Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN

Galeazzi Fracture adalah satu keadaan dimana berlakunya kepatahan tulang


yang melibatkan distal radial shaft dan dislokasi di sendi distal radioulnar. Kepatahan
iniakan berlaku pada satu pertiga distal radius. Menurut (Janos P Ertl, 2014) pada
tahun 1934, Galeazzi iaitu pakar bedah dari itali telah menerangkan bahawa,
kepatahan ini berlaku pada bahagian satu per tiga tulang radius dan diikuti dengan
dislokasi pada sendi radioulnar. Kepatahan ini berlaku pada bahagian distal tulang
radius.
Berbeza pula dengan Monteggia Fracture,ia berlaku kepatahan pada tulang
ulna dan terdapat dislokasi pada tulang radius.Jenis kepatahan yang berlaku pada
bahagian radius tersebut adalah jenis kepatah penuh iaitu tulang patah kepada dua.
Galeazzi Fracture disifatkan tidak stabil dan memerlukan rawatan
pembedahan atau bukan pembedahan. Pemeriksaan secara menyeluruh perlu
dilakukakan terhadap ketidakstabilan iaitu Distal Radial Ulnar Joint.
Galeazzi Fracture yang paling biasa berlaku apabila terjatuh dalam keadaan
tangan hyperpronated. Galeazzi Fracture berlaku apabila terdapat kepatahan radius
dan juga dislokasi pada sendi. Jika tiada salah satu daripadanya, maka ia adalah bukan
kategori Galeazzi Fracture.

PERNYATAAN MASALAH
Satu kajian kes telah dilakukan terhadap seorang pesakit di Klinik Ortopedik
Hospital Teluk Intan. Pesakit merupakan seorang lelaki berbangsa melayu berumur 25
tahun dan bekerja sebagai pesawah. Pengambilan sejarah pesakit telah dilakukan dan
disapati pesakit telah terlibat dalam satu kemalangan dimana belaiau tergelincir ketika
menunggang motosikal lalu terjatuh. Kesan daripada kemalangan tersebut bahagian
tangan pesakit tersa sakit dan bengkak. Pesakit tidak mempunyai sebarang penyakit
yang berbahaya, pesakit tidak merokok, tidak mengambil alcohol. Pesakit juga bukan
seorang penagih dadah. Keadaan fizikal pesakit didapati terdapat luka laserasi pada
bahagian kaki dan terdapat kemerahan dan pembengkakan pada bahagian tangan kiri
yang mengalami masalah kepatahan.

PENCARIAN LITERATURE
Pada tahun 1934, Galeazzi iaitu pakar bedah dari itali telah menerangkan
bahawa, kepatahan ini berlaku pada bahagian satu per tiga tulang radius dan diikuti
dengan dislokasi pada sendi radioulnar. (Janos P Ertl, 2014)
Rawatan bagi Galeazzi Fracture terhadap kanak-kanak dan orang dewasa
adalah berbeza. Bagi kanak-kanak, Closed Manual Reduction adalah rawatan yang
terbaik dan bagi orang dewasa pula, prosedur pembedahan dijalankan. Tanpa prosedur
pembedahan, proses penyembuhan akan gagal kerana deforming force akan bertindak
pada distal radius dan distal radio-ulna joint. (Jupiter JB, 2011)
Pengdiagnosaan yang tidak tepat atau pengurusan yang tidak berkualiti akan
menyebabkan komplikasi seperti ketidakstabilan distal radio-ulna joint, malunion,
pergerakan lengan yang terhad serta osteoporosis. (Atesokk KI, 2011)
Pada tahun 1934, patah pada pertengahan atau satu pertiga daripada tulang
radius serta melibatkan dislokasi pada sendi radioulnar telah diterangkan oleh
Galeazzi. Kepatahan jenis ini mempunyai ciri ciri yang tidak stabil serta
memerlukan closed manual reduction serta internal fixation untuk memulihkannya
ketahap maksimum dan mencapai hasil yang memuaskan. Keseluruhan inspeksi perlu
dilakukan oleh pakar bedah dan pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan untuk
mengelakkan tidak kestabilan distal radio ulnar joint. (Giannoulis FS, 2007)
Penggunaan Krischener wire atau K-wire juga digunakan dalam rawatan
untuk masalah yang berlaku pada sendi radioulnar . Selain itu,immobilisasi dal
kedudukan supine sepenuhnya juga disyorkan untuk rawatan dislokasi sendi
radioulnar (Kraus B,2011)

PERBINCANGAN
Galeazzi Fracture terjadi disebabkan oleh bebanan yang dikenakan terhadap
bahagian tangan apabila terjatuh dalam keadaan hyperprune. Kepatahan ini juga
mungkin dialami disebabkan terdapat elemen putaran pada bahagian tangan tersebut
semasa jatuh.Oleh sebab bebanan kuat dikenakan, maka bahagian tulang radius
mengalami kepatahan tertutup dan juga berlaku dislokasi pada sendi radioulnar.
Galeazzi Fracture juga merupakan kepatahan yang tidak stabil.
Galeazzi Fracture boleh dikenalpasti melalui X-ray. Untuk memudahkan lagi
pendiagnosaan, imej akan diambil melalui dua pandangan iaitu pandangan hadapan
dan juga pandangan lateral.Melalui imej, kita akan dapat lihat pada kawasan 1/3
tulang radius distal mengalami kepatahan tertutup melalui pandangan hadapan dan
lateral. Seterusnya, dislokasi sendi radioulnar akan dapat dilihat dengan jelas melalui
imej dari pandangan hadapan filem X-ray.
Imbasan imej dari Magnatic Resonance Image (MRI) dan Computer
Tomography (CT Scan) juga boleh dilakuakan untuk mendapatkan imej yang lebih
jelas supaya mudah untuk kenalpasti kepatahan yang dialami oleh pesakit.
Pada bahagian tangan yang mengalami Galeazzi Fracture, kerosakan tisu
lembut pada bahagian dislokasi sendi mungkin terjadi. Keadaan ini akan
menyebabkan bahagian tersebut mengalami pembengkakan dan juga kemerahan.
Terdapat beberapan tanda dan gejala bagi

Galeazzi Fracture. Pesakit akan

mengalami kesakitan pada bahagian patah dan dislokasi sendi. Terdapat juga tanda
kebengkakan tisu lembut pada bahagian tersebut. Tanda ini amat jelas kelihatan pada
tangan pesakit. Melalui kecederaan ini, Compartmen Syndrom juga boleh berlaku.
Compartment syndrome adalah keadaan di mana berlaku pembengkakan dalam ruang
yang tertutup selepas berlaku kerosakan pada otot dan tulang. Kemudian darah akan
berkumpul pada ruang tersebut dan akan menyebabkan pesakit akan rasa amat sakit
dan kesakitan akan bertambah dari masa kesemasa. Bagi merawat Compartment
Syndrome ini, pembedahan yang dinamakan Fasciotomy akan dilakukan bagi
mengurangkan tekanan pada bahagian yang tercedera itu.

Rawatan bagi dislokasi sendi radio ulnar ini adalah CMR iaitu Close
Manipulative Reduction. Prosedur ini bertujuan mengembalikan kedudukan sendi
yang mengalami dislokasi. CMR dilakukan tanpa sebarang insisi iaitu tanpa
pembedahan yang melibatkan pembukaan pada bahagian yang mengalami dislokasi
atau kepatahan tersebut. Kedudukan tulang akan dilihat semula dengan imej Xray.CMR dilakukan tanpa anestesia atau pembiusan dan prosedur ini menyakitkan.
Walaubagaimanapun, rawatan bagi Galeazzi Fracture terhadap kanak-kanak
dan orang dewasa adalah berbeza. Bagi kanak-kanak, CMR adalah rawatan yang
terbaik dan bagi orang dewasa pula, prosedur pembedahan dijalankan.
Pembedahan merawat kepatahan mempunyai risiko-risiko dan faedah-faedah
mereka sendiri, tetapi biasanya pembedahan dibuat hanya jika rawatan konservatif
telah gagal atau sangat berkemungkinan untuk gagal. Pembedahan tersebut dilakukan
bagi memasang sejenis plat besi yang dinamakan sebagai Dynamic Compression Plate
(DCP). Plate yang digunakan adalah berukuran 4.5mm untuk 4 lubang dan 3.5 mm
untuk plat 6 lubang.
CMR lebih baik dilakukan untuk merawat kanak-kanak kerana tulang kanakkanak masih belum matang dan mengalami pertubuhan tulang.Jika dilakukan plating
iaitu pembedahan, ia akan menyebabkan anatomi tulang pesakit mungkin menjadi
pendek dari bahagian tulang yan tidak cedera kerana tulang kanak-kanak masih atau
aktif mengalami prsoses pembentukan tulang.
Penggunaan Above Elbow Backslab juga dipraktik dalam rawatan bagi
kepatahan Galeazzi Fracture ini.Posisi bagi pemasangan Backslab ini adalah
kedudukan tangan mestilah berkedudukan Prone iaitu keadaan tangan dimana tapak
tangan berada dibawah. Jika patah berlaku pada kawasan proksimal,Backslab akan
dipasangan dengan kedudukan tangan dalam keadaan supine iaitu tapak tangan berada
di sebelah atas.
Penggunaan Krischener

wire atau K-wire juga digunakan dalam rawatan

untuk masalah yang berlaku pada sendi radioulnar . Selain itu,immobilisasi dal
kedudukan supine sepenuhnya juga disyorkan untuk rawatan dislokasi sendi
radioulnar

Kesan daripada Galeazzi Fracture adalah seperti pesakit akan mengalami


kesakitan yang teruk pada bahagian pergelangan tangan iaitu kawasan yang
mengalami dislokasi pada sendi radioulnar. Pesakit juga boleh mengalami
kelumpuhan akibat perjalan darah yang tersekat.
Selain itu, bahagian Distal Radioulnar Joint pada tangan pesakit akan
mengalami ketidakstabilan akibat tidak dirawat. Pesakit juga kan mengalami
pergerakan tangan yang terhad disebabkan oleh dislokasi sendi yang berlaku.
Kesan yang paling teruk adalah Compartment Syndrome yang boleh menyebabkan
kesakitan yang sentiasa bertambah akibat tekanan daripada darah yang berkumpul
pada ruang terbuka akibat kerosakan otot dan tulang yang berlaku.
Terdapat juga komplikasi selepas pembedahan iaitu kegagalan fungsi plat yang
dipasang.

RUMUSAN
Galeazzi Fracture adalah berlakunya kepatahan tulang yang melibatkan distal
radial shaft dan dislokasi di sendi distal radioulnar. Galeazzi Fracture disifatkan tidak
stabil dan memerlukan rawatan pembedahan atau bukan pembedahan. Pemeriksaan
secara menyeluruh perlu dilakukakan terhadap ketidakstabilan iaitu Distal Radial
Ulnar Joint. Galeazzi Fracture terjadi disebabkan oleh bebanan yang dikenakan
terhadap bahagian tangan apabila terjatuh dalam keadaan hyperprune Galeazzi
Fracture boleh dikenalpasti melalui X-ray. Untuk memudahkan lagi pendiagnosaan,
imej akan diambil melalui dua pandangan iaitu pandangan hadapan dan juga
pandangan lateral. Pesakit akan mengalami kesakitan pada bahagian patah dan
dislokasi sendi. Pada bahagian tangan yang mengalami Galeazzi Fracture, kerosakan
tisu lembut pada bahagian dislokasi sendi mungkin terjadi. Terdapat juga tanda
kebengkakan tisu lembut pada bahagian tersebut. Rawatan bagi dislokasi sendi radio
ulnar ini adalah CMR iaitu Close Manipulative Reduction. Prosedur ini bertujuan
mengembalikan kedudukan sendi yang mengalami dislokasi. Kesan daripada
Galeazzi Fracture adalah seperti pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk pada
bahagian pergelangan tangan iaitu kawasan yang mengalami dislokasi pada sendi
radioulnar. Pesakit juga boleh mengalami kelumpuhan akibat perjalan darah yang
tersekat. Selain itu, bahagian Distal Radioulnar Joint pada tangan pesakit akan
mengalami ketidakstabilan akibat tidak dirawat. Pesakit juga kan mengalami
pergerakan tangan yang terhad disebabkan oleh dislokasi sendi yang berlaku.

RUJUKAN
1.

http://www.gpnotebook.co.uk

2.

http://en.wikipedia.org/wiki/Galeazzi_fracture

3.

Emergency Orthopaedics The Extremitites (4th Edition) , Robert R. Simon &

Steven J. Koeningskrueth, Mc Graw Hill,2001


4.

Principles of Anatomy and Physiology (12th Edition) , Gerard J . Tortora &

Bryan H. Derrickson
5.

Original Text by Clifford R. Wheeless, III, MD.

Last updated by Data Trace Staff on Wednesday, July 6

You might also like