Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bab 2

Persekitaran ekonomi dan organisasi


Kitaran pengeluaran melibatkan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponenkomponen, dan menghasilkannya kepada satu produk yang boleh diterima kepada
seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai
sesuatu bahan mentah yang asal. Menjelaskan tentang sesuatu firma memilih untuk
membeli komponen-komponen atau perkhidmatan-perkhidmatan dalam pasaran
terbuka, atau untuk mengeluarkan mereka in-house, merupakan satu soalan tradisional
bagi sosiologi ekonomi dan organisasi.
Satu senarai unsur-unsur yang perlu dipertimbangkan untuk membuat dan
menjual satu majalah berita, sebagai contoh, termasuklah: laporan; penulisan;
penyuntingan; gambar-gambar; tipografi; reka letak; kertas; percetakan; perkhidmatan
nepotisme, fahaman perlindungan dan tindakan pengakuan, dua faktor
terpenting dalam menerangkan keputusan make-or-buy" adalah (a) pengaruh sikap
oportunis (opportunistic behaviour) firma lain dan (b) kos urus niaga (transaksi).
Penjual mungkin akan mengambil kesempatan (cth. menaikkan harga lebih tinggi
daripada sepatutnya) apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada
sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.
Sebuah syarikat boleh dipengaruhi (vulnerable) untuk bersikap oportunis
disebabkan beberapa keadaan:

Ketentuan tapak (Site specificity): produk (cth. bahan-bahan mentah) hanya


boleh didapati di suatu tapak tertentu.
Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh
digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada
seseorang pelanggan.
Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu
diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.
Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh
masa tertentu (cth. ia akan rosak).
Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah
kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka
mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.
1

You might also like