Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Satu penulisan (esei) berkaitan dengan keindahan tamadun dalammasyarakat majmuk

Malaysia serta memberi cadangan yang praktikal bagi kesinambungan tamadun


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ditakrifkan sebagai keadaan
masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran yang termasuklah sosial, budaya, politik dan lain-lain.
Malayssia merupakan sebuah negara unik yang dibentuk oleh masyarakat majmuk yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Oleh itu, tamadun Malaysia yang dibentuk
daripada tamadun pelbagai kaum menjadikan tarikan kepada pelancong ramai.
Dari aspek agama, Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan Malaysia. Namun
begitu, agama lain masih bebas dianuti oleh rakyat Malaysia asalkan tidak bertentangan
dengan agama Islam dan bukan aliran atau kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau
sesat.

Sebenarnya, agama amat berpengaruh untuk membentuk hubungan erat dan

perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Semua agama tidak kira agama Islam, Buddha,
Kristian, Hindu dan sebagainya mempunyai fungsi yang sama iaitu menjadi pedoman hidup
manusia dan nilai-nilai murni seperti kesaksamaan, toleransi, kasih saying adalah sejagat
dan universal bagi setiap lapisan masyarakat.

Rakyat Malaysia dilihat mempunyai

hubungan harmonis antara semua bangsa dan agama kerana mereka bukan sahaja tidak
terikat untuk menjalankan aktiviti keagamaan malahan boleh berinteraksi dengan kaum lain
secara harmoni dan sejahtera. Hari keagaaman disenaraikan sebagai cuti awam dan
perarakan agama di jalan raya adalah dibenarkan. Misalnya, Hari Thaipusam bertujuan
untuk penganutnya menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun. Semasa
perarakan Thaipusam dijalankan, selain daripada penganut Hindu, terdapat juga bangsa
Cina yang bersama-sama menyertai perarakan tersebut walaupun bukan penganut Hindu
untuk mendapat berkati dan keselamatan sepanjang tahun. Walaupun perarakan ini tidak
sesuai untuk penganut Islam tetapi mereka masih membantu untuk menjayakan aktiviti
keagamaan ini.

Anggota polis Islam yang mengawal keadaan dan menutup jalan raya

tertentu untuk memastikan keselamatan supaya perayaan ini berlangsung dengan lancar
tanpa gangguan.

Perdana Menteri juga berpakaian Hindu meraikan perayaan ini dan

mematuhi kehendak agama. Perarakan agama ini dapat menarik perhatian orang asing
kerana suasana meriah sambutan perayaan dan juga penglibatan semua etnik masyarakat
Malaysia.
Dari

aspek

seni

bina,

melambangkan identity sendiri.

pelbagai

kaum

mempunyai

bangunan

unik

yang

Seni bina Melayu tradisional membina bangunan yang

sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Struktur rumah dibina dengan menggunakan
banyak kayu, lantai yang tinggi dan meninggalkan ruang kosong antara tanah dengan lantai

yang membolehkan pengudaraan yang baik untuk menyejukkan rumah serta mengelak
banjir.

Bumbung rumah berbucu tinggi yang mengelakkan percikan hujan dan sinaran

lansung matahari. Tingkap yang dipasang kekisi juga diukir dengan rupaan organik yang
halus.

Seni bina Cina dapat dilihat di rumah ibadat iaitu tokong.

Tokong banyak

menggunakan warna merah, ukiran bumbungnya mempunyai naga yang melambangkan


tuah dan kekuatan, serta Jubin yang verwarna-warni.

Kuil Hindu pula memperlihatkan

banyak hiasan, ukiran yang halus, corak yang teliti.

Asimilasi agama telah berlaku di

Malaysia yang dapat diperlihatkan dalam pembinaan masjid yang bercirikan unsur cina.
Contohnya, Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan. Masjid ini dianggap unik kerana
reka bentuknya yang mengandungi unsur seni bina Cina. Bahagian luarnya mempunyai
bumbung dan menara pagoda hijau serta warna merah yang mencerahkan bangunan. Ini
menunjukkan islam adalah agama yang bersifat sejagat atau universal.
Bahasa utama di Malaysia adalah Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa
pengantar utama pada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajjian
tinggi kerajaan ataupun swasta. Sesungguhnya, Bahasa Melayu adalah bahasa tertua dan
lingua franca di Asia Tenggara. Bahasa lain juga digunakan seperti Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, dan lain-lain pada peringkat sekolah tertentu. Bahasa dan kesusasteraan di Malaysia
juga berlakunya asimilasi antara kaum yang berbeza. Contohnya, istilah dan perkataan
baru yang dipinjam daripada Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil yang disesuaikan dengan
ciri-ciri Bahasa Melayu seperti bumi daripada Bhumi, kendi daripada kendii dan sebagainya.
Pengaruh Cina ke dalam tamadun Melayu pula dapat diperlihatkan daripada serapan
perkataan seperti kueh, taugeh, kuaci, tauhu.
Dari aspek sukan, Malaysia telah mendapat banyak keputusan yang cantik dan
membanggakan.

Antara pencapaian yang paling membanggakan dalam sejarah sukan

Malaysia, adalah sukan yang paling hangat dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu bola
sepak.

Sukan ini bermula dengan penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaysia atau

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1920. Pada 1970-an, pasukan bola
sepak Malaysia telah mencapai zaman kegemilangan dan mengharumkan nama Malaysia.
Pemain-pemain telah mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Antara pemainpemain tersebut ialah Mokhtar Dahari yang merupakan

pemain terbaik di Asia dan

pemenang bola emas AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) sebagai penyerang dalam
pasukan , Hassan Sani yang mempunyai nama lain panggil "si Lipas Kudung, Isa Bakar, dan
James Wong. Pasukan bola sepak ini yang dibentuk oleh kaum dan bangsa yang berlainan,
latar belakang, warna kulit agama yang berbeza tidak menjadi halangan dalam sukan ini,
malah mereka boleh bekerjasama berjaya membawa nama Malaysia ke pentas di persada
dunia sehingga pasukan bola sepak Malaysia merupakan pasukan bola sepak yang

berkuasa tempat pertama di Asia. Maka pencapaian ini memperlihatkan hubungan erat
antara rakyat Malaysia yang sama-sama berusaha sampai mencapai keputusan yang
cemerlang.
Masyarakat majmuk yang dibentuk oleh kaum yang berbilang bangsa melahirkan
golongan baru iaitu golongan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang yang keturunannya
Cina dan golongan India Peranakan atau jawi Peranakan yang merupakan kacukan IndiaMelayu. Asimilasi ini berlaku apabila wujudnya hubungan erat dan rapat antara kaum yang
berbeza budaya bagi satu tempoh masa yang lama. Misalnya, Baba dan Nyonya
merupakan cina Peranakan yang mewarisikan tamadun Melayu yang berpakaian baju
kebaya dan kain sarong dalam kehidupan seharian. Mereka makan menggunakan tangan
dan memasak mengikut gaya Melayu. Walau bagaimanapun,mereka masih mengekalkan
tradisi Cina seperti

meraihkan Tahun Baru Cina.

Kewujudan golongan tersebut

menunjukkan asimilasi dan merupakan proses yang memaparkan perpaduan kaum yang
utuh di Malaysia.
Tamadun adalah harta tidak ternilai yang ditinggalkan daripada nenek moyang kita
dan harus diwarisi secara turun-temurun supaya dikekalkan dan dapat berkembang.
Kesinambungan tamadun Malaysia merupakan sikap terbuka dalam menerima tamadun lain
yang melibatkan interaksi rapat seperti bahasa, budaya, nilai, pemikiran, dan sebagainya.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesinambungan tamadun
Malaysia yang menggabungkan pelbagai tamadun masyarakat majmuk.
Oleh itu, untuk mengekalkan tamadun yang diwarisi sejak dahulu lagi, pelbagai
usaha perlu dijalankan seperti memberi pendedahan kepada masyarakat tetang kekayaan
warisan budaya negara. Pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Kebudayaan dan
Kesenian haruslah

menganjurkan

aktiviti seperti festival, kempen, pameran dan

sebagainya supaya masyarakat Malaysia akan lebih memahami dan mendapat kefahaman
yang lebih mendalam terhadap ketamadunan Malaysia yang menarik. Contohnya, anjuran
Malam Kebudayaan dan Kesenian, terdapat persembahan gabungan tarian pelbagai kaum,
lagu yang menggunakan tiga jenis bahasa utama di Malaysia, seni mempertahankan diri
pelbagai kaum dan sebagainya. Semasa penonton sedang menyaksikan persembahan,
selain menghayati kelembutan dan kehalusan tarian tersebut malah penonton juga dapat
memperhatikan pakaian tradisional yang memperlihatkan ciri-ciri budaya pelbagai kaum.
Melalui pendedahan ini, rakyat Malaysia akan sedar bahawa betapa indahnya tamadun di
Malaysia dan menghayati intipati tamadun yang diwarisi yang secara tidak langsung
menanamkan perasaan patriotik yang mendalam terhadap negara yang unik dan
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Selain itu, persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan
orang kenamaan, tarian dan muzik pelbagai kaum akan dipersembahkan. Sebagai contoh,
semasa sambutan Hari Kemerdekaan, persembahan muzik yang merupakan gabungan
irama oleh kompang, gendang dan gendang India.

Tarian tradisional antara kaum

digabungkan seperti tarian Zapin oleh masyarakat Melayu, tarian kipas oleh masyaraat Cina
dan tarian Bharatanatiam masyarakat India dan sebagainya. Persembahan kebudayaan
yang mempunyai variasi dan istimewa ini secara tidak langsung dapat menarik minat
pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia. Sambutan Hari UNESCO juga membekalkan
peluang untuk mempamerkan permainan tradisional, kraftangan, makanan dan pakaian
tradisional kaum Malaysia. Perkara-perkara tersebut menunjukkan keistimewaan Malaysia
sebagai masyarakat majmuk yang mempunyai identiti tersendiri malah juga mencerminkan
kefahaman yang tinggi, penerimaan antara kaum dan kehormatan antara rakyat Malaysia
yang berbilang kaum.
Sesungguhnya, peranan sekolah juga tidak harus diabaikan sedangkan sekolah
merupakan tempat untuk memupuk bakal pemimpin negara.

Pelajar yang diibaratkan

sebagai kain putih adalah golongan yang paling sesuai untuk menerapkan inti pati tamadun
Malaysia kepada mereka. Setiap sekolah diwajibkan menyelitkan karya sastera dalam buku
teks yang sesuai dengan pelajar untuk memupuk minat. Contohnya, penerapan nilai dalam
pantun membolehkan pelajar menikmati keindhan pantun dan juga mengukuhkan
kemahiran berbahasa. Budaya tradisional dapat dipelajari menerusi Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan atau persatuan seperti Persatuan Tarian Tradisional.

Pertandingan

menulis novel, berpantun, juga harus dijalankan dan pelajar juga digalakkan menambah
unsur baru agar dapat mencungkil bakat dan melatih pelajar supaya berfikiran kreatif dan
inovatif. Tak kenal maka tak cinta, melalui aktiviti yang memberi pendedahan awal, pelajar
bukan sahaja mengenali dan memahami secara dalam warisan budaya Malaysia yang
berbilang kaum malah juga akan memupuk perpaduan yang utuh antara kaum dan
menanam semangat patrotik sejak kecil lagi.
Di samping itu, pihak berkenaan juga haruslah berusaha mengembangkan tamadun
dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda yang merupakan tunggak utama
dalam pembangunan negara. Persatuan-persatuan sama ada kerajaan ataupun swasta
harus diadakan untuk melatih anak-anak muda mempelajari warisan budaya

seperti

wayang kulit, permainan tradisional, tarian, alat muzik dan lain-lain. Persatuan ini berfungsi
sebagai tempat untuk mewariskan warisan, menguji dan meningkatkan kemahiran serta
merupakan

tempat

untuk

bertukar-tukar

pendapat

masing-masing

malah

juga

mengembangkan kepada masyarakat. Pertandingan juga harus dianjurkan supaya dapat


meningkatkan minat membaiki kelemahan dalam kemahiran, berinteraksi dengan budaya

lain dan meluaskan pengalaman. Karya-karya kesusasteraan yang merupakan komponen


penting dalam tamadun juga tidak diabaikan.

Pihak kerajaan dan NGO harus banyak

menerbitkan buku-buku sastera supaya mudah didapati dalam pasaran dan memberi
pendedahan kepada masyarakat. Menerusi cara ini, minat terhadap karya sastera dapat
dipupuk dan melahirkan sasterawan di Malaysia.
Seterusnya, tempat bersejarah seperti rumah ibadat perlu dipelihara dengan baik
melalui usaha-usaha pihak kerajaan dan usaha masyarakat. Pertama sekali, pihak kerajaan
harus membuat perancangan yang teliti supaya pembukaan bandar dan rancangan
pembanguanan tidak akan mengugat tempat bersejarah.

Selepas itu, kerajaan harus

sentiasa menghantar pegawai memeriksa kerosakan atau ketidaksempurnaan tempat


tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Kerja-kerja

pembaikpulihan juga perlu dijalankan supaya warisan budaya ini dapat dikekalkan dan dapat
dilihat oleh generasi yang akan datang. Tempat bersejarah tersebut boleh dijadikan sebagai
tempat pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing. Pihak kerajaan hendaklah
menjalankan usaha-usaha untuk mempromosikan tempat bersejarah. Dengan ini, bukan
sahaja sektor pelancongan dapat dirangsangkan, meningkatkan peluang pekerjaan serta
meningkatkan pendapatan negara malah juga meletakkan nama Malaysia di persada dunia
dan dikenali oleh orang ramai. Seni bina Melayu juga harus banyak memperluaskan dalam
pembinaan bangunan seperti bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium
Negara, Bank Muamalat.
Malaysia menyambut banyak perayaan setiap tahun sedangkan negara kita adalah
dibentuk oleh masyarakat majmuk. Perayaan-perayaan utama yang disambut meriah setiap
tahun bagi kaum Melayu ialah Hari Raya Aidilfitri, bagi kaum Cina ialah Tahun Baru Cina,
kaum India ialah Hari Deepavali, masyarakt Dayak ialah Hari Gawai dan sebagainya.
Semasa sambutan perayaan utama ini disambut, rakyat Malaysia boleh mengamalkan
konsep rumah terbuka, iaitu amalan kunjung-mengunjungi untuk saling mengucapkan
salam sejahtera yang mengalu-alukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
dan bangsa. Sambutan perayaan tersebut juga menyediakan jamuan dan pelbagai jenis
aktiviti yang memeriahkan suasana dan sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang
hadir. Persembahan dan makanan dalam majlis sambutan perayaan tersebut membolehkan
tetamu memahami adat kaum lain dengan secara mendalam dan menghayati budaya dan
adat kaum lain maka melahirlah perasaan kagum dan kehomatan antara satu sama lain.
Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat Malaysia yang berfikiran terbuka dan bersedia
menerima dan berkongsi agama, budaya dan adat untuk mencapai kesepakatan dan
perpaduan dalam

Akhirnya, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa institusi keluarga merupakan


komponan penting dalam memastikan kelangsungan tamadun.

Keluarga merupakan

tempat pertama anak menerima pendidikan secara tidak formal dan meluangkan
kebanyakkan masa dalam rumah. Oleh itu, pendedahan awal dalam keluarga adalah amat
penting.

Ibu bapa seharusnya mencorakkan anak yang diibaratkan sebagai kain putih

dengan meluangkan masa bersama anak walaupun sibuk dengan kerja. Contohnya, ibu
bapa menerapkan nilai-nilai kepada anak dengan memainkan peranan sebagai rol model,
membaca buku cerita dan sebagainya. Ibu bapa juga hendaklah menerangkan kepentingan
warisan budaya sebagai komponen tamadun kepada anak supaya dapat diwaris secara
berkekalan dan tidak akan ditelan arus permodenan.

Ibu bapa juga melibatkan anak

secara aktif dalam budaya keluarga tersebut supaya anak dapat merasakan keindahan
budaya tersebut sendiri dan tidak akan melupa sampai bila-bila masa serta mengajar anak
supaya menerima dan menghormati kaum lain.

Ibu bapa dan ahli keluarga amat

berpengaruhi terhadap kanak-kanak untuk mengamalkan nilai-nilai dan memastikan


tamadun diwarisi dari generasi ke generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, pada era globalisasi tanpa limitasi ini banyak cabaran luar yang
mengugat kedudukan tamadun sebagai warisan penting dalam sebuah negera. Tamadun
merupakan kemajuan pencapaian sebuah masyarakat dan adalah panduan ke arah
pembinaan masyarakat yang maju dan stabil yang menyumbang kepada kejayaan negara
pada masa kini. Malaysia telah mempunyai pencapaian yang gemilang dari pelbagai aspek
yang menjadi tonggak keamanan dan kesejahteraan rakyat. Langkah-langkah drastik harus
diambil dengan segera untuk memastikan kesinambungan tamadun supaya ia berkekalan
dan membimbing masyarakat membentuk negara yang utuh dan harmoni.

Bukit sama

didaki, lurah sama dituruni, semua individu perlu memikul tanggungjawab dan bekerjasama
seperti aur dengan tebing untuk memastikan kelangsungan tamadun supaya tamadun dapat
dikembangkan dan diwarisi kepada generasi yang akan datang.
26. Rujukan.
Mahadi Shuid, Suzani Osman, Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Longman,
2006, hlmn 230, 231, 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn Bhd, 2005, hlmn 78, 79, 80, 183, 184, 185.

Raminah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, Ace Ahead Teks STPM Pengajian
Am Kertas 1&2, Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn Bhd, cetakan kedua 2010, hlmn 6, 8, 9,
15,16, 17, 18, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41.
Mustapa K.S, STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan ketiga
2000, hlmn 125, 126.
Mustapa K.S, Strategi Kejayaan STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction,
cetakan kedua 2001, hlmn 230, 231, 251, 252, 253.
Ranjit Singh Malhi, Rujukan STPM Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur:
Federal Publiction, cetakan keempat 2001, hlmn 32, 33, 34, 35.

You might also like