Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah


dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam
situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan
sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan
sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978)
mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam
otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980) berpendapat ingatan
merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi
pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses
kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu
pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan
dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari. Lupaan
merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak
penting atau tidak berguna untuk seseorang individu . Eric Erikson (1963)
JENIS-JENIS LUPAAN
Keusangan/ hilang kesan ingatan. Lupaan gangguan Lupaan terdesak.
i)

ii)

iii)

KEUSANGAN Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan


jangka panjang kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila
maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat
kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.
ii) LUPAAN GANGGUAN Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg
tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses
pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.
iii) LUPAAN TERDESAK Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi
individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan
dalam ingatan jangka panjang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN


Minat Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana
mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga
kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh
menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Perasaan takut dan bimbang Pelajar yg
berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar
oleh guru. Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan
pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas. Peredaran masa Makin lama
jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin
kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan
(memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg

lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Keusangan Persekitaran yg


berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau
pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam
ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam
persekitaran yg baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang
kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati
kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka
panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/ Pengalaman yang pahit. Individu
mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara
sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya
lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak
sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk
menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Masa yg tidak cukup untuk mengingat
Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab
soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa
yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Aras keyakinan. Aras keyakinan yg tinggi
memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan
proses lupaan. Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi
pengajarannya akan melancarkan proses p&p. Kekurangan kejelikitan kpd ingatan.
Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik
kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.
Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia
ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara
berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan. Gangguan proaktif &
gangguan retroaktif Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama
mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar
pembelajaran yang baru. Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Pelajar akan
menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu
diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/
isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan
menyebabkan lupaan.
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
i)

ii)

Belajar berlebihan Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama


dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu
dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut
galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam
perkara yang pelajar mendapati sukar.
ii) Pemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan
bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan
pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru
dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan
yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk
diingat: 100816449362516941 Oleh kerana angka di atas melebihi had
untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk

iii)

iv)

v)

vi)

mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia


merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas
merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.
iii) Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada Guru patut berusaha
untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran
yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu
diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang
lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan
disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses
ingat kembali.
iv) Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna
supaya lebih mudah diingati oleh murid. Guru boleh menggunakan alat
bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka,
seterusnya membentuk konsep yang betul.
v) Iklim pembelajaran yang kondusif. Membentuk iklim pembelajaran
yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti
pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal
memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya
mengurangkan kuantiti ingatan.
vi) Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar. Gunakan
teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa
pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan
elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta
mengurangkan ingatan mereka.

KESIMPULAN Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang


berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar
tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari
itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak
melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah
tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan
mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

You might also like