Pengendalian Data MTE3113

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengendalian Data

Pengendalian Data
Tahun 6

Tahun 3

1. Memahami dan
mengira purata.

Mengumpul, mengelas
dan menyusun data

2. Mentafsir data
daripada jadual dan
carta.

Tahun 4

Tahun 5

1. Membaca dan mendapat


maklumat daripada graf.

1.Mengenal mod, median, min


dan julat daripada data.

2. Membandingkan
maklumat daripada graf.

2.Menentukan mod, median, min


dan julat hingga 10 data.
3. Membina piktograf dan carta
palang.

Bina Carta Palang


1. Kumpul data markah ujian Matematik kelasa anda dalam jadual.
GRED

BILANGAN MURID

2. Lukis paksi mencancang dan mengufuk.


3. Tentukan bilangan murid bagi 1 senggatan dan labelkan paksi mencancang. Tulis
gred A, B, C dan D pada paksi mengufuk.
4. Lukis palang mencancang bagi gred A, B, C dan D berdasarkan data.
5. Warnakan carta palang.
6. Tulis tajuk bagi carta palang.

CONTOH CARTA PALANG

Bilangan Murid Memperolehi 5 A


dalam Peperiksaan UPSR
SK Kenering
B
il
1
2
3
4
5
6

Tahun

Bilangan Murid

2005
2006
2007
2008
2009
2010

35
43
45
53
47
89

Menyediakan satu aktiviti pengajaran yang bersesuaian


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

2.

Guru menerangkan cara penggunaan alat bantu mengajar yang ABM : Seperti gambar yang
ditunjukkan.
seakan-akan berbentuk carta palang.
Guru meminta murid melihat jadual yang telah mereka sediakan

3.

sebentar tadi.
Guru meletakkan manik pada rod yang tersedia bergantung

1.

kepada jadual yang mana setiap manik mewakili sesuatu atau


4.

bilangan objek.
Murid ditekankan dengan konsep : setiap rod mewakili makanan atau objek dan
sebagainya.
setiap biji manik mewakili setiap pelajar dan boleh Nilai Murni : Berkerjasama

5.

digantikan dengan gandaan 2, 5 dan sebagainya.


Guru meminta murid memindahkan maklumat dari alat bantu

6.

mengajar kepada bentuk graf palang dengan bantu guru.


Guru menerangkan cara melukis carta palang yang sesuai
dengan paksi mengufuk mewakili makanan manakala paksi
mencancang mewakili bilangan pelajar.

Jadual makanan yang digemari pelajar

Makanan
Nasi Lemak
Mihun Goreng
Mi Sup
Roti Bakar

Bilangan Murid
12
8
10
6

Refleksi
Saya telah menerima tugasan ini dari pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Zainab Bee Bte
Hamid, bagi subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data. Menerusi tugasan ini, saya
perlu menyiapkannya pengurusan grafik berkaitan tajuk Pengendalian Data, membuat bahan bantu
mengajar dan membuat satu aktivti pengajaran berkaitan dengan bahan bantu mengajar.

Subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data ini sangat membantu saya untuk
mengajar kelak. Dalam menjalankan tugasan ini semasa pengajaran dan pembelajaran saya dapati para
pelajar susah untuk memahami dan melakarkan carta palang ini kerana mereka tidak dapat
membandingkan setiap sesengat carta palang mewakili apa dan berapa nilainya. Saya menggunakan alat
bantu mengajar yang seakan-akan carta palang yang mana para pelajar hanya perlu menukarkan dari
objek ke dalam bentuk carta palang. Selain itu para pelajar juga kurang memahami konsep gundalan dan
perwakilan yang mana satu manik mewakili seorang atau objek dan satu manik juga boleh mewakili
beberapa orang atau objek. Saya menggunakan konsep gandaan 2, gandaan 5 dan gandaan 10 sebagai
contoh yang mudah untuk kefahaman para pelajar berkenaan dengan konsep perwakilan. Alhamdulillah
akhirnya separuh daripada para pelajar dapat memahami dan melukis serta membina satu carta palang
yang betul.
Selain itu semasa menjalankan tugasan saya mengharungi pelbagai dugaan semasa menjayakan
tugasan ini. Salah satunya ialah semasa merancang untuk membuat aktiviti dan menggunakan bahan
bantu mengajar terlalu banyak gangguan dari segi pentadbiran sekolah dengan adanya pelbagai program
sekolah yang terpaksa turut sama.
Kelemahan saya berlaku pada penghasilan bahan bantu mengajar yang mana penghasilannya
kurang memuaskan dan kurang cantik atau menarik seperti mana yang terdapat di pasaran. Saya dapat
menghasilkan satu set bahan bantu mengajar sahaja. Oleh yang demikian saya hanya dapat menunjukkan
penggunaan alat bantu mengajar ini hanya di depan kelas. Ini menyebabkan pelajar yang duduk di barisan
belakang tidak berapa jelas dan menyukarkan beliau untuk memahami penerangan saya.

Penambahbaikannya ialah saya perlu memperbanyakkan bahan bantu mengajar agar setiap
kumpulan atau individu dapat mengaplikasikan sendiri bahan maujud tersebut. Ini dapat meningkatkan
kefahaman para pelajar dalam mendalami tajuk pengendalian data ini.
Akhir sekali setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang
didapati dapat membantu saya untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi
pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini saya telah menjayakannya dengan usaha gigih dan
semangat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Puan Zainab Bee Bte Hamid kerana
telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik
ini dapat saya manfaatkan. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari
kelemahan saya sendiri. Wassalam.

You might also like