Format Peperiksaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Format Peperiksaan

Bahasa Melayu
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk
menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:

7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan

7 soalan mencari kesalahan ayat

3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat

4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris

3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi

3 soalan mencari ayat yang betul

3 soalan berdasarkan peribahasa

10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga


Tingkatan 3

02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah

Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud
rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan
ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah


Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang
diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah

Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah

Novel Tahap PMR:

Sukar Membawa Tuah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon A mulai tahun 2010)

Bukan Duniaku (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon B mulai tahun 2010)

Hikmah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon C mulai tahun 2010)

Istana Menanti (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon D mulai tahun 2010)

Lestari Bukit Menghijau (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon B mulai tahun 2011)

Di Sebalik Wajah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon D mulai tahun 2011)

Erti Sebuah Pengorbanan (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon C mulai tahun 2011)

Wira Persona Avatari (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon A mulai tahun 2011)

Bunga Cempaka Untukmu (Digunakan oleh pelajar tingkatan 3 Zon A mulai tahun 2013)

6.20

Antologi Tahap PMR:

Kasut Kelopak Jantung (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2010)

Gema Sepi Gadis Genius (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2011)

Harga Sebuah Lukisan (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2012)

Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 140:


Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Bahasa Inggeris
Terbahagi kepada dua kertas. 12/1 Kertas Satu melibatkan soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi
tatabahasa (Grammar), sastera (Literature) dan pemahaman (Comprehension). Terdapat:

10 soalan berdasarkan gambar/stimulus (Graphics/Stimuli)

8 soalan memenuhi perkataan tertinggal dalam petikan berdasarkan jawapan yang diberikan
(Rational Cloze)

6 soalan mencari makna terdekat (Closest in Meaning)

10 soalan berdasarkan petikan (Comprehension)

6 soalan sastera Tingkatan Satu (Short Stories and Selected Poems)

12/2 Kertas Dua mengandungi tiga bahagian iaitu:

Bahagian A: Karangan Berpandu (Guided Composition), 30 markah

Bahagian B: Ringkasan (Summary), 10 markah

Bahagian C: Karangan Novel (Literature), 10 markah

Novel Tahap PMR:

The Boscombe Valley Mystery (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Selangor,WP Kl, Negeri
Sembilan dan Melaka] mulai tahun 2010)

Journey To The Centre Of The Earth (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Johor, Pahang,
Terengganu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan] mulai tahun 2010)

Black Beauty (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan
Kelantan] mulai tahun 2010)

Dr. Jekyll and Mr. Hyde

The Prisoner of Zenda

Antologi Tahap PMR:


A Collection of Poems, Short Stories and Drama Form 1 to Form 3
Hasil tambah kedua-dua kertas adalah 90, Hasil Tambah Markah Pelajar/90 X 100 = Markah Sebenar
Pelajar
Matematik50/1,50/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua
melibatkan 20 soalan subjektif, 60 markah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Sains55/1,55/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua
melibatkan 5-7 soalan eksperimen atau rajah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Geografi23/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X
100)
Sejarah21/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X
100)
Kemahiran Hidup
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 30 Teras, 30 Elektif, 100 markah (Bilangan
Soalan Betul/60 X 100) Elektif-elektif: 76/1 Pilihan 1: Kemahiran Teknikal 77/1 Pilihan 2: Ekonomi Rumah
Tangga 78/1 Pilihan 3: Pertanian 79/1 Pilihan 4: Perdagangan dan Keusahawanan
Pendidikan Islam
Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan
yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua

bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20
markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib
dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.
Bahasa Cina
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 32/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk
menguji pelajar dari segi tatabahasa, prosa moden dan prosa klasik. Terdapat:

3 soalan berdasarkan pemahaman bahan rangsangan


7 soalan berkaitan tatabahasa, aspek yang diuji termasuklah: HanYuPinYin, Gaya Bahasa,
Peribahasa, Ayat Majmuk, Penggunaan Fungsi Kata yang Betul

3 soalan mengisi tempat kosong dalam petikan menggunakan perkataan yang paling
sesuai/tepat

10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa moden

10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa klasik

7 soalan berdasarkan Pepatah Cina Terpilih yang dipelajari di Tingkatan Peralihan hingga 3

02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

Bahagian A(i) : Penulisan Kaligrafi, 6 markah

Bahagian B : Ringkasan, 10 markah

Bahagian C : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 14 markah

Bahagian D : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang
diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 220 patah perkataan, 30 markah

Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.

You might also like