Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN A TEMA 2

2. Bincangkan faktor-faktor perkembangan industri bijih timah di Tanah Melayu


abad ke-19 dan 20.
Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum kedatangan
British lagi. Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Tanah Arab
dan China. Permintaan bijih timah yang semakin meningkat akibat Revolusi
Perindustrian di Eropah pada abad ke 19, menyebabkan orang Cina membuka
lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu.
Antara faktor perkembangan bijih timah di Tanah Melayu adalah
pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu. Perkembangan perusahaan bijih
timah yang pesat pada akhir abad ke 19 akibat kestabilan politik di negeri-negeri
Melayu. Kerajaan juga telah membina satu jalinan perhubungan yang sistematik
untuk membantu pengangkutan bijih timah. Kerajaan turut memperkenalkan
Kanan Galian pada 1896. Semua hal ehwal perlombongan diletakkan dibawah
dua orang Penguasa Galian Pesekutuan. Mereka ini mengawal peraturan caracara melombong agar mengelak pembaziran dan seumber air. Enakmen Galian
yang diperkenalkan pada 1933 adalah bagi mengawal semua aspek galian di
Tanah Melayu. Penghijrahan masuk orang Cina bagi memenuhi kekurangan
buruh di lombong dan Kanun Buruh diperkenalkan untuk mengurangkan
penindasan.
Faktor perkembangan industri bijih timah yang seterusnya adalah
permintaan bijih timah dunia. Permintaan dunia bagi bijih timah telah meningkat
akibat Revolusi Perindustrian di Eropah. Bukan itu sahaja, perusahaan mengetin
makanan turut menggalakan perkembangan tersebut. Timah lanar dari lombong
Cornwall telah kehabisan dan Britain terpaksa mengimport bijih timah dari Tanah
Melayu.
Selain itu, faktor kemasukan buruh Cina menyebabkan perkembangan
bijih timah di Tanah Melayu. Orang Cina bukan sahaja membekalkan tenaga
buruh tetapi juga modal.
Saudagar Cina dari Negeri-negeri Selat telah
melaburkan modal yang banyak untuk membukalombong di Larut dan Lembah
Kinta. Orang Cina juga memperkenalkan cara lombong dedah dan cara pam.
Roda air digunakan untuk mengatasi banjir di kawasan lombong.
Akhir sekali, faktor pelaburan asing dan penggunaan teknologi moden.
Antara syarikat-syarikat Eropah yang melaburkan modal mereka dalam
perusahaan ini ialah Syarikat Australian Malayan Tin Berhad. Teknologi moden
yang diperkenalkan oleh orang Eropah ialah kapal korek.
Kapal korek
diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1919 yang berasal dari Austarlia.
Pengenalan kapal korek meningkatkan pengeluaran bijih timah daripada 51600
tan pada tahun 1913 kepada 77000 tan pada tahun 1937. Hal ini membawa
kepada pertambahan pelabur-pelabur Eropah kerana mereka mampu
mengeluarkan modal yang besar untuk membeli kapal korek.

Kesimpulannya, perkembangan bijih timah di Tanah Melayu meningkat


disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya, pentadbiran British di Negeri-negeri
Melayu. Permintaan bijih timah dunia, kemasukan buruh Cina dan pelaburan
asing dan penggunaan teknologi moden.

You might also like