Antologi Harga Sebuah Lukisan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 74

Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Muafakat)


Maksud
Rangkap 1
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara secara bersama akan membawa
kejayaan.
Rangkap 2
Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.
Rangkap 3
Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.
Rangkap 4
Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera.
Rangkap 5
Sikap

saling

mempercayai

adalah

asas

untuk melahirkan permuafakatan

yang

berkekalan dalam masyarakat.


Rangkap 6
Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

Tema
Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin
kesejahteraan.
Persoalan
1.

Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.

2.

Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .

3.

Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .

Bentuk
1.

Bentuk pantun terikat.

2.

Mempunyai 6 rangkap.

3.

Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

4.

Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.

5.

Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.


Contoh: ke lurah sama diharungi.

6.

Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.


Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata)

7.

Rima akhir abab.

Gaya bahasa
1.

Anfora
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
(pengulangan perkataan bulat pada awal baris)

2.

Repitisi.
Hidup muafakat hidup bahagia

3.

Peribahasa.
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat

4.

Inversi
bergotong-royong penduduk sekampung.

5.

Imej alam.
kangkung, bunga melati paya, sawah padi

Unsur bunyi
1.

Asonansi Buah salak di dalam kantung ( pengulangan vokal a)

2.

Aliterasi kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan k)

Nilai
1.

Bekerjasama .

2.

Toleransi.

3.

Percaya mempercayai

4.

Hormat-menghormati.

Pengajaran
1.

Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2.

Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.

3.

Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.

4.

Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

PUISI TRADISIONAL
(Pantun Nasihat)
MAKSUD
Rangkap 1
Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dilakukan secara bersama.
Rangkap 2
Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.
Rangkap 3
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.
Rangkap 4
Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan
memberi kesan kepada diri.
Rangkap 5
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.
Rangkap 6
Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.

TEMA
Tema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa
kebaikan dan kesejahteraan hidup.
PERSOALAN
1.

Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.

2.

Tanggungjawab menjaga maruah diri.

3.

Bertindak tidak mengikut hawa nafsu.

4.

Bertutur kata dengan sopan

5.

kegigihan ilmu dengan betul.

6.

Menjaga adab dalam pergaulan.

BENTUK
1.

Bentuk terikat.

2.

Mempunyai 6 rangkap.

3.

Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap

4.

Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.

5.

Rima akhir abab.

6.

Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.


Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata)

7.

Antara 4 hingga 5 patah perkataan.


Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan )

GAYA BAHASA
1.

Repitisi

bunga melati bunga pandan.

2.

Responsi

Gunung Tahan sama didaki

3.

Peribahasa

kerana mulut badan binasa.

4.

Imej alam

nyiur muda , gunung, telaga, tanjung, pohon ara.

Sungai Pahang sama direnangi

Unsur bunyi
1.

Asonansi Melangir keris pusaka hikmat ( pengulangan vokal i)

2.

Aliterasi -

Bunga melati bunga pandan ( pengulangan konsonan n.)

NILAI
1.

Bekerjasama

2.

Bermoral

3.

Rasional

4.

Bijaksana

5.

Kegigihan

6.

Berbudi bahasa

PENGAJARAN
1.

Kita perlulah bekerjasama .

2.

Kita mestilah menjaga maruah diri.

3.

Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.

4.

Kita hendaklah menjaga tutur kata .

5.

Kita hendaklah gigih menuntut ilmu.

6.

Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa .

Puisi Tradisional
Pantun Berkait (Bekerja)
Maksud
Rangkap 1
Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk bekerja.
Rangkap 2
Melakukan pekerjaan dan membuang semua sifat malas dalam diri.
Rangkap 3
Buang semua sikap malas dan mengetahui segala pekerjaan.
Rangkap 4
Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing.
Rangkap 5
Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6
Apabila pekerjaan yang dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah.
Rangkap 7
Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan.
Rangkap 8
Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.
Persoalan
1.

Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

2.

Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam pekerjaan.

3.

Berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.

4.

Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Bentuk
1.

Bentuk pantun terikat.

2.

Merupakan pantun berkait.

3.

Mempunyai 8 rangkap.

4.

Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

5.

Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.

6.

Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.

Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan)


Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/
7.

Rima akhir abab.

Gaya bahasa
1.

Sinkof
Tidaklah bimbang barangkan hilang (rangkap 5 baris 1)

2.

Inversi
bangkit segera kita berjuang (rangkap 1 baris 4)

3.

Repetisi
Perahu layar mudik ke pangkalan
Sampai di pangkalan memunggah barang

Unsur bunyi
Asonansi wahai rakan handai dan taulan (Rangkap 1 baris 3)- pengulangan vokal a
Aliterasi tiadalah tinggal terbuang penat (Rangkap 8 baris 4)pengulangan konsonan t
Nilai
1.

Kerajinan

2.

Ketekunan

3.

Kegigihan

4.

Bersyukur

Pengajaran
1.

Kita haruslah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2.

Kita hendaklah dalam pekerjaan.

3.

Kita perlulah gigih berusaha.

4.

Kita mestilah bersyukur setelah berhasil melakukan pekerjaan.

PUISI TRADISIONAL
(Syair Panduan Untuk Para Remaja)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya
orang,Generasi muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan
bersifat boros.
Rangkap 2
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat,
sombong dan memungkiri janji.
Rangkap 3
Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan tidak terlibat
dengan perkara-perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.
Rangkap 4
Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada
orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti
akan senang hidupnya.
Rangkap 5
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam
ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan
antara sahabat akan menjadi renggang.
Rangkap 6
Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang
terlalu mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri
sendiri.
Rangkap 7
Generasi

muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak

membezakan kedudukan atau taraf.


Rangkap 8
Penyair berpesan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari
ini akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.
TEMA

Tema syair ini ialah panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang
penuh dugaan ini dengan bermoral.

PERSOALAN
1.

Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan


daripada
orang lain.

2.

Menjauhkan diri

daripada

terlibat

dengan

perkara-perkara

negatif

yang

merosakkan
diri.
3.

Menunaikan

janji

kerana

kegagalan

menepati

janji

akan

menghilangkan

kepercayaan orang terhadap kita.


4.

Mengelakkan diri

daripada

berhutang kerana hubungan persahabatan akan

renggang.
GAYA BAHASA
1.

Anafora - Jangan fikir kasihkan kaya.


Jangan boros yang sia-sia.

2.

Repetisi Jangan mengata jangan mengeji

3.

Inversi Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.

Unsur bunyi
1.

Asonansi Barang dipinjam kerap kehilangan ( pengulangan vokal a).

2.

Aliterasi -

Jangan biasakan meminta tolong (pengulangan konsonan n).

BENTUK
1. Bentuk terikat.
2. Mempunyai 8 rangkap
3. Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap.
4. Semua baris ialah maksud.
5. Suku kata 9 hingga 12.
Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata)
6. Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan)
NILAI
1.

Berdikari

2.

Menepati janji

3.

Merendah diri.

4.

Bersyukur

PENGAJARAN
1

Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain .

2. Kita hendaklah menunaikan janji


3. Kira hendaklah merendah diri dan tidak sombong.
4. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan.

Puisi Tradisional
[Berbuat Jasa]
Maksud
Rangkap 1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang
walaupun sudah tiada.
Rangkap 2
Generasi muda diseru supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan
kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.
Rangkap 3
Generasi muda diingatkan tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana
jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.
Rangkap 4
Generasi muda diseru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan
dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Rangkap 5
Generasi ditegah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan
menyebabkan timbulnya perasaan tamak.
Rangkap 6
Generasi muda diingatkan agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan
memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.
Rangkap 7
Rakan taulannya diseru supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang
kerana Tuhan lebih mengetahui.

Tema
Tema syair ini ialah kepentingan berbuat jasa.
Persoalan
1.

Keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2.

Menghargai orang yang telah berbuat jasa.

3.

Kesanggupan untuk berkorban.

4.

Budi yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Bentuk
1.

Bentuk syair terikat.

2.

Mempunyai 7 rangkap.

3.

Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

4.

Semua baris adalah maksud.

5.

Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.


Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan )

6.

Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.


Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata )

7.

Rima akhir aaaa.

Gaya bahasa

1.

Sinkof
Kamu yang mati jasa tak fana

2.

Inversi
Buatlah baik wahai rakan

3.

Imej alam
Bintang, ikan

4.

Perlambangan
Buahnya , sumbu pelita

Unsur bunyi
1.

Asonansi buatlah jasa wahai teruna(Pengulangan vokal a)

2.

Aliterasi buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b)

Nilai
1.

Baik hati

2.

Pengorbanan

3.

Keikhlasan .

4.

Mengenang jasa.

5.

Kebijaksanaan

Pengajaran
1.

Kita hendaklah memiliki sifat baik hati.

2.

Kita perlu sedia berkorban.

3.

Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

4.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita.

5.

Kita perlulah bijak sana sebelum mengambil sebarang tindakan.

PUISI TRADISIONAL
SYAIR LI-ATTAR GHIB
Maksud
Rangkap 1
Penyair berpesan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam
setiap pekerjaan di dunia.
Rangkap 2
Atas takdir Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun
tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.
Rangkap 3
Setiap umat manusia perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya
terlalu sukar untuk dihadapi.
Rangkap 4
Semua orang yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih
pangkat dan darjat.
Rangkap 5
Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah
meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan
Rangkap 6

Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri
perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan
Rangkap 7
Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah
diamalkan agar tidak menjadi sia-sia
Rangkap 8
Semua orang diseru supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu
kerana kita juga akan menghadapinya.

Tema
Tema syair ini ialah mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian yang dilalui ole
orang lain.
Persoalan
1.

Kematian yang tidak dapat dielakkan.

2.

Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan.

3.

Keinsafan menghadapi kematian.

Bentuk
1.

Bentuk syair terikat

2.

Mempunyai 8 rangkap

3.

Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap

4.

Semua baris adalah maksud.

5.

Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris


Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan)

6.

Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris.


Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata)

7.

Rima akhir aaaa

Gaya bahasa

1.

Responsi
Kerana ilmu mulia anbia.
Tuntut ilmu jangan sia-sia

2.

Repetisi
Segala pekerjaan segala perkara .

3.

Inversi

kita sepertinya akan datangkan

Unsur bunyi

Asonansi sebab bersama-sama mengembara


( pengulangan vokal a)

Aliterasi hendaklah kita tunduk tengadah .


(pengulangan konsonan d)

Nilai
1.

Keinsafan

2.

Kesyukuran

3.

Kerajinan

4.

Bertanggungjawab

5.

Kesabaran

Pengajaran
1.

Kita haruslah insaf ketika berhadapan dengan kematian .

2.

Kita hendaklah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup.

3.

Kita hendaklah rajin dalam mencari ilmu pengetahuan.

4.

Kita hendaklah bertanggungjawab dengan memelihara kesenangan yang diwarisi.

5.

Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN


(Shamsudin Othman)
Maksud
Rangkap 1
Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa manusia dan telah membunuh banyak
nyawa.
Rangkap 2
Penyalahgunaan dadah menyebabkan kehancuran generasi muda bakal pewaris
negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang
negara.
Rangkap 3
Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun. Dadah telah
meracuni manusia. Sejarah telah membuktikan, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain

di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan
negara.
Rangkap 4
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup
mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi
kemajuan negara.
Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi agar memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang
salah.
Tema
Tema sajak ini ialah dadah musuh negara. Dadah mengakibatkan kemusnahan kepada
manusia, agama, bangsa dan negara.
Persoalan
1.

Negara bangsa musnah akibat dadah.

2.

Penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan diri.

3.

Generasi yang sihat dan bebas dadah dapat membangunkan negara.

4.

Kekuatan iman dalam menangkis cabaran.

Gaya Bahasa
1.

Anafora
adalah dadah itu perosak jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata.

2.

Repetisi
Jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka

3.

Responsi
Rimba di depan kita masih luas terbentang
Mari kita pilih jalan lurus ke syurga

4.

Sinkope
Kau racun dalam khayal yang tidak terduga

5.

Metafora
lorong hidup , laut masa depanmu, lorong hitam.

6.

Personifikasi
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia.

7.

Simile
Seperti tercatat dalam sejarah

8.

Inversi
angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

9.

Imej alam
Laut, rimba, duri

Unsur Bunyi
1.

Asonansi seperti tercatat dalam sejarah. (pengulangan vokal e)

2.

Aliterasi maka seorang pujangga pun berkata.( pengulangan konsonan g)

Nada - Sinis
Bentuk
1.

Bebas.

2.

Terdapat lima rangkap.

3.

Rima akhir baris-baris ayat.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.
Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.
Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.

Nilai
1.

Kegigihan

2.

Rasional

3.

Keimanan

4.

Semangat Patriotik

5.

Bertanggungjawab

Pengajaran
1.

Kita hendaklah gigih menjauhi najis dadah .

2.

Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan

hidup.
3.

Kita hendaklah sentiasa beriman untuk melalui liku-liku hidup.

4.

Kita mestikan mempertahankan negara.

5.

Kita hendaklah bertanggungjawab memilih haluan kehidupan yang sebenar.

KATA-KATA
(Hashim Yaacob)
Maksud Sajak

Rangkap 1
Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan maruah
dengan membalas balik kata-kata tersebut.
Rangkap 2
Apabila diherdik, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.
Rangkap 3
Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan
berkata-kata dan berhujah dengan spontan.
Rangkap 4
Negara kita telah mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana
kepintaran kata-kata di meja perundingan.
Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan
kehidupan mereka terbela.

Tema
Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan
kata-kata.

Persoalan
1.

Kebijaksanaan berbahasa untuk membidas hujah lawan.

2.

Mempertahankan diri apabila dihina dengan menggunakan kata-kata yang santun.

3.

Berkata-kata perlu menggunakan akal fikiran

4.

Kemerdekaan negara boleh diperoleh menerusi rundingan dan tanpa peperangan.

Gaya Bahasa
1. Anafora
Kita merdeka bukan kerana senjata
Kita merdeka kerana bijak kata
2. Repetisi
Lawan kata dengan kata
3.

Responsi
Kalau kita dicerca dengan kata
Jangan kita diam tak terkata

4.

Epifora
Ini martabat bangsa kita
Ini kedaulatan negara kita

5.

Sinkope
Jangan kita diam tak terkata

Unsur Bunyi
1.

Asonansi Pertahankanlah maruah kita(pengulangan vokal a)

2.

Aliterasi Janganlah kita diam tak terkata.(pengulangan konsonan t)


Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat lima rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.
Nilai

1. Kebijaksanaan
2. Hemah tinggi
3. Kegigihan
4. Patriotik
Pengajaran
1.

Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.

2.

Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkata-kata.

3.

Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.

4.

Kita mestilah berani mempertahankan negara.

KEUSANGAN BUDAYA
(Roshilawati Razlan)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Pada zaman dahulu gadis Melayu begitu bersopan santun berpakaian tradisional.
Rangkap 2
Pada zaman dahulu pemuda Melayu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka
hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang
merdu dan mengasyikkan.
Rangkap 3
Pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan
budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak lesu dan tidak
bersemangat.
Rangkap 4
Pada masa ini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik
yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian
tradisional telah dipinggirkan.
Rangkap 5
Golongan tua sahaja yang masih mempertahankan seni tradisional.

Mereka hanya

mampu merenung nasib permainan tradisional seperti wayang kulit semakin dilupakan.
Tema

Tema sajak ini ialah budaya bangsa Melayu yang semakin luput ditelan zaman.
Persoalan
1.

Generasi muda yang meminggirkan amalan budaya Melayu.

2.

Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.

3.

Pengaruh budaya asing .

4.

Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.

Gaya Bahasa
1.

Anafora
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku

2.

Responsi
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi

3.

Hiperbola
Irama gamat menodai kedamaian

4.

Personifikasi.
seruling bambu diam keusangan,

5.

Inversi
melihat sayu Sang Sita Dewi.

Unsur Bunyi
1. Asonansi bersalut songket tenunan Melayu (pengulangan vokal u)
2. Aliterasi -irama gamat menodai kedamaian.( pengulangan konsonan m)
Nada - melankolik
Bentuk - Bebas.
2.

Terdapat lima rangkap.

3.

Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Nilai
1.

Kesopanan

2.

Menghargai budaya

3.

Patriotik

4.

Bertanggungjawab

Pengajaran
1.

Kita hendaklah sentiasa bersopan santun.

2.

Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.

3.

Kita hendaklah mempertahan budaya kita daripada dicemari budaya asing.

4.

Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara permainan tradisional .

SEORANG INSAN ISTIMEWA


(Natasya Puteri)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan menjadi cacat. Namun siapalah
dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia
perlu meneruskan kehidupan seharian.
Rangkap 2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun
dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang
menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang
dialaminya.
Rangkap 3
Kehidupan sebagai insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada
hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan
kehidupan di dunia ini.
Rangkap 4
Orang yang normal harus membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang
ikhlas kerana setiap kebaikan kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.
Tema

Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai golongan istimewa. Golongan istimewa telah
menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalan
1.

Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan.

2.

Tanggungjawab membantu sesama manusia.

3.

Bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

4.

Keyakinan diri dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.

5.

Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.

Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat empat rangkap.
3.

Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.


Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

Gaya Bahasa
1.

Parelleisme
Seorang insan istimewa.

2.

Anafora .
Sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

3.

Responsi.
Anugerah suatu ujian
Anugerah suatu tuntutan

4.

Inversi
Sebuah suratan tertulis sudah

5.

Paradoks
Menggalas payah dalam senyum terpaksa

Unsur bunyi
1.
2.

Asonansi meneruskan kehidupan. (pengulangan vokal e)


Aliterasi bantulah, bimbinglah. (pengulangan konsonan b)

Nada - melankolik

Nilai
1. Keredaan
2. Saling membantu
3. Keikhlasan
4. Bertanggungjawab
Pengajaran
1. Kita haruslah reda menerima takdir
2. Kita perlu bersedia membantu golongan kurang upaya .
3. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan .
4.

Kita mestilah bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

RUMPUT
(Khadijah Hashim)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Keluhan insan yang yang nasibnya ibarat rumput. Sebelum sempat untuk bangun sudah
ditindas seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh
orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa.
Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.
Rangkap 2
Kesenangan golongan miskin kebiasaannya tidak lama kerana ada sahaja orang yang
akan kesempatan. Ada golongan yang mengambil kesempatan yang menggunakan
orang miskin untuk kepentingan dirinya.
Rangkap 3
Nasib orang miskin sentiasa yang tiada tempat berlindung lebih malang berbanding
orang miskin yang masih ada tempat berlindung.
Tema
Tema sajak ini ialah rintihan nasib golongan miskin yang hina dan dipandang rendah.
Persoalan
1. Sikap saling menghormati sesama insan .

2. Menghargai orang lain walaupun miskin.


3. Perbezaan darjat manusia.
4. Cabaran dalam menghadapi kesusahan dan keperitan hidup.
Bentuk
1.

Bebas.

2.

Terdapat tiga rangkap.

3.

Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.


Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa
1.

Anafora
Cepat panjang
Cepat dapat wang

2.

Pengulangan
Baru saja hendak

3.

Sinkope.
tak.

4.

Personifikasi.
tangan hendak menari.

5.

Simile
bagai menunggu mati.

Unsur Bunyi
1.

Asonansi diserbu debu menutup muka. (pengulangan vokal u)

2.

Aliterasi ditambah lagi bau busuk asap lori. (pengulangan konsonan b)


Nada - Melankolik
Nilai
1. Ketabahan
2. Kegigihan
3. Hormat-menghormati
4. Bertimbang rasa

Pengajaran

1. Kita janganlah menghina orang susah.


2. Kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati.
3. Kita harus menghargai bakat orang lain..
4. Kita janganlah menutup peluang golongan susah atau miskin.

ORANG TUA
(Puspa Rani a/p Munusamy)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Mengisahkan seorang perempuan tua yang hidup merempat di tepi jalan. Dirinya kotor ,
tidak terurus dan hidupnya sebatang kara.
Rangkap 2
Mengisahkan seorang lelaki tua di hujung jalan . Dirinya kotor dan berseluar koyak rabak.
Dia duduk di tangga menanti sisa makanan daripada restoran mamak untuk mengalas
perut.
Rangkap 3
Mengisahkan mayat seorang tua yang berlumuran darah terbiar di jalan raya. Apabila di
bilik mayat pula , tiada waris yang menuntut mayatnya.
Rangkap 4
Warga muda harus sedar bahawa warga emas juga insan ciptaan Allah seperti mereka.
Warga tua ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak bermoral dan tidak mengenang budi.

Tema
Tema sajak ini ialah Kehidupan warga emas yang merempat akibat diabaikan oleh anakanak.

Persoalan
1. Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri
2. Sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa.
3. Tanggungjawab membantu warga emas.
Bentuk 1.

Bebas.

2.

Terdapat empat rangkap.

3.

Rima akhir baris-baris ayat tidak terikat


Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdee.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdce.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abacbb.
Rangkap 4 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abccda.

Gaya Bahasa
1. Parellelisme/pengulangan keseluruhan baris
Nampakkah kau
2. Sinkope :
Contoh : kau
3. Simile :
Nampakkah ia sepertimu?
4. Peribahasa
Mengalas perut
5. Perlambangan
Beg usang (Perlambangan kemiskinan)
Baju kotor seluarnya rabak (Perlambangan kemiskinan)

Unsur Bunyi
1. Asonansi bebas dari belenggu penjajah. (pengulangan vokal e)
2. Aliterasi pertahankanlah kedaulatannya.( pengulangan konsonan n)

Nada - Sinis
Nilai
1. Kasih sayang.
2. Keprihatinan
3. Kesabaran
4. Bersyukur
5. Bertanggungjawab
Pengajaran
1. Kita mestilah memiliki sifat kasih sayang.
2. Kita mesti prihatin terhadap fakir miskin.
3. Kita haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
4. Kita mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah.
5. Kita perlu menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
Prosa Tradisional
(Hikayat Seri Kelantan)
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama
Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja
perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak
mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak
perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sadung, Encik Siti telah menjadikan
Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa
Tuan Puteri Sadung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan
Puteri Sadung dewasa, Encik Siti ingin mengahwinkan anak angkatnya itu kerana mahu
mencari pewaris takhta. Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan
anak raja Jembal bernama Raja Abdullah. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar
Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Seterusnya, Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan sebuah kota yang diberi
nama Kota Jelasin. Sultan Abdullah seterusnya memerintah di Kota Jelasin manakala
Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.
Raja Siam telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung telah berkahwin dengan
Sultan Abdullah, Raja Siam memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah
takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung
kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan
Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut kerana beliau ialah seorang ahli nujum.
Apabila tiba di negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah lalu

menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sadung. Apabila didengar
oleh Sultan Abdullah, baginda terus marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam
sehingga mereka terpaksa berundur. Kemudian, pasukan tentera Siam bermuafakat
untuk menyerang Kota Jelasin. Setelah beberapa lama berperang, tentera Siam telah
tewas kerana Tuan Puteri Sadung memiliki kesaktian.
Negeri Serendah Kebun Bunga ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin
telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan
Puteri Sadung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang
berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya
sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke
dalam Cerang Bahana. Kemudian, Tuan Puteri Sadung dan rakyatnya membuat negeri di
dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai
Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan Tuk Ca kerana dia tahu tentang ilmu
nujum. Tuk Ca meminta mereka bertenang kerana berdasarkan ilmu nujumnya, dia dapat
mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan dia dapat melihat mahligai, Tuan Puteri
Sadung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan
mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan.
Mereka tiba di cerang besar lalu berjumpa dengan mahligai Tuan Puteri Sadung
lalu mengepung mahligai tersebut. Oleh sebab tidak dapat melepaskan diri dan semua
rakyat telah berpecah-belah, Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya
bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Setelah
berjumpa dengan Tuk Ca, Sultan Abdullah diberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak
berniat untuk menakluki negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung.
Sultan Abdullah kemudiannya pulang lalu memberitahu segala kata Tuk Ca kepada Tuan
Puteri Sadung. Sultan Abdullah seterusnya menitahkan isteri kesayangan baginda
supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam
dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang berasa serba salah
kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya
bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca dan duduk di dalam jong.
Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan
segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar
pulang ke benua Siam.
Tema
Tema prosa tradisional ini ialah seorang puteri yang cantik dan mempunyai keisimewaan
luar biasa
Persoalan
1.

Keinginan merampas hak orang.

2.

Kasih sayang antara suami dengan isteri.

3.

Perpaduan dalam mempertahankan negara.

4.

Semangat bermuafakat dalam melaksanakan pekerjaan.

5.

Ketaatan kepada raja.

6.

Berdiplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
1.

Tuan Puteri Sadung

Anak perempuan raja Jembal.

Anak angkat kepada Encik Siti Wan Kembang.

Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan
bertulang
tunggal.

Rupa paras yang sangat cantik. Kecantikannya banyak menyebabkan

orang

tergilagilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.

Memiliki kesaktian yang luar biasa. Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan
mahligainya
ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada
pasukan tentera Siam.

Sangat sayang akan suaminya. Tuan puteri berasa sangat sedih serta serba salah
ketika
hendak berpisah dengan Sultan Abdullah.

Sanggup berkorban. Tuan puteri sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja
Siam
demi menyelamatkan negerinya daripada musnah.

Taat setia akan suaminya. Tuan puteri tidak membantah cadangan Sultan
Abdullah untuk
menjadi milik Raja Siam kerana takut dimurkai Sultan Abdullah.

Bijaksana. Tuan puteri mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan


Tuk Ca
untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.

Memelihara kehormatan diri. Tuan puteri tidak sanggup menjadi milik Raja Siam
kerana
mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.

Akhirnya menjadi milik Raja Siam. Tuan puteri mengikut Tuk Ca belayar ke benua
Siam.
Watak Sampingan
Sultan Abdullah

Anak raja Jembal.

Nama asal Raja Abdullah.

Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung.

Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.

Berpendirian tegas. Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam
ingin
memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.

Sangat sayang akan isterinya. Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila
terpaksa
berpisah dengan isterinya.

Berani. Sultan Abdullah sanggup berhadapan dengan tentera Siam yang


menyerang Kota
Jelasin.

Sanggup berkorban. Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk


menjadi milik
Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.

Bijak dalam mengambil tindakan. Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk
Ca setelah
mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan negerinya musnah.

Akhirnya terpaksa berpisah dan menyerahkan isteri kesayangannya, Tuan Puteri


Sadung
kepada Raja Siam.
Encik Siti Wan Kembang

Raja Perempuan.

Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Belum berkahwin dan mempunyai anak.

Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat.

Sangat sayang akan anak angkatnya. Banyak orang tergila-gila akan tuan puteri
tetapi tidak
berani mendekatinya kerana Encik Siti terlalu mengasihinya.

Mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, anak raja Jembal. Encik
Siti
mengahwinkan Tuan Puteri Sadung kerana ingin mencari pewaris kepada
kerajaannya.

Berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah Tuan Puteri Sadung
berkahwin.

Tuk Ca

Ahli nujum kepada Raja Siam.

Taat kepada raja. Turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai
Siam
setelah diperintahkan oleh Raja Siam.

Memiliki kesaktian. Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri


Sadung
dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

Bijak dalam sebelum bertindak. Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap


sedia menuju
ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.

Tidak mudah gelabah. Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam
bertenang
setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.

Bertolak ansur. Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk
mendapatkan
Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.

Berjaya memperoleh Tuan Puteri Sadung dengan mudah dan membawanya


pulang ke
benua Siam.
Latar
Latar Masa
1.

Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.

2.

40 hari 40 malam. Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung

dengan
Sultan Abdullah.
3.

Waktu malam. Ketika utusan Siam berjumpa dengan Sultan Abdullah untuk
menyampaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.

4.

Waktu siang. Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Kota Jelasin
telah ghaib.

Latar Tempat
1.

Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

2.

Kota Jelasin..

3.

Cerang Bahana.

4.

Gunung Ayam.

5.

Istana/mahligai.

6.

Perahu jong.

Latar Masyarakat
1.

Masyarakat zaman sistem beraja / Masyarakat feudal .

2.

Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

3.

Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.

4.

Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

5.

Masyarakat yang bersabar.

6.

Masyarakat yang tidak bersatu padu.

Gaya Bahasa
1.

Bahasa Istana
Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda

2.

Bahasa Melayu Klasik


Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera, tuha-tuha, al-kisah,

3.

Bahasa Arab
Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala

4.

Dialek Kelantan
Contoh: beroyat

5.

Pribahasa
Contoh : anak angkat

Nilai
1.

Kasih sayang

2.

Taat setia

3.

Berkorban

4.

Nilai bertolak ansur

5.

Berani

6.

Cinta akan negara

7.

Bermuafakat

Pengajaran
1.

Kita hendaklah saling menyayangi suami isteri.

2.

Kita hendaklah taat setia kepada raja.

3.

Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

4.

Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

5.

Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.

6.

Janganlah kita merampas hak orang lain.

7.

Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang


persengketaan.

Prosa Tradisional ( Hikayat Patani )


Sinopsis
Cerita ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota
Mahligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana yang mempunyai anak lelaki bernama Phaya
Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan
gelaran

Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan menyuruh rakyatnya untuk

menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa
hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam
anjing perburuan itu menyalak dengan kuat. Anjing itu mengejar seekor pelanduk putih
tetapi pelanduk tersebut menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai
dan menemui sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang
tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Mahligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda
ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu
Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk
putih ditemui yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka
juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik
Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Baginda dikurniakan tiga cahaya mata
bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.
Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa
menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu.
Namun begitu, tiada siapapun yang dapat mengubatinya, lalu pemukul canang telah
pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan
syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh
Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala.
Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda meminta Syeikh Said
mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja
tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak
menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju
mengubati buat kali terakhir. Jika berulang lagi beliau tidak akan mengubati lagi
walaupun

dihukum

bunuh.

Akhirnya,

setelah

sembuh

baginda

bersama-sama

pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.
Nakhoda kapal dari negara China telah menghadiahkan sebuah peluru besar
kepada Sultan Ismail , negerinya tidak mempunyai meriam. Sultan Ismail merasakan
baginda telah diaibkan, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual
tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya
membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh anak muridnya Abdul

Mukmin menjual tembaga tersebut kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin
ditangkap semasa

membawa tembaga menyebabkan, Syeikh Gambak dan Abdul

Mukmin dihukum bunuh lalu, mayatnya dihanyutkan

ke sungai. Peristiwa itu telah

menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta
keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa pengebumian dijalankan
kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk
Panjang.
Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun
begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya
baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya
terciptalah tiga meriam iaitu Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.
Tema
Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu
Naqpa berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya
menghilangkan diri. Oleh itu, raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai
untuk dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa telah bertemu dengan sepasang suami
isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama
Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

Persoalan
1.

Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)

2.

Keberanian dalam menegakkan kebenaran.

3.

Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.

4.

Menunaikan janji yang telah dibuat.

5.

Pengislaman seorang pemerintah.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Phaya Tu Naqpa

Nama asalnya Phaya Tu Antara

Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa

Nama Islamya Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam

Seorang yang tidak berpegang pada janji

Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.

Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai

Pailang.
Watak Sampingan
Syeikh Said

Berpegang teguh pada ajaran agama Islam

Berkebolehan mengubati penyakit.

Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.

Berani

kerana

benar.

Buktinya

Syeikh

Said

bertegas

sekiranya

raja

tidak

menunaikan janjinya,
dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Kerub Picai Paina

Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )

Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai

Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa

Anak kedua daripada tiga adik beradik

Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang

Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa

Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar

Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul

Mukmin
Latar
Latar Tempat

Jambatan Kedi Tempat Encik Tani turun ke laut

Pintu Gajah

Tempat pelanduk putih menghilangkan diri

Sebuah pangkalan di tepi laut.

Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

Kampung orang Pasai Tempat tinggal Syeikh Said.

Balairung istana Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat

menjalankan proses pengislaman.


Sungai Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa

Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam.

Malam

Bulan Ramadan.

Latar Masyarakat

Masyarakat feudal

Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.

Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.

Gaya Bahasa
1. Bahasa istana
Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
2. Bahasa Arab
Contoh : karar, syafaat, takdir

Nilai
1.

Bekerjasama.

2.

Ketegasan

3.

Keberanian.

4.

Berpendirian tegas.

5.

Menepati janji.

6.

Keinsafan.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

2.

Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.

3.

Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.

4.

Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

5.

Kita hendaklah menepati janji.

6.

Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

Prosa Tradisional
(Hikayat Marakarma)
Sinopsis
Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan
Cerita ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja
Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja
supaya keluar untuk berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja
Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar

berperang. Kedua-dua belah pihak pun berperang dan bertarung mengikut status
masing-masing. Setelah ramai yang tewas dalam peperangan, kelihatan mayat manusia
bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Yang
terselamat hanyalah Maharaja Indera Dewa.
Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera
Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma
tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja
Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu
menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan
tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya
baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera
Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja
Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masingmasing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam.
Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke
belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat
berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila
Cahaya.
Puteri Nila Cahaya telah mengetahui berita kemangkatan ayahandanya di medan
peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama
dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya
mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana
terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila
Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang.
Seterusnya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari menemui pula ayahanda
mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam
peperangan tersebut. Mereka kemudiannya pulang ke negeri Puspa Sari.
Apabila melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri
Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani
memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama
mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut
dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah
diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu
kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di
negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang
lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila
Cahaya. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta.
Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk
meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu
melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

Maharaja Negeri Mercu Indera


Rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang
sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya
membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat
tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani
telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca,
rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda
menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.
Setela genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan
isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri
Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja
Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masingmasing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan
Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri
Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara
baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja
Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi
menggantikan Maharaja Puspa Indera.
Tema
Tema hikayat ini ialah hubungan erat antara kerabat diraja. Peperangan yang berlaku
antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan
Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu,
Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga
Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.
Persoalan
1.

Keberanian untuk menempuh rintangan.

2.

Kebijaksanaan dalam meluaskan kawasan jajahan.

3.

Kesabaran dalam menghadapi penderitaan hidup.

4.

Tanggungjawab seorang bapa menjaga anak.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
1. Maharaja Marakarma
Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.

Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.

Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang

Maharaja Indera Dewa.


Mahir memanah. Berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran

memanah yang dimiliki oleh baginda.


Berani. Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

Bertanggungjawab. Menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya

dengan baik.
Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

Watak Sampingan
Raja Mengindera Sari
Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.

Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.

Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang


Maharaja Indera Dewa.

Puteri Nila Cahaya


Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.

Seorang anak yang manja.

Penyayang. Berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda

dan bondanya.
Bernasib baik. Walaupun pada asalnya hidup menderita namun akhirnya

mendapat kebahagiaan.
Berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

Puteri Cahaya Khairani


Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.

Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.

Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adindanya.

Raja Bujangga Indera


Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani

Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya

Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta

Penyayang.
kakandanya.

Latar
Latar Masa

Berasa

gembira

apabila

dapat

bertemu

kembali

dengan

Pagi
Empat puluh hari empat puluh malam
Latar Tempat
Negeri Puspa Sari

Negeri Anta Beranta

Negeri Mercu Indera

Latar Masyarakat
Masyarakat feudal

Masyarakat yang penyayang

Masyarakat yang taat setia.

Masyarakat yang bertanggungjawab

Masyarakat yang berani.

Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.

Gaya Bahasa
I. Bahasa Istana
Contoh: baginda ,ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana
II. Bahasa Sanskrit
Contoh: ratna mutu manikam
III. Bahasa Arab
Contoh: maghrib, masyrik
IV. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: rata, lebu duli, anak keti
V. Hiperbola :
Lalu ia memanah ke udara dan menjadi api seperti unung besar.

Nilai

1.

Keberanian.

2.

Amanah.

3.

Kerjasama

4.

Ketaatan

5.

Bertanggungjawab

6.

Kebijaksanaan

Pengajaran
1.

Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.

2.

Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.

3.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga..

4.

Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.

5.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.


6.

Kita janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.

Prosa Tradisional
(Hikayat Inderaputera)
Cerita ini mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang
ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda
Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu
perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan
pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang
terlalu
panjang
dan
besar.
Kehadiran
Inderaputera
menyebabkab
ular
itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ. Walau bagaimanapun,
Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.
Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan
banyak terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak,
pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian
raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut yang diambilnya.
Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya
dengan sangat pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu
dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya
mereka menjadi sahabat. Lantas dicarinya pelana yang sesuai sehinggalah ditemukan
suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis Janggi Gerdana lalu
diletakkan di atas kuda itu. Maka, kuda itu diberi nama Janggi Gerdana. Janggi Gerdana
memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di
dalamnya terdapat suatu Bedi Zahar yang mempunyai hikmat iaitu dapat
menghidupkan orang yang telah mati. Malah dapat juga menghidupkan orang atau
binatang yang tanggal tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan
Bedi Zahar tersebut. Lalu duduklah ia dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu.
Manakala di sebuah negeri pula yang diberi nama Zainun, pemerintahnya adalah
Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda yang bernama Tuan

Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak.
Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela
Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar
menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak sebarang bencana dan fitnah
terhadap puterinya, maka disuruh rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang serba
indah di Padang Anta Berahi dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dengan
harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Setelah itu, seekor tiung dan
bayan disuruh supaya menjaga dan menghiburkan puterinya setipa hari sehinggalah
pada suatu hari bayan keluar mencari calon suami untuk tuan puteri kerana tuan puteri
semakin dewasa. Malangnya putera raja yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri
kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh mati.
Begitulah keadaan yang terus terjadi terhadap berpuluh-puluh anak raja yang cuba
mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.
Kuda yang bernama Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang
sehingga sampai di mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh
bayan, Inderaputera telah memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan
itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga
malah segala peristiwa yang melibatkan anak-anak raja di situ turut diceritakan kepada
Inderaputera. Ekoran daripada itu, Inderaputera terus menggunakan Bedi Zahar untuk
menghidupkan semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan izin Tuhan, semua
anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan
kesejahteraan Inderaputera yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian
yang ditunjukkan oleh Inderaputera telah menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.
Lalu dibawanya bertemu dengan ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di
sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua
keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan
makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiap hari
sepanjang dirinya berada di sana.
Tema
Tema hikayat ini ialah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.
Inderaputera meminta keizinan bondanya untuk keluar mengembara seorang diri dengan
tujuan berdikari dan mengenali erti kehidupan yang sebenar dan disebabkan kesaktian
yang terdapat pada dirinya jugalah Inderaputera berjaya bertemu Tuan Puteri Cendera
Lela Nur Lela.
Persoalan
a.

Keberanian menentang musuh.

b.

Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban.

c.

Bertutur dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling.

d.

Budi pekerti yang mulia

e.

Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Watak utama
Inderaputera

Seorang putera raja kepada Bikrama Buspa.

Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.

Sangat kacak/tampan rupa parasnya.

Bersifat berani.

Mempunyai budi pekerti yang mulia.

Mempunyai hati yang bersih.

Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.

Satu-satunya putera raja yang berjaya bertemu dengan Tuan Puteri Cendera Lela
Nur Lela.
Mempunyai

kelebihan

menghidupkan

orang

yang

telah

mati

dengan

menggunakan Bedi Zahar.


Watak Sampingan
Puteri Seganda Cahaya Iram

Bonda kepada Inderaputera

Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.

Sangat bimbangkan akan keselamatan anaknya.

Buktinya sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

Janggi Gerdana
Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum

Tabiq

Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin

Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.

Buktinya apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut


maka
kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan
kehendak
Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

Ular Mamdud
Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.

Buktinya, di kepalanya terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat


(Bedi Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan
binatang yang telah tanggal tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan
izin Tuhan.
Raja Puspa Pandai

Seorang raja yang memerintah negeri Zainun.

Bangsanya berasal daripada jin Islam

Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia

Mempunyai dua orang anak

Puteranya bernama Dinar Pandai

Puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela

Isterinya/Permaisuri bernama Tuan Puteri Seri Gading

Rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada waktu siang dan bertukar menjadi
manusia pada waktu malam

Seorang ayah yang bertanggungjawab.

Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela

Puteri kepada Puspa Pandai

Mempunyai rupa paras yang cantik menawan

Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup

Tinggal di dalam mahligai indah yang telah dibina atas perintah ayahandanya,
Puspa Pandai

Ditemani oleh seekor burung tiung dan bayan yang berkebolehan berkata-kata

Berjaya

bertemu

dengan

Inderaputera

dan

membawa

pulang

bertemu

ayahandanya di negeri Zainun.


Latar Masa

Zaman feudal. Zaman pemerintahan diraja.

Waktu siang. Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah

(cikah), kongkang dan siamang.


Waktu malam. Manakala pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera
dan beruk bertukar menjadi manusia.

Latar Tempat
Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

Padang Anta Berahi.

Mahligai.

Tangga emas.

Istana.

Negeri Zainun.

Latar Masyarakat
Masyarakat feudal.

Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian.

Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.

Gaya Bahasa
a.

Bahasa istana.
Contoh : bonda, hamba

b.

Penggunaan pantun
Contoh :

Penjahat di atas pintu,


Dulang tiris mari dirapat;
Orang muda sahaja begitu,

Orang yang arif maka mendapat


c.

Simile
Contoh: hidungnya itu laksana kuntum melur dan telinganya seperti
telepok.

d.

Metafora
Contoh: maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasa ia dalam laut berahi
itu.

Nilai

Keberanian.

Bertanggungjawab

Bekerjasama.

Kesyukuran.

Menghargai jasa

Kasih sayang.

Pengajaran.
Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi

sebarang halangan.
Kita haruslah bertanggungjawab kepada anak.

Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.

Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.

Kita hendaklah bekerjasama dalah menjalankan tugas supaya meringan beban.

Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.

Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.

CERPEN : MUTIARA BONDA


[Osman Ayob]
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang
anaknya. Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung
semasa menjalani hukuman penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu
adik masih dua bulan dalam kandungan. Mohd, Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia
dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan
beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam
mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya

tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal
bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan
bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang
menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara ,
bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke
University al-Bayt , Jordan. Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz
tercapai.
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga
berjaya dalam pelajaran.
Persoalan
1.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

2.

Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.

3.

Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

4.

Keciciran pelajar luar bandar.

5.

Gejala sosial dalam kalangan remaja.

6.

Tekanan hidup anak bekas banduan.

7.

Keinsafan dalam kehidupan.

Plot
i.

Permulaan
Bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz
yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saatsaat ketika membesarkan adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia
10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan degil.

ii.

Perkembangan
Gambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga

dia mengambil

keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya
tetap sabar melayani kerenahnya.
iii.

Konflik
Konflik timbul apabila Mohd Harraz memberitahu bahawa dia mahu berhenti
sekolah . Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu
yang selalu memberi muka kepada Mohd Harraz.

iv.

Klimaks
Ketika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan
jalan raya . Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik telah diserbu oleh pihak
polis. Adik bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.

v.

Peleraian
Adik

bersyukur

kesilapannya

kerana

tidak

berada

dipondok

itu,

dia

telah

insaf

atas

dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya

semula. Akhirnya, Mohd Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti alBayt, Jordan.
Teknik Plot
1.

Pemerian
Adik berlari keluar. Saya menjerit memberikan amaran, tetapi tenggelam oleh
deruman ganas enjin motor.

2.

Dialog
Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu.

3.

Imbas Kembali
Sejak dimasukkan ke alam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah
kemalasan dan ketidaksungguhan adik terhadap ilmu

4.

Monolog dalaman
Ah, tiada sejurungpun ihsan adik bertamu! Saya betul-betul sakit hati . Berasapasap bara meluat saya.

5.

Kejutan
Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi ke dusun bertemu

rakannya.
6.

Suspens
Pembaca tertanya-tanya adakah Mohd Harraz akan berubah sikap selepas terlibat
dalam kemalangan jalan raya.

Watak dan Perwatakan


Watak utama
Adik

Nama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai Sidi

Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

Seorang yang degil dan keras hati.

Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial .

Seorang yang panas baran.

Insaf setelah terlibat dalam kemalangan.

Melanjutkan pelajar di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan
Bonda

Seorang ibu tunggal .

Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

Gigih membesarkan anak-anak.

Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam


hidup..

Mendidik anak dengan lembut.

Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Kak Cik

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik

Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar
Latar Masa
1.

Waktu pagi

2.

Waktu senja

3.

Waktu malam

Latar Tempat
1.

Rumah Bonda

2.

Pondok Dusun

3.

Hospital

Latar Masyarakat
1.

Masyarakat yang gigih mendidik anak.

2.

Masyarakat yang terlibat dalam penagihan dadah.

3.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

4.

Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Gaya Bahasa
1.

Personifikasi
Timbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.

2.

Hiperbola

kata-kata berapi yang membakar kepala,


berasap-asap bara meluat saya
3.

Metafora
Setem duka, album pengalaman, sampul kehidupan

4.

Sinkope
Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak
-

5.

Simile
bonda bagai tercampak ke pulau hana
ibarat mengumpul setem

6.

Peribahasa
mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
bersengkang mata
bendera putih

Nilai
1.

Kasih sayang.

2.

Bertanggungjawab.

3.

Kesabaran.

4.

Kegigihan.

5.

Keinsafan.

6.

Ketabahan.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

2.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

3.

Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.

4.

Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

5.

Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

6.

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana


[Zainal Rashid Ahmad]
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan kehidupan masyarakat yang dibesarkan di kampung. Rata-rata
penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada
semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit

kerana kos perubatan moden mahal. Generasi tua telah mendidik anak-anak muda
petua-petua mengubati penyakit cara tradisional. Kanak-kanak

diajar mengaji oleh

Hajah Tom yang sering bermurah hati dan benar-benar disayangi oleh mereka. Mereka
juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis
dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kehilangan
kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.
Tema
Tema cerpen ini ialah tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di
kampung.
Persoalan
1.

Kepentingan alam semula jadi dalam masyarakat kampung.

2.

Pendidikan agama dalam masyarakat

3.

Ketaatan kepada guru

4.

Kemiskinan masyarakat di kampung

5.

Mengenang jasa.

Plot
1.

Permulaan
Penulis mengingat zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa
mereka membesar di kampung.

2.

Perkembangan
Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat
pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih
mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

3.

Puncak
Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang
paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

4.

Peleraian
Penulis menganggap bahawa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong
merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot
1.

Pemerian
Orang tua-tua yang lahir dan bakal mati sebagai si miskin, dan selamanya
takkan mampu pergi ke klinik kala jatuh sakit

2.

Imbas Kembali
Waktu masih kecil dan baru masuk sekolah, di rumah Hajah Tom, guru
Quran tempat kami mengaji, dua tiga orang teman mengadu

3.

Dialog

Untuk beroleh berkat, amalkan dengan tawakal, berserah , dan berdoalah


dengan kalimat hanya Allah Yang Maha Berkuasa, kata Hajah Tom
4.

Kejutan
Solat ini terakhir untuk guru Quran yang tercinta
Tak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat
terakhir untuk Haji Salleh Pumpong pula.

Watak dan Perwatakan


1.

Aku/kami

Penulis merupakan anak kampung yang miskin .

Penulis rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom
dan imam Haji Salleh Pumpong

2.

Penulis taat kepada Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Penulis rajin dan bertanggungjawab

Hajah Tom

Guru Quran

Suaminya meninggal akibat ditembak komunis di Gubir.

Tinggal sendirian dikampung

Bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang

Kuat agama dan sentiasa menasihatkan anak-anak kampung agar


sentiasa mengingati Tuhan.

Baik hati beliau akan memasakkan mereka makanan seandainya


dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan .

Pemurah

Beliau

menjamu

penulis

dan

rakan-rakannya

selepas

membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air


pasang.

Penyayang Beliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan


rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak/penulis dan rakanrakan telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom .

3.

Imam Haji Salleh Pumpong

Imam tua di kampung penulis.

Berpengetahuan luas imam yang paling tahu segala perkara yang


berkaitan dengan agama .

Pembersih sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu


telah uzur

Penyayang menyayangi kanak-kanak .

Latar
1.

Latar Masa

Waktu subuh

Malam-malam pertengahan Ramadhan

Awal Ramadhan

2.

Latar Tempat

3.

Kampung .

Surau

Gubir

Rumah Hajah Tom

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

Masyarakat kampung yang miskin

Masyarakat kampung yang taat kepada guru agama.

Masyarakat yang prihatin .

Masyarakat yang mengutamakan kebersihan

Masyarakat yang mengenang jasa.

Gaya Bahasa
1.

Penggunaan bahasa Arab.


Insyaalah, surah , khatam

2.

Simile
Umpama menghadap raja

3.

Personifikasi

4.

Peribahasa

lumpur pula melumuri tangga dan beranda


Sekangkang kera
5.

Pengulangan kata Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya
mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai
1.

Ketaatan

2.

Keprihatinan.

3.

Baik hati .

4.

Mengenang jasa .

5.

Kasih sayang.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah taat kepada guru.

2.

Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

3.

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.

4.

Kita hendaklah mengenang jasa.

5.

Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN


Baharudin A. Manan
Sinopsis

Kamal Hijaz murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Sirusa , dia akan berpindah ke
Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan.
Seminggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari
pertandingan, Kamal Hijaz bertemu kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan
bersama-sama di kantin. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas
lukisannya.

Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya jua memenangi hadiah pertama

dalam pertandingan itu. Akhirnya,

Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat

khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati
sebuah lukisan.
Tema
Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.
Persoalan
1.

Kesungguhan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

2.

Keikhlasan dalam persahabatan.

3.

Kesabaran dalam menghadapi masalah.

4.

Cepat menginsafi kesalahan yang telah dilakukan

5.

Baik hati dan berlapang dada memaafkan kesilapan orang.

Plot
(i)

Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan artis-artis tersohor untuk mencari
ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan lukisan yang akan disertainya. Pembaca
dikenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di
sekolahnya.
(ii)

Pengembangan

Sebelum pertandingan lukisan dimulakan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen
terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur
sapa dan usik-mengusik dengan isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang
akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas
makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

Pada mulanya,

Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas
permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai
makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi mencuci pinggan dan gelas di kantin.

Semasa pertandingan berlangsung , Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya


bermasalah dan sukar untuk diwarnai kerana telah disapu lilin. Dia terpaksa menukar
kertas lukisan. Sekali gus dia mengubah fikiran,lalu melukis Hang Tuah bertikam dengan
Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik; berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah
dan Hang Jebat
(iii)

Puncak
Pada perhimpunan mingguan di sekolah,

dia

diumumkan sebagai pemenang

Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.


(iv)

Peleraian

Hari terakhir persekolahan Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan.
Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal.
Maryati menemui Kamal Hijaz untuk ,meminta maaf kerana dia telah menukar kertas
lukisan Kamal ketika Kamal mencuci pinggan di kantin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati
dan menghadiahinya sebuah lukisan.
Teknik Plot
1.

Pemerian
Walau apa-apapun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya
sekali , tetapi dia tidaklah mahu melukis

2.

Monolog dalaman.
Patutlah begitu. Tetapi kenapakah jadi begitu? Telah disemak ketika di rumah
tadi, semuanya dalam keadaan elok. Mengapakah tiba-tiba jadi begini? Hatinya
mula diserang goyah.

3.

Dialog
Marilah kita sama-sama menjamu selera,

Kamal. Tangan Maryati pantas,

memenuhi pinggan dengan sate ayam, kuah , dan nasi himpit.


4.

Imbas kembali
Sebenarnya, akulah yang menukar kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin
dulu. Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi
hadiah, tetapi kamu memang handal.

5.

Imbas muka
Ya, tahun depan kita akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah .
Semoga

kita

akan

sama-sama

peperiksaan.
Watak dan Perwatakan
Kamal Hijaz

Berusia 14 tahun

mencapai

keputusan

cemerlang

dalam

Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

Berbakat dan berminat dalam lukisan/ sentiasa mendapat markah A


dalam mata pelajaran Lukisan.

Pelajar yang gigih dan bersungguh-sungguh.

Tekun mencari ilham untuk persediaan pertandingan melukis.

Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada


PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

Bersikap terbuka dan pemaaf

Berusia 14 tahun

Rakan sekelas Kamal Hijaz.

Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia

Maryati

dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

Hasad dengki dan telah menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan


Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.

Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.

Gaya Bahasa
1.

Penggunaan bahasa Inggeris


Water colour, poster colour

2.

Simlile
Macam nenek kebayan

3.

Unsur peribahasa
Lurus bendul, membuta tuli

4.

Personifikasi
Kekecewaan menghambat perasaannya

5.

Unsur hiperbola
Menusuk rongga hidung

Latar Tempat
Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa ;
Di taman mini sekolah
Di tapak perhimpunan dan di kantin sekolah.
Latar Masa

1.

Hari Sabtu semasa pertandingan lukisan diadakan.

2.

Hari Isnin semasa perhimpunan

Latar Masyarakat
1.

Latar masyarakat yang berbakat dalam melukis.

2.

Latar masyarakat yang ikhlas dalam persahabatan.

3.

Latar masyarakat remaja yang gigih berusaha.

4.

Latar masyarakat remaja yang menghargai sejarah.

5.

Latar masyarakat remaja yang mengkhianati rakan untuk memenangi dalam


pertandingan.

6.

Masyarakat yang berhati mulia.

Nilai
1.

Kegigihan

2.

Kesyukuran.

3.

Bersemangat tinggi

4.

Bersabar

5.

Keinsafan

6.

Baik hati.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya.

2.

Kita hendaklah bersyukur akan nikmat Tuhan.

3.

Kita hendaklah bersemangat untuk berjaya.

4.

Kita hendaklah bersabar dan bertenang.

5.

Kita hendaklah menginsafi kesilapan sendiri.

6.

Kita hendaklah berhati mulia.

CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING


(Amy Suzani Ainuddin)
Sinopsis
Puan Ainun hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita.
Puan Ainun telah memberi semangkuk daging masak Minang kepada setiap jirannya .
Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan
pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam
dengan Puan Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau

pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun
memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu
ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.
Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.
Persoalan
1.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.

2.

Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.

3.

Dendam boleh mengakibatkan permusuhan.

4.

Remaja yang ringan tulang .

Plot
(i)

Permulaan
Puan Ainun memasak daging masak Minang.

(ii)

Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga
orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

(iii)

Konflik/Perumitan
Konflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan tersebut
menyebabkan Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada Cik Punita.

(iv)

Klimaks
Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya
melalui penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut
agama Hindu yang dilarang makan daging lembu.

(v)

Peleraian
Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang
kepada Cik Punita.

Teknik Plot/Penceritaan
1.

Pemerian
Puan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara

dapur.
2.

Dialog
Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku
akan buat begitu pada engkau pula, kata Puan Ainun dala hati.

3.

Imbas Kembali
Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan
kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

4.

Monolog
Orang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula,
rungut Puan Ainun lagi.

5.

Monolog dalaman

Biarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.
6.

Suspens
Puan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari
jawapan

tentang

punca

jiran

di

sebelah

kanan

rumahnya

itu

menolak

pemberiannya.
7.

Kejutan
Puan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita
tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak dibenarkan makan
daging lembu.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Puan Ainun

Isteri kepada Encik Hilal

Ibu kepada Shafiq dan Hanif

Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah

Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.

Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.

Berprasangka buruk.

Seorang yang mudah berkecil hati dan pendendam.

Insaf akan kesilapannya

Watak Sampingan
Punita

Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.

Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.

Fasih berbahasa Melayu.

Berasal dari Ipoh.

Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

Patuh pada ajaran agamanya .

Mempunyai semangat kejiranan .

Encik Hilal

Suami kepada Puan Ainun.

Bapa kepada Shafiq dan Hanif.

Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.

Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain .

Latar
Latar Masa
1.

Waktu pagi

2.

Waktu tengah hari

3.

Waktu petang

Latar Tempat
1.

Rumah Puan Ainun

2.

Kawasan Perumahan

Latar Masyarakat
1.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

2.

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .

3.

Masyarakat remaja rajin menolong jiran.

4.

Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.

5.

Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.

6.

Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.

Gaya Bahasa
1.

Penggunaan bahasa Inggeris


Best

2.

Simile
Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

3.

Peribahasa
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai
1.

Bantu-membantu

2.

Hormat-menghormati

3.

Baik hati

4.

Kepatuhan

5.

Keinsafan.

6.

Prihatin

Pengajaran
1.

Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.

2.

Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..

3.

Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.

4.

Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.

5.

Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.

6.

Kita mestilah prihatin dengan adat dan kepercayaan jiran.

CERPEN : MENCARI NAFAS BARU


[Ayusari mj]
Sinopsis
Cikgu Ana bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang.
Cikgu Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Cikgu Ana mula
gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari
berturut-turut. Cikgu Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya dan mendapati
Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Cikgu Ana membawa Milah ke hospital dan
doktor Izah mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).
Cikgu Ana berasa sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum
sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana. Peristiwa sedih itu menyebabkan Cikgu
Ana minta ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.
Persoalan
1.

Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.

2.

Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.

3.

Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.

4.

Kepentingan perubatan moden.

Plot
1.

Permulaan
Cikgu Ana mengingati kisah ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung
Chat. Cikgu Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas
kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap
seperti adiknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

2.

Perkembangan
Pada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas
di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang. Cikgu Ana amat menyayangi
Milah, salah seorang muridnya yang dianggap seperti adiknya sendiri.

3.

Konflik
Konflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah
disahkan menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

4.

Klimaks

Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.
5.

Peleraian
Cikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil

keputusan untuk

bertukar ke tempat kelahirannya.


Teknik Plot
1.

Pemerian
Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan.
Keputusan yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara
yang terbaik..

2.

Dialog
Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya.
Risau pula kakak dibuatnya! keluh emak Milah.

3.

Monolog
Ya Allah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka
kami terima dengan penuh keredaan Soal hidup dan mati terletak pada tanganMu! Ana mengangkat tangan memohon restu ilahi.

4.

Imbas Kembali
Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia
ditempatkan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

5.

Suspens
Cikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.

6.

Kejutan
Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan


Watak utama
Cikgu Ana

Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.

Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.

Gigih melaksanakan tugas.

Bertanggungjawab terhadap anak didiknya

Prihatin masalah kesihatan anak muridnya.

Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.

Penyayang.

Watak Sampingan
Milah

Murid tingkatan 3.

Murid di sekolah Ana .

Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.

Ibunya berniaga secara kecil-kecilan

Ayahnya penangkap ikan.

Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.

Menghidap penyakit leukemia.

Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu


Ana.

Latar
Latar Masa
1.

Waktu pagi Sabtu

2.

Waktu petang

3.

Pada hari Jumaat.

Latar Tempat
1.

Kampung Chat, Hulu Pahang.

2.

Sekolah kebangsaan Kampung Chat.

3.

Kampung Lenjun

4.

Hospital Daerah, Kuala Lipis

Latar Masyarakat
1.

Masyarakat guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.

2.

Masyarakat guru yang penyayang.

3.

Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.

4.

Masyarakat kampung di pedalaman.

5.

Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.

6.

Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.

Gaya Bahasa
1.

Penggunaan istilah Sains


Vincristine, Cytosine Arabinoside,

2.

Personifikasi
keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan
air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana

3.

Simile
Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

Nilai
1.

Bertanggungjawab

2.

Kasih sayang.

3.

Pengorbanan.

4.

Kerajinan.

5.

Bersimpati.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

2.

Kita hendaklah mengasihi sesama insan .

3.

Kita hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.

4.

Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.

5.

Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.

Drama Sebuah Perjuangan


(Ab Manaf Kamarudin)
Sinopsis
Babak 1
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai
Padas bahawa mereka bebas bercucuk tanam tanpa diganggu gugat oleh polis Inggeris.
Kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.
Babak 2
Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa
beliau berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana Pangeran Syahbandar
menentangnya. Sungai Padas dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei
melalui satu perjanjian.
Babak 3
Pangeran Syahbandar dan Awang meluahkan perasaan marah kepada kompeni Inggeris
kerana cuba menguasai kawasan Sungai Padas. Dia mahu mereka bertindak terhadap
penghasut.
Babak 4

Satu pertempuran berlaku antara penduduk kampung dengan pihak Inggeris. Pangeran
Syahbandar mengarahkan pengikutnya memburu dan menangkap penduduk kampung
yang belot.
Babak 5
Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang
dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan
membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran
Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.
Babak 6
Tunku Sultan meminta Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan
penentangan terhadap Inggeris. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan
hasutan Inggeris. Pangeran tidak akan tunduk dengan desakan tersebut, malah akan
menyerang markas Inggeris yang berada di seberang.
Babak 7
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni Inggeris.
Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang, membunuh dan
merampas senjata api orang Inggeris.
Babak 8
Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan Inggeris
kalah teruk. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah
mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela
iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.
Babak 9
Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina
kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus
asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapat
bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api.
Babak 10
Berlakunya pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis kompeni. Tiada lagi
kedengaran tembakan daripada polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar menganggap
pihak kompeni telah berundur.

Babak 11
Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang
menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan
polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya
mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata
semangat agar berjuang habis-habisan.
Babak 12
Awang memberitahu mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut terkorban.
Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan
menghentikan

peperangan.

Akhirnya

Pangeran

Syahbandar

bersetuju

tetapi

pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikutpengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.
Tema
Tema drama ini ialah semangat patriotik anak watan menentang penjajahan.
Persoalan
1. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.
2. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendi
3. Bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
4. Peperangan banyak membawa kemusnahan.
5. Bijak membuat menyusun strategi.
Plot
Pembinaan plot
(i)

Permulaan
Semasa ucapan , Pangeran Syahbandar menyeru penduduk kampung menentang
kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

(ii)

Perkembangan
Di

pejabat

Pegawai

Inggeris,

Jahul

melaporkan

berita

tentang

Pangeran

Syahbandar yang mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Sungai Padas telah
dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei. Pangeran Syahbandar
mendakwa Sungai Padas tidak termasuk dalam kawasan pajakan Inggeris.
Pangeran Syahbandar meluahkan perasaan marah terhadap kompeni Inggeris dan
menyatakan bahawa kompeni tidak akan berjaya menghasut penduduk kampung.

Pertempuran berlaku antara orang kampung dengan sekumpulan

pembelot.

Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan


menangkap pembelot-pembelot.
Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan
tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.
Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Awang
menerangkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan hak dan
kebebasan.
(iii)

Konflik
Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis
kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya
menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis
kompeni dibunuh dan senjata api dirampas.
Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan
kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu
kubu kuat Pangeran Syahbandar.
Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni
Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai pada kali
lagi. Awang berasa cemas tetapi pangeran syahbandar member kata semangat
supaya berjuang habis-habisan

(iv)

Klimaks
Pangeran Syahbandar bersetuju berunding dengan pihak Inggeris.

(v)

Peleraian
Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah
diri kepada pihak kompeni Inggeris.

Teknik Penceritaan
1.

Teknik Pemerian
Di tengah pentas kelihatan Pangeran Syahbandar sedang memberikan
ucapan kepada penduduk kampung dalam suatu perhimpunan.

2.

Imbas kembali
Jahul: Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah
menyerang dan menawan penduduk yang menjadi rakyat kompeni itu,
tuan.

3.

Imbas muka
Awang: Tapi, apa Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan
Gabenor baharu kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan
menghentikan peperangan? Daripada kita semua terkorban tanpa warisan,
baik kita berdamai, Pangeran.

4.

Teknik kejutan
Pihak Inggeris datang menyerang dengan tiba-tiba selepas tembakan
daripada polis-polis tidak ada seketika.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Pangeran Syahbandar

Ketua penentang

Tokoh pejuang di Sungai Padas.

Berani menentang kompeni Inggeris.

Berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan.

Pemimpin yang berkarisma.

Bijak mengatur strategi peperangan .

Bersemangat kental

Watak Sampingan
Awang

Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.

Bersemangat patriotik.

Berfikiran jauh.

Jahul

Pengkhianat bangsanya sendiri.

Tali barut Inggeris.

Seorang yang senang dipujuk apabila menerima ganjaran.

Latar
Latar Masa
1.

Berlaku hampir 4 bulan

2.

Waktu malam

3.

Waktu pagi

Latar Tempat
1.

Di kawasan sungai Padas.

2.

Pejabat Pegawai Inggeris


3.

Kubu Kota Manggalela

Latar Masyarakat
1.

Masyarakat kampung yang sanggup patriotik .

2.

Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.

3.

Masyarakat penjajah yang suka campur tangan dalam hal-hal pentadbiran orangorang tempatan.

4.

Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

5.

Masyarakat yang bertimbang rasa.

6.

Masyarakat penjajah.

Gaya bahasa
1.

Penggunaan bahasa Inggeris


what, special for you, coming

2.

Peribahasa
Tali barut , Biar berputih tulang, jangan berputih mata
Alang-alang mandi biar basah

Nilai
1.

Patriotisme.

2.

Kesetiaan .

3.

Bersatu padu.

4.

Keberanian.

5.

Rasional

6.

Keikhlasan

Pengajaran
1.

Kita haruslah memiliki semangat cinta akan negara.

2.

Kita hendaklah setia kepada ketua.

3.

Kita hendaklah bersatu dalam menghadapi musuh.

4.

Kita hendaklah berani menentang penjajah.

5.

Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan.

6.

Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Drama Cabaran
[A.Ghaafar Ibrahim]
Sinopsis
Babak 1
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi

pada

masa

sekarang

iaitu

cabaran

kemajuan,ekonomi

dan

pelajaran.

Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan
bersikap negatif. Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit
apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.
Babak 2
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap rakan-rakan yang suka bertekak dan
berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita yang miskin namun bercita-cita
tinggi. Yahya mencadangkan agar satu yayasan ditubuhkan untuk membantu anak-anak
ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi
tabung pelajaran yang diharapkan dapat membela nasib rakyat desa. Rancangan itu
dimulai dengan menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.
Babak 3

Hani tidak puas hati tentang sikap pemuda yang suka melepak. Firdaus menjelaskan
sikap masyarakat sendiri yang lemah dan beku. Hidup perlulah percaya kepada diri
sendiri dan hidup hendaklah bekerjasama. Hani menyatakan tidak ramai pemuda yang
sanggup berubah ke arah kebaikan malah ramai yang boleh bercakap tetapi tidak dapat
melaksanakan apa-apa yang diperkatakan. Perkara yang lebih penting ialah daya usaha.
Babak 4
Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Hal ini di
perlihatkan dalam imbas kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang
bumiputera tetapi tidak menunaikannya.
Babak 5
Yahya berpendapat bahawa perniagaan penting untuk menambahkan pendapatan dan
membawa kemajuan kepada negara. Zainal berpandangan negatif dan tidak bersetuju
tentang kebaikan berniaga kerana terdapat satu syarikat kilang padi yang telah ditutup
kerana pekerja yang tidak amanah. Firdaus memberikan kata-kata semangat iaitu kita
tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.
Babak 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan
dan gambar mereka telah terpapar di surat khabar dan Zainal akhirnya mengakui
kesilapan dirinya.
Tema
Drama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda untuk mencapai
kemajuan diri dan bangsa .
Persoalan
1.

Masyarakat yang menentang arus perubahan.

2.

Pemimpin yang tidak berpegang pada janji.

3.

Masyarakat yang tidak jujur .

4.

Masyarakat yang mahu memajukan bangsa

Plot
Pembinaan plot
1.

Permulaan

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran
yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi
dan pelajaran.
2.

Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang
berbual kosong. Yahya mencadangkan penubuhan satu yayasan sebagai dana
untuk membantu anak-anak ke universiti.
Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung
pelajaran yang dapat membela nasib rakyat desa.
Rancangan ini dimulai dengan penubuhan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat

Kerjasama.
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka
berlepak pada hal mereka harapan bangsa. Mereka juga harus sanggup berubah
ke arah kebaikan.
Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk
maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3.

Konflik
Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Yahya
teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji

untuk menolong orang

bumiputera.
Zainal bersikap

dan berpandangan negatif tentang perniagaan. Buktinya

syarikat kilang padi yang ditutup kerana pekerja yang tidak amanah.
4.

Klimaks
Yahya gembira kerana rancangan mereka berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan
mereka terpapar di surat khabar.

5.

Peleraian
Zainal menyedari kesilapannya dan sedar akan kekuatan permuafakatan.

Teknik Penceritaan
1.

Imbas Kembali
Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen
menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

2.

Monolog
Yahya: (Berdiri, katawa dan bercakap pada diri sendiri) Yang Berhormat
Encik Osman tak dapat datang. Tak dapat datang ke kampung ini.
Maklmumlah. Orang besar banyak urusan. Hai , yalah dah banyak
berpangkat sikit, lupa kepada orang-orang bawah! Memandang bulan di
langit, lupa akan rumput di bumi.

3.

Suspen
Husin

(Menjerit.

Berjalan

tak

tentu

arah)

Ooo,

kita

berjaya!

( Membentangkan surat khabar) Yahya, lihat gambar kau pun ada di


samping gambar dia.
4.

Kejutan
Yahya : (Senyum megah. Surat khabar di tangan) Suatu kegemparan. Ya,
satu negeri gempar! Rancangan kita berjaya. Ya , kita berjaya! Kita semua
rakyat jelita. Kita berhak untuk menuntut hak kita. Mana boleh jadi pak
turut saja. Angguk kepala dengan tidak tentu hujung pangkalnya.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Yahya

Ketua Pemuda Parti.

Pemuda kampung yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah ke


arah kemajuan.

Pemuda yang berpandangan jauh dan berpendirian tegas.

Pemuda yang gigih berusaha untuk menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai
Syarikat Kerjasama.

Yahya percaya bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan


berjaya.

Watak Sampingan
Firdaus

Pemimpin muda yang sentiasa mempunyai idea yang positif.

Firdaus sentiasa mengeluarkan pendapat yang bernas tentang perubahan


masyarakat dan menerima adat resam lama yang boleh membawa kebaikan.

Mahu mencipta satu generasi baru yang dinamis, progresif, dan maju.

Kata-katanya selalu memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.

Zainal

Sentiasa berfikiran negatif tentang kemajuan.

Mementingkan diri sendiri.

Berfikiran sempit.

Seorang yang keras hati.

Osman

Seorang ahli parlimen.

Pemimpin yang pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut.

Pandai berkata-kata.

Pandai mempengaruhi orang lain.

Latar
Latar Masa
1.

Malam - Di rumah Yahya, Yahya dan adiknya Mariah berbual-bual tentang


penubuhan barisan Pembela Rakyat Desa.

2.

Petang - Di balai raya mereka berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada

akhbar
tentang kerugian syarikat kilang padi.
Latar Tempat
1.

Rumah Yahya

2.

Rumah Firdaus
3.

Balai raya

Latar Masyarakat
1

Masyarakat yang tinggal di kampung.

2.

Masyarakat muda yang mahukan perubahan.

3.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri..

4.

Masyarakat muda yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.

5.

Masyarakat yang suka membuang masa .

6.

Masyarakat yang mementingkan agama.

Gaya bahasa
1.

Penggunaan bahasa Inggeris


Flashback, transistor

2.

Simile
Engkau semua terlalu besar cita-cita. Macam harimau lapar saja.

3.

Peribahasa
Hangat-hangat tahi ayam , cakap besar, keras hati.

4.

Personifikasi
Hawa nafsu bermaharajalela dalam dada.

Nilai

1.

Kerajinan.

2.

Bekerjasama.

3.

Keberanian

4.

Rasional

5.

Bersatu padu

6.

Berwawasan.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah rajin berusaha untuk kesenangan hidup.

2.

Kita mestilah bekerjasama ke arah kebaikan.

3.

Kita hendaklah berani mengeluarkan pendapat dan memajukan diri.

4.

Kita hendaklah rasional dalam tindakan.

5.

Kita

hendaklah

hidup

bersatu

padu

dan

masyarakat
6.

Kita hendaklah berwawasan dan berfikiran luas.

bergotong-royong

untuk

kejayaan

You might also like