Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

SJKC BATANG KALI


Kampung Bukit Chandang
44300 Batang Kali, Selangor
MINIT MESYUARAT PROGRAM LINUS 2.0
BILANGAN 1 TAHUN 2016
Tarikh

: 29 Disember 2015

Masa

: 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat

: Bilik Mesyuarat SJKC Batang Kali

Kehadiran :
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19

Nama
Pn Tan Sieu Jon
Pn Tan Bee Gee
Pn Jau Suu Ying
Pn Wong Ley Ming
Pn Ker Kia Sing
En Chin Chee Hong
En Mat Ariffin
En Koh Chee Choi
Pn Shamsuria Sabtu
Pn Seah Siew Thoo
Pn Jenny Law Fui Let
Pn Ng Poh Khim
Cik Chiew Fui Chooi
Pn Lim Siew Lee
Pn Nur Anati Azizan
Pn Low Kang Ting
Pn Gan Li Lim
Cik Law Siew Lian
Pn Chiang See Ying

Tidak Hadir (Bersebab)


Bi
Nama
l
1
2
3
Urus Setia Mesyuarat :
1. Nur Anati Binti Azizan
1

Jawatan
Guru Besar
GPK 1
GPK HEM
Penolong LBM
Penolong LBI
Penolong Numerasi
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Guru Kaunseling
Guru Prasekolah
Guru Data
AJK
AJK
Penyelaras LINUS
AJK
AJK
AJK
AJK

Sebab

Penyelaras Program LINUS

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran
guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa LINUS untuk mesyuarat kali
pertama bagi tahun 2015

1.2

Mesyuarat ini bertujuan untuk menubuhkan ahli jawatankuasa LINUS bagi sesi
2016 serta membincangkan perancangan program / aktiviti LINUS sepanjang
tahun 2016 dapat meningkatkan prestasi sekolah dalam LINUS 2.0

1.3

Harapan pengerusi mesyuarat agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
komitmen daripada setiap guru serta pihak pentadbir.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Majlis sebulat suara mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang
pindaan.
Cadangan : Wong Ley Ming
Sokongan : Low Kang Ting

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1

Rancangan Pengajaran Harian LINUS


- Satu format penulisan rancangan pengajaran harian telah disediakan
kepada para guru.
- Format rancangan pengajaran harian LINUS telah diselaraskan bagi
semua mata pelajaran LINUS. Perkara ini memudahkan para guru dalam
penulisan rancangan pengajaran harian.
- Rancangan pengajaran harian tersebut akan diemailkan kepada semua
guru LINUS.
- Rujuk Lampiran 1 untuk format rancangan pengajaran harian terkini.
Tindakan: Penyelaras LINUS

3.2

Pengajaran Dan Pembelajaran LINUS Bagi Murid Tahun 2 Dan 3


- Pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid LINUS Tahun 2 dan 3
bermula pada minggu ketiga persekolahan.
- Guru-guru boleh menyambung penggunaan modul LINUS pada tahun
lepas sekiranya belum dihabiskan.
- Bagi murid yang telah habis penggunaan modulnya, guru boleh
mengambil modul yang baharu pada penyelaras LINUS.
Tindakan: Semua Guru LINUS

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN


4.1 Penubuhan Ahli Jawatankuasa Program LINUS 2016 seperti berikut:
- Rujuk Lampiran 2 untuk Ahli Jawatankuasa Program LINUS 2016
Makluman : Semua Guru LINUS
4.2

Laporan Prestasi Saringan 2 2015 Bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi


Bahasa Inggeris Dan Numerasi
- Laporan prestasi bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris
adalah berdasarkan pada ujian saringan 2 yang dijalankan pada bulan
Oktober 2015.
- Rujuk Lampiran 3 bagi maklumat keputusan saringan 2 2015.
Makluman : Semua Guru LINUS

4.3

Senarai Nama Murid LINUS Tahun 2016


- Rujuk Lampiran 4 untuk senarai nama murid LINUS Tahun 2016

Makluman : Semua Guru LINUS


4.4

Perancangan Tahunan Program LINUS 2016


1) Mesyuarat Ahli Jawatankuasa LINUS
2) Taklimat Saringan 1 LINUS Membaca Dan Bertulis Bagi Literasi Bahasa
Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris Dan Numerasi
3) Taklimat Saringan 2 LINUS Membaca Dan Bertulis Bagi Literasi Bahasa
Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris Dan Numerasi
4) Saringan 1 LINUS Membaca Dan Bertulis Bagi Literasi Bahasa Malaysia,
Literasi Bahasa Inggeris Dan Numerasi
5) Saringan 2 LINUS Membaca Dan Bertulis Bagi Literasi Bahasa Malaysia,
Literasi Bahasa Inggeris Dan Numerasi
6) Program Anakku Sayang (Mentor Mentee)
7) Kem LINUS
8) Kelas Tambahan Bimbingan Khas
9) Latihan Dalaman Perkhidmatan Peringkat Sekolah
10) Pemantauan PPD / Sekolah
11) Program Jelajah LINUS (Perjumpaan Dengan Ibu Bapa Murid LINUS)
12) Laluan LINUS
Makluman : Semua Guru LINUS

HAL-HAL LAIN
5.1 Sudut LINUS
- Sudut LINUS telah berubah kedudukan. Kini Sudut LINUS berada di tepi
sebelah kiri pintu masuk di bilik guru.
- Segala maklumat berkenaan dengan Program LINUS akan dipaparkan di
Sudut LINUS.
- Bagi sudut LINUS di dalam kelas pula, semua guru LINUS diminta
menyediakan bahan yang bersesuaian dan paparkan di sudut LINUS di
kelas masing-masing.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru LINUS
5.2

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Menarik


- Semua guru yang mengajar kelas LINUS, dinasihatkan menjalankan
pengajaran dan pembelajaran LINUS dengan lebih menarik dan berkesan.
- Penyediaan bahan bantu belajar yang berbagai perlu digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran murid-murid.
- Semua guru diingatkan supaya sentiasa menggunakan modul sebagai
bahan rujukan pengajaran dan penulisan rancangan pengajaran harian
LINUS.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru LINUS

5.3

Fail-Fail LINUS
- Penyelaras LINUS dan semua penolong penyelaras Literasi Bahasa
Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi perlu bekerjasama
mengemaskini fail-fail LINUS seperti berikut:
1) Fail Induk
2) Fail Pengurusan Am
3) Fail Literasi Bahasa Malaysia
4) Fail Numerasi
5) Fail Literasi Bahasa Inggeris
6) Fail Konsep
Tindakan: Penyelaras LINUS dan Penolong Penyelaras

6
.

PENUTUP
6.1

Guru Besar berharap program-program yang dirancang bagi tahun 2016 dapat berjalan
dengan lancar supaya murid-murid LINUS dapat dikurangkan.
Makluman : Semua Guru LINUS

6.2

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Urus Setia
Nur Anati Binti Azizan
Penyelaras LINUS
SJKC Batang Kali
Tarikh : 31 Disember 2015

You might also like