Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

77

Jurnal Teknologi, 42(E) Jun. 2005: 7793


Universiti Teknologi Malaysia

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN


SAINS SEIMBANG DALAM PENDIDIKAN SAINS
NOR HAYATI HJ. ALWI*
Abstrak. Analisis ke atas kurikulum sains di pendidikan rendah, menengah dan tinggi
menunjukkan bahawa isi pengetahuan sains yang disampaikan hanya terbatas kepada ilmu akal sahaja
tanpa dikaitkan dengan aspek kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadi dorongan untuk pelajar
belajar sains. Keadaan ini menimbulkan isu pembentukan insan seimbang mengikut pandangan
Islam. Oleh yang demikian kajian ini telah membentuk satu model pendidikan sains yang menunjukkan
faktor-faktor yang perlu ada dan kaitan di antara faktor-faktor itu dalam membangunkan insan sains
seimbang di kalangan pelajar-pelajar Islam menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyumbang terhadap pembangunan insan sains
seimbang menerusi pendidikan sains kebangsaan ialah Islam sebagai dasar perancangan dan reka
bentuk kurikulum pendidikan sains, kehadiran pendidik sains seimbang, kehadiran pelajar yang
bersedia untuk dididik, keujudan proses pengajaran dan pendidikan sains yang memupuk budaya
sains Islam dan proses pembangunan fitrah dan potensi diri pelajar. Kajian ini juga telah menjanakan
ciri-ciri insan sains seimbang yang seharusnya menjadi hasil akhir model kajian.
Kata kunci:

Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam

Abstract. Analysis on science curriculums of primary, secondary and higher learning institutions
show that the contents are limited to the cognitive development of students only. They do not show that
belief in God may be a motivating factor for students learning science. This situation raises the question
of how well balanced students according to Islamic perspectives can be developed through the science
curriculums. Accordingly, the study constructed a science education model identifying various factors
and their interactions which may contribute towards the development of well balanced Muslim student
as stipulated in the national education science system. The research findings show that factors contributing
to the development of a well balanced personality are; Islam as the basis of planning and designing the
science curriculum, the existence of well balanced science teachers, the existence of students who are
willing to learn and the existence of a teaching and learning process which can cultivate Islamic values
and develop students characteristics as well as potentials. It also identified the characteristics of a well
balanced personality as the end product of the model.
Keywords:

Science curriculum, well balanced personality, science education model, Islamic values

1.0 PENGENALAN
Malaysia sebagai satu negara maju menjelang tahun 2020 merupakan impian negara
yang terkandung dalam Wawasan 2020. Usaha negara menuju status negara maju
*

Untitled-150

Jabatan Pendidikan Sains & Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tel: 03-8946 8214. Email: nalwi@putra.upm.edu.my

77

02/17/2007, 01:21

78

NOR HAYATI HJ. ALWI

dengan ekonomi yang berdaya saing berteraskan perindustrian dan teknologi


menjadikan kepentingan pendidikan sains tidak dapat disangkal lagi (Ishak, 1995).
Oleh itu cabaran utama yang perlu dipikul oleh sektor pendidikan sains negara adalah
untuk menyeimbangkan tuntutan semasa, iaitu menghasilkan sumber tenaga yang
mencukupi untuk pembangunan sains dan teknologi negara di samping tuntutan
agama yang bertujuan menghasilkan insan dengan sahsiah mulia dan mampu memikul
tanggung jawab terhadap diri, masyarakat dan negara (Kamal Hassan, 1988; Wan
Mohd Zahid, 1992; Kementerian Pendidikan, 1990). Keupayaan sektor pendidikan
sains dalam menyeimbangkan kedua-dua tuntutan ini menjadi salah satu jalan untuk
tercapainya hasrat mewujudkan masyarakat madani dan seterusnya negara maju
berteraskan sains dan teknologi yang mempunyai pembangunan yang seimbang dari
segi keinsanan dan kebendaannya (Rosnani, 1996).
1.1 Latar Belakang Kajian
Adakah sistem pendidikan sains negara dapat menyeimbangkan kedua-dua tuntutan
ini? Analisis berhubung penekanan pengajaran dan pembelajaran Sains Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menunjukkan bahawa Sains KBSR (Kementerian
Pendidikan, 1993) masih mempunyai ciri-ciri sains moden meskipun terdapat unsur
penerapan nilai murni dalam kurikulumnya. Ciri pertama Sains KBSR (Kementerian
Pendidikan, 1993) yang menyebabkannya mirip kepada sains moden ialah tujuan
pengkajian fenomena alam semula jadinya hanya terbatas pada mengenali alam
semulajadi itu sahaja dan tidak sampai kepada mengenali Pencipta alam berdasarkan
data-data empirik. Keduanya, penggunaan akal rasional atau logik dan indera manusia
sebagai satu-satunya alat mencari kebenaran tetapi menolak sumber-sumber ilmu
lainnya seperti wahyu dan ilham. Hasilnya, ilmu yang diperolehi adalah ilmu empirik
yang putus daripada ilmu ketuhanan (Nasr, 1994) atau ilmu agama amnya dan ilmu
tauhid khususnya (Osman, 1991). Ketiganya, penggunaan logik ketika proses sains
yang terlepas bebas daripada pengawasan wahyu. Ini menghasilkan pemisahan akal
(intelek) insan khususnya rasional dengan wahyu (Shaharir, 1987). Keempat, pentafsiran
fakta sains ketika proses sains yang putus daripada agama dan pencipta (Shaharir,
1987). Kelima, penerapan nilai murni yang diusulkan tidak mencapai tahap yang
diperlukan untuk membangunkan nilai murni dalam diri pelajar. Penerapan nilai
murni tanpa dorongan iman dianggap kurang lengkap kerana menurut pandangan
Islam membangunkan dorongan iman merupakan asas dalam membangunkan nilainilai murni (Nik Azis, 1996).
Analisis terhadap penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pendidikan, 1990) pula dapat
disimpulkan melalui kata-kata Tajul Ariffin Noordin (1990), bahawa model pendidikan
sains yang diamalkan kini adalah mengikut model pendidikan sains barat. Penulis
berpandangan hampir sama dengan beliau kerana model pengajaran dan
pembelajaran Sains KBSM (Kementerian Pendidikan, 1990) tidak menyatakan

Untitled-150

78

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

79

kepentingan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang seharusnya menjadi asas


pembangunan nilai murni, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajar
dan perolehan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar. Selain itu, ilmu yang diterapkan
hanyalah di sekitar ilmu akal dan tiada kesepaduan antara ilmu aqli (akal) dengan
ilmu naqli (wahyu). Kedua-dua perkara ini dianggap penting jika ingin menghasilkan
insan seimbang melalui proses pendidikan dengan iman sebagai asas bagi pembangunan insan yang sedemikian (Al Attass, 1980; Afzalur, 1992; Al Ghazali, 1992).
Ilmu akal pula dianggap sebagai makanan manakala ilmu agama dianggap sebagai
ubat untuk insan, agar ia menjadi insan yang bahagia dan selamat hidup di dunia
dan akhirat (Al Ghazali, 1992).
Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains lanjutan pula dapat
disimpulkan melalui kata-kata Shaharir Mohd Zain (1986) yang mengatakan bahawa
pendidikan sains di Malaysia boleh dikatakan tidak berbeza dengan yang dijalankan
di United Kingdom dari segi falsafah, kandungan dan struktur kursusnya, cuma cara
pelaksanaannya boleh dikatakan ke arah pelaksanaan sistem Amerika Syarikat. Shaharir
(1986) telah mencirikan pendidikan tinggi sains di Malaysia sebagai penjurusan yang
terlampau cepat, sempit dan mendalam, pembesaran cabang sains yang keterlaluan
yang tidak sesuai dengan masa dan persekitaran atau sekurang-kurangnya tidak kisah
dengan agama atau dualisme dipertahankan.
2.0 PERSOALAN KAJIAN
Senario pengajaran sains dalam sistem pendidikan sains kebangsaan seperti yang
diutarakan di atas tadi menunjukkan bahawa pendidikan sains dalam sistem
pendidikan kebangsaan masih menurut cara sains moden yang sekular. Penulis
menyedari bahawa tidak terdapat satu model falsafah pendidikan sains yang dapat
dijadikan dasar untuk merancang dan mereka-bentuk program-program pendidikan
sains yang bertujuan untuk membangunkan insan sains seimbang dalam konteks
sistem pendidikan sains di sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam
seperti di Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Persekutuan, Maktab Rendah Sains
MARA dan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan. Oleh yang demikian,
persoalan yang hendak dikaji dalam kajian ini ialah Model falsafah pendidikan sains
yang bagaimanakah berupaya menjadi dasar perancangan dan reka bentuk program
pendidikan sains yang bertujuan melahirkan insan sains yang seimbang.
3.0

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memperoleh faktor-faktor yang menyumbang terhadap


pembangunan insan sains yang seimbang dalam konteks pendidikan sains di sekolahsekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam. Kedua kajian bertujuan untuk
mengaitkan faktor-faktor tersebut dalam bentuk gambarajah yang dinamakan sebagai
Model Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam Pendidikan Sains.

Untitled-150

79

02/17/2007, 01:21

80

NOR HAYATI HJ. ALWI

3.1

Metodologi Kajian

3.1.1 Reka Bentuk Kajian


Amnya kajian ini telah dijalankan berdasarkan paradigma kajian kualitatif dan secara
khususnya menggunakan kaedah grounded theory (Strauss 1987; Strauss & Corbin
1990). Langkah-langkah kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut;
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

Pemilihan fenomena kajian dan pembentukan persoalan kajian


Mengenalpasti metodologi kajian
Mengenalpasti responden kajian
Pengumpulan dan penganalisisan data awal (tinjauan literatur)
Kajian rintis
Kajian lapangan:
Persampelan pengkodan membuka (open coding)

Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan membuka.

Persampelan pengkodan sisi (axial coding)

Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan sisi

Persampelan pengkodan memilih (selective coding)

Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan memilih

3.1.2 Pemilihan Responden Kajian


Pemilihan responden secara teorinya telah didasarkan kepada konsep persampelan
teoretis (Strauss & Corbin, 1990; Nor Hayati, 2002). Persampelan teoritis bermaksud
persampelan yang dilakukan berdasarkan konsep atau kategori yang terbukti penting
untuk perkembangan model yang sedang berkembang (Strauss & Corbin, 1990;
Nor Hayati, 2002). Secara praktisnya, responden telah dipilih berdasarkan ciri-ciri
berikut:

Mempunyai kelayakan akademik tertinggi


Melibatkan diri dalam program pembangunan insan seimbang di tempat
kerja
Mempunyai penulisan dalam bidang-bidang berkait fenomena kajian
Berupaya berkomunikasi dengan pengkaji
Dipilih daripada bidang-bidang Falsafah Sains Islam, Sains Tulen,
Pendidikan Islam terutamanya pembangunan insan dan akhirnya Pedagogi
Sains.

3.1.3 Pengumpulan dan Penganalisisan Data


Data awal telah dikumpulkan melalui tinjauan literatur berpandukan persoalan kajian.
Berdasarkan data awal ini panduan temu bual telah dibina untuk pengkodan membuka

Untitled-150

80

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

81

yang bertujuan untuk memperoleh keseluruhan faktor yang menyumbang terhadap


pembangunan insan sains seimbang menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan.
Kajian lapangan yang telah dijalankan merupakan satu proses yang kompleks kerana
melibatkan tiga proses iaitu persampelan, pengumpulan data dan penganalisisan data
secara serentak. Proses penganalisisan data menjadi inti kepada tiga proses tersebut
kerana proses penganalisisan data menentukan proses persampelan dan pengumpulan
data yang selanjutnya.
Kajian lapangan telah dijalankan dengan tujuan memperoleh data primer. Data
primer ini telah dikumpulkan daripada responden kajian melalui kaedah temubual.
Kaset yang mengandungi hasil temu bual telah ditranskripsi secara verbatim dan
telah dianalisis untuk tujuan pengkodan membuka, pengkodan sisi dan pengkodan
memilih. Setiap pengkodan ini mempunyai tujuan yang tersendiri. Pengkodan
membuka bertujuan memperoleh sebanyak mungkin faktor-faktor yang menyumbang
terhadap pembangunan insan sains seimbang dalam konteks sistem pendidikan
kebangsaan dan seterusnya menjanakan kategori binaan asas model yang ingin dibina.
Pengkodan sisi bertujuan untuk mengembangkan, menghalusi dan mengesahkan
setiap kategori binaan asas model yang telah dijanakan tadi. Pengkodan memilih
bertujuan mengaitkan kategori-kategori binaan asas model kajian dan mengesahkan
perkaitan itu sehingga terbentuk model kajian yang diharapkan.

3.1.4 Pengesahan Model


Pengesahan model kajian telah dilaksanakan secara berterusan di sepanjang proses
pengumpulan dan penganalisisan data yang terdiri daripada peringkat pengkodan
membuka, pengkodan sisi dan pengkodan memilih.
3.2

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa dasar program pendidikan sains, pendidik sains,
pelajar, pengajaran sains, pendidikan sains, strategi pembangunan seimbang, keluarga,
masyarakat dan negara sebagai faktor-faktor yang dapat menyumbang terhadap
pembangunan insan sains seimbang menerusi pendidikan sains kebangsaan (Nor
Hayati, 2002). Kajian juga telah menjanakan dan mengesahkan bahawa Hasil yang
akan dicapai menerusi pendidikan sains kebangsaan dengan kehadiran kesemua faktor
di atas ialah Insan Sains Muslim (Nor Hayati, 2002).
Keseluruhan faktor-faktor penyumbang terhadap pembangunan insan sains
seimbang seterusnya telah dikategorikan ke dalam kategori-kategori berikut;
Input/Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbang dan Mekanisma
Pemba-ngunan Insan Sains Seimbang. Pengelompokkan faktor-faktor penyumbang
tadi ke dalam kategori-kategori tersebut telah juga disahkan berdasarkan data-data
yang dikumpulkan. Oleh itu kategori-kategori ini menjadi kategori asas binaan model
yang dihajatkan (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150

81

02/17/2007, 01:21

82

NOR HAYATI HJ. ALWI

Setelah dikaitkan keseluruhan dapatan, Model Pembangunan Insan Sains Seimbang


Dalam Pendidikan Sains (Model PISS) terdiri daripada tiga kategori asas binaan
utama yang berikut:
(i)

Input/Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam


Pendidikan Sains
(ii) Proses atau Mekanisma Pembangunan Insan Seimbang Dalam Pendidikan
Sains
(iii) Hasil Model Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam Pendidikan Sains
(Nor Hayati, 2002)
Kaitan secara gambarajah antara ketiga-tiga komponen Model PISS dapat dilihat
dalam Rajah 1 (Nor Hayati, 2002).
3.3

Perincian Dapatan Kajian

Berikut dihuraikan hasil dapatan kajian berasaskan tiga kategori.

3.3.1 Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbang


dalam Pendidikan Sains
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebab musabab yang diperlukan untuk
membangunkan insan sains seimbang di kalangan pelajar-pelajar Islam menerusi
pendidikan Sains KBSR, Sains KBSM dan sains tinggi di samping pendidikan
Islam teras dalam sistem pendidikan kebangsaan merangkumi perkara-perkara
berikut:

Untitled-150

Islam amnya dan Falsafah Pendidikan Islam khususnya harus menjadi dasar
reka bentuk dan pelaksanaan pengajaran dan pendidikan sains tabii Islam
(Nor Hayati, 2002)
Kehadiran pendidik sains tabii yang mursyid diperlukan (Nor Hayati, 2002)
Kehadiran pelajar yang mempunyai persediaan untuk mencari kebenaran
dan bersedia untuk dididik diperlukan (Nor Hayati, 2002)
Perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pendidikan sains yang
membangunkan pelajar melalui tahap Saksi Tauhid (ST), Kenal Tauhid
(KT), Faham Tauhid (FT) dan Yakin Tauhid (YT)(Nor Hayati, 2002)
Perancangan dan pelaksanaan strategi pengajaran dan pendidikan sains
yang memupuk pembangunan seimbang (Nor Hayati, 2002)
Kewujudan Sistem Sokongan iaitu institusi sekolah, keluarga, masyarakat
dan negara yang menyokong misi pembangunan insan sains seimbang
(Nor Hayati, 2002).

82

02/17/2007, 01:21

Untitled-150

83

02/17/2007, 01:21

S7

ST

S6

KT

Pn

FT

YT

S5

S4

S1

S3

S2

Rajah 1 Model Pembangunan Insan Sains Seimbang dalam Pendidikan Sains (Model PISS)

S8

S9

S10

Pendidikan sains

N
Ms
K

Proses/Mekanisma

I1

Im

Insan sains
muslim

K.P.S.I
Ak

Hasil

Rajah 1 menunjukkan bahawa dasar Model PISS, pendidik (Pn), pelajar (X) dan proses/mekanisma merupakan faktor-faktor penting yang diperlukan
untuk membangunkan insan sains muslim menerusi pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pembangunan insan sains muslim itu
dipupuk perkembangannya melalui pelaksanaan tahap-tahap pengajaran dan pembelajaran Saksi Tauhid (ST), Kenal Tauhid (KT), Faham Tauhid
(FT) dan Yakin Tauhid (YT2) dan pelaksanaan strategi pembangunan seimbang (S1-S10). Pencapaian misi pembangunan insan saintifik muslim
memerlukan sokongan institusi sekolah (S), keluarga (K), masyarakat (Ms) dan negara (N)

1. Dasar model
Islam
FPI
2. Pendidik
(Ihsan sains muslim)
3. Pelajar
Islam

Input

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG


83

84

NOR HAYATI HJ. ALWI

3.3.2 Proses/Mekanisma Pembangunan Insan Sains Seimbang


dalam Pendidikan Sains
Model PISS ini mengusulkan tiga pendekatan pengajaran sains tabii Islam dan satu
pendekatan pendidikan sains tabii Islam dalam usaha membangunkan insan sains
seimbang menerusi pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan Sains KBSR, Sains KBSM dan sains lanjutan merupakan konteks mikro
di mana pendekatan-pendekatan tadi akan dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pendidikan dan pengajaran sains yang membentuk konteks mikro pembangunan
insan sains muslim itu perlu disokong oleh sistem sokongan pembangunan insan sains
seimbang yang terdiri daripada institusi sekolah, keluarga, masyarakat dan negara. Sistem
sokongan ini membentuk konteks makro pembangunan insan sains seimbang (Nor Hayati,
2002).
3.3.2.1 Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Pertama
Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam Ilmu dan iman merupakan pendekatan
pengajaran sains tabii Islam pertama yang dijanakan melalui kajian ini. Submodel ini
bertujuan mendedahkan pelajar kepada alam tabii sebagai tanda-tanda keagungan
Allah S.W.T khususnya di samping tujuan biasa yang ingin dicapai oleh pengajaran
sains moden. Pelaksanaan submodel ini dipandu oleh objektif pengajaran sains tabii
Islam seperti berikut; memupuk dalam diri para pelajar penguasaan ilmu dan iman
di samping kemahiran berfikir dengan gabungan zikir dan kemahiran proses sains
yang tidak terpisah daripada iman dan Islam. Objektif submodel ini dapat dicapai
dengan pendidik berusaha merancang dan melaksanakan proses pengajaran sains
dengan melalui tahap-tahap pengajaran; Saksi Tauhid (ST), Kenal Tauhid (KT), Faham
Tauhid (FT) dan Yakin Tauhid (YT). Tahap-tahap ini merupakan tahap-tahap proses
sains moden yang dikaitkan dengan ketauhidan Allah s.w.t. (Nor Hayati, 2002).
3.3.2.2

Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Kedua

Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam Kreatif dan inovatif merupakan pendekatan
pengajaran sains tabii Islam kedua yang dijanakan melalui kajian ini. Pendekatan
pengajaran ini bertujuan memupuk keupayaan pelajar memikul tanggungjawab
menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan umat Islam khususnya
melalui penyelesaian sains berasaskan iman. Tujuan pendekatan pengajaran ini
dihalusi oleh objektif pengajaran sebagai membangunkan ciri kreatif dan inovatif
dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan umat Islam
khasnya (Nor Hayati, 2002).
Sifat kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia
amnya dan umat Islam khususnya akan dibangunkan dalam diri para pelajar ketika
mereka mengalami pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Kreatif dan inovatif
dengan melalui tahap-tahap pengajaran; Sedar Potensi Diri (SP), Sedar Masalah (SM),

Untitled-150

84

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

85

Perolehan Maklumat (M), Yakin Diri Selesai Masalah (YD) dan Selesai Masalah (S)
(Nor Hayati, 2002).
3.3.2.3

Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Ketiga

Pendekatan pengajaran sains tabii Islam ketiga yang dijanakan dalam kajian ini
merupakan pendekatan pengajaran yang menggabungkan Submodel Pengajaran Sains
Tabii Islam Ilmu dan iman dan Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam - Kreatif
dan inovatif. Pendekatan ini dinamakan oleh pengkaji sebagai Submodel Pengajaran
Sains Tabii Islam Global. Pendekatan ini bertujuan memupuk penguasaan ilmu
sains tabii (ilmu aqli) berteraskan ilmu naqli khususnya ilmu tauhid agar terhasil iman
dalam hati pelajar yang kemudiannya iman itu dijangka menjadi pendorong untuk
lahirnya akhlak mulia, penguasaan kemahiran proses sains yang tidak terpisah daripada
agama, kemahiran berfikir dengan gabungan zikir dan keupayaan inovasi atau reka
cipta dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan masalah
kebendaan umat Islam khususnya (Nor Hayati, 2002).
3.3.2.4

Pendekatan Pendidikan Sains Tabii Islam

Pendekatan pendidikan sains tabii Islam yang dijanakan dalam kajian ini merupakan
pendekatan yang boleh digunakan untuk membangunkan pelajar secara keseluruhannya melalui pendidikan formal, informal dan bukan formal. Jika pendekatan Submodel
Pengajaran Sains Tabii Islam bertumpu kepada pembangunan jasad dan roh (aqal,
qalb dan nafs) melalui jalan pemindahan ilmu dan kemahiran proses sains juga
kemahiran berfikir secara formal, pendekatan Submodel Pendidikan Sains Tabii Islam
bertujuan membangunkan roh (aqal, qalb dan nafs) dan jasad pelajar secara
keseluruhannya melalui proses pengajaran dan pembelajaran sains secara formal,
informal dan non formal (Nor Hayati, 2002).
3.3.2.5

Strategi Pembangunan Seimbang

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa untuk membangunkan insan sains


seimbang menerusi pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan kini
memerlukan pelaksanaan strategi pembangunan seimbang yang secara konsepnya
dicirikan sebagai berikut:
(a) Pelaksanaan pengajaran dan pendidikan sains yang menekankan pembangunan
keseluruhan aspek diri insan (Abdul Latif, 1998; Langgulung, 1997; Osman, 1999;
Wan Mohd Zahid, 1998; Nor Hayati, 2002)
(b) Penerapan ilmu yang benar iaitu ilmu yang dapat merubah hati insan agar beriman
kepada Allah S.W.T (Abdul Rahman, 1999; Ghazali, 2000; Osman, 1999;
Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)

Untitled-150

85

02/17/2007, 01:21

86

NOR HAYATI HJ. ALWI

(c) Penerapan ilmu yang bersepadu antara ilmu aqli dengan ilmu naqli (Ibrahim,
1999; Ismail, 1998; Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Mohd Yusof, 1999; Siddiq,
1998; Zainuddin, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)
(d) Penerapan ilmu yang telah melalui proses pengislaman ilmu iaitu proses yang
merubah perspektif ilmu aqli daripada perspektif sekular kepada perspektif
Islam (Abdul Rahman, 1999; Elias, 1998; Nor Hayati, 2002) atau proses yang
menyelaraskan ilmu aqli dengan Islam dan tauhid (Ghazali, 2000; Osman, 1998,
1999; Nor Hayati, 2002)
(e) Penggunaan istilah sains daripada kerangka ilmu atau tamadun Islam (Ghazali,
2000; Wan Ramli, 1999; Nor Hayati, 2002)
(f) Pelaksanaan pengajaran yang menarik dan berkesan (Ghazali, 2000; Osman,
1999; Wan Mohd Zahid, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)
(g) Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum yang berlandaskan Islam (Abdul Latif, 1998;
Ghazali, 2000; Jailani, 2000; Osman, 1999; Nor Hayati, 2002)
(h) Pengujudan suasana yang merangsang pembangunan iman (Elias, 1999; Ghazali,
2000; Osman, 1999; Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)
(i) Pengujudan sistem pendidikan ketuhanan (Ghazali, 2000; Osman, 1999; Siddiq,
1998; Nor Hayati, 2002).
(j) Pengujudan sistem dan alat penilaian yang menilai pembangunan keseluruhan
diri insan (Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Nor Hayati, 2002).
3.3.2.6 Sistem Sokongan Pembangunan Insan Sains Seimbang
Membangunkan insan sains seimbang tidak akan berhasil hanya dengan usaha
segelintir ahli masyarakat iaitu pendidik sains tabii sahaja (Ismail, 1998; Sulaiman,
1998; Wan Ramli, 1998; Nor Hayati, 2002). Usaha ini perlu disokong oleh institusi
sekolah, keluarga, masyarakat dan negara (Khalijah, 1998; Mohd Yusof, 1999;
Sulaiman, 1998; Wan Ramli, 1998; Nor Hayati, 2002). Kesemua institusi ini merupakan
sistem sokongan yang seharusnya menyokong misi pembangunan insan sains
seimbang dengan menyediakan bahan pendidikan yang merangsang pertumbuhan
sifat ilmiah (Elias, 1999; Mohd Yusof, 1999; Osman, 1998; Nor Hayati, 2002) dan
iman (Osman, 1998; Nor Hayati, 2002), menyediakan suasana persekitaran yang
merangsang pembangunan sifat ilmiah (Elias, 1999; Mohd Yusof, 1999; Nor Hayati,
2002) juga iman (Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002), mencetuskan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat
manusia amnya (Ibrahim, 1999; Nor Hayati, 2002) dan umat Islam khasnya (Abdul
Latif, 1998; Nor Hayati, 2002), menyediakan contoh teladan baik amnya (Udah, 1998;
Mohd Yusof, 1999; Nor Hayati, 2002) dan contoh insan sains muslim khususnya
(Elias, 1999; Nor Hayati, 2002) yang boleh pelajar contohi dan akhirnya menyediakan
sistem pendidikan dan sistem hidup yang berpaksikan ketuhanan (Siddiq, 1998; Nor
Hayati, 2002).

Untitled-150

86

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

87

Mekanisme pembangunan insan dalam konteks makro melibatkan proses


pembangunan diri insan dengan melalui proses pendidikan Islam sejati. Proses
pendidikan Islam sejati merupakan proses pendidikan sebagaimana yang ditunjukkan
oleh Rasullulah S.A.W (Nor Hayati, 2002).

3.3.3

Hasil Model PISS

Dapatan kajian menunjukkkan bahawa hasil Model PISS dikatakan sebagai sama
ada seseorang insan itu sedar, faham atau yakin bahawa dirinya ialah hamba dan
Allah S.W.T pula sebagai Tuhan yang Esa (Nor Hayati, 2002).
Tahap pencapaian kerohanian seseorang pelajar itu biasanya akan terzahir melalui
tingkah laku mereka (Faudzinaim, 1999; Zakaria, 1999: Nor Hayati, 2002). Lazimnya,
insan yang telah mencapai tahap keyakinan bahawa Allah S.W.T ialah Tuhan yang
Esa akan menzahirkan ciri-ciri insan soleh dalam bentuk tingkah laku dan kehidupan
mereka. Insan yang sedemikian akan menjadikan asas iman sebagai dorongan untuk
mereka mengkaji alam tabii. Pengkajian alam tabii yang didorong oleh asas iman
akan akhirnya menjadikan mereka insan sains seimbang dengan memiliki ciri-ciri
berikut; Pertama, berilmu dan beriman, kedua, muslim iaitu tunduk dan patuh kepada
Allah S.W.T, ketiga, berakhlak dan keempat, berkemahiran dalam kaedah proses
sains Islam. Insan sains seimbang yang berkemahiran dalam kaedah proses sains
Islam berupaya menyaksikan kebenaran alam nyata dan alam ghaib, dapat
melaksanakan kemahiran dalam proses sains dengan menggunakan akal rasional
dan daya intelektual sebagai alat pencerap kebenaran, mampu berfikir berpandukan
wahyu, dan melaksanakan inferen melebihi alam nyata iaitu sehingga menjangkau
alam metafizik serta akhirnya melaksanakan gabungan fikir dengan zikir (Nor Hayati,
2002).
Pembangunan ciri-ciri insan sains seimbang akan berlaku sekiranya dalam diri
pelajar terdapat serba sedikit rasa tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. Rasa itu
menjadi dorongan untuknya melaksanakan kehidupan termasuk melaksanakan
pengkajian berhubung alam tabii kerana Allah S.W.T. Pelaksanaan hidup yang
sedemikian akan meningkatkan kualiti saintifik diri insan itu yang sebaliknya pula
akan meningkatkan ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah S.W.T. Dalam kata
lain, ciri tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan ciri saintifik yang didasarkan
kepada iman akan bertimbal balik atau meningkatkan satu dengan lainnya (Osman,
1998). Menerusi masa, keseluruhan kualiti diri insan itu akan meningkat jika insan itu
sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T
(Nor Hayati, 2002).
3.4

Perbincangan

Model PISS merupakan satu Model Pembangunan Insan Sains Seimbang dalam
konteks sistem pendidikan sains kebangsaan yang ditulis pada tahap falsafah. Ini

Untitled-150

87

02/17/2007, 01:21

88

NOR HAYATI HJ. ALWI

bermaksud Model PISS merupakan satu model falsafah pembangunan insan sains
seimbang yang menjadikan pendidikan sains kebangsaan sebagai konteks mikro
pembangunannya manakala sistem sokongan yang terdiri daripada institusi sekolah,
keluarga, masyarakat dan negara sebagai konteks makro pembangunannya.
Kepentingan model ini ialah untuk menjadi asas dalam perancangan dan reka bentuk
kurikulum dan program pendidikan sains yang bersepadu dengan Islam amnya dan
tauhid khasnya (Nor Hayati, 2002). Model ini tidak ditulis sehingga tahap pelaksanaan
atau operasi pembangunan insan sains seimbang. Ini merupakan batasan kajian ini
(Nor Hayati, 2002).

3.4.1 Intipati Model PISS


Pada asasnya Model PISS ialah model pembangunan insan sains seimbang yang
menjadikan pengajaran dan pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan
sebagai wadah dan jalan untuk mencapai sama ada kesedaran, kefahaman atau
keyakinan pelajar kepada keesaan Allah S.W.T. Model PISS ini walau bagaimanapun
harus dilaksanakan di samping pendidikan Islam teras iaitu subjek pendidikan Islam
yang diajarkan kini (Nor Hayati, 2002).
Kesedaran, kefahaman atau keyakinan bahawa Allah S.W.T sebagai Tuhan yang
Esa yang dicapai melalui pendidikan dan pengajaran sains ini diharapkan akan
mencetuskan dorongan dalaman pelajar untuk membangunkan diri secara menyeluruh
dan bersepadu (Nor Hayati, 2002). Bersamaan pandangan Muhammad Arif (1998)
dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains
Dalam Al-Quran Dalam Kerangka Pembangunan Akhlak Pelajar, ilmu sains yang
disepadukan dengan ilmu naqli boleh menjadi salah satu jalan pendalilan hujah akal
dalam memantapkan aqidah yang seterusnya menjadi dorongan untuk lahirnya akhlak
mulia di kalangan pelajar. Pemupukan kesedaran, kefahaman dan keyakinan pelajar
terhadap Allah S.W.T sebagai Tuhan yang Esa melalui pengajaran dan pendidikan
sains dalam sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan sokongan daripada konteks
pengajaran dan pendidikan makro yang dilaksanakan oleh institusi sekolah, keluarga,
masyarakat dan negara (Nor Hayati, 2002).
Pengajaran dan pendidikan sains yang dapat membawa sama ada kesedaran,
kefahaman dan keyakinan akal dan seterusnya hati insan terhadap keesaan Allah
S.W.T adalah pengajaran dan pendidikan sains tabii yang melaksanakan pengkajian
fenomena alam semula jadi dengan tujuan mencari tanda-tanda Allah S.W.T
(Al Attas, 1989; Baharuddin, 1989; Husain, 1993; Kettani, 1991; Langgulung, 1997;
Nor Hayati, 2002). Oleh yang demikian, Model PISS ini harus terlibat dalam proses
pentafsiran atau pentakwilan tanda-tanda bukan linguistik (Al Edrus, 1993). Dalam
kata lain, pengajaran dan pendidikan sains yang direka-bentuk berdasarkan Model
PISS ini harus terlibat dalam pentafsiran atau pentakwilan fenomena alam semula
jadi yang merupakan tanda-tanda Allah S.W.T (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150

88

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

89

Menurut Al Edrus (1993), proses pentafsiran atau pentakwilan melibatkan proses


fikir yang merupakan renungan atau pertanyaan yang sedar atau waras. Menurut beliau
lagi, apabila fikir dikaitkan kepada fenomena alam semula jadi sebagai tanda bukan
hanya fikir malah zikir. Ini bermaksud apabila seseorang merenung dan mengkaji
fenomena alam semula jadi dengan tujuan mencari tanda-tanda Allah S.W.T, beliau
bukan sahaja melaksanakan proses fikir, malah melaksanakan proses fikir dan zikir.
Ini kerana menurut Al Edrus (1993) istilah fikir menurut pengertian al-Quran melibatkan
gabungan fikir dengan zikir. Fikir dengan gabungan zikir ini membentuk kesatuan
kesedaran keagamaan (Al Edrus, 1993; Nor Hayati, 2002).
Kesedaran keagamaan yang tercetus melalui pendidikan dan pengajaran sains ini
harus disokong perkembangannya melalui pendidikan Islam sejati yang dilaksanakan
oleh sistem sokongan yang terdiri daripada institusi sekolah, keluarga, masyarakat
dan negara. Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh sistem sokongan ini harus
membantu perkembangan pelajar agar menjadi insan yang sepadu, seimbang dan
harmonis sifatnya (Nor Hayati, 2002).

3.4.2 Penekanan Model PISS


Penekanan Model PISS yang pertama ialah pendidik perlu membangunkan roh dan
jasad pelajar secara keseluruhannya. Roh pelajar yang termanifestasi dalam bentuk
intelek dan rasional dan juga dalam bentuk hati di samping jasadnya akan
dibangunkan ketika pengajaran dan pendidikan sains tabii sama ada secara formal,
informal atau non formal. Nafsu (nafs) insan yang juga merupakan manifestasi roh
akan turut dibangunkan apabila akal dan hati insan dibangunkan. Dalam kata lain,
pembangunan nafsu (nafs) insan akan berlaku apabila seseorang insan itu berusaha
membangunkan ilmu dan iman dalam akal dan hatinya (Nor Hayati, 2002).
Penekanan Model PISS yang kedua ialah pendidik perlu membangunkan dorongan
dalaman pelajar untuk belajar. Dorongan ini akan dibangunkan secara bertahap-tahap
mulai daripada dorongan belajar kerana merasa seronok belajar meningkat kepada
dorongan belajar kerana berupaya melihat makna proses pengajaran dan pembelajaran,
meningkat kepada dorongan belajar kerana berupaya melihat keindahan dan
kehebatan ilmu dan akhirnya dorongan belajar kerana rasa tanggungjawab dan iman
kepada Allah S.W.T. Perolehan dorongan dalaman yang terakhir iaitu iman bukan
sahaja dapat menjadi dorongan untuk belajar, malah ia berupaya menjadi dorongan
untuk insan membangunkan diri secara keseluruhannya (Nor Hayati, 2002). Oleh itu,
iman kepada Allah S.W.T yang dibangunkan melalui pengajaran dan pendidikan
sains ini berupaya menjadi pencetus dan pendorong yang mendorong pelajar
membangunkan diri secara seimbang dan harmonis (Wan Mohd Zahid, 1998; Nor
Hayati, 2002). Pada dasarnya penekanan Model PISS yang kedua ialah menjadikan
konsep tabii insan amnya dan konsep fitrah insan khususnya sebagai titik tolak proses
pendidikan dan pengajaran sains dalam sistem pendidikan kebangsaan sama ada
secara teori atau pun praktisnya (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150

89

02/17/2007, 01:21

90

NOR HAYATI HJ. ALWI

Penekanan Model PISS yang ketiga ialah pendidik perlu menggunakan alam semula
jadi sebagai tanda-tanda Allah S.W.T atau alam semula jadi sebagai kitab Allah
S.W.T yang terbuka (Nor Hayati, 2002). Jika pengkajian alam semula jadi dilaksanakan
dalam bentuk yang sedemikian maka tidak akan terjadi pengkajian terhadap alam
semula jadi itu semata-mata tanpa membawa kepada pengenalan dan pengiktirafan
terhadap pengarang dan pencipta alam itu sendiri iaitu Allah S.W.T seperti yang
biasa terjadi dalam pendidikan sains Barat yang sekular (Al Attas, 1989; Nor Hayati,
2002).
Penekanan Model PISS yang keempat ialah pendidik perlu mengolah isi kandungan
pelajaran yang dapat mencetuskan minat dan persediaan minda pelajar untuk
menerima ilmu yang disampaikan sehingga timbul unsur sama ada sedar, faham
atau yakin dalam diri pelajar bahawa Allah S.W.T khususnya adalah Pencipta, Tuhan
dan Sembahan hidup mereka dan diri mereka pula merupakan hamba dan khalifah
Allah S.W.T di bumi ini (Nor Hayati, 2002).
Penekanan Model PISS yang kelima ialah pendidik perlu merancang dan
melaksanakan strategi pembangunan seimbang dalam konteks mikro dan makro
bagi membangun insan sains seimbang. Pendidikan Sains KBSR, KBSM dan sains
tinggi membentuk konteks mikro pembangunan insan sains seimbang, manakala
institusi sekolah, keluarga, masyarakat dan negara membentuk konteks makro
pembangunan insan sains seimbang (Nor Hayati, 2002). Dalam kedua-dua konteks
ini strategi pembangunan seimbang harus dirancang dan dilaksanakan. Strategi
pembangunan seimbang itu meliputi perkara-perkara berikut:
(a) Pengajaran dan pendidikan sains yang menekankan pembangunan keseluruhan
diri insan (Abdul Latif, 1998; Langgulung, 1997; Osman, 1999; Wan Mohd Zahid,
1998; Nor Hayati, 2002)
(b) Penerapan ilmu yang benar iaitu ilmu yang dapat merubah hati insan agar beriman
kepada Allah S.W.T (Abdul Rahman, 1999; Ghazali, 2000; Osman, 1999;
Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)
(c) Penerapan ilmu yang bersepadu antara ilmu aqli dengan ilmu naqli (Ibrahim,
1999; Ismail, 1998; Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Mohd Yusof, 1999; Siddiq,
1998; Zainuddin, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)
(d) Penerapan ilmu yang telah melalui proses pengislaman ilmu iaitu proses yang
merubah perspektif ilmu aqli daripada perspektif sekular kepada perspektif Islam
(Abdul Rahman, 1999; Elias, 1998; Nor Hayati, 2002) atau proses yang
menyelaraskan ilmu aqli dengan Islam dan tauhid (Ghazali, 2000; Osman, 1998,
1999; Nor Hayati, 2002)
(e) Penggunaan istilah sains daripada kerangka ilmu atau tamadun Islam (Ghazali,
2000; Wan Ramli, 1999; Nor Hayati, 2002)
(f) Pelaksanaan pengajaran yang menarik dan berkesan (Ghazali, 2000; Osman,
1999; Wan Mohd Zahid, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)

Untitled-150

90

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

91

(g) Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum yang berlandaskan Islam (Abdul Latif, 1998;
Ghazali, 2000; Jailani, 2000; Osman, 1999; Nor Hayati, 2002)
(h) Penyediaan suasana yang merangsang pembangunan iman (Elias, 1999; Ghazali,
2000; Osman, 1999; Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)
(i) Pelaksanaan sistem pendidikan ketuhanan (Ghazali, 2000; Osman, 1999; Siddiq,
1998; Nor Hayati, 2002)
(j) Pelaksanaan sistem dan alat penilaian yang menilai pembangunan keseluruhan
diri insan (Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Nor Hayati, 2002).
Penekanan Model PISS yang keenam ialah pendidik perlu melaksanakan proses
pendidikan yang melibatkan interaksi proses pemindahan budaya sains Islam dengan
proses pengembangan fitrah dan potensi pelajar. Budaya sains Islam ialah budaya
yang memupuk perolehan ilmu aqli berteraskan ilmu naqli di samping iman dengan
menggunakan daya akal dan intelektual yang dibimbing oleh wahyu, melalui langkahlangkah proses sains Islam dan pengisian ilmu ketuhanan dengan bantuan sistem
pendidikan ketuhanan dan suasana persekitaran yang membangunkan dorongan iman
dalam diri pelajar. Dorongan iman itu kemudiannya mendorong pelajar bertingkah
laku dengan tingkah laku insan sains muslim. Budaya sains Islam ini merupakan
budaya yang harus disampaikan oleh pendidik sains tabii kepada pelajarnya.
Penyampaian budaya sains tabii Islam itu haruslah dengan tujuan membangunkan
fitrah dan mengembangkan potensi pelajar. Penyampaian budaya sains dengan tujuan
sedemikian dapat dilaksanakan dengan pendidik mengenal pasti tahap pencapaian
motivasi dalaman pelajar khususnya iman diikuti dengan proses membangkitkan
iman itu sehingga menjadi dorongan yang membangunkan diri pelajar secara
keseluruhannya (Nor Hayati, 2002).
Penekanan Model PISS yang ketujuh ialah pelajar perlu melaksanakan proses
tazkiyahtul nafs di samping proses perolehan ilmu ketika melakukan pembelajaran
kendiri. Salah satu alat yang membolehkan seseorang insan itu melaksanakan proses
tazkiyahtul nafs adalah proses mujahadah nafs (Fauzinaim, 1999; Zakaria, 1999; Nor
Hayati, 2002). Ilmu yang perlu dikuasai oleh pelajar pula ialah ilmu menurut falsafah
ilmu Islam iaitu ilmu yang memiliki adunan ilmu dengan iman (Osman, 1998; Wan
Mohd Zahid, 1998; Nor Hayati, 2002).
3.5

Kesimpulan

Model PISS merupakan satu model pendidikan dan pengajaran sains yang dibina
pada tahap falsafah dengan tujuan memperoleh keseluruhan faktor yang menyumbang
terhadap pembangunan insan sains seimbang melalui sistem pendidikan sains
kebangsaan. Faktor-faktor ini kemudiannya dikaitkan untuk membentuk satu model
yang dipanggil sebagai Model Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam
Pendidikan Sains.

Untitled-150

91

02/17/2007, 01:21

92

NOR HAYATI HJ. ALWI

Dapatan kajian menunjukkan bahawa membangunkan insan sains seimbang


menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan mesti dimulakan dengan usaha
mengenalpasti faktor-faktor penyumbang terhadap pembangunan insan yang
sedemikian dan mengaitkan faktor-faktor itu dalam bentuk gambar rajah atau model
yang dapat memudahkan pemahaman konsep pendidikan sains yang bersepadu
dengan iman dan Islam. Model ini dijangkakan dapat menjadi asas atau dasar dalam
usaha para pendidik sains merancang dan mereka-bentuk program-program
pendidikan sains yang bersepadu sifatnya dengan iman dan Islam.
Menyepadukan pendidikan sains dengan nilai-nilai Islam amnya dan tauhid khasnya
merupakan antara langkah penting untuk menghasilkan insan sains seimbang di
kalangan pelajar-pelajar Islam kerana Islam mempunyai kaedah dan cara yang dapat
mendorong insan membangunkan segala potensi yang ada dalam dirinya termasuk
potensi saintifik. Sains pula mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam
membangunkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan beragama dalam diri insan.
Dengan sebab itu, menyepadukan pendidikan sains dengan Islam amnya dan dengan
tauhid khususnya, ibarat menyatukan dua kekuatan dalam mencapai ketaqwaan kepada
Allah S.W.T yang menjadi titik tolak pembangunan insan sains muslim. Sayid Sabiq
(1991) ada mengatakan bahawa:
Untuk berma'rifat kepada Allah S.W.T itu mempunyai dua cara iaitu pertama
dengan menggunakan akal fikiran dan memeriksa secara teliti apa-apa yang
diciptakan oleh Allah S.W.T yang berupa benda-benda yang beraneka ragam
ini dan kedua dengan mema'rifati nama-nama Allah S.W.T serta sifat-sifatNya.
Oleh itu menyepadukan pendidikan sains dengan Islam dapat mengambilkira
kedua-dua jalan bermakrifat dan bertaqwa kepada Allah S.W.T seperti yang dikatakan
oleh Sayid Sabiq (1991) tadi. Secara amnya kecintaan dan ketaqwaan kepada Allah
S.W.T berupaya menjadi titik tolak pembangunan diri insan bagi menghasilkan insan
sains yang seimbang dan taqwa. Penghasilan insan yang sedemikian merupakan
matlamat yang diidamkan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Khususnya pula pengenalan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T ini
dapat dijadikan titik tolak proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam
membangunkan insan sains seimbang menerusi pendidikan sains dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Al Attas, S. M. N. 1980. The Concept of Education in Islam, a Framework for an Islamic Philosophy of Education.
Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.
Al Attas, S. M. N. 1989. Islam & the Philosophy of Science. Kertas Kerja International Seminar on Islamic
Philosophy & Science. Penang, Universiti Sains Malaysia.
Al-Edrus, S. M. D. 1993. Epistemologi Islam Teori Ilmu dalam al-Quran. Cetak pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka.

Untitled-150

92

02/17/2007, 01:21

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG

93

Al Ghazali. 1992. Kitab Uraian Keajaiban Hati. Dlm. Ihya Ulumiddin. Terj. Ed. Baru. Jil. 2. Cetak ke 2. Singapura:
Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Ahmad, B. 1989. Reality & Truth in Traditional and Modern Sciences. International Seminar on Islamic Philosophy
and Science. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.
Husain, S. 1993. Islamic Science: The Making of a Formal Intellectual Discipline. The American Journal Of Islamic
Social Sciences. 10(3).
Shaari, I. 1995. Pembangunan Sumber Manusia Bumiputera. Kertas kerja Seminar Pendidikan MARA. Kuala
Lumpur: Pusat Dagangan Dunia Putra.
Kementerian Pendidikan. 1990. Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan. 1993. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kettani, M. Ali. 1991. Sains dan Teknologi dalam Islam: Sistem Nilai Sandaran. Dlm. Sardar, Ziauddin. Sentuhan
Midas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Hassan, M. K. 1988. Pendidikan dan Pembangunan, Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Hj. Kosmo, M. A. 1998. Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains dalam al-Quran dalam Kerangka
Pembangunan Akhlak Pelajar. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Islamisasi Pendidikan: Menangani Cabaran.
Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa.
Nasr, S. H. 1994. Islam dan Sains Moden. Dlm. Baharuddin Ahmad. Falsafah Sains daripada Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Nik Pa, N. P. 1996. Penjelmaan Gagasan Pendidikan Islam dalam Konteks Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen
Kebangsaan Pendidikan Moral & Nilai Dalam Pembangunan Manusia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
27-29 Ogos.
Alwi, N. H. 2002. Pembentukan Model Pembangunan Insan Kamil Dalam Pengajaran Sains. Tesis Doktor. Fal.
Bangi, Universiti Kebangsaan.
Bakar, O. 1991. Tawhid & Science, Essays on the History & Philosophy of Islamic Science. Kuala Lumpur: Secretariat
for Islamic Philosophy & Science.
Rahman, A. 1992. Ensiklopedia Sirah, Dorongan Baru. Terj. Zaharah Salleh et al. Jil. IV. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka.
Hashim, R. 1996. Ke Arah Perindustrian Negara Islam Berasaskan Moral dan Nilai. Kertas Kerja Konvensyen
Kebangsaan Pendidikan Moral Dan Nilai Dalam Pembangunan Manusia. Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sabiq, S. 1991. Akidah Islam. Terj. M. Abdai Rathomy. Ed. Baru. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Mohamad Zain, S. 1986. Pendidikan Sains Terkamir di Peringkat Universiti. Dlm Tajul Ariffin Noordin & Abdul
Raof Dalip (pnyt.). Pendidikan Sepadu, Seminar Pendidikan Sepadu. Kumpulan Kertas Kerja 8. UKM.
Bangi, Penerbit UKM.
Mohamad Zain, S. 1987. Pengenalan Sejarah & Falsafah Sains. Bangi, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI).
Strauss, A. L. 1987. Qualitative Analysis for Social Scientists. New York: Cambridge University Press.
Strauss, A. L., dan J. Corbin. 1990. Basics of Qualitative Research, Grounded Theory Procedures and Techniques.
Newbury Park, California: Sage Publications, Inc.
Noordin, T. A. 1990. Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Mohd Noordin, W. M. Z. 1992. Arah Aliran Pendidikan Sains dalam Konteks Reformasi Pendidikan. Dlm. Mohd
Yusof Hj. Othman dan Khalijah Mohd Salleh, Pendidikan Tinggi Sains ke Arah Reformasi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Untitled-150

93

02/17/2007, 01:21

You might also like