Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, saya melafazkan penuh rasa kesyukuran


terhadap Allah s.w.t yang telah mengurniakan kekuatan fizikal dan mental kepada hambaNya
dalam menyiapkan kerja kursus Pembelajaran Berasaskan Projek (SJH 3073) pada tarikh
yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah pembimbing saya iaitu Hajah Anisah Binti Harun kerana banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya sehingga melahirkan impak yang positif dalam menyiapkan setiap helaian
kerja kursus untuk mencapai objektif yang ditetapkan ini. Tanpa dorongan dan bantuan dari
beliau yang sanggup bersusah payah mengilhamkan idea-idea yang sangat bernas dan
memeriksa kolaborasi samada perbincangan sewaktu proses kuliah.

Selain itu tidak lupa juga pihak kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak
memberi dorongan untuk saya belajar bersungguh-sungguh bagi merealisasikan cita-cita
untuk menjadi pendidik pada masa akan datang serta memberi sokongan moral supaya tidak
berputus asa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail kerana telah
menyediakan kemudahan-kemudahan untuk mencari sumber-sumber rujukan seperti
kemudahan perpustakaan Ibnu Sina dan kemudahan melayari laman sesawang secara
percuma.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jutaan terima kasih juga
kepada rakan seperjuangan yang sentiasa membantu saya dan memberi pendapat serta
dorongan yang berterusan dalam proses memberi tunjuk ajar serta perkongsian ilmu
mengenai topik ini semasa saya ketandusan idea untuk menyiapkannya.

Sekian,terima kasih.

You might also like