Ujian Rujukan Norma Dan Ujian Rujukan Kriteria

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tidak. Ujian rujukan kriteria adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ujian rujukan norma.

Hal
ini kerana ujian rujukan kriteria dilakukan oleh guru untuk mengukur pencapaian pelajar secara
inidividu dan dibandingkan dengan standard yang telah ditetapkan. Manakala, ujian rujukan
norma pula membandingkan prestasi pelajar dengan pelajar yang lain. Selain itu, ujian rujukan
kriteria ini dijalankan secara individu atau kumpulan kecil sahaja. Misalnya di dalam peringkat
sekolah, guru menetapkan kriteria pada peringkat yang paling minimum bagi setiap pelajar
dikehendaki mencapai objektif pengajarannya. Ujian rujukan norma pula dijalankan dengan
melibatkan perbandingan prestasi pelajar secara keseluruhan. Contohnya bagi ujian rujukan
kriteria, sebagai peringkat pencapaian minimum: Para pelajar hendaklah menjawab sekurangkurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat. Ujian rujukan kriteria ini sesuai digunakan untuk
menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran sahaja, iaitu satu atau beberapa kemahiran
yang telah diajar. Ujian ini adalah penting untuk menilai sejauh mana pelajar tersebut menguasai
sesuatu isi pelajaran yang diajarkan oleh guru.
Selain itu, ujian rujukan kriteria ini juga dikatakan lebih baik daripada ujian rujukan norma kerana
tidak mengambil kira kedudukan pelajar berbanding dengan pelajar lain. Walaupun ujian rujukan
kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar perlu menguasai setiap unit
sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya
berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya di sini kriteria yang digunakan tidak semestinya isi
sesuatu topik yang hanya diperoleh pada akhir pembelajarn. Guru juga boleh menggunakan
kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, Guru perlu membina
banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah
menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai
tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran. Berbeza pula dengan ujian rujukan
norma yang mengambil kira prestasi keseluruhan pelajar dan meliputi isi pelajran yang lebih luas
lagi.

ggg

You might also like