Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGGUNAAN PAPAN SaPu DALAM MENGAJAR

KEMAHIRAN PENOLAKAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM


KALANGAN MURID TAHUN 1
NORAINI BINTI ABDUL KARIM
Sekolah Kebangsaan Combined, Kuching.
karimnoraini@yahoo.com
DR. HJH. RAHMAH BT. MURSHIDI
IPG KampusTun Abdul Razak
rahmah.murshidi@ipgmktar.edu.my

DR. GAN WE LING


IPG KampusTun Abdul Razak
gan.weling@ipgmktar.edu.my
Abstrak

Penolakan merupakan salah satu daripada operasi asas dalam Matematik yang harus dikuasai
oleh murid-murid dari Tahun Satu lagi. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membantu
tiga orang murid tahun 1 Kristal meningkatkan kemahiran mereka melakukan penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula, iaitu melibatkan penolakan nombor dua digit dengan satu digit
serta penolakan nombor dua digit dengan dua digit melibatkan pengumpulan semula. Strategi
yang digunakan ialah melalui penggunaan Kaedah Papan SaPu. Beberapa kaedah pengumpulan
data iaitu pentadbiran Ujian Awal dan Akhir, temu bual, analisis hasil kerja murid, dan
pemerhatian telah digunakan. Dapatan daripada hasil analisis data-data tersebut menunjukkan
tiga orang murid menunjukkan peningkatan skor dalam julat 75% hingga 100%. Dapatan
daripada data yang lain juga menunjukkan peningkatan yang positif. Papan SaPu ini boleh
diperkembangkan lagi penggunaannya bagi meningkatkan kemahiran menolak nombor yang
melebihi dua digit, dan juga pengajaran kepada pengenalan konsep asas nilai nombor serta proses
pengumpulan semula pada nombor.

Refleksi P&P yang Lalu


Keputusan untuk menjalankan ujian saringan kepada murid-murid Tahun 1 Kristal, Tajuk: Penolakan dalam
lingkungan 100 dengan mengumpul semula telah saya jalankan semula berdasarkan dapatan daripada
refleksi pengajaran yang telah saya laksanakan. Sebelum saya menjalankan ujian saya telah ulang semula
kemahiran yang telah diajar pada semester yang lepas. Standard pembelajaran pada hari tersebut ialah
murid berupaya untuk melaksanakan pengiraan tolak dalam lingkungan 100 dalam bentuk lazim tanpa dan
dengan pengumpulan semula berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran saya pada 3hb Julai 2014.
Didapati 10 daripada 29 orang murid belum dapat menguasai kemahiran menolak nombor dua digit dengan
satu digit dan dua digit dengan dua digit dengan mengumpul semula dengan tepat, malah ada yang
langsung tidak memberikan jawapan yang betul. Selebihnya 19 daripada 29 orang murid boleh menguasai
kemahiran tersebut setelah diberi penerangan dan bimbingan oleh guru. Namun begitu, kemahiran ini perlu
diberi penekanan dan diulang semula pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.
(Refleksi RPH 03/07/2014)
Sewaktu saya membuat penyemakan, saya rasa sungguh terkejut dan sedikit kecewa kerana saya dapati
beberapa orang murid masih belum menguasai kemahiran penolakan fakta asas sedangkan kemahiran
tersebut telah saya ajar pada semester yang lepas. Selain itu, masih ramai juga yang melakukan kesilapan
kecuaian, contohnya seperti 5 0 = 0, sedangkan sepatutnya jawapan yang betul ialah 5. Eagleheart (1982,
petikan dari Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Zon Timur, 2005) berpendapat satu jenis kesilapan
yang biasa dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan Matematik ialah kesilapan kecuaian. Saya telah
bertanya kepada salah seorang daripada murid yang melakukan kesalahan tersebut, dan apabila saya
bertanya soalan secara lisan kepadanya, murid tersebut dapat menjawab :
Eh, salah cikgu, sepatut jawapannya ialah 5.
(NL/bil.1/10.8.2014)
Jadi, sememangnya murid tersebut telah melakukan kesilapan kecuaian. Saya selalu mengingatkan muridmurid saya untuk memastikan kesilapan kecuaian ini tidak berulang kerana hal tersebut hanya
menyebabkan jawapan mereka salah.

Dengan itu saya telah membuat keputusan untuk mengulang semula objektif pembelajaran yang sama pada
sesi pengajaran yang berikutnya dengan menggunakan pendekatan dan strategi yang lain kerana mungkin
strategi pengajaran yang saya gunakan sebelum ini tidak begitu berkesan. Selepas sesi pengajaran tersebut,
didapati sebahagian murid yang bermasalah pada awalnya dalam memahami penolakan nombor dua digit
dengan dua digit dengan pengumpulan semula boleh menjawab soalan latihan yang diberikan. Namun, saya
dapati 10 orang murid yang sama masih tidak dapat menjawab soalan penolakan yang diberikan. Daripada
hasil kerja murid, menunjukkan mereka keliru dalam konsep pengumpulan semula dan juga nilai tempat.
Tinjauan dan Analisis Masalah
Sememangnya penolakan dengan mengumpul semula merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh muridmurid sekolah rendah. Menurut Musa (2010), terdapat tiga kesilapan yang sering dilakukan oleh murid
semasa menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula melalui kaedah pinjam iaitu yang pertama
ialah tidak menguasai konsep pinjam sebelah. Kedua ialah pinjam sebelah nilai 10 tetapi tidak
mencampurkan dengan nilai sedia ada pada nilai yang ingin dipinjam. Ketiga ialah cuai dalam penolakan
nilai lebih dari 10 kerana kelemahan dalam menolak secara mental.
Tinjauan awal yang saya lakukan ialah dengan memberi ujian yang terdiri daripada soalan-soalan fakta asas
penolakan untuk mengenal pasti sama ada murid-murid Tahun 1 Kristal telah menguasai kemahiran
menolak yang telah mereka pelajari pada semester yang lepas. Selepas penyemakan ujian tersebut, saya
mendapati 10 daripada 29 orang murid Tahun 1 Kristal gagal menguasai kemahiran ini. Daripada hasil
kerja murid, menunjukkan mereka tidak tahu bagaimana konsep pengumpulan semula dalam penolakan dan
kaitannya dengan nilai tempat. Di samping itu, saya juga mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan
penolakan dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula daripada latihan yang diberikan kepada
mereka. Rajah 1. menunjukkan hasil kerja murid yang menjawab dengan salah soalan penolakan nombor 2
digit dengan 2 digit dengan pengumpulan semula.

Rajah 1:

Contoh jawapan murid yang tidak boleh melakukan pengumpulan semula


dengan dua digit)

(nombor dua digit

Jadual 1: Analisis Ujian Diagnostik bagi sembilan soalan menolak dua nombor dua digit dengan satu
digit dan dua digit dengan dua digit tanpa dan dengan pengumpulan semula.
Nama Murid (bukan
nama sebenar)
Amin
Borhan
Catherine

Nombor Soalan
1
1
1
1

2
1
1
1

3
1
1
1

4
1
1
1

5
1
1
0

6
0
0
0

Jumlah betul
7
0
0
0

8
0
0
0

9
0
0
0

5/9
5/9
4/9

Jadual 1 di atas menunjukkan jumlah jawapan betul yang dijawab oleh Amin, Borhan dan Catherine (bukan
nama sebenar). Daripada 9 soalan tersebut, soalan 1 hingga soalan 5 ialah soalan penolakan tanpa
mengumpul semula dan soalan 6 hingga soalan 9 ialah soalan penolakan dengan mengumpul semula.
Didapati ketiga-tiga pelajar ini telah menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul semula tetapi
masalah muncul apabila mereka menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan penolakan dengan
mengumpul semula.

Rajah 2 berikut menunjukkan jawapan yang diberikan oleh murid dan masalah murid dalam penolakan
dengan mengumpul semula.

Rajah 2: Sampel hasil kerja murid untuk penolakan dengan pengumpulan semula.
Daripada Rajah 2, murid-murid didapati gagal menjawab semua soalan penolakan dengan pengumpulan
semula. Sebagai contoh, bagi soalan (6) 67 29 = di atas, didapati murid-murid ini masih belum
memahami konsep tolak samada pada nilai tempat sa mahupun pada nilai tempat puluh. Sungguhpun
demikian, murid-murid ini boleh menulis bentuk lazim pada kedudukan yang betul mengikut nilai tempat.

Menolak nombor yang lebih kecil dengan


nombor yang lebih besar yang berada di
bawah.

Rajah 3 : Sampel hasil kerja murid yang menunjukkan murid menolak nombor yang lebih kecil dengan
nombor yang lebih besar yang berada di bawah.
Rajah 3 menunjukkan murid telah melakukan kesilapan dengan menolak nombor yang lebih kecil dengan
nombor yang lebih besar yang berada di bawah. Berdasarkan contoh soalan (7) di atas, murid telah
mengambil digit yang lebih besar dari subtrahend untuk menolak digit yang lebih kecil daripada minuend.

Rajah 4 : Sampel menunjukkan murid mencampur adukkan dan keliru di antara operasi tambah (+) dan
operasi tolak (-).
Daripada Rajah 4 ini pula, didapati murid keliru di antara operasi tambah (+) dan operasi tolak (-). Ini jelas
menunjukkan murid telah mencampur adukkan kedua-dua operasi dengan mencari hasil tambah dari soalan
penolakan.
Bolehlah dirumuskan bahawa kesemua subjek kajian mempunyai masalah yang sama iaitu tidak menguasai
kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Apabila saya memberitahu mereka bahawa mereka
bertiga terpilih sebagai subjek kajian saya, mereka bertiga rasa teruja untuk mempelajari penolakan dengan
mengumpul semula menggunakan bahan bantu mengajar yang saya hasilkan sendiri dengan Papan SaPu.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula nombor dua
digit dengan nombor dua digit menggunakan kit manipulatif iaitu Papan SaPu.
Kumpulan Sasaran
Subjek kajian adalah murid dari Tahun 1 Kristal, berumur 7 tahun terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan yang dikenali sebagai Amin, Borhan dan Catherine (bukan nama sebenar). Dari
segi akademik, Amin dan Borhan berprestasi sederhana dan Catherine pula agak lemah dalam mata
pelajaran Matematik.
PelaksanaanTindakan
Bagi menjalankan kajian ini, saya telah merancang membina satu bahan bantu mengajar (BBM) dengan
menggunakan Papan SaPu. Saya telah mendapat idea untuk menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar
untuk membantu murid saya yang bermasalah dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan
pengumpulan semula. Penguasaan kemahiran penolakan asas adalah penting untuk menarik minat murid
dan dapat membentuk cara berfikir secara matematik. Murid-murid ini tidak akan dapat memahami dan
mempelajari tajuk yang seterusnya nanti sekiranya kemahiran asas ini tidak dapat dikuasai sebaik mungkin.
Strategi yang saya pilih dan gunakan ini amat mudah dan praktikal kerana ia bermula dengan penggunaan
bahan konkrit diikuti oleh gambarajah dan akhir sekali ke peringkat abstrak. Penggunaan bahan-bahan
konkrit amat perlu di dalam membina pemahaman murid terhadap sesuatu konsep. Setelah memahami
konsep di peringkat konkrit subjek kajian dibimbing untuk membuat pengiraan menggunakan perwakilan
gambar sebelum diterjemahkan kepada simbol (angka) sebagai jawapan akhir. (petikan dari artikel Tengku
Zawawi, 1999).
Berdasarkan penggunaan base ten block, saya telah mendapat idea untuk menghasilkan satu bahan bantu
mengajar yang diubahsuai daripada base ten block. Saya telah menghasilkan satu Papan Sa yang terdiri
daripada satu petak kecil, mewakili 1 dan satu Papan Pu yang terdiri daripada gabungan 10 petak kecil,
mewakili 10 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5 : Papan Pu dan Papan Sa
Papan Pu
Papan Sa/1 petak asas sa = 1
Rajah 5 : Papan Pu dan PapanSa yang diubahsuai berdasarkan base ten block
Saya mengubahsuai bahan berkenaan bagi memberikan pengalaman kepada murid untuk merasa seronok
seterusnya menimbulkan minat dengan aktiviti belajar sambil bermain yang akan dijalankan melalui
penggunaan Papan Sa dan Papan Pu. Pemilihan Papan Sa dan PapanPu adalah berdasarkan tahap
murid dan kemahiran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran iaitu Penolakan dalam lingkungan 100. Bahan
ini bertujuan untuk memudahkan murid yang lemah iaitu murid yang saya pilih sebagai subjek kajian
memahami kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dengan baik. Ia juga bertujuan menarik minat
seterusnya membantu mereka dalam menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul semula.
Menurut Piaget, dalam kajian Budah (2012) melalui satu kajian, kanak-kanak pada peringkat operasi
konkrit boleh memahami sesuatu konsep matematik dengan lebih mudah menggunakan bahan-bahan
manipulatif yang bersesuaian.
Langkah pertama yang telah saya ambil adalah dengan memperkenalkan PapanSa dan Papan Pu serta
Papan SaPu kepada murid dan cara penggunaannya. Saya mempastikan murid faham dan tahu perbezaan
di antara Papan Sa dan Papan Pu. Papan yang berwarna biru dan panjang ialah PapanPu yang
membawa nilai sepuluh. Papan ini perlu diletakkan dalam rumah puluh. Papan yang berwarna merah pula
dan kecil ialah Papan Sa yang membawa nilai satu. Papan ini perlu diletak pada rumah sa. Pemahaman

mengenai nilai-nilai bagi setiap papan tersebut penting bagi memudahkan murid untuk menjalankan
langkah yang seterusnya iaitu menggunakan papan tersebut untuk membuat pengiraan dalam menjawab
soalan penolakan dengan mengumpul semula.
Langkah kedua, saya telah memberikan soalan penolakan dalam ayat matematik dan dalam bentuk lazim
kepada murid. Murid dibimbing menulis dalam bentuk lazim dengan betul bagi meningkatkan kefahaman
dan memberi gambaran dengan jelas topik yang hendak diajar.
Contoh soalan penolakan dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula:
83 25 =
Langkah ketiga, bagi soalan berbentuk ayat matematik, murid diminta menulis dan memasukkan nombor
yang terdapat dalam soalan yang diberikan ke dalam carta nilai tempat yang murid lukis. Saya
mempastikan nombor yang ditulis perlu dimasukkan ke dalam rumah yang betul.
Langkah keempat, selesai sahaja murid menulis dan memasukkan nombor mengikut ke dalam rumah yang
betul, murid meletakkan Papan Pu dan Papan Sa yang telah disediakan mengikut jumlah yang terdapat
pada carta nilai tempat yang telah ditulis oleh murid.
Langkah terakhir, murid memulakan langkah pengiraan iaitu menolak dengan menggunakan bahan yang
telah saya ajar iaitu Papan SaPu. Saya sentiasa mengingatkan murid saya untuk melakukan sebarang
proses operasi bermula dari rumah sa. Bagi memudahkan murid, saya namakan kaedah yang digunakan
Papan SaPu, maknanya mula dari rumah sa. Selain itu, murid diingatkan sekiranya proses penolakan dari
rumah sa tidak dapat dilakukan kerana nilai nombor di bawah lebih besar daripada nilai nombor yang di
atas, maka murid diminta untuk menjalankan proses peminjaman dari rumah puluh. Setelah meminjam dari
rumah puluh, bilangan yang dipinjam (papanPu) hendaklah dikumpul semula dalam rumah sa. Ini
bermakna, nilai dalam rumah puluh akan berkurang manakala nilai dalam rumah sa akan bertambah.
Seterusnya, proses penolakan boleh dilakukan seperti biasa.
Kaedah Mengumpul Data
Saya telah menggunakan empat jenis kaedah untuk mengumpul data kajian tindakan saya iaitu kaedah
mentadbir ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen atau hasil kerja murid.
Mentadbir Ujian Awal dan Ujian Akhir
Saya telah mentadbir ujian awal dan ujian akhir bagi mendapatkan perbandingan skor ujian untuk melihat
perbezaan pencapaian murid sebelum strategi dilaksanakan dan selepas strategi dilaksanakan bagi melihat
sejauh mana peningkatan yang dapat dilihat pada kumpulan sasaran saya.
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan oleh saya untuk mengumpul data. Saya
mencatatkan data saya dalam bentuk nota lapangan. Data yang dikumpul mengambil aspek-aspek seperti
reaksi murid-murid saya semasa saya mengajar di dalam kelas dan semasa saya memberi ujian awal dan
akhir kepada mereka. Saya memerhatikan cara murid saya menjawab soalan fakta asas penolakan secara
bertulis. Selepas itu saya mencatatkan kesalahan mereka, perasaan, tanggapan dan prasangka saya terhadap
subjek kajian dalam nota lapangan supaya saya dapat membuat penjelasan lanjut kepada mereka.
Temubual
Temubual dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perasaan murid-murid terhadap Papan SaPu dan
juga masalah yang dihadapi semasa menggunakan bahan ini. Di samping itu dapat melihat tahap
kefahaman mereka dalam memahami objektif yang digariskan.

Analisis Dokumen atau Hasil Kerja Murid


Saya telah mengumpul kesemua dapatan hasil kerja murid sepanjang saya menjalankan kajian saya.
Dokumen-dokumen yang saya kumpulkan adalah seperti lembaran kerja, dan juga kertas-kertas ujian.

Dokumen-dokumen ini saya gunakan sebagai rujukan semasa saya membuat analisis data untuk
mengetahui perkembangan mereka dengan menggunakan Papan SaPu.
Dapatan Kajian
Saya telah mengenalpasti 3 daripada 29 orang murid 1 Kristal tidak dapat menolak menolak nombor dua
digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula. Saya tidak boleh memandang ringan perkara ini
walaupun bilangan yang tidak menguasai adalah sedikit. Ekoran daripada itu, adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk memastikan ketiga-tiga subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran menolak
seperti rakan-rakan mereka yang lain dengan melaksanakan strategi yang telah saya rancang iaitu dengan
menggunakan Papan SaPu untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka dalam mencapai
objektif yang telah digariskan. Saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data melalui
pentadbiran Ujian Awal dan Ujian Akhir untuk melihat perbandingan dari aspek skor dan hasil kerja
mereka sebelum dan selepas strategi dilaksanakan. Saya juga telah menemuramah mereka bagi melihat
peningkatan kefahaman mereka dalam menolak nombor dua digit dengan satu digit serta menolak nombor
dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula. Sepanjang proses pelaksanaan strategi, saya juga
telah membuat catatan berdasarkan pemerhatian untuk merekod perkembangan murid-murid tersebut dalam
menguasai kemahiran yang belum dikuasai.
Sepanjang intervensi dijalankan, saya telah mengambil kesempatan pada setiap hari iaitu selepas masa
persekolahan selama 30 minit untuk memberi pengukuhan kepada subjek kajian dalam kemahiran
penolakan dengan pengumpulan semula. Saya memberi latihan tambahan kepada subjek kajian sebelum
saya menjalankan ujian akhir pada minggu yang berikutnya.
Untuk mengesan pemahaman subjek kajian, saya telah menyediakan satu ujian akhir yang terdiri daripada
12 soalan dalam bentuk lazim. Mereka diberi pilihan sama ada hendak menggunakan papan sa dan papan
pu yang saya sediakan atau sebaliknya. Subjek kajian akan menulis jawapan berdasarkan soalan-soalan
ujian akhir yang diberikan.
Saya telah menjalankan ujian awal ke atas 3 orang subjek kajian iaitu Amin, Borhan dan Catherine (bukan
nama sebenar) pada 20 Januari 2015 (Selasa). Sebanyak 12 soalan penolakan dengan pengumpulan semula
telah saya sediakan yang terdiri daripada 6 soalan penolakan satu digit daripada dua digit dan 6 soalan
penolakan dua digit daripada dua digit. Jadual 1 menunjukkan skor yang diperolehi oleh subjek kajian
dalam ujian awal yang telah dilaksanakan.
Jadual 2 : Skor Ujian Awal
Bil.
1.
2.
3.

Subjek Kajian/Nama Murid


Amin
Borhan
Catherine

Ujian Awal
0/12
0/12
0/12

Peratus (%)
0
0
0

Jadual 2 di atas menunjukkan skor yang diperolehi oleh murid-murid untuk ujian awal. Ternyata ketiga-tiga
subjek kajian masih belum menguasai penolakan dengan pengumpulan semula dan tidak memahami
konsep pengumpulan semula.

Rajah 6 : Contoh Soalan Ujian Awal yang menunjukkan murid belum memahami konsep penolakan
nombor dua digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula

Berdasarkan Rajah 6, didapati murid membuat kesilapan dalam memahami konsep penolakan nombor dua
digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula.

Rajah 7: Hasil Kerja Murid yang menunjukkan peningkatan semasa intervensi tanpa menggunakan
PapanSaPu.
Berdasarkan Rajah 7, didapati murid menunjukkan peningkatan dalam memahami konsep penolakan
dengan pengumpulan semula selepas pelaksanaan strategi dengan menggunakan Papan Sapu. Berlaku
perubahan dari segi cara murid menjawab soalan, iaitu proses pengumpulan semula yang dilakukan adalah
betul. Walaupun terdapat juga kesilapan, namun saya berasa gembira apabila murid-murid ini
menunjukkan minat dan lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan berbanding sebelum intervensi
dilaksanakan.
Selepas intervensi dijalankan, saya dapati berlaku peningkatan dalam kemahiran murid-murid tersebut
dalam memahami konsep menolak dua nombor dua digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit
melibatkan pengumpulan semula di nilai tempat sa melalui beberapa data yang telah saya kumpul. Jadual 3
menunjukkan perbandingan skor yang telah diperolehi oleh murid-murid untuk Ujian Awal dan Ujian Akhir
yang telah saya jalankan.
Jadual 3 : Perbandingan Skor Ujian Awal dan Ujian Akhir bagi 12 soalan menolak nombor dua digit
dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit dengan pengumpulan semula.
Nama (bukan nama
Ujian Awal
Peratus
Ujian Akhir
Peratus
Perbezaan
sebenar)
(%)
(%)
(%)
Amin
Borhan
Catherine

0/12
0/12
0/12

0
0
0

9/12
10/12
10/12

75
83
83

75
83
83

Dapatan kajian berdasarkan Jadual 3, menunjukkan bahawa berlaku peningkatan jumlah soalan yang betul
bagi ketiga-tiga subjek kajian semasa ujian akhir (soalan yang sama) yang telah dilaksanakan pada 2
Februari 2015 (Isnin). Borhan dan Catherine telah menunjukkan peningkatan sebanyak 83% manakala
Amin sebanyak 75%. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Amin rendah berbanding dengan Borhan dan
Catherine buakanlah menunjukkan bahawa dia yang paling lemah. Sebenarnya ketiga-tiga murid ini boleh
menjawab soalan yang diberikan, namun mereka tidak konsisten dan sering melakukan kesilapan kecuaian
dalam menjawab soalan. Peningkatan skor ini menunjukkan kemahiran ketiga-tiga subjek kajian dalam
menolak nombor dua digit dengan satu digit dan menolak nombor dua digiti dengan dua digit melibatkan
pengumpulan semula telah meningkat. Peningkatan kemahiran mereka ini dapat kita lihat dengan meneliti
perbandingan hasil kerja subjek kajian dalam menjawab soalan yang diberikan ketika ujian awal dan ujian
akhir.

Ujian Awal
(sebelum intervensi)

Ujian Akhir
(selepas intervensi)

Rajah 8 : Perbandingan hasil kerja Amin untuk soalan menolak nombor dua digit dengan nombor satu digit
dengan pengumpulan semula.
Ujian Awal
(sebelum intervensi)

Ujian Akhir
(selepas intervensi)

Rajah 9 : Perbandingan hasil kerja Borhan untuk soalan menolak nombor dua digit dengan nombor dua
digit dengan pengumpulan semula.
Ujian Awal
(sebelum intervensi)

Ujian Akhir
(selepas intervensi)

Rajah 10 : Perbandingan hasil kerja Catherine untuk soalan menolak nombor dua digit dengan nombor dua
digit dengan pengumpulan semula.
Berdasarkan Rajah 8 (hasil kerja Amin), Rajah 9 (hasil kerja Borhan) dan Rajah 10 (hasil kerja Catherine)
jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka tidak memahami konsep pengumpulan semula sebelum
intervensi dijalankan. Selepas intervensi dijalankan menggunakan Papan SaPu, terdapat peningkatan dari
cara mereka menjawab soalan.
Semasa menjalankan intervensi dengan menggunakan Papan SaPu, saya telah membuat pemerhatian dan
merekod setiap perkembangan murid-murid tersebut. Saya tidak mengharapkan mereka dapat menguasai
kemahiran menolak nombor dua digit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit melibatkan
pengumpulan semula ini dengan kadar yang cepat, oleh itu saya telah membuat beberapa catatan bagi
mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Sepanjang intervensi dijalankan, saya telah
menyuruh mereka untuk menjawab soalan dengan bantuan Papan Sa dan Papan Pu. Saya dapati mereka
semua telah berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Saya juga menguji mereka dengan
menggunakan soalan lain tanpa menggunakan papan tersebut. Ketiga-tiga mereka boleh menjawab hampir
semua soalan dengan betul.
Murid dapat menunjukkan proses penolakan dengan pengumpulan semula dengan menjawab
soalan dengan betul dengan bantuan dan tanpa bantuan Papan Sa dan Papan Pu.
(NL/bil.2/20.01.2015)
Daripada hasil kerja yang ditunjukkan, mereka telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menolak
dengan pengumpulan semula. Rajah 11 menunjukkan hasil kerja Catherine yang telah menjawab soalan
yang diberikan dengan betul tanpa menggunakan Papan Sa dan Papan Pu.

Rajah 11 : Hasil Kerja Catherine dalam menjawab soalan menolak nombor dua digit dengan dua digit
dengan pengumpulan semula tanpa menggunakan Papan Sa dan Papan Pu.
Berdasarkan Rajah 11, apabila tujuh tidak dapat ditolak terus dengan Sembilan, Catherine telah mengumpul
semula satu puluh dari enam. Cara kerja yang ditunjukkan oleh Catherine menunjukkan bahawa dia tahu
apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu nombor itu tidak boleh ditolak secara terus dalam soalan
penolakan.
Selain itu, saya juga telah menemu ramah mereka bagi memastikan mereka telah betul-betul menguasai
kemahiran tersebut selepas intervensi dilaksanakan. Sebelum intervensi dilaksanakan, saya juga telah
menemu ramah mereka untuk melihat perbandingan kaedah atau cara kerja mereka dalam menjawab yang
diberikan. Sebagai contoh, sebelum intervensi saya telah menemu ramah Catherine tentang bagaimana dia
menjawab solan 45 ditolak dengan 28. Semasa menjawab soalan tersebut, Catherine telah memberitahu
saya seperti berikut:
Saya tidak pasti..
(TB/bil.3/21.01.2015)
Hasil daripada temu bual tersebut, Catherine tidak pasti bagaimana hendak melakukan penolakan, dia
hanya menulis sahaja jawapan supaya soalan itu terjawab tanpa mengira sama ada jawapan nya itu betul
ataupun salah. Jawapan yang diberikan menunjukkan Catherine masih tidak memahami konsep penolakan.
Intervensi yang saya laksanakan, telah banyak membantu meningkatkan kefahaman Catherine dalam
menolak nombor dua digit dengan dua digit berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan bersama
Catherine selepas melaksanakan intervensi. Saya bertanya soalan kepada Catherine, berdasarkan soalan
yang sama, iaitu 45 ditolak dengan 28. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan kepada saya:
Empat dipotong jadi tiga sebab nak pinjam dengan lima, lima ini (di nilai tempat sa) jadi 15.
(TB/bil.4/21.01.2015)
Maklumbalas yang diberikan oleh Catherine dan subjek kajian yang lain membolehkan saya membuat
kesimpulan bahawa mereka sudah boleh menolak dua nombor dua digit dengan satu digit dan dua digit
dengan dua digit melibatkan pengumpulan semula. Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan saya
kelegaan kerana ketiga-tiga subjek kajian telah dapat mencapai objektif di dalam kajian ini. Secara tidak
langsung, peningkatan yang telah mereka tunjukkan telah menyuntik semangat kepada saya untuk terus
mengajar dan tidak berputus asa.
Refleksi
Sepanjang saya menjalankan kajian ini, banyak pengalaman telah mengajar saya supaya menjadi guru yang
bijak dalam menangani masalah murid yang lemah terutamanya. Kita tidak boleh terus menghukum murid
dengan menyatakan bahawa seseorang murid itu lemah kerana sikap murid itu sendiri. Oleh itu, sebagai
seorang guru kita hendaklah memastikan setiap langkah-langkah dan tindakan yang kita lakukan
semestinya menuntut kita untuk mempaktikkan amalan reflektif.
Sepanjang saya membuat kajian ini tidaklah semudah seperti yang saya sangkakan sebelum ini. Selama ini
saya beranggapan bahawa setiap apa yang saya ajar, murid mudah untuk memahaminya. Rupa-rupanya
saya silap. Situasi ini telah membawa saya untuk menilai diri saya sendiri serta kualiti pengajaran saya di

dalam kelas.Pada peringkat awal, saya merasa amat bimbang dengan prestasi tiga orang murid saya yang
merupakan subjek kajian dalam kajian saya ini. Mereka masih tidak dapat melakukan penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula yang melibatkan dua nombor. Maka saya telah mengambil jalan yang
positif untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Saya berpegang kepada pendapat bahawa setiap
permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Masalah yang timbul mungkin disebabkan oleh saya sendiri
yang tidak tahu tentang keperluan murid-murid tersebut dan bukannya disebabkan oleh kelemahan murid
itu sepertimana anggapan saya selama ini. Oleh itu, saya harus berfikiran positif, kreatif dan kritis untuk
merangka satu strategi bagi membantu murid saya agar mereka dapat memahami segala isi pelajaran yang
saya ajar dengan baik. Semasa mengajar pengajaran penolakan ini, saya hanya memikirkan untuk mengejar
sukatan yang perlu dihabiskan tanpa mengkaji kefahaman mereka dalam konsep asas seperti nilai tempat
dan pengumpulan semula.Saya juga beranggapan dengan hanya latihan yang saya berikan di dalam kelas
sudah mencukupi untuk murid saya memahami konsep penolakan. Hal ini telah mengajar saya supaya tidak
begitu mudah untuk membuat andaian terhadap tahap kemampuan murid-murid saya untuk memahami
sesuatu pelajaran seperti melakukan pengumpulan semula di dalam operasi tolak. Seseorang murid itu
harus memahami proses pengumpulan semula kerana pada dasarnya akan membawa kepada operasioperasi yang lain. Saya sepatutnya memberi penekanan dengan kefahaman nombor yang terdiri daripada
pelbagai nilai tempat seperti nilai tempat sa dan nilai tempat puluh. Saya juga seharusnya memastikan
mereka telah mahir pada konsep asas tersebut sebelum saya mengembangkan pembelajaran kepada tahap
yang seterusnya, iaitu memastikan murid-murid tersebut sudah faham konsep nilai tempat dan
pengumpulan semula sebelum mula mengajar mereka melakukan penolakan.
Sepanjang menjalankan kajian ini saya sering mengingatkan murid saya supaya membuat pengiraan dengan
betul dan teliti. Hal ini adalah kerana murid saya selalu gopoh ingin menyiapkan soalan latihan yang
diberikan dan akhirnya menyebabkan mereka salah dalam membuat pengiraan. Perkara seperti ini
sememangnya sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak yang sentiasa bersaing dengan rakan-rakan untuk
menyiapkan latihan mereka secepat yang mungkin. Jadi, sebagai seorang guru, saya seharusnya
mengingatkan murid-murid saya supaya sentiasa teliti dan tidak terkejar-kejar ketika menjawab soalan
latihan yang diberikan.
Berdasarkan pengalaman melaksanakan kajian ini, saya sedar bahawa saya perlu menjadi seorang guru
yang kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran saya. Teknik pengajaran saya juga perlu
pelbagai mengikut tahap kemampuan murid saya supaya mereka tidak mudah bosan dan akhirnya
menjadikan mereka tidak berminat untuk belajar dan malas dalam membuat pengiraan dengan tepat. Saya
telah sedia maklum bahawa tiga orang murid saya tidak boleh memahami penolakan dengan pengumpulan
semula. Salah satu faktor ialah mungkin pendekatan yang saya gunakan lebih kepada berpusatkan guru.
Saya mungkin terpengaruh dengan bilangan murid lain yang sudah menguasai dan secara tidak saya sedari
telah mengabaikan murid-murid ini. Selain itu saya juga mungkin memandang ringan dengan kaedah yang
sepatutnya saya gunakan. Saya jarang menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit, saya hanya
menunjuk secara abstrak di papan tulis. Hakikatnya, kaedah tersebut mungkin kurang bersesuaian bagi
situasi murid-murid saya yang memerlukan kaedah pembelajaran yang berbeza. Sebagai seorang guru, saya
seharusnya memahami dan membuat kajian atau reflkesi tentang kaedah yang terbaik yang diperlukan oleh
murid-murid saya dalam memahami sesuatu pembelajaran, sebagai contoh memahami konsep penolakan
dengan pengumpulan semula. Dapatan daripada kajian saya, ketiga-tiga subjek kajian memerlukan bahan
sokongan atau bahan bantu mengajar bagi membantu mereka memahami konsep penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula, dan akhirnya membawa saya untuk memperkenalkan strategi
menggunakan Papan SaPu yang diubahsuai berdasarkan base ten block.
Pada pendapat saya, penggunaan bahan bantu mengajar sangat membantu murid-murid dalam
pembelajaran mereka. Mereka akan lebih berminat dan akan tertarik dengan mata pelajaran Matematik.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga boleh menyangkal pandangan murid bahawa matematik
adalah satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar. Di samping itu, pemahaman matematik murid
akan dapat diperkukuhkan lagi. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini juga, aktiviti pembelajaran
akan lebih berpusat kepada murid. Oleh itu, proses pembelajaran pasti akan lebih berkesan dan sudah tentu
akan dapat mempertingkatkan prestasi murid secara khususnya.
Tindakan dan Kajian Seterusnya

Untuk kajian yang seterusnya, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah dengan meluaskan
penggunaan Papan SaPu ini kepada pengajaran dalam pengajaran menolak nombor yang mempunyai digit
lebih daripada dua. Selain itu, penggunaan strategi ini juga boleh diluaskan penggunaannya daripada untuk
mengajar penolakan sahaja kepada pengajaran asas nilai nombor dan proses pengumpulan semula. Saya
berpendapat strategi ini boleh digunakan secara efektif oleh guru untuk memberi gambaran yang jelas
kepada murid-murid tentang nilai-nilai nombor serta bagaimana proses pengumpulan semula berlaku dalam
keadaan tertentu. Pada pandangan saya, bahan bantu mengajar ini berupaya untuk memberi gambaran dan
kefahaman yang jelas kepada murid sekali gus dapat memantapkan asas konsep Matematik mereka.
Rujukan
J.A.(2012). Pembilang Itikku Meningkatkan Kemahiran Mengira Operasi Tolak
Prasekolah.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah, Seminar Penyelidikan
Tindakan IPGKBL., 16-29
Cheah, B.L, Ong S.L. (2006). Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid
Yang Belajar Abakus-Aritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik
Mental. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.Ji.2, 85-100
Hamdan Said (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di sekolah menengah, Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.
Musa. (2010). Penggunaan Easy Quantifiers Untuk Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Topik
Penolakan Dengan Mengumpul Semula. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kmpus Dato Razali
Ismail 2010.
Noraini Idris (2005a). Teaching and Learning of Mathematics: Making Sense and
Developing cognitive abilities. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distrubutors.
Noraini Idris (2005b). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors.
Noriati A. Rashid, Boon P.Y. dan Wong K.W. (2009). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (1999). Kefahaman Konsep dalam Matematik. Diakses pada 20 Januari
2015 dari http://www.akademikpahang.edu.my/v3/category/12-bahan-guru-dan-pentadbir.html?
download=90.
Budah,

You might also like