Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AJ20903 Sejarah Awal Asia Timur

Soalan 5. Analisa pencapaian ekonomi Jepun semasa era Meiji


Salah satu langkah paling penting yang telah diambil oleh pemimpin Meiji untuk
memodenkan Jepun ialah menjalankan proses modenisasi dalam bidang ekonomi.
Pemimpin-pemimpin ini yakin bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri
kapitalisme

merupakan

kunci

utama

kepada

keselamatan

dan

keagungan

nasionalisme. Modenisasi ekonomi terutamanya yang melibatkan pembangunan


sektor industri moden telah juga didorong oleh beberapa faktor lain. Pertamanya,
negara tersebut sedang dibebani oleh pertumbuhan penduduk yang pesat dimana
ianya tidak dapat diserap secara yang menguntungkan ke dalam sektor pertanian.
Dalam konteks ini, pemimpin-pemimpin Meiji telah menyedari bahawa sektor
pertanian tidak akan dapat menawarkan pekerjaan bagi penduduk yang sedang
pesat berkembang. Kedua, Kerajaan Meiji yang menghadapi masalah kekurangan
yang teruk dalam perdagangan luar negerinya telah membuat keputusan bahawa
salah

satu

cara

terbaik

untuk

menyelesaikan

masalah

ini

ialah

dengan

menambahkan kuantiti dan jenis eksport perindustrian ke negara-negar asing.


Langkah ini memerlukan pembangunan sebuah sektor perindustrian moden. Ketiga,
Oligarki Meiji menyedari bahawa kelas samurai yang berjumlah hampir 600,000
harus diberi pekerjaan yang mendatangkan hasil dan ini boleh dicapai jika Jepun
membangunkan sebuah sektor perindustrian dan dan kapitalis yang moden. Pencen
yang dibayar kepada kelas samurai (oleh Kerajaan) meletakkan beban kewangan
yang berat ke atas Kerajaan baru. Di dalam kadaan yang sedemikian pemimpinpemimpin Meiji sedar bahawa Kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pencen
(kepada kelas ini) dan bahawa golongan samurai harus diberi lebih banyak peluang
pekerjaan. Berhubung dengan ini, pewujudan sebuah sektor perindustrian moden
boleh memberikan peluang pekerjaan yang secukupnya bagi golongan samurai
serta rakyat jelata.1
Proses memodenkan ekonomi tidak dimulakan dengan sektor perkilangan tetapi
ditumpukan kepada usaha membangunkan sektor pertanian. Ini tidak dapat
dielakkan kerana pertanian merupakan pekerjaan paling penting bagi majoriti
1 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 79.

penduduk Jepun. Tambahan pula, sektor pertanian menghasilkan hampir 80% dari
jumlah hasil pendapatan dalam negeri(cukai) dalam tahun-tahun 1870an dan
1880an. Sehingga tahun 1894, sektor ini masih menyumbangkan hampir 60%
daripada jumlah pendapatan kerajaan. Pada hakikatnya, boleh dikatakan bahawa
sektor pertanian bertanggungjawab memikul beban sektor industri Jepun kerana
cukai tanah telah membiayai kebanyakan daripada kos yang dihadapi oleh Kerajaan
Meiji dalam membangunkan sektor berkenaan pada tahun-tahun 1870an dan
1880an. Tambahan pula, eksport-eksport pertanian terutamanya sutera dan teh
telah

menampung

pembelian

kebanyakan

dari

jentera

dan

bahan-bahan

perindustrian yang diimport dari Barat. Berdasarkan kepada faktor-faktor ini adalah
tidak hairan bahawa pemimpin-pemimpin pada era Meiji menumpukan perhatian
yang utama kepada sektor pertanian.
Pada

tahun

1873,

pemimpin-pemimpin

Meiji

telah

memulakan

satu

perubahan penting dalam sistem cukai tanah. Semasa Era Tokugawa, cukai tanah
dipungut dalam bentuk beras dan jumlah cukai yang dikutip oleh tuan-tuan feudal
berbeza-beza dan pada masa-masa tertentu golongan daimyo mengambil sehingga
50% dari hasil tanaman petani sebagai cukai. Tambahan pula, cara mengutip cukai
dalam bentuk tanaman adalah sukar untuk dinilai dan lebih mahal. Selain daripada
kelemahan sistem cukai, pendapatan yang diperolehi oleh golongan daimyo dari
kutipan cukai berubah dari tahun ke tahun bergantung diatas pendapatan dan hasil
tuaian. Keadaan ini memberi kesulitan bagi kerajaan untuk merancang belanjawan.
Kesulitan ini telah mendorong pemimpin-pemimpin Meiji supaya memerlukan satu
sistem cukai tanah yang lengkap dalam tahun 1873. Dibawah sistem baru ini, cara
pembayaran cukai mereka dalam bentuk hasil tanaman telah dihapuskan dan
mengikut sistem baru, para petani diperlukan membayar cukai mereka dalam
bentuk wang tunai. Kadar percukaian kini berdasarkan di atas nilai tanah. Purata
kaum tani hanya membayar 3% dari nilai tanah mereka sebagai cukai. Kadar ini
ditetapkan atau kekal konsistan tidak kira sama ada hasil tuaian baik ataupun tidak.
Dalam tahun 1887 kadar ini telah dikurangkan kepada 2.5% dari nilai taksiran tanah
mereka. Hal ini kerana, kadar percukaian baru meletakkan beban yang berat keatas
kaum tani Jepun kerana taksiran tanah dibuat sewenang-wenangnya oleh pegawaipegawai kerajaan yang biasanya menetapkan nilai yang tinggi ke atas tanah-tanah
kaum tani yang layak dikenakan cukai.

Selain dari mengkaji semula sistem percukaian tanah, pemimpin-pemimpin


Meiji juga telah mengambil langkah-langkah baru untuk meningkatkan daya
pengeluaran pertanian. Penuntut-penuntut dalam jurusan pertanian telah dihantar
ke luar negeri dan pakar-pakar pertanian asing telah diambil berkhidmat oleh
kerajaan. Jenis tanaman dan benih baru telah diimport dan baja kimia telah
digunakan secara intensif. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan
sekolah-sekolah, maktab-maktab dan stesen-stesen pertanian telah didirikan di
beberapa bandar termasuk Tokyo. Tanaman-tanaman dagangan (komersial) seperti
teh, sutera dan lain-lain telah juga digalakkan sementara banyak kawasan-kawasan
baru telah dibuka di beberapa bahagian Hokkaido terutamanya untuk tujuan-tujuan
pertanian. Peneroka-peneroka baru khususnya dari kelas samurai telah diberi
banyak insentif termasuk bantuan kewangan untuk meneroka ke kawasan ini.
Di sebalik langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dari beberapa segi,
sektor pertanian masih belum dapat mencapai tahap yang dijangkakan. Kawasankawasan pertanian tetap tinggal kecil. Hampir 5.4 juta keluarga tani negara tersebut
mengerjakan tanah seluas purata 2 ekar. Kegiatan pertanian secara intensif
dilakukan oleh tenaga buruh tanpa penggunaan alat jentera moden. Pada
keseluruhannya, daya pengeluaran telah meningkat dengan memuaskan. Lockwood
dalam The Economic Development of Japan, telah menyatakan bahawa daya
pengeluaran pertanian telah bertambah sebanyak 35-40% dalam tempoh 18941914. Sektor pertanian telah menyumbangkan separuh dari sumber kewangan dan
tenaga manusia dan dengan itu telah membolehkan kerajaan Meiji membangunkan
bidang industri dengan lebih pesat.
Satu lagi bidang yang mendapat perhatian penting dari kerajaan ialah bidang
perindustrian. Berhubung dengan perkara ini, perkembangan Revolusi Perindustrian
Jepun dan pertumbuhan kapitalisme moden yang terpantas tidak dapat ditandingi
dalam

sejarah.

Di

Eropah,

revolusi

perindustrian

mengambil

masa

untuk

berkembang selama beberapa abad. Ia bermula ketika Zaman Pertengahan dan


berkembang dari zaman feudalisme melalui tahap yang beransur-ansur dari
perdagangan dan perusahaan laissez-faire kepada kapitalisme perindustrian.
Berlainan dengan Jepun, Negara tersebut telah melangkah maju dalam hanya satu
generasi (lebih kurang 20-30 tahun). Pencapaian ini lebih menakjubkan kerana
peralihan (dari industri bercorak feudalisme kepada kapitalisme) telah dicapai oleh

sebuah Negara yang kekurangan sumber-sumber yang diperlukan bagi industri


moden seperti modal, golongan usahawan-usahawan yang berpotensi, teknologi
dan lain-lain.
Kebanyakan daripada kredit bagi pencapaian ini harus diberi kepada
pemimpin-pemimpin Meiji yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada
proses pembangunan industri (misalnya, Okubo). Pemimpin ini yakin bahawa sector
industry merupakan asas yang penting bagi pembinaan sebuah Negara yang kaya,
agung dan berkuasa. Keyakinan inilah yang mendorong pemimpi-pemimpin Meiji
supaya membangunkan struktur industri yang kukuh di Jepun. Pemimpin-pemimpin
Meiji telah meletakkan asas bagi perkembangan perindustrian dengan membina
industri-industri baru yang berasaskan perdagangan. Selain dari industry-industri
ini, Oligarki Meiji juga memberi penekanan ke atas industri-industri pertahanan atau
strategik seperti pembinaan kapal, alat-alat perang dan lain-lain. Ini tidak dapat
dielakkan kerana industry-industri tersebut penting kepada pertahanan Negara.
Industri bercorak militeri yang terbesar dalam tempoh 1870-1880 ialah limbungan
kapal tentera laut di Yokusaka. Kerajaan juga telah mengelolakan dua buah kilang
besar (di Tokyo dan Osaka) untuk membuat meriam, senapang dan peluru. Kilangkilang ini dibantu oleh tiga buah kilang ubat bedil yang kecil di Tokyo dan di daerah
Gumma.
Dalam usaha membangunkan asas perindustrian yang kukuh, pemimpinpemimpin Meiji mengekalkan industry strategic sebagai monopoli kerajaan tetapi
bagi industri-industri awam atau perdagangan. Kerajaan telah menggalakkan
penyertaan modal persendirian supaya melabur dalam bidang-bidang industryindustri baru. Kekurangan modal persendirian telah menyebabkan kerajaan
mengambil peranan utama pada tahap permulaan bagi mewujudkan lebih banyak
industry di Jepun pada tahun 1870an. Kerajaan Meiji tidak berapa Berjaya di dalam
menggalakkan

penyertaan

modal

persendirian

ke

dalam

bidang-bidang

perindustrian baru pada tahun-tahun 1870an. Ini disebabkan kekurangan kemahiran


teknologi dan pengurusan yang cekap yang diperlukan untuk menjalankan
perusahaan-perusahaan moden serta sikap konservatif saudagar-saudagar kaya di
Jepun semasa Era Tokugawa. Kerajaan mengharapkan saudagar-saudagar ini
menyertai kelas perindustrian atau golongan usahawan baru dalam Era Meiji. Tetapi
saudagar-saudagar ini keberatan untuk melabur dalam industry-industri baru yang

memerlukan sejumlah pelaburan modal yang besar. Ini disebabkan terutamanya


oleh sikap konservatif saudagar-saudagar yang lebih suka menjalankan aktivitaktiviti dalam perniagaan dalam bidang-bidang tradisional. Mereka juga keberatan
untuk melabur dlam industry-industri baru kerana kadar faedah adalah tinggi.
Lebih-lebih lagi, industri-industri seumpama ini terpaksa menghadapi saingan yang
hebat dari pengeluar-pengeluar asing. Infrastruktur yang lemah, kekurangan tenaga
mahir, kekurangan maklumat mengenai pasaran asing merupakan faktor-faktor
yang

menghalang

pelabur-pelabur

swasta

dari

melaburkan

modal

dalam

perusahaan-perusahaan pembuatan. Pasaran asing, perkapalan dan amalan-amalan


kewangan antarabangsa yang mana semuanya perlu bagi kejayaan industri-industri
yang berorientasikan eksport juga telah menghindarkan saudagar-saudagar dan
usahawan-usahawan dari melabur dalam industry-industri baru tempatan.
Keengganan usahawan-usahawan ini untuk melabur dalam perusahaanperusahaan perdagangan telah menyebabkan kerajaan menubuhkan beberapa
industry pembuatan

dalam tahun-tahun

1870an. Perusahaan-perusahaan ini

termasuk pembinaan kilang-kilang penggulungan sutera moden di Tomioka dan


Maebashi dalam tahun 1870, sebuah kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun
1875 dan sebuah kilang benang bulu kambing di Senju yang telah didirikan pada
tahun yang sama. Contoh industry-industri lain ialah pembinaan simen Fukugawa
dalam tahun 1875 dan kilang kaca Shinagawa pada tahun 1876. Menjelang tahun
1880, perusahaan-perusahaan perindustrian milik kerajaan berjumlah sebanyak 52
buah dan ini termasuk 3 buah limbungan kapal, sepuluh buah lombong iaitu
lombong arang batu, besi dan emas serta lima buah loji senjata. Segala usaha dan
pengalaman pihak swasta berkembang maju dan oleh kerana Negara memerlukan
wang bagi memperlengkapkan sector pertahanan iaitu membesarkan kedudukan
militari, Kerajaan Meiji telah menyerahkan kebanyakan daripada milik perindustrian
ini kepada beberapa buah syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda,
Asano, Furukawa, Kawasaki, Otani, Okura dan lain-lain. Dengan itu kerajaan Meiji
telah membantu dalam meletakkan asas bagi pewujudan gabungan-gabungan
industri kewangan yang dikuasai oleh beberapa golongan pemodal yang kaya atau
dikenali Zaibatsu. Kemunculan Zaibatsu seperti Mitsui, Mitsubishi dan Sumitomo
telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.

Kumpulan Zaibatsu ini telah berkembang menjadi konglomerat-konglomerat


gergasi di dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Mereka telah memainkan
peranan penting dalam menukar Jepun menjadi sebuah Negara perindustrian yang
utama. Tidak dapat dinafikan bahawa Zaibatsu-zaibatsu ini telah menjadi entitientiti ekonomi raksasa tanpa naungan pemimpin-pemimpin Meiji yang telah
mengukuhkan pertumbuhan Zaibatsu-zaibatsu ini bagi mengubah Jepun menjadi
sebuah kuasa besar industry dan ekonomi. Antara Zaibatsu-zaibatsu ini, Mitsui dan
Sumitomo telah ditubuhkan semasa Era Tokugawa. Zaibatsu-zaibatsu lain, seperti
Mitsubishi, Yasuda, Asano dan lain-lain telah diasaskan oleh bekas-bekas samurai.
Pendatang baru yang giat berusaha ke dalam perniagaan ialah Iwasaki Yataro di
mana Perbadanan Mitsubushinya membangkitkan satu cabaran yang serius kepada
Mitsui.
Dalam proses tersebut, Zaibatsu-zaibatsu ini terutamanya Mitsui dan
Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji yang pada
hakikatnya menjadi penaung-penaung mereka. Mitsui berhubung erat dengan Inoue
Kaoru yang menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri manakal Mitsubishi pula
mempunyai hubungan dengan Okubo dan Okuma iaitu pemimpin-pemimpin yang
berpengaruh dalam Oligarki Meiji. Kesan dari keadaan ini, Mitsui bersama-sama
Mitsubishi telah menjadi industry yang dominan di dalam bidang perindustrian dan
perdagangan di Jepun. Kewujudan luar biasa Mitsui dan Mitsubishi adalah
disebabkan oleh kepimpinan berkesan kedua-dua Zaibatsu ini. Mitsui telah
mencapai perkembangan pesat di bawah kepimpinan 3 obanto atau pengurus
agung iaitu Masuda, Takashi Takuma dan Nakamigawa Hirojiro. Di bawah
kepimpinan ketiga-tiga pengurus ini, Mitsui telah membangun menjadi sebuah
empayar perniagaan dan perindustrian yang besar dengan anak-anak syarikat yang
menjalankan urusan-urusan bank, kewangan, harta tetap, perdagangan, pembinaan
kapal, penyimpanan, loji-loji keluli, perlombongan, kertas, jentera elektrik, perkakas
rumah, kimia dan tekstil. Sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti ini, Mitsui juga
telah dilantik sebagai kontraktor rasmi sebagai bagi Tentera Darat dan Tentera Laut.
Sementara itu, Iwasaki Yataro telah membangunkan Mitsubishi ke dalam sebuah
Zaibatsu yang berkuasa dengan jenis aktiviti-aktiviti ekonomi yang standing dengan
Mitsui. Iwasaki yang merupakan seorang pegawai rendah di Han Tosa telah menjadi
masyhur dengan menubuhkan semula cawangan Nagasaki kepunyaan Syarikat

Perdagangan Tosa yang juga mengendalikan kapal-kapal di antara Pulau Shikoku


dan Bandar-bandar pelabuhan Jepun yang utama. Dengan penghapusan feudalisme
dan sistem kerajaan Han, Iwasaki telah memperolehi asset-aset syarikat Tosa yang
telah dinamakan semula Mitsubishi. Iwasaki telah memberi tumpuan ke atas bidang
perkapalan. Dalam tahun 1875, Mitsubishi telah diberi subsidi tahunan sebanyak
Y(yen)250,000 oleh kerajaan Meiji dan syarikat tersebut telah dibenarkan membeli
18 buah kapal milik kerajaan atas syarat bayaran ansuran yang mudah. Salah satu
sebab bagi sokongan murah hati kerajaan Jepun kepada Mitsubishi ialah hasrat
pemimpin-pemimpin Meiji untuk memecahkan monopoli syarikat-syarikat

Pacific

Mall Steamship, Syarikat Pelayaran Peninsular dan Syarikat Oriental (P&O Line).
Iwasaki telah berjaya memecahkan monopoli syarikat-syarikat perkapalan asing ini.
Menjelang tahun 1880an, beliau telah menerima lebih daripada Y10 juta yen dalam
bentuk subsidi di samping keuntungan besar yang telah diperolehinya dari syarikat
perkapalannya. Dalam tahun 1885, Syarikat Perkapalan Iwasaki telah digabungkan
dengan Kyodo Unyu Kaisha untuk membentuk Nippon Yusen Kaisha (NYK).
Keuntungan besar yang telah diperolehi oleh Iwasaki dari perusahaan perkapalan
membolehkan beliau membina sebuah empayar ekonomi menjalankan kegiatan
bank, insuran, perdagangan, pembinaan kapal dan kimia.
Pada keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa kumpulan Zaibatsu telah
memberi sumbangan yang besar di dalam proses tranformasi dan kemajuan
ekonomi serta perkembangan pesat bidang perindustrian Negara Jepun.

Dasar-dasar Kewangan dan Fiskal


Kerajaan Meiji telah memulakan suatu system kewangan dan fiscal yang baru untuk
memudahkan pembangunan ekonomi terutamanya industri kapitalisme. Pemimpinpemimpin Meiji telah mewarisi suatu system kewangan yang tidak teratur. Salah
satu tugas serta merta Kementerian Kewangan ialah pembentukan satu system
matawang yang seragam. Kementerian Kewangan menghadapi tanggungjawab
menebus berbagai-bagai jenis wang kertas dan wang syiling yang berbeza dan
beraneka bentuk yang telah dikeluarkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Ini bererti
bahawa pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan terpaksa menguruskan lebih
daripada 1600 jenis wang kertas yang berlainan serta berbagai-bagai jenis wang

syiling emas, perak, tembaga, Loyang dan besi yang berbeza-beza bentuk dan saiz.
Pada tahun 1868,

You might also like