Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KEJOHANAN BOLA KERANJANG


KALI KE-22 TAHUN 2016
Yang
Pegawai PPD Daerah JJ;

Dihormati,

Yang Dihormati, Encik Samsol Kamal


Bin Mat Nasir, YDP Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK DUSAJ;
Yang Berusaha, Puan Mazi bt Md Isa,
GPK KO SMK DUSAJ;
Salam sejahtera, Salam perpaduan
dan Salam Satu Malaysia
Saya amat gembira pada hari ini
kerana diberikan kesempatan mewakili
pengetua
bersama-sama warga
sekolah ini pada Majlis Perasmian
MSS Daerah Jelebu bertempat di
Gelanggang Bola Keranjang Hosapa
Titi kali Ke-, 2016
Sidang hadirin yang berbahagia.
Bidang sukan merupakan antara
platform terbaik untuk melahirkan
murid-murid yang cergas fizikal dan
mental.
Menerusi
latihan
yang
konsisten dan seimbang daripada
pelbagai aspek yang merangkumi
minda, fizikal, otot, saraf dan emosi,
sukan juga mampu membentuk
seorang murid yang cergas, patuh
dengan aturan dan secara tidak
langsung membentuk seorang atlet
yang berhemah
tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan
mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.
Hadirin yang dihormati,
Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan
satu langkah yang tepat untuk
mencapai
matlamat
tersebut.
Dasar yang mewajibkan setiap murid
yang sihat mengikuti sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di


sekolah
bukan
sahaja
mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di
sekolah dan merapatkan silaturrahim
warga sekolah dan masyarakat
setempat, malahan, pendekatan ini
akan menjadi pemangkin ke arah
kejayaan yang lebih cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan ini
tidak
semata-mata
menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih
penting
ialah
kejohanan
ini
memberikan pendidikan secara tidak
langsung kepada murid-murid dan
atlet bahawa kejayaan hanya dapat
dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan
yang
rapi
dan
pengorbanan. Tidak ada kejayaan
yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan
yang
berterusan.
Kejohanan ini juga adalah landasan ke
arah perpaduan, menjalin sifat hormatmenghormati
dan
semangat
kerjasama yang tinggi. Matlamat
akhirnya
nanti
adalah
untuk
membentuk sebuah masyarakat dan
warganegara yang berjiwa kental,
patriotik dan saling berkasih sayang.
Kegiatan sukan yang berterusan akan
menjadi satu daripada benteng yang
menjadi penghalang kepada muridmurid daripada terlibat dalam pelbagai
aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan
persiapan
mental
dan
spiritual,
seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat
yang tinggi. Kita harus sedar bahawa
melalui kegiatan sukan, kita mampu
membangun
modal insan yang
berkualiti dan insan yang memiliki
minda kelas pertama yang menjadi
peneraju
negara
pada
masa
hadapan .Melalui kegiatan sukan
bukan sahaja akan melahirkan pelajar

yang sihat fizikalnya tetapi pelajar


yang memiliki cergas mindanya.
Hadirin yang dikasihi
Aktiviti
sukan juga
berupaya
memupuk perpaduan antara kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk
di Malaysia. Perpaduan merupakan
kunci kejayaan Malaysia hingga
dikenali di peringkat antarabangsa.
Rakyat tidak harus alpa dengan
kepentingan
perpaduan
untuk
membina sebuah negara Malaysia
yang berjaya dan harmoni. Indikator
terbaik ke arah itu ialah melalui sukan.
Semangat kerjasama dan bertoleransi
amatlah penting dalam menjayakan
sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli
sukan mesti bersatu padu untuk
menjadi juara tanpa mengira warna
kulit, bangsa, dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya


ingin mengucapkan tahniah kepada
AJK Pengelola kerana telah dapat
menganjurkan
Kejohanan
Bola
Keranjang peringkat MSS Daerah
Jelebu kali yang ke- dengan jayanya.
Kepada para peserta yang mengambil
bahagian
dan meraih
pingat
kejohanan selepas ini, saya ucapkan
tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana
penyertaan
anda
sudah
pun
menunjukkan bahawa anda telah
mencipta kerjaya
SAYA DENGAN INI MERASMIKAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG
PERINGKAT
MSS
DAERAH
JELEBU KALI KE .
Sekian, terima kasih.

You might also like