Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU

PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR


Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan
pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik
dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di
kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya
beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan
pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negaranegara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .
1. Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan
pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak
yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan
usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula
adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat
lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah
merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa
menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca
daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut
tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih
90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10%
adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang
Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia
Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan
Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai
kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk
mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu
Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk
prihatin terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk
mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal
tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah

terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan
kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16
juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan
mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan
Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar .
Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi
mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan
beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan
ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of
Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah
bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini
dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile .
Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan
dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk
mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah
terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah
ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain
kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura
sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah
mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat
merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang
digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
I.
II.

Cara mengepung dan mengumpul tumpahan


Menggunakan dispersent dan bahan kimia

III.

Pembersihan pantai

IV.

Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan
minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
I.

Lokasi tumpahan

II.

Kuantiti tumpahan

III.

Jenis tumpahan

IV.

Keadaan laut

V.

Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan
operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat
kawasan dan peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar,
melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah
peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada
negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :
I.
II.

Rancangan Kontigen Lombok - Makasar


Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore

III.

Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam

IV.

ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara
objektifnya ialah :
I.
II.
III.

Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi
menghadapi tumpahan minyak.
Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta
latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran
minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak
berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai
merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat
tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim
Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu
sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang
serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857
iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan
Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara
berleluasa. Antaranya ialah :
I.

Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan
tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.

II.

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan
dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan
pantai.

III.

Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang


berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan
mencari jalan penyelesaiannya.

IV.

semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran
akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak
terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan
Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa
menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar
adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh
agensi-agensi maritim yang lain.
2. Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan
dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik,
kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf
antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan
pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh
dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan
dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin
berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu
membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas
beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta
membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas
Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon,
66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan
bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah
bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama
pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland
menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali
ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta
dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya
analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang
kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan
penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Langkah Penyelesaian

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius
oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah
diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksidaoksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan
penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor.
Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga
98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida
kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic
Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan
kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak
tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan
penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum,
terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan
Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi
kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga
90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat
daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan
sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak
daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan
kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia
praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke
arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang
dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun
demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung
kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh
daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita
sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan
bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan
adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor
kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas
Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya
sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan
penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod
penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor
ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita
dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan
tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam
sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu
perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya
mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan
basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping
memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan
manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab
terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka
dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan
menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.
3 . Pencemaran Darat
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan,
bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi
proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan
pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat
mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula
jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati
membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan
matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan
sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang

melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan
pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasankawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan
sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan
negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta
sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak
terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina,
di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di
Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah
mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam
sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun
disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri
dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan
pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula
pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan .
Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi
peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula
menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di
kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .
1

Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan


dan pengeluaran balak yang berkekalan .

Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan


kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .

Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai


undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam
konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak
semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa
peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan
pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak

membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan
pembalakan di negara ini .

KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap,
kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai
rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita
mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas.
Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa
dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan
persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang
mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati
diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna
menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus
dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam
penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi
maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya
terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama
dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan
pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialualukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam
diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu,
undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama
tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama
dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar
yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan
kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat
untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.
sarjana.tripod.com/cemar1.htm

Isu-Isu Alam Sekitar


Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempattempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh
dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di
Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam
sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada
penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita
tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga
orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam
media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan
pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir
kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu,
penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan
fauna juga turut diberi perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat


penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak
mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam
sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan
berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini
sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan
menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah
pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama
ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara
perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak
memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan
yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut
dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan
berkesan untuk isu-isu tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana
kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu
merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala
bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan
semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut
merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat
yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan

terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia,
peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek
tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa
untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang
telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah
yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk
melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu,
pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit
wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan
menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang
telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk
penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan
tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah
cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan
antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika
Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan
itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama
bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi
pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat
itu dapat dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi
dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini
ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum.
Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi
piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar
di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih
mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang
ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran
di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang dapat
dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program
kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada
sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan
pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI
Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya
kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan
terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat
dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan
menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah.
Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi
projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih

diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat


dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan
pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai
kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau
telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan
Balik Pulau.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang
peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal
untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang
terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada
mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja
yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan
yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority
pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada
perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada
dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang
tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai
semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang
awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak
mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and
balance yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang
terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman
boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga
mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi
kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut.
Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang
berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa
berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang
besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda
Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan
pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981
pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai
Tawar dan Sungai Kangar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah
amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi
pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara
tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi
pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak
lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari
bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua
Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu
kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang
menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada

jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi


semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang
dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang
sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka
akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan
Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal
alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang
jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah
mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan
undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk
mewujudkan undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan
undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua
negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun
keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua
buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah
negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi,
agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua
Negeri Sabah atau Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di
bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh
berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan
tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and
pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang
diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan
dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang
digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber
alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta
tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika
berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan EndauRompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada
kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120
000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang
telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk

pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan


orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil
daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan
perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang
bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya
dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri
Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara
kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan
kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masingmasing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan
tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan
mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di
dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia
tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan
membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat
menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru
seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya
imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan
Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan
Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun
adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk
mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya
dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat
diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak
sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan
pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak
kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah
megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan
pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang
diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan
Malaysia Ke- 9 ).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan
Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga
mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan
alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai
undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama
dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri
masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan
kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan.

Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut
telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil
mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan
Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan
negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan
projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan
dan pengurusan alam sekitar.
MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR
(JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk
menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua
Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu
dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan
ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan
program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat
yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam
usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan
kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta
dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini
berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS
hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja,
itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang
sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses
membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatanjabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku
satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal
mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah
pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada
Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan
awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika
Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya
serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu
hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa
kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu
mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya
disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang
serius.

Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah
pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS
berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada
alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu
menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti
dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui
Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan
mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu
keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit
penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit
pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk
memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan
perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar
dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat
menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS.
Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam
pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti
tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan
menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka
melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah
kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak
mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat
daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal
ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak
kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka
mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara
ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam
menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan
tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh
membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya
membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang
pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan
agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan
Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan
Kesihatan.
MASALAH KAKITANGAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam


menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah
kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk
mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi
untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan
peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini
perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabatpejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa
masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan
mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat
dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975,
tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang
akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa
dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta
tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan
kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa
kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada
sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari
bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk
memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi
kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang
demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan
dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan
sempurna sepertimana yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti
menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air
pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan
kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30
tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah
kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam
melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai
pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi.
Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi
daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi
penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada

pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang


berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan
ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan
melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam
pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini
perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang
diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain
agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan
pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak
berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong.
Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang
dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan
jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.
Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam,
peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua
rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus
meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya
disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan
sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air
dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air.
Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia
memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini
terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat
keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap
pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50
setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal
sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada
RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur
sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam
melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa
ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan
kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa
dibelanjakan bagi tujuan ini.

Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal


berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar
dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah
adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak
kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran
terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak
mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang
terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan
pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada
pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan
sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal
pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban
kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar
harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini
sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada
kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi
jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan
peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang
ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan
seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut
melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat
menikmati alam sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah
meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang
realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata
untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat
kaitannya dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab
terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar
peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang
menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu
tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor
( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya
melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam
sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa.
Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk
menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di

dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari
Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan
bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan
berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke
tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak
Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undangundang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam
hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara
yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari
nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam
pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata.
Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam
sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan
pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas
daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk
menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam
masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin
meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan
negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang
hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar
sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam
matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk
keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan
digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar
diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan
masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula
hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam
sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam
sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa
iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan
persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang
betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana
kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan
Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam
pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam
sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan
berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.

Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa


lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang
menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya
kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan.
Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam
menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil
adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan
menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam
waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam
seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius
kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak
dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar.
Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan
tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang
kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai
yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga
tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang
kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan
ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan,
tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai.
Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang
menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada
data atau kes mengenainya yang diketahui umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan
penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan
alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas
mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguhsungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan
mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang
dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan
masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak
pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan
menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .
KESIMPULAN
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan
alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani

masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan


sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan
kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini
dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang
baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih
peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan
kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul.
Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti
melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan
melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang
dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara
sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun
masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap
yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul.
Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan
semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend
kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar,
tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga
yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya
percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan
kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan
alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.
http://www.agc.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alamsekitar&catid=71:admin%20ag&lang=en
Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di duniapada masa
kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaranalam sekitar ialah
terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari inisemakin berterusan dari
semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitarmemberi kesan buruk.Pencemaran
udara memberi kesan yang sangatburuk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan
mengalami kerosakandengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna),
dan perubahanpertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah
mengalamikerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam
dankentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan
inimenyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdi

bumi juga terganggu.Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.Haiwan

haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempattinggal
mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akanmenghadapi
kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udaraoleh kenderaan
akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal inimenyebabkan haiwan-haiwan
kehilangan nyawa kerana bahan

bahan toksid di udara ini telahdiserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya,
gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungihidupan di
bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atauCFC yang
digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejukmenipiskan lapisan ozon
ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai kebumi. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yangamat berbahaya kepada manusia
dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik jugamenyebabkan berlakunya pencairaan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi danmenyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.Seterusnya, pencemaran udara jugamenyebabkan terbentuknya
Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfurdioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida(SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wapair yang terdapat di atmosfera dan seterusnya
menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid initerkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat- tempat lain dan membawa asid-

asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yangterdapat
di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga bolehmenghakis
pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresapke dalam tanah
dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.Selain itu,kesan yang
paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruhwarga dunia pada masa kini adalah
kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesanrumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon menjadi punca kepadapemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh
seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumidisebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida
yang terkumpul di dalam udara. Gaskarbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnyasuhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan
ozon juga adalahfaktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan
keadaan bumimenjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadianalam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia
telahbanyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku

jugasedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti
udara.Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangupersekitaran
dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaranbunyi akan
menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupanmanusia serta
kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah kehabitat baru yang lebih
senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbanganekosistem.

http://www.academia.edu/5805007/Kesan_Pencemaran_Alam_Sekitar_1
negara. Di samping itu, pertumbuhan bandar baru juga turut berlaku di kawasan pedalaman danterpencil yang
dilihat mampu berkembang selain untuk menampung populasi penduduk yangsemakin tinggi di kawasan bandar
raya atau pusat bandar.Kemajuan teknologi juga menuntutkepada kewujudan kawasan perindustrian untuk
dibangunkan kilang-kilang. Dalam usaha untukmewujudkan kawasan berkenaan, dalam sedar atau tidak, banyak
hutan terpaksa ditarah dandikorbankan yang pada akhirnya menyebabkan berlakunya pemanasan global dan
perubahaniklim kerana banyaknya pelepasan gas rumah hijau di kawasan bandar.
Kesimpulan
Globalisasi yang merangkumi perkembangan sains dan teknologi telah memberi kesanyang negatif kepada
alam sekitar secara keseluruhannya. Masyarakat manusia berada dalamsuatu keadan yang mana manusia berada
dalam keadaan berisiko dan hampir kepada kehancuran.Manusia menghadapi suatu keadaan yang sukar dan
terpaksa bergelut dalam mempertahankanhabitat mereka iaitu bumi. Disebabkan terlalu banyaknya pembangunan
tanpa adanya kesedaranterhadap pentingnya keseimbangan alam sekitar, maka mengahadapi saat kehancuran
bumidisebabkab oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.Antara isu alam sekitar yang sangat ditakuti pada masa
kini ialah pemanasan global danperubahan iklim yang mengakibatkan bumi tidak berada dalam keadaan kitaran
yang sepatutnyauntuk terus stabil. Pelbagai kesan yang perlu dihadapi dari pemanasan global dab perubahaniklim
ini. Atas kesedaran itu Kyoto Protocol dan beberapa siri konferen diadakan untukmencapai kesepakatan
mengurangkan masalah alam sekitar, seluruh dunia mengambiltanggungjawab serta komitmen dalam
menstabilkan alam sekitar sebagai masalah global
http://www.academia.edu/13820856/Pemanasan_Global_dan_Perubahan_Ikli
m_Risiko_masyarakat_manusia_dan_kesan_kepada_manusia

Kesihatan manusia terjamin.


Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran
alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai
penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan
udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya
akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan
proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan
mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas
dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai
penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia
terjamin.
Tarikan pelancong asing.
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri
pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong
dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi
baru bagi sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari dalam dan
luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluangpeluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara
maju,terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk
pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan seoul di korea
selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan
untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini
dapat member pulangan kepada negara.
Pembekalan udara yang segar.
Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang
selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan
keceriaan kepada masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak
pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik pembekalan udara
yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran udara akan
berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam
bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga
bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat
penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.

You might also like