Definisi Kokurikulum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEFINISI KOKURIKULUM

Gerakerja Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
Ia bertujuan untuk
pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah
bagi menyuburkan
nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di dalam masyarakat.
Gerakerja Kokurikulum di sekolah terbahagi kepada tiga kumpulan berikut :i.

Kumpulan A : Unit Beruniform (yang bercorak memberi khidmat kepada sekolah dan
masyarakat)
ii. Kumpulan B : Persatuan dan Kelab (yang bercorak hobi, rekreasi dan pengukuhan kepada
pembelajaran mata pelajaran)
iii. Kumpulan C : Permainan dan Sukan (sukan bercorak olahraga, sukaneka, permainan dan
permainan tradisional )
MATLAMAT
i.

Melahirkan modal insan yang mempunyai perkembangan yang seimbang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
ii. Memberi pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta
perluasan pengetahuan dan pengalaman murid-murid dalam bidang tertentu.
iii. Membudayakan murid-murid mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah, memberi
kegembiraan pembinaan kesihatan serta kesejahteraan diri.
OBJEKTIF
i.

Menyemai kesedaran di kalangan murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada


Tuhan.
ii. Meningkatkan pembabitan murid dalam aktiviti Kokurikulum sama ada secara individu
mahupun kumpulan secara aktif.
iii. Membina dan meningkatkan minat serta bakat murid-murid.
iv. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid di dalam dan di antara
sekolah.
v. Mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai.
vi. Meningkatkan disiplin, amalan berjimat dan bertanggungjawab.
vii. Meningkatkan kemahiran dan semangat berpersatuan serta mencungkil dan mengasah bakat.
viii.Menarik minat masyarakat melibatkan diri dalam program Kokurikulum.
ix. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan murid-murid.
x. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.
COGAN KATA
SEIA SEKATA KECEMERLANGAN DICIPTA
SASARAN
Tahun 3, 4, 5 dan 6
100% penyertaan murid dalam Kokurikulum (Unit Beruniform, Persatuan dan Permainan)
100 % murid memakai pakaian seragam beruniform.
100% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.
Menyertai pertandingan di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

PERANCANGAN STRATEGIK

i. Melaksanakan Kursus Pengurusan Kokurikulum Berkesan kepada Guru Penasihat.


ii. Merancang dan mengadakan aktiviti yang berkesan supaya dapat menarik penyertaan dan
kehadiran murid.
iii. Mengadakan Karnival Permainan untuk memilih pemain yang akan mewakili sekolah dan
pasukan pelapis.
iv. Mengadakan latihan pasukan elit sepanjang tahun sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
v. Mengambil bahagian dalam pertandingan di zon dan negeri.
vi. Menambah alat sukan dan permainan serta memastikan ia berfungsi dan selamat digunakan.
vii. Mengadakan pertandingan atau perlawanan persahabatan di antara rumah-rumah sukan dan
sekolah-sekolah berhampiran.
viii.Menganjur atau menghadiri kursus-kursus kejurulatihan dan kepegawaian untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
ix. Melibatkan ibu bapa sebagai jurulatih, mendapatkan sumbangan kewangan, tenaga dan
sokongan moral bagi menggerakkan sesuatu program .
x. Menyediakan insentif dan pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya di dalam sesuatu
bidang.
xi. Memilih, menyediakan dan melatih pasukan pelapis.
xii. Membeli VCD/ multimedia tentang teknik sesuatu permainan dan Pertandingan Ko-akademik
untuk dipelajari oleh pemain / peserta.
xiii.Menganjurkan Karnival Bakat Ko-Akademik untuk memilih wakil-wakil sekolah dalam
pertandingan bukan sukan dan permainan.
xiv. Memberi pendedahan berlatih di gelanggang sebenar sebagai persediaan sebelum sesuatu
pertandingan.
xv. Menjalankan kempen membeli / memakai baju pakaian seragam di kalangan semua murid
dan guru.
xvi. Mengadakan pemilihan tokoh-tokoh bagi setiap unit-unit dalam pakaian seragam, permainan
dan persatuan / kelab.
xvii.
Mengadakan pertandingan lulus ujian lencana kemahiran terbanyak bagi unit-unit
beruniform.
xviii.
Menjalankan program Minggu Kokurikulum yang melibatkan pertandingan antara
unit-unit beruniform, kelab dan persatuan dan kelab sukan

You might also like