Program Keagamaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KUALA BELAIT, Isnin, 28 September.

- Pelajar yang berpendidikan menyeluruh merangkumi aspek


mental, fizikal dan rohani dengan membawa pendekatan selaras tema Program Keagamaan Senegara,
iaitu 'Guru Pemangkin Insan Berwawasan'.
Matlamat program keagamaan itu adalah untuk melahirkan al-Insan as-Saleh, pendidikan seimbang dan
sempurna dengan memberi penekanan kepada aspek kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien telah terpilih oleh Kementerian Hal
Ehwal Ugama sebagai salah sebuah sekolah untuk menjalankan Program Keagamaan Senegara bagi
bulan September tahun ini.
Acara itu telah disertai oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Norazimah binti Haji Kahar dan
guru-guru darjah serta pelajar sekolah ugama berkenaan, iaitu dari Darjah 1 hingga IV.

KUALA BELAIT, Sabtu, 9 Januari. - Seramai 99 pelajar dan tujuh guru ugama dari Sekolah Ugama
Ahmad Tajuddin yang terlibat dalam program penghayatan berugama telah mengikuti Program
Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi bulan Januari tahun ini.
Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan melalui program yang diungkayahkan oleh
Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah ingin merealisasikan Rancangan
Strategik JPI dalam meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah ugama
dalam meningkatkan keberkesanan program kokurikulum.
Program yang ditumpukan di Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Kuala Belait petang itu dimulai dengan
sesi tazkirah mengenai kelebihan selawat Nabi yang disampaikan oleh Jurimah bin Jumat yang antara
lain menyentuh mengenai kelebihan-kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wassalam bererti kita telah melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wataala ke atas hamba-hambaNya yang melibatkan pelajar Darjah Pra, Darjah I dan IV sekolah berkenaan.

You might also like