Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Kem Kesedaran Halal

Pada 28 Mac 2015 (Sabtu), saya dan saudara Ahmad Aminuddin Bin Rajak
@ Abdul Razak telah pergi ke Masjid Darul Taqwa, Bintangor untuk Kem Kesedaran
Halal anjuran Majlis Islam Sarawak Cawangan Sarikei. Kami berdua berangkat dari
IPG Kampus Rajang pada pukul 7.00 pagi dan tiba di daerah Bintangor pada pukul
7.20 pagi. Kem tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi.
Kami pergi ke Masjid Darul Taqwa pada pukul 7.45 pagi dan melihat pelbagai
pihak sedang bersiap sedia bahan bahan pameran masing masing. Antara pihak
yang membuat pameran di sekitar masjid tersebut ialah Tabung Haji, Ar- Rahnu
Yapiem, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Majlis Islam Sarawak (MIS), pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak
COOP. Kami telah mendaftar dan telah diberikan sebungkus beg kertas yang berisi
sagu hati. Kami berdua pun mengambil tempat duduk. Saya dapati kebanyakan
orang yang menghadiri kem tersebut adalah terdiri daripada golongan dewasa.
Satu ceramah telah dijalankan di dalam masjid buat murid murid Tahun 6
yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pertandingan
hafazan turut dijalankan buat murid murid sekolah rendah. Sesi cuti perhiasan
emas turut disediakan secara percuma. Pihak Klinik Kesihatan Bintangor juga
menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat semua yang hadir ke
masjid pada hari tersebut.
Untuk Kem Kesedaran Halal, para hadirin telah diberikan ceramah oleh
seorang penceramah jemputan dari pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
Segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan halal dan haram makanan telah
diterangkan oleh beliau. Untuk makluman, penceramah tersebut menggunakan
Bahasa Melayu Sarawak untuk memudahkan para hadirin untuk memahami apa
yang disampaikan oleh beliau.
Kami juga diberikan tutoran untuk menyembelih ayam. Ia merupakan salah
satu peluang keemasan bagi kami untuk belajar untuk menyembelih haiwan dan ia
merupakan satu pendedahan yang efektif buat semua pihak untuk mempelajari
kaedah menyembelih haiwan dengan betul.
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami berdua bercadang untuk balik ke IPG
Kampus Rajang oleh sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Walaupun kami tidak
sempat untuk menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh pihak
penganjur, namun kami timba pelbagai ilmu yang bermanfaat dan mampu diaplikasi
pada masa akan datang. Saya berharap agar saya dapat menghadiri aktiviti sebegini
di lain masa.

Disediakan oleh,

(MOHD NUR HIFZHAN BIN NOORDAN)


Setiausaha,
Biro Kerohanian, Moral, dan Disiplin,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016,
IPG Kampus Rajang, Sarawak.

Disahkan oleh,

..
(AHMAD AMINUDDIN RAJAK @ ABDUL RAZAK)
Pengerusi,
Biro Kerohanian, Moral, dan Disiplin,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016,
IPG Kampus Rajang, Sarawak.

You might also like