Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE

____________________________________________________________________________________________
____________________________

RANCANGAN PERNIAGAAN
RINGKASAN EKSEKUTIF
AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE adalah syarikat milikan
tunggal yang telah didaftarkan pada 18 April 2013 dengan modal
sumbangan sebanyak RM5,000 dan dimiliki sepenuhnya oleh
Mohammad Ashraf bin Ab Aziz. Aktiviti utamanya adalah menjual
produk makanan tambahan untuk kesihatan bagi aktiviti sukan dan
gym.
Bagi permohonan ini, syarikat memohon pembiayaan untuk
mengeluarkan produk kesihatan yang baru dengan jumlah kos
sebanyak RM103,000 bagi mengembangkan perniagaan. Produk
kesihatan yang baru dicipta dengan inovasi kandungan dan halal.
1.1

Maklumat Pemohon

1.2

Maklumat Am

a. Nama Syarikat/Firma

: AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


(Milikan tunggal)

b. Alamat & No Tel

: No. 4 Jalan Tanjung Bidara 30/76A


Taman Alam Permai 40460
Shah Alam Selangor
03-5166 1786

c. Tarikh dan No Pendaftaran


: 18 April 2013
SA0257700-M
d. Tarikh Mula Operasi

: 30 September 2011

e. Modal Sumbangan

: RM5,000

f. Jenis Industri

: Produk Kesihatan

Nama Pemilik

Jumlah Modal Dimiliki (RM)


Sedia Ada

Mohammad Ashraf bin Ab


Aziz
No. 4 Jalan Tanjung Bidara
30/76A Taman Alam
Permai 40460 Shah Alam
Selangor
g. Jenis Produk
sukan dan

Baru

Jumlah

RM5,000

RM5,000

: Makanan tambahan untuk ahli


ahli bina badan

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

h. Pemegang Saham/Pengarah :
Bil

1.

Nama/Alamat

Umur

Mohammad Ashraf bin Ab


Aziz
No. 4 Jalan Tanjung Bidara 25 Tahun
30/76A Taman Alam
Permai 40460 Shah Alam
Jumlah
2.0

Jawatan

Modal
Dimiliki

Pengurus

100%
100%

Perihal Projek
2.1

Aspek Teknikal
2.1.1 Profil Produk
a) Jenis Produk
Produk kesihatan sedia ada ialah mass gainer,
whey protein, multivitamin dan pre workout.
Produk
kesihatan
yang
ingin
dikeluarkan
dinamakan testosterone booster. Produk ini
mempunyai beberapa kegunaan iaitu memberi
tenaga yang secukupnya untuk mengangkat
beban, mengeraskan otot badan, meransang otot
badan, membesarkan badan, menimbulkan urat
badan, mengurangkan keletihan selepas gym,
mengekalkan stamina, dan meningkatkan prestasi
ranjang.
b) Sifat, Ciri dan Bentuk Pembungkusan
Produk ini didalam bentuk serbuk mudah larut.
Cara untuk minum adalah dengan campuran air
masak sahaja. Produk akan dibungkus mengikut
sachet, 1 kotak mempunyai 15 sachet dimana
boleh bertahan sehingga sebulan penggunaan.
c) Keistimewaan, kekuatan dan kelainan produk
Produk ini akan dicampurkan dengan 100%
kandungan herba dan juga diinovasikan dengan
menambah kandungan acai berry. Acai berry

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

mempunyai anti oksida yang sangat tinggi. Produk


ini bukan sahaja memberi impak luaran malah baik
juga untuk kesihatan dalaman lelaki.

2.1.2 Tapak Projek


a) Lokasi Projek
Buat masa ini, perniagaan dijalankan secara
atas talian dan stok cuma disimpan di rumah.
Menjual secara talian dapat mengurangkan kos
sewa kedai dan bil. Bagi sesetengah pelanggan,
kami ada membuat penghantaran secara cash
on delivery dimana kami memberi servis
dengan menghantar di beberapa kawasan
berdekatan seperti Shah Alam, Subang Jaya,
Sunway, Damansara dan Petaling Jaya secara
percuma. Bagi yang berada di luar klang valley
dan juga Selangor akan dibuat penghantaran
melalui pos.
Buat masa kini, syarikat tidak memerlukan
premis perniagaan kerana perniagaan yang
dijalankan secara atas talian adalah lebih
mudah untuk pelanggan melihat gambar
testimoni dan produk. Kebanyakan pelanggan
hanya mencari makanan tambahan dalam
carian
google.
Sehubungan
dengan
itu,
kebanyakan pengguna makanan tambahan
kesihatan bagi gym adalah generasi muda dan
mereka menggunakan internet hampir setiap
masa.
2.1.3 Kapasiti dan Pengeluaran Dijangka
a) Memandangkan syarikat baru menjana idea
untuk
mengeluarkan
produk
Testosterone
Booster, tiada kapasiti buat masa ini.
b) Anggaran kapasiti yang diperlukan adalah
sekitar 5000 unit sebulan. Bilangan ini akan
meningkat dari tahun ke tahun sehingga capai
15,000 unit sebulan. Produk ini diperlukan

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

hampir setiap orang yang pergi ke gym. Mereka


memerlukan tenaga dan stamina tambahan
untuk mengangkat beban.

2.1.4 Proses Pengeluaran


Kilang
Al Basith
Empire
Agen/Pelangg
an
Penghantaran
Invois
Keuntungan

Proses
pengeluaran
produk
bermula dari kilang yang berada
di Kedah, akan di hantar ke
syarikat
Al
Basith
Empire
Enterprise. Syarikat akan mula
mengedarkan kepada agen dan
juga pelanggan.
Penghantaran akan dibuat serta
invois diberikan kepada agen
sahaja. Pelanggan akan diberikan
resit setelah pembayaran dibuat.
Seterusnya keuntungan dijana.

2.1.5 Jadual Pelaksanaan Projek

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

Pinjaman diluluskan, pembayaran sepenuhnya kepada


pembekal.
Produk dihantar kepada Syarikat Al Basith Empire.

10
10 Julai
Julai
2014
2014
12 Julai
2014

Syarikat akan mula mempromosikan produk secara meluas


di internet dan juga kenalan yang mempuyai gym.
Mencari agen bagi setiap negeri.

15 Julai
2014
20 Julai
Julai
20
2014
2014

Produk dihantar ke agen bagi setiap negeri.


Untuk mempercepatkan jualan, Syarikat akan membuat
promosi seperti shaker percuma atau sarung tangan gym
percuma.
Jualan 2500 unit testosterone booster telah habis dijual.
Penambahan order pada kilang.

25 Julai
2014
1
1
August
August
2014
29
29
August
August
2014
30
30
August
2014
2014

2.2

Aspek Pasaran
2.2.1 Pasaran Am
a) Industri kesihatan gym sedang meningkat pada
masa kini. Meningkat dengan begitu cepat
sekali sehingga generasi muda yang masih
bersekolah juga sudah mula berjinak untuk ke
gym. Ini merupakan suatu transformasi dan
peluang yang cukup besar dalam industri ini
termasuk makanan tambahan bagi ahli bina
badan. Permintaan untuk makanan tambahan
terutama untuk meningkatkan stamina dan
kekuatan adalah sangat tinggi.
b) Pengguna utama bagi testosterone booster
adalah lelaki yang telah bekerja berumur
lingkungan 22 sehingga 40 tahun. Masih juga
terdapat generasi muda yang berumur 18
tahun yang mencari produk ini untuk kelihatan
lebih cepat besar dan mempunyai tenaga
tambahan.

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

c) Permintaan bagi produk ini sangat tinggi


adalah kerana disamping memberi stamina di
gym, ia dapat meningkatkan prestasi di
ranjang. Produk ini akan sentiasa diperlukan
oleh ahli bina badan kerana setiap tahun, akan
ada ahli baru yang ingin berjinak ke gym, dan
juga ada sesetengah orang yang sudah ke gym
tetapi
masih
tidak
dapat
hasil
yang
memberansangkan, ini akan memberikan
mereka sentiasa mencari produk yang sesuai
untuk membesarkan otot mereka. Bagi yang
melakukan senaman selepas pulang kerja,
mereka pasti kekurangan tenaga untuk
mengangkat
beban
dan
memerlukan
testoterone
booster
untuk
membantu
mengekalkan stamina mereka. Lelaki juga
menjaga kentrampilan mereka untuk kelihatan
segak dan bergaya. Kecantikan bagi lelaki
adalah keadaan fizikal mereka.
2.2.2 Pasaran Syarikat
a) Pada peringkat awal produk dikeluarkan, fokus utama adalah
di kawasan sekitar Shah Alam dan Subang. Dengan adanya
beberapa gym di Shah Alam, sudah ada bilangan prospek di
kawasan sekitar ini. Di Shah Alam sahaja mempunyai 6 gym
iaitu:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

HKA Fitness, Sek 7


Al Falah Gym, Sek 23
Xclusive Fitness, Sek 13
Iron Gym, Sek 7
Jr Muscle and Fitness Gym, Sek 23
V Gym, Sek 13

b) Anggaran Pendapatan Syarikat

Produk

Harg
a
Kos

Harg
a
Juala
n

Peratus
Keuntung
an

Anggar
an
Jualan
Sehari

Anggaran
Pendapata
n
Sehari
(RM)

Anggaran
Pendapata
n Sebulan
(RM)

Anggaran
Pendapata
n Setahun
(RM)

Testostero
ne Booster

RM4
0

RM16
0

75%

10

1600

48,000

576,000

Anggaran pendapatan adalah minima dengan jualan di Shah Alam


dan juga atas talian. Rajah di atas tidak termasuk dengan
pengulangan jualan apabila pelanggan kehabisan stok. Pada
permulaan ini, cuma satu produk yang dibuat, produk baru yang lain
6

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

akan dibuat selepas jualan pertama berjaya. Antara produk yang


akan dibuat adalah pembakar lemak, whey protein dan juga mass
gainer. Anggaran pendapatan syarikat akan meningkat apabila
produk baru telah dilancarkan.
Disamping itu, syarikat juga masih mempuyai pendapatan tetap
dengan jualan daripada makanan tambahan yang lain. Produk yang
telah di import daripada USA dan Canada, tetapi didapati oleh
pembekal dari Malaysia.
c) Senarai Pelanggan sedia ada/dan akan datang
Bekalan
Oleh
Pemohon
(Kuantiti)

Nama &
Kawasan

Tempoh
Pasaran

Nilai
Pasaran
(RM)

Maklumat

1. Hisham ,
Klang

50

Sebulan

8000

Wakil jualan dan juga


mempunyai sebuah
gym di Klang

2. Faiz,
Pahang

50

Sebulan

8000

Wakil Jualan dropship

100

Sebulan

16,000

Duta Produk dan wakil


jualan

4. Aizat,
Puchong

10

Seminggu

1600

Wakil Jualan

5. Amir ,
Klang

Sebulan

160

Pembeli Setia

6. Wati,
Subang

Seminggu

800

Trainer dan Wakil


Jualan

3. Hakim,
Petaling Jaya

Jumlah

216

34,560

Wakil Jualan utama adalah Hisham, beliau mempunyai sebuah gym


di Bandar Klang. Telah mula menjadi wakil jualan pada pertengahan
2013. Prestasi jualan agak konsisten pada setiap minggu.
d) Strategi Pemasaran
Antara strategi strategi adalah seperti berikut :i)

Melantik duta produk yang mempunyai bentuk badan yang


menarik. Antara kriteria lain bagi duta adalah seorang yang
terkenal dalam sukan bina badan. Duta yang akan dipilih
adalah kenalan pengurus iaitu Hakim Rahman dan juga Faiz

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

Ariffin yang mempunyai pengikut di instagram hampir


37,000 orang.
ii)

Memberikan shaker atau sarung tangan gym percuma bagi


1000 orang customer yang pertama. Shaker atau sarung
tangan cuma menelan kos RM5. Kos ini cuma hanya 4.16%,
keuntungan sebuah produk adalah 400% dan jika ditolak
dengan kos shaker, keuntungan bersih syarikat 395.84%.

iii)

Pemasaran akan dilakukan secara online. Syarikat telah


memutuskan untuk membuat minisite dan membuat
google adwords untuk pemasaran minisite. Minisite ini khas
untuk produk ini sahaja.

iv)

Produk ini akan dimasukkan ke dalam forum dan thread


yang telah sedia ada di bawah akaun syarikat sebelum ini.
Thread ini juga telah di view hampir 59,000 pelawat.

v)

Pemasaran untuk produk juga akan dibuat melalui


Facebook Ads. Facebook Ads sangat berkesan untuk produk
kesihatan.

vi)

Syarikat juga akan membuka peluang untuk masyarakat


menjana pendapatan dengan memilih wakil jualan di setiap
negeri atau parlimen. Syarikat juga akan membuka jualan
secara dropship bagi peniaga online sedia ada.

vii)

Meminta untuk meletakkan produk ini di setiap gym di


kawasan Shah Alam dan melakukan secara consignment.
Consignment tidak akan membebankan pihak gym iaitu
dengan cara syarikat meletakkan produk di gym tanpa
modal, dan gym hanya membayar kepada syarikat apabila
barang terjual.

viii)

Sampel diberikan kepada 10 orang untuk dijadikan


testimoni dan gambar testimoni dimasukkan ke dalam
minisite dan forum untuk meyakinkan pelanggan.

ix)

Mempamerkan sijil halal dan KKM produk. Ini dapat


membantu pelanggan berasa produk ini selamat untuk
digunakan.
2.2.3 Pesaing Utama

Nama Produk
1. Tribulus

Jenama
14 Superior

Harga
Pasaran (RM)
RM170

Anggaran
Pengeluaran
Sebulan
(Kuantiti)
1500

Kongsi
an
Pasara
n
35%

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

Testo 2500
2. MXT
3. T-max

Supplements
Rev X Lab
BFS
Supplement

RM200

5000

45%

RM170

1000

30%

Pesaing utama bagi produk testerone booster


adalah MXT. Produk ini antara sedang bermusim
pada masa sekarang. Mula operasi sekitar
pertengahan 2013 dan membuat jualan sehingga
10,000 unit setahun. Harga agak mahal iaitu
RM200 sekotak. Prestasi produk ini sangat
memberansangkan kerana teknik marketing yang
digunakan adalah Facebook Ads.
2.2.4 Langkah-Langkah Menghadapi
Persaingan
Antara langkah bagi menghadapi persaingan
adalah dengan kualiti bahan kandungan adalah
herba dan berries yang bergred A. Kualiti ini
terjamin daripada kilang yang bertapak di Kedah.
Pembungkusan yang direka bentuk adalah konsep
bertaraf antarabangsa. Ini dapat memberikan
produk ini kelihatan berkesan dan mempunyai
kualiti. Harga yang dicadangkan adalah RM160
termasuk pos, harga yang mampu milik bagi ahli
bina badan kerana makanan tambahan yang lain
harga sekitar RM180 hingga RM200.
Promosi yang akan dilakukan adalah dengan
memberi shaker atau sarung tangan gym percuma
bagi 1000 pelanggan terawal. Jika mempunyai
respon yang baik, promosi akan ditambah dengan
singlet atau t-shirt percuma dimana kos cuma
sekitar RM8.
Perkhidmatan seperti cash on delivery secara
percuma di kawasan sekitar Shah Alam, Subang
Jaya, Sunway, Petaling Jaya dan Damansara.

2.3

Aspek Pengurusan

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

2.3.1 Organisasi Syarikat

Mohammad Ashraf bin


Ab Aziz
(Pengasas dan Pengurus)

Ikhwan bin Jaafar


(Penolong Pengurus)

Nur Ashikin binti Ab


Aziz
(Pemasaran)

Muhammad Afiq
Faidhi
(Penghantaran)

Pada masa ini, syarikat sepenuhnya dibawah diuruskan En. Ashraf


sendiri dan juga dibantu serba sedikit oleh En. Ikhwan. Syarikat
dijangka akan menambah staf lagi dari segi aspek kewangan,
penghantaran dan pengurusan stor apabila produk semakin
bertambah di masa akan datang.
2.3.2 Nama dan Latar Belakang Pengarah
Nama diberi Mohammad Ashraf bin Ab Aziz sebagai Pengurus
syarikat Al Basith Empire Enterprise. Beliau berusia 25 Tahun dan
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Uitm Puncak
Alam.
Pengalaman Kerja adalah :
i)
ii)
iii)

Jan May 2007


: Pelayan dan Pembuat Air di Secret
Recipe Taman Megah
Jan Mac 2008
: Perkhidmatan Pelanggan di True
Fitness Jaya33
Sep 2011 May 2012 : Pereka Grafik di Max Textile Aman
Suria

Beliau mengenali dunia gym di True Fitness pada tahun 2008 dan
sangat meminati bidang ini. Beliau memulakan perniagaan secara
sambilan di internet menjual makanan tambahan gym pada
September 2011 sehingga hari ini.
Beliau mempunyai kemahiran tentang cara senaman yang berkesan
untuk menambah berat badan atau membuang lemak. Semua

10

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

aspek ini merangkumi pemakanan harian. Kepakaran yang perlu


ada dalam menjual makanan tambahan adalah dengan memahami
fungsi bagi setiap makan tabahan tersebut. Antara kepakaran lain
adalah dalam pemasaran internet. Beliau juga mempunyai berniaga
di eBay dan menjual di seluruh negara antarabangsa.
2.3.3 Nama dan Latar Belakang Kakitangan
Utama Syarikat
i)

Ikhwan Jaafar - Penolong Pengurus


Beliau berumur 25 tahun dan berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Perniagaan
Major Pengangkutan di Uitm Puncak Alam.
Beliau berpengalaman dalam menguruskan
bisnes katering keluarganya dan masih giat
menjalankan bisnes itu. Tugas di syarikat
adalah membantu pengurusan stok dan staf.

ii)

Nur Ashikin binti Ab Aziz Pemasaran


Beliau berumur 23 tahun dan juga
merupakan adik kandung kepada Pengurus
iaitu En Ashraf. Berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Pemasaran di Uitm Perak. Mempunyai
pengalaman bekerja sebagai Eksekutif
Pemasaran Old Malaya Kopitiam. Kemahiran
dalam pemasaran sosial media, beliau
berjaya melonjakkan jualan bagi cawangan
baru Old Malaya Koptiam di Bangi Getaway
dari RM90,000 kepada RM170,000 pada
bulan Mac 2014.

iii)

Muhamad Afiq Faidhi Penghantaran


Beliau berumur 20 tahun dan masih belajar
di Uitm Shah Alam. Beliau melakukan kerja
sambilan bagi menampung pendapatan
untuk pembelajaran. Seorang yang rajin dan
berdedikasi dalam bekerja. Tugas beliau
adalah menghantar order ke pelanggan pada
waktu malam tanpa menganggu waktu
kelas.

11

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

2.4

Aspek Kewangan
2.4.1 Aset Tanggungan & Ekuiti

i)

Jumlah Harta (Kos Projek)

Perkara

SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)
RM000
%

Kos
Produk
Pemasar
an
Pelancar
an
Gaji
Kompute
r Riba
Jumlah
ii)

BARU

JUMLAH

RM000

RM000

44,814

81.0%

44,814

81.0%

2000

3.6%

2000

3.6%

3000

5.4%

3000

5.4%

5500

9.9%

5500

9.9%

55,314

100%

55,314

100%

Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber Pembiayaan)

Perkara
Modal
Sumbanga
n
Pendahulu
an Pemilik
Pembiayaa
n YEF
Jumlah

SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)
RM000
%

BARU

JUMLAH

RM000

RM000

5000

9.0%

5000

9.0 %

5814

1.5%

5814

1.5%

44,500

80.4%

44,500

80.4%

55,314

100%

55,314

100%

Prestasi dijangka untuk 5 tahun akan datang disertakan dibahagian


Lampiran kertas kerja.

12

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

3.0

Kesimpulan
3.1

Kekuatan dan Kelemahan Projek

a) Kekuatan
i)

Produk ini mempunyai sijil halal dan juga sijil Kementerian


Kesihatan Malaysia dimana produk yang terdapat
dipasaran terutama yang diimport tidak mempunyai
sebarang sijil terutama halal. Dengan adanya sijil ini dapat
meyakinkan para pelanggan bahawa produk ini bermutu
tinggi serta jauh daripada ancaman bahaya.

ii)

Persaingan yang kurang kerana sehingga hari ini, cuma


terdapat 1 sahaja produk testosterone booster yang telah
dikeluarkan oleh bumiputera. Kebanyakan produk lain
adalah diimport dari USA dan juga Canada.

iii)

Pengurus berpengalaman hampir 2 tahun dalam bidang


makanan tambahan gym dan sangat komited terhadap
kejayaan perniagaan ini. Di samping itu, syarikat juga
mempunyai pekerja yang hebat dan berpengalaman dalam
melakukan kerja mereka.

b) Kelemahan
i)

Jenis perniagaan adalah berorientasikan pilihan bagi ahli


bina badan dan bukan keperluan. Masih ada segelintir ahli
yang tidak percaya dengan produk kesihatan untuk bina
badan. Bagi mereka, pemakanan semula jadi adalah lebih
baik daripada makanan tambahan.

ii)

Masyarakat kini lebih terdorong kepada jenama produk luar


negara, kerana mentaliti mereka produk bumiputera tidak
mempunyai kualiti setanding luar negara.

13

AL BASITH EMPIRE ENTERPRISE


____________________________________________________________________________________________
____________________________

3.2

Langkah Mengatasi Kelemahan Projek

a) Mempelbagaikan makanan tambahan jenama lain termasuk


yang diimport.
b) Membuat pemasaran secara besar-besaran di internet dan
juga gym. Menekankan kelebihan produk dalam teknik
pemasaran.
c) Mencipta logo produk muslim dan meletakkan di bahagian
bungkusan produk.

4.0
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)

Senarai Lampiran

Sijil Pendaftaran Syarikat


Penyata Bank
Anggaran Prestasi selepas 5 tahun
Sebut Harga Produk
Laman Sesawang
Tempat bekerja
Produk sedia ada

14

You might also like