Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Kuliah 1
Semantik dalam Bahasa Melayu
Semantik dan Makna
Semantik dalam bahasa Inggeris ialah semantics Istilah ini mula diperkenalkan dalam
kertas kerja yang bertajuk Reflected meanings: a point of semantics (Makna yang
dibayangkan dari sudut semantik) pada tahun 1894. Semantik merupakan satu bidang
ilmu yang mempelajari tentang makna. Dalam bidang linguistik semantik ialah ilmu
mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Berasal dari bahasa Yunani sema
maksudnya tanda/lambang. Semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang
menyelidiki paduan tanda-tanda/lambang-lambang yang menghasilkan bahasa serta
ertinya.
Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan
daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah
dan antropologi. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956)
memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik,
pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.
Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan
apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan
daripada pendengar.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik
merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang
membawa maksud "erti yang penting".
Konsep dan Makna
Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen,
iaitu kata (sama dalam bentuk bunyi atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak
yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan (benda konkrit yang dirujuk). Setiap kata (tanda
linguistik) mengandungi dua unsur, iaitu yang diertikan (signified) dan yang mengertikan
(signifier).

Bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu


linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa
menurut R.H. Robbins (1952) ialah kajian makna merupakan salah satu bahagian yang
penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokoh-tokoh yang mengemukakan
pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam
sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan penyataan dua tokoh di atas, makna merupakan
perkara yang sangat penting. Sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis
ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurna pembacaan
tersebut. Dalam bidang linguistik, semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna
atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna ialah
satu bidang yang sangat luas, iaitu mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi
bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat
beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna
leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan
seumpamanya.
Jenis-Jenis Makna
1

Makna Konseptual

Makna konseptual merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam
bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran,
atau pun membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini
bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan
sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal
demikian pemahaman konsep sangat mustahak. Makna konsep ini mencakupi
komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer,
1990). Menurut Leech (1974), pula, dalam makna konseptual, konsep merupakan
sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi
linguistik. Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep ialah sesuatu yang
menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran.
Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza
seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu Segi Tiga
Semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh

sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling
atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba
lihat contoh perkataan iaitu wanita dan juga perempuan. Sekiranya dilihat secara
rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang
yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan
konsep itu dengan berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip
struktur konstituen.contohnya, konotasi antara wanita dan juga perempuan adalah
berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita
bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar kata wanita itu kepada perempuan
ianya akan menjadi perempuan dewasa, perempuan solehah, perempuan bekerjaya.
Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan
menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya.
Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui
pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman
pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah
melalui pembahagian tiga tahap, iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur,
tindakan yang pertama ialah mengekod makna apa yang hendak dilafazkan melalui
ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses
inproses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi.
Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu lakukan ialah menetapkan
reprentasi Fonologi dan juga reprentasi Sintaksis dan juga reprentasi Semantik.
Representasi yang sering diperkatakan ini bermaksud sesuatu yang melambangkan,
menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau
penyataan (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada
manusia untuk mentakrif, memahami, memutuskan buah fikiran. Tanpa konsep, kita
tidak mungkin berupaya untuk mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar.
Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi
penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut
makna gramatikal (Kushartanti et. al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan
makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang
sesuai dengan referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir

sebagi akibat berlakunya proses gramatikal. Contohnya seperti pengimbuhan,


penggandaan, dan pemajmukan. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentukbentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal
dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et. al., 2005).
2.

Makna Konotatif

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Nilai rasa yang
dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004).
Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak akan
memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna
denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang
berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai
nilai rasa yang tinggi. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga
lelaki. Jantan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa
yang tinggi. Bagi masyarakat yang beragama islam pula, nilai rasa mereka berbeza
dengan interprentasi masyarakat yang bukan beragama islam.
Bagi umat islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Tetapi bagi
mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang paling sedap.
Selain itu, makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk
kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada asalnya
membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian mengasingkan atau
memencilkan diri kerana menenagkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi
pada hari ini, maksud perkataan tersebut telah mengalaami perubahan makna yang
membawa maksud pengaingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau
tersembunyi oleh lelaki dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami
isteri sehingga dianggap sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan,
2004).
Makna konotatif ini tidak begitu spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi
bersama sistem konunikatif seperti seni visual dan juga muzik. Contohnya barangan
atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.
Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi
menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau

orang yang meninba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat yang
timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif
sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus,
sedap didengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh
masyarakat Melayu. Sebagai contohnya perkataan kudapan digunakan untuk
menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudapkudap sahaja. Makna denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna
afektif.
Semantik dan Linguistik
Semantik satu komponen dalam linguistik sama taraf dengan fonetik dan tatabahasa.
Ferdinand de Saussure merujuk makna dalam komunikasi bahasa sebagai penanda
dan petanda.
Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik merupakan
cabang linguistik yang berperanan untuk meneliti makna kata, bagaimana asal
mulanya, bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan
makna dalam sejarah bahasa.
Kata semantik bidang linguistik bermaksud mempelajari hubungan antara tanda-tanda
linguistik dengan hal-hal yang ditandainya dan mempelajari makna atau erti dalam
bahasa.
Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa.
a)

makna dan simbol

b)

pemberian makna kepada setiap simbol

c)

abstrak dan konkrit

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai
makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza daripada
pekebun dan pengebun dalam proses pengimbuhan. Kata kebun bermaksud tanah
yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus
kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat
kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza

dengan lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut.
Dalam proses pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza
apabila membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan
sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut
digabungkan.
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik
sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti
bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada
sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa
atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika
tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan
tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat
dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak
boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang,
sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut
susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah
taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

Semantik dan Sejarah


Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah
bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah,
menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud
berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya
kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang
bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi
tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi
mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan
penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

Semantik dan Pragmatik


Semantik dan pragmatik ialah gambaran akal dan rujukan bagi simbol yang boleh terdiri
daripada pelbagai jenis, seperti warna, bentuk gerak geri bunyi bahasa Rujukan ialah
proses memperoleh dan memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks
tentang alan persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dan alam fizikal.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 2
Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
Sifat Makna
1.

Makna ialah satu set perhubungan


Simbol lisan merupakan suatu lambing. Makna symbol lisan ialah cirri hakiki
sesuatu kata. Contohnya makna kata meja ialah perhubungan lambang kepada

2.

benda yang dinamai meja.


Makna sebagai pembeza (set pertentangan makna)
Contohnya makna perkataan ayah berbeza dengan makna kata ibu dari segi
jantina manakala makna kata ayah berbeza dengan makna kata datuk dari
aspek generasi.
Makna sebagai pembeza merujuk komponen semantik. Makna dapat dibezakan
melalui ryjukan tertentu. Ungkapan kata yang berlainan mungkin digunakan
untuk merujuk objek yang sama tetapi bukan bermakna ungkapan itu
mempunyai makna yang sama.
Contohnya ungkapan bintang pagi dan bintang malam gelaran untuk planet
Zurah tetapi dua ugkapan ini tidak mempunyai makna yang sama.
Contoh lain - Pakcik saya, Encik Rosli seorang pegawai pemasaran dan tinggal
di Petaling Jaya. Rujukan sama tetapi makna ungkapan berbeza.

Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis bermaksud makna mempunyai


kemungkinan untuk berubah. Evolusi bermakna makna boleh berkembang dari semasa
ke semasa.
Ciri yang menentukan sesuatu makna:
1.

Pilihan - ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian, Jika tidak

2.

ungkapan tersebut tidak bermakna.


Budaya - budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana
hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur

3.

secara betul melalui konteks budaya.


Konteks - makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan

4.

penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu.


Makna dalam peribahasa - makna dalam peribahasa (kiasan/simpulan
bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada
makna asal.

Faktor Perubahan Sifat Makna


1.
2.
3.
4.
5.

Perkembangan bahasa itu sendiri.


Tanggapan penutur
Peluasan makna
Pembatasan/penyempitan makna
Tujuan simbolik dan stilistik

Kelas Makna
1.

Makna denotasi - makna tersurat. Contoh: tangan, muka, hidung semuanya

2.
3.

anggota badan.
Makna konotasi - makna tersirat. Contoh: bunga kemboja makna kematian.
Makna emotif - makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada hal yang

4.

didengar. Contoh: Panggilan Hei, lembu!


Makna kognitif - makna yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

5.
6.

Contoh: pohon ialah tumbuhan yang ada batang, daun, kukuh dan tinggi.
Makna referensi - makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara
Makna piktorikal - makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur
mengikut kefahaman masing-masing.

Lewah dalam Makna


Lewah bererti penggunaan kata atau gabungan kata yang berlebihan dengan makna
kata. Contohnya: mereka semua. kasut boot, papa kedana, demi untuk
Faktor berlaku lewah dalam makna:
1.

Pengulangan. Contoh: mereka-mereka, ibu bapa-ibu bapa

2.

Penambahan imbuhan yang tidak diperlukan. Contoh: memperbesarkan sepatutnya

memperbesar, dipersetujui - sepatutnya disetujui, diperhalusi -

sepatutnya dihalusi
3.

Penggunaan kata sendi yang berturut-turut - demi untuk, selain daripada itu

Kelewahan ialah hal atau keadaan yang berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara,
hal, dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang tidak perlu digunakan
dalam ayat.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 3
Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang
sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti ,
misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar,
ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam

bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti
bahasa Melayu.
Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di
sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang
tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di
perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising,
bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang
hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau
mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras
sosial, dan kolokasi.
1.

Sinonim Pinjaman
Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau
bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam
dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah
timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

2.

Sinonim Konteks
Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol.
Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam
konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama
makna.

3.

Sinonim Laras Sosial


Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya
penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status
yang tinggi dalam profesionalisme seni.

4.

Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya
perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat,
Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang

gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.


Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuhtumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna
apabila digunakan tanpa kata sifat.
Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna
yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan,
misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi
lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak
semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh
tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan
pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun
mati bermaksud tidak hidup.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
a.

Antonim pasangan komplemen

b.

Antonim hubungan darjah

c.

Antonim hubungan bertentangan

1.

Antonim pasangan komplemen


Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan
yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga,
hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembirasedih dan sebagainya.
Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup,
tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim
jenis ini.
2. Antonim hubungan darjah
Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah
seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurusgemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini
mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh,

sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu
secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.
Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan
darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga
perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya
jika merujuk kepada kereta biasa.
3.

Antonim hubungan bertentangan


Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.
Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa
makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja
dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima
barang itu.
Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai
contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata
umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
Homonim (Homograf, Homofon)
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan
yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan
tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala
yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api.
kepada manusia dan kepala surat.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika
tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai
sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

Homonim mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak
makna seperti gugur, bunga, dingin]
Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna
[ semak, rendang, perang ]
Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya
Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada
secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau
frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada
masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita
tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit
sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan
untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang
dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan
konteks penggunaan.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 4
Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka segala yang diujarkan atau yang ditulis tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu

yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.
Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu
makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Untuk membentuk suatu ayat, perkataan
hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung pada makna
perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.
Makna ayat dapat dilihat berdasarkan struktur dalaman. Untuk melihat hubungan antara
struktur sintaksis dengan struktur semantik perlu diteliti beberapa perkara seperti
tafsiran ayat. Terdapat satu pandangan yang berkait rapat dengan teori sintaksis
standard oleh Chomsky pada tahun 1965. Chomsky mula menggunakan istilah struktur
dalaman pada tahun 1965. Beliau berpendapat bahawa tatabahasa perlu ditulis jika
tatabahasa itu menjanakan atau memerikan seperangkat ayat yang tidak terhingga
yang membentuk satu-satu bahasa dengan bersandarkan satu pemerian struktur
sintaksis ayat tersebut. Struktur dalaman penting untuk membicarakan hubungan
antara sintaksis dengan semantik. Bahasa mempunyai struktur yang berperingkatperingkat dan dite5rapkan dalam bentuk rumus. Dalam tatabahasa transformasi disebut
sebagai rumus struktur frasa oleh Chomsky.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa hanya ayat penyata yang dikatakan
mempunyai makna kerana ayat penyata menceritakan peristiwa itu sama ada benar
atau palsu. Ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa makna dilihat dari sudut perkara
yang dilakukan penutur dengan ayat tersebut dan andaian yang dimiliki sewaktu
penutur melakukan ucapan itu.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga
makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa
makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis
memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak
menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh
dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
1. Makna denotatif/tersurat

Makna yang tersurat/makna umum/makna leksikal/ makna kamus makna yang sesuai
dengan rujukan/pemerhatian alat indera/ makna yang nyata

Contoh:
Bunga yang cantik itu ditanam oleh Rozi.
Bunga dalam ayat itu bermaksud sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di air
atau di darat.
2.

Makna konotatif

Makna tersirat atau bukan literal/tersurat

Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur berdasarkan konteks)


Contoh:
Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di taman, kata Mak Timah.
Bunga dalam ayat tersebut Anaka dara yang belum berpunya.

3.

Makna afektif

Muncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata

Kebalikan daripada yang disebutkan


Contoh:
Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya makna afektif orang yang
mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

4.

Makna emotif
Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Perkataan meninggal dunia,
mangkat, wafat, mampus, kojol makna emotif
Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati

5.

Makna luas
Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan lebih luas daripada makna

sebenar.

Contoh : Sekolah institusi pengajian tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu.

Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti Guru Besar, guru, bilik

darjah dan murid.


6.

Makna sempit

Makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.


Contoh :
Jari budak itu berdarah terkena pisau.

Hanya anggota jari sahaja yang kena, bukan pada seluruh anggota.
7.

Makna gaya

Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.
Contoh:
Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan
dialek Kedah dalam penulisannya.

8.

Makna tekanan

Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran

Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut.


Contoh:
Amira MELAHIRKAN bayi perempuan.
Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.

Kerangka Generatif Chomsky


Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat
dari struktur dalaman adalah sama, iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah
mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif, iaitu kemampuan
berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa
ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.
Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam
bentuk rumus-rumus.
Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan
bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, struktur
dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara
menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud
daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya
lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran
penuturnya. Ayat diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 5
Semantik ialah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia
mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian. Semakin
banyak

kata

dikuasai

oleh

seseorang,

semakin

banyak

idea

yang

mampu

diungkapkannya sama ada yang tersirat mahupun yang tersurat.


Perkataan semantik sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu sema
yang bermaksud menunjukkan sesuatu sign sebagai satu istilah yang khusus bagi
salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna. Perkataan ini mula
digunakan oleh Michel Breal seorang ahli Filologi Perancis pada tahun 1883.
Menurut John Lyons (1993) bidang semantik akhirnya menjadi panduan yang
praktik yang dapat dilihat, terutamanya dalam bidang perkamusan dan peristilahan
sepanjang zaman bukan sahaja di Barat bahkan juga di seluruh dunia yang mengkaji
bahasa. Sungguhpun begitu, bidang kajian semantik ini agak diabaikan dalam kajian
linguistik moden disebabkan oleh perasaan sangsi sama ada makna itu boleh dikaji
secara objektif atau tidak.
Richards et al. (1989) berpendapat bahawa semantik ialah kajian tentang makna,
iaitu apa yang diekspresikan oleh sesuatu bahasa mengenai dunia yang menjadi
tempat kita hidup ataupun dunia lain ataupun dunia imaginasi, yang merujuk kepada
analisis terhadap kata, frasa, atau ayat.
Perubahan Semantik

Bidang semantik jika dikaitkan dengan bidang yang lain, akan membawa pengertian
yang berbeza-beza. Sebagai contoh, dalam bidang linguistik, semantik dianggap
sebagai kajian tentang makna dalam bahasa manakala dalam bidang logik (mantiq),
semantik dianggap sebagai rujukan linguistik atau denotasi dalam bahasa. Bidangbidang lain pula, seperti falsafah, psikologi, dan sains komputer, kerap meninjau
pengertian daripada kedua-dua makna.
Pengembangan/Peluasan Makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan boleh meluaskan,
menyempitkan juga mengubah makna sesuatu kata.
Menurut Chaer, apa yang dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan makna
ialah gejala yang terjadi pada sesuatu kata yang pada mulanya hanya memiliki satu
makna tetapi memiliki makna-makna lain disebabkan oleh pelbagai faktor.
Contoh bentuk peluasan makna menurut Chaer ialah kata saudara, pada mulanya
bermakna seperut atau sekandung kemudian berkembang maknanya menjadi siapa
sahaja yang sepertalian darah, akibatnya anak kepada adik-beradik ibu atau bapa pun
disebut saudara, dan lagi siapa pun yang mempunyai asal-usul yang sama juga disebut
saudara. Bahkan kini siapa pun dapat disebut saudara, seperti saudara seagama dan
saudara se-Islam.
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut, iaitu pengembangan makna
dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik. Menurut
Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson(1980),
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang
dihajati oleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
berlayar, dahulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar,
tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja
disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang
orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala
orang yang dianggap sama darjatnya disebut saudara.
Penyempitan Makna

Penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya
memiliki makna yang cukup luas kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti kata dai
dalam bahasa Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang
menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai
lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu
pendakwah sahaja dan tiada makna lain. Keperluan penutur Melayu terhadap kata ini
hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan makna-makna lain
tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang
terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian menjadi
makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf
(1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses
perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih
khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ahli
sanak-saudara

atau

membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga,

orang-orang

yang

memasuki

sesuatu

golongan.

Walau

bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau
pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
Anjakan Makna
Kamus Dewan Edisi keempat mendefinisikan perkataan anjak sebagai beralih
sedikit daripada sesuatu tempat atau berengsot. Dalam konteks semantik, anjakan
makna bermaksud perkataan atau ayat tersebut mengalami proses perubahan dari
bentuk yang lama ke bentuk yang baharu. Ini kerana bahasa sentiasa mengalami
perubahan kesan daripada pelbagai faktor seperti persekitaran dan komunikasi.
Anjakan makna bermaksud penggantian makna secara total daripada maksud
kata asalnya. Walaupun sebenarnya makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan
makna asal kata yang dipinjam. Sebagai contoh kata gapura yang bermaksud pintu
gerbang berbanding makna sebenarnya dalam bahasa Arab ghafura yang bermaksud
Maha Pengampun. Asal-usul perubahan maksud kata ini kononnya pada zaman Wali

Songo di Jawa mempercayai bahawa sesiapa yang melepasi satu gerbang untuk ke
Masjid Demak, dengan sendirinya mendapat pengampunan segala dosanya atas
agama yang dianuti sebelumnya.
Di samping itu, Ullman mengatajan bahawa bahawa antara penyebab perubahan
makna itu kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris paper
bermakna kertas namun dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan
dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar atau
perbincangan atau mesyuarat.
Sememangnya salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah
anjakan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan
yang menjadi unit asas kepada bahasa, sentiasa mengalami perubahan. Ullmann
dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya
memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya
seperti faktor sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar dan
keperluan untuk kata baharu.
Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) telah menyenaraikan sembilan jenis
perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan
dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes,
pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu
bahasa.
Anjakan makna berlaku kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri.

Ini

bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa,
teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, perkataan rawat, makna umum
rawat adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baharunya sekarang
meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri) dan sebagainya.
Demikian juga kata tangan, pada asalnya merujuk kepada salah satu anggota
badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan,
dalam ayat seperti Pihak polis menangani masalah itu secara profesional. Ada kalanya
makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.

Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod
amat berleluasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata
gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian.
Anjakan makna seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab
perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang
telah mengalami anjakan makna.

Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya

digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga tetapi maknanya sekarang diperluas
untuk

mencakup

makna

tambahan

seperti

kawasan

perumahan,

kawasan

perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga
perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu
seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu
kerana jasa jasa mereka.
Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep
saintifik merupakan antara kata yang mengalami anjakan makna. Misalnya, kata kebal
berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta
kebal.
Anjakan makna juga berlaku kerana sebabsebab sosial.

Peredaran masa

menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satusatu budaya masyarakat


bahasa. Faktor faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam
bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak
pejabat bertukar menjadi pembantu am pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja.
Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu
membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau
yang tidak membawa unsur negatif.
Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan.
Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai,
tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas.

Kini kata tandas pula

membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang
digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil.

Ada juga

ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan
perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang
disebut sebagai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.
Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada
daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging
ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia
atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994). Untuk menerangkan
konsep konsep baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka
anjakan makna bagi beberapa banyak perkataan diperlukan. Tanpa anjakan makna
bahasa akan statik dan mendatar.
Penyempitan, peluasan atau penyimpangan makna biasa berlaku kepada kata yang
dipinjam daripada bahasa asing. Kata yang dipinjam disesuaikan dengan keperluan,
tempat, suasana serta budaya sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu apa pun makna
yang difahami terhadap kata serapan asing yang digunakan dalam masyarakat, itulah
makna yang diperlukan.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 6
Teori-teori Dalam Semantik
Teori merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan
sesuatu perkara. Teori juga merupakan prinsip-prinsip atau dasar bagi pembentukan
sesuatu ilmu. Ini bermakna, apabila seseorang itu berteori, maka dia sebenarnya
mengemukakan teori atau prinsip-prinsip sesuatu ilmu.
Teori dalam semantik terdiri daripada teori yang berikut:
1.

Teori Imejan/Imej Makna


Teori ini menjelaskan bahawa cara menerangkan makna sesuatu perkataan dari
segi imej yang terbayang di dalam akal penutur dan pendengar. Imej ini tidak
boleh bersifat visual. Imej kucing dalam gambaran fikiran A mungkin tidak sama
dengan imej kucing dalam gambaran fikiran B. Tidak ada imej yang berpadanan
dengan gambaran yang dimiliki oleh kucing itu. Imej makna juga tidak tepat jika
seseorang mempunyai imej yang lebih daripada satu bagi satu ungkapan atau
mungkin dua ungkapan mempunyai imej yang sama.
Huraian makna yang menyamakan satu perkataan dengan satu imej, manamana perkataan yang berkait dengan lebih daripada satu imej diramalkan
bersifat taksa. Imej tentang perkara yang dirujuk boleh berubah mengikut waktu
atau berbeza bergantung kepada pengalaman seseorang. Contohnya perkataan

mengandung bagi orang Malaysia ialah hamil tetapi bagi orang Indonesia
bermaksud mempunyai sesuatu. Kesimpulannya makna mengikut teori imejan
dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran
seseorang.
2.

Teori Logik Simbolik


Teori ini berkaitan dengan kajian mengenai hubungan antara simbol dengan
rujukan atau hubungan antara perkataan dengan benda. Makna bagi sesuatu
simbol

boleh

didefinisikan

secara

penggolongan

rujukan

atau

benda.

Penggolongan dapat dibuat secara pengelasan atau perbezaan berdasarkan


sifat-sifat yang berbeza antara satu benda dengan yang lainnya.
Logik ialah masuk akal dan kemampuan rasional untuk mengetahui
sesuatu. Sesuatu perkataan mempunyai makna melalui perkaitan dengan situasi
semasa perkataan itu digunakan. Teori ini terbahagi kepada semantik, sintaktik
dan pragmatik.
3.

Teori Behaviorisme
Bloomfield mencadangkan bahawa makna sesuatu bahasa mesti dianalisis dari
segi unsur-unsur penting dalam suasana yang digunakan oleh penutur ketika
ujaran dituturkan. Suasana terbahagi kepada tiga, iaitu:
i.

rangsangan penutur

ii.

ujaran (tindak balas penutur dan rangsangan pendengar)

iii.

tindak balas pendengar

Makna ujaran merangkumi rangsangan penutur dan diikuti tindak balas


pendengar. Bloomfield mencadangkan bahawa makna perkataan dapat dicirikan
dari segi ciri suasana yang distingtif, makna sesuatu perkataan yang menjadi ciri
yang wujud dalam semua suasana setiap kali perkataan itu diucapkan. Teori
makna ini mengkaji makna bentuk perkataan dari aspek kecenderungan penutur
bertindak balas. Contohnya ujaran Saya sakit perut terhasil daripada perutnya
sakit. Kesimpulannya teori ini menjelaskan bahawa makna bagi sesuatu
perkataan atau ayat mesti ditinjau berdasarkan rangsangan atau gerak balas
yang menyebabkan timbulnya ujaran.
4.

Teori Analisis Komponen

....
Teori Pembuktian
Teori menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1659) merupakan pendapat, iaitu
bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya yang dikemukakan
untuk menerangkan sesuatu perkara. Pembuktian pula bermaksud perihal perbuatan,
usaha dan sebagainya. Kesimpulannya, Teori Pembuktian dapat didefinisikan sebagai
pendapat yang dikemukakan bagi menerangkan sesuatu perkara berdasarkan
pembuktian yang dipercayai.
Sesuatu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat iaitu :
i. mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat dan
menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.
ii.

mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama


ada perkataan atau ayat.

iii.

mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan


ayat dan ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian agak
jelas hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan dan
sebagainya.

Dalam teori pembuktian, Tarski mengemukakan satu teori kebenaran pada tahun 1933
yang sekarang dikenali oleh semua ahli falsafah, mencadangkan bahawa pencirian
pada apa yang kita maksudkan dengan membicarakan tentang makna ayat itulah yang
merupakan

asas

teori

semantik,

bukannya

pencirian

makna

perkataan.Teori

pembuktian juga menjelaskan bahawa satu takrifan kebenaran dapat dikemukakan


untuk satu-satu bahasa jika bagi setiap ayat dalam bahasa tersebut satu skema rumus
dapat meramalkan dengan betul formula di bawah ini iaitu ;
A benar jika dan hanya jika s
A merupakan nama ayat tersebut (iaitu usaha pengejaan satu deret lambang
yang menbentuk ayat itu) dan s merupakan syarat yang memastikan ayat tersebut
benar. Di bawah ini merupakan contoh ayat popular Tarski untuk mengetahui makna
untaian perkataan yang membentuk ayat Salji itu putih memerlukan pengetahuan

keadaan yang bagaimanakah diperlukan untuk menjadikan ayat Salji itu putih benar.
Perkara ini lazimnya diungkap melalui formula yang berikut:
Salji itu putih benar jika dan hanya jika salji itu putih
Sekiranya kita mempunyai catatan formula yang dapat memberi satu ayat yang
setanding dengan formula di atas bagi setiap ayat dalam bahasa, maka kita sudah
mempunyai satu teori makna yang lengkap bagi satu-satu bahasa. Hal ini
bermakna, satu-satu teori melibatkan satu tatacara memadankan ayat dengan
seperangkat syarat yang apabila diterapkan kepada setiap satu menghasilkan satu
ayat yang berbentuk:
A benar jika hanya jika s
Mengikut formula Tarski bagi teori ini, A ialah nama ayat dan s ialah seperangkat
syarat yang memastikan ayat itu benar. Kaitan antara penjelasan makna ayat
dengan huraian syarat bagi kebenaran ayat tersebut tidaklah begitu jelas, misalnya
kaitan penjelasan makna ayat dengan huraian dari segi konsep. Pada awalnya teori
ini dicemuh oleh ahli bahasa dan mereka berasa amat hairan. Ini kerana penjelasan
pandangan ini cenderung mengandaikan pemahaman terhadap teori kebenaran
Tarski, dan lazimnya teori ini didapati samar-samar oleh ahli bahasa. Hakikatnya,
reaksi menolak dan mencemuh teori ini tidak wajar. Formula;
Salji itu putih benar jika dan hanya jika salji itu putih
agak mengelirukan jika sekali imbas formula itu dianggap sebagai usaha untuk
memasangkan satu deret untaian yang membentuk ayat tersebut dengan ayat itu
sendiri. Pemasangan yang dikemukakan oleh teori makna seperti ini bagi
penjelasan makna ialah pemasangan antara nama ayat, iaitu deretan unsur dalam
ayat tersebut tanpa mengambil kira tafsirannya (di sebelah kiri formula) dengan
seperangkat syarat minimum yang berupaya memastikan kebenaran ayat tersebut
(di sebelah kanan formula).
Itulah sebabnya formula itu mengandungi nama ayat dan ayat itu sendiri.
Lebih-lebih lagi, pemasangan antara satu untaian yang tidak bertafsiran dengan

seperangkat syarat kebenaran mestilah bersifat rumusan am lantaran sifat semula


jadi yang tidak terhad itu. Justeru, tafsiran makna dari sudut pandangan semantik
melibatkan seperangkat rumus yang secara automatik memadankan setiap ayat
dalam bahasa dengan seperangkat syarat yang sesuai.
Gagasan bahawa peraturan tafsiran makna melibatkan pemasangan satu
untaian tanpa tafsiran dengan sesuatu yang sepadan dengan tafsiran untaian itu
tidak dipersoalkan lagi tetapi gagasan bahawa tafsiran itu akan disepadankan
dengan seperangkat syarat untuk kebenaran ayat tersebut, itu yang lebih
dipertikaikan.
A bermakna S = A benar jika dan hanya jika S
Penyamaan ini menimbulkan masalah yang banyak. Mungkin yang utama ialah
skema formula ini:
A benar jika dan hanya jika S
Sebenarnya tidak dapat disamakan dalam bentuk ini dengan dakwaan bahawa
untuk memberikan makna sesuatu ayat maka hendaklah dinyatakan (semua dan
hanya) syarat yang diperlukan untuk kebenaran ayat itu. Hal ini kerana dalam
formula tersebut tidak tercatat jaminan yang diperlukan untuk kebenaran ayat itu.
Yang dinyatakan dalam formula ialah apa-apa syarat akan membentuk A jika
dan hanya jika s itu benar apabila A benar. Walau bagaimanapun hal ini akan
membenarkan contoh yang terlalu banyak.
Oleh itu, kita perlu mengetatkan formula ini agar kejadian tidak diduga
dengan dua ayat menjadi benar secara kebetulan tidak memadai untuk
memenuhi syarat skema di atas, khususnya untuk menjanakan pasangan yang
benar-benar betul, hubungan antara deretan tanpa tafsiran membentuk satu ayat
dan syarat kebenaran yang membentuk tafsiran deretan itu hendaklah
merupakan kebergantungan yang mesti, tidak kira bagaimanakah keadaan yang
menentukan ayat itu benar atau palsu akan berubah. Oleh itu, formula;
A bermakna s = A benar jika dan hanya S

Hendaklah dikatakan menjadi:


A bermakna S = Seharusnya A benar jika dan hanya jika S
Formula yang lebih terbatas ini barulah dapat disamakan dengan ayat sebagai
seperangkat syarat yang paling kecil untuk menjamin kebenaran ayat tersebut.
Hal ini bermakna formula kita ini barulah mencerapkan wawasan bahawa
pemberian makna ayat samalah dengan pemberian seperangkat syarat yang
perlu dan cukup untuk kebenaran ayat tersebut.
6.5

Ciri-ciri Ayat yang Benar


Ayat

yang

benar

ialah

ayat

yang

mempunyai

ciri-ciri

tertentu

yang

menjadikannya sebagai ayat yang mengandungi nilai kebenaran. Lutfi Abas


(1988) menyatakan ayat yang benar ialah :
1. Ayat yang subjeknya memang terdapat di dunia.
Contohnya :
i.

Kucing berkaki empat. (Subjek : kucing)

ii. Bola berbentuk bulat. (Subjek : bola)


Ayat yang tidak benar ialah :
i.

Raksaksa tersangat besar. (Subjek : Raksaksa tiada di dunia)


2. Contoh ayat begini memerlukan pengalaman pendengar atau pembaca
untuk membuktikan bahawa predikatnya adalah:

a.

Salah satu sifat nama yang dipunyai oleh subjeknya.

b.

Perbuatan yang dilakukan oleh subjeknya.

c.

Nama yang memang benar boleh dikaitkan dengan subjeknya.

Contohnya;
1.

Aminah cantik.

2.

Aminah memasak nasi.

3.

Aminah wartawan.

Ayat yang tidak benar ialah :


1.

Nelayan itu mempunyai sepuluh juta ringgit.

2.

Nelayan itu berasal dari planet Marikh.

3.

Nelayan itu keturunan bunian.

3.

Ayat yang predikatnya tidak perlu dibuktikan lagi kebenarannya untuk subjeknya.
Contohnya ;

1.

Tuhan ada

2.

Bumi bundar

3.

Adik lebih muda daripada kakak


4. Ayat-ayat yang tidak benar ialah :
Contohnya ;

1.

Bumi bersegi-segi

2.

Kakak lebih muda daripada adik

3.

Bola berbentuk tiga segi

Keharmonian dan Pembuktian


Keharmonian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:517) sebagai keadaan
harmoni yang selaras, sesuai atau sepadan. Keadaan harmoni juga dapat dijelaskan
dengan suasana yang mesra dalam hubungan dua pihak. Keharmonian juga disebut
sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang membawa maksud keharmonian yang
logik pada makna.
Seorang ahli logik Gerhard Gentzen mengatakan bahawa penghubung logik digunakan
untuk membuatkan sesuatu wacana yang lebih bermakna dan mengharmonikan
kenyataan-kenyataan yang berbeza maksudnya. Beliau menyatakan bahawa sekiranya
orang percaya bahawa langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau,
maka penghubung manakala patut diletakkan di antara kedua-dua ayat tersebut.
Maka ayat yang terhasil ialah:

Langit itu biru manakala rumput itu hijau


Hal ini bermakna, semantik makna akan menjadi harmoni apabila penutur
menggunakan wacana yang sesuai dalam kenyataan yang diucapkan. Antara contoh
lain yang dapat menjelaskan maksud keharmonian ialah:
1. Adrian rajin.
2. Adriana tidak rajin.
Kedua-dua kenyataan di atas tidak menampakkan keharmonian dalam ayat kerana
tiada penghubung yang logik. Oleh itu, bagi mengharmonikan kedua-dua kenyataan
tersebut kata hubung pertentangan

tetapi ditambahkan untuk mengharmonikan

kedua-dua ayat tersebut. Ayat yang terhasil ialah Adrian rajin tetapi Adriana tidak rajin.
Penambahan kata hubung tersebut akan memberikan kenyataan yang lebih harmonis
dan bermakna bahawa Adrian dan Adriana memiliki perwatakan yang berbeza.
Koheren dalam Pembuktian
Koheran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:803) bermaksud berhubungan,
bersangkut paut atau ada kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain
dalam sesebuah wacana supaya mudah difahami. Menurut teori koherensi pula, suatu
pernyataan itu dianggap benar apabila pernyataan tersebut bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
Teori koherensi menjadi asas atau dasar pengembangan ilmu deduktif atau
matematik. Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah atau
pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-hal
yang bersifat fakta melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi bukti. Ciri
deduksi harus benar supaya kesimpulan yang koheran dan benar dapat dibuktikan.
Deduksi merupakan penaakulan yang sesuai dengan hukum-hukum serta aturan yang
logik formal (common sense). Dalam hal ini, orang menganggap bahawa tidak mungkin
kenyataan yang benar menghasilkan kesimpulan yang tidak benar. Contohnya:
1. Ahmad budak baik.
2. Dia selalu membantu ibunya.

3. Dia akan menjaga adiknya apabila ibunya tiada di rumah.


Dalam ayat di atas, ayat (1) merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan. Ayat (3)
merupakan koheran daripada ayat (1) dan ayat (2) dalam erti kata lain, ayat (1) dan (2)
membuktikan kebenaran atau kesahihan ayat (3).

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 7
Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa
Permasalahan dalam Pengajaran Makna
Maklumat Semantik amat penting dalam bahasa kerana tanpa maklumat yang tepat
akan berlaku masalah dalam pengajaran makna. Antara masalah dalam pengajaran
makna ialah :

1.

Kurangnya maklumat kontekstual


Leech (1974) menyatakan, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting.
Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan makna yang pelbagai dapat
dielakkan walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau
tulisan kita. Misalnya ayat Ibu! Kucing!, makna yang hendak disampaikan ialah
Ibu, tolong halau kucing yang mungkin mahu makan ikan, atau mencakar
kereta, atau dilanggar kereta bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.
Wittgenstein dalam buku Philosophical Invertigations (1953) menyatakan
bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya
atau dalam konteks penggunaannya. Masalah terjadi seandainya penutur atau
pendengar kurang maklumat kontekstual sehingga menimbulkan tafsiran lain
tentang sesuatu yang diujarkan. Konteks memainkan peranan penting untuk
menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.
2. Perubahan makna
Bahasa bersifat dinamik menyebabkan perkataan yang menjadi unit asas
kepada bahasa sentiasa mengalami perubahan. Ullmann dalam buku Semantic:
An Introduction to The Science of Meaning (1962) memberikan enam sebab
utama berlakunya perubahan makna dalam bahasa seperti sebab-sebab
sejarah, soaial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu.
Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri
akibat perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya
perkataan rawat secara umumnya adalah menjaga dan mengubati orang sakit.
Namun makna umumnya baharunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan
dan pokok.
Sebagai pengguna bahasa, seseorang penutur bahasa perlu memahami
dengan lebih mendalam dan sentiasa peka dengan perubahan bahasa ini. Ini
untuk mengelakkan berlakunya salah tafsir bahasa akibat perubahan makna.
Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur
Kepersisisan makna ialah perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan makna.
Ketaksaan ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan

ketidakpastian

atau

keraguan

tentang

maksud

sebenar yang

ingin

disampaikan. Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.
Ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Ketaksaan makna bermakna sebaris
ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung
kepada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud
dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,
ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih
daripada satu tafsiran makna.
Contoh:

Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu
kepada bapa, iaitu nenek Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa
Mustafa telah meninggal dunia. Untuk mengenal pasti perbezaan makna ini, kita perlu
menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita dapat memahami
maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan intonasi yang berbeza
bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar), ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa
(nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan
tanpa jeda ketika mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung
menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan
neneknya.
Dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada
maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan
dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat yang berkenaan.
Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut berdasarkan
kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah.
Terdapat ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada
pendengar ataupun pembaca dan ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat
membuat pembaca keliru. Ayat taksa tidak jelas dan kabur, iaitu dari segi logik ayat.
Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan

menimbulkan ketaksaan makna juga. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan
menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan.
Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti
dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan.
Contohnya: Jemput hadir. Kedatangan diwajibkan.
Kesimpulannya sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang
berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau
ujaran dapat didefinisikan sebagai ketaksaan makna.
Jenis ketaksaan makna:
a)

Kekaburan rujukan. Contohnya belukar - hutan

b)

Ketidakpastian makna, iaitu makna yang tidak jelas. Contohnya buku adik

c)

Kurang ketentuan pada makna item: contohnya jiran

d)

Pertentangan pada penentuan makna item, iaitu arahan kurang jelas,


pertentangan tafsiran

Faktor ketaksaan makna:

hubungan makna dengan alam


ketaksaan leksikal, iaitu homomim dan akibat polesemi.
sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna
menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contohnya bunga (di
taman, anak gadis)

Jenis-Jenis Makna
1)

Makna denotatif - makna deskriptif dan makna leksikal. Makna yang bersifat
objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar.

2)

Makna konotatif - makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun
negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

3)

Makna konseptual - makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran


atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutuskan buah
fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna
sebenar. Dengan merujuk konteks ayat atau situasi penggunaannya maka
makna konseptual atau makna situasional juga disebut sebagai makna

gramatikal. Contohnya konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza


tetapi mempunyai makna yang sama.
4)

Makna leksikal - berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu


bahasa,

makna

sesuatu

perkataan

itu

sendiri,

iaitu

tanpa

melihat

penggunaannya dalam ayat. Leksikografi ialah penyusun kamus. Leksikologi


ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Leksikon ialah kamus,
perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
a)

Semantik leksikal - makna dan rujukan, denotasi dan konotasi, analisis


ekstensional

dan

analisis

intensional;

analisis

komponensial;

dan

kesinoniman, keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman


b) Fonologi leksikal - kata, nada dan maksud
c) Kata kerja leksikal - kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan
5)

Makna Etimologi - kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah
etimologi daripada Yunan,i iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos
yang bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau diubah
disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna iaitu
linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.
a)

Prinsip Etimologi sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata.
Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga
mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang
ditelaah itu adalah kata pinjaman sehingga mencapai nahu bahasa
sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha sejarah; kopi dari
Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki iaitu kaveh
kemudian kosa kata Eropah iaitu coffee dan akhirnya bahasa Melayu
menjadi kopi.

6)

Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan.
Perubahan makna berlaku disebabkan oleh :
a)

Faktor perkembangan bahasa itu sendiri. Contohnya tangan & menangani

b)

Faktor tanggapan penutur. Contohnya abang

c)

Faktor peluasan maksud. Contohnya semangat (roh, jiwa - perasaan )

d)

Faktor pembatasan atau penyempitan maksud. Contohnya daging,


sarjana, pendeta

e)

Faktor tujuan simbolik atau stilistik. Contohnya bunga dan kumbang (gadis
dan teruna), maksud personifikasi dalam puisi.

Kekaburan Makna
Makna yang tidak difahami akan membawa kepada kekaburan. Ruth M. Kempson
secara umumnya membahagikan empat jenis kekaburan yang berkaitan antara satu
dengan yang lain iaitu:
1.

Kekaburan Rujukan
Makna item leksikal walaupun sudah jelas tetapi sukar ditentukan sama ada item
itu boleh digunakan pada benda-benda tertentu. Misalnya pada contoh makna
city dan town. Secara umumnya city merupakan sebuah bandaraya yang
merupakan satu penempatan penduduk yang besar terdiri daripada satu
bilangan besar rumah. Manakala sebuah bandar hanya merupakan mana-mana
tempat yang didiami oleh manusia, dan terdiri daripada sebilangan tertentu
rumah.
Bandar boleh bersifat besar atau kecil, tetapi bandaraya biasanya ditakrifkan
besar. Namun terdapat juga kesulitan untuk untuk menentukan contoh-contoh
tempat tertentu itu bandaraya atau bandar. Tidak memadai jika ditentukan
sebagai sebahagian makna sesuatu item iaitu sesebuah bandaraya mesti
mengandungi sebilangan penduduk minimum. Misalnya bandaraya Rom atau
Minoan Crete dipanggil bandaraya tetapi bilangan penduduknya tidak melebihi
bilangan penduduk sesebuah kampung pada masa sekarang. Begitu juga
kekaburan untuk benar-benar dapat membezakan hutan dengan belukar, house
dengan cottage dan sebagainya. Ada belukar yang lebih besar daripada hutan

2. Ketidakpastian Makna Sesuatu Item atau Frasa


Makna sesuatu item atau frasa itu sendiri kelihatan kabur. Pelbagai tafsiran boleh
diberikan kepada makna sesuatu item itu berdasarkan kepada makna yang
difahami oleh seseorang. Misalnya lihat contoh frasa di bawah :

i.

Lilys book Frasa ini dapat digunakan untuk memerikan buku yang ditulis
oleh Lily, buku yang dimilikinya, buku yang telah dibacanya, buku yang
telah diberitahu supaya dibacanya dan sebagainya.

ii.

Ibu melawat anak meninggal Dalam frasa ini tafsiran maknanya


mungkin ibu melawat anak yang meninggal, atau ibu pergi melawat anak
tetapi meninggal atau semasa ibu pergi melawat, anak meninggal.

Dengan ketidakpastian makna, sesuatu item atau frasa itu boleh membawa
kepada salah tafsir yang menyulitkan.
3

Kekurangan Penentuan Makna Sesuatu Item


Secara amnya makna item tersebut

pada dasarnya agak jelas tetapi terlalu

umum. Misalnya ayat :


Saya sudah membersihkan bilik guru
Kita faham maksud ayat di atas iaitu si penutur bermaksud telah
membersihkan bilik guru. Namun membersihkan bilik guru itu boleh membawa
maksud menyapu, mengemop, mencuci tingkap, membuang habuk, mengemas
buku dan sebagainya. Hal ini bergantung sama ada si penutur itu seorang
pencuci, pengemop lantai atau pencuci tingkap. Bagi makna kata kerja sudah
membersihkan membawa maksud telah melakukan beberapa perbuatan yang
melibatkan objek tersebut tetapi jenis perbuatannya tidak ditentukan.
4

Pertentangan pada penentuan makna item


Makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai
kemungkinan tafsiran yang berlainan. Contoh yang diberi dalam bahasa Inggeris
di bawah mengenai penggunaan or:
The applicants for the job either had a first class degree or some teacher
experience.
Implikasi yang disumbangkan oleh or kepada ayat itu sebagai satu keseluruhan
ialah salah satu gabungan itu benar. Dalam ayat di atas, pemohon itu
dimaksudkan mempunyai ijazah darjah pertama tetapi tiada pengalaman
mengajar, atau ada pengalaman mengajar tetapi bukan pemegang ijazah darjah

pertama, atau mungkin kedua-duanya. Ini bermakna terdapat tafsiran yang


kedua-dua implikasi tersebut dapat wujud serentak.
Kesimpulannya, taksa dan ketaksaan makna menjadi penting dalam
bahasa. Jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu
tetapi tidak boleh difahami manusia kerana tidak jelas maknanya atau kabur
kerana wujud pertentangan makna.

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 8
Peribahasa Bahasa Melayu
Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya
khazanah bangsa. Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap,
cara berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu.
Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang yang
membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam
sekeliling sebagai pedoman kepada masyarakat.
Peribahasa juga berfungsi sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib
pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum
kewujudan undang-undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar
kita untuk berkomunikasi secara lembut dan berbudi bahasa.
Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu
untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran
dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada
peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (contohnya ayat pasif tidak boleh
menjadi ayat aktif dan sebaliknya)
Makna dalam Peribahasa
Menurut Zaba (1965: 165), peribahasa ialah:
segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut
orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak
perkataannya, luas dan benar tujuannya- dipakai akan dia jadi sebutansebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran.
Abdullah Hussain (1989: vii) dalam pengantar Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
menyatakan bahawa;
Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk
dik hujan dan tak lekang dik panas. Hampir setiap bangsa mempunyai
bentuk-bentuk peribahasa sendiri dan peribahasa sesuatu bangsa itu
mencerminkan watak bangsa itu.

Asal Makna dalam Peribahasa


Peribahasa membawa makna peradaban yang penuh kesopanan. Adab sopan
ini bukan sahaja terpancar melalui perlakuan atau perbuatan malahan dalam
komunikasi seharian. Melalui peribahasa, perkara yang ingin disampaikan tidak
dinyatakan secara terus terang bagi mengelakkan tergurisnya hati pihak lain.
Kebijaksanaan

masyarakat

Melayu

yang

menegur

secara

berhemah,

penuh

pengajaran, nasihat dan panduan secara halus ini memaparkan nilai hati budi dan
keintelektualan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.
Menurut Ishak Ramly dan Goh Ong Sing (1990), penggunaan peribahasa kini
telah mengindahkan bahasa Melayu. Hal ini kerana pelambangan dalam peribahasa
dapat menjimatkan perkataan dan menjadikan ayat lebih padat tanpa mengurangkan
nilai ayat dari segi makna dan gaya bahasa. Masyarakat zaman dahulu mempunyai
daya imaginasi yang tinggi, kreatif dan kritis sehingga terlahirnya susunan kata yang
berbentuk peribahasa yang lunak didengar dan indah dirasa serta tinggi akal budi
dalam falsafahnya. Penghayatan makna dalam peribahasa menggambarkan ketinggian
akal budi masyarakat Melayu tradisional yang menuturkannya dalam komunikasi
seharian mereka. Makna dalam peribahasa membawa kepada penghayatan nilai murni
yang wajar dijadikan pedoman hidup kepada generasi masa kini dan masa akan
datang.
Jenis-jenis Peribahasa
Terdapat banyak pendapat tentang pembahagian peribahasa. Pendapat tersebut
seperti yang berikut:
1.

Rubiah Aksah (2005) menyatakan bahawa terdapat lima jenis peribahasa, iaitu
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.

2.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) berpendapat bahawa terdapat empat
jenis, iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.

3.

Za'ba (1965) membahagikan peribahasa kepada tiga jenis, iaitu:


i.

Peribahasa selapis yang terdiri daripada bidalan, pepatah dan perbilangan

ii.

Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan

iii.

Lidah pendeta

Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas yang
berlainan daripada perkara yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang
membandingkan sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan
diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana
dan seperti, bagai, ibarat.
i.

Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok


kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung

dalam sangkar, mata

iv.

terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api.


Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas

v.

seperti lipas kudung, Pekak macam badak.


Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan
dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan
sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah
meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.
Perumpamaan tergolong dalam peribahasa selapis iaitu mengandung makna

tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu:


i.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan

ii.

Perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan


Maksud perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan

biasanya didahului oleh kata-kata perbandingan misalnya bagai, bak, ibarat, laksana,
macam, seperti dan umpama. Perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan
secara terang-terangan tidak didahului oleh kata perbandingan tersebut.
Contoh perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan :
1.

laksana layang-layang patah teraju

2.

bagai kucing dengan anjing

3.

seperti bujang lepas dari bubu

4.

ibarat retak menanti belah

5.

umpama galah di tengah arus

Contoh perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan :


1.

si bisu sesat di kaki, si pembohong sesat di lidahnya

2.

telinga terbakar muka menyala

3.

harapkan anak buta mata sebelah, harapkan teman buta mata keduanya

4.

berdua terkunci, bertiga terbuka

5.

lulus jarum lulus kelindan

6.

kayu yang jatuh itu kura-kura pun hendak memanjatnya

Pepatah
Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat.
Pepatah bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan
ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat,
membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat,
pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
Pepatah merupakan ungkapan yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu
keadaan dalam masyarakat. Orang yang pandai menyelitkan pepatah dalam
percakapannya dilihat sebagai orang yang panjang akal, bijaksana dan halus budi
pekertinya. (Abdullah Hassan et.al : 2005).
Menurut Zaba, pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan
mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan
katanya. Asal ungkapan pepatah daripada patah-patah perkataan yang digunakan.
Beza antara pepatah dengan bidalan ialah semua bidalan mengandungi pengajaran
dan nasihat, sedangkan terdapat pepatah yang tidak mengandungi pengajaran.
Ungkapan pepatah berasal daripada pusaka adat resam yang berfungsi sebagai
pedoman hidup anggota masyarakat lain.
Contoh pepatah :
Air setitik dilautkan,
tanah sekepal digunungkan.
Bermaksud perkara kecil yang dibesar-besarkan

Pengayuh sayang dibasahkan,


sampan tidak akan sampai ke seberang.
Bermaksud apabila malas, cita-cita tidak akan tercapai.
Tumbuh pada alur sudah diturut,
tumbuh pada jalan sudah ditempuh.
Bermaksud semua kewajipan sudah dilaksanakan.
Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi
nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Bidalan hampir menyerupai
pepatah tetapi terdapat perbezaan, iaitu bidalan lebih kerap digunakan dalam
kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang dapat
dijadikan sebagai pedoman hidup.
Bidalan mempunyai nilai ilmu dan pengajaran di dalamnya walaupun memberi erti
selapis sahaja. Zaba (1965) membezakan antara bidalan dengan pepatah kerana ada
pengkaji yang menganggap kedua-duanya adalah sama. Bidalan ialah sejenis
ungkapan yang menekankan teladan yang mengandungi unsur pengajaran atau
nasihat. Biasanya ungkapan bidalan ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat dan
jangan.
Bidalan Juga tergolong dalam peribahasa yang bersifat selapis. Biasanya
bidalan disampaikan dalam bentuk bandingan. Menurut Zaba (2002:170) bidalan lebih
memberatkan sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan
teladan yang ada di dalamnya.
Contoh bidalan :
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh
Maksudnya jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar tidak pandai asal
suka bertanya, pasti akan berjaya.
Ada biduk, hendakkan serumpu pula
Maksudnya belum puas dengan apa yang dimiliki
Bawa resmi padi, makin tunduk makin berisi
Maksudnya semakin tinggi kedudukan semakin merendah diri

Bidalan lazimnya terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama menyatakan


maksud yang hendak disampaikan manakala bahagian kedua merupakan pematah
bagi maksud tersebut. Misalnya :
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Bidalan juga mengandungi penyataan pada bahagian awalnya dan diikuti oleh
pelengkapnya pada bahagian yang menyusulinya misalnya :
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar,
harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. Contohnya jangan
pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai
menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
Perbilangan
Perbilangan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan.
Perbezaan ialah perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap
rangkap perbilangan terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu persatu
seolah-olah orang sedang membuat pengiraan. Oleh sebab itulah dikenali sebagai
perbilangan.
Perbilangan menumpukan isi yang memperkatakan adat istiadat, undangundang atau peraturan masyarakat.

Contohnya perbilangan adat Perpatih. Adat

Perpatih mengadakan dan mengamalkan peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh


mayarakatnya. Peraturan ini menjadi pedoman dalam kehidupan masyarakat mereka
yang dinamakan Perbilangan Adat Perpatih. (Iladam : 2002).
Fungsi Perbilangan Adat Perpatih dalam Sistem Adat sebagai pedoman atau
peraturan hidup yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli dalam masyarakat daripada
golongan atasan hingga golongan bawahan. Perbilangan ditujukan kepada segenap
lapis masyarakat Melayu tradisional. Contohnya:
1.

Perbilangan yang ditujukan kepada pemerintah.


Pohon rendang di tengah padang,
batangnya untuk bersandar,
dahannya untuk bergantung,

buahnya untuk dimakan,


daunnya untuk berlindung.
2.

Perbilangan ditujukan kepada rakyat jelata.


Alam nan beraja,
Luak yang berpenghulu,
Suku nan berlembaga,
Anak buah yang buapak

3.

Perbilangan kesetiaan hati dan hidup bermasyarakat.


Ke bukit sama di daki,
ke lurah sama dituruni,
ke laut sama direnangi,
yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing
hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah.

Teromba
Teromba termasuk dalam perbilangan adat yang popular di Negeri Sembilan.
Teromba merupakan perbilangan yang meriwayatkan sejarah sesuatu tempat atau
peristiwa pertumbuhan masyarakat Adat Perpatih sesuatu tempat. Selain itu, terdapat
juga cerita asal usul kejadian atau salasilah sesuatu keturunan yang terdapat dalam
teromba atau kisah sesuatu peristiwa.
Contoh teromba salasilah sesuatu keturunan :
Turun di Pagar Ruyung Raja Berdarah Putih,
berdua dengan Batin Mergalang,
lalu naik Gunung Rembau,
lalu turun Seri Menanti,
kemudian duduk bersuku-suku,
suku-suku nan dua belas.

Contoh teromba semasa meminang :


Tiap-tiap beranak tu,
lelaki ada, perempuan pun ada,
kok yang lelaki disua-suakan,
kok yang perempuan dibedak-bedakkan,
disikat-sikatkan untuk mencari jodoh pertama,
dalam pada itu,
yang berhutang mak bapalah,
tiap-tiap kita melayan anak,
berhutang atas lima syarat,
pertama kerat pusat,
kedua upah bidan,
ketiga mengaji,
keempat sunat Rasul,
kelima nikah kahwin.
Lidah Pendeta
Lidah pendeta dikenali juga sebagai kata-kata hikmat yang diungkapkan oleh
orang yang bijaksana. Kata-kata ini berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi
percakapan umum. Terdapat banyak kata hikmat dalam bahasa Melayu, misalnya:
1.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang orang lain ada.

2.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

3.

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu
bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan.
Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian.

4.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,


tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

5.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup.

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan
mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal.
Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud
yang tepat dan padat.
Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada:
a.

perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang)

b.

benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (mandi kerbau, kutu embun)

c.

kepercayaan orang ramai. (harimau berantai, buruk siku)

d.

kebiasaan atau resaman bahasa. (ada hati, gila bahasa, beri muka)

Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;


i.

penggunaan kata nama (anak buah, buah tangan, lipas kudung)

ii.

penggunaan kata kerja (ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.

iii.

kata adjektif (besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)

iv.

kata nama khas (Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)

v.

nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan)

vi.

berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah
bercabang)

vii.

berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)

viii.

berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan (durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)

ix.

kategori lain (cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)

BMM3112: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu


Kuliah 9
Peristilahan Bahasa Melayu
Konsep dasar peristilahan: Definisi, tataistilah dan tatanama
Istilah khusus dan umum, morfem peristilahan
Kata dasar dan kata akar, imbuhan
Kata berimbuhan, gabungan kata, bentuk prototaip, paradigm kata

Kuliah 10
Sumber Istilah Bahasa Melayu
Perbendaharaan kata umum BM
Perbendaharaan kata bahasa serumpun
Perbendaharaan kata bahasa asing.

Kuliah 11
Skema dan Tatacara Pembentukan Istilah
Konsep dan langkah
Syarat-syarat
Pembentukan istilah baharu

Kuliah 12
Aplikasi Pembentukan Istilah Menggunakan Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Kata bahasa Melayu yang lazim dan tidak lazim
Kata bahasa Inggeris dan bahasa asing lain.

Kuliah 13
Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan
Penggunaan kata dasar, proses pengimbuhan, reduplikasi, penggabungan
Peleburan fonem dan suku kata, proses analogi
Penterjemahan, paradigm istilah, sinonim, homonim, hiponim, polisemi

Kuliah 14
Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu
Singkatan
Akronim
Lambang dan huruf bilangan

Lambang gambar

Kuliah 15
Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
Ejaan fonemik dan etimologi
Transliterasi dan transkripsi
Ejaan nama, penyesuaian ejaan dan imbuhan asing.
Gugus konsonan

Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada
ekspresi yang diujarkan. Menurut Hawkes ( 1986 ), Metafora ialah suatu cara untuk
mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain
yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Menurut Kamus
Dewan, metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau
maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang
berkenaan. Ini bermakna sesuatu perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan
tertentu. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah
kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat,
seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat Budak
itu lembu , lembu ialah metafora. Dalam ayat Budak itu bodoh seperti lembu ,
lembu ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan seperti sebelum lembu.[1] [1]
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher,
Kuala Lumpur. Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas
sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada
pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu
bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. 1
2.0 Jenis-jenis Metafora: 1. metafora implicit pengucapan yang mengandungi unsurunsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 2. metafora rancu - penggunaan
/percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan 3. metafora
usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh
'merpati putih' dan 'bendera putih'. Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah
penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan
secara tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk
memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan. 3.0 Elemen dalam
metafora Di dalam sebuah metafora akan dapat dikesan tiga elemen 1.Maksud yang
hendak disampaikan oleh penyair misalnya kasih 4ambin, kerinduan, ketabahan,
keresahan dan sebagainya 2.Perantara yang digunakan bagi penyampaian maksud. Ini
juga bermakna sumber dari mana penyair mendapat metaforanya.Misalnya bunga,

ombak, laut, gunung dan sebagainya.Sumber metafora atau sumber anologi akan
dipengaruhi oleh budaya,persekitaran dan peribadi penyair. Seorang penyair Islam
akan menulis tentang 4ambing labah-labah dan tasbih (misalnya gunung membiru
anggun dalam tasbihnya- Mim Lima, Kemala). Penyair di tengah kota mengambil
metafora dari sungai tercemar ( sungai-sungai hitam berarus songsang- Hutan-hutan
Batu, Shafie Abu Bakar), Imej juga dipengaruhi oleh latar masa. Dengan itu kita temui
pada tahun 1944 iaitu zaman pendudukan Jepun, tulisan Masuri S.N. yang
menggunakan bunga sakura dan matahari pagi sebagai 4ambing semangat juang.
2
3.0 Contoh-contoh metafora dalam Bahasa Melayu. Metafora ontologikal yang paling
ketara dapat dilihat dalam Bahasa Melayu iaitu pada objek fizikal yang diberikan sifat
perorangan.Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu pengalaman dengan
entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan aktiviti-aktiviti manusia. 1)
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata
abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: a) Perahu duka=perahu(konkrit)+
duka(abstrak)b) ladang kesabaran =ladang(konkrit)+ kesabaran (abstrak) 2) Merupakan
perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak,
umpama, ibarat, dan sebagainya. Contohnya: a) bak samudera hampa(simile)=
samudera hampa (metafora) b) ibarat lautan fikiran(simile) = lautan fikiran(metafora)
Sekiranya sebelum gabungan kata konkrit+abstrak ada perkataan seperti, bak, laksana,
macam, umpama, istilah yang digunakan ialah simile. Contoh ini dapat kita lihat melalui
beberapa data peribahasa yang telah dipilih: 1) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Pagar merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di
mana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan oleh
manusia untuk meneruskan hidup seperti makan sewaktu perut berasa lapar. 3
2) Biar mati anak, jangan mati adat. Adat merupakan suatu amalan yang dilakukan
oleh manusia dalam sesuatu komuniti. Adat bukanlah merupakan suatu objek namun ia
merupakan suatu kegiatan manusia yang bersifat subjektif. Oleh itu, adat di sini
diberikan sifat perorangan di mana adat dikatakan boleh mengalami proses mati
sepertimana objek bernyawa yang lain. Tulisan ini membicarakan penggunaan alam
sebagai metafora di

Semantik : kajian makna


Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks.
Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata dalam
ayat.
Sinonim :sama erti/makna
Antonim : berlawanan
Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang
(Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri
daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum.
Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama
lain. [hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok]
Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak
makna seperti gugur, bunga, dingin]
Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna
[ semak, rendang, perang ]
Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya
Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa,
dwibahasa dan aneka bahasa.
morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu;
Contoh 'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat.
fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang
yang menunjukkan sebutannya.
wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea
dalam bentuk tulisan atau lisan.

Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang


tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]
===
Ilmu Makna Makna merupakan aspek penting dalam sebuah bahasa karena dengan
makna maka sebuah komunikasi dapat terjadi dengan lancar dan saling dimengerti.
Tetapi seandainya para pengguna bahasa dalam bertutur satu sama lain tidak saling
mengerti makna yang ada dalam tuturannya maka tidak mungkin tuturan berbahasa
bisa berjalan secara komunikatif. Di sini dituntut antara penutur dan lawan tuturnya
harus saling mengerti makna bahasa yang mereka tuturkan.
Di dalam semantik, istilah makna, dalam bahasa Inggris sense dibedakan dari arti,
dalam bahasa Inggris meaning. Arti dalam hal ini menyangkut makna leksikal dari katakata tersebut yang cenderung terdapat di dalam kamus sebagai leksem. Kadangkadang kita melihat makna kata dari kamus yang sebenarnya adalah makna leksikal,
atau keterangan dari leksem itu sendiri. makna suatu kata tidak hanya mengandung
makna leksikal saja tetapi menjangkau kesatuan bahasa yang lebih luas. Makna kata
tidak lepas dari makna kata yang lainnya merupakan makna gramatikal yang sesuai
dengan hubungan antarunsur-unsurnya. Terkadang kita tidak puas ketika mencari
makna sebuah kata, terutama makna idiom, peribahasa, majas, metapora, maupun
ungkapan.
Aspek makna terdiri atas empat, yaitu pengertian, perasaan, nada, dan tujuan.
Keempat aspek makna tersebut dapat dipertimbangkan melalui pemahaman makna
dalam proses komunikasi sebuah tuturan. Makna pengertian dapat kita terapkan di
dalam komunikasi sehari-hari yang melibatkan tema, sedangkan makna perasaan,
nada, dan tujuan dapat kita pertimbangkan melalui penggunaan bahasa, baik bahasa
Indonesia maupun bahasa daerah.
Medan makna adalah bagian dari sistem semantik bahasa yang menggambarkan
bagian bidang kehidupan atau realitas dalam alam semesta tertentu yang direalisasikan
oleh seperangkat unsur leksikal yang maknanya berhubungan, sedangkan komponen
makna adalah satu atau beberapa unsur yang bersama-sama membentuk makna kata
atau ujaran dalam suatu komunikasi. Kata-kata atau leksem-leksem dalam sebuah

medan makna atau satu medan leksikal dapat dianalisis dengan menggunakan analisis
komponen makna atau analisis ciri-ciri makna atau analisis ciri-ciri leksikal.
Relasi Makna
Yang dimaksud dengan relasi makna adalah hubungan semantic yang terdapat antara
satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lainnya. Satuan bahasa ini dapat
berupa kata, frase, klausa, maupun kalimat. Hubungan-hubungan relasi makna ini
dapat menyatakan kesamaan makna yang disebut sinonimi, pertentangan atau
perlawanan makna yang disebut antonimi, ketercakupan makna yang disebut hiponimi,
kegandaan makna yang disebut homonimi, atau juga kelebihan makna yang dinamakan
polisemi.
Unsur-unsur leksikal dalam bahasa dapat dibandingkan menurut hubungan semantik, di
antaranya dapat berupa sinonim, hubungan yang sama atau hampir sama (mirip);
berupa antonim, hubungan yang maknanya berlawanan atau kebalikan; berupa
homonim, hubungan yang bermakna lain tetapi bentuk sama; berupa hiponim,
hubungan yang makna ekstensionalnya merupakan sebagian dari makna ekstensional
yang lainnya.

Unsur Semantik
Lambang menurut Plato adalah kata di dalam suatu bahasa, sedangkan makna adalah
objek yang dihayati di dunia, berupa rujukan yang ditunjuk oleh lambang tersebut.
Hubungan lambang dengan bahasa dapat dikatakan bahwa bahasa merupakan alat
komunikasi yang terdiri atas tanda dan lambang.
Makna leksikal adalah makna hubungan antara kata-kata dengan unsure-unsur tertentu
dalam sebuah peristiwa bahasa. Hubungan antara kata, makna kata, dan dunia
kenyataan disebut hubungan referensial. Hubungan referensial adalah hubunganhubungan yang terdapat pada, antara (1) kata sebagai satuan fonologis, yang
membawa makna, (2) makna atau konsep yang dibentuk oleh kata, dan (3) dunia
kenyataan yang ditunjuk (diacu) oleh kata.
Jenis Makna

Karena bahasa itu digunakan untuk berbagai kegiatan dan keperluan dalam kehidupan
masyarakat, maka makna bahasa itupun menjadi bermacam-macam bila dilihat dari
segi atau pandangan yang berbeda.
Kurang lebih ada dua belas jenis makna yang terdapat dalam penggunaan bahasa
sehari-hari. Kedua belas jenis makna tersebut adalah makna sempit, makna luas,
makna kognitif, makna konotatif dan makna emotif, makna referensial, makna
konstruksi, makna leksikal dan makna gramatikal, makna idesional, makna proposisi,
makna pusat, makna piktorial, dan makna idiomatik. Ada juga yang membagi jenis
makna berdasarkan kesamaan atau lawan makna-makna yang lain, seperti Chaer
(1994) membagi jenis makna menjadi;
makna leksikal, gramatikal, dan kontekstual;
makna referensial dan non-referensial;
makna denotative dan makna konotatif;
makna konseptual dan makna asosiatif;
makna kata dan makna istilah; dan
makna idiom dan makna peribahasa.
A. Ketaksaan (Ambiguitas)
Ketaksaan atau ambiguitas merupakan bagian dari makna bahasa yang terdapat dalam
sebuah tuturan atau tulisan. Ketaksaan atau ambiguitas dapat terjadi pada semua
tataran bahasa, baik kata, frase, klausa, kalimat, maupun sebuah wacana. Ketaksaan
atau ambiugitas sering digunakan oleh para penutur dengan maksud-maksud tertentu,
yang kadang-kadang sengaja dia buat untuk menyembunyikan maksud tuturannya
yang sebenarnya, ini biasanya untuk menyindir seseorang namun dengan perkataan
yang tidak dengan sesungguhnya.
Ketaksaan atau ambiguitas adalah sebuah tataran bahasa, baik kata, frase, klausa,
maupun kalimat yang mempunyai beberapa arti, atau mempunyai lebih dari satu
makna. Ketaksaan berdasarkan tataran bahasa yang terjadinya dapat dibagi menjadi
tiga. Yaitu, (1) ketaksaan fonetis ialah ketaksaan atau ambiguitas yang terjadi pada
tataran fonetik atau fonem; (2) ketaksaan gramatikal ialah ketaksaan atau ambiguitas
yang terjadi akibat perpaduan kata dengan kata, sebuah morfem dengan morfem lain
atau dengan kata yang terjadi dalam suatu hubungan struktur bahasa; dan (3)
ketaksaan leksikal ialah ketaksaan yang terjadi pada tataran leksem atau kata, atau

dengan kata lain ketaksaan leksikal adalah sebuah kata atau leksem yang mempunyai
makna lebih dari satu makna, bisa terjadi pada relasi makna berupa homonim atau
polisemi.
Perubahan Makna
Perkembangan makna bahasa mencakup segala hal tentang makna yang mengalami
perkembangan. Perubahan makna bahasa merupakan gejala yang terjadi di dalam
suatu bahasa akibat dari pemakaian yang dipengaruhi oleh berbagai faktor, baik faktor
di dalam bahasa maupun di luar bahasa. Faktor-faktor itu diantaranya: faktor
kebahasaan, faktor kesejarahan, faktor sosial, faktor psikologi, bahasa asing, dan faktor
kebutuhan akan kata-kata baru.
===
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam
mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat
terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa
lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan
perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa
menampilkan perubahan makna. Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab
perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah,
social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.
Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat
daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi,
hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi. Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan
makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan
sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi.
Faktor-faktor Perubahan Makna.
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca
sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang
selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan

evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan


disebabkan oleh;
2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri2.2 Faktor tanggapan penutur 2.3 Faktor
peluasan maksud2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud2.5 Faktor tujuan
simbolik dan stilistik
Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataanperkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna
asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu
digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana
kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga
perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi,
makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam
ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna
negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai
contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa
di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan
dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan
seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu
sendiri.

You might also like