Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Pengenalan

Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan
matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status
sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang
matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28
Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan
bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah
kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan
suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah
khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek
yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya
juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental
yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis,
rasional,

logik,

berupaya

membuat

penaakulan

dan

mahir

dalam

menyelesaikan sebarang masalah.


Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat
iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap
matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik
secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan
yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif
dalam kerjaya mereka.
Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah
mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka
juga mengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik
merupakan suatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah
membosankan. Akhirnya murid kehilangan minat daripada pembelajaran
matematik. Sebenarnya jika anda tahu bagaimana matematik itu dibentuk,
dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cinta dengan matematik.

Definisi Murid Berkeperluan Khas


Murid berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang dianggap
berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh
keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental.
Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai
kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam
ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau
fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai
atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan
sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia
boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Garciulo turut
memberi pandangannya dalam mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan
khas dengan menyatakan
"Individuals who differ from societal or community standards of
normalcy. These differences may be due to significant physical,
sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children
may require educational programs customized to their unique needs."
(Garciulo 2003)
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak
berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 telah
mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori.
Antaranya ialah kecacatan fizikal (Cerebral Palsy, Muscular Dystrophy, Spina
Bifida dan Epilepsy) dan Masalah Pembelajaran seperti Disleksia, Diskalkulia,
Autistik, Hiperaktif (ADHD dan ADD), Pintar Cerdas, Dispraksia serta Disfasia.
Autisme dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam
dunianya sendiri. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM), autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan
kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Biasanya
komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat
berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah
tingkah laku. Namun demikian, Individu autisme mempunyai kelebihan intelek

yang luas terutamanya mereka kerap kali menunjukkan kelebihan dalam


bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik.
Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan
untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan
mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat. Terdapat dua
jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder
(ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif danAttention Deficit
Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan
hiperaktif. Antara ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif
(ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Kanakkanak ini sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan disamping
mempunyai tabiat membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak
terurus.
Menurut Jabatan Pendidikan United States (1993), kanak-kanak pintar cerdas
adalah individu yang menunjukkan potensinya pada tahap yang tinggi jika
dibandingkan dengan rakan sebaya yang mempunyai pengalaman dan
persekitaran yang sama (Woofolk, 2004). Kanak-kanak ini menunjukkan
keupayaan

intelek,

daya

kepimpinan

serta

prestasi

akademik

yang

cemerlang. Hasil kerja yang ditunjukkan menampakkan keaslian dan


mejangkaui peringkat umur mereka. Menurut Davis & Rimm (1998), murid
pintar cerdas gemar bekerja sendirian, tekun melaksanakan tugasan yang
mencabar dan berasa bosan dengan kerja-kerja harian.
Perkataan disleksia pula (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan
Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud
perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan.
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang
cukup dan peluang budaya yang sempurna. Menurut Mercer (1991), Disleksia
ialahketidakupayaan yang teruk dalam membaca,melibatkan kesukaran dalam
kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Menurut Choong
Lean Keow (2009: 158).dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah danTingkah
Laku mendefinisikan

disleksia sebagai kesukaran menggunakan perkataanyang

dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa . Selain itu terdapat
juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya
ialah Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan ataupun matematik , Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis
yang bermasalah dalam bahasa dan Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam

ko-ordinasi moto-mata-tangan.

Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah Diskalkulia. Banyak takrifan


yang telah dibuat oleh pakar mengenai masalah Diskalkulia ini. Merujuk
kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran
sementara "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka
Diskalkulia dapat didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang
mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik atau mengira.
Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia merujuk
kepada suatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau
memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi
masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan
kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta
nombor dan prosedur-prosedur. Sebagai contoh, mereka tahu 3+4=7, tetapi
tidak

dapat

mentafsirkan

bahawa

4+3=7.

Walaupun

mereka

dapat

menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan


tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).
Menurut kajian barat dalam The New York Times (Health Guide) Monday,
July 15, 2013, Disfasia merujuk kepada kesukaran untuk memahami mesej
yang disampaikan oleh seseorang (receptive language disorder) serta
kesulitan untuk menyampaikan mesej kepada individu yang lain (expressive
language disorder). Masalah pembelajarn Disfasia juga merujuk kepada satu
masalah bahasa di mana seseorang itu menghadapi kesukaran untuk
memahami bahasa yang dipertuturkan (spoken language) serta sangat lemah
dalam pemahaman bacaan (poor reading comprehension).

Apa itu Dispraksia? Perkataan Dispraksia adalah berasal daripada Dys dan
Praxis . Kata Dys bermaksud tidak mudah atau sukar manakala kata
Praxis bermaksud bertindak atau melakukan. Masalah ini juga dikenali
dengan beberapa nama lain seperti Development Co-ordination Disorder
(DCD),

Perceptuo-Motor

Dysfunction,

dan

Motor

Learning

Disability.

Dispraksia adalah gangguan atau ketidak matangan kanak-kanak dalam


membuat perancangan

akibat kurang kemampuan otak memproses

maklumat sehingga maklumat tidak diproses sepenuhnya. Dispraksia


mempengaruhi perancangan

yang akan dilakukan dan bagaimana

melakukannya. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir,


merancang dan melakukan tugas-tugas motor atau sensori.
Dalam menguruskan murid berkeperluan khas, watak yang paling penting
adalah seorang insan yang bergelar guru. Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke4), guru adalah orang yang mengajar, mendidik dan mengasuh. Oleh itu
peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar
dan mendalam

dalam diri setiap murid. Pemulihan adalah tindakan yang

diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami


kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa bagi
merapatkan jurang perbezaan pencapaian diantara pelajar pemulihan dan
pelajar yang mengikuti kelas aliaran perdana. Menurut Kamarudin (1992),
pendidikan pemulihan mempunyai objektif dan matlamatnya sendiri. Oleh itu
pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip
tertentu (Modul OUM HBSL2203, 2009). Di antara prinsip-prinsip yang
digariskan adalah seperti Program pemulihan matematik harus dijalankan
secepat mungkin sebaik sahaja murid-murid dikesan mempunyai masalah
tertentu di dalam pembelajaran matematik. Ia perlu diatasi segera supaya
tidak menghalang pembelajaran murid. Pendidikan pemulihan matematik juga
mesti diberikan kepada murid-murid yang bermasalah di dalam kemahirankemahiran matematik yang tertentu. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman
murid. Aktiviti yang dirancang juga harus dikembangkan daripada yang
mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti
pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang

telah dikesan (Mok Soon Sang, 1986). Kaedah mengajar yang sesuai juga
diperlukan supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran matematik
dengan lebih mudah selain membekalkan pelbagai jenis latihan yang mudah
dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep
dan kemahiran matematik. Kejayaan yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti
matematik akan mendorong mereka mempelajari matematik dengan usaha
yang lebih gigih.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk
mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas
seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya.
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga
bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka.
Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk
mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa
mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru
mereka dapat diperbaharui.

Kajian Literasi keperluan khas Matematik


Disleksia
Setelah menilai segala maklumat peribadi serta hasil penilaian instrument
saringan bertulis murid yang telah dijalankan oleh guru matapelajaran
Matematik yang terlibat semasa Badrul Hisham di tahun 1,2, dan 3 didapati
beliau menghadapi masalah Disleksia. Perkataan disleksia (dyslexia) adalah
hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran
dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu
kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap
disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Menurut Mercer (1991), Disleksia ialahketidakupayaan yang teruk dalam
membaca,melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyibunyi dan huruf-huruf. Menurut Choong Lean Keow (2009: 158).dalam bukunya
Pengurusan Bilik Darjah danTingkah Laku mendefinisikan

disleksia sebagai

kesukaran menggunakan perkataanyang dihadapi oleh murid yang mengalami


kecelaruan bahasa . Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang
berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu
seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik ,
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
dan Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam
ko-ordinasi moto-mata-tangan.
Disleksia ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Disleksia Visual,
Disleksia Auditori dan Disleksia Visual-Auditori. Disleksia Visual adalah
disleksia yang menyebabkan Kesukaran untuk mengingat dan mengenal
abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga
sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu
atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Jika dirujuk pada konteks
Matematik, kanak-kanak disleksia turut mengalami kesukaran dalam
pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental dimana mereka
sering menterbalikkan nombor yang sama. Sebagai contoh nombor 9 ditulis
sebagai nombor 6. Disleksia Auditori akan menyebabkan kanak-kanak

mengalami kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi


mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku
kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan
secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi
vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Kategori yang
terakhir ialah Disleksia Visual-Auditori dimana kanak-kanak akan berdepan
dengan kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh
kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara faktor disleksia ialah keturunan atau genetic dimana
kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah

yang

sama.

Kemungkinan

punca

ini

boleh

diwarisi

yang

membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan


telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang
boleh diperturunkan secara turun-temurun. Adakalanya faktor biologi turut
menymbang dalam masalah disleksia ini. Hal ini kerana sejarah kanak-kanak
disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Hal ini menjadi
punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
kematangan.

Faktor seterusnya ialah

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada

bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki


lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan
pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia .

Intervensi Murid Keperluan Khas


Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak yang berkeperluan khas juga
mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan
mudah

untuk

mengajar

mereka,

namun

pasti

menyeronokkan

bagi

sesetengah pihak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kanakkanak khas. Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang
berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam
menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu
meneliti kemahiran dan pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum
mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Keberkesanan seorang guru dapat
dilihat apabila objektif pembelajaran yang dijalankan tercapai dan corak
pengajaran yang mampu menarik dan mengekalkan minat kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan
perancangan pengajaran agar memberi faedah kepada murid-murid khas
dengan berkesan.
Beberapa strategi dan teknik telah dikenalpasti bagi membantu murid-murid
yang menghadapi masalah ini. Salah satunya ialah penggunaan model untuk
mengatasi masalah disleksia. Model yang pertama ialah Model Inklusif
dimana Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia
yang ringan. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Melayu akan dilaksanakan di kelas khas manakala
mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru khas disleksia
akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Kurikulum
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau
Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika
perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.
Menurut Azizi Yahaya et al (2005) cara maklumat boleh hilang dan pudar
daripada ingatan adalah sekiranya tidak diberi latihan. Justeru, mereka perlu
diberi peluang untuk membuat latih tubi bacaan dan tulisan bagi mengekalkan
ingatan terhadap ejaan perkataan yang dipelajari. Rentetan itu kajian ini saya
fokuskan kajian saya kepada keberkesanan latihtubi bagi murid berkeperluan
khas .Bagi memastikan mesej serta aktiviti-aktiviti bilik darjah harus ditulis
9

dipapan putih dan tidak sesekali menyampaikan mesej atau maklumat secara
verbal. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengingati maklumat yang
disampaikan dan menyebabkan mereka keliru apa yang patut mereka
lakukan. Sebaiknya guru hendaklah menulis dipapan putih supaya semua
murid dapat melihat dan membacanya dengan lancar tanpa sebarang
halangan. Seterusnya, guru boleh menempatkan mereka dibahagian hadapan
kelas. Hal ini bertujuan agar guru yang mengajar dapat memantau
perkembangan murid semasa p&p dengan lebih mudah. Pandangan mereka
turut tidak terhalang apabila mereka berada di bahagian hadapan.
Aktiviti pengayaan pula saya lebih terarah kepada latihan latih tubi. Hal ini
kerana melalui latihan yang banyak, murid-murid akan lebih mudah
mengingati kandungi yang dipelajari. Saya juga menggunakan kaedah pecah
dan cantum dimana sekeping kad nombor telah dirawakkan kedudukannya
dan murid-murid perlu menyusun semula kedudukan kepingan kad-kad untuk
setiap perkataan nombor yang disebut.
Pada peringkat awal bagi mentaksir masalah penguasaan untuk subjek
Matematik pada Badrul, kaedah Ujian Diagnostik Matematik dilaksanakan.
Ujian diagnostik ini dibina untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Zaki
bagi tajuk operasi tolak sahaja. Ujian diagnostik meruapakan satu alat
pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan
kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Ujian diagnostik dibina untuk membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan-kesulitan yang dihadapi murid di samping mengenal pasti punca
kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, ujian ini
juga dibina untuk membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid
malahan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus
terhadap individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik serta
membolehkan guru merancang, membina program serta bahan bantu
mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

10

Ujian diagnostik membantu guru pemulihan mengetahui masalah-masalah


tertentu pembelajaran kanak-kanak dalam pelajaran yang diuji. Ujian
diagnostik juga menunjukkan yang pembelajaran akan terganggu jika
terdapat kesulitan-kesulitan, Kemajuan kendiri (self-development) adalah
aspek yang khusus dalam kelemahan-kelemahan (juga kekuatan-kekuatan
dalam sesuatu pelajaran asas). Sesuatu ujian diagnostik boleh juga dijadikan
satu ujian pos. Jika ini berlaku, seseorang itu dapat melihat kemajuan dicapai
setelah arahan dan keputusan dibuat sama ada hendak menghantar balik
kanak-kanak itu ke kelas biasa atau mengekalkannya terus di bilik pemulihan.
Ujian diagnostik dalam satu rancangan pemulihan ada kena-mengena
dengan mata pelajaran asas. Seseorang guru pemulihan patut memberikan
berbagai latihan dalam sesuatu kemahiran ataupun kemahiran-kemahiran
supaya kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku dapat dikesan. Tandatanda kegugupan atau kurang koordinasi yang baik dapat diperhatikan
semasa kanak-kanak itu membuat ujian.

Keputusan-keputusan Ujian

Diagnostik menunjukkan dengan tepat kawasan-kawasan kelemahan dalam


mata pelajaran asas.
Pada umumnya pelajaran-pelajaran asas adalah kawasan-kawasan asas
yang diuji untuk tujuan diagnostik. Ujian-ujian diagnostik menguji hanya satu
kandungan kawasan sahaja seperti bacaan, kira-kira atau ejaan. Pada
mulanya, Ujian-ujian diagnostik boleh ditumpukan ke kawasan akademik.
Untuk pengesahan atau penolakan rumusan pendapat, lain-lain ujian
(contohnya, pengamatan boleh diberikan. Kebanyakan Ujian diagnostik
adalah rujukan norma yang membandingkan keputusan dengan norma-norma
yang diberikan. Untuk tujuan-tujuan pemulihan ujian rujukan kriteria ciptaan
guru sendiri adalah lebih sesuai.
Sebelum membina sesuatu Ujian Diagnostik ada beberapa perkara yang
patut dipertimbangkan:
i. Objektif ujian.
ii. Menentukan tujuan ujian itu Apa kemahiran-kemahiran yang
hendak anda uji.

11

iii. Fikirkan apakah jenis ujian yang hendak digunakan. Contoh:


Ujian Diagnostik Matematik.
iv. Bagaimana hendak menguji sama ada secara individu atau pun
kumpulan.
v. Tentukan apakah jenis soalan-soalan yang hendak digunakan
untuk ujian itu. Soalan berbentuk lisan, objektif, sumatif, esei
dan lain-lain.
i.

Siapa yang hendak diuji, isitu subjek sasaran. Contoh: Menguji


Badrul Hisham Zahari dalam menyebut sebarang nombor yang
diberi dalam bentuk angka.

Ujian yang dirancang perlulah dirancang dengan teliti, cermat, dan sempurna
supaya dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid
pemulihan.

Disebabkan

itu,

borang

Jadual

Penilaian

Ujian

perlulah

disediakan. Sebelum mentadbirkan ujian diagnostik ini, guru perlulah


memastikan bahawa kemahiran yang hendak diuji mestilah telah diajar dan
kemahiran-kemahiran perlulah disusun dari senang kepada yang susah. Item
yang hendak dibina mestilah berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan
terlebih dahulu. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai
kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Bagi proses ini
saya telah merujuk dan menggunapakai borang instrumen saringan bertulis
yang digunakan oleh guru Matematik Badrul sebelum ini bagi memberi
gambaran jelas masalah yang dihadapi dan memberi kesinambungan kepada
proses membantu Badrul dalam pembelajaran Matematk.
Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti
sejauh mana pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Ujian
diagnostik

merupakan langkah terbaik untuk mengesan dan menghalusi

kawasan-kawasan kesukaran yang dialami oleh seseorang murid dan dapat


mengesan sebab-sebab kesukaran itu berlaku serta dapat memberi petunjuk
kepada para guru untuk melakukan tindakan susulan bagi memperbaiki
kelemahan yang wujud.

12

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika ujian diagnostic dijalankan


ilaha kebiasaannya ujian diagnostik dijalankan pada satu orang murid pada
satu masa. Guru perlulah memerhatikan seseorang pelajar memberikan
jawapannya. Guru juga perlu menyediakan segala kemudahan untuk ujian
seperti pensil, getah pemadam dan kertas ujian diagnostic. Ujian ini tidak
boleh dijalankan jika murid kurang sihat. Guru perlulah mencatitkan apa-apa
yang dilakukan dan respon dari murid walaupun melalui ujian diagnostik
secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik tersebut. Susunan kandungan
ujian mestilah dari senang kepada perkara yang susah. Setelah maklumat
kesalahan murid didapati, catitkan ke dalam lampiran senarai semak .
Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah tepat supaya
tidak ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatu arahan
tersebut.
Ujian diagnostik perlulah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti muridmurid yang dipilih untuk mengikuti program pemulihan. Ujian diagnostik lisan
dijalankan secara secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan. Ujian ini hendaklah diberhentikan serta merta jika murid gagal
menjawab dengan betul semua item dalam tiga kemahiran secara berturutturut. Melalui keputusan ujian diagnostik akan memberi penduan pada guru
untuk menyusun satu program penagajaran pada murid tersebut. Masa yang
mencukupi perlulah diberikan kepada murid untuk menjawab soalan supaya
mereka merasa lebih tenang dan selesa. Markah ujian yang diberi tidak
penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang
diberi dapat membantu murid menjawab. Kesemua jawapan perlulah diteliti
oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan mengenal pasti
kesilapan mereka dan setiap kesalahan serta kesilapan murid perlulah
direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada suatu masa yang lain.
Setelah gambaran awal tentang permasalahan murid dikenalpasti, ujian pra
dijalankan bagi menjadi penanda aras kepada guru tentang pengetahuan
sedia ada murid sebelum kntevensi digunapakai. Sebelum ujian ini dimulakan
murid saya telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu
untuk menjalankan kajian di sekolah ini serta kebenaran daripada penjaga
murid.
13

Setelah itu pengajaran menggunakan intevensi yang dirancang dijalankan


yang mana pengajaran menerapkan penggunaan latih tubi murid dalam
pengajaran murid berkeperluan khas dilaksanakan.
Setelah selesai pengajaran di dalam kelas murid akan menjalani ujian pos
yang akan mengesan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas dalam
mencapai objektif pengajarannya selepas intevensi dijalankan. Soalan ujian
pos yang diberikan sama seperti soalan pra yang dijalankan sebelum ini
namun kedudukan soalan diubah bagi mengelakkan murid menghafal
jawapan ujian.
Saya juga turut menemu bual responden secara individu. Temu bual
membantu saya meneroka dan mendapat maklumat kajian secara mendalam
kerana

melibatkan

hubungan

bersemuka

secara

langsung

dengan

responden. Semasa temu bual dijalankan, saya telah mencatatkan isi-isi


utama supaya dapat merujuk balik jawapan murid selepas sesi temu bual.
Melalui sesi temu bual yang dijalankan bagi meninjau perasaan murid
semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Ianya juga dapat
mengenalpasti kesan penggunaan bahan bantu mengajar semasa mengikuti
sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut.

14

Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik ( KHAS )


Matapelajaran

Tarikh

20 Februari 2015

Matematik

Kelas

3 Melati

Bilangan

1 orang

Masa

9.00 9.30 (30 minit)

Subjek

Standard Kandungan

Nombor dan operasi / Nombor buat hingga 1000


:

1.1

Membaca sebarang nombor yang diberi


dalam perkataan

Standard Pembelajaran :

i.

Menyebut sebarang nombor yang diberi


dalam bentuk angka

Langkah

Kaedah

( Masa )

Set
induksi
5 minit

Ulangkaji

Aktiviti

Aktiviti

guru

murid

Alatan dan
bahan

Guru memberi

Murid

Buku teks,

penerangan

mengulangkaji

buku latihan

pelajaran yang

pelajaran yang

dipelajari

dipelajari

sebelum ini.

sebelum ini.

15

Langkah 1
5 minit

Guru

Murid

Persembaha

menayangkan

diminta

persembahan

menyebut

power point

power point

nombor dan

berkaitan

mengeja

nombor 21

perkataan bagi

hingga 50.

nombor

Guru

yang

menunjukkan

diperlihatkan

dalam bentuk

dalam

nombor dan

persembahan

dalam bentuk

power point

perkataan.
Langkah 2
5 minit

Guru meminta

Murid

Kad nombor

murid

memadankan

Kad

memadankan

nombor

perkataan

nombor bulat

dengan kad

dengan

perkataan

kad

nombor.

perkataan
nombor.
Guru
membimbing
murid mencari
jawapan tepat
Langkah 3
5 minit

Guru meminta

Aktiviti
dijalankan
secara
berulang
Murid

murid

membaca

membaca

kad nombor

kad nombor

yang telah

yang telah

dipadankan

dipadankam
Guru meminta
murid
16

Murid menulis

Kad nombor
Papan putih

menulis

nombor

nombor

berdasarkan

berdasarkan

perkataan

perkataan

pada papan

pada papan

putih

putih.
Langkah 4
10 minit

Guru

Murid

Lembaran

membimbing

menjawab

kerja

murid

soalan-soalan

pemulihan

menyelesaika

dalam

lembaran kerja

masalah

latihan

secara

pemulihan

individu.
Guru
membuat
penilaian
terhadap hasil
kerja murid.

Bil

Standard Kandungan

Membaca sebarang nombor

17

Bilangan betul

Bilangan salah

Ujian Pra

Ujian Pos

dalam perkataan
2

2/10

8/10

2/10

8/10

Menyebut sebarang nombor


yang diberi dalam bentuk
angka

Dapatan Intervensi
Ujian Pra pos

Jadual 1: Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi Badrul Hisham
Hasil ujian pra dan pos mendapati keputusan ujian yang positif dicatatkan
oleh Badrul. Jumlah peningkatan bilangan soalan yang dijawab betul telah
meningkat daripada hanya betul 2 soalan sahaja sebelum ini meningkat
kepada 8 soalan yang betul dijawab oleh beliau.

Skrip temubual.
Temu bual bersama Badrul.

Cikgu

Apa khabar Badrul?

18

Badrul

Baik(sambil tersenyum)

Cikgu

Amin boleh tulis nombor dalam perkataan? Mengapa?

Badrul

Boleh cikgu, sebab dah buat banyak kali.

Cikgu

Ok..kalau cikgu sebut nombor dalam angka?

Badrul

Lagi senang cikgu tulis nombor je (sambil senyum)

Cikgu

Bahagian mana paling Badrul suka masa cikgu ajar?

Badrul

Saya suka suai dengan kad cikgu..

Melalui temu bual yang telah dijalankan bersama murid jelas menunjukkan
bahawa kedua-dua murid mempunyai minat dalam pengajaran di dalam kelas
menggunakan teknik latihtubi. Mereka juga seronok apabila menggunakan
bahan

bantu

mengajar yang

digunakan

untuk

mmembantu

mereka

memahami isi pembelajaran.

Laporan dapatan intervensi dalam kelas


Melalui kajian yang telah dijalankan jelas membuktikan penggunaan kaedah
latitubi telah dapat meningkatkan kemahiran membaca sebarang nombor
melalui dalam perkataan dan menyebut sebarang nombor yang diberi dalam
bentuk angka. Melalui ujian pra kedua-dua murid hanya dapat menjawab dua

19

daripada sepuluh soalan manakala selepas intervensi dijalankan terdapat


peningkatan markah pada ujian pos iaitu kedua-dua murid dapat menjawab
lapan lapan soalan daripada sepuluh soalan yang diberikan dengan betul.
Bukan itu sahaja, melalui latihan latihtubi yang diberikan murid telah
menguasai objektif pengajaran apabila setiap kali latihan dilakukan murid
mecatat peningkatan markah.
Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu mengajar tersebut juga
menunjukkan murid berminat untuk mengikuti pegajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.Selepas saya melaksanakan kajian ini, saya mendapati bahawa
murid dapat meningkatkan kemahiran kemahiran membaca sebarang nombor
melalui dalam perkataan dan menyebut sebarang nombor yang diberi dalam
bentuk angka menggunakan teknik latihtubi.
Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara
terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa teknik latihtubi dapat
meningkatkan kemahiran kemahiran membaca sebarang nombor melalui
dalam perkataan dan menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk
angka.. Murid-murid yang menjalani proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan bahan bantu mengajar menampakkan peningkatan markah
dalam ujian pos berbanding ujian pra. Peningkatan markah ujian tersebut
menunjukkan murid dapat membantu mereka untuk menjawab soalan ujian
pra dengan mudah dan memperolehi markah yang baik.
Teknik latihtubi juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat belajar,
malah

ianya

sekaligus

dapat

mengurangkan

tingkah

laku

pasif,

menggalakkkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pembelajaran dan


pengajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin murid. Saya
mendapati bagi membantu murid yang lemah dalam membaca sebarang
nombor melalui dalam perkataan dan menyebut sebarang nombor yang diberi
dalam bentuk angka memerlukan sesuatu bahan bantu mengajar yang dapat
menarik minat mereka untuk terus mempelajari topik tersebut dengan baik.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat
menarik minat mereka malah dapat meningkatkan penguasaan dalam
melakukan penolakan asas lingkungan satu hingga sepuluh. Seseorang
20

murid yang lemah dalam topik yang diajar akan cepat berasa bosan dan tidak
memberi sepenuh perhatian terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran
yang dijalankan. Jadi sebagai seorang guru yang prihatin dengan masalah
yang dihadapi oleh murid, guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam
menyediakan bahan bantu mengajar agar dapat menarik perhatian dan minat
murid tersebut dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi mereka dari
semasa ke semasa.
Saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baru
melalui penyelidikan tindakan ini. Ia telah menambah baik amalan
pembelajaran dan pengajaran saya dalam operasi tolak asas lingkungan satu
hingga sepuluh. Saya berasa gembira kerana dapat menjalankan satu kajian
yang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah
dalam kemahiran membaca sebarang nombor melalui dalam perkataan dan
menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka.
Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa
akan datang seperti mengintergrasikan penggunaan bahan bantu mengajar
dan diselitkan sedikit nyanyian supaya proses pembelajaran dan pengajaran
menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif
murid.
Selain itu, aktiviti yang lebih tertumpu kepada murid juga boleh dilaksanakan
seperti mewarna nmbor, menyambung titik yang membentuk nombor atau
perkataan. Penggunaan permainan kecil juga boleh dijalankan bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan bermakna kepada murid.
Kesimpulannya, penggunaan kaedah latitubi telah dapat meningkatkan
kemahiran membaca sebarang nombor melalui dalam perkataan dan
menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka di kalangan
murid berkeperluan khas dalam masa yang sama memberi pendedahan
kepada

saya

tentang

pengalaman

merancang

dan

mengendalikan

pengajaran di dalam kelas menghadapi masalah pembelajaran murid

21

berkeperluan khas dalam usaha

peningkatan profesion saya sebagai

seorang guru.

Rujukan :
Jabatan Pendidikan Khas (2002). Maklumat Pendidikan Khas 2002.
Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur
Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010). Pendidikan Disleksia. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.: Selangor
22

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Buku


Panduan:

Pembinaan

Sumber

Pengajaran

dan

Pemebelajaran

Matematik Sekolah Rendah Nombor. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kuala Lumpur
Martnez Silva, M. y Gorgori, N. (2004). Conceptions on the teaching of
subtraction: a study focused on an in-service teacher-training
course.Revista Electrnica de Investigacin Educativa, 6 (1). Diperoleh
pada 23 march 2012 darihttp://redie.uabc.mx/vol6no1/print-contentssilva.html
Mohamad Hasrul Daud.(2012).Dimuat turun pada 20 Februari 2012 daripada
http://www.ehow.com/how_2301353_teach-first mathsubtraction.html
Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Selangor:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nyda Musz. (2012). Instruksi P & P Berdasarkan Teori Kognitif Piaget, dimuat
turun pada 28Feruari 2012, daripada
http://usm.academia.edu/NydaMusz/Papers
Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara
portfolio. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

23

You might also like