Laporan Infostruktur Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN INFOSTRUKTUR SEKOLAH

SJK (T) LADANG SUNGAI MUAR, SEGAMAT, JOHOR

Pada 15 Februari 2015 (Ahad), Kumpulan Reka Bentuk dan Teknologi (SJKT), telah
mengadakan lawatan Bench Marking ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang
Sungai Muar, Segamat, Johor. Kami seramai 23 orang bersama- sama tutor kami,
En.Paramasivam telah pergi ke sekolah untuk menjalankan Program Bina Insan Guru.
Untuk BIG kali ini, kami telah diarahkan untuk pergi ke sekolah jenis Kluster, Sekolah
Wawasan, Sekolah berprestasi Tinggi dan lain- lain lagi, untuk mengadakan lawatan
Bench Marking. Lawatan Bench Marking telah memberi banyak pengetahuan kepada
para guru pelatih. Bagi lawatan Bench Marking ini kami dikehendaki mengumpul
beberapa maklumat tentang sekolah tersebut. Kami sekelas telah dibahagikan dalam
beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah diberi satu tajuk. Hal ini kerana, supaya
pihak sekolah dan para guru pelatih tidak kelam kabut dan mendapatkan maklumat
yang dikehendaki dengan cara yang sistematik. Setiap kumpulan dibahagikan seorang
guru di sekolah tersebut. Para pelatih boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki
dengan bertanya soalan kepada guru tersebut. Tajuk kumpulan kami ialah Infostruktur
Sekolah.
En.Thanasilan salah seorang guru disekolah tersebut telah ditanggungjawabkan
bagi kumpulan kami. Beliau telah memberi kerjasama yang penuh dan memberi respon
dan memberi maklumat yang kami perlukan dengan jelas. Kami juga telah mencatat
maklumat yang disampaikan oleh beliau dengan segera. Melalui soal jawab tersebut
kami sekumpulan telah mendapat penjelasan yang begitu tepat tentang infostruktur
yang terdapat di sekolah tersebut. Daripada soal jawab tersebut kami dapati bahawa
maklumat- maklumat atau gambar- gambar yang penting akan dipamerkan untuk sela
masa satu tahun. Selepas setahun, gambar yang dipamerkan akan dibuat sebagai
album. Apabila tetamu atau nazir dating melawat ke sekolah, gambar- gambar tersebut
akan ditunjukka melalui persembahan PowerPoint. Selain itu, maklumat, pengumuman
kepada murid dan guru, dan juga gambar- gambar akan dimasukkan dalam halaman
Facebook sekolah.

Selain itu, guru- guru dalam sekolah tersebut telah mengambil beberapa inisiatif
untuk menerapkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Bagi subjek Sains dan
Teknologi dan Reka Bentuk dan Teknologi murid akan diberi dalam komputer. Dengan
maklumat yang kami dapat daripada beliau, terdapat hanya 6 buah komputer dalam
sekolah tersebut bagi kegunaan murid- murid. Melalui penggunaan komputer muridmurid akan diberi peluang untuk membuat persembahan PowerPoint dan Multimedia
show. Muri- murid juga akan Search Engine dalam laman sesawang untuk mengakses
maklumat yang berkaitan matapelajaran mereka. Murid- murid disekolah ini telah
pandai menggunakan Frog-VLE. Hal ini terbukti, apabila En.Thanasilan, guru yang
bertugas untuk Program Frog-VLE, telah mengatakan bahawa murid akan membuat
kerja diberi oleh guru dalam program tersebut. Para murid akan diberi tarikh hantar dan
mereka akan membuat kerja yang diberi oleh guru dalam masa yang ditetapkan. Bagi
meningkatkan semangat murid, guru akan memberi hadiah kepada murid yang berjaya
menyiapkan kerjanya dengan betul, cepat dan teratur.
Melalui perbincangan dengan En.Thanasilan kami dapati bahawa seramai 80%
murid menggunakan kemudahan yang diberikan yang selebihnya tidak dapat
menggunakannya kerana terdapat murid yang dijaga oleh Ibu bapa dan juga terdapat
murid yatim piatu. Contoh kemudahan ialah program Frog-VLE, pondok bacaan dan
lain- lain lagi. Disekolah ini, terdapat beberapa bilik- bilik khas, antaranya dewan, kantin,
pusat sumber, tapak perhimpunan, bilik kemahiran hidup, pondok bacaan dan juga bilik
komputer. Dalam pusat sumber akan diadakan program Nilam dan murid- murid
dimestikan untuk membuat pinjaman dan pulangan buku setiap minngu. Dalam
program Nilam Anugerah Tokoh Nilam diberikan bagi murid yang membaca buku yang
terbanyak. Selain itu, dalam sekolah ini Kelab Alam Sekitar telah ditubuhkan dan kela
ini telah merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti. , salah satunya adalah
Taman Bunga Bergerak. Selain itu, program Science Fair juga dijalankan bagi muridmurid disekolah ini. Seterusnya, keistimewaan bilik darjah di dalam sekolah ini ialah
semuanya berbentuk bilik darjah abad ke-21 dan Ibu bapa turut memberi sumbangan
untuk bilik darjah di sekolah ini.

You might also like