Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis mendefinasikan


undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah sesuatu
kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi
masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahanarahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah
untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam, kelakuan moral
dan keadilan semulajadi.

Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang adalah
peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang
berlaku, maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman.

Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undang-undang, ketaatan
masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu.

Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak
berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang
adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan
tertakluk kepada hukuman atau tindakan undang-undang.

1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat serta


membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-undang jenayah mengenalpasti kelakuan
yang tidak diredai oleh masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak atau
membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti di atas akan dihukum mengikut undang-undang

jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum mati.

Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan. Contohnya seperti hak
isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang anak mendapat nafkah daripada
ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, si suami atau bapa akan diperintahkan oleh
mahkamah untuk melaksanakan kewajipannya.
Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesuatu masyarakat.
Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah digunakan di mana adalah berbeza
dari undang-undang sivil.

Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undang-undang perlembagaan


konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan. Contohnya di Malaysia semua warganegara
berhak mengamal agama masing-masing. Undang-undang jenayah yang sama akan digunakan
atas semua rakyat tidak kira agama, kaum atau keturunan.

1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diklasifikasikan seperti :

1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian

Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara kerajaan dan


individu. Undang-undang awam meliput undang-undang jenayah, undang-undang pentadbiran,
undang-undang perlembagaan. Undang-undang jenayah adalah menyenaraikan kelakuankelakuan yang disifatkan sebagai kesalahan oleh sesebuah negara dan seseorang yang
disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah akan dihukum mengikut undang-undang negara
tersebut.
Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak dan kewajipan
antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undang-undang perbankan, undang-undang
keluarga, undang-undang wasiat dan sebagainya.

1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa

Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti undang-undang
pentadbiran, tanah atau imigresen.

Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan satu
persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian. Antara undangundang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan
antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan
antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak asasi
manusia.

1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah

Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu. Udang-undang sivil
merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah, keluarga, syarikat dan sebagainya.

Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ. Tujuannya adalah
menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan yang tidak diredai oleh masyarakat.
Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan
sebagainya.

1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen atau badan yang
diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undang-undang yang dicipta oleh manusia.
Undang-undang ini sering dipinda dari masa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehendak
masyarakat dan negara. Undang-undang Islam adalah undang Tuhan. Undang-undang ini tidak
boleh dipinda tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para ulama dan diterima oleh penganut-

penganut agama Islam.

Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah, keluarga, pentadbiran,


tanah dan juga antarabangsa.

1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur

Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak dan kewajipan individu
di dalam sesuatu perkara.

Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan sesuatu. Contohnya


kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi persetujuan mengenai sesuatu secara
bertulis. Kegagalan menyempurnakan perkara-perkara yang dipersetujui boleh menyebabkan
kontrak itu tidak sah disisi undang-undang.

Sumber Undang-undang Malaysia

Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis

1.
2.
3.
4.

Undang-undang Islam
Undang-undang Inggeris.
Undang-undang Adat
Keputusan Mahkamah
1.1 Undang-undang islam
Al-quran
Hadis
Qias
Ijma' Ulamak

2.1 Undang-undang Inggeris

Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956


Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956
3.1 Undang-undang Adat

Adat Temenggung
Adat Perpatih
Adat Hindu & Cina
Adat Bumiputera
4.1 Keputusan Mahkamah
Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

1.
2.

Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil


Perlembagaan

2.0 PROSES PENGGUBALAN

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut cara-cara dan


peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan
Persekutuan.
Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasar-dasar yang
berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka dasar rang undang-undang, Menteri
atau pihak Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara,
Perbendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan rang undangundang berkenaan.

Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang undang-undang perlu
disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan dikemukakan kepada Jemaah
Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut. Setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri,
notis pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan kepada kedua-dua Setiausaha Majlis
Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk
diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Di dalam tiap-tiap dewan
yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan
ketiga sebelum diluluskan.

2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat

Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peringkat bacaan
pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan ketiga. Di dalam peringkat bacaan
pertama, Menteri yang terlibat dalam pembikinan draf akan mengemukakan rang undangundang kepada semua ahli Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan mengenai
masa untuk bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu akan dibahaskan
secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan menimbangkan semula semua aspek
kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat
dalam mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab dalam memberi
jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang undang-undang tersebutnya kemudiannya
akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan Dewan Rakyat
pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa. Diperingkat ini, penelitian terperinci
ke atas setiap fasal mengikut susunannya akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa ini juga berupaya
dan mempunyai hak untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika perlu.

Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang undang-undang yang
telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam peringkat ini, rang undang-undang tersebut
akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk mendapat
kelulusan Dewan Rakyat. Setelah diluluskan, rang undang-undang tersebut akan di bawa ke
Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.

2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan
Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali pertama, kedua dan ketiga sepertimana yang
berlaku di Dewan Rakyat sebelum diluluskan oleh pihak ahli Dewan Negara.

Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan
dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli Dewan. Penbacaan ini dilakukan
untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan Negara yang akan kembali bersidang pada
pembacaan yang kedua dan ketiga yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.

Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut secara mendalam
oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek kebaikan dan keburukan serta kesan dan
pengaruhnya ke atas negara dan rakyat, barulah rang undang-undang tersebut di bawa ke
peringkat Jawatankuasa untuk diteliti secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan rang
undang-undang akan mengambil masa yang panjang, ini bergantung kepada persetujuan ahli
Dewan ke atas rang undang-undang yang dibahaskan. Soalan dan kemusykilan oleh ahli Dewan
Negara perlu diberi jawapan dan penjelasan oleh pihak yang merangka dasar-dasar rang
undang-undang tersebut.

Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap fasal rang undangundang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat pindaan ke atas rang undang-undang
tersebut jika difikirkan perlu. Pihak Jawatankuasa juga perlu mendapat persetujuan semua ahli
Jawatankuasa sebelum meminda rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan dikemukan semula
kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan kelulusan. Pada peringkat ini rang undangundang tersebut telah melalui proses penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.

Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan Negara, rang
undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat persetujuan Baginda dan
diperkenankan untuk dijadikan undang-undang.

Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses penggubalan undangundang itu dilakukan secara terperinci, adil dan saksama. Perbahasan dan perbincangan serta
kesimpulan yang dilakukan menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan hak
semua warganegara di negara ini.

Moral dan undang-undang -- Jangan gadai


maruah dan negara untuk keseronokan
hari ini
BAGI sesebuah masyarakat yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun akhlak tidak dapat
dielakkan, walaupun ia sering menimbulkan kontroversi. Ini berlaku kerana apabila manusia mula hidup
bermasyarakat, peraturan terpaksa diwujudkan bagi menentukan hak dan tanggungjawab. Darinya lahirlah adat
resam yang menggariskan kaedah dalam menguruskan perhubungan di antara individu dan masyarakat dan di
sebaliknya.
Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau sempadan negara yang lebih tetap
dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk mengadakan undang-undang yang boleh diterima. Undangundang seterusnya terjalin dari budaya dan adat resam yang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan
dan kesejahteraan masyarakat serta negara yang telah ditubuhkan.
Undang-undang juga boleh ditentukan dari sumber hukum agama yang diturunkan Allah melalui para nabi dan
rasul ataupun melalui kepercayaan yang dijuruskan melalui pegangan falsafah atau kepercayaan masyarakat
berkenaan.
Dalam hubungan ini kita perlu melihat bagaimana moral dan undang-undang mempunyai hubungan yang
bertaut. Adakala hubungan tersebut jelas dan adakalanya juga kabur.
Oleh kerana undang-undang dan moral mempunyai kaitan yang rapat maka ia menjadi unsur penting dalam
kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan.

Seorang ahli falsafah di abad kelapan belas, Immanuel Kant, dalam penulisannya bertajuk Critique of Pure
Reason menyatakan, "Dua perkara mengisi pemikiran saya dengan penuh kehairanan dan ketakjuban - lebih
kerap dan lebih hebat lagi ialah apabila saya membayangkan perkara tersebut semasa memerhati langit di atas
dengan bintang-bintang yang bergemerlipan serta undang-undang dan akhlak yang tertanam di jiwa."
Immanuel Kant telah memilih pendekatan yang mencantumkan akhlak dan undang-undang dan disebut sebagai
undang-undang akhlak. Namun semenjak itu bukan sahaja dua perkara tersebut terpisah, malahan keduaduanya sudah mula diberi penakrifan yang tersendiri. Keadaan ini membuatkan masyarakat bertanya tentang apakah undang-undang dan apakah akhlak?
Penulis Alexander Pope pula dalam karyanya #An Essay On Men membuat pemerhatian bahawa Order Is
Heaven's First Law, ia bermaksud ketenteraman adalah undang-undang pertama di syurga.
Sebenarnya undang-undang adalah satu kumpulan peraturan atau kanun rasmi yang dibuat oleh mereka yang
berkuasa untuk mengawal hal ehwal masyarakat dan negara.
Mengikut Austin, "setiap undang-undang mengandungi peraturan untuk memandu manusia yang waras dan
ditadbir oleh manusia yang waras.'' Dalam konteks negara ia bermaksud kita memerlukan kewujudan kerajaan
yang waras untuk memerintah rakyat yang waras. Ini tidak bermakna bahawa masyarakat primitif tidak
mempunyai peraturan, ataupun undang-undang yang berkuat kuasa bagi mengawasi tatacara hidup mereka.
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Alexander Pope, "untuk keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah
masyarakat, undang-undang diperlukan.''
Persoalan yang timbul apabila kita memperkatakan tentang penakrifan undang-undang ialah apakah perlu
dibezakan antara undang-undang Tuhan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Dalam Islam, konsep
hukuman terhadap kesalahan dilihat melalui dua pendekatan.
Pertama melalui undang-undang yang berdasarkan kepada hukum Tuhan yang ditetapkan mengikut kaedah yang
ditentukan oleh Quran atau sunah rasul.
Keduanya, jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu seseorang itu masih lagi tidak
dapat mengelakkan dirinya dari hukuman Allah melalui konsep dosa di akhirat kelak.
Dalam kata lain jika seseorang tidak mematuhi undang-undang atau melanggarnya ia tetap tertakluk kepada
hukuman Tuhan di atas kesalahan yang dilakukan. Justeru itu, kepatuhan kepada undang-undang berjaya
dilaksanakan kerana ada ancaman hukuman terhadap mereka yang melanggarinya.
Moral ataupun akhlak secara umumnya adalah nilai-nilai yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat pada
sesuatu masa yang boleh berubah menjadi adat.
Ia juga kemudiannya boleh bertukar menjadi satu peraturan hidup bermasyarakat. Standard yang diterima oleh
masyarakat akan berubah dari masa ke masa mengikut sistem nilai yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan.
Apabila membicarakan persoalan hak dan batil ia selalunya dikaitkan dengan prinsip ajaran agama dan hukum
agama yang dipanggil sebagai undang-undang Tuhan.
Walaupun boleh dikatakan bahawa akhlak sebenarnya bersendikan ajaran agama tetapi ia juga boleh
berkembang dari pegangan dan pandangan masyarakat yang mengambilnya sebagai amalan lazim.
Di peringkat awal perkembangan undang-undang, terangkum dalam sistem akhlak yang diakui perlu
dipertahankan oleh masyarakat tetapi kini proses mengasingkan undang-undang daripada akhlak sudah menjadi
kenyataan.
Keadaan ini berlaku kerana kebebasan dan hak individu diberikan keutamaan mengatasi hak masyarakat. Ini
timbul kerana masyarakat umum pada mulanya tidak mengambil kisah, tidak mahu terlibat dan menjadi lebih
toleran terhadap isu ini. Lama-kelamaan nilai dan norma sebegini menjadi satu cara hidup baru yang diterima
oleh masyarakat, walaupun ia bertentangan dengan moral ataupun sifat-sifat kemanusiaan.
Sememangnya akhlak mempengaruhi bentuk dan jenis undang-undang yang diwujudkan. Namun demikian
undang-undang kini tidak lagi menentukan bentuk akhlak yang boleh diungkapkan dalam sesebuah masyarakat.
Mungkin kerana pertentangan sedemikianlah yang menyebabkan salah seorang karakter dalam drama
Pygmallion karya Bernard Shaw bernama Doolittle, bila dipersoal tentang sama ada beliau ada moral ataupun
tidak menjawab, "saya tidak mampu tuan, tuan juga saya percaya tidak mampu memilikinya, jika tuan semiskin
saya.'' Akhlak dianggap sebagai sesuatu kemewahan untuk dimiliki oleh seseorang.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat masa kini serta perkembangan sistem kapitalis secara meluas,
masyarakat terus memberikan keutamaan kepada individu yang memilih kebebasan untuk diri masing-masing.
Umpamanya berdasarkan kepada undang-undang seseorang mungkin dikenakan hukuman ke atas kesalahan
tertentu melibatkan seks tetapi dalam masa yang sama terdapat juga kesalahan seks yang boleh terlepas dari

hukuman undang-undang seperti pelacuran, menyimpan teman wanita dan hidup bersama sebagai suami isteri
tanpa nikah. Semua ini sememangnya berlaku tetapi undang-undang tidak menganggapnya salah.
Undang-undang sepatutnyalah berasaskan kepada pemikiran waras. Sebagaimana dikatakan oleh W.S.Gilbert,
"undang-undang adalah rangkuman segala yang cemerlang. Ia tidak seharusnya ada kecacatan.''
Sir Edward Cooke, seorang pakar undang-undang pula menyebut, "semenjak sekian lama, jika ia bertentangan
dengan kewarasan pemikiran, ia tidak patut berkuat kuasa sebagai undang-undang.''
John Milton dalam bukunya, Paradise Lost menyatakan Tuhan memerintahkan dan meninggalkan perintahnya,
yang lain dapat terus hidup, undang-undang untuk kita, kewarasan kita adalah undang-undang kita.'' Apa yang
dimaksudkan ialah undang-undang yang baik semestinyalah berasaskan kepada pemikiran yang waras.
Masyarakat pada masa lampau menganggap hubungan homoseks (hubungan seks sesama jenis) ataupun
biseksuals sebagai bertentangan dengan hukum akhlak dan sekali gus ia menjadi kesalahan di sisi undangundang. Dengan peralihan masa dan juga perubahan sistem nilai masyarakat, banyak negara khususnya di Barat
menganggap kelakuan ini sebagai perkara biasa dan tidak seharusnya menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Keadaan ini berlaku kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan individu yang bertindak untuk
kepuasan dirinya selagi ia tidak melanggar hak orang lain.
Justeru itu undang-undang diwujudkan bagi menghalalkan perbuatan sumbang di antara dua pihak yang
melakukannya secara rela hati. Ada negara yang memberikan hak sehingga boleh berkahwin sesama jenis dan
juga mewarisi harta. Soal moral diketepikan, dan kesan buruk terhadap masyarakat tidak menjadi pertimbangan.
Semuanya atas nama hak asasi dan kebebasan. Namun demikian pemisahan akhlak dan undang-undang tidak
boleh berlaku dalam sistem Islam, kerana undang-undang dan akhlak dianggap dari intipati yang sama.
Persoalan yang sering ditimbulkan dalam perbahasan mengenai moral dan undang-undang ialah sama ada
kesalahan moral sesungguhnya patut dijadikan kesalahan di sisi undang-undang. Persoalan mengenai
kedudukan moral dalam konteks undang-undang memang selalu mencetuskan konflik. Malahan cukup menarik
sekali jika dikemukakan persoalan sama ada undang-undang perlu menjadi pelindung kepada moral atau di
sebaliknya moral sendiri menjadi pendukung kepada undang-undang.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam undang-undang terkandung nilai moral yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat. Namun ia tidak pula secara keseluruhannya menjadikan kesalahan yang berlaku di sisi akhlak
sebagai sesuatu kesalahan di sisi undang-undang.
Mengikut sistem dan kaedah hukum, undang-undang berteraskan undang-undang Barat, akan hanya mengambil
kira isu moral jika ia menjejaskan ketenteraman awam atau merosakkan keamanan atau kestabilan masyarakat.
Bagi mengelakkan kritikan tentang hak asasi dan kebebasan individu, banyak negara Barat mencari penyelesaian
secara cepat dengan menghalalkan banyak kategori salah laku seks.
Kesan dari tindakan ini ialah mereka berhadapan dengan isu moral yang tidak berkesudahan seperti isu
melibatkan euthanasia, pengguguran, bunuh diri dan sebagainya.
Apa juga pegangan atau kepercayaan kita, undang-undang semestinyalah mengiktiraf bahawa moral adalah
sistem nilai yang mengikat masyarakat. Jika ia dipisahkan sudah tentu masyarakat akan menjadi lebih toleran
terhadap tindakan yang tidak bermoral, semata-mata kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan
kepentingan masyarakat umum.
Masing-masing akan merasakan tidak bersalah bila melakukan pelanggaran moral kerana orang lain juga
melakukannya tanpa menerima sebarang hukuman.
Kesan buruk hasil dari pemisahan moral dan undang-undang ialah bertambahnya kesalahan jenayah kerana
perasaan bersalah atau berdosa tidak lagi diambil kira.
Ramai yang akan terus bermaharajalela melakukan perbuatan salah laku moral kerana mereka mengambil sikap
bahawa selagi undang-undang tidak merangkumkannya sebagai satu kesalahan maka ia boleh dilakukan tanpa
perasaan bersalah atau berdosa.
Bagi menjamin kesinambungan masyarakat yang sejahtera dan bahagia, kehidupan tidak seharusnya diuruskan
semata-mata berteraskan kepada undang-undang. Malahan amat penting sekali bagi masyarakat mewujudkan
kekuatan adat serta budi pekerti yang baik dan sempurna yang berteraskan amalan positif bagi menghindar
bangsa dan negara terjerumus ke lembah kehinaan.
Adalah penting bagi kita tidak menggadaikan maruah dan martabat bangsa hanya untuk menikmati keseronokan
hari ini tetapi akan menjejaskan masa depan anak cucu kita.
Moral dan undang-undang sering berdampingan antara satu sama lain. Ada kalanya ia perlu disatukan. Namun,
apabila penyatuan tidak dapat dicapai kita harus mewujudkan suasana di mana kedua-duanya menjadi kaedah

hidup yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ini perlu dilakukan bagi menentukan kesejahteraan
yang berasaskan nilai-nilai suci dan murni akan terbina.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz43QmoRKYx
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like