Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA

Gagasan Penyatuan paling awal dikemukakan oleh British


1954 - Tan Sri Ghazalie Shafie
1955 - David Marshall & Tan Cheng Lock
1959 - Lee Kuan Yew
1955 - Cadangan konkrit disuarakan oleh TAR di Persidangan
UMNO
1961 - Press Conference
Jan 1961 - TAR berbincang dgn Lee Kuan Yew, Senu Abdul
Rahman & Mac Millan tentang idea penubuhan Malaysia
5 buah negara akan bergabung di bawah Msia iaitu Brunei,
Negara Borneo Utara British (S & Swak), Singapura &
Persekutuan Tanah Melayu

FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA


POLITIK

EKONOMI

SOSIAL

Mempercepatkan proses ke arah


mencapai kemerdekaan
Membanteras ancaman dan pengaruh
komunis & kekalkan keamanan
serta keseimbangan kaum
Membangunkan ekonomi serantau
utk kepentingan dan faedah negara
anggota
Semangat memupuk bangsa Msia
dgn identiti baru - perkongsian
warisan budaya

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


SINGAPURA
Reaksi awal - semua pihak menerima konsep pembentukkan MALAYSIA.
Wujud penentangan - pihak yang berlainan pendapat dan bimbang
dengan penubuhan Malaysia.
PAP- Peoples Action Party - Lee Kuan Yew telah ditentang oleh
Barisan Sosialis (United Peoples Party).
Wujud krisis dalaman PAP sendiri (perpecahan dalaman yang disebabkan
oleh faktor sosial & kebudayaan ahlinya.
Terdapat 2 golongan dalam PAP - haluan kanan & haluan kiri.
Ahli haluan kanan terdiri drp golongan intelek berpendidikan Inggeris.
Ahli haluan kiri disokong oleh pekerja berpendidikan Cina - Pro Komunis

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


SINGAPURA

1957 - Puak kiri yang diketuai oleh Lim Chin Siong


meminta Lee Kuan Yew (LKY) hapuskan ISC
(Internal Security Council)
LKY enggan dan menyebabkan Chin Siong &
pengikutnya keluar dari PAP dan sertai Barisan
Sosialis.
LKY telah memilih untuk bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha
menyelamatkan PAP daripada menghapuskan ISC.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


BRUNEI

Permulaan - rakyat Brunei masih ada yang tidak bersetuju


dengan penubuhan Malaysia.
Rakyat lebih suka Brunei merdeka dengan sendirinya.
Penentangan hebat oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah
pimpinan A.M Azahari
Azahari lebih berminat dengan idea penggabungan Brunei
dengan Borneo Utara British (Sabah & Sarawak) yang dikenali
sebagai Kalimantan Utara.
Penentangan oleh Azahari ketara hingga mencetuskan
Revolusi Bersenjata pada 8 Disember 1962.
Revolusi telah digagalkan oleh Sultan Brunei dengan bantuan
British dan Persekutuan Tanah Melayu.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


SABAH

Sambutan penduduk amat menggalakkan.


Wujud pelbagai parti politik yang cuba memperlihatkan reaksi
mereka terhadap pembentukan Malaysia.
Di Sabah, United National Kadazans Organisation (UNKO) dan
United Sabah National Organisation (USNO) memberi
sokongan terhadap penubuhan Malaysia.
Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun menentang idea ini.
Parti Demokratik & Parti Bersatu menyatakan sokongan mereka
terhadap penubuhan Malaysia, namun mereka mahukan Sabah
merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


SARAWAK

Penentangan hebat idea pembentukan Msia datangnya dari Parti


Negara Sarawak (PANAS) yang dianggotai oleh orang Iban dan
juga Parti Rakyat Bersatu Sarawak (BERJAYA).
Parti yang menentang ini akhirnya menerima cadangan penubuhan
Malaysia tetapi dengan syarat bahawa Sarawak akan diberi
pemerintahan sendiri.
Rakyat masih khuatir mereka akan hilang kekuatan sekiranya
menyertai Malaysia disebabkan oleh Malayan Domination.
Orang bukan Melayu bimbang akan mengalami diskriminasi
-layanan tidak sama rata. Mereka juga takut kedudukan agama
dan bahasa mereka akan terancam sekiranya bergabung di
dalam Malaysia
Orang Cina - persaingan ekonomi dengan orang Cina di
Singapura.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


TANAH MELAYU

Sebelum 1961 - Sesetengah pemimpin UMNO menimbang baikburuknya bagi orang Melayu sekiranya bergabung dengan
Singapura di dalam Malaysia.
Kerisauan ini reda apabila kemasukan negeri Sabah & Sarawak
diambilkira, sekaligus mengurangkan kebimbangan mengenai
kepentingan kaum Melayu terutama dari segi nisbah penduduk.
Penduduk akhirnya bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia.
Namun masih berlaku penentangan datangnya dari Parti Islam
Se-Tanah Melayu (PAS) yang mendakwa bahawa penubuhan
Malaysia hanya mendatangkan kerugian kepada penduduk
Melayu.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


BRUNEI

Sultan Brunei, Omar Ali Sharifuddin pada mulanya bersetuju


idea pembentukan Malaysia, tapi akhirnya telah membatalkan
rancangannya.
Keputusan baginda adalah disebabkan oleh tuntutan yang tidak
dipenuhi.
8 Tuntutan yang diminta oleh Sultan Brunei adalah:
1. Brunei diberi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen.
2. Dibenarkan terus menguasai hasil minyak.
3. Brunei ingin memegang autonomi kewangan pada peringkat
awal penyertaannya.
4. Meminta dikekalkan semua pelaburannya.
5. Meminta dikekalkan kadar percukaian yang rendah.
6. Dibenar meneruskan program pendidikan dan kebajikannya
sendiri.

REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA


7. Jaminan keselamatan Brunei di dalam Malaysia
terjamin.
8. Baginda menginginkan kekananan baginda
dalam Majlis Raja-raja dikira pada tarikh
bergelar Sultan, 1950 bukannya tarikh
kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.

Isu yang paling hangat adalah tentang kekananan


baginda dan isu minyak. Dua isu ini gagal
diselesaikan dan akhirnya menyebabkan Sultan
Brunei menarik diri dari menyertai Malaysia.

REAKSI

FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah sebagai sebahagian


daripada Kesultanan Sulu.
Pembentukan Malaysia dengan memasukkan Sabah ke dalam
Persekutuan Malaysia, menyukarkan tuntutan Filipina terhadap
Sabah.
British tidak melayan tuntutan Filipina & mengingatkan Filipina
bahawa sebarang tuntutannya tidak akan dilayan oleh British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka
pada 28 Januari 1963 berkenaan tuntutan ini tetapi masih tidak
berhasil.
Walaupun rakyat Sabah menyokong dan mempersetujui
cadangan penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah dan
kemudiannya memutuskan hubungan diplomatiknya dengan
Malaysia.
Tuntutan Filipina ini gagal kerana tinjauan yang dilakukan,
membuktikan bahawa penduduk Sabah sendiri rela hati ingin
menyertai Malaysia.

REAKSI

INDONESIA

Penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia lebih


dikenali sebagai Konfrontasi.
Presiden Soekarno telah mengumumkan dasar
konfrontasinya pada 20 Januari 1963 dengan bawaan
slogan Ganyang Malaysia.
Sebab penentangan - Soekarno mendakwa Tunku tidak
berunding terlebih dahulu dengan beliau tentang gagasan ini.
Penubuhan Malaysia mungkin akan menggagalkan
rancangan Soekarno untuk mewujudkan Empayar
Indonesia Raya.
Dasar konfrontasi juga adalah satu usaha dan taktik untuk
mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman
Indonesia.
Soekarno telah bertindak menghantar gerila tenteranya ke
Pantai Barat Johor untuk intipan dan menjalankan tindakan
subversif.

INDONESIA
Langkah mengatasi konfrantasi yang dijalankan oleh
Malaysia:
Rakyat

dan kerajaan Malaysia telah bersatu minda dan tenaga


bagi menentang ancaman Indonesia.
Malaysia telah kemukakan bantahan secara rasmi kepada S/Usaha
PBB tentang pencerobohan yang dilakukan oleh Indonesia di
Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Pasukan pertahanan turut dikerah untuk keselamatan dan
mematahkan pencerobohan.
Usaha diplomasi juga dirancang bagi menamatkan penentangan ini.
Peristiwa Gestapo 30 September iaitu percubaan rampasan kuasa
yang disokong oleh PKI gagal, maka dapat dilihat kurangnya
konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
Adam Malek, Menteri Luar Indonesia pada Jun 1966 telah
mengendalikan Perjanjian Damai Malaysia-Indonesia dan akhirnya
konfrontasi tamat.

SINGAPURA KELUAR MALAYSIA

Singapura menyertai Malaysia selama 2 tahun, akhirnya keluar pada


tahun 1965.
Perpisahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman,
permusuhan dan konflik yang berlaku antara Singapura &Tanah Melayu.
2 tahun selepas bersama Msia, orang Melayu & orang Cina di Malaysia
mengalami polarisasi kaum - ancam toleransi & hubungan Melayu dan
Cina.
Saluran perbalahan adalah PAP (Singapura) & Parti Perikatan (Tanah
Melayu).
Hubungan Singapura & Tanah Melayu semakin terjejas terutama sekali
dalam pilihanraya pada tahun 1964, apabila PAP turut bertanding
menentang calon Parti Perikatan.
Sebelum menjelang pilihanraya, Lee Kuan Yew telah bertindak
memperkecilkan MCA dan mendakwa pemimpin MCA tidak berkaliber
dan bersahabat dengan UMNO.

SINGAPURA KELUAR MALAYSIA

Sikap Kuan Yew dan PAP menimbulkan kemarahan bukan sahaja oleh
pemimpin MCA, tetapi Tunku Abdul Rahman sendiri.
Tindakan PAP ini dikatakan cuba mengambilalih peranan MCA yang
menjaga kepentingan kaum Cina.
PAP bukan sahaja menjadi musuh orang Cina, tetapi juga orang
Melayu.
Keretakkan hubungan ini semakin ketara dan akhirnya mencetuskan
rusuhan pada 21 Julai dan 2 September 1964.
Tunku kecewa dengan tindakan Singapura dan jalan penyelesaian
yang terbaik adalah melalui perpisahan.
27 April 1965, Singapura telah adakan satu konvensyen untuk
membentuk United Opposition Front memperjuangkan konsep
persamaan hak.
Malaysia for Malaysian - tiada sebarang kaum pun yang lebih asli
daripada kaum lain
9 Mei 1965 - PAP adakan Konvensyen Perpaduan Malaysia yang
semakin menyatukan orang Cina untuk terus memusuhi orang Melayu.

SINGAPURA KELUAR MALAYSIA

Kempen Lee Kuan Yew Malaysia for Malaysian akhirnya


dibalas oleh pemimpin UMNO - Jaafar Albar dengan slogan
Melayu Bersatu.
Pemimpin MCA turut merasa tidak senang dengan tindakan
Singapura.
Tan Siew Sin & Senator T.H.Tan - pemimpin MCA yang
mencadangkan perpisahan Singapura daripada Malaysia.
7 Ogos 1965 Lee Kuan Yew & Tunku menandatangani
perjanjian perpisahan.
9 Ogos 1965 - Parlimen meluluskan Rang Undang-undang
Perpisahan.
Singapura rasminya keluar dari Malaysia dan menubuhkan
republik sendiri.

PENGISYTIHARAN HARI MALAYSIA

Pada 16/9/1963, seiring dengan dentuman 101 das tembakan


meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru
kepada seluruh dunia iaitu Malaysia.
Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah
bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6
tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaannya.
Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah
dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Singapura, Sarawak dan Sabah.
Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga
buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu
Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan.
Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota
diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari KerajaanKerajaan yang telah dijemput khas.

Jasamu Dikenang.

TUNKU ABDUL RAHMAN


PUTRA AL-HAJ

You might also like