
Institusipendidikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan ilmu
lahirlah anak bangsa Malaysia berdaya maju. Kereta nasional meluncur laju di
jalan raya, daripada kereta Proton Saga hinggalah kereta Proton Iris menembusi
pasaran antarabangsa. Inilah hasilnya, melalui pendidikan yang bertaraf dunia di
negara yang kita cintai. 1Malaysia cintailah negara kita.

Hadirin Sekalian,
Ekonomi negara terus berkembang di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-6
yang kita sanjungi. Unjuran Indek Keluaran Dalam Negara Kasar melonjak kepada
5.9% pada tahun ini. Perancangan bersepadu dengan penistiharan Wilayah
Pembangunan Iskandar melonjakkan pasaran saham negara. Sektor perubatan
dan perladangan menjadi penyumbang utama. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi
yang mampan melebarluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat semua, kerana
model ekonomi baru ialah kualiti pelaburan dan rakyat bersesuaian dengan
slogan pemimpin kita Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Taraf hidup
selesa kita nikmati bersama. Alhamdulillah. Warga 1Malaysia, cintailah negara
kita.

Rumusanya, ayuh warga bumi bertuah. Mari kita melangkah seiring berganding
bahu, bersama pemimpin kita memartabatkan konsep 1Malaysia. Cintai negara
kerana perpaduan masyarakat unggul kerana pendidikan yang bertaraf dunia dan
kerana kemantapan eknominya.

Kalau cemerlang, biar tiada tembok penghadang. Kalau gemilang biar tiada batu
penghalang. Andai terbilang, biar jangan calang-calang.

Sekian Terima Kasih.

You might also like