Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan Projek
1.1 Tajuk
Tajuk bagi projek ini adalah Fleksi Netfan
1.2 Latar Belakang
Kumpulan inovasi SK Nanga Pakan terdiri daripada 12 orang murid dan 2 orang guru
pembimbing bagi membantu penghasilan projek inovasi . Setelah mengadakan mesyuarat
kumpulan , kami telah sepakat ingin menghasilkan projek inovasi Fleksi Netfan dengan
menggunakan barang terpakai.
1.3 Objektif

Melahirkan murid
yang mampu berfikir
secara kreatif dan
kritis.

Menghasilkan satu
bahan / inovasi yang
menggunakan punca
kuasa selain punca
kuasa elektrik.

Mendidik murid
supaya mengamalkan
sikap mesra alam
melalui aktiviti
menggunakan bahan
kitar semula .

1.4 Kos Projek


Bil
1.
2.
3.
4.

Butiran
Selotep
Syelek
Kertas pasir
Dawai plastik

Kuantiti

Kos seunit

RM

2
1
5
1

(RM)
RM 2.50
RM 7
RM 1
RM 10

RM 5
RM 7
RM 5
RM 10

Kos bagi menghasilkan projek ini adalah sebanyak RM 27 . Manakala bagi bahan lain
kami banyak menggunakan bahan terpakai bagi menjimatkan kos serta lebih mesra alam .

2.0 Pernyataan Masalah


2.1 Permasalahan
Masalah Pertama
Kawasan sekolah kami agak terpinggir dari kawasan bandar dan sering keputusan
bekalan elektrik . Sekiranya terjadi keputusan bekalan elektrik , pihak berwajib
mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan masalah ini kerana kawasan kami
agak jauh dari bandar .
Masalah Kedua
Kos bagi sebuah kipas agak mahal sekiranya kita membeli di kedai . Selain itu ,saiz bagi
kipas biasa agak besar dan sukar untuk dibawa jadi hal ini agak menyukarkan kami
sekiranya ingin membawanya ke tempat lain .

2.2 Analisis Permasalahan

Berdasarkan masalah yang dialami ini , kami telah berbincang di dalam kumpulan
tentang faktor masalah dan projek inovasi yang sesuai dilaksanakan bagi mengatasi
permasalahan ini . Faktor bagi masalah ini ialah dari segi punca kuasa , kos kipas sebenar
serta saiz kipas yang agak besar .
Oleh itu , kami telah berbincang mengenai punca kuasa yang sesuai bagi
menggantikan kuasa elektrik serta bagaimana menghasilkan projek yang tidak memakan
kos yang tinggi serta mudah dibawa ke mana sahaja .
2.3 Kaedah dan teknik pemilihan masalah
Mind mapping
Kami telah menggunakan teknik mind mapping bagi membincangkan projek inovasi
ini.Teknik ini dilakukan dengan menulis atau melukis kesemuanya dalam satu kertas.
Kami akan menambah sekiranya terdapat penambahbaikan di dalam projek ini .
Think Out of the box
Kami juga berbincang dengan berfikir di luar kotak tentang bagaimana untuk mencari
punca kuasa yang boleh menggantikan kuasa elektrik . Ahli dalam kami sering bertukar
pendapat punca kuasa yang sesuai dan mesra alam dan kami telah memilih punca kuasa
magnet bagi menghasilkan projek inovasi ini.
2.4 Rasional Pemilihan Projek
Rasional kami memilih projek ini sebagai inovasi kami adalah kerana kawasan
sekolah kami sering terputus bekalan elektrik dan ini menyebabkan kami sering
kepanasan kerana kipas tidak dapat berfungsi . Sebagai jalan alternatif bagi mengatasi
masalah ini , kami telah menghasilkan Fleksi Netfan di mana kipas ini menggunakan
kuasa magnet bagi mengerakannya bagi menggantikan kuasa elektrik . Dari aspek ini
kami dapat menghasilkan inovasi yang mesra alam
Selain itu kami juga berpendapat sekiranya menggunakan bahan buangan yang
tidak diguna pakai seperti bilah kipas yang sudah rosak ia dapat menjimatkan banyak kos

berbanding membeli kipas baru . Ini sekaligus dapat membuat kami lebih menghargai
barang terpakai .

2.5 Pernyataan Masalah


Semasa menjalankan projek inovasi ini kami telah menghadapi beberapa masalah bagi
menyiapkan inovasi ini . Antaranya ialah :
1) Sukar untuk mencari bahan mentah seperti magnet
Kami sukar untuk mencari magnet yang yang mempunyai kuasa daya tarikan yang kuat .
Pada mulanya kami hanya menggunakan magnet yang berada di makmal sains tetapi
daya tarikan magnet itu sangat lemah . Mujurlah kami mendapat idea menggunakan
magnet yang berada di radio lama yang masih baik keadaanya.
2) Saiz bongkah yang agak besar
Pada permulaan inovasi ini kami telah menggunakan bongkah kayu yang agak besar . Hal
ini merumitkan kami membawa bongkah kayu kerana ianya besar dan agak berat .
Setelah berbincang dalam kumpulan kami sepakat menjadikannya lebih kecil agar ia
mudah dibawa dan lebih ringan .

5.0 Kesimpulan
Projek inovasi ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kami tentang
inovasi. Dalam proses penghasilan projek ini, pelajar didedahkan supaya bersifat kreatif,
inovatif dan berdikari untuk menghasilkan produk yang pelbagai guna dan membawa
kemajuan kepada kehidupan sehari-hari. Melalui projek ini juga ia dapat memupuk sikap
mesra alam kepada pelajar agar lebih menghargai barang terpakai .
Kesimpulannya , projek yang baik haruslah mempunyai keboleh-harapan yang tinggi,
mudah digunakan dan kos yang berpatutan supaya dapat diterima oleh para pengguna.
Projek ini telah mencapai aspek-aspek yang telah dikemukakan dan ia berpotensi untuk
menjadi alatan yang popular dikalangan masyarakat sekarang.

You might also like