Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Orang ingat semuanya indah bekerja dari rumah.

Sebenarnya ada juga baik buruknya kalau mereka


yang bekerja daripada rumah ini. Mereka yang
bekerja dari rumah pasti akan mengalami perkara
ini. Komfirm.
Kebaikan
1.
Ada kebebasan. Tiada bos marah. Boleh buat
apa sahaja. Nak kahwin cuti, cuti je. Nak
melancong pergi sahaja. Anda juga tak perlu
menhadapi karenah politik pejabat.
2.
Masa bekerja fleksibel. Anda boleh
mengaturkan masa anda mengikut kemahuan
anda. Nak keje siang atau malam. Terpulang
kepada anda. Asalkan kerja siap dah la.
3.
Anda boleh simpan semua duit yang anda
dapat Yang ni syok ni. Hasil daripada bisnes
anda, anda boleh simpan semuanya. Bayar kat diri
sendiri jela. Tak perlu tunggu hujung bulan nak
dapat gaji.
4.
Tak kena traffic jam. Bagi mereka yang
tinggal di bandar besar. Inilah masalah yang
mereka hadapi hari hari. Skit2 jam.
5.
Duit harian.. Bagi mereka yang ada produk
sendiri. Pastinya ialah tengok duit masuk ke akaun
anda setiap hari. Indahnya hidup bukan.. Tidur duit
masukmelancong duit masukdan apa sahajalah
asalkan duit terus masuk
Keburukan

1.

Tiada jaminan kewangan. Ya. Tiada jaminan


kerja yang anda lakukan berjaya menghasilkan duit
untu. Tapi nasib baiklah risikonya rendah.
2.
Masalah kesihatan. Sekali sekali anda perlu
bersenam jugak. Kebanyakan IM tidur lewat malam
sehinggakan badan tidak mendapat rehat yang
cukup. Ada IM yang masuk wad akibat keletihan
yang melampau. Bahaya betul.
3.
Susah nak buat loan. Ya. Banyak betul
karenahnya kalau anda nak buat loan dengan
bank. Tak kira nak nak beli rumah, kereta ke apa.
Banyak songeh skit bank ni. Walaupun anda ada
income statement 4,5 angka setiap bulan. Loan
tetap susah. (uiks..macam ada pengalaman je. :P)
4.
Kesunyian. Bagi belum kawin lagi tu, kawin
cepat cepat untuk mengatasi masalah ini. Kalau
bujang, dok dalam bilik sorang sorang melayan
lagu sambil buat kerja. Sunyi beb Kalau ada
isteri, anda juga benda yang boleh dibuat,
bersembang dan bergurau senda.
5.
Motivasi dan fokus mudah padam. Ini
masalah yang biasa bila dah terlalu lama bekerja
daripada rumah. Makin lama motivasi anda
semakin kurang. Begitu juga dengan fokus. Ia perlu
direcharge secara berkala jika ingin meneruskan
momentum. Ia juga boleh dipengaruhi dengan
faktor luar seperti kata-kata orang sekitar yang
cakap kamu mengangur sebab asyik di rumah
sahaja.

Itulah antara kebaikan dan keburukan mereka yang


bekerja di rumah. Anda mungkin akan
mengalaminya jika bekerja daripada rumah. Sebab
itulah ramai kini IM mula menyewa pejabat untuk
mengatasi masalah masalah yang berlaku ini.
Bekerja dari rumah sebenarnya tidak seindah yang
disangka. Ada juga kelemahan-kelemahannya.

You might also like