Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama

3 PPISMP TESL ?
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Bahru, Johor.
Tuan Haji Baharum bin Sulman,
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru, Johor.

18 OKTOBER 2012

Tuan,
Rayuan Mengurangkan Jumlah Denda Terus Akta 174
Merujuk perkara di atas, saya bernombor kad pengenalan ?????????????? daripada
opsyen 3 PPISMP TESL ambilan Jun 2011. Untuk makluman tuan, saya telahpun
dikenakan denda terus Akta 174 berhubung kait dengan kesalahan tidak membawa kad
keluar masuk atau kad matrik ketika keluar pada waktu malam.
2.

Disebabkan kesalahan saya ini, saya telah dikenakan bayaran berjumlah

RM100.00 untuk dibayarkan kepada pihak HEP sebagai denda di atas kecuaian saya
ini. Kesalahan yang saya lakukan ini bukanlah disengajakan tetapi disebabkan
kecuaian meletakkan kad keluar masuk dan kad matrik menyebabkan saya tidak
perasan bahawa saya tidak membawa kad tersebut. Saya mengaku atas kesalahan
yang telah saya lakukan.
3.

Pada hakikatnya saya merasa amat terbeban dengan jumlah kompaun

kesalahan yang dikenakan kepada saya. Oleh itu, saya ingin membuat rayuan kepada
pihak tuan untuk merendahkan jumlah kompaun tersebut kepada RM50.00 sahaja
supaya saya tidak berasa tertekan untuk membayarnya. Saya mohon tuan

mempertimbangkan semula rayuan saya ini memandangkan ini kali pertama saya
membuat kesalahan yang melibatkan denda terus. Saya berjanji bahawa ini adalah kali
terakhir saya tidak membawa kad keluar masuk atau kad matrik. Saya tidak akan
ulanginya semula pada masa akan datang.
4.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan semula rayuan saya ini.

Ihsan daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih saya ucapkan atas budi
bicara daripada pihak tuan.

Disediakan oleh,

..
()

You might also like