Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 230

SIRI KOLEKSI

PERTANYAAN & JAWAPAN

PARLIMEN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DEWAN RAKYAT
TAHUN 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ISI KANDUNGAN
Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Aras 13, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA
Penasihat
Editor
Penolong Editor

: Suhaime bin Mahbar


: Raja Adnan bin Raja Ibrahim
: Syed Zahiruddin bin Wan Alshagaf
Che Rosmaradhiah binti Che Awang
Bacaan Pengesahan : Norlela binti Abd. Halim
[proof] Ashmina binti Mahmud
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Cetakan Pertama 2013
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dalam mana-mana cara, baik
dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebaliknya,
tanpa izin bertulis daripada daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan
Kementerian Pengajian Tinggi
Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi Dewan Rakyat
Tahun 2012
ISBN 978-967-0334-70-7

ii

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi


Prakata Ketua Setiausaha KPT
Kategori Isu-isu Kementerian Pengajian Tinggi

iv
v
vi

MESYUARAT PERTAMA DEWAN RAKYAT


(12 Mac hingga 12 April 2012 )

1-143

Aturan Urusan Mesyuarat


Pertanyaan Lisan
Pertanyaan Bukan Lisan

3
18
103

MESYUARAT KEDUA DEWAN RAKYAT


(11 Jun hingga 28 Jun 2012)

145-284

Aturan Urusan Mesyuarat


Pertanyaan Lisan
Pertanyaan Bukan Lisan

147
160
255

MESYUARAT KETIGA DEWAN RAKYAT


(24 September hingga 29 November 2012)

285-437

Aturan Urusan Mesyuarat


Pertanyaan Lisan
Pertanyaan Bukan Lisan

287
306
405

iii

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kata Alu-Aluan

Prakata

Menteri Pengajian Tinggi


Kementerian Pengajian Tinggi

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Puji syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberi rahmat sehingga berjaya menerbitkan
Siri Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012. Dengan kesempatan in juga, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kementerian yang selama ini
bertungkus-lumus membantu sepanjang persidangan Parlimen 2012.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya berjaya menerbitkan buku Siri
Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012. Pada tahun 2012, Kementerian Pengajian
Tinggi telah menerima dan menjawab sebanyak 289 pertanyaan Dewan Rakyat dan
Dewan Negara di mana jawapan yang telah dikemukakandi Parlimen merupakan pendirian
Kementerian. Ia boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

Pada tahun 2012 yang lepas, Kementerian Pengajian Tinggi telah melakar sejarah kerana
berjaya membentangkan Pindaan kepada tiga Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-Undang
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Pindaan)
2012 dan ini telah juga dibukukan untuk rujukan semua stakeholders dan umum.
Akhir sekali, saya berharap agar maklumat yang diperolehi dengan penerbitan siri koleksi
ini akan dapat digunapakai oleh semua lapisan masyarakat dan sebagai pedoman kepada
semua pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi berkaitan untuk mengatasi segala
permasalahan yang telah dibangkitkan sepanjang persidangan parlimen 2012 yang lalu.

Buku Siri Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012 ini adalah sebagai perkongsian
dan penyebaran maklumat yang mengandungi pelbagai penjelasan terhadap isu-isu pengajian
tinggi.
Diharap segala maklumat yang terkandung di dalamnya boleh dijadikan panduan dalam
menyediakan maklum balas dan penjelasan terhadap isu-isu pengajian tinggi negara dan
juga meningkatkan keupayaan KPT agar selari dengan hasrat KPT untuk mempunyai sistem
penyampaian bertaraf Great MOHE.
Akhir kata, saya juga merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menerbitkan buku ini.

Wassalam.

Wassalam.

DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN


DATUK AB. RAHIM BIN MD. NOOR

iv

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KATEGORI ISU-ISU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ISU

BIL
1.

KATEGORI ISU-ISU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JUMLAH
PERTANYAAN

MUKA SURAT

BIL

22

56, 80, 116, 129, 131, 169, 174, 185,


193, 196, 199, 228, 232, 262, 266, 270,
281, 308, 373, 377, 412, 429

15.

Akademik

188, 208, 311, 348, 357

16.

MQA dan Akreditasi

82, 279, 306, 398

17.

Yuran Pengajian

67, 132,405, 422

18.

Penarafan dan Prestasi


IPT

112, 315, 416

19.

Tenaga Akademik IPT

336, 393

20.

R&D&C

91, 245

PTPTN dan Pembiayaan


Pengajian

2.

Kolej Komuniti dan


Politeknik

15

27, 73, 85, 93, 94, 110, 121, 172, 211,


325, 378, 385, 388, 407, 414

3.

IPTS

14

62, 118, 178, 220, 225, 230, 255, 258,


267, 319, 334, 420, 423, 428

4.

Hal Ehwal Pelajar

14

58, 104, 128, 138, 162, 179, 181, 187,


202, 204, 209, 236, 369, 432

ISU

JUMLAH
PERTANYAAN

MUKA SURAT

5.

Data Pengajian Tinggi

12

50, 103, 124, 168, 235, 239, 247, 260,


284, 344, 365, 411

21.

Mutual Recognition
Agreement

234, 367

6.

Pembangunan

12

22,109,119,125,134,190,
250, 321, 338, 342

22.

TVET

107, 375

23.

Yayasan As-Sofa

391, 434

7.

Penubuhan IPT Baru dan


Naik Taraf

10

23, 41, 45, 65, 97, 167, 261, 277, 340,


350

24.

Bahasa Pengantar

31, 200

8.

Kemasukan ke IPT

35, 183, 191, 272, 327, 346, 359, 400

25.

Program Pengajian

47, 87

9.

Ijazah Palsu

323, 331, 352, 354, 379, 386, 395, 436

26.

Pelajar Menyambung
Pelajaran di Luar Negara

142

10.

AUKU dan Kebebasan


Akademik

29, 43, 60, 71, 95, 123, 278, 371

27.

Pilihan raya Kampus

165

28.

Majlis Profesor Negara

317

11.

Pelajar Antarabangsa
& Pengantarabangsaan
Pengajian Tinggi

53, 160, 213, 313, 329, 362, 382


29.

APEL

389

30.

Program Keusahawanan

408

12.

Autonomi kepada IPTA

25, 76, 89, 140, 223, 274, 425


31.

PSPTN

226

13.

Baucar Buku 1Malaysia

18, 19, 40, 51, 106, 114, 415

14.

Kebolehpasaran & Kualiti


Graduan

33, 37, 78, 218, 241

vi

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

206,

207,

vii

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MESYUARAT
PERTAMA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
LISAN
(12 MAC 2012 12 APRIL 2012)

viii

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ATURAN URUSAN MESYUARAT


PARLIMEN YANG KEDUA BELAS
PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA
DEWAN RAKYAT
12 MAC HINGGA 12 APRIL 2012

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

MINGGU PERTAMA ( 3 PERTANYAAN )


12 MAC 2012 [ ISNIN ]
ISTIADAT PEMBUKAAN PARLIMEN PENGGAL KELIMA
( JAM 10.00 PAGI TIADA SIDANG DI SEBELAH PETANG )
13 MAC 2012 [ SELASA ]
( TIADA PERTANYAAN KPT )
14 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )
1.

14 MAC 2012
NO. 7

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) Awam dan Swasta yang didapati menjual dan melelong Baucar Buku
1Malaysia (BB1M) dan nyatakan tindakan yang telah diambil kepada pelajar
terbabit.

2.

14 MAC 2012
NO. 16

Dato Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku
1 Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa.
15 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )

3.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

15 MAC 2012
NO. 16

Dato Kamarul Baharin bin Abbas minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia
dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Curtin University of Technology
Sarawak.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

MINGGU KEDUA ( 13 PERTANYAAN )


19 MAC 2012 [ ISNIN ] ( 4 )
4.

5.

6.

7.

19 MAC 2012
NO. 9

8.

20 MAC 2012
NO. 7

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk
menempatkan UiTM atau politeknik di kawasan Utara Sarawak seperti Miri
atau Sibuti bagi menyediakan peluang pendidikan di peringkat Diploma dan
Ijazah yang menyediakan yuran rendah kepada rakyat.

19 MAC 2012
No. 18

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jenis autonomi yang diberi kepada IPTA dan apakah yang
dianggap penting untuk meningkatkan mutu universiti ke tahap dunia.

19 MAC 2012
NO. 25

Dato Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Politeknik
METro di bandar-bandar untuk menampung keperluan pendidikan yang
semakin meningkat dan mengurangkan pergantungan kepada institusi milik
swasta.

19 MAC 2012
NO. 56

20 MAC 2012 [ SELASA ] ( 4 )

senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan pecahan universitiuniversiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012; dan

(b)

adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar


kampus untuk memungut wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

(a)

setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat


persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah
dalam Bahasa Melayu bagi jurusan Sains dan Teknologi; dan

(b)

apakah Institusi Terjemahan Negara Malaysia membantu Kementerian


dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada
Bahasa Melayu.

9.

20 MAC 2012
NO. 32

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELAJARAN


menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian
untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti graduan dari Universiti Malaya agar
setanding dengan graduan dari universiti terkemuka di dunia.

10.

20 MAC 2012
NO. 36

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan kesan/peluang pelajar daripada luar bandar tentang langkah
Universiti Malaya (UM) yang akan memperketat syarat kemasukan pelajar
baru bermula sesi pengambilan September ini, seperti kata Naib Canselornya,
Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon di mana bagi kursus kritikal seperti perubatan,
pergigian dan sebagainya, UM menetapkan pelajar lepasan matrikulasi atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00 manakala bagi bidang sastera perlu
memperoleh keputusan 3.50 yang dibuat berdasarkan penganugerahan
status autonomi yang diberikan oleh Kerajaan.

11.

20 MAC 2012
NO. 66

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah
pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat sekarang ini.

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan yang
terlibat kos melebihi RM10,000.00:(a)

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

BIL

21 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )

16.

12.

21 MAC 2012
NO. 43

Dato Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para
pelajar Institusi-institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara melalui baucar
pembelian buku.

13.

21 MAC 2012
NO. 53

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh
Kerajaan untuk membina sebuah universiti di Taiping dan membaik semula
Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah.

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

22 MAC 2012
NO. 57

Dato Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan :-

(b)

adakah Kementerian melantik pihak tertentu dalam memantau program


yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi dan jika ya, berapa
banyakkah pihak yang telah dilantik serta apakah kos yang terlibat.

26 MAC 2012 [ ISNIN ] ( 2 )

14.

22 MAC 2012
NO. 34

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan pelaksanaan transformasi yang
menyaksikan dua keadaan yang bakal mengubah persekitaran kampus
apabila berlaku pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan
pemberian autonomi kepada universiti kelak.

15.

22 MAC 2012
NO. 54

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memperluas cawangan
Universiti Teknologi MARA dan Politeknik dengan mendirikan sebuah universiti
atau politeknik yang berkonsepkan agro pendidikan di Parlimen Silam.

SIRI KOLEKSI

adakah pihak Kementerian meninjau program-program yang ditawarkan


di Institusi Pengajian Tinggi untuk memastikan program yang ditawarkan
optimum dalam pembangunan negara dan relevan dengan permintaan
pasaran pekerjaan; dan

MINGGU KETIGA ( 9 PERTANYAAN )

22 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 3 )

(a)

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

17.

26 MAC 2012
NO. 4

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam
tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi
Swasta untuk bidang fisioterapi, farmakologi, kejururawatan, health care,
dan teknologi makmal.

18.

26 MAC 2012
NO. 31

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian berhubung
sindiket penjualan Baucar Buku 1Malaysia yang dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab dengan menukarkan baucar tersebut kepada wang
ringgit di IPTA.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

27 MAC 2012 [ SELASA ] ( 2 )

29 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 3 )

19.

27 MAC 2012
NO. 11

Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang beberapa kes-kes masalah sosial
yang timbul disebabkan oleh perbuatan pelajar-pelajar asing yang belajar di
kolej-kolej swasta.

20.

27 MAC 2012
NO. 59

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN
kepada pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS dan cadangan-cadangan alternatif
untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin untuk mendapatkan kelayakan
pembelajaran yang lebih tinggi.
28 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )

21.

28 MAC 2012
NO. 11

23.

29 MAC 2012
NO. 39

Dato Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah visualisasi Kerajaan di dalam
pembangunan sektor pendidikan tinggi swasta bagi memastikan bilangan
siswazah yang dilahirkan kolej-kolej swasta berkelayakan dan berupaya
mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka.

24.

29 MAC 2012
NO. 64

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan dan perancangan
penubuhan UiTM Balik Pulau.

25.

29 MAC 2012
NO. 68

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan kos pendidikan yang kian meningkat dan mahal, termasuk yuran
universiti. Apakah rancangan untuk membolehkan rakyat Malaysia mampu
menerima pendidikan tinggi. Apakah rancangan untuk menjadikan Malaysia
sebuah hab pendidikan di Asia.

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan status Hal Ehwal Pelajar Universiti-universiti tempatan:(a)

jumlah anggota-anggota staf di Hal Ehwal Pelajar di setiap universiti


awam; dan

MINGGU KEEMPAT ( 5 PERTANYAAN )

(b)

jumlah perbelanjaan Hal Ehwal Pelajar setiap universiti awam dari tahun
2000 hingga 2012.

2 APRIL 2012 [ ISNIN ] ( 1 )


26.

22.

28 MAC 2012
NO. 51

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan adakah Kerajaan mengkaji dan sedar tentang implikasi kesan
pendidikan dan latihan yang berbeza antara universiti tempatan di bawah
AUKU dan universiti luar negara yang tidak di bawah AUKU. Adakah graduan
universiti luar negara menjadi pilihan majikan berbanding graduan tempatan
kerana kesan AUKU.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

2 APRIL 2012
NO. 19

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan :(a)

apakah yang dimaksudkan kebebasan akademik di kalangan mahasiswa


dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan

(b)

benarkah ekspresi keilmuan mempunyai had atau batasnya sehingga


mengongkong keintelektualan mahasiswa tersebut.

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

3 APRIL 2012 [ SELASA ] ( 1 )


27.

3 APRIL 2012
NO.19

MINGGU KELIMA ( 9 PERTANYAAN )

(b)

apakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan Politeknik


METro di kawasan-kawasan bandar dan kota memandangkan jumlah
permintaan yang semakin meningkat; dan

29.

4 APRIL 2012
NO. 20

4 APRIL 2012
NO. 64

10 APRIL 2012 [ SELASA ] ( 2 )


31.

10 APRIL 2012
NO. 9

Dato Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan keberkesanan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam
mengawal kualiti program di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) dalam bahagian jaminan kualiti.

32.

10 APRIL 2012
NO. 38

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah Kolej Komuniti yang
sudah ditubuhkan dan beroperasi di negeri Sabah dan adakah cadangan
untuk menubuhkan Kolej Komuniti bagi setiap kawasan Parlimen yang masih
belum memilikinya.

sama ada Kementerian berhasrat untuk menawarkan kursus-kursus


tertentu kepada warga di kawasan perumahan awam dan rakyat bagi
membantu meningkatkan kebolehupayaan pendapatan mereka.
4 APRIL 2012 [ RABU ] ( 2 )

28.

9 APRIL 2012 [ ISNIN ] TIADA PERTANYAAN KPT

Dato Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a)

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi menampung
pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang diberi autonomi
dalam pengurusan kewangannya.
Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan keadaan graduan universiti tempatan yang tidak mahir atau fasih
dalam Bahasa Inggeris, menjejaskan peluang mereka mendapat pekerjaan
mereka. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membetulkan
keadaan ini.

11 APRIL 2012 [ RABU ] ( 1 )


33.

11 APRIL 2012
NO. 8

5 APRIL 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )


30.

5 APRIL 2012
NO. 49

SIRI KOLEKSI

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah Kementerian bagi memenuhi
keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan keperluan industri dan
adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan kursus pengajian baru bagi
Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
12 APRIL 2012 [ KHAMIS ] ( 6 )

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar daripada Kelantan yang telah mengambil
pinjaman PTPTN sejak tahun 2005. Berapakah jumlah nilai pinjaman mengikut
tahun dan apakah Kementerian tidak bercadang untuk menggantikan
pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar berasal dari Kelantan dengan
menggunakan peruntukan wang ihsan/royalti minyak.

10

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

34.

12 APRIL 2012
NO. 5

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan sejauh manakah pemberian kuasa autonomi bagi empat
buah lagi universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia(USM) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mampu menjadi institusi
bertaraf antarabangsa dan berdaya saing serta cemerlang.

11

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 23 PERTANYAAN )

35.

12 APRIL 2012
NO. 6

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan langkah yang diambil dalam memastikan penyelidikan
yang dijalankan di universiti-universiti dapat dikembangkan dan digunakan di
peringkat yang lebih tinggi sekaligus menambah peluang pekerjaan di negara
ini dan tidak hanya terhenti setakat itu sahaja.

1.

NO.87

Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam
negara sejak tahun 2004 hingga kini mengikut pecahan kaum.

36.

12 APRIL 2012
NO. 23

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan status penubuhan Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Sarikei.
Nyatakan juga anggaran kos penubuhan dan pembinaan kolej tersebut.

2.

NO.91

37.

12 APRIL 2012
NO. 58

Dato Haji Ismail bin Haji Abd. Mutta;ib [ Maran ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan status pembinaan Kolej Komuniti di
dalam kawasan Parlimen Maran di mana pada masa kini tapak cadangan
pembinaannya telah disalah gunakan. Apa bentuk tindakan pihak Kementerian
terhadap pencerobohan tapak tersebut.

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jenis serta senaraikan kegiatan kokurikulum yang sah dan diberi
sijil pengesahan atau pengiktirafan di IPTA. Apakah piawaian dan syarat-syarat
untuk menentukan sesuatu kegiatan itu diiktiraf sebagai kokurikulum yang sah
dan diberi sijil pengesahan yang boleh digunakan apabila memohon biasiswa
atau melanjutkan pelajaran di luar negara.

3.

NO.92

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan langkah-langkah untuk menyekat penjualan baucer buku Kerajaan
oleh penerima dan kedai-kedai buku yang memudahkan penyelewengan
baucar buku supaya tujuan murni program pemberian baucer buku boleh
tercapai.

4.

NO.110

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

38.

39.

12 APRIL 2012
NO. 61

12 APRIL 2012
NO. 69

Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [ Kota Tinggi ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang akan
diambil oleh Kerajaan bagi memastikan universiti-universiti tidak berubah
menjadi medan politik kepartian sama ada melalui aktiviti di luar ataupun di
dalam kampus.
Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan :(a)

sama ada Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan sebuah universiti


penuh di Sibu bagi mengurangkan pengaliran keluar pakar dan
menjadikan Sibu hab pendidikan di kawasan pertengahan Sarawak; dan

(b)

bilakah Kolej Laila Taib akan di naik taraf menjadi kolej universiti serta
terma-terma dan syarat-syarat untuk penaiktarafan.

12

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

(a)

harapan Kementerian dalam usaha mengarus perdanakan pendidikan


teknikal dan latihan vokasional secara bersepadu; dan

(b)

berapakah jumlah graduan berasaskan pendidikan teknikal dan latihan


vokasional yang berjaya memperoleh pekerjaan sejak 2008.

5.

NO.111

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana rancangan pembinaan
Universiti Teknologi Mara di kawasan Parlimen Lipis.

6.

No. 112

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana rancangan Kementerian untuk
menaik taraf Kolej Komuniti penuh di kawasan Parlimen Lipis.

13

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 23 PERTANYAAN )

7.

NO.123

Dato Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah sebab sebenar Institusi Pendidikan
Tinggi Awam (IPTA) tidak mencapai tahap yang tinggi berdasarkan kepada
ranking universiti dunia. Bilakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian bagi membolehkan IPTA mencapai tahap sepatutnya mengikut
ranking universiti dunia.

8.

9.

10.

11.

NO.177

NO.179

NO.193

NO.215

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan sejauh manakah impak pemberian baucer buku 1
Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa di Institut
Pengajian Tinggi.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI :(a)

jumlah peminjam mengikut institusi pengajian, jumlah pinjaman PTPTN


yang diberikan dan jumlah kutipan bayaran balik ; dan

(b)

jumlah penerima pinjaman yang tidak pernah membuat bayaran balik,


jumlah penerima yang gagal membuat bayaran balik yang telah diambil
tindakan mahkamah dan jumlah penerima yang gagal membuat bayaran
balik yang telah dihalang untuk keluar negara atau diambil tindakan
imigresen menghalang daripada meninggalkan negara mengikut tahun
semenjak program ini dimulakan.

Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggabungkan
kolej-kolej universiti dan kolej-kolej swasta supaya ianya dapat bersaing di
peringkat antarabangsa.
Dato Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan membina pusat
pengajian tinggi di Parlimen Kota Belud dalam RMK-10 memandangkan Pantai
Barat Utara belum ada institusi berkenaan.

14

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 23 PERTANYAAN )

12.

NO.224

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan status permohonan bagi Kolej Komuniti dalam kawasan Parlimen
Parit.

13.

NO.236

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang telah dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengikut kategori tahun,
universiti dan jenis kesalahan mulai tahun 1971.

14.

NO.258

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan mahasiswa di kesemua IPTA mengikut kaum/keturunan
dan kewarganegaraan.

15.

NO.261

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan apakah langkah-langkah baru Kementerian untuk memastikan
imej Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai gedung ilmu tidak terjejas
ekoran banyak laporan berunsurkan rasuah kontrak-kontrak pembangunan
dan penyelenggaraan sejak akhir-akhir ini seperti yang berlaku di Universiti
Malaysia Sabah (UMS).

16.

NO. 311

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan tindakan undang-undang yang diambil oleh Kementerian
dalam berhadapan dengan isu pelajar-pelajar yang bertindak untuk mengancam
keselamatan YAB Perdana Menteri serta tindakan para pelajar yang berdemo
dan merusuh.

17.

NO. 322

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bercadang
untuk menambahkan bilangan biasiswa dan pinjaman pendidikan serta
menambahkan jumlah biasiswa ataupun pinjaman yang diberikan kepada
setiap pelajar di mana kos pendidikan IPTA ataupun IPTS dan kos sara hidup
adalah semakin meningkat sekarang.

15

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 23 PERTANYAAN )

18.

NO. 379

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah dan perincian warganegara Malaysia yang
disenarai hitam untuk ke luar negara akibat daripada masalah pembayaran
PTPTN.

19.

NO. 399

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan mengapakah yuran pengajian yang dikenakan oleh Universiti
Malaya terlalu tinggi berbanding IPTA lain dan apakah Kerajaan bercadang
untuk melakukan penyelarasan terhadap yuran pengajian yang dikenakan oleh
semua IPTA.

20.

NO. 412

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan perkembangan untuk membangunkan Johns Hopkins Medical
School berserta hospital 600 katil dan sebuah pusat penyelidikan di Serdang,
Selangor. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat
untuk menjadikan Malaysia sebuah hab latihan perubatan berkemahiran tinggi.

21.

NO. 424

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan:-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 23 PERTANYAAN )

23.

NO. 451

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian memantau pelajar-pelajar
perubatan yang dikatakan tidak menjelaskan yuran pengajian mereka di
sebuah universiti di Mesir di mana tindakan undang undang akan diambil oleh
universiti tersebut.

(a) apakah status hasil siasatan kes kekerasan polis terhadap mahasiswa
yang menyebabkan mahasiswa cedera pada perhimpunan aman UPSI
bulan Januari yang lepas; dan
(b) adakah Kementerian berhasrat untuk memansuhkan AUKU supaya
membenarkan mahasiswa menceburi bidang politik.
22.

NO. 425

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :(a) senarai bidang kuasa autonomi yang diberikan kepada 5 buah universiti
tempatan; dan
(b) adakah Kementerian akan memberi kuasa autonomi kepada badan
Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskan pentadbiran dan persatuan
mahasiswa tanpa dipengaruhi oleh Hal-Ehwal Pelajar (HEP).

& Jawapan
Parlimen Dewan Rakyat 2012
16 16
SIRI KOLEKSI Pertanyaan

17

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN


DARIPADA :
datuk abd. rahman bin bakri
TARIKH
: 14 MAC 2012 (RABU)
SOALAN
: NO. 7

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang didapati menjual dan melelong
baucar buku 1Malaysia (BB1M) dan nyatakan tindakan yang telah diambil
kepada pelajar terbabit.

Dato Taib Azamudden Bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pengajian


Tinggi menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku 1
Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang


Berhormat Sabak Bernam pada 14 Mac 2012, Yang Berhormat Arau
pada 21 Mac 2012 dan Yang Berhormat Paya Besar pada 26 Mac
2012 kerana menyentuh perkara yang sama.

Sehingga kini hanya terdapat dua kes penjualan Baucer Buku 1 Malaysia
atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada Kementerian Pengajian
Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar Universiti Malaya (UM)
yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.com. Bagi kes ini, pihak
pengurusan UM telah menjalankan siasatan dan pelajar tersebut telah
dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut kemudiannya telah menarik
balik iklan penjualan BB1M yang masih belum terjual.
Kes kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan
seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi sepasang suami
isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh pihak pengurusan
UUM, manakala tindakan pasangan suami isteri tersebut telah menjadi
kes polis.
& Jawapan
Parlimen Dewan Rakyat 2012
18 18
SIRI KOLEKSI Pertanyaan

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB
14 MAC 2012 (RABU)
NO. 16

Jawapan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian Baucer Buku 1


Malaysia (BB1M) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa
pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Dewan Rakyat.
BB1M disediakan kepada pelajar untuk pembelian buku-buku akademik,
jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan
IPT masing-masing. Objektif pemberian BB1M adalah untuk meringankan
beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

19

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pelajar yang layak menerima bantuan BB1M adalah terdiri daripada


warganegara Malaysia, lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang
melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, pusat matrikulasi,
tingkatan 6, dan politeknik di peringkat diploma, diploma lanjutan, ijazah,
sarjana dan doktor falsafah. Ini termasuklah pelajar yang sedang mengikuti
pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak
syarikat IPT berkenaan. Selain daripada itu, pelajar juga mestilah sedang
melanjutkan pengajian sama ada secara sepenuh masa atau separuh
masa. Setiap pelajar yang memenuhi kelayakan akan diperuntukkan
BB1M bernilai RM200 dalam bentuk baucar RM50 sebanyak empat (4)
keping. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para pelajar
bagi tujuan pembayaran BB1M adalah sebanyak RM250,143,000 yang
melibatkan seramai 1.25 juta orang pelajar.
Pemberian BB1M ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012
sahaja. BB1M sah diguna pakai bagi tempoh 3 bulan sahaja iaitu bermula
1 Januari 2012 sehingga 31 Mac 2012. BB1M tidak boleh ditukarkan
dalam bentuk wang tunai dan pelajar boleh menggunakan BB1M di
mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Tuntutan
bayaran balik BB1M akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank
Simpanan Nasional (BSN).
Berdasarkan maklum balas awal yang diterima daripada para pelajar
dan ibu bapa, pemberian BB1M ini banyak membantu mengurangkan
beban kewangan pelajar bagi mendapatkan buku-buku rujukan untuk
pembelajaran di samping menjaga kebajikan pelajar agar lebih fokus
kepada pelajaran. Justeru, secara keseluruhannya pemberian BB1M ini
memberikan impak yang positif kepada pelajar melalui pengurangan

20

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat


membaca dikalangan pelajar.
Berdasarkan laporan dalam akhbar-akhbar, terdapat kes penjualan
BB1M dilaporkan. Walau bagaimanapun, sehingga kini hanya terdapat
dua kes penjualan BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada
Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar
Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.
com. Manakala, kes kedua berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM)
yang melibatkan sepasang suami isteri daripada Selangor membeli
BB1M daripada pelajar dan menunaikannya di BSN. Bagi kes ini, pihak
pengurusan UUM telah membuat laporan polis dan pasangan tersebut
telah ditahan untuk siasatan lanjut. Bagi kes UM pula, pihak pengurusan
UM telah menjalankan siasatan dan pelajar tersebut telah dikeluarkan
surat amaran. Pelajar tersebut kemudiannya telah menarik balik iklan
penjualan BB1M yang masih belum terjual. Berhubung dengan kenyataan
terdapatnya sindiket penjualan BB1M, sehingga kini tiada maklumat yang
boleh dikaitkan dengan wujudnya sindiket penjualan BB1M.
Untuk makluman, bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M
ini berjalan dengan lancar dan tidak menyimpang daripada objektif
yang digariskan, KPT dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah
mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya
kepada semua agensi pelaksana. Selain daripada itu, taklimat juga turut
diberikan kepada pihak yang terlibat.

21

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
15 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 16

Dato Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bantuan kewangan yang
diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada
Curtin University of Technology Sarawak.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG
19 MAC 2012 ( ISNIN )
NO. 9

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan
untuk menempatkan UiTM atau Politeknik di kawasan Utara Sarawak
seperti Miri atau Sibuti bagi menyediakan peluang pendidikan di peringkat
Diploma dan Ijazah yang menyediakan yuran rendah kepada rakyat.

Jawapan
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2008, Kerajaan telah
menyalurkan matching grantt secara one-off kepada Curtin University of
Technology Sarawak sebanyak RM6 juta bagi tujuan penyelidikan dan
pembangunan (R&D).

Penubuhan sesuatu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik


perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti keperluan guna tenaga
negara, keperluan strategik pembangunan negara dan keupayaan
pembiayaan Kerajaan. Ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi belum
bercadang untuk menempatkan UiTM mahupun Politeknik di kawasan
Utara Sarawak.
Pada masa ini, terdapat empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
yang sedia ada di Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
di Kota Samarahan Kuching; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus
Cawangan Kota Samarahan; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus
Mukah dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Cawangan Bintulu. Terdapat

22

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

23

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

juga dua buah politeknik yang sedang beroperasi iaitu Politeknik Kuching
dan Politeknik Mukah.
Di samping itu, sebuah lagi Politeknik METrO akan dibuka pada
penghujung tahun 2012 iaitu Politeknik METrO di Betong, Sarawak yang
akan memberikan lebih peluang pendidikan kepada rakyat Sarawak
khususnya dan negara amnya.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. TAN SENG GIAW
19 MAC 2012 (ISNIN)
NO. 18

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jenis autonomi yang diberi kepada IPTA dan apakah yang
dianggap penting untuk meningkat mutu universiti ke tahap dunia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat menjadikan IPTA lebih dinamik,
kompetitif dan mampu bersaing di peringkat global. Bagi tujuan tersebut
autonomi perlu diberikan kepada IPTA agar dapat bergerak dan membuat
keputusan dengan lebih pantas dalam perkara yang berkaitan dengan
pengurusan universiti, merangka hala tuju strategik, mengurus pencapaian
dan risiko institusi, membangunkan sumber manusia dan menguruskan
urusan akademik dan pelajar.
Autonomi yang diberi kepada lima (5) buah universiti penyelidikan iaitu
UM, UKM, USM, UPM dan UTM adalah merupakan penurunan kuasa
dalam membuat keputusan daripada agensi pusat kepada Lembaga
Pengarah Universiti. Autonomi diberikan dalam empat (4) bidang iaitu :

24

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

25

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i.
ii.
iii.
iv.

Governan Institusi;
Kewangan & Penjanaan Pendapatan;
Sumber Manusia; dan
Pengurusan Akademik & Kemasukan Pelajar

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Dengan pemberian autonomi, IPTA diberi ruang untuk membuat sesuatu


keputusan dengan cepat dan berkesan dan dengan demikian IPTA dapat
bergerak dengan lebih pantas dan berdaya saing untuk memacu ke arah
kecemerlangan. Universiti terbaik dunia diukur melalui beberapa kriteria
seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Peratus kebolehpasaran graduan yang tinggi;


Penyelidikan yang berimpak tinggi;
Tenaga akademik berkualiti;
Bilangan Profesor yang berpengalaman dan tersohor kesarjanaannya
dalam pelbagai bidang;
v. Kebebasan dalam pengurusan kewangan (financially independent);
vi. Budaya kerja yang cemerlang;
vii. Kecekapan sistem governan institusi;
viii. Jaringan kolobrasi dan hubungan yang strategik;
ix. Pelajar tempatan dan antarabangsa yang cemerlang; dan
x. Kemudahan terbaik yang dilengkapi dengan kemudahan terkini
untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta
menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.

26

SIRI KOLEKSI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO ISMAIL BIN KASIM [ ARAU ]
19 MAC 2012 (ISNIN)
NO. 25

Dato Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan
Politeknik Metro di bandar-bandar untuk menampung keperluan
pendidikan yang semakin meningkat dan mengurangkan pergantungan
kepada institusi milik swasta.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahun 2011 menyaksikan kelahiran
Politeknik METrO yang memberi indikator baru 42 tahun kemajuan
institusi politeknik di negara ini. Istilah METrO bersandarkan akronim
Maximizing Education and Training Opportunities. Matlamat penubuhan
Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi Negara
iaitu melonjak daya saing dalam menjana modal insan yang serba boleh,
dinamik dan cemerlang selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara dan objektif Hala Tuju Transformasi Politeknik. Institusi politeknik
bergerak secara responsif dan sejajar kepada keperluan industri dan
perkembangan semasa.

27

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Politeknik METrO menyediakan program pengajian sepenuh masa dan


program secara sambilan dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan.
Ini merupakan suatu usaha ke arah memperluas kapasiti bagi pendidikan
dan latihan berterusan, justeru memberi impak positif kepada masyarakat
setempat dan negara. Politeknik METrO juga dijadikan sebuah institusi
transition yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah
sebelum memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pengajian ke
peringkat yagn lebih tinggi.
Sehingga Mac 2012, terdapat tiga buah Politeknik METrO yang telah
beroperasi iaitu Politeknik METrO Johor Baru, Politeknik METrO Kuantan
dan Politeknik METrO Kuala Lumpur. Program pengajian yang ditawarkan
adalah Diploma in Retail Management; Diploma in Hotel & Catering
Management; Diploma in Foodservice (Halal Practice); Diploma in Tourism
& Hospitality; Diploma in Islamic Banking & Finance; dan Diploma in
Logistic & Supply Chain Management.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua (2) buah lagi Politeknik
METrO telah dirancang penubuhannya dalam RMKe-10 ialah di Betong,
Sarawak dan Tasek Gelugor Seberang Perai, Pulau Pinang. Kerajaan akan
menambah bilangan Politeknik METrO berdasarkan keperluan strategik
pembangunan negara dan keupayaan pembiayaan semasa Kerajaan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
19 MAC 2012 (ISNIN)
NO. 56

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan
yang terlibat kos melebihi RM10,000.00:(a) senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan pecahan
universiti-universiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012; dan
(b) adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar
kampus untuk memungut wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhomat, persatuan-persatuan di IPT
sebenarnya tidak perlu mengemukakan penyata kewangan kepada
Kementerian. Walau bagaimanapun, Kementerian ada merekodkan
penyaluran peruntukan bagi program khas (pembangunan sahsiah)
pelajar di IPT. Terdapat pelbagai program yang melibatkan peruntukan
melebihi RM10 ribu telah dilaksanakan di peringkat IPT pada tahun
2011, umpamanya Ekspo Inovasi Islam (I-INOVA,11) IPT Malaysia

28

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

29

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

2011 oleh USIM, Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi oleh USM,


Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1Malaysia oleh
UiTM, Khidmat Komuniti Dengan Orang Asli oleh UPSI, International
Student Leadership Conference oleh Taylors University dan Program
Khidmat Komuniti Pelajar Antarabangsa di IPT (My Village) oleh
Multimedia University (MMU).
b) Untuk makluman, pihak universiti tidak mengeluarkan arahan
kepada pelajar untuk mengutip wang bagi membiayai sesuatu aktiviti
persatuan. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti yang dirancang
sendiri oleh persatuan/kelab pelajar yang memerlukan sumber
kewangan yang melebihi peruntukan yang mampu ditanggung
oleh pihak universiti, umpamanya Program Outreach pelajar ke luar
negara. Memandangkan kos yang terlibat adalah tinggi, maka pelajar
mengambil inisiatif untuk mendapatkan penajaan daripada pihak
industri, badan-badan tertentu atau orang perseorangan dengan
mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor IPT masingmasing. Di samping mendapat penajaan, peluang tersebut boleh
diambil oleh pelajar untuk melatih diri agar lebih berkeyakinan dan
meningkatkan kemahiran insaniah.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
20 MAC 2012 (SELASA)
NO. 7

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:a) setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat
persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah
dalam bahasa Melayu bagi jurusan sains dan teknologi; dan
b) apakah Institusi Terjemahan Negara Malaysia membantu Kementerian
dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada
bahasa Melayu.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Menjawab soalan (a), Kementerian Pengajian Tinggi secara berterusan
komited dalam mempertingkatkan jumlah penerbitan bahan ilmiah
dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Kementerian telah mewujudkan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di IPT yang memberi fokus dalam pengajaran dan

30

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

31

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pembelajaran; penyelidikan dan penerbitan; pengiktirafan akademia; dan


pengantarabangsaan.
Antara inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh IPTA adalah menyediakan
laporan penyelidikan dalam bahasa Melayu, menambah bilangan
artikel jurnal berindeks dalam bahasa Melayu dan menambah bilangan
penerbitan buku akademik dalam bahasa Melayu. Di samping itu,
pelaksanaan sistem ganjaran yang setimpal diberikan kepada mereka
yang menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti jurnal, buku,
bab dalam buku, manual, monograf dan prosiding dalam bahasa
Melayu. Usaha untuk meningkatkan martabat jurnal-jurnal ilmiah dalam
bahasa Melayu seiring dengan jurnal-jurnal Bahasa Inggeris juga turut
dilaksanakan.
Bagi jawapan soalan (b) pula, pada masa ini bahan ilmiah IPT yang
diterjemah tidak melalui Institut Terjemahan Negara memandangkan
kepakaran penterjemahan oleh IPTA mampu menghasilkan penerbitan
terjemahan yang berkualiti. Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu di IPT turut menyarankan penubuhan Unit Terjemahan
di bawah Pusat Penerbitan di setiap IPTA bagi menggalakkan dan
mempertingkatkan karya terjemahan bahan ilmiah universiti khususnya
dalam bidang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, Kementerian
sentiasa bersedia mempertimbangkan jalinan kerjasama dengan Institut
Terjemahan Negara jika terdapat keperluan tertentu.

32

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN JOHN A/L FERNANDEZ
20 MAC 2012 (SELASA)
NO. 32

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian
untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti graduan dari Universiti Malaya
agar setanding dengan graduan universiti terkemuka dunia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah menggubal
dan melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
yang merupakan satu plan yang komprehensif meliputi pelbagai aspek
termasuk usaha meningkatkan kualiti graduan di semua IPT tempatan
yang juga melibatkan Universiti Malaya (UM). Pelan tersebut mengandungi
7 Teras dan 23 Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project, CAPs).
Teras 2, PSPTN iaitu Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran menetapkan bahawa semakan kurikulum IPT sentiasa
dibuat agar kurikulum yang disediakan berkualiti tinggi dan dapat
memenuhi aspirasi negara. Semakan dibuat dengan mengambil kira
pandangan ahli-ahli akademik, pakar dari industri dan pihak swasta,
pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap dua

33

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

hingga tiga tahun berdasarkan keperluan bidang pengajian. Bagi


memastikan bidang pengajian mempunyai pengiktirafan antarabangsa,
benchmarking dengan bidang yang sama di universiti terkemuka dunia
juga dilaksanakan.
Sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan pengajian tinggi yang
berkualiti, kerajaan telah melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualification Framework, MQF) pada akhir tahun 2007.
Selaras dengan peranannya sebagai tempat rujukan kualiti pengajian
tinggi, MQF memberikan penekanan kepada pendidikan berlandaskan
hasil pembelajaran.
Di samping itu, bagi meningkatkan pembangunan kemahiran insaniah atau
soft skills pelajar, Kementerian telah memperkenalkan Modul Kemahiran
Insaniah yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi
aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Terdapat tujuh (7) elemen
utama yang diterapkan ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis
dan menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan
dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika
professional dan kemahiran kepemimpinan. Kementerian juga telah
membangunkan Instrumen My3S untuk mengukur tahap penguasaan
kemahiran insaniah pelajar.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
IR HAJI HAMIM BIN SAMURI
20 MAC 2012 (SELASA)
NO. 36

IR HAJI HAMIM BIN SAMURI [ Ledang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan kesan/peluang pelajar daripada luar bandar
tentang langkah Universiti Malaya (UM) yang akan memperketat syarat
kemasukan pelajar baru bermula sesi pengambilan September ini, seperti
kata Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon di mana bagi kursus
kritikal seperti perubatan, pergigian dan sebagainya, UM menetapkan
pelajar lepasan Matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00,
manakala bagi bidang sastera perlu memperoleh keputusan 3.50 yang
dibuat berdasarkan penganugerahan status autonomi yang diberikan
oleh Kerajaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, dasar pengambilan pelajar ke IPTA termasuk Universiti
Malaya (UM) dilaksanakan berasaskan prinsip meritokrasi. Dasar ini
menguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Pemilihan pelajar berdasarkan meritokrasi adalah mengambil kira susunan
merit, pilihan program pengajian, pilihan IPTA dan bilangan tempat yang
disediakan.

34

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

35

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pemprosesan kemasukan pelajar oleh lima Universiti Penyelidikan (RU)


iaitu UM, UKM, UPM, UTM termasuk USM (bagi program pendidikan
sahaja) masih dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, mulai Sesi
Akademik 2012/2013, universiti penyelidikan tersebut diberi autonomi
dalam aspek pemilihan pelajar.

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Kementerian berpandangan bahawa semua pemohon mempunyai


peluang pendidikan tinggi yang sama dan adil dalam pelaksanaan
meritokrasi. Pemohon yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan yang
ditetapkan akan diberi tempat ke IPTA yang bersesuaian.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi
masalah pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat
sekarang ini.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT
20 MAC 2012 (SELASA)
NO. 66

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Menurut hasil Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian
Pengajian Tinggi pada tahun 2011, sebanyak 75.9% graduan telah
bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu
penempatan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian. Ini
merupakan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding dengan pencapaian
pada tahun 2009 iaitu 73.3%, sekaligus mencapai sasaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian iaitu 75%.
Walaubagaimanapun, Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif
bagi mengurangkan pengangguran secara keseluruhannya. Antara
langkah-langkah strategik yang diambil adalah seperti berikut:-

36

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

37

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i. memastikan program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA adalah


memenuhi kehendak pasaran dan industri;
ii. kurikulum pengajian di IPTA disemak dan dikemas kini bagi memenuhi
kehendak pasaran terutamanya bagi bidang yang mengalami
perkembangan teknologi yang pesat seperti ICT. Setiap kursus baru
juga perlu mendapat input dari industri serta menjalankan kajian
pasaran sebelum diluluskan;
iii. meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi ICT dan teknikal
dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah yang dapat
membantu mereka dalam memenuhi kehendak pasaran;

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Scheme), MIMOS Code 8 dan Program Pentauliahan Profesional (3P).


Kementerian juga telah menggubal Dasar Pembangunan Keusahawan
Institusi Pengajian Tinggi untuk menggalakkan dan memantapkan
pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di
kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan
serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang bertindak
sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara. Pendidikan
keusahawanan yang menerapkan nilai-nilai dan atribut keusahawanan
ini juga dapat memupuk sikap berdaya saing, kreatif serta mempunyai
kemahiran tinggi yang secara tidak langsung dapat menjadi penggerak
bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar.

iv. memasukkan elemen keusahawanan dalam program pengajian


supaya mereka boleh bekerja sendiri dan menjadi usahawan yang
mampu pula mewujudkan peluang pekerjaan;
iv. mewajibkan latihan industri bagi memberikan lebih pengalaman dan
meningkatkan kemahiran kepada pelajar; dan
vi. penerapan pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan
komunikasi dalam program pengajian dan aktiviti kokurikulum,
termasuk penguasaan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing
yang lain.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu, Kementerian turut mengadakan program kebolehpasaran
graduan seperti Program GEMS (Graduate Employability Management

38

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

39

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO ISMAIL BIN KASIM
21 MAC 2012 (RABU)
NO. 43

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN NGA KOR MING
21 MAC 2012 (RABU)
NO. 53

Dato, Ismail bin Kasim [ Arau ] minta Menteri Pengajian Tinggi


menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada
para pelajar institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara melalui
Baucar Pembelian Buku.

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh
Kerajaan untuk membina sebuah universiti di Taiping dan membaiki
semula Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah.

JAWAPAN

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pelajar yang memenuhi


kelayakan akan diperuntukkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai
RM200. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para pelajar
bagi tujuan pembayaran BB1M adalah sebanyak RM250.1 juta yang
melibatkan seramai 1.25 juta orang pelajar.

Penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya


Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibuat dengan mengambil
kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan
(niche area) tertentu terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara,
sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang
diperlukan dalam pasaran kerja tempatan. Pada masa ini, Kementerian
tiada perancangan untuk menubuhkan IPTA baru di seluruh negara
termasuk di Taiping, Perak. Walau bagaimanapun, Kementerian boleh
mempertimbangkan permohonan bagi penubuhan IPTS terutama yang
memberi tumpuan kepada program-program kritikal seperti perubatan,
farmasi dan kejuruteraan. Penubuhan IPTS, perlulah mematuhi syarat
dan kriteria yang telah diperuntukkan dalam Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

40

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

41

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan pembaikan


Pasar Awam Taiping adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengajian
Tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
22 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 34

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan pelaksanaan transformasi yang
menyaksikan dua keadaan yang bakal mengubah persekitaran kampus
apabila berlaku pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971
dan pemberian autonomi kepada universiti kelak.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) [Akta 30] digubal
bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi menubuh, menyelenggara,
dan mentadbir Universiti dan Kolej Universiti. Selaras dengan persetujuan
Kerajaan untuk membuat pindaan terhadap AUKU bagi membenarkan
pelajar terlibat dalam kegiatan parti politik di luar kampus, Kementerian
Pengajian Tinggi telah menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Draf Rang Undang-Undang AUKU
(Pindaan) 2012 sedang digubal dan dijangka akan dapat dibentangkan
di Parlimen dalam masa terdekat. Pindaan ini dilakukan dengan harapan
pelajar dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, baik
dari sudut akademik mahu pun pembangunan sahsiah diri. Oleh itu,
persekitaran kampus akan dikekalkan sebagai tempat yang kondusif
untuk semua pelajar.

42

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

43

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Manakala, autonomi bertujuan untuk memperkasakan IPTA selaras


dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Agenda
autonomi merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan IPTA
berkembang pesat selari dengan perkembangan universiti-universiti
terbaik dunia. Pemberian autonomi akan menjadikan IPTA lebih dinamik,
kompetitif dan berdaya saing. Bidang autonomi yang diberi kepada IPTA
seperti governan institusi, penjanaan pendapatan, sumber manusia dan
akademik lebih bersifat pengurusan dalaman dan tidak memberikan
kesan langsung kepada fizikal atau persekitaran kampus.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN SALLEH BIN KALBI
22 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 54

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memperluas cawangan
Universiti Teknologi MARA dan Politeknik dengan mendirikan sebuah
universiti atau politeknik yang berkonsepkan agro pendidikan di Parlimen
Silam.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibuat dengan
mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang
tujahan (niche area) tertentu terhadap pembangunan sosio-ekonomi
negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber
tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja tempatan. Pada masa ini,
Kementerian tiada perancangan untuk membina kampus cawangan UiTM
dan Politeknik di kawasan Silam. Negeri Sabah dan Labuan sebenarnya
telah mempunyai beberapa IPTA iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Kampus Cawangan UMS di Labuan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota
Kinabalu.

44

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

45

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Di samping itu, juga terdapat dua buah politeknik di Sabah iaitu Politeknik
Kota Kinabalu dan Politeknik Sandakan. Politeknik Sandakan sebenarnya
telah menawarkan Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akuakultur.
Manakala, Kolej Komuniti Lahat Datu yang terletak di Parlimen Silam
juga turut menawarkan program dalam bidang agro iaitu Program
Pemprosesan Makanan dan Program Industri Agro.

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Kementerian percaya bahawa IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti


sedia ada di Sabah mampu untuk memberikan pendidikan tinggi yang
secukupnya termasuk bagi kawasan Parlimen Silam.

Dato Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI TIONG KING SING
22 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 57

a) Adakah pihak Kementerian meninjau program-program yang


ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi untuk memastikan program
yang ditawarkan optimum dalam pembangunan negara dan relevan
dengan permintaan pasaran pekerjaan; dan
b) Adakah Kementerian melantik pihak tertentu dalam memantau
program yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi dan jika ya,
berapa banyakkah pihak yang telah dilantik serta apakah kos yang
terlibat.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Teras 2, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu
Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran menetapkan
bahawa semakan kurikulum IPT sentiasa dibuat agar kurikulum
yang disediakan berkualiti tinggi dan dapat memenuhi aspirasi

46

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

47

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

negara. Semakan dibuat dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli


akademik, pakar dari industri dan pihak swasta, pegawai kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap dua hingga tiga tahun
berdasarkan keperluan bidang pengajian.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pada akhir tahun 2007. Selaras dengan peranannya sebagai tempat


rujukan kualiti pengajian tinggi, MQF memberikan penekanan kepada
pendidikan berlandaskan hasil pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua,

Melalui Majlis Dekan-dekan IPTA, interaksi secara berkala diadakan


dengan pihak industri dan pihak berkepentingan (stakeholders).
Sepanjang tahun 2011, beberapa sesi pertemuan telah diadakan
dengan pihak industri dalam bidang ICT, bidang Perbankan dan
Insurans, bidang pengurusan dan perkhidmatan kerajaan yang
telah berjaya membantu IPTA dalam menyediakan semakan
semula kurikulum. Bagi memastikan bidang pengajian mempunyai
pengiktirafan antarabangsa, benchmarking dengan bidang yang
sama di universiti terkemuka dunia juga dilaksanakan.

Kementerian juga turut melaksanakan Kajian Hala Tuju Bidang


Pengajian yang merungkai persoalan apakah kedudukan semasa
program-program pengajian kita dan ke manakah arah hala tuju atau
potensi program-program pengajian ini pada masa hadapan. Antara
bidang pengajian yang telah dibuat kajian hala tuju ialah Kejuruteraan,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Ekonomi & Pengurusan,
Pengajian Islam, Kaunseling, Aeroangkasa, Teknologi Makanan,
Kejururawatan, Maritim, Bioperubatan, Pertanian, Perakaunan,
Undang-undang, Bahasa Inggeris, Bioteknologi, Perubatan, Pergigian
dan Farmasi.

Di samping itu, sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan


pengajian tinggi yang berkualiti, kerajaan telah melaksanakan
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework)

48

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

b) Pada masa ini, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sendiri


pemantauan terhadap program-program pengajian yang ditawarkan
di IPT dan tidak melantik mana-mana pihak untuk menjalankan
pemantauan.

49

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ
26 MAC 2012 (ISNIN)
NO. 4

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO ABDUL MANAN BIN ISMAIL
26 MAC 2012 (ISNIN)
NO. 31

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam
tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat diploma di Institusi Pengajian
Tinggi Swasta untuk bidang fisioterapi, farmakologi, kejururawatan,
health care, dan teknologi makmal.

Dato Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Pengajian
Tinggi menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian
berhubung sindiket penjualan Baucar Buku 1Malaysia yang dilakukan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menukarkan baucar
tersebut kepada wang ringgit di IPTA.

JAWAPAN

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, kemasukan


pelajar bagi kursus-kursus di peringkat Diploma di Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) dalam fisioterapi, farmakologi, kejururawatan,
health care, dan teknologi makmal adalah seramai 14,866 orang.
Daripada jumlah tersebut, bilangan kemasukan bagi kursus fisioterapi
adalah seramai 1,839, kejururawatan seramai 7,841 orang, health care
seramai 695 orang, dan teknologi makmal seramai 4,491 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pelaksanaan


pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ini berjalan dengan lancar
dan tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan, Kementerian
Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah
mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya
kepada semua pelaksana. Selain daripada itu, beberapa siri taklimat juga
telah diberikan kepada pihak yang terlibat.
Berhubung dengan kenyataan terdapatnya sindiket penjualan BB1M,
sehingga kini Kementerian tiada maklumat yang boleh dikaitkan dengan
wujudnya sindiket penjualan BB1M. Hanya terdapat dua kes penjualan
Baucer Buku 1 Malaysia atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada

50

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

51

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar


Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.
com. Bagi kes ini, pihak pengurusan UM telah menjalankan siasatan
dan pelajar tersebut telah dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut
kemudiannya telah menarik balik iklan penjualan BB1M yang masih
belum terjual. Kes kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM)
yang melibatkan seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi
sepasang suami isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh
pihak pengurusan UUM, manakala pasangan suami isteri tersebut telah
dilaporkan kepada pihak polis.
Sebagai langkah pemantauan, Kementerian senantiasa bekerjasama
dengan semua pihak, khususnya pihak polis agar mereka yang tidak
bertanggungjawab dalam penjualan BB1M ini diambil tindakan yang
sewajarnya.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
27 MAC 2012 (SELASA)
NO. 11

Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang beberapa kes-kes masalah
sosial yang timbul disebabkan oleh perbuatan pelajar-pelajar asing yang
belajar di kolej-kolej swasta.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut satu laporan yang
telah dikeluarkan oleh The Observatory on Borderless Higher Education
bertajuk International Student Mobility: Status Report 2009, Malaysia
berada di tempat ke-11 dunia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan
pengajian di kalangan pelajar antarabangsa dengan menguasai 2%
daripada pasaran pelajar antarabangsa.
Malaysia menjadi tarikan pelajar-pelajar antarabangsa kerana
menyediakan program pengajian yang pelbagai, sistem pengajian
tinggi yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Sehingga Januari
2012, jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan
Kementerian Pengajian Tinggi adalah seramai 91,670 orang iaitu seramai
25,855 di IPTA dan 65,812 orang di IPTS.

52

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

53

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian memang menyedari terdapat kelemahan dalam sistem


kemasukan pelajar antarabangsa yang memasuki negara ini dengan
menggunakan visa semasa ketibaan (VOA) dan pas lawatan sosial kerana
mereka akan datang ke Malaysia sebelum mendapat tempat pengajian
di mana-mana IPT tempatan. Sehubungan itu, Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
bagi menetapkan agar pas pelajar hanya dikeluarkan selepas pelajar
menerima tawaran daripada IPT tempatan. Ini bagi memastikan pelajar
antarabangsa yang memohon visa melalui pejabat Kedutaan Malaysia
di negara asal pelajar atau di negara-negara yang berhampiran adalah
mereka yang telah melalui proses penapisan yang lebih teliti. Usaha ini
bagi memastikan hanya pelajar antarabangsa yang benar-benar layak
sahaja yang akan memasuki IPT tempatan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

melaporkan secara berkala bagi tempoh setiap empat (4) bulan berkenaan
pelajar-pelajar antarabangsa yang mempunyai peratusan kehadiran
ke kuliah yang kurang dari 80% dan pelajar yang mempunyai prestasi
akademik yang lemah. KPT telah mewujudkan satu sistem maklumat
yang dikenali sebagai IPT Inform Management System (IFMS-IPTS)
yang menyimpan rekod pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan
IPTS. Melalui sistem itu KPT dapat membuat semakan berhubung profil
pelajar bagi tujuan tertentu.

Untuk makluman, pada masa ini, pelajar antarabangsa yang terlibat


dalam kes-kes sosial bukan hanya melibatkan pelajar yang berdaftar
dengan KPT bagi mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS, namun terdapat
juga mereka yang mengikuti kursus-kursus pendek yang dikendalikan
oleh institusi pendidikan lain seperti Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
yang tidak didaftarkan di bawah KPT. IPS merangkumi pusat-pusat
kemahiran seperti pusat bahasa yang turut menerima kemasukan pelajar
antarabangsa.
Kementerian sebenarnya memandang serius tentang isu-isu yang
melibatkan pelajar antarabangsa. Antara langkah kawalan yang di ambil
oleh KPT adalah dengan melaksanakan pemantauan terhadap IPT yang
mengambil pelajar antarabangsa melalui operasi yang diadakan dari
masa ke semasa untuk meninjau pengurusan pelajar antarabangsa agar
ianya berada ditahap yang diharapkan. Di samping itu, IPT dikehendaki

54

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

55

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN
27 MAC 2012 (SELASA)
NO. 59

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh
PTPTN kepada pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS dan cadangan-cadangan
alternatif untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin untuk mendapatkan
kelayakan pembelajaran yang lebih tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sebulan yang pertama kali ditawarkan ke IPTA atau Politeknik boleh


memohon Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500
daripada PTPTN ketika membuat permohonan kemasukan ke IPTA/
Politeknik. Pemberian WPP ini adalah sebagai persediaan kepada pelajar
miskin untuk menampung keperluan sebelum memasuki IPTA/Politeknik.
Ia juga merupakan sebahagian daripada pembiayaan yang akan diluluskan
apabila pelajar memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Di samping
itu, pelajar yang terlibat juga akan menerima kadar pembiayaan penuh
yang merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup apabila diluluskan
pembiayaan pendidikan PTPTN.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2012, PTPTN
telah meluluskan sebanyak 1,942,780 pembiayaan pendidikan kepada
semua pelajar yang layak di IPTA dan IPTS dengan jumlah keseluruhan
amaun sehingga pelajar tamat pengajian sebanyak RM43.3 bilion.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,348,765 pembiayaan pendidikan
telah diluluskan kepada pelajar di IPTA dengan amaun keseluruhan yang
terlibat sebanyak RM23.4 bilion. Manakala sejumlah 594,015 pembiayaan
pendidikan telah diluluskan kepada pelajar di IPTS melibatkan amaun
keseluruhan yang terlibat sebanyak RM19.8 bilion.
Untuk makluman juga, berdasarkan kaedah sedia, pelajar kurang
berkemampuan iaitu ibu bapa berpendapatan bersih di bawah RM4,000

56

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

57

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN LIEW CHIN TONG
28 MAC 2012 (RABU)
NO. 11

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

b) Jumlah peruntukan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA pada


tahun 2011 pula antaranya adalah USM sebanyak RM351 ribu, UKM
sebanyak RM15 juta, UPM sebanyak RM1.1 juta, UTM sebanyak
RM2.5 juta, UIAM sebanyak RM3.8 juta, UUM sebanyak RM 2.9 juta
UNIMAS sebanyak RM11.4 juta dan USIM sebanyak RM2.2 juta.

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan status Hal Ehwal Pelajar Universiti-universiti
tempatan:a) jumlah anggota-anggota staf di Hal Ehwal Pelajar di setiap universiti
awam; dan
b) jumlah perbelanjaan Hal Ehwal Pelajar setiap universiti awam dari
tahun 2000 hingga 2012.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan staf di Bahagian
Hal Ehwal Pelajar IPTA antaranya adalah UM seramai 88 orang,
USM seramai 332 orang, UKM seramai 271 orang, UPM seramai
134 orang, UTM seramai 298 orang, UIAM seramai 158 orang,UUM
seramai 235, UNIMAS seramai seramai 175 orang, UMS seramai 102
orang dan USIM seramai 54 orang.

58

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

59

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN TENG BOON SOON
28 MAC 2012 (RABU)
NO. 51

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan adakah Kerajaan mengkaji dan sedar tentang implikasi
kesan pendidikan dan latihan yang berbeza antara universiti tempatan
di bawah AUKU dan universiti luar negara yang tidak di bawah AUKU.
Adakah graduan universiti luar negara menjadi pilihan majikan berbanding
graduan tempatan kerana kesan AUKU.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memastikan negara sentiasa terkehadapan dan dalam masa yang sama


akan mengimbangi tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan
keharmonian negara dengan tuntutan kebebasan individu.
Untuk makluman, pelajar yang mengikuti pengajian di universiti luar negara
juga sebenarnya turut terikat dengan peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh sesebuah negara. Mereka tidak boleh bertindak sesuka
hati dengan menggunakan hak kebebasan sebagai alasan.
Pada masa ini, graduan yang dihasilkan oleh IPT tempatan adalah
berkualiti dan marketable. Menurut hasil Kajian Pengesanan Graduan
(Tracer Study) Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2011, sebanyak
75.9% graduan telah bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan
kemahiran dan menunggu penempatan dalam tempoh 6 bulan selepas
tamat pengajian. Ini merupakan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding
dengan pencapaian pada tahun 2009 iaitu 73.3%, sekaligus mencapai
sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu 75%.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971 (AUKU 1971) [Akta 30] digubal bertujuan untuk menyediakan
peruntukan bagi menubuh, menyelenggara, dan mentadbir universiti dan
kolej universiti awam. Akta ini juga berperanan bagi memastikan universiti
awam kekal sebagai tempat yang neutral dan kondusif untuk menimba
ilmu. Pada 24 November 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan
untuk meminda Seksyen 15, AUKU yang akan membenarkan penuntut
terlibat dalam parti politik. Kerajaan percaya terhadap kematangan dan
kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini. Ia sejajar dengan
semangat pembaharuan undang-undang negara supaya selaras dengan
kehendak semasa. Ini akan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk

60

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

61

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE
29 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 39

Dato Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah visualisasi Kerajaan di dalam
pembangunan sektor pendidikan tinggi swasta bagi memastikan bilangan
siswazah yang dilahirkan kolej-kolej swasta berkelayakan dan berupaya
mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Teras ke-4, Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperkasakan Institusi
Pengajian Tinggi adalah bermatlamat untuk meningkatkan kualiti IPT
yang turut merangkumi IPTS agar setanding dengan universiti terbaik
dunia di dalam program pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Di
bawah teras ini, langkah memperkasakan kepimpinan IPT, peningkatan
tahap profesionalisme fakulti, peningkatan kualiti tenaga pengajar melalui
pendidikan pascaijazah dan pasca doktoral secara berterusan serta
penambahan tenaga penyelidik sentiasa dipergiatkan dari semasa ke
semasa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

telah menyediakan peruntukan melalui program MyBrain15 (MyMaster,


MyPhD, PhD Industri) di mana para pensyarah IPTS berpeluang
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD. Di samping itu,
pensyarah yang ingin mengajar di IPTS juga dikehendaki memohon
permit mengajar daripada Kementerian. Dalam mempertimbangkan
sesuatu kelulusan, pencapaian akademik pensyarah, kerelevanan bidang
pengkhususan dengan kursus yang diajar, pengalaman mengajar dan
pengalaman di industri pensyarah tersebut dinilai bagi memastikan hanya
pensyarah yang berkelayakan sahaja dibenarkan mengajar di IPTS.
Bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di IPTS berkualiti,
Kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah melaksanakan
Perakuan Akreditasi yang merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil,
diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai
standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan dan adalah selaras dengan
Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework
(MQF). Selain daripada itu, MQA juga membangunkan standard program
dalam pelbagai bidang dari semasa ke semasa. Bagi memastikan
standard program yang dibangunkan ini memenuhi keperluan semasa,
wakil industri, badan-badan professional, ahli akademik, alumni dan wakil
pelajar dilibatkan dalam setiap pembangunan standard program.
Bagi menjamin kualiti setiap program yang telah mendapat akreditasi,
MQA sentiasa melaksanakan proses penilaian pemantauan secara
berterusan termasuk aspek semakan kurikulum terhadap programprogram tersebut.

Dalam meningkatkan mutu dan kualiti tenaga akademik IPTS, Kementerian

62

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

63

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian juga telah membangunkan instrumen-instrumen penarafan


seperti Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) untuk IPTA
dan IPTS serta Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta
(MyQUEST) untuk kolej swasta. Melalui sistem penarafan tersebut, IPTS
akan berpeluang untuk mengenal pasti tahap kualiti perkhidmatannya dan
kemudian mengambil usaha-usaha yang sewajarnya untuk menambah
baik prestasi perkhidmatan mereka.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MOHD. YUSMADI BIN MOHD. YUSOFF
29 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 64

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan dan perancangan
penubuhan UiTM Balik Pulau.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian
Pengajian Tinggi tiada cadangan untuk menubuhkan UiTM Balik Pulau.
Di Pulau Pinang telah terdapat beberapa buah IPT iaitu Universiti Sains
Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bukit
Mertajam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Permatang Pauh,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bertam, Politeknik Balik Pulau,
Politeknik Seberang Perai, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti
Seberang Jaya, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Nibong
Tebal, Kolej Komuniti Bayan Baru dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Di
samping itu terdapat juga institusi pendidikan di bawah Kementeriankementerian lain.
Fokus Kementerian Pengajian Tinggi ketika ini adalah untuk memantapkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dengan

64

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

65

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

menambah nilai pengisian yang sedia ada di antaranya termasuklah


membangunkan infrastruktur intelektual, mempertingkatkan sahsiah
pelajar, melaksanakan kurikulum baru dan mengembangkan lagi R&D&I.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN WONG HO LENG
29 MAC 2012 (KHAMIS)
NO. 68

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan kos pendidikan yang kian meningkat dan mahal, termasuk
yuran universiti. Apakah rancangan untuk membolehkan rakyat Malaysia
mampu menerima pendidikan tinggi. Apakah rancangan untuk menjadikan
Malaysia sebuah hab pendidikan di Asia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada dasarnya, kerajaan telah
menampung hampir sepenuhnya yuran yang dikenakan oleh IPTA,
khususnya bagi peringkat ijazah pertama dengan memberi subsidi
di antara 78 hingga 96 peratus. Manakala, kadar yuran di IPTS pula
ditetapkan semasa permohonan kepada Kementerian untuk
mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran program pengajian
berdasarkan kadar pasaran semasa. Walau bagaimanapun, Kementerian
sentiasa memantau kadar yuran yang dikenakan oleh IPT agar tidak
membebankan pelajar. Permohonan menaikkan kadar yuran IPTS akan
hanya dipertimbangkan oleh Kementerian berdasarkan justifikasi yang
kukuh dan hanya setelah 3 tahun penubuhan IPTS tersebut.

66

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

67

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian sentiasa menggalakkan IPT untuk menyediakan insentif


dalam bentuk pengurangan yuran pengajian kepada pelajar yang
mengikuti pembelajaran sepanjang hayat terutama dikalangan warga
emas. Universiti Malaya umpamanya menawarkan pengurangan yuran
kepada pelajar pasca siswazah warga emas melibatkan pengurangan
yuran pengajaran dan yuran penyelidikan sehingga 50%. Manakala
Open University Malaysia (OUM) juga menawarkan pengecualian yuran
pengajian sehingga 75%.
Bagi pelajar miskin yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,
mereka sentiasa dibantu oleh kerajaan dengan menyediakan biasiswa
penuh untuk melanjutkan pengajian ke IPT tempatan mahupun luar
negara melalui agensi-agensi Kerajaan seperti JPA, MARA dan GLC.
Bagi memastikan semua pelajar yang mendapat tempat di IPT dapat
meneruskan pengajian mereka, Kerajaan telah memperkenalkan Skim
Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang diwujudkan bertujuan untuk
memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti
pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini
akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran
pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka
di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua
golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan
tinggi.
Di samping itu, untuk menggalakkan agensi korporat memberikan
sumbangan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan, semasa
pembentangan Bajet 2012, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan
insentif pelepasan cukai ditambah daripada satu kali potongan kepada

68

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dua kali potongan diberikan kepada agensi korporat yang menyediakan


biasiswa untuk pengajian tinggi.
Berkenaan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian
tinggi serantau, Kementerian sentiasa memastikan program-program
pengajian yang ditawarkan di IPT adalah merupakan program yang
strategik dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini akan menarik
pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian di Malaysia. Selain itu,
usaha-usaha turut diambil bagi meningkatkan aktiviti dan pengkomersilan
hasil R&D serta memperkasakan pusat-pusat kecemerlangan dan Top
Business School.
Di samping itu, Fasa Dua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
telah memperkenalkan elemen baharu Jangkauan Global Malaysia. Ia
bertujuan memperkukuh dan mempertingkatkan mutu sistem pengajian
tinggi negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi
serantau dan antarabangsa yang dihormati, dirujuk dan relevan dalam
memenuhi tuntutan semasa dan masa akan datang melalui pendekatan
tambatan hati (soft power). Sehubungan dengan itu, Kementerian telah
merancang pelbagai aktiviti penerokaan pengantarabangsaan secara
strategik apabila bagi tahun 2012, Program Pemasaran CLMV yang
membabitkan negara-negara seperti Cambodia, Laos, Myanmar dan
Vietnam akan dilaksanakan mengikut perancangan strategik oleh empat
kumpulan kluster seperti berikut:
i.

Memperkasa Libatsama Global Melalui Perkongsian Ilmu (MyExpert)

ii. Pembentukan Hab Pengetahuan


Pengantarabangsaan (MySkill)

69

dan

Kemahiran

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Menerusi

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iii. Memanfaatkan Hubungan Alumni Pelajar Demi Pengantarabangsaan


(MyAlumni)
iv. Meningkatkan Kehadiran Malaysia Di Dunia Melalui Sumbangan dan
Reputasi (MyFellow, MyOdyssey dan MyCommunity)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA
2 APRIL 2012 (ISNIN)
NO. 19

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:(a) apakah yang dimaksudkan kebebasan akademik di kalangan
mahasiswa dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
dan
(b) benarkah ekspresi keilmuan mempunyai had atau batasnya

sehingga mengongkong keintelektualan mahasiswa tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya, kebebasan
akademik adalah satu kebebasan yang perlu disertai dengan
tanggungjawab yang nyata. Ini kerana kebebasan akademik mempunyai
nilai teras yang nyata iaitu mencari kebenaran dan menyatakan
kebenaran. Kebenaran dalam konteks ini berlandaskan kajian dan
penyelidikan saintifik dengan menekankan kepada hasilan yang objektif
dan pengembangan budaya ilmu. Ia juga terikat dengan norma, etika dan
budaya akademik. Dalam erti kata yang lain, kebebasan akademik amat
tertakluk dengan prinsip bahawa setiap kebebasan itu datang bersama

70

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

71

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Ini amat konsisten dengan prinsip kebebasan hak asasi kerana kebebasan
tanpa batas membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kerana
ia boleh mengancam kepentingan awam mahupun negara. Apatah lagi
sebagai seorang ilmuan, ahli akademik mempunyai tanggungjawab yang
berat kepada rakan kesepakaran, pelajar dan masyarakatnya. Pendek
kata, setiap penghujahan perlu dipertanggungjawabkan dan dinilai
implikasinya dan setiap tingkah laku akademik sentiasa diikuti dan diadili
oleh peers atau komuniti kesepakarannya. Begitu pun, bagi ahli akademik
yang berwibawa, kebebasan akademik masih terus berkembang segar
menyelubungi kerjayanya, khususnya atas hasrat murni memindahkan
ilmu untuk kepentingan negara dan sejagat.

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Kampus yang terus kekal sebagai entiti bebas daripada politik akan
memerdekakan warga akademiknya daripada pengaruh dan batasan
politik. Walau bagaimanapun, pada akhir-akhir ini, kebebasan akademik
telah disalah guna, disalah erti, disalah tafsir dan lebih membimbangkan,
ia menjadi modal politik jalanan sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab. Ada pula kerana kecenderungan aktivisme, sanggup
menjadikan kebebasan akademik sebagai alasan untuk bergiat bebas
walaupun ia bertentangan dengan norma dan etika untuk tidak memihak
dalam setiap pendekatan ilmu.

b) sama ada Kementerian berhasrat untuk menawarkan kursus-kursus


tertentu kepada warga di kawasan perumahan awam dan rakyat bagi
membantu meningkatkan kebolehupayaan pendapatan mereka.

72

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE
3 APRIL 2012 (SELASA)
NO. 19

Dato Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:a) apakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan Politeknik
METro di kawasan-kawasan bandar dan kota memandangkan jumlah
permintaan yang semakin meningkat; dan

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahun 2011 menyaksikan kelahiran
Politeknik METrO yang memberi indikator baru 42 tahun kemajuan
institusi politeknik di negara ini. Istilah METrO bersandarkan akronim
Maximizing Education and Training Opportunities. Matlamat penubuhan
Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi Negara
iaitu melonjak daya saing dalam menjana modal insan yang serba boleh,
dinamik dan cemerlang selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

73

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Negara dan objektif Hala Tuju Transformasi Politeknik. Institusi politeknik


bergerak secara responsif dan sejajar kepada keperluan industri dan
perkembangan semasa.
Politeknik METrO menyediakan program pengajian sepenuh masa dan
program secara sambilan dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan.
Ini merupakan suatu usaha ke arah memperluas kapasiti bagi pendidikan
dan latihan berterusan, justeru memberi impak positif kepada masyarakat
setempat dan negara. Politeknik METrO juga dijadikan sebuah institusi
transition yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah
sebelum memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pengajian bersesuaian selari dengan National Key Economic Areas (NKEA)


seperti Diploma in Hair Design, Diploma in Aesthetics, Diploma in Fashion
Design, Diploma in Jewellery Design dan Diploma in Event Management.
Penawaran program pengajian akan ditambah dan disesuaikan dengan
keadaan semasa bagi memastikan graduan yang dilahirkan berdaya
saing dan memenuhi kehendak pasaran.

Sehingga Mac 2012, terdapat tiga buah Politeknik METrO yang telah
beroperasi iaitu Politeknik METrO Johor Baru, Politeknik METrO Kuantan
dan Politeknik METrO Kuala Lumpur. Program pengajian yang ditawarkan
adalah Diploma in Retail Management; Diploma in Hotel & Catering
Management; Diploma in Foodservice (Halal Practice); Diploma in Tourism
& Hospitality; Diploma in Islamic Banking & Finance; dan Diploma in
Logistic & Supply Chain Management.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua (2) buah lagi Politeknik
METrO telah dirancang penubuhannya dalam RMKe-10 ialah di Betong,
Sarawak dan Tasek Gelugor Seberang Perai, Pulau Pinang. Kerajaan akan
menambah bilangan Politeknik METrO berdasarkan keperluan strategik
pembangunan negara dan keupayaan pembiayaan semasa Kerajaan.
Bagi memastikan program yang ditawarkan mempunyai nilai pasaran,
Kementerian telah merancang untuk menawarkan program-program

74

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

75

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MOHD. HATTA BIN
4 APRIL 2012 (RABU)
NO. 20

Dr. Mohd. Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi
menampung pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang
diberi autonomi dalam pengurusan kewangannya.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memperoleh sumber dana melalui geran kerajaan di samping pendapatan


dalaman seperti bayaran yuran pelajar, keuntungan simpanan tetap,
sewaan, yuran penginapan, keuntungan pelaburan, hasil program
akademik dan operasi hospital.
Kementerian telah memberi kebenaran dan menggalakkan IPTA
menubuhkan syarikat induk dan anak syarikat sebagai salah satu cara
untuk menjana pendapatan. Peruntukan seksyen 4A, jadual pertama Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) memberi kuasa kepada IPTA
untuk menubuhkan syarikat, membuat penyertaan ekuiti, perkongsian,
usahasama dan apa jua bentuk kerjasama bagi aktiviti akademik dan
penyelidikan di universiti. Peruntukan tersebut akan membolehkan entiti
komersial diwujudkan oleh IPTA bagi mengembangkan peranan serta
aktivitinya dengan lebih berkesan di sektor komersial.

Tuan Yang di-Pertua,


Pemantapan struktur tadbir urus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah
asas penting kepada pemerkasaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
yang merupakan Teras Ke-4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) dan terletak di bawah Projek Agenda Kritikal (Critical
Agenda Project, CAP) Tadbir Urus. Antara objektif yang ditetapkan di
bawah CAP Tadbir Urus ialah menggalakkan IPTA bergerak ke arah sistem
tadbir urus berautonomi seperti tadbir urus, kewangan dan penjanaan
kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

Di dalam usaha IPT mengambil inisiatif menjana pendapatan dalaman


sendiri, Kementerian akan memastikan pelaksanaannya dilakukan
secara berhemah tanpa menjejaskan fungsi murni IPT sebagai
pusat kecemerlangan akademik. Peraturan-peraturan dan syaratsyarat tertentu akan dilihat agar ia tidak menjadi penghalang kepada
IPTA untuk melaksanakan program bagi menjana pendapatan mereka
sendiri. Setakat ini, telah tedapat beberapa IPTA yang berupaya menjana
pendapatan dalaman yang menyumbang 30% atau lebih kepada
perbelanjaan operasi.

Sungguhpun, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM)
dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperolehi autonomi
dalam Kewangan & Penjanaan Pendapatan, namun IPTA ini masih lagi

76

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

77

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN WANG HO LENG
4 APRIL 2012 (RABU)
NO. 64

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iii) Memberi pilihan kepada IPTA untuk menggunakan Bahasa Inggeris


dengan peratus yang lebih tinggi dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) untuk semua program pengajian;
iv) Menggunakan ICT dalam pembelajaran bahasa Inggeris yang dikenali
sebagai Portal Online Resources for Learning in English (MyLinE);

Tuan Wang Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan keadaan graduan universiti tempatan yang tidak mahir atau
fasih dalam bahasa Inggeris, menjejaskan peluang mereka mendapat
pekerjaan mereka. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk
membetulkan keadaaan ini.
JAWAPAN

v) Melaksanakan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris di IPTA melalui


penggunaan modul Effective Communication Skills (ECS) bagi pelajar
tahun pertama yang mendapat MUET band 1 dan 2.
vi) Menubuhkan Malaysian Higher Education English Language Council
(MHELC) sebagai badan penasihat kepada Kementerian Pengajian
Tinggi dalam menentukan standard dan kualiti kurikulum dan program
akademik Bahasa Inggeris di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan menguasai Bahasa
Inggeris merupakan suatu kelebihan kepada para graduan dalam
mengharungi dunia perkerjaan. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa
menitik beratkan kepentingan berbahasa Inggeris di kalangan graduan
universiti tempatan. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan
ialah:
i)

Bagi memantapkan lagi usaha-usaha mempertingkatkan kemahiran


bahasa Inggeris di IPT, Kementerian Pengajian Tinggi sedang menyediakan
sebuah kerangka Pelan Pengukuhan Bahasa Inggeris di IPT. Pelan
Pengukuhan ini akan dijadikan sebagai asas dalam penyediaan kurikulum
Bahasa Inggeris di IPT selaras dengan usaha menyediakan pelajar IPT
yang berketrampilan, berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran
yang tinggi seiring dengan hasrat yang yang terkandung dalam Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Menstruktur semula kursus-kursus Bahasa Inggeris sedia ada di IPTA


mengikut tahap Band ujian Malaysian University English Test (MUET);

ii) Menambah kredit bagi kursus bahasa Inggeris ke tahap yang


bersesuaian untuk meningkatkan penguasaan sebelum pelajar
bergraduat;

78

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

79

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR
5 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 49

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar daripada Kelantan yang telah
mengambil pinjaman PTPTN sejak tahun 2005. Berapakah jumlah nilai
pinjaman mengikut tahun dan apakah Kementerian tidak bercadang untuk
menggantikan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar berasal dari
Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang ihsan/royalti minyak.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2012, PTPTN
telah meluluskan sebanyak 1,942,780 pembiayaan pendidikan kepada
semua pelajar yang layak di IPT dengan jumlah keseluruhan amaun
sehingga pelajar tamat pengajian sebanyak RM43.2 bilion. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 128,672 pembiayaan pendidikan telah
diluluskan kepada pelajar yang berasal daripada negeri Kelantan dengan
amaun keseluruhan yang terlibat sebanyak RM2.8 bilion. Pecahan
pembiayaan kepada pelajar negeri Kelantan mengikut tahun dan amaun
terlibat adalah seperti berikut:

80

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Statistik Kelulusan Pembiayaan PTPTN Kepada Pelajar Negeri


Statistik Kelulusan Pembiayaan PTPTN Kepada Pelajar Negeri
Kelantan
Tahun
2005Sehingga
Sehingga 3131
Januari
2012 2012
Kelantan
Bagi Bagi
Tahun
2005
Januari
Pelajar Kelantan
Tahun
Kelulusan

Bilangan
Pembiayaan

2005

Amaun
Keseluruhan
(RM Juta)

14,768

266.51

2006

16,109

335.22

2007

17,052

382.84

2008

16,421

385.95

2009

19,106

471.14

2010

22,611

511.02

2011

21,030

449.90

2012

1,575

27.66

128,672

2,830.24

Keseluruhan

Untuk makluman
Ahli Yang
Berhormat,
masa
Kementerian
Untuk makluman
Ahli Yang
Berhormat, buat
buat masa
ini ini
Kementerian
masih masih
tidak mempunyai
cadangan
untuk
menggantikan pinjaman
PTPTN
kepadakepada
tidak mempunyai
cadangan
untuk
menggantikan
pinjaman
PTPTN
biasiswa bagi pelajar yang berasal dari Kelantan dengan menggunakan
biasiswa bagi pelajar yang berasal dari Kelantan dengan menggunakan
peruntukan wang ihsan/royalti minyak. Walau bagaimanapun, PTPTN telah
peruntukan wang ihsan/royalti minyak. Walau bagaimanapun, PTPTN
melaksanakan dasar pinjaman boleh ubah (pengecualian bayaran balik)
telah melaksanakan
dasar pinjaman boleh ubah (pengecualian bayaran
bagi peminjam yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian
balik) bagi
peminjam
yang
memperolehi
Ijazah
Sarjana
Muda
Kelas
Pertama atau
setaraf
mulai tahun 2003
sebelum
dihentikan
pada 1Dengan
Kepujian Kelas
Pertama
setaraf
mulai tahun
sebelum
Julai 2005
berikutanatau
kedudukan
kewangan
PTPTN 2003
yang terhad.
Dasardihentikan
ini
telah 2005
diperkenalkan
mulai kewangan
Januari 2010
sebagaimana
pada 1 Julai
berikutansemula
kedudukan
PTPTN
yang terhad.
YAB Perdanasemula
Menteri semasa
sesi pembentangan
Bajet
Dasar ini pengumuman
telah diperkenalkan
mulai Januari
2010 sebagaimana
2010 yang lalu. Langkah ini adalah atas keprihatinan Kerajaan untuk
pengumuman YAB Perdana Menteri semasa sesi pembentangan Bajet
mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang di IPT dan menunjukkan komitmen
2010 yang lalu. Langkah ini adalah atas keprihatinan Kerajaan untuk
mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang66di IPT dan menunjukkan komitmen
Kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan yang berilmu, galakan
kepada pelajar serta hasrat Kerajaan memberi ganjaran kepada peminjam
yang cemerlang dalam pendidikan.

81

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO NORAINI BINTI AHMAD
10 APRIL 2012 (SELASA)
NO. 9

Dato Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulung ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan keberkesanan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dalam mengawal kualiti program di peringkat Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) dalam bahagian jaminan kualiti.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang berhormat, sebelum tahun 1997, secara
umumnya penawaran program oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
di Malaysia, khususnya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan kriteria yang tidak seragam
serta tidak bersandarkan standard yang sesuai mengikut kehendak kualiti
pengajian tinggi. Dengan kewujudan Lembaga Akreditasi Negara (LAN),
struktur program pengajian tinggi di Malaysia telah dibentuk dengan
lebih sistematik. Garis Panduan Kriteria dan Standard Program juga
dibangunkan bagi membantu dalam penawaran program pengajian yang
lebih berkualiti.
Apabila Agensi Kelayakan Malaysia, (Malaysian Qualifications Agency,
MQA) yang menyambung peranan LAN pada tahun 2007, struktur

82

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

program pengajian tinggi telah didokumentasikan dengan lebih teratur


dan mempunyai keseragaman melalui perlaksanaan Kerangka Kelayakan
Malaysia, (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang menekankan
hasil pembelajaran (learning outcome).
Keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh MQA dalam
meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara dapat dilihat melalui
indikator-indikator berikut:i. Peningkatan Program Yang Telah Mendapat Akreditasi Penuh.
Pada awal pelaksanaan proses jaminan kualiti, tidak banyak program
yang mendapat akreditasi. Sebagai perbandingan, hanya 315 program
yang mendapat akreditasi dari tahun 1998 hingga tahun 2002. Bilangan ini
bertambah dari setahun ke setahun kepada 658 program yang mendapat
akreditasi pada tahun 2009 dan 767 program pada tahun 2010. Walaupun
akreditasi program pada dasarnya tidaklah menjadi kewajipan kepada IPT,
atas kesedaran pentingnya kualiti program pengajian tinggi, IPT berusaha
untuk mendapatkan akreditasi bagi program-program yang ditawarkan.
Ini menunjukkan, MQA telah berjaya mewujudkan satu pembudayaan
pendidikan yang mementingkan kualiti;
ii. Peratusan IPT Yang Mendapat Penarafan Dalam SETARA 2009
Berdasarkan sistem Penarafan Pengajian Tinggi SETARA 2009 yang
dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, sebanyak 38.3% universiti
dan kolej universiti yang menyertai sistem ini telah mendapat penarafan
cemerlang (tier 5) diikuti 53.2% telah mendapat penarafan sangat baik
(tier 4) dan 8.5% telah mendapat penarafan baik (tier 3). Perlaksanaan

83

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sistem ini merupakan penekanan terhadap budaya kualiti program


pengajian dan institusi bagi setiap universiti;
iii. Peningkatan Pelajar Antarabangsa
Kemasukan pelajar antarabangsa ke IPTA dan IPTS telah meningkat dari
setahun ke setahun. Ini menunjukkan keyakinan masyarakat antarabangsa
terhadap kualiti pengajian tinggi negara yang mana peranan besar
mengawal kualiti IPT dimainkan oleh MQA;
iv. Kewujudan Internal Quality Audit, (IQA) di Universiti dan Kolej
Universiti
MQA bukan sahaja memainkan peranan sebagai auditor luar kepada
sesebuah IPT dalam aspek jaminan kualiti, tetapi turut menggalakkan
budaya kualiti dalam setiap IPT itu sendiri. Hasil daripada itu, melalui
penilaian Academic Performance Audit (APA) yang dijalankan pada tahun
2009, kementerian mendapati kesemua universiti dan kolej universiti
yang terlibat telah menerapkan pembudayaan kualiti di institusi masingmasing melalui penubuhan IQA. Walaupun penubuhan IQA di setiap
universiti dan kolej universiti melalui fasa pembangunan yang berbezabeza, komitmen yang diberikan oleh universiti dan kolej universiti untuk
menubuhkan IQA ini dapat memastikan perlaksanaan pembudayaan
kualiti di institusi masing-masing dijalankan secara berterusan;

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA
: TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN
KITINGAN
TARIKH
: 10 APRIL 2012 (SELASA)
SOALAN
: NO.38
Tan Sri Datu Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah kolej
komuniti yang sudah ditubuhkan dan beroperasi di negeri Sabah dan
adakah cadangan untuk menubuhkan kolej komuniti bagi setiap kawasan
Parlimen yang masih belum memilikinya.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat dua buah
kolej komuniti induk iaitu Kolej Komuniti Tawau dan Kolej Komuniti
Lahat Datu serta sebuah kolej komuniti cawangan iaitu Kolej Komuniti
Cawangan Semporna yang telah beroperasi di negeri Sabah. Dalam
tempoh Rolling Plan ke-2 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),
sebuah lagi kampus tetap sedang dalam proses pembinaan di selatan
Sabah iaitu Kolej Komuniti Beaufort.
Berkenaan penubuhan kolej komuniti mengikut kawasan Parlimen,
dimaklumkan bahawa pada 8 September 2004, Kerajaan telah
memutuskan supaya kolej komuniti dibina mengikut keperluan dan

84

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

85

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

tidak semestinya di setiap kawasan Parlimen. Bagi perancangan dalam


tempoh rolling plan ke-3 RMKe-10, Kementerian sedang meneliti untuk
mencadangkan penambahan beberapa buah kolej komuniti termasuk di
negeri Sabah.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
11 APRIL 2012 (RABU)
NO. 8

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah Kementerian bagi memenuhi
keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan keperluan industri
dan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan kursus pengajian baru
bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) agar dapat melahirkan graduan yang berkualiti bagi
memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Bagi memastikan IPTA menawarkan program akademik yang memenuhi
keperluan pasaran, Kementerian telah mengambil langkah dengan
mewajibkan supaya setiap IPTA menjalankan kajian pasaran guna tenaga
terhadap program akademik yang dihendak ditawarkan sebelum sesuatu
program pengajian diluluskan. Ini merangkumi peluang pekerjaan di
sektor awam dan swasta mengikut permintaan dalam pasaran semasa
dan prospek jangka panjang.

86

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

87

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Di samping itu, setiap IPTA disarankan untuk menawarkan program


pengajian yang sesuai dengan bidang tujahan masing-masing dan
menyokong rancangan lima tahun negara seperti RMKe-10, Pelan
Induk Perindustrian dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi
memastikan graduan yang dihasilkan benar-benar memenuhi aspirasi
negara dari sudut keperluan guna tenaga modal insan nasional.
Selaras dengan hala tuju semasa negara, KPT juga telah menggalakkan
IPTA untuk menawarkan program akademik baharu yang menyokong
NKEA. Sehingga tahun 2011, sebanyak 63 program telah diluluskan
berdasarkan lima bidang utama NKEA iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hospitaliti dan Pelancongan;


Perbankan dan Kewangan Islam;
Teknologi Sains Makanan;
Kejuruteraan Termaju, Sains dan Inovasi; dan
Sains Kesihatan

SIRI KOLEKSI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MATULIDI B. HJ JUSOH
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 5

Tuan Haji Matulidi bin Hj Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan sejauh mana pemberian autonomi bagi empat buah
lagi universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mampu menjadi
institusi bertaraf antarabangsa dan berdaya saing serta cemerlang.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Selain itu, Kementerian juga telah mewujudkan jalinan kerjasama di


antara IPT dan industri melalui program pembangunan modal insan
serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti High End Industries
Graduate Internship Programme (HEIGIP) dan Industry Centre of
Excellence (iCOE). IPT dan industri yang terlibat dalam program ini akan
turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi baru berlandaskan
inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi.

88

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sesuai dengan peredaran masa,


Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) harus peka dan berupaya bertindak
balas dengan keperluan perubahan persekitaran yang menuntut lebih
banyak ruang kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan
dengan tonggak institusi.
Lima buah universiti telah diberi kuasa autonomi dalam usaha menjadi
institusi berinovasi dan berdaya saing. Universiti yang dimaksudkan
adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM)
dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

89

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pemberian autonomi diberikan dalam empat bidang iaitu tadbir urus


institusi; kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber
manusia; pengurusan akademik dan kemasukan pelajar. Ini bagi
membolehkan pusat pengajian terbabit membuat perancangan sendiri
dalam usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa. Autonomi juga
akan memberikan lebih ruang/fleksibiliti kepada IPTA dalam membuat
keputusan dengan lebih cepat tanpa perlu merujuk kepada Kementerian
Pengajian Tinggi atau agensi pusat. Autonomi akan menjadikan IPTA
lebih dinamik, kompetitif, dan mampu bersaing dalam era globalisasi
masa kini.
Autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran
kampus yang dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) yang lebih berdaya saing, kreatif dan anjal. Pemberian autonomi
kepada lima universiti tersebut dibuat selepas pelaksanaan proses
pengauditan bersandar kepada Kod Panduan Amalan Tadbir Urus Terbaik
(Code of University Good Governance, CUGG) yang menggunakan indeks
penilaian University Good Governance Index (UGGI) sebagai instrumen
penilaian.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO ABDUL MANAN BIN ISMAIL
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 6

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil dalam
memastikan penyelidikan yang dijalankan di universiti-universiti dapat
dikembangkan dan digunakan di peringkat yang lebih tinggi sekaligus
menambah peluang pekerjaan di negara ini dan tidak hanya terhenti
setakat itu sahaja.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi sememangnya sentiasa berusaha agar
universiti menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan wilayah
dengan menyebarkan hasil R&D serta harta intelek yang dikeluarkannya
secara berkesan. Antara pendekatan dalam pemindahan hasil penyelidikan
universiti ke industri ialah melalui penubuhan Inkubator dan pengwujudan
Syarikat Terbitan Universiti-STU (start-up company).
Melalui Bajet 2012, peruntukan telah diberikan kepada Universiti Sains
Malaysia (USM) sebanyak 51 juta ringgit dan Universiti Malaya (UM)
sebanyak 22 juta ringgit untuk Program Inkubator Modal Insan Inovasi
yang bertujuan menjana industri, paten dan perniagaan baharu hasil-hasil
penyelidikan di IPT.

90

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

91

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Penubuhan Syarikat Terbitan Universiti-STU (start-up company)


menunjukkan kewujudan satu ekosistem yang memberikan penekanan
kepada aspek pengkomersialan di sesebuah universiti. Setiap STU yang
berhasil akan melahirkan seorang usahawan atau CEO yang berjaya,
menjana pendapatan tinggi untuk penyelidik berkenaan dan juga memberi
pulangan kewangan kepada universiti serta memberi peluang pekerjaan
kepada graduan. Sehingga 12 Januari 2012, sebanyak 106 Syarikat
Terbitan Universiti telah ditubuhkan dan disasarkan sebanyak 37 buah
lagi STU akan diwujudkan di kalangan Universiti Penyelidikan tahun ini.
Selain mempunyai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) dan
Top Business School (TBS), kementerian juga memperkenalkan Pusat
Kecemerlangan Industri (ICoE) dalam memperkukuhkan hubungan
universiti dan industri bagi mencapai objektif kewujudan masingmasing dalam membangunkan modal insan mengikut keperluan
persekitaran semasa dan mempertingkatkan usaha dalam penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersialan. Untuk permulaan, empat ICoE telah
ditubuhkan oleh industri iaitu ICoE Acuan Tekap bersama Miyazu, ICoE
Sistem Suspensi bersama Sapura, ICoE Teknologi Proses Permulaan Rekabentuk dan Fabrikasi Wafer bersama Infineon Technologies Kulim
dan IcoE Pemasangan dan Pengujian Produk, Pembangunan Teknologi
Pembungkusan dan Kejuruteraan Aplikasi untuk Proses Hiliran bersama
Infineon Technologies Melaka. Inisiatif Industrial Based yang menemukan
IPT dan industri ini akan menjadi model kerjasama ampuh yang boleh
diguna pakai untuk melonjakkan lagi ekonomi negara ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi. Ia juga menjadi contoh terbaik kerjasama secara
langsung antara universiti dan industri tanpa pihak ketiga.

92

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN DING KUONG HIING
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 23

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan status penubuhan Kolej Komuniti di Kawasan Parlimen
Sarikei. Nyatakan juga anggaran kos penubuhan dan pembinaan Kolej
tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah memutuskan
untuk menubuhkan Kolej Komuniti Cawangan Sarikei melalui peruntukan
mengurus Kementerian. Penubuhan kolej komuniti ini tidak melibatkan
peruntukan pembangunan. Pada masa ini, Kementerian masih dalam
proses mengenal pasti premis yang bersesuaian untuk di sewa bagi
tujuan tersebut.

93

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 58

Dato Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan status pembinaan Kolej Komuniti di
dalam kawasan Parlimen Maran di mana pada masa kini tapak cadangan
pembinaannya telah disalah gunakan. Apa bentuk tindakan pihak
Kementerian terhadap pencerobohan tapak tersebut.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA

TARIKH
SOALAN

:
:

:
:

JAWAB LISAN
TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED
JAAFAR ALBAR
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 61

Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [Kota Tinggi]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan
yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan universiti-universiti
tidak berubah menjadi medan politik kepartian sama ada melalui aktiviti
di luar ataupun di dalam kampus.

JAWAPAN

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,



Selaras dengan dasar transformasi politik negara, Kerajaan telah
bersetuju untuk memberi hak pembabitan pelajar dalam parti politik
seperti mana sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Susulan daripada itu. pada akhir tahun 2011, Kementerian Pengajian
Tinggi telah menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesuatu kolej komuniti


dibuat berdasarkan keperluan setempat dan kemampuan kewangan
semasa Kerajaan. Di bawah tempoh Rolling Plan Kedua RMKe-10, tiada
peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan bagi pembinaan kolej komuniti
di seluruh negara termasuk di kawasan Parlimen Maran. Ketika ini,
Kementerian juga tiada menetapkan mana-mana kawasan di Parlimen
Maran sebagai tapak pembinaan kolej komuniti.

Dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, Jawatankuasa


telah mengadakan pertemuan, mesyuarat, menjalankan soal selidik
atas talian, serta mendapatkan maklumbalas bertulis daripada Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

94

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

95

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(IPTS) dan juga media baru seperti blog, emel, facebook, dan membuat
sumbangsaran (brainstorming) bagi mengkaji, meneliti dan mencadangkan
pindaan ke atas AUKU. Jawatankuasa turut mendapatkan maklum
balas dan mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak stakeholders
seperti Ahli Parlimen (parti pemerintah dan parti pembangkang),
Persatuan Kakitangan Akademik IPTA dan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA.
Jawatankuasa juga turut meneliti idea dan saranan yang dikemukakan
oleh pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM).

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN WONG HO LENG
12 APRIL 2012 (KHAMIS)
NO. 69

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan:-

Hasil dapatan daripada maklum balas dan konsultasi tersebut, majoriti


bersetuju agar AUKU dipinda bagi membenarkan pelajar bergiat aktif
dalam politik hanya di luar kampus sekaligus mengekalkan sifat neutraliti
politik kepartian di dalam kampus.

a) sama ada Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan sebuah universiti


penuh di Sibu bagi mengurangkan pengaliran keluar pakar dan
menjadikan Sibu hab pendidikan di kawasan pertengahan Sarawak;
dan

Dalam hal ini, pindaan AUKU seharusnya menyeimbangkan kebebasan


pelajar berpolitik dengan kebebasan akademik. Pada masa yang sama,
kebebasan berpolitik sewajarnya tidak menggangu gugat IPT sebagai
tempat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ini bermaksud
pelajar adalah dibenarkan terlibat dalam apa jua persatuan, badan atau
kumpulan orang termasuk parti politik ketika di luar kampus. Namun,
dalam masa yang sama neutraliti di dalam kampus sebagai pusat ilmu
akan terus dikekalkan.

b) bilakah Kolej Laila Taib akan dinaik taraf menjadi kolej universiti serta
terma-terma dan syarat-syarat untuk penaiktarafan.

96

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Dimaklumkan bahawa, pada masa ini Kerajaan telah memutuskan
tidak akan menambah bilangan 20 IPTA yang sedia ada. Fokus
Kementerian adalah membangunkan infrastruktur intelektual,
mengembangkan R&D&I dan memperkasakan IPT sedia ada.
Kementerian sebenarnya menyokong sebarang usaha untuk
menjadikan sesuatu kawasan sebagai hab kecemerlangan pendidikan
seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah

97

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pembangunan Iskandar (IRDA) di negeri Johor dengan menarik


universiti ternama antarabangsa untuk melabur di wilayah tersebut
melalui pembukaan kampus cawangan universiti. Usaha ini akan
dapat membantu mempercepatkan pembangunan sesuatu kawasan
sebagai hab kecemerlangan pendidikan.
b) Kementerian Pengajian Tinggi mengambil maklum tentang hasrat
Kolej Laila Taib untuk menjadi Kolej Universiti. Kementerian berharap
kolej tersebut akan terus berusaha meningkatkan kualiti pengurusan
institusi, R&D, pengantarabangsaan dan program-program pengajian
yang ditawarkan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan
boleh dipasarkan. Terdapat kriteria wajib dan kriteria sokongan yang
perlu dipenuhi untuk melayakkan sesebuah IPTS dipelawa naik taraf
daripada kolej ke kolej universiti iaitu:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kriteria sokongan
i. Visi, misi dan rasional perhubungan;
ii. Pengurusan hal ehwal dan kebajikan pelajar; dan
iii. Sistem jaminan kualiti dalaman.
Maklumat terperinci mengenai kriteria naik taraf boleh diperolehi di laman
web Jabatan Pengajian Tinggi atau melalui link http://jpt.mohe.gov.my/
IPT/Kriteria%20Naik%20Taraf%20Kepada%20KU%20&%20U.pdf

Kriteria wajib
i. Pengalaman dalam mengendalikan sesebuah IPT;
ii. Kewangan syarikat yang kukuh;
iii. Kakitangan Akademik;
iv. Kualiti Kursus Pengajian;
v. Track-record yang cemerlang;
vi. Pengurusan (Governance);
vii. Pengantarabangsaan;
viiii. Premis/Kampus yang kondusif; dan
ix. Penglibatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

98

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

99

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

MESYUARAT
PERTAMA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
BUKAN JAWAB LISAN

KEMENTERIAN
PENGAJIAN
TINGGI
KEMENTERIAN
PENGAJIAN
TINGGI

KEMENTERIAN
PENGAJIAN
TINGGITINGGI
KEMENTERIAN
PENGAJIAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB
SOALAN
: NO. 87

Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
di dalam negara sejak tahun 2004 hingga kini mengikut pecahan kaum.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada tahun 2008, jumlah enrolmen pelajar IPTA bagi kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain kaum adalah masing-masing seramai 283,133 pelajar;
48,040 pelajar; 12,094 pelajar; dan 57,582 pelajar. Pada tahun 2009 pula,
kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum masing-masing mencatatkan
jumlah enrolmen seramai 298,044 pelajar, 47,191 pelajar, 12,033 pelajar
dan 57,696 pelajar. Pada tahun 2010, seramai 333,706 pelajar bagi kaum
Melayu; 67,273 pelajar bagi kaum Cina; 12,581 pelajar bagi kaum India
dan 48,776 pelajar daripada lain-lain kaum. Manakala, pada tahun 2011
masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 394,670 pelajar Melayu;
68,788 pelajar Cina; 13,634 pelajar India dan 28,936 pelajar lain-lain
kaum.

102

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

103
103

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN TENG BOON SOON
SOALAN
: NO. 91
Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jenis serta senaraikan kegiatan kokurikulum yang sah dan
diberi sijil pengesahan atau pengiktirafan di IPTA. Apakah piawaian dan
syarat-syarat untuk menentukan sesuatu kegiatan itu diiktiraf sebagai
kokurikulum yang sah dan diberi sijil pengesahan yang boleh digunakan
apabila memohon biasiswa atau melanjutkan pelajaran di luar negara.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

vii. Khidmat Komuniti


viii. Pengucapan Awam
Teras-teras tersebut adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) yang mengambil kira pembangunan sahsiah
pelajar secara holistik. Kursus Kokurikulum berkredit ini diambil kira
sebagai syarat wajib bergraduat di peringkat pengajian Ijazah Pertama.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
telah mewajibkan semua IPTA untuk melaksanakan kursus kokurikulum
berkredit yang meliputi aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah pelajar yang
wajib diikuti oleh pelajar dan dikreditkan ke dalam pencapaian akademik
mereka berdasarkan 8 Teras iaitu:
i. Keusahawanan
ii. Daya usaha dan Inovasi
iii. Kepimpinan
iv. Kesukarelawanan
v. Sukan
vi. Kebudayaan

104

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

105

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN TENG BOON SOON
SOALAN
: NO. 92

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
SOALAN
: NO. 110

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta Menteri Pengajian Tinggi


menyatakan langkah-langkah untuk menyekat penjualan Baucar Buku
Kerajaan oleh penerima dan kedai-kedai buku yang memudahkan
penyelewengan Baucar Buku supaya tujuan murni program pemberian
Baucar Buku boleh tercapai.

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

Jawapan

(b) berapakah jumlah graduan berasaskan pendidikan teknikal dan


latihan vokasional yang berjaya memperoleh pekerjaan sejak 2008.

(a) harapan Kementerian dalam usaha mengarus perdanakan pendidikan


teknikal dan latihan vokasional secara bersepadu; dan

Tuan Yang di-Pertua,


Jawapan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pelaksanaan
pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) berjalan dengan lancar dan tidak
menyimpang daripada objektif yang digariskan, Kementerian Pengajian
Tinggi dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah mengeluarkan
Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya kepada semua
pelaksana. Selain daripada itu, taklimat juga turut diberikan kepada pihak
yang terlibat. Di samping itu, Kementerian juga telah membuat kenyataan
media untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelajar dan kedai
buku yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Kementerian
sentiasa bekerjasama dengan semua pihak khususnya pihak polis bagi
memastikan penjualan BB1M tidak berlaku.

106

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Yang di-Pertua,


a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian
Tinggi akan sentiasa memastikan usaha mengarus perdanakan
pendidikan teknikal dan latihan vokasional dibuat secara bersepadu
dan berterusan melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
i. penubuhan pasukan petugas penyediaan artikulasi yang jelas
untuk lulusan kemahiran, teknik dan vokasional menyertai
pengajian tinggi. Ini dapat dicapai melalui penyediaan kerangka
artikulasi kemahiran yang komprehensif;

107

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ii. pengiktirafan pencapaian terdahulu (recognition of prior learning)


sebagai sebahagian daripada kelayakan untuk tujuan melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi;
iii. melaksanakan agenda transformasi politeknik yang bertujuan
untuk melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam
bidang pendidikan dan latihan teknik dan vokasional; dan
iv.
melaksanakan pelan pemerkasaan kolej komuniti yang
menawarkan program-program yang relevan dan responsif
terhadap keperluan pembangunan ekonomi negara.
b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kajian
pengesanan graduan yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT), peratusan graduan berasaskan
pendidikan teknikal yang bekerja, melanjutkan pengajian,
meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan
pada tahun 2008 adalah sebanyak 73 peratus. Pada tahun
2009 pula, peratusannya adalah sebanyak 66.7 peratus. Walau
bagaimanapun, peratusan ini telah meningkat semula pada
tahun 2010 kepada 72.3 peratus dan tahun 2011 sebanyak 75.9
peratus.

108

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
SOALAN
: NO. 111
Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana perancangan pembinaan
Universiti Teknologi MARA di kawasan Parlimen Lipis.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, Kementerian belum mempunyai perancangan untuk
membina kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam kawasan
Parlimen Lipis. Negeri Pahang sudah mempunyai empat (4) buah IPTA
iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Pahang; Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus cawangan Kuantan; UiTM
kampus cawangan Jengka; dan UiTM kampus cawangan Kuantan.
Kementerian percaya bahawa IPTA yang sedia ada mampu untuk
memberikan pendidikan tinggi yang secukupnya serta menampung
keperluan lepasan sekolah menengah di seluruh negara termasuk negeri
Pahang.

109

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
SOALAN
: NO. 112

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Sepuluh buah Kolej Komuniti sedia ada mampu memberi peluang


pendidikan dan latihan kepada pelajar lepasan menengah di negeri
Pahang termasuk dalam kawasan Parlimen Lipis. Berkenaan cadangan
agar dinaik taraf Kolej Komuniti Cawangan Lipis, Kementerian mengambil
maklum akan cadangan tersebut.

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana rancangan Kementerian
untuk menaik taraf Kolej Komuniti cawangan kepada Kolej Komuniti
penuh di kawasan Parlimen Lipis.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini telah terdapat 7
buah Kolej Komuniti Induk dan 3 buah Kolej Komuniti Cawangan di negeri
Pahang iaitu:
i. Kolej Komuniti Kuantan;
ii. Kolej Komuniti Paya Besar;
iii. Kolej Komuniti Bentong;
iv. Kolej Komuniti Rompin;
v. Kolej Komuniti Temerloh;
vi. Kolej Komuniti Jerantut;
vii. Kolej Komuniti Pekan;
viii. Kolej Komuniti Cawangan Bera;
ix. Kolej Komuniti Cawangan Lipis; dan
x. Kolej Komuniti Cawangan Raub.

110

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

111

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH
SOALAN
: NO. 123
Dato Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah sebab sebenar Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) tidak mencapai tahap yang tinggi berdasarkan kepada
ranking universiti dunia. Bilakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian bagi membolehkan IPTA mencapai tahap sepatutnya
mengikut ranking universiti dunia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penarafan ataupun ranking
terutamanya oleh Times Higher Education-QS World University Ranking
(THE-QS) yang kemudian dikenali sebagai QS World University Ranking
(QS WUR) pada tahun 2010, kebiasaanya dijadikan kayu pengukur
dalam mencerminkan pencapaian atau kehebatan sesebuah universiti.
Walaupun terdapat perdebatan mengenai kriteria penilaian QS WUR,
namun Kementerian melihat QS WUR daripada sudut yang positif, yang
boleh mewujudkan persaingan sihat antara IPT tempatan dalam usaha
memperkasakan IPT tempatan di peringkat antarabangsa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dan pembelajaran, penyelidikan, jaringan kolaborasi, penerbitan


serta pengurusan IPT masing-masing. Kementerian Pengajian Tinggi
sebenarnya telah menjalankan program-program berikut bagi bagi
melonjakkan IPTA tempatan di peringkat antarabangsa, iaitu:
i. pengiktirafan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti
bertaraf APEX (Accelerated Programme for Excellence) yang juga
merupakan usaha ke arah universiti terbaik dunia. Ini adalah selaras
dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menetapkan
sasaran supaya menjelang tahun 2020, tiga IPT tempatan berada
dalam kedudukan 100 universiti terbaik dunia di mana satu
daripadanya antara 50 yang terbaik;
ii. pengiktirafan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai
Universiti Penyelidikan.
Dengan pengiktirafan ini, kelima-lima
IPTA tersebut akan mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) serta inovasi; dan
iii. pada tahun 2010, Kementerian telah mengiktiraf enam Pusat
Kecemerlangan di IPTA sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian
Tinggi (HICoE) untuk melaksanakan kolabrasi penyelidikan dan
kepakaran serta menghasilkan penerbitan berimpak tinggi bagi
melonjakkan pencapaian masing-masing di peringkat antarabangsa.

Untuk mempertingkatkan kedudukan dalam QS WUR, IPT tempatan


sedang memperkukuhkan asas atau fundamental seperti pengajaran

112

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

113

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD
SOALAN
: NO. 177
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta Menteri Pengajian
Tinggi menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku
1Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa di Institut
Pengajian Tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Berdasarkan maklum balas awal yang diterima daripada para pelajar


dan ibu bapa, pemberian BB1M ini banyak membantu mengurangkan
beban kewangan pelajar bagi mendapatkan buku-buku rujukan untuk
pembelajaran serta menjaga kebajikan pelajar agar lebih fokus kepada
pelajaran. Justeru itu, secara keseluruhannya pemberian BB1M ini
memberikan impak yang positif kepada pelajar melalui pengurangan
beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan pemupukan minat
membaca.

jawapan
Tuan yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan mencadangkan
peruntukan sebanyak RM260 juta bagi melaksanakan inisiatif pemberian
Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200 kepada 1.3 juta orang
pelajar. BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal,
majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT
masing-masing. Objektif pemberian BB1M ini adalah untuk meringankan
beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Pemberian BB1M ini adalah
secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. BB1M ini sah diguna pakai
bagi tempoh 3 bulan sahaja iaitu bermula 1 Januari 2012 sehingga 31
Mac 2012. Namun, atas permintaan orang ramai, tempoh sah laku BB1M
telah dilanjutkan sehinga 31 April 2012.

114

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

115

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD
SOALAN
: NO. 179
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :a) jumlah peminjam mengikut institusi pengajian, jumlah pinjaman
PTPTN yang diberikan dan jumlah kutipan bayaran balik; dan
b) jumlah penerima pinjaman yang tidak pernah membuat bayaran
balik, jumlah penerima yang gagal membuat bayaran balik yang
telah diambil tindakan mahkamah dan jumlah penerima yang gagal
membuat bayaran balik yang telah dihalang untuk keluar negara
atau diambil tindakan imigresen menghalang daripada meninggalkan
negara mengikut tahun semenjak program ini dimulakan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dengan amaun keseluruhan yang terlibat sebanyak RM23.4 bilion.


Manakala sejumlah 594,015 pembiayaan pendidikan telah diluluskan
kepada pelajar di IPTS dengan melibatkan amaun keseluruhan
yang terlibat sebanyak RM19.8 bilion. Jumlah bayaran balik yang
telah diterima daripada peminjam sehingga 31 Januari 2012 adalah
berjumlah RM3.0 bilion melibatkan 748,022 pinjaman/pembiayaan.
b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peminjam yang belum pernah
membuat bayaran balik pinjaman atau peminjam yang masih belum
memberikan sebarang maklum balas sehingga 31 Januari 2012 adalah
seramai 268,097 orang. Jumlah peminjam yang telah disaman adalah
seramai 104,983 kerana gagal membuat bayaran balik. Manakala
bermula Ogos 2008 sehingga 31 Januari 2012, sejumlah 132,801
peminjam ingkar telah dikenakan tindakan senarai hitam imigresen di
mana dihalang daripada meninggalkan negara atau memperbaharui
pasport.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari
2012, PTPTN telah meluluskan sebanyak 1,942,780 pembiayaan
pendidikan kepada semua pelajar yang layak di IPTA dan IPTS
dengan jumlah keseluruhan amaun sehingga pelajar tamat pengajian
adalah sebanyak RM43.3 bilion. Daripada jumlah tersebut, 1,348,765
pembiayaan pendidikan telah diluluskan kepada pelajar di IPTA

116

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

117

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN MANICKAVASAGAM A/L SUNDARAM
SOALAN
: NO. 193

PERTANYAAN : BAGI BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN
SOALAN
: NO. 215

Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
menggabungkan kolej-kolej universiti dan kolej-kolej swasta supaya
ianya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Dato Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belut ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan membina
pusat pengajian tinggi di Parlimen Kota Belud dalam RMK-10
memandangkan Pantai Barat Utara belum ada institusi berkenaan.

JAWAPAN

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, Kementerian sedang menjalankan satu kajian mengenai


penggabungan dan pemerolehan IPTS. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di kalangan IPTS yang
membawa kepada prestasi lemah dan keperluan penggabungan atau
pemerolehan supaya IPTS mampu meneruskan operasi. Seterusnya
kajian turut meneliti aplikasi konsep penggabungan dan pemerolehan
terhadap IPTS daripada perspektif korporat dan undang-undang serta
mengenal pasti, mewujud dan membangunkan satu rangka kerja yang
bersesuaian dan relevan untuk penggabungan dan pemerolehan IPTS.
Akhirnya Kementerian akan membangunkan kriteria dan garis panduan
yang sesuai untuk membolehkan penggabungan dan pemerolehan IPTS
dilaksanakan.

Negeri Sabah sebenarnya telah mempunyai tiga buah IPTA iaitu Universiti
Malaysia Sabah (UMS), UiTM Kampus Kota Kinabalu dan UiTM Kampus
Tawau; dua buah politeknik iaitu Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik
Sandakan; tiga buah Kolej Komuniti Induk iaitu Kolej Komuniti Tawau,
Kolej Komuniti Lahat Datu dan Kolej Komuniti Beaufort; serta sebuah
Kolej Komuniti Cawangan Semporna.
Pada masa ini, Kementerian tiada perancangan untuk menubuhkan IPTA
baru di seluruh negara termasuk di kawasan Parlimen Kota Belud. Di
bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian
tidak diberi sebarang peruntukan untuk pembangunan IPTA, politeknik
atau kolej komuniti baru.
Walau

118

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

bagaimanapun,

Kementerian

119

boleh

SIRI KOLEKSI

mempertimbangkan
Pertanyaan & Jawapan
Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

permohonan bagi penubuhan IPTS terutama yang memberi tumpuan


kepada program-program pengajian kritikal seperti perubatan, farmasi
dan kejuruteraan. Penubuhan sesebuah IPTS, perlu mematuhi syarat
dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 (Akta 555).

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA
SOALAN
: NO. 224
Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan status permohonan bagi Kolej Komuniti dalam
kawasan Parlimen Parit.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, tiada peruntukan
bagi pembinaan Kolej Komuniti baharu termasuk di kawasan Parlimen
Parit di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10). Pada masa ini telah terdapat sebuah IPTA, dua buah Politeknik, enam
buah Kolej Komuniti Induk dan tiga Kolej Komuniti Cawangan di negeri
Perak iaitu:
i. UiTM Kampus Seri Iskandar
ii. Politeknik Ungku Omar
iii. Politeknik Sultan Azlan Shah
iv. Kolej Komuniti Teluk Intan
v. Kolej Komuniti Chenderoh
vi. Kolej komuniti Gerik
vii. Kolej Komuniti Sungai Siput
viii. Kolej Komuniti Pasir Salak

120

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

121

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ix. Kolej Komuniti Batu Gajah


x. Kolej Komuniti Cawangan Kuala Kangsar
xi. Kolej Komuniti Cawangan Manjung
xii. Kolej Komuniti Cawangan Tapah

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR
SOALAN
: NO. 236

Kementerian mengambil maklum akan cadangan Ahli Yang Berhormat


bagi mewujudkan sebuah Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Parit.

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang telah dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengikut
kategori tahun, universiti dan jenis kesalahan mulai tahun 1971.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan tatatertib yang dikenakan
ke atas pelajar IPTA dilaksanakan berpandukan peraturan-peraturan/
tatacara tatatertib IPTA masing-masing. Bagi kes pendakwaan di bawah
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, terdapat 4 orang pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa kerana terlibat dalam
kegiatan politik semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor
tahun 2010.

122

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

123

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DR. LEE BOON CHYE
SOALAN
: NO. 258

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DR. HIEW KING CHEU
SOALAN
: NO. 261

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan mahasiswa di kesemua IPTA mengikut kaum/
keturunan dan kewarganegaraan.

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah baru Kementerian untuk
memastikan imej Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai gedung
ilmu tidak terjejas ekoran banyak laporan berunsurkan rasuah kontrakkontrak pembangunan dan penyelenggaraan sejak akhir-akhir ini seperti
yang berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

jawapan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan mahasiswa di semua
IPTA mengikut kaum bagi tahun 2011 adalah seperti berikut :
KAUM
Bilangan
Pelajar

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

JUMLAH

394,670

68,788

13,634

28,936

506,028

124

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memantapkan pelaksanaan
perolehan di semua agensi, Kerajaan telah mengeluarkan Garis Panduan
Pelaksanaan Integrity Pact melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 10 tahun 2010. Pelaksanaan Integrity Pact adalah merupakan
satu pengisytiharan untuk tidak melakukan perbuatan rasuah dalam
pelaksanaan sesuatu kontrak. Ini akan dapat meningkatkan kesedaran
berkaitan kesalahan rasuah dan ketelusan pihak-pihak yang berurusan
dalam perolehan Kerajaan. Pelaksanaan Integrity Pact meliputi semua
peringkat proses perolehan dan ini akan dapat mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan kesalahan-kesalahan rasuah yang berlaku
dalam perolehan Kerajaan.

125

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Di samping itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah dan sedang
melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan pengurusan
kewangan, antaranya ialah:

ii. mengadakan kursus/bengkel hands-on Pengurusan Kewangan


kepada semua peringkat pegawai pengurusan dan sokongan di
Jabatan/PTJ;

1. Gerak Gempur Pengurusan Kewangan

iii. mewujudkan Talian Bantuan/Helpline untuk pertanyaan dan


kemusykilan mengenai peraturan kewangan dan memberi khidmat
nasihat. Nasihat berterusan juga diberikan semasa mesyuarat
Ketua Jabatan, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun serta Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan.

i.
melaksanakan pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks
Akauntabiliti dan membuat penarafan pematuhan peraturan
kewangan bagi jabatan-jabatan di bawah KPT;
ii. menjalankan pengauditan susulan terhadap hasil pengauditan
Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara
bagi memastikan tindakan pembetulan dan tambah baik telah
dilaksanakan secara berterusan;
iii. menjalankan pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti yang
dipilih bagi menentukan pengurusan program/aktiviti adalah cekap,
teratur dan ekonomik (value for money);

Selain itu, Kementerian juga telah mengambil tindakan detective,


preventive dan corrective dengan menubuhkan Pasukan Inspektorat
Dalaman (PID) bagi menjalankan pemeriksaan dalaman terhadap aktiviti/
program bagi mengesan kelemahan dan mencadangkan tindakantindakan preventive/corrective. Penubuhan PID juga telah disarankan
kepada semua Naib Canselor IPTA.

iv. mengadakan Penampilan Audit/Pemeriksaan Mengejut;


v. mengadakan mystery shopping di tempat-tempat hotspots untuk
mengenal pasti kelemahan dan ketidakaturan serta mengambil
tindakan penambahbaikan dengan segera.
2. Latihan dan Garis Panduan
i.
mengeluarkan Garis Panduan/Senarai Semak Pengurusan
Kewangan/Isu Audit Berulang dan diedarkan kepada semua
Jabatan/PTJ di Kementerian;

126

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

127

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO ABDUL MANAN BIN ISMAIL
SOALAN
: NO. 311

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DR. RAMASAMY A/L PALANISAMY
SOALAN
: NO. 322

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan tindakan undang-undang yang diambil
oleh Kementerian dalam berhadapan dengan isu pelajar-pelajar yang
bertindak untuk mengancam keselamatan YAB Perdana Menteri serta
tindakan para pelajar yang berdemo dan merusuh.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan
bercadang untuk menambahkan bilangan biasiswa dan pinjaman
pendidikan serta menambahkan jumlah biasiswa ataupun pinjaman yang
diberikan kepada setiap pelajar di mana kos pendidikan IPTA ataupun
IPTS dan kos sara hidup adalah semakin meningkat sekarang.

JAWAPAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pelajar IPT yang terlibat
dalam kes jenayah akan diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Pada masa
ini, keadaan di IPT adalah selamat dan terkawal di mana Kementerian
berkeyakinan penuh terhadap kecekapan pihak PDRM dalam menangani
kes-kes jenayah dan ancaman-ancaman yang cuba ditimbulkan oleh
kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab.

128

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyediaan biasiswa sebenarnya


terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi penajaan seperti Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain
agensi Kerajaan yang menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak.
Walau bagaimanapun, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, terdapat
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang diwujudkan bertujuan untuk
memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti
pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini
akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran
pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian
mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada

129

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

semua golongan pelajar terutama pelajar yang terdiri daripada keluarga


yang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di peringkat
pendidikan tinggi. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan agar tiada pelajar
yang tidak dapat melanjutkan pengajian di IPT atas alasan kekangan
kewangan.
Pada masa ini, Kementerian tidak bercadang untuk menambah jumlah
amaun pembiayaan pendidikan yang diberikan kepada setiap pelajar
di IPTA ataupun IPTS disebabkan peruntukan kewangan yang terhad.
Penambahan amaun pembiayaan bukan sahaja meningkatkan bebanan
kewangan Kerajaan, malah akan meningkatkan bebanan hutang yang
perlu dibayar oleh pelajar. Bagi menampung kos pendidikan dan kos
sara hidup yang semakin meningkat, ibu bapa adalah digalakkan untuk
meningkatkan simpanan di dalam Skim Simpanan Pendidikan (SSPN).
Untuk tujuan ini, PTPTN telah menguatkuasakan semula syarat simpanan
wajib dalam SSPN bagi melayakkan pelajar memohon pembiayaan
Pendidikan PTPTN mulai 1 Januari 2012.
Untuk menggalakkan agensi korporat memberikan sumbangan kepada
pelajar-pelajar yang memerlukan, Kerajaan juga telah bersetuju supaya
insentif pelepasan cukai ditambah daripada satu kali potongan kepada
dua kali potongan diberikan kepada agensi korporat yang menyediakan
biasiswa untuk pengajian tinggi. Dasar ini telah diumumkan semasa
pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri.

130

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI
SOALAN
: NO. 379
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah dan perincian warganegara Malaysia yang
disenarai hitam untuk ke luar negara akibat daripada masalah pembayaran
PTPTN.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mac 2012 seramai
132,801 peminjam ingkar telah dikenakan tindakan senarai hitam
pengeluaran passport daripada pihak imigresen. Daripada jumlah
tersebut seramai 106,156 peminjam berketurunan Melayu, 7,913 (Cina),
7,327 (India), dan 11,405 (lain-lain keturunan).

131

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN SALLEH BIN KALBI
SOALAN
: NO. 399
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan mengapa yuran pengajian yang dikenakan oleh Universiti
Malaya terlalu tinggi berbanding IPTA lain dan apakah Kerajaan bercadang
untuk melakukan penyelarasan terhadap yuran pengajian yang dikenakan
oleh semua IPTA.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pelajar, mod kerja kursus atau penyelidikan, daya saing dan sebagainya.
Malah, terdapat IPTA yang menetapkan yuran pengajian berdasarkan
semester/pakej dan ada juga berdasarkan jam/kredit unit yang diambil.
Punca kuasa bagi menetapkan yuran IPTA adalah berdasarkan Seksyen 8,
Perkara 4(q), Perlembagaan Universiti, Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971 (Akta 30) iaitu, universiti mempunyai kuasa untuk menuntut dan
menerima apa-apa fi yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah dari semasa
ke semasa manakala, dalam Seksyen 12(g) Akta Majlis Pendidikan
Tinggi Negara 1996 pula menetapkan bahawa fungsi Majlis adalah untuk
menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai struktur fi.
Selaras dengan pelaksanaan autonomi, Kementerian tidak bercadang
untuk menyelaraskan yuran-yuran bagi semua IPTA.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan
menanggung di antara 85 hingga 95 peratus yuran pengajian Ijazah
Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bertujuan
untuk meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat
pengajian tinggi.
Mengikut amalan semasa, kadar yuran di IPTA ditetapkan berdasarkan
faktor-faktor ekuiti sosial untuk meluaskan akses kepada masyarakat
dan bukan berdasarkan prinsip cost recovery. Tidak ada satu kaedah
yang seragam dalam menetapkan yuran pengajian institusi-institusi
pengajian tinggi. Penetapan yuran pengajian dipengaruhi oleh pelbagai
faktor termasuk kos langsung dan tidak langsung, Nilai Sepadan Pelajar
Sepenuh Masa (Equivalent Full Time Student), nisbah tenaga pengajar/

132

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

133

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: PUAN TEO NIE CHING
SOALAN
: NO. 412
Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan perkembangan untuk membangunkan Johns Hopkins
Medical School berserta hospital 600 katil dan sebuah pusat penyelidikan
di Serdang, Selangor. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh
Kerajaan Pusat untuk menjadikan Malaysia sebuah hab latihan perubatan
berkemahiran tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil langkah


memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2
(2011-2015) (PSPTN Fasa 2) pada 7Jun 2011. Melalui PSPTN Fasa 2 ini,
KPT memberi penekanan terhadap peningkatan kualiti pendidikan swasta
yang juga meliputi latihan perubatan.
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebuah hab latihan perubatan berkemahiran tinggi adalah seperti berikut:
i. Melaksanakan program perkembangan tenaga pengajar di semua
Fakulti Perubatan;
ii. Melaksanakan program perkongsian
khususnya e-Pembelajaran;

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan Perdana University
Hospital dengan 600 katil termasuk bangunan pendidikan perubatan,
kemudahan penyelidikan, kampus bioteknologi, tempat tinggal pelajar dan
staf, kemudahan rekreasi, penambahbaikan lalu lintas dan pembangunan
kawasan komersial sedang dijalankan di atas kawasan seluas 141 ekar
di Serdang, Selangor. Pembinaan ini telah bermula pada tahun 2011 dan
dijangka boleh beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014.

134

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

sumber

pembelajaran,

iii. Mempertingkatkan mutu pendidikan perubatan bersama-sama


agensi tertentu seperti Malaysia Qualification Agency (MQA)
dan Malaysian Medical Council (MMC) melalui penambahbaikan
berterusan (continuous improvement) dalam kriteria kualiti, piawaian
dan template penjaminan kualiti; dan
iv. Memperteguhkan prasarana pendidikan perubatan.
Di samping itu, KPT juga turut memastikan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta memainkan peranan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab
latihan perubatan berkemahiran tinggi dengan mengambil langkah
berikut:

135

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i. Memastikan IPTS yang menawarkan program perubatan bekerjasama


rapat dengan Kementerian Kesihatan terutamanya daripada segi
latihan perubatan sesuai, relevan dan berdaya saing pada peringkat
global;

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

viii. Menaiktarafkan kolej ke kolej universiti / universiti swasta yang


berdaya saing dalam bidang perubatan.

ii. Memastikan IPTS yang menawarkan program perubatan mendapat


akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk mengesahkan
program yang ditawarkan adalah berkualiti;
iii. Mengukuhkan mekanisme pemantauan dan pengawalseliaan
ke atas IPTS terutamanya yang menawarkan program-program
yang melibatkan bidang perubatan oleh bahagian oleh Bahagian
Penguatkuasaan dan Inspektorat;
iv. Memastikan IPTS yang menawarkan program dalam bidang
perubatan mempunyai kemudahan yang berkualiti dan lengkap
seperti yang dinyatakan dalam syarat mendapat akreditasi oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
v. Memastikan tenaga pengajar dalam bidang perubatan di IPTS
berkualiti dan mencukupi;
vi. Memastikan semua kursus pengajian dalam bidang perubatan di
IPTS di semua peringkat berkualiti sesuai, relevan dan berdaya saing
pada peringkat global;
vii. Meningkat dan memperluaskan aktiviti R&D dalam bidang perubatan
di IPTS; dan

136

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

137

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN HEE LOY SIAN
SOALAN
: NO. 424
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bacaan Kali Pertama Rang
Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan)
2012 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 April 2012 yang
akan memberi kebenaran kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) awam dan swasta menyertai, menjadi ahli dan memegang
jawatan sebarang parti politik. Walau bagaimanapun, AUKU tidak
perlu dimansuhkan kerana ia merupakan suatu Akta yang telah
diwujudkan bagi maksud menubuh, menyelenggara dan mentadbir
universiti dan kolej universiti awam di Malaysia.

(a) apakah status hasil siasatan kes kekerasan polis terhadap mahasiswa
yang menyebabkan mahasiswa cedera pada perhimpunan aman
UPSI bulan Januari yang lepas; dan
(b) adakah Kementerian berhasrat untuk memansuhkan AUKU supaya
membenarkan mahasiswa menceburi bidang politik.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
dimaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim,
Perak telah pun menyiapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut
dan telah mengemukakan kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri
Perak pada 22 Januari 2012 untuk arahan selanjutnya.

138

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

139

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN HEE LOY SIAN
SOALAN
: NO. 425
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) senarai bidang kuasa autonomi yang diberikan kepada 5 buah
universiti tempatan; dan
(b) adakah Kementerian akan memberi kuasa autonomi kepada badan
Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskan pentadbiran dan
persatuan mahasiswa tanpa dipengaruhi oleh Hal Ehwal Pelajar
(HEP).
JAWAPAN
Tuan yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, autonomi yang diberi kepada
5 buah IPTA merangkumi empat (4) bidang iaitu:
i. Governan Institusi;
ii. Kewangan & Penjanaan Pendapatan;
iii. Sumber Manusia; dan
iv. Pengurusan Akademik & Kemasukan Pelajar.

140

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Empat (4) bidang strategik autonomi tersebut bertujuan mendorong


mempercepatkan proses pembuatan keputusan dan memberi ruang
kepada setiap IPTA untuk bersaing dalam menghasilkan graduan
yang cemerlang, hasil penyelidikan yang berkualiti dan meningkatkan
taraf pengajaran dan pembelajaran.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kuasa autonomi hanya


diberi oleh Kementerian kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
dan Lembaga Gobenor Universiti (LGU) untuk mengurus tadbir
universiti. Kementerian tidak memberi kuasa autonomi kepada MPP
memandangkan hal ehwal pelajar tertakluk di bawah pentadbiran
universiti dan AUKU.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah bebas dalam melaksanakan


kegiatan atau aktiviti masing-masing. Walau bagaimana pun sebagai
pelajar IPT mereka tentunya perlu diberi dorongan, sokongan dan
panduan oleh pihak universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar
yang diketuai oleh Timbalan Naib Caselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni (HEPA). Wujudnya BHEP di IPTA adalah untuk menjadi
rujukan dan sebagai tempat bernaung kepada semua kegiatan
kokurikulum sesebuah IPT itu sendiri. BHEP, IPT wujud sebagai
pemudah cara atau membantu pelajar dalam hal ehwal kebajikan dan
kegiatan kokurikulum.

141

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
SOALAN
: NO. 451
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian memantau
pelajar-pelajar perubatan yang dikatakan tidak menjelaskan yuran
pengajian mereka di sebuah universiti di Mesir di mana tindakan undangundang akan diambil oleh universiti tersebut.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

akan membantu pelajar yang ingin menangguhkan pembayaran yuran


pengajian dengan mengeluarkan surat rasmi kepada universiti dengan
jusifikasi yang munasabah dan persetujuan pelajar untuk membayar
yuran dalam tempoh yang ditetapkan. Seterusnya, pelajar yang telah
memohon surat penangguhan tersebut akan dibenarkan untuk menduduki
peperiksaan. Pihak universiti akan menerima jaminan tersebut dengan
syarat keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar
sehingga yuran pengajian dijelaskan.

JAWAPAN
Tuan yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, pihak universiti di
Mesir hanya memaklumkan kepada Kementerian melalui wakil agensi
Education Malaysia Kaherah senarai nama pelajar yang masih tidak
membayar yuran dan tiada makluman bertulis secara rasmi daripada
pihak universiti berhubung tindakan undang-undang diambil terhadap
pelajar Malaysia, khususnya yang sedang melanjutkan pengajian dalam
bidang perubatan.
Pembayaran yuran pengajian universiti di Mesir merupakan urusan antara
pelajar dengan pihak universiti. Walau bagaimanapun, Education Malaysia
Kaherah sentiasa memantau dan mengambil maklum masalah pelajar
yang masih tidak membayar yuran dan turut menyalurkan maklumat
tersebut kepada wakil-wakil pelajar. Pihak Education Malaysia Kaherah

142

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

143

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

MESYUARAT
KEDUA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
JAWAB LISAN
(11 JUN 2012 - 28 JUN 2012)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ATURAN URUSAN MESYUARAT


PARLIMEN YANG KEDUA BELAS
PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA
DEWAN RAKYAT
11 JUN HINGGA 28 JUN 2012

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

MINGGU PERTAMA ( 10 PERTANYAAN )


11 JUN 2012 [ ISNIN ] ( 3 )
1.

11 JUN 2012
NO. 12

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program
pertukaran pelajar antarabangsa.

2.

11 JUN 2012
NO. 39

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak pengurusan
universiti terhadap mahasiswa yang mengadakan demonstrasi dan berkhemah
di Dataran Merdeka pada April yang lalu dan sejauh mana pengaruh mereka
kepada keseluruhan mahasiswa dalam negara.

3.

11 JUN 2012 NO. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
107
menyatakan kewujudan operasi khas yang bernama Ops 2020 yang digunakan
untuk mempengaruhi undi pelajar dalam pilihanraya umum di samping itu,
digunakan untuk campur tangan dalam pilihan raya kampus.
12 JUN 2012 [ SELASA ] ( 2 )

4.

146

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

12 JUN 2012
NO. 11

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilakah tarikh sebenar Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) kampus Besut dijangka siap dan berapakah fakulti yang akan
beroperasi di UniSZA kampus Besut.
.

147

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

5.

12 JUN 2012
NO. 104

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pelajar perubatan yang diambil masuk kepada
setiap satu universiti awam dan juga swasta dalam tahun 2010 dan 2011.
Berikan pecahan mengikut tiap universiti.

10.

14 JUN 2012
NO. 87

Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan :-

13 JUN 2012 [ RABU ] ( 1 )


6.

13 JUN 2012
NO. 10

(a)

berapa ramaikah mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi Bersih


3.0; dan

(b)

apakah tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa universiti


yang terlibat secara langsung dan melanggar undang-undang dalam
demonstrasi tersebut.

Dato Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah peminjam PTPTN di kalangan siswazah IPTA/IPTS
yang senarai hitam serta implikasi kepada peminjam yang disenarai hitam oleh
pihak Kerajaan.

MINGGU KEDUA ( 16 PERTANYAAN )


18 JUN 2012 [ ISNIN ] ( 4 )

14 JUN 2012 [ KHAMIS ] ( 4 )


7.

14 JUN 2012
NO. 8

Dato Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada Politeknik
untuk pelajar menghadiri program Rural Tranformation Centre di Kota Bharu
pada 4 Mei 2012 di seluruh Kelantan.

8.

14 JUN 2012
NO. 14

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkan
sedangkan ianya merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara.

9.

14 JUN 2012
NO. 18

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang diambil masuk untuk kursus
Pembantu Makmal Perubatan oleh IPTS-IPTS pada tahun 2011. Senaraikan 10
IPTS dengan bilangan kemasukan pelajar Pembantu Makmal Perubatan yang
tertinggi dengan menyatakan bilangan untuk tiap-tiap IPTS.

148

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

11.

18 JUN 2012
NO. 9

Dato Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jumlah penuntut yang diambil tindakan atas pelbagai kesalahan
mengikut pecahan universiti awam di negara ini dan sejauh manakah
keberkesanan di sebalik tindakan yang telah diambil itu.

12.

18 JUN 2012
NO. 32

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah tujuan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) diminta menandatangani kontrak yang mengandungi apa yang patut
dibuat dan larangan di kampus, untuk kemasukan sesi akan datang. Sila
jelaskan apakah terma-terma kontrak tersebut.

13.

18 JUN 2012
NO. 62

Dato Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a)

jumlah hutang pendidikan yang ditanggung oleh mahasiswa di Institusi


Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) secara berasingan yang meminjam daripada Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini; dan

(b)

berapakah jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS secara berasingan yang


sedang membayar hutang tersebut.

149

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

14.

18 JUN 2012
NO. 89

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan tindakan tegas yang diambil ke atas pelajar-pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0
sekali gus telah menghina perintah mahkamah.

19.

20 JUN 2012
NO. 13

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah bagi memastikan 46,698
lepasan SPM yang ditawarkan memasuki program asasi dan diploma tidak
menghadapi masalah untuk membayar yuran pengajian dan sejauh manakah
bantuan kewangan pelajar asasi IPTA yang disediakan mampu meringankan
beban pelajar.

20.

20 JUN 2012
NO. 19

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) sehingga 11 Jun 2012 dan nyatakan jumlah tunggakan balik pinjaman
bagi tempoh berkenaan.

21.

20 JUN 2012
NO. 43

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklum balas dari Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) terhadap Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dan berapa nisbah bahasa-bahasa rujukan Bahasa Melayu berbanding
Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

22.

20 JUN 2012
NO. 107

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan mengenai pemburuan seramai 22 pelajar institusi
pengajian tinggi yang menyertai Perhimpunan Bersih 3.0, lantas menyekat
autonomi para pelajar dan menafikan hak asasi kebebasan berhimpun kepada
mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

19 JUN 2012 [ SELASA ] (3 )


15.

19 JUN 2012
NO. 57

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah-langkah yang harus diambil sebelum sesebuah
universiti diberi izin memulakan kursus perubatan (kursus melatih doktor)

16.

19 JUN 2012
NO. 87

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan rancangan Kerajaan menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi
di Sarikei

17.

19 JUN 2012
NO. 101

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) termasuk milik Kerajaan Negeri tidak mengenakan bayaran bagi
menyemak status permohonan kemasukan ke IPT.
20 JUN 2012 [ RABU ] ( 4 )

18.

20 JUN 2012
NO. 12

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:
(a) apakah tujuan Kerajaan mensyaratkan ibu bapa menyimpan dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum mendapat pinjaman dari
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dari 2008 hingga
2011 dan berapakah jumlah yang terkumpul; dan
(b) adakah Kerajaan menggunakan wang simpanan SSPN sebagai wang
pinjaman kepada PTPTN.

150

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

21 JUN 2012 [ KHAMIS ] ( 4 )

23.

21 JUN 2012
NO. 46

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:(a)

jumlah angka penglibatan pelajar IPTA yang terlibat dalam acara


demonstrasi BERSIH 3.0 pada baru-baru ini; dan

(b)

apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian dalam


memastikan para pelajar IPTA tidak terlibat dengan anasir tidak
bertanggungjawab seperti demonstrasi tersebut.

151

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

24.

21 JUN 2012
NO. 48

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah buah institusi pengajian tinggi telah membuat
rancangan untuk membina kampus di Educational Hub di Sungai Batang di
Sandakan dan apakah kedudukan pelaksanaan rancangan ini.

29.

25 JUN 2012
NO. 100

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :-

25.

21 JUN 2012
NO. 70

Dato Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilangan konsesi pembangunan UiTM secara Private
Finance Initiative (PFI) yang telah dianugerahkan dan menyatakan nama-nama
syarikat tersebut serta status projek tersebut.

26.

21 JUN 2012
NO. 104

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apakah Kerajaan akan mengiktiraf kelulusan Bachelor
Of Technology sebagai satu cabang kemahiran dan mempunyai lembaganya
tersendiri.

(a)

Apakah impak Dasar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi kepada


negara akan mendatangkan lebih banyak kesan positif berbanding
negatif; dan

(b)

apakah tindakan Kementerian untuk menangani usaha IPTA yang


semata-mata mengejar ranking tanpa mengambil kira, isu sosio budaya,
pembangunan kapasiti dan keperluan pembangunan modal insan
negara.

26 JUN 2012 [ SELASA ] ( 4 )

30.

26 JUN 2012
NO. 17

Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa tidak ada perancangan dalam
pengeluaran tenaga kerja jururawat oleh IPTA dan IPTS sehingga berlakunya
pengeluaran berlebihan menyebabkan berlakunya pengangguran.

31.

26 JUN 2012
NO. 21

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :-

MINGGU KEEMPAT ( 19 PERTANYAAN )


25 JUN 2012 [ ISNIN ] ( 3 )

27.

28.

25 JUN 2012
NO. 62

25 JUN 2012
NO. 68

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jumlah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (mengikut universiti)
yang ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti pelacuran dan nyatakan langkahlangkah Kementerian untuk mencegahnya.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan status dan jumlah perbelanjaan yang
digunakan untuk pembangunan Kolej Komuniti di Parlimen Balik Pulau.

152

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

32.

26 JUN 2012
NO. 53

(a)

apakah perancangan Kementerian dalam memastikan doktor, ahli


farmasi dan jururawat yang dihasilkan oleh IPTS negara bukan sahaja
mencukupi malah mempunyai kualiti profesionalisme yang tinggi ; dan

(b)

adakah pendekatan teaching hospital yang diamalkan sekarang akan


diteruskan.

Tan Sri Dato Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan autonomi telah diberikan kepada beberapa
universiti sebelum ini. Apakah Kementerian bercadang untuk memberikan kuasa
penuh kepada Senat Universiti untuk melantik Naib Canselor dan jawatanjawatan tertinggi di IPTA tanpa perlu mendapat kelulusan atau sokongan
Menteri.

153

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

33.

26 JUN 2012
NO. 80

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sejauh manakah Kerajaan memantau kandungan laman sesawang
IPTS tempatan dan memastikan tidak berlakunya penyebaran maklumat yang
bersifat memesongkan jati diri pelajar.

39.

28 JUN 2012
NO. 18

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pensyarah yang bertugas sepenuh masa di
setiap Fakulti Perubatan Awam dan Swasta pada tahun 2011. Apakah pecahan
pengalaman klinikal mereka kurang daripada 10 tahun sejak dapat ijazah
pertama, antara 11 hingga 20 tahun selepas ijazah pertama, dan lebih daripada
20 tahun sejak mendapat ijazah pertama.

40.

28 JUN 2012
NO. 37

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah jumlah mahasiswa yang terlibat dalam
demonstrasi di negara kita dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap
mahasiswa universiti yang terlibat secara langsung dalam demo PTPTN dan
Bersih 3.0.

41.

28 JUN 2012
NO. 55

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar di Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) mengikut kaum. Beri pecahan dari tahun 2004 hingga tahun 2012.

42.

28 JUN 2012
NO. 70

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah bidang kemahiran insaniah
atau soft skills diwajibkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
dan nyatakan bidang kemahiran insaniah berkenaan serta sejauh manakah
kemahiran insaniah ini membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

43.

28 JUN 2012
NO. 82

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah peruntukan untuk Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) kepada institusi pengajian tinggi yang berkaitan dan Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semenjak diperkenalkan sehingga
sekarang dan apakah sumbangan kepada pengeluaran negara.

27 JUN 2012 [ RABU ] ( 4 )

34.

27 JUN 2012
NO. 1

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apakah keberhasilan terkini Projek Agenda Kritikal bagi Pelan
Tindakan Pengajian Tinggi Negara fasa kedua yang telah bermula tahun lalu.

35.

27 JUN 2012
NO. 39

Dato Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan PTPTN
serta nilainya bagi setiap tahun dalam tempoh sejak 1998 hingga 2012.

27 JUN 2012
NO. 42

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan IPTS termasuk kolej dan kolej universiti yang menyediakan
kursus peringkat diploma dan ijazah, di negara kita. Berapakah jumlah bilangan
pelajar di setiap peringkat pelajaran tersebut dan bagaimanakah Kementerian
memantau dan memastikan jenis serta mutu latihan yang dibekalkan memenuhi
keperluan menyeluruh pembangunan negara.

27 JUN 2012
NO. 83

Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar mengikut kaum yang dapat
keputusan cemerlang dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman JPA/
PTPTN/MARA.

36.

37.

28 JUN 2012 [ KHAMIS ] ( 8 )

38.

28 JUN 2012
NO. 7

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian mengiktiraf ijazah dari 146
buah universiti China dan tidak mempertimbangkan pengiktirafan ijazah
universiti Taiwan.

154

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

155

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

44.

45.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (45 PERTANYAAN)

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 15 PERTANYAAN )

28 JUN 2012
NO. 86

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :-

1.

NO.11

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan -

28 JUN 2012
NO. 87

(a)

bilangan pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM)


mengikut kaum bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 ; dan

(b)

apakah jurusan-jurusan yang ditawarkan di UiTM.

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membangunkan
kawasan seluas 500 ekar yang telah diluluskan Kerajaan Negeri Johor bagi
mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

156

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

(a)

jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf universiti,


kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar negara; dan

(b) apakah syarat-syarat permohon untuk menubuhkan IPTS serta kriteria


dalam penyediaan jurusan-jurusan.
2.

NO.18

Dato Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS dalam negara serta jumlah
pelajar, berapa pelajar dalam negara dan pelajar luar negara dan senaraikan
IPTS yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri.

3.

NO.46

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan murid sekolah menengah yang telah melanjutkan
pengajian mereka ke Kolej, Politeknik, Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta
(IPTA / IPTS) di setiap negeri dan kadar kejayaan mereka untuk mendapatkan
pekerjaan mengikut bidang kursus yang diceburi.

4.

NO.103

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bila UiTM hendak dibina dalam kawasan
Parlimen Lipis memandangkan Kerajaan Pahang telah memberi tanah seluas
1000 ekar dalam kawasan Parlimen ini untuk pembinaan tersebut.

5.

NO.163

Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah jumlah sebenar tunggakan pembayaran
PTPTN untuk seluruh negara yang belum berbayar mengikut pecahan negeri
dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi
menyelesaikan masalah ini.

6.

NO.181

Dato Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi yang
ditaja oleh Kerajaan dan berikan pecahan penuntut-penuntut mereka mengikut
kaum.

157

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 15 PERTANYAAN )

7.

NO.196

Dato Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :(a)

sila berikan jumlah terperinci lulusan Diploma Kejururawatan yang lulus


daripada kolej-kolej swasta seperti Masterskill, MAHSA, KIST dan lain
bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011; dan berapa
jumlah yang sudah mendapat pekerjaan sebagai jururawat sama ada di
hospital Kerajaan mahupun swasta; dan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 15 PERTANYAAN )

12.

NO.353

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan adakah pihak IPT telah mengeluarkan garis panduan
untuk pelajar masing-masing menyertai pertubuhan dan parti-parti politik di luar
kampus.

13.

NO. 360

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan :-

(b) adakah Kerajaan menyedari ramai lulusan Diploma Kejururawatan


daripada kolej pengajian swasta tidak diterima bekerja khususnya di
hospital swasta kerana kualiti pengajian yang rendah di kolej-kolej ini.
Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.
8.

NO.230

Dato Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah peminjam pelajar IPTS yang mendapat kelulusan
pinjaman PTPTN mengikut institut pengajian tinggi masing-masing.

9.

NO.268

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah lepasan SPM dan STPM
yang diterima masuk ke universiti awam dan lain-lain Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta bagi sesi pengajian 2012.

10.

11.

NO.280

NO.284

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan sejauh manakah perancangan Kerajaan terhadap
kampus autonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi autoriti (kuasa)
kepada kampus yang terlibat dalam hal ehwal pentadbiran termasuk urusan
pengambilan kakitangan dan pelajar serta jumlah kewangan yang diperuntukkan
kepada kampus-kampus terlibat.
Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan status kampus baru UiTM Terengganu Cawangan Dungun
di Bandar Bukit Besi dan bilakah kampus baru ini memulakan sesi pengajian
serta berapakah jumlah pelajar baru yang akan ditempatkan.

158

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

14.

15.

NO. 387

NO. 435

(a)

apakah tindakan tegas Kerajaan ke atas IPTS yang menawarkan kursuskursus yang tidak mendapat akreditasi penuh MQA dan tidak berdaftar
dengan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR); dan

(b)

bagaimanakah Kerajaan dapat membantu pelajar-pelajar yang


bergraduat di luar tempoh sah laku akreditasi MQA atau tidak mendapat
akreditasi penuh MQA.

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :(a)

jumlah mahasiswa yang meminjam dengan PTPTN mengikut senarai


IPTA dan IPTS masing-masing; dan

(b)

apakah usaha-usaha Kementerian untuk memantau serta mengawal


yuran IPTS yang jauh lebih tinggi daripada yuran IPTA dan adakah
Kementerian akan memperkenalkan semula polisi pengecualian bayaran
balik pinjaman untuk mereka yang mendapat keputusan kelas pertama.

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklumat-maklumat (Nama, Alamat, IPTA
yang di tempatkan & jurusan pengajian mereka) anak-anak Hulu Selangor yang
kini sedang melanjutkan pelajaran mereka di IPTA di Malaysia.

159

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT
11 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 12

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dan juga pengiktirafan program universiti di luar negara. Ini selaras


dengan matlamat pengantarabangsaan, seterusnya dapat membantu
IPT dalam eksesais penarafan pengajian tinggi oleh badan-badan
antarabangsa. Kehadiran pelajar antarabangsa dalam sesebuah IPT
dapat mempengaruhui penilaiannya kerana ia menunjukkan daya saing
dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai
dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Program mobiliti pelajar melibatkan pertukaran pelajar antarabangsa
dilihat sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang mampu membantu
meningkatkan soft skills dan daya saing peserta-peserta program
yang menyertainya seperti kemahiran berkomunikasi, keusahawanan,
penyelesaian masalah, kepemimpinan dan kemahiran lain yang diperlukan
dalam pasaran kerja. Program ini turut memberi pendedahan kepada
pelajar dalam aspek kepelbagaian budaya, cara hidup, teknologi, sistem
sosial dan ekonomi masyarakat antarabangsa.
Selain itu, program mobiliti adalah salah satu inisiatif untuk menarik
minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di negara ini,
di samping memprofil sektor pengajian tinggi negara sebagai destinasi
pengajian tinggi pilihan antarabangsa. Program pertukaran pelajar
juga memberi ruang bagi IPT untuk membina jaringan antarabangsa
& Jawapan
Parlimen Dewan Rakyat 2012
160 160
SIRI KOLEKSI Pertanyaan

161

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK HAJI MOHAMED BIN HAJI AZIZ
11 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 39

Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil
oleh pihak pengurusan universiti terhadap mahasiswa yang mengadakan
demonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka pada April yang lalu dan
sejauh mana pengaruh mereka kepada keseluruhan mahasiswa dalam
negara.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak terdapat seorang pun pelajar
Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat dalam aktiviti berkhemah
di Dataran Merdeka pada April yang lalu. Sebaliknya, pihak PDRM
menyatakan mereka yang terlibat itu adalah bekas pelajar termasuk yang
gagal dalam pelajaran di universiti termasuklah golongan pengganggur
dan golongan gelandangan.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tatatertib universiti telah
mengambil tindakan tatatertib ke atas tiga (3) orang pelajar yang telah
mengalungkan kalungan bunga kepada gambar pemimpin Negara yang
seolah-olah adat agama Hindu yang menggambarkan orang di dalam

162

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

gambar tersebut telah meninggal dunia atas alasan bahawa perbuatan


tersebut melampaui batas dan norma kesopanan sebagai mahasiswa
yang terpelajar dan yang sepatutnya mempunyai tahap keintelektualan
yang tinggi (tindakan tatatertib bukan atas sebab berdemonstrasi atau
berkhemah).
Ketiga-tiga pelajar tersebut diambil tindakan di bawah Kaedah 3(a)(i) dan
3(a)(ii) Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999,
dan pertuduhan yang dibuat adalah atas perbuatan meletakkan kalungan
bunga pada gambar pemimpin negara dan yang seumpamanya yang
telah memudaratkan dan merosakkan nama universiti, kesopanan, moral
dan tatatertib.
Pendengaran kes tersebut telah diadakan pada 3 Mei 2012 (Khamis)
di hadapan tiga (3) orang panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang
terdiri daripada tiga orang Pensyarah Kanan universiti, dan telah dihadiri
oleh ketiga-tiga pelajar yang dituduh dengan kesemuanya diwakili oleh
seorang Pensyarah Kanan dari Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.
Keputusan adalah seperti berikut:Ketiga-tiga pelajar didapati bersalah atas pertuduhan dan dijatuhi
hukuman seperti berikut:
a) amaran;
b) denda sebanyak RM200.00; dan
c) digantung pengajian selama 1 semester.
Sehingga tarikh akhir yang dibenarkan untuk membuat rayuan (28
Mei 2012), hanya dua (2) orang daripada pelajar-pelajar tersebut telah

163

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib


Universiti dan rayuan tersebut telah didengar pada 28 Mei 2012 (Isnin)
jam 6.30 petang. Keputusan rayuan adalah rayuan ditolak dan hukuman
dikekalkan.
Berkenaan pengaruh terhadap pelajar yang lain, didapati hanya sebilangan
kecil sahaja daripada keseluruhan pelajar Universiti Malaya yang berminat
dengan perkara ini. Ini adalah berdasarkan jumlah pelajar yang hadir
dalam sidang media yang dibuat (tanpa kebenaran Naib Canselor) oleh
ketiga-tiga orang pelajar tersebut selepas pendengaran kes mereka pada
3 Mei 2012 yang lalu, di mana hanya lebih kurang 20 orang pelajar yang
hadir dan menyokong mereka.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH
11 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 107

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan kewujudan operasi khas yang bernama
Opss 2020 yang digunakan untuk mempengaruhi undi pelajar dalam
pilihan raya umum di samping itu, digunakan untuk campur tangan dalam
pilihan raya kampus.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan maklumat yang terdapat di Kementerian Pengajian Tinggi,
kenyataan yang menyatakan wujud operasi khas iaitu Opss 2020
yang berperanan bagi memastikan pilihan raya kampus tidak memberi
sebarang kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat sebelum menjelang
PRU 13 adalah merupakan tuduhan palsu tanpa asas. Tuduhan tersebut
merupakan dakwaan palsu kumpulan Pro Mahasiswa Nasional (PMN)
yang mendakwa terdapat campur tangan politik Pejabat Perdana Menteri
untuk melewatkan tarikh pilihan raya kampus.

164

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

165

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Keputusan menangguhkan pemilihan MPP ke bulan September


sebenarnya adalah merupakan langkah penyelarasan di semua Universiti
yang mengambil kira perubahan kalender akademik baharu IPTA yang
bermula pada bulan September. Selain itu, ia adalah bagi memudahkan
para ahli MPP untuk berkhidmat sepanjang satu tahun sesi pengajian
selepas dipilih menjadi MPP berbanding jika pemilihan dibuat pada bulan
April yang mana hampir dengan waktu peperiksaan akhir dan cuti panjang
selama tiga (3) bulan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI DR. ABDULLAH BIN MD. ZIN
12 JUN 2012 (SELASA)
NO. 11

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah tarikh sebenar Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut dijangka siap dan berapakah fakulti
yang akan beroperasi di UniSZA Kampus Besut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut dijangka siap pada Ogos 2012. Ia
akan menempatkan tiga (3) buah fakulti pengajian iaitu Fakulti Pertanian
dan Bioteknologi, Fakulti Teknologi Makanan dan juga Fakulti Informatik.

166

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

167

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ
12 JUN 2012 (SELASA)
NO. 104

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
13 JUN 2012 (RABU)
NO. 10

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar perubatan yang
diambil masuk kepada setiap satu universiti awam dan swasta dalam
tahun 2010 dan 2011 dan berikan pecahan mengikut tiap universiti.

Dato Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah peminjam PTPTN di kalangan
siswazah IPTA/IPTS yang senarai hitam serta implikasi kepada peminjam
yang disenarai hitam oleh pihak Kerajaan.

JAWAPAN

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2010, kemasukan


pelajar bidang perubatan di IPTA adalah seramai 7,239 orang dan pada
tahun 2011 pula adalah seramai 7,764 orang. Kemasukan pelajar di IPTS
pada tahun 2010 adalah seramai 20,798 orang dan pada tahun 2011
adalah seramai 9,380 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perbadanan Tabung Pendidikan


Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan pelbagai kaedah dan
pendekatan yang fleksibel termasuklah langkah dalam menyenarai hitam
peminjam tegar setelah pelbagai langkah peringatan agar membayar balik
pinjaman tidak dipedulikan oleh peminjam. Proses penyenaraian hitam
ke atas peminjam tidak sewenang-wenangnya diambil dan ia merupakan
tindakan terakhir selepas peminjam masih gagal membuat bayaran balik
atau tampil berunding. Tindakan yang diambil sebelum proses senarai
hitam adalah seperti berikut:-

IPTA yang mempunyai kemasukan pelajar perubatan tertinggi pada


tahun 2011 adalah UiTM, diikuti oleh USM, UKM dan UIAM. Manakala
kemasukan tertinggi di IPTS pula adalah di Universiti Terbuka Malaysia,
diikuti oleh Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) dan
Kolej Universiti Nilai.

168

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

i. Notis tuntutan dengan jadual bayaran balik akan dihantar kepada


peminjam setelah tamat tempoh enam (6) bulan bagi memaklumkan
tanggungjawab mereka untuk memulakan bayaran balik;

169

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ii. Sekiranya dalam tempoh 60 hari selepas notis tuntutan di atas,


PTPTN masih tidak menerima bayaran balik atau sebarang maklum
balas, notis peringatan pertama akan dikeluarkan. Sekiranya pada 60
hari berikutnya peminjam masih ingkar, maka notis peringatan kedua
pula akan dikeluarkan. Notis peringatan terakhir dikeluarkan melalui
panel peguam yang dilantik jika selepas 3 bulan peminjam didapati
masih ingkar; dan
iii. Sekiranya peminjam masih lagi mengabaikan tanggungjawab mereka
selepas 3 bulan menerima notis peringatan terakhir ini, langkah
seterusnya ialah dengan menghantar Letter of Demand, yang juga
dikendalikan oleh panel peguam bagi memberi peluang terakhir
kepada peminjam melunaskan kesemua jumlah ansuran bulanan
yang tertunggak. Peminjam yang bertanggungjawab sepatutnya
menampilkan diri atau berhubung dengan pihak PTPTN selepas
menerima notis-notis peringatan di atas (empat notis peringatan
kesemuanya). Pada peringkat ini peminjam masih boleh berunding
bagi menyelesaikan jumlah pinjaman yang tertunggak.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

tindakan larangan keluar negara yang diambil oleh PTPTN bukanlah


tindakan yang dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberikan
ruang kepada peminjam.
PTPTN telah melaksanakan penyenaraian hitam peminjam melalui
Jabatan Imigresen Malaysia bagi peminjam IPTA/IPTS mulai pada tahun
2008. Sehingga 30 April 2012, seramai 132,801 peminjam telah disenarai
hitam. Daripada jumlah tersebut seramai 26,119 peminjam telah membuat
bayaran balik melibatkan jumlah bayaran balik sebanyak RM183.67 juta.
Peminjam yang telah dikenakan tindakan senarai hitam oleh PTPTN, akan
mendapat dua (2) implikasi jangka panjang iaitu tidak akan dibenarkan
untuk memohon atau memperbaharui pasport dan peminjam juga tidak
akan dibenarkan keluar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Walau
bagaimanapun, peminjam dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih
dahulu dengan PTPTN melalui laman web PTPTN atau menghubungi
PTPTN di talian hotline 03-2080 4455 sebelum ke luar negara bagi
memastikan segala urusan peminjam berjalan lancar.

Sekiranya peminjam masih gagal memberi maklum balas pada peringkat


ini, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen untuk disenarai
hitam. Selanjutnya, sekiranya masih ingkar lagi, PTPTN akan meneruskan
tindakan undang-undang dengan memfailkan saman ke mahkamah untuk
mendapatkan penghakiman sekaligus menuntut kesemua baki pinjaman.
Namun demikian, PTPTN masih mengambil pendekatan yang berlembut
(soft approach) dan mesra pelanggan. Peminjam yang terlibat masih
boleh merundingkan pendahuluan bayaran balik yang boleh dibayar dan
komitmen bayaran ansuran bulanan seterusnya bagi pelepasan daripada
senarai hitam. Langkah yang telah dinyatakan memperlihatkan bahawa

170

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

171

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN
TARIKH
: 14 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN
: NO. 8

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sebanyak RM 7,300 termasuk kos pengangkutan. Secara keseluruhan,


pelajar politeknik telah didedahkan kepada peluang-peluang latihan
lanjutan yang disediakan di RTC terutamanya bagi mereka yang berhasrat
untuk melibatkan diri dalam bidang agrobisnes dengan mendapat
kemudahan mikro kredit yang disediakan.

Dato Dr Haji Mohd Hayati bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada
Politeknik untuk pelajar menghadiri program Rural Transformation Centre
di Kota Bharu pada 4 Mei 2012 di seluruh Kelantan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penglibatan pelajar politeknik
dalam pelancaran program Rural Transformation Centre (RTC) di Kota
Bharu pada 4 Mei 2012 bertujuan memberi peluang secara langsung
kepada mereka untuk mengetahui tentang kemudahan dan perkhidmatan
yang disediakan di RTC Kota Bharu. RTC berfungsi sebagai pusat
integrasi perkhidmatan yang meliputi perkhidmatan pengumpulan,
pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans,
khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan
dan ruang niaga.
Untuk makluman, penyertaan pelajar politeknik terdiri dari tujuh (7) buah
politeknik iaitu melibatkan seramai lebih kurang 280 orang. Anggaran
jumlah perbelanjaan Politeknik bagi pelajar menghadiri program RTC ialah

172

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

173

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN KHALID BIN ABDUL SAMAD
14 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 14

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak
boleh dimansuhkan sedangkan ianya merupakan jumlah yang kecil
berbanding Belanjawan Negara.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan untuk menubuhkan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibuat oleh
Jemaah Menteri pada 18 September 1996 dan PTPTN mula beroperasi
pada 1 November 1997. Antara asas penubuhan PTPTN adalah untuk
menyokong dasar RMKe-7 yang menumpukan kepada penyediaan
sumber manusia yang mantap dan mencukupi bagi menampung
pertumbuhan ekonomi, khususnya menjadikan Malaysia sebagai
negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat kerajaan adalah untuk
memastikan sekurang-kurangnya 50% penduduk berumur 17-23 tahun
memasuki pendidikan tertiari pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat
ini, penambahan tempat pengajian dilaksanakan di IPTA, Politeknik dan
IPTS. Bagi mengatasi masalah peruntukan untuk biasiswa yang terhad,
PTPTN telah diwujudkan dan telah memberikan sumbangan yang besar

174

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ke arah peningkatan jumlah pelajar di IPT tempatan.


Sebenarnya langkah Kerajaan memperkenalkan PTPTN adalah langkah
yang lebih terkehadapan. Sebelum wujud PTPTN, pada pertengahan
1990-an dahulu, pelajar-pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian
ke peringkat pengajian tinggi hanya sekitar 27,000 orang sahaja.
Selepas PTPTN diwujudkan, skim pembiayaan pinjaman PTPTN telah
membolehkan seramai 227,000 pelajar untuk masuk universiti.
Sebenarnya di peringkat tertiari, Kerajaan telah memberi subsidi bagi
yuran yang dikenakan kepada pelajar. Umpamanya, kos program
pengajian perubatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebelum
subsidi adalah RM166,000 tetapi pelajar hanya membayar yuran
sebanyak RM9,000 sahaja, yang mana 94.6 peratus telah diberikan
subsidi oleh kerajaan. Bagi program kejuruteraan pula, kadar yuran yang
sepatutnya adalah RM61,200, manakala yuran yang dibayar oleh pelajar
hanya RM5,600 sahaja iaitu 90 peratus diberi subsidi oleh kerajaan. Bagi
program farmasi pula kos sebenar adalah dalam lingkungan RM51,000
dan pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM6,800 sahaja.
Untuk makluman juga, yuran yang dikenakan oleh IPTA ini tidak pernah
dinaikkan sejak tahun 1990-an lagi.
Perkongsian bebanan kewangan antara kerajaan khususnya pembayar
cukai yang menyumbang kepada dana PTPTN dan pelajar yang
mendapat kemudahan pembiayaan PTPTN perlu digalakkan. Sehingga
tahun 2012, sejumlah RM25.7 bilion telah dipinjam oleh Kerajaan untuk
dana pinjaman pendidikan PTPTN dengan kos lebih kurang 4% setahun.
Jumlah kos dana yang ditanggung oleh Kerajaan adalah sebanyak
RM11.2 bilion. Adalah wajar untuk pelajar yang menikmati kemudahan

175

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pembiayaan menyumbang untuk menampung operasi PTPTN khususnya


dan Kerajaan amnya serta mengambil kira sebahagian pembayar cukai
yang menyumbang kepada dana kerajaan tidak menikmati kemudahan
pembiayaan PTPTN.
Dengan unjuran kemasukan pelajar ke IPTA pada tahun 1997, seramai
37,000 orang dan yang mampu disediakan biasiswa adalah sekitar
26,000 orang sementara bakinya dibiayai oleh PTPTN. Sekiranya
Kerajaan terus bergantung hanya kepada biasiswa, jumlah yang mampu
dibiayai hanya 26,000 orang setahun, maka ramai pelajar yang berjaya
ke IPT tiada penajaan. Ini akan menjejaskan matlamat bagi memastikan
50% penduduk berumur 17-23 tahun meneruskan pengajian di peringkat
tertiari.
Dengan jumlah dana yang terhad, Kerajaan perlu mengagihkan secara
bijaksana untuk pelbagai keperluan pengurusan, pembangunan modal
insan dan pembangunan fizikal. Namun begitu beberapa langkah telah
diambil bagi meringankan bebanan pelajar, antaranya ialah:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

mulai Januari 2010 sebagaimana pengumuman YAB Perdana Menteri


semasa sesi pembentangan Bajet 2010 yang lalu. Langkah ini
adalah atas keprihatinan Kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar
cemerlang di IPT dan menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap
usaha melahirkan modal insan yang berilmu, galakan kepada pelajar
serta hasrat Kerajaan memberi ganjaran kepada peminjam yang
cemerlang dalam pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi meneruskan pengajian di peringkat tertiari dan mendapatkan
kemudahan pembiayaan PTPTN adalah suatu pilihan, bukannya
paksaan. Pelajar boleh memilih untuk memasuki pengajian tinggi dan
memohon kemudahan PTPTN. Setelah mereka meminjam, maka mereka
wajib membayar balik mengikut peraturan yang ditetapkan. Namun,
Kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji dan mempertimbangkan bagi
mengurangkan bebanan kewangan pengajian tinggi yang dihadapi oleh
rakyat dari semasa ke semasa.

i. Kos pentadbiran pinjaman pendidikan PTPTN telah diturunkan


daripada 4% kepada 3% mulai 2004 dan selanjutnya kepada 1%
pada Jun 2008. Kos dana yang perlu ditanggung oleh Kerajaan
adalah antara lebih besar iaitu antara 4% - 5% setahun.
ii. PTPTN juga telah melaksanakan dasar pinjaman boleh ubah
(pengecualian bayaran balik) bagi peminjam yang memperolehi Ijazah
Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf mulai tahun
2003 sebelum dihentikan pada 1 Julai 2005 berikutan kedudukan
kewangan PTPTN yang terhad. Dasar ini telah diperkenalkan semula

176

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

177

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ
14 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 18

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang diambil masuk
untuk kursus Pembantu Makmal Perubatan oleh IPTS-IPTS pada tahun
2011. Senaraikan 10 IPTS dengan bilangan kemasukan pelajar Pembantu
Makmal Perubatan yang tertinggi dengan menyatakan bilangan untuk
tiap-tiap IPTS.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK MD. SIRAT BIN ABU
14 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 87

Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan:(a) berapa ramaikah mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi Bersih
3.0; dan
(b) apakah tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa universiti
yang terlibat secara langsung dan melanggar undang-undang dalam
demonstrasi tersebut.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, bilangan
kemasukan pelajar bagi kursus Pembantu Makmal Perubatan di IPTS
adalah seramai 893 pelajar. Daripada jumlah tersebut, kemasukan ke
Kolej Masterskill Kampus Metro Kota Kinabalu adalah tertinggi iaitu 154
pelajar, diikuti Kolej Universiti SEGi dengan 124 pelajar, Kolej I-Systems
Kuching seramai 116 pelajar, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
(CUCMS) seramai 80 pelajar, Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan Shah
Alam seramai 78 pelajar; Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan
Bersekutu seramai 55 pelajar; Kolej Vision seramai 49 pelajar; Kolej
Masterskill (Kampus Metro Kuching) seramai 44 pelajar; Kolej Islam Sains
dan Teknologi seramai 38 pelajar; dan Kolej PTPL Seremban seramai 38
pelajar .

178

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Yang di-Pertua,


(a) Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima senarai nama seramai
152 orang yang disyaki pelajar daripada pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28
April 2012. Senarai nama tersebut telah dipanjangkan kepada semua
IPTA untuk pengesahan.

179

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atas semangat autonomi yang
diberikan kepada IPTA, maka IPTA masing-masing boleh menentukan
bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang didapati
melanggar peraturan kelakuan dan tatatertib.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO MOHD JIDIN BIN SHAFEE
18 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 9

Dato Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah penuntut yang diambil tindakan atas pelbagai
kesalahan mengikut pecahan universiti awam di negara ini dan sejauh
manakah keberkesanan di sebalik tindakan yang telah diambil itu.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data yang diperolehi
daripada setiap 20 buah IPTA, bilangan pelajar yang dikenakan tindakan
tatatertib bagi tahun 2011 ialah seramai 637 orang. Daripada jumlah
tersebut, Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil tindakan ke
atas seramai 459 orang pelajarnya; Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) seramai 55 orang; Universiti Malaya (UM) seramai 40
orang; Universiti Malaysia Sabah (UMS) seramai 29 orang; dan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seramai 12 orang.

180

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

181

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, jumlah tinggi yang direkod
dalam UMP ialah berkaitan kesalahan jalan raya. Seramai 431 orang
telah dikesan melakukan kesalahan lalu lintas termasuk tidak membawa
lesen memandu. Walau bagaimanapun, jenis kesalahan paling tinggi
berlaku dalam IPTA ialah kecurangan akademik, iaitu membawa nota,
meniru, cubaan meniru, menipu dalam peperiksaan dan sebagainya yang
merekodkan sebanyak 113 kes.
Secara keseluruhannya jika dibandingkan dengan bilangan enrolmen
pelajar di sesebuah IPTA, bilangan pelajar yang terlibat dengan masalah
disiplin adalah rendah dan terkawal. Berdasarkan maklum balas daripada
IPTA juga, kes-kes kesalahan berulang adalah rendah di mana pelajar yang
telah dikenakan tindakan kebiasaannya tidak lagi mengulangi kesalahan
tersebut. Pihak IPTA juga sentiasa mengadakan ceramah bagi memberi
kesedaran kepada pelajar dalam mengurangkan masalah disiplin.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI AHMAD BIN KASIM
18 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 32

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tujuan pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) diminta menandatangani kontrak yang mengandungi
apa yang patut dibuat dan larangan di kampus, untuk kemasukan sesi
akan datang. Sila jelaskan apakah terma-terma kontrak tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU) untuk membenarkan pelajar terlibat dalam politik
di luar kampus telah dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada
19 April 2012 dan di Dewan Negara pada 10 Mei 2012. Selaras dengan
pindaan AUKU, bagi mengawal selia penglibatan pelajar dan persatuan
pelajar dalam aktiviti politik kepartian di dalam kampus, satu mekanisme
melalui perjanjian antara pelajar dan IPT akan dilaksanakan. Dalam hal
ini, satu perjanjian akan digubal selari dengan prinsip natural justice
dalam menangani isu pecah kontrak yang tertakluk kepada tindakan
tatatertib. Instrumen kontrak ini digubal untuk mengekalkan kebercualian
dalam kampus melalui pengawalan penglibatan pelajar dalam aktiviti
politik kepartian di dalam kampus. Walau bagaimanapun, terma-

182

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

183

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

terma berhubung pengawalan tersebut sedang dalam perincian pihak


jawatankuasa. Kontrak tersebut akan melibatkan pelajar sedia ada dan
juga pelajar baru yang bakal mendaftar di IPT.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
18 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 62

Dato Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a) jumlah hutang pendidikan yang ditanggung oleh mahasiswa di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) secara berasingan yang meminjam daripada
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga
kini; dan
(b) berapakah jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS secara berasingan yang
sedang membayar hutang tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah
meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada seramai 1.97
juta peminjam dengan amaun sebanyak RM44.01 bilion sehingga
pelajar tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta
(69.0%) peminjam adalah terdiri daripada pelajar IPTA melibatkan jumlah

184

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

185

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pinjaman/pembiayaan sebanyak RM23.6 bilion dan sebanyak 0.61 juta


pelajar (31.0%) terdiri daripada pelajar IPTS yang melibatkan jumlah
pinjaman/pembiayaan RM20.4 bilion.
Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam
PTPTN ialah sebanyak RM6.70 billion melibatkan 1.02 juta peminjam.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3.24 bilion telah berjaya dikutip
melibatkan seramai 763,488 peminjam.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
18 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 89

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan tindakan tegas yang diambil ke atas
pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat menyertai
perhimpunan haram Bersih 3.0 sekali gus telah menghina perintah
mahkamah.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
telah menerima senarai nama seramai 152 orang yang disyaki pelajar
daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditangkap semasa
perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Senarai nama tersebut
telah dipanjangkan kepada semua IPTA untuk pengesahan. Berdasarkan
semangat autonomi yang diberikan, maka IPTA masing-masing boleh
menentukan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang
didapati melanggar peraturan kelakuan dan tatatertib.

186

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

187

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR MICHEAL JEYAKUMAR DEVARAJ
19 JUN 2012 (SELASA)
NO. 57

Dr Micheal Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang harus diambil
sebelum sesebuah universiti diberi izin memulakan kursus perubatan
(kursus melatih doktor).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua permohonan baru untuk
menjalankan program Perubatan perlu melalui proses penilaian bersama
oleh Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council, MMC) dan
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).
Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) perlu membuat permohonan melalui
MQA dan disaring di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Penilaian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Garis Panduan dan
Standard yang ditetapkan oleh MMC.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memastikan perancangan dan persediaan awal telah disediakan sebelum


program boleh dijalankan. Ulasan ahli panel penilai terhadap program
tersebut perlu disediakan dalam bentuk laporan bertulis.
Laporan penilaian yang disediakan oleh Pasukan Panel Penilai akan
dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Pengajian
Perubatan (JTPPP). JTPPP yang dibentuk diwakili oleh wakil-wakil
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPT, MMC, MQA dan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keputusan dan syor JTPPP akan
dipanjangkan oleh MMC kepada MQA dan KPT. Kebiasaannya, tempoh
proses penilaian mengambil masa kurang dari 6 bulan.
Pemantauan dari masa ke semasa juga akan dijalankan oleh MMC dan
MQA. Kebiasaannya pemantauan ini dijalankan dengan mengadakan
lawatan susulan ke PPT antara 2-3 kali iaitu sebelum pengambilan pertama
pelajar, semasa pelajar melalui pengajian pra-klinikal dan semasa pelajar
menjalani latihan klinikal. Ini adalah bagi memastikan PPT membuat
penambahbaikan dan telah memenuhi keperluan MMC sebelum melalui
proses penilaian Akreditasi.

Setiap permohonan akan dinilai oleh sekumpulan panel penilai yang


ditetapkan oleh MMC. Penilaian permohonan dibuat berdasarkan
dokumen database (9 area) yg disediakan oleh PPT berdasarkan format
yang ditetapkan oleh MMC dan disusuli dengan lawatan penilaian bagi

188

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

189

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN DING KUONG HIING
19 JUN 2012 (SELASA)
NO. 87

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan rancangan Kerajaan menubuhkan sebuah pusat
pengajian tinggi di Sarikei.

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK ABD.RAHMAN BIN BAKRI
19 JUN 2012 (SELASA)
NO. 101

JAWAPAN

Datuk Abd.Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk milik Kerajaan Negeri tidak
mengenakan bayaran bagi menyemak status permohonan kemasukan ke
IPT.

Tuan Yang di-Pertua,

JAWAPAN

Pada masa ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tiada peruntukan


bagi menubuhkan pusat pengajian tinggi di Sarikei. Sebenarnya negeri
Sarawak telah mempunyai sembilan (9) IPT di bawah KPT iaitu Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS), Politeknik Kuching, Politeknik Mukah, Kolej Komuniti Kuching,
Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Miri, Kolej Komuniti Cawangan
Santubong dan Kolej Komuniti Cawangan Betong.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi menyemak status
permohonan kemasukan pelajar ke IPTA. Namun, bagi memperluas dan
memperbanyakkan kemudahan saluran semakan, Kementerian turut
melantik syarikat komunikasi yang mengenakan caj sebanyak 20 sen
bagi semakan melalui sms.
Walau bagaimanapun, KPT dimaklumkan bahawa pihak KUIN telah
mensyaratkan pembayaran wang proses bagi permohonan baru
bagi kemasukan ke KUIN dengan kadar sebanyak RM25 bagi pelajar
tempatan dan RM150 bagi pelajar antarabangsa. Pembayaran wang
proses mula dilaksanakan bagi kemasukan Jun 2012. Jika pemohon

190

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

191

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

tidak menjelaskan wang proses, pemohon tidak dapat menyemak


status permohonan kemasukan ke KUIN. Pengenaan wang proses bagi
permohonan kemasukan ke IPT adalah tidak menyalahi peraturan yang
ditetapkan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN AMRAN BIN AB GHANI
TARIKH
: 20 JUN 2012 (RABU)
SOALAN

: NO. 12

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a) apakah tujuan Kerajaan mensyaratkan ibu bapa menyimpan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum mendapat
pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN), dari 2008 hingga 2011 dan berapakah jumlah yang
terkumpul; dan
(b) adakah Kerajaan menggunakan wang simpanan SSPN sebagai wang
pinjaman kepada PTPTN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu instrumen
simpanan yang direka khas oleh PTPTN untuk ibubapa menabung bagi
tujuan pembiayaan pendidikan tinggi anak-anak. Ia sekaligus akan
membantu ibu bapa mengatasi kesulitan dan masalah kewangan apabila
anak-anak mereka diterima masuk ke institusi pengajian tinggi. SSPN
telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada 6 Ogos 2004.

192

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

193

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pada Januari 2008, setiap pelajar perlu mempunyai akaun SSPN sebelum
layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan simpanan minimum
serendah RM20.00. Syarat ini bertujuan untuk menggalak dan menyemai
budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi persediaan pendidikan
tinggi anak-anak di masa hadapan. Akaun SSPN boleh dibuka oleh ibu
bapa untuk anak-anak seawal usia kelahiran.
Walau bagaimanapun, syarat ini ditangguhkan sementara mulai Mei 2009
bagi membolehkan pemantapan sistem pengurusan SSPN dilaksanakan
sepenuhnya. Sehubungan itu, mulai 1 Januari 2012, PTPTN telah
menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib di dalam SSPN untuk
melayakkan pelajar memohon pinjaman PTPTN. Pelaksanaan syarat wajib
menyimpan di dalam SSPN untuk kelayakan pembiayaan pendidikan
ini merupakan sumbangan PTPTN untuk membantu meningkatkan
kesedaran dan budaya menabung dikalangan ibu bapa serta masyarakat
bagi kepentingan pendidikan anak-anak di masa hadapan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

berjumlah sebanyak RM40.95 juta.


Tuan Yang di-Pertua,
Mengenai pertanyaan sama ada Kerajaan menggunakan wang simpanan
SSPN sebagai wang pinjaman PTPTN, dimaklumkan bahawa Kerajaan
tidak menggunakan wang simpanan SSPN sebagai wang pinjaman/
pembiayaan kepada pelajar.

Sehingga 30 April 2012, SSPN telah berjaya mengumpul deposit


sebanyak RM612.53 juta dengan bilangan akaun dibuka sebanyak 1.25
juta. Manakala, prestasi deposit bagi tahun 2008 hingga 2011 adalah
masing-masing RM130.04 juta bagi tahun 2008, RM118.04 bagi tahun
2009, RM106.49 bagi tahun 2010 dan RM142.24 bagi tahun 2011. SSPN
juga telah disahkan sebagai produk patuh syariah menggunakan kontrak
Wakalah Bil Istithmar berkuat kuasa pada30 November 2011.
Didalam usaha PTPTN memupuk budaya menabung dikalangan warga
negara Malaysia, deposit SSPN turut diberi dividen yang kompetitif dan
dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sehingga 2011, pembayaran
dividen telah dibuat kepada pendeposit dimana melibatkan peruntukan

194

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

195

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN
20 JUN 2012 (RABU)
NO. 13

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah bagi memastikan
46,698 lepasan SPM yang ditawarkan memasuki program asasi dan
diploma tidak menghadapi masalah untuk membayar yuran pengajian dan
sejauh manakah bantuan kewangan pelajar asasi IPTA yang disediakan
mampu meringankan beban pelajar.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2005, Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil alih tanggungjawab daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melaksanakan program
bantuan kewangan kepada pelajar lepasan SPM untuk mengikuti
pengajian bertaraf Asasi di sembilan (9) IPTA iaitu di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

196

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pelajar yang telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di


peringkat Asasi, akan diberi bantuan kewangan sebanyak RM1,960.00
bagi setiap semester yang meliputi Elaun Wang Saku sebanyak
RM1,250.00, Yuran Pengajian sebanyak RM350.00 dan Yuran Penginapan
sebanyak RM360.00. Selain itu, bagi pelajar yang berasal dari Sabah dan
Sarawak yang mendapat tawaran IPTA di Semenanjung Malaysia, akan
diberikan bantuan tiket penerbangan perjalanan pergi dan balik sebanyak
sekali sepanjang pengajian. Yuran pengajian dan yuran penginapan
akan dibayar terus kepada pihak universiti berdasarkan tuntutan invois.
Manakala elaun wang saku akan dibayar kepada pelajar melalui Bendahari
Universiti.
Bagi pelajar di peringkat Diploma pula, para pelajar boleh memohon
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang diwujudkan bertujuan untuk
memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti
pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini
akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran
pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka
di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua
golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan
tinggi.
Dalam usaha untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar
yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke IPTA, Kerajaan melalui PTPTN
telah melaksanakan pemberian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
kepada para pelajar. Ia telah dilaksanakan mulai tahun 1999 hingga kini.
Sehingga 30 April 2012, sebanyak 553,913 waran WPP telah ditunaikan
dengan jumlah sebanyak RM812 juta. Daripada jumlah tersebut, bagi
kemasukan ke IPT sesi Mei/ Jun 2012 ini sahaja melibatkan seramai

197

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

32,777 orang pelajar dengan peruntukan berjumlah RM49 juta.


Bantuan kewangan yang disediakan ini diharap dapat meringankan
bebanan keluarga terutama pada mereka yang kurang berkemampuan
untuk bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan serta elaun wang
saku sekaligus membantu pelajar untuk meneruskan pengajian mereka.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK RAIME BIN UNGGI
20 JUN 2012 (RABU)
NO. 19

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) sehingga 11 Jun 2012 dan nyatakan jumlah tunggakan
balik pinjaman bagi tempoh berkenaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, bilangan
peminjam yang telah menerima pinjaman/pembiayaan pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah seramai
1.97 juta orang dengan jumlah pinjaman/pembiayaan sebanyak RM44.01
bilion sehingga tamat pengajian.
Sehingga 30 April 2012, jumlah tunggakan bayaran balik adalah
sebanyak RM3.46 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.77
bilion adalah jumlah tunggakan daripada peminjam yang telah membayar
balik pinjaman tetapi dibenarkan membuat bayaran balik dengan ansuran
bulanan lebih rendah daripada ansuran sebenar. Manakala, sebanyak
RM1.69 bilion tunggakan adalah daripada seramai 258,056 peminjam
yang tidak pernah membuat bayaran balik.

198

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

199

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
20 JUN 2012 (RABU)
NO. 43

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklum balas dari Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) terhadap Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dan berapa nisbah bahasa-bahasa rujukan Bahasa
Melayu berbanding Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Berdasarkan objektif strategik kedua, iaitu mengukuhkan Bahasa Melayu


dalam penyelidikan dan penerbitan, Kementerian telah menggalakkan
setiap ahli akademik di setiap IPT untuk menyebar luas bahan akademik
terutamanya dalam Bahasa Melayu melalui pelbagai medium penerbitan
ilmiah, seperti penghasilan bahan ilmiah secara perkongsian dan
berpasukan, individu, penterjemahan dan sebagainya.
Perwujudan pelan ini telah disambut baik oleh pihak IPTA memandangkan
ia memberikan nilai tambah dan pengiktirafan kepada Bahasa Melayu itu
sendiri. Sehingga Mei 2012, terdapat lebih kurang 350,000 bahan rujukan
di dalam Bahasa Melayu berbentuk buku, jurnal, monograf, e-books dan
tesis di lima (5) buah Universiti Penyelidikan (RU) iaitu USM, UM, UKM,
UPM dan UTM. Manakala bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris pula
dianggarkan sebanyak 2,500,000 buah dan lain-lain bahasa sebanyak
150,000 buah buku.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) telah merangka pelbagai usaha bagi memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pelan
Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di
Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada Oktober 2011 yang lalu.
Pelan ini mempunyai empat objektif strategik iaitu mengukuhkan Bahasa
Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran, mengukuhkan Bahasa
Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan, meningkatkan pengiktirafan
akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu dan meningkatkan
pengantarabangsaan bahasa Melayu. Pelaksanaan pelan ini adalah bagi
tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2015.

200

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

201

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI AHMAD BIN KASIM
20 JUN 2012 (RABU)
NO. 107

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Para pelajar sebenarnya telah banyak diberi kebebasan, ini dibuktikan


dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi
membenarkan pelajar terlibat dalam politik di luar kampus yang telah
dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 19 April 2012 dan di
Dewan Negara pada 10 Mei 2012.

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengenai pemburuan seramai 22
pelajar institusi pengajian tinggi yang menyertai Perhimpunan Bersih
3.0, lantas menyekat autonomi para pelajar dan menafikan hak asasi
kebebasan berhimpun kepada mereka sepertimana yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) tidak membuat sebarang pemburuan terhadap pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai Perhimpunan Bersih 3.0. Perkara
ini sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM). PDRM bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undangundang negara yang berkaitan. Dalam hal ini KPT menyokong penuh
tindakan PDRM untuk membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja
termasuk pelajar jika mereka melanggar undang-undang negara.

202

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

203

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN
21 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 46

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a) Jumlah angka penglibatan pelajar IPTA yang terlibat dalam acara
demonstrasi BERSIH 3.0 pada baru-baru ini; dan
(b) Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian dalam
memastikan para pelajar IPTA tidak terlibat dengan anasir tidak
bertanggungjawab seperti demonstrasi tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(b) Sebenarnya, terdapat pelbagai program atau aktiviti yang telah


dilaksanakan dalam membangunkan sahsiah pelajar, agar mereka
menjadi pelajar yang berhemah, jati diri yang tinggi, yakin diri,
berketerampilan dan berdaya global. Tujuan program tersebut juga
untuk meningkatkan semangat patriotisme dan menyayangi tanah
air serta mementingkan perpaduan negara. Antara program tersebut
ialah Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Program National Blue
Ocean Strategy (5&6), Pemimpin Hebat dalam Kalangan Pelajar
IPTA (EAGLE), Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Piala Perdana Menteri, Program Interaksi Mahasiswa 1 Malaysia dan
Program Inovasi Ke arah Masyarakat Sejahtera. Program-program
ini adalah berdasarkan 8 teras seperti berikut:
a. Teras Kesukarelawan
b. Teras Sukan;
c. Teras Pengucapan Awam;
d. Teras Kebudayaan;
e. Teras Keusahawanan;
f. Teras Inovasi;
g. Teras Khidmat Komuniti; dan
h. Teras Komunikasi.

(a) Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima senarai nama seramai


152 orang yang disyaki pelajar daripada pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April
2012. Senarai nama tersebut telah dipanjangkan kepada semua IPTA
untuk pengesahan. Berdasarkan semangat autonomi yang diberikan,
maka IPTA masing-masing boleh menentukan bentuk tindakan yang
akan diambil terhadap pelajar yang didapati melanggar peraturan
kelakuan dan tatatertib.

204

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

205

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATIN LINDA TSEN THAU LIN
21 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 48

Datin
Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah buah institusi pengajian
tinggi telah membuat rancangan untuk membina kampus di Educational
Hub di Sungai Batang di Sandakan dan apakah kedudukan pelaksanaan
rancangan ini.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO HAJI MUHFUZ BIN OMAR
21 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 70

Dato Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan konsesi pembangunan UiTM
secara Private Finance Initiative (PFI) yang telah dianugerahkan dan
menyatakan nama-nama syarikat tersebut serta status projek tersebut.
JAWAPAN

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini telah terdapat
beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Hab Pendidikan
Sandakan iaitu Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah
(UMS), Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan kampus Universiti


Teknologi MARA (UiTM) melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)
dilaksanakan mengikut fasa. Fasa pertama merangkumi pembangunan
UiTM Pasir Gudang, Johor; UiTM Jasin, Melaka; UiTM Seremban, Negeri
Sembilan; UiTM Kota Samarahan, Sarawak; UiTM Tapah, Perak; dan
UiTM Puncak Alam, Selangor. Manakala, fasa kedua pula meliputi UiTM
Dengkil, Selangor; UiTM Raub, Pahang; UiTM Mukah, Sarawak; UiTM
Rembau, Negeri Sembilan; Kompleks Alam Bina & Seni Reka UiTM
Puncak Alam, Selangor; dan Institut Latihan UiTM Nilai, Negeri Sembilan.
Setakat ini, kesemua enam (6) projek pembangunan UiTM secara PFI
bagi fasa pertama masih dalam pembinaan.

206

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

207

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HASBI BIN HABIBOLLAH
21 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 104

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apakah Kerajaan akan mengiktiraf kelulusan
Bachelor Of Technology
sebagai satu cabang kemahiran dan
mempunyai lembaganya tersendiri.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR
25 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 62

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar institusi pengajian tinggi awam
(mengikut universiti) yang ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti
pelacuran dan nyatakan langkah-langkah Kementerian untuk
mencegahnya.

JAWAPAN
JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini program pengajian
dalam bidang teknologi di IPTA, umpamanya Bachelor of Technology
(Environment) UMT, Bachelor of Technology (Honours) Bioprocess) USM,
Bachelor of Technology (Construction) UTHM, Bachelor of Technology
Management (Hons) UUM dan Bachelor of Technology with Education
(Living Skills) UTM telah mendapat akreditasi penuh daripada MQA.
Penubuhan Malaysian Board of Technology (MBOT) pula, kini di peringkat
akhir pemurnian. MBOT bertujuan mengiktiraf dan mengawal selia
profesion Kejuruteraan Teknologi dan Juruteknik yang akan membantu
mempercepatkan pengiktirafan profesion berkaitan kemahiran dan
teknologi. Pengiktirafan profesion ini akan menggalakkan institusi
pengajian tinggi dan institusi TVET menawarkan kursus berkaitan teknologi
bagi mendukung hasrat negara untuk menjadi negara berpendapatan
tinggi dan maju selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi.

208

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Yang di-Pertua,


Berdasarkan data dan maklumat di Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), sehingga kini tiada kes pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) ditangkap kerana melacur. KPT melalui IPTA sentiasa memantau
pergerakan pelajar bagi mengatasi apa jua kes perlanggaran disiplin
termasuk kes melacur diri. Pihak Kementerian telah melaksanakan
langkah pencegahan seperti berikut:
i. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang/peraturan disiplin
pelajar di semua IPTA;

209

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ii. Melaksanakan program-program pembangunan pelajar berasaskan


8 teras utama yang diadakan oleh KPT yang merangkumi Teras
Kesukarelawan; Teras Sukan; Teras Pengucapan Awam; Teras
Kebudayaan; Teras Keusahawanan; Teras Inovasi, Teras Khidmat
Komuniti dan Teras Komunikasi;
iii. Melaksanakan program khusus bagi mencegah masalah sosial
pelajar seperti:
a. Mengadakan aktiviti yang bercorak keagamaan, kaunseling dan
kemasyarakatan melalui Pusat Islam dan persatuan-persatuan
pelajar;

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
25 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 68

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan status dan jumlah perbelanjaan yang
digunakan untuk pembangunan Kolej Komuniti di Parlimen Balik Pulau.
JAWAPAN

b. Mengadakan kuliah ilmu;

Tuan Yang di-Pertua,

c. Mengadakan forum dan ceramah;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesuatu sesuatu


Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), Politeknik mahupun Kolej Komuniti perlu mengambil kira pelbagai
aspek seperti keperluan guna tenaga negara, keperluan strategik
pembangunan negara dan keupayaan pembiayaan Kerajaan.

d. Mengadakan kempen kesedaran HIV-Aids;


e. Mengadakan program cara hidup sihat anjuran Pusat Sejahtera
Pelajar;
f. Menjalankan program Mentor Rakan Sebaya; dan
g. Melaksanakankan pemantauan keselamatan yang berterusan
termasuk yang melibatkan pergerakan pelajar, pemantauan
media sosial dan pemantauan melalui rakan sebaya.

210

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terus berusaha untuk


meningkatkan akses di pelbagai peringkat pengajian termasuk pengajian
di kolej komuniti. Pada masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk
menubuhkan kolej komuniti di Parlimen Balik Pulau. Di Pulau Pinang telah
terdapat 3 (tiga) buah Kolej Komuniti Induk dan 3 (tiga) buah Kolej Komuniti
Cawangan iaitu Kolej Komuniti Kepala Batas; Kolej Komuniti Bayan Baru;
Kolej Komuniti Seberang Jaya; Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam;
Kolej Komuniti Cawangan Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Cawangan
Tasek Gelugor.

211

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kolej Komuniti sedia ada mampu memberi peluang pendidikan dan latihan
kepada para lepasan sekolah menengah di Pulau Pinang yang tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi yang lain. Malahan,
terdapat kolej komuniti tersebut masih beroperasi di bawah kapasiti
bilangan pelajar yang sebenar, umpamanya Kolej Komuniti Bayan Baru
mempunyai keupayaan kapasiti menampung bilangan pelajar seramai
360 orang, namun enrolmen semasa pelajar pada Mei 2012 adalah hanya
seramai 47 orang.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI ONG KA CHUAN
25 JUN 2012 (ISNIN)
NO. 100

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) apakah impak dasar pengantarabangsaan Pengajian Tinggi kepada
negara akan mendatangkan lebih banyak kesan positif berbanding
negatif; dan
(b) apakah tindakan Kementerian untuk menangani usaha IPTA yang
semata-mata mengejar ranking tanpa mengambil kira, isu sosio
budaya, pembangunan kapasiti dan keperluan pembangunan modal
insan negara.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian
Tinggi sememangnya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai
hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa.
Teras kelima, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu
Mempergiat Pengantarabangsaan, menyokong agenda untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi bagi mencapai

212

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

213

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sasaran 150,000 pelajar antarabangsa pada 2015 dan 200,000


pelajar antarabangsa menjelang tahun 2020.

ii. Menjana sumber pendapatan kepada IPTS melalui pembayaran


yuran pengajian;

Tahun 2011 mencatatkan seramai 71,101 orang pelajar antarabangsa


yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara. Kedatangan
pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di negara ini telah
menyumbang pelbagai faedah kepada negara, antaranya ialah:

iii. Meningkatkan keupayaan IPTA dan IPTS melalui peningkatan kualiti


dan kuantiti ahli akademik, R&D, tadbir urus, kepimpinan, pengajaran
dan pembelajaran; dan

i. Menyumbang kepada pendapatan negara yang melebihi RM2.5


bilion setahun;
ii. Menggalakkan pemahaman antara budaya dan kepelbagaian budaya
dalam masyarakat selain memperkayakan pengalaman antarabangsa
bagi pelajar-pelajar Malaysia;
iii. Mempromosikan Malaysia melalui kedatangan semula sebahagian
besar daripada pelajar antarabangsa sama ada sebagai pelancong
atau golongan professional;
iv. Pelajar antarabangsa berperanan sebagai agen Word of Mouth
mempromosikan Malaysia di luar negara;
Kemasukan pelajar antarabangsa turut menarik bakat terbaik dari
luar negara yang turut membantu dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D) di Malaysia yang akan merangsang kreativiti dan
inovasi di negara ini;
i. Menjana sumber pendapatan alternatif kepada IPTA bagi menampung
peningkatan kos operasi;

214

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

iv. Meningkatkan kualiti dan standard akademik di samping


meningkatkan penjenamaan IPT Malaysia di peringkat dunia.
(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam era globalisasi,
kecemerlangan sesebuah universiti di peringkat antarabangsa,
secara prinsipnya akan dinilai menggunakan sistem ranking dunia.
Sistem ranking dunia yang diguna pakai pada masa kini, antaranya
ialah QS World University Rankings yang mempunyai pengaruh dalam
penilaian daya saing sesebuah IPT di samping menjadi kayu pengukur
(benchmarking) kepada kejayaan sistem pendidikan sesebuah
negara. Kedudukan beberapa IPTA dalam QS World University
Rankings tahun 2012 bagi katogeri top 100 Asian University ialah UM
berada di tangga ke-35, UKM ke-58, UTM ke-74, dan UPM ke-76.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan IPT tempatan bergerak selari
dengan universiti terkemuka dunia ke arah kecemerlangan tanpa
berlandaskan kepada ranking semata-mata, Teras Ke-4 PSPTN iaitu
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjelaskan bahawa sebagai
gedung ilmu, IPT perlu memberikan sumbangan yang signifikan kepada
kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan. Justeru,
KPT telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya ialah:

215

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i. Projek Agenda Kritikal (CAP) Knowledge Transfer Programme (KTP)


yang bertujuan untuk memastikan IPT sentiasa menyumbang kepada
pembangunan sosio budaya, kapasiti dan pembangunan modal
insan;

sistem pengajian tinggi negara supaya IPT boleh menyumbang


kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Pada tahun 2008, KPT telah memilih Universiti Sains Malaysia
(USM) sebagai universiti pertama untuk menerajui Program ini;

ii. PSPTN Fasa 2 di bawah strategi meningkatkan kehadiran Malaysia


di dunia melalui sumbangan dan reputasi (memperkasa komuniti)
yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai penyumbang utama
kepada komuniti menerusi pendidikan, penyelidikan dan seranta;

KPT sentiasa menggalakkan IPT untuk menambahbaikkan prestasi dan


kedudukan masing-masing di persada dunia tanpa meminggirkan elemen
sumbangan kepada pembangunan negara agar hasrat Malaysia untuk
menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020 akan
terlaksana.

iii. Memperkenalkan MyCommunity merupakan satu inisiatif bagi


menyalurkan sumber dalam mempromosikan dan meletakkan
Malaysia sebagai negara yang mengamalkan prinsip mengongsi itu
prihatin (sharing is caring);
iv. Memastikan IPT memainkan peranannya sebagai sumber gedung
ilmu terunggul melalui mekanisme check and balance, yang mana
prestasi dan perkembangan IPT akan sentiasa dipantau oleh Pejabat
Pengurusan Program (PMO) yang ditubuhkan di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi;
i.
Menggalakkan IPT meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang akhirnya boleh menyumbang kepada kelahiran
manusia sejagat yang boleh memahami isu kemasyarakatan dan
pembangunan berteraskan intelektualisme;
ii. Melaksanakan Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (APEX)
sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal (CAP) di bawah PSPTN
bertujuan untuk mencetus dan melaksanakan transformasi dalam

216

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

217

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
26 JUN 2012 (SELASA)
NO. 17

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

3 kredit kepada 5 kredit bagi lulusan SPM/SPMV. Langkah meningkatkan


kelayakan minimum pelajar ini dilaksanakan bagi memperketatkan
kelayakan akademik pelajar. Ini untuk memastikan hanya pelajar yang
benar-benar berkelayakan dibenarkan mengikuti program.
Langkahlangkah lain yang dikenal pasti bagi menangani masalah
pengangguran graduan kejururawatan adalah seperti berikut:

Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa tidak ada perancangan
dalam pengeluaran tenaga kerja jururawat oleh IPTA dan IPTS
sehingga berlakunya pengeluaran berlebihan menyebabkan berlakunya
pengangguran.

i. Berkerjasama dengan LJM dalam menyemak semula dasar


penetapan dan penambahan kuota pelajar kepada IPTS supaya tidak
bertentangan dengan dasar moratorium yang dikeluarkan KPT;

JAWAPAN

ii. Merangka garis panduan yang lebih terperinci dalam penetapan


syarat kelayakan dan pemantauan perlantikan Clinical Instructor (CI)
sebelum diluluskan berkhidmat sebagai tenaga pengajar;

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian sememangnya menyedari isu pengangguran graduan
kejururawatan. Justeru, langkah segera telah diambil oleh Kementerian
sejak tahun 2010 lagi dengan mengadakan moratorium penawaran kursus
kejururawatan peringkat Diploma di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS) yang berkuatkuasa pada 30 September 2010. Arahan moratorium
ini telah menghentikan kelulusan penubuhan institusi baru dalam bidang
kejururawatan dan program baru Diploma Kejururawatan di IPTS.

iii. Memperkemaskan kerjasama KPT dengan LJM terutamanya


berkaitan penetapan polisi, aktiviti pemantauan & penguatkuasaan
ke atas IPTS dari semasa ke semasa; dan
iv. Melaksanakan program
internship
meningkatkan kompetensi graduan.

selama

tahun

Langkah seterusnya, berdasarkan peruntukan seksyen 40(1) Akta Institusi


Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Kementerian Pengajian Tinggi
bersama Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) telah menetapkan syarat
kelayakan baru kemasukan ke program Diploma Kejururawatan daripada

218

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

219

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

untuk

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI ONG KA CHUAN
26 JUN 2012 (SELASA)
NO. 21

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) apakah perancangan Kementerian dalam memastikan doktor, ahli
farmasi dan jururawat yang dihasilkan oleh IPTS negara bukan sahaja
mencukupi malah mempunyai kualiti profesionalisme yang tinggi ;
dan
(b) adakah pendekatan teaching hospital yang diamalkan sekarang akan
diteruskan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

berkerjasama dengan badan profesional berkaitan bagi memastikan


standard dan kualiti yang ditetapkan dipenuhi. Pelajar-pelajar
dalam bidang pengajian ini perlu didedahkan dengan suasana dan
persekitaran kerja yang sebenar sebelum mereka bergraduat. Di
samping latihan praktikal di makmal, mereka juga perlu menjalani
latihan klinikal di hospital dan klinik kesihatan. Latihan-latihan ini amat
diperlukan bagi memastikan bakal graduan memiliki kompitensi yang
sewajarnya sebelum mereka berada dalam profesion yang sebenar
dan selamat untuk menjadi pengamal berdaftar.
Usaha-usaha lain yang telah dilaksanakan oleh KPT dalam mengawal
dan menjamin kualiti graduan terutamanya graduan IPTS adalah seperti
berikut:
i. Memastikan tahap akademik pensyarah adalah lebih tinggi daripada
tahap pengajian tinggi yang hendak diajar;
ii. Mengeluarkan Buku Modul Asas Pembelajaran & Pengajaran yang
menggariskan keperluan aspek pembelajaran dan pengajaran.
Terbitan ini dijadikan rujukan kepada para pensyarah IPTS untuk
mempertingkatkan kualiti pensyarah.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kualiti program pengajian
bidang perubatan, farmasi dan kejururawatan sentiasa dipantau oleh
badan profesional iaitu Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga
Jururawat Malaysia, dan Lembaga Farmasi Malaysia dari semasa ke
semasa sebelum pelajar menamatkan pengajian bagi memastikan
pelajar memiliki kompetensi yang ditetapkan. Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan sentiasa

220

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

iii. Memastikan kursus-kursus yang ditawarkan di IPTS adalah berkualiti


dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
iv. Menetapkan syarat kelayakan masuk minimum bagi pelajar mengikuti
kursus di IPTS;

221

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

v. Membangunkan instrumen-instrumen penarafan seperti Sistem


Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) untuk Universiti dan
Kolej Universiti Awam dan Swasta dan Sistem Pengukuran Kualiti
dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) untuk kolej swasta. Melalui
sistem penarafan tersebut, IPTS akan berpeluang untuk mengenal
pasti tahap kualiti perkhidmatannya dan kemudian mengambil usahausaha yang sewajarnya untuk menambahbaik prestasi perkhidmatan
mereka; dan
vi. Memperkenalkan My3S iaitu kemahiran insaniah atau softskills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai
domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja
berkumpulan.
(b) Berkenaan pendekatan teaching hospital, dimaklumkan bahawa
pendekatan ini akan diteruskan memandangkan keperluan praktikal
adalah merupakan keutamaan bagi program perubatan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TAN SRI DATO ABD. KHALID BIN IBRAHIM
26 JUN 2012 (SELASA)
NO. 53

Tan Sri Dato Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan autonomi telah diberikan
kepada beberapa universiti sebelum ini. Apakah Kementerian bercadang
untuk memberikan kuasa penuh kepada Senat Universiti untuk melantik
Naib Canselor dan jawatan-jawatan tertinggi di IPTA tanpa perlu mendapat
kelulusan atau sokongan Menteri.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, autonomi yang diberikan kepada
universiti secara umumnya bermaksud penurunan kuasa membuat
keputusan yang pada asalnya terletak pada Agensi-Agensi Pusat dan
Kementerian kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Ia melibatkan
empat bidang iaitu Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan
Pendapatan, Pengurusan Sumber Manusia dan Akademik serta
Kemasukan Pelajar.
Ini bermaksud universiti tidak diberikan autonomi sepenuhnya
memandangkan Kerajaan masih memberikan peruntukan kewangan
kepada universiti. Walau bagaimanapun, autonomi yang diberikan

222

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

223

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kepada LPU tidak melibatkan urusan pelantikan jawatan-jawatan tertinggi


IPTA yang meliputi jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.
Ini kerana pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor masih
lagi tertakluk di bawah peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU), Seksyen 9(1) dan (8) yang dibaca bersama Seksyen 4A, di mana
kuasa untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor adalah
di bawah kuasa Menteri Pengajian Tinggi.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN SALLEH BIN KALBI
26 JUN 2012 (SELASA)
NO. 80

Tuan Salleh bin Kalbi (Silam) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sejauh manakah Kerajaan memantau kandungan laman
sesawang IPTS tempatan dan memastikan tidak berlakunya penyebaran
maklumat yang bersifat memesongkan jati diri pelajar.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
sentiasa memantau kandungan laman sesawang IPTS tempatan terutama
meliputi pemantauan pengiklanan IPTS. KPT telah mengeluarkan
garis panduan pengiklanan khusus kepada IPTS. Keperluan ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan IPTS memaparkan maklumat yang tidak
tepat kepada orang awam. Selain daripada pemantauan kandungan
laman sesawang IPTS, Kementerian turut memantau maklumat yang
dipaparkan dalam media elektronik yang lain serta di akhbar dan brosur.
Bagi memastikan IPT memaparkan maklumat yang tepat, pihak KPT
telah memperkenalkan konsep One Citizen dimana Jabatan Pengajian
Tinggi akan menyelaraskan perkhidmatan laman sesawang IPT.

224

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

225

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN KHAIRY JAMALUDDIN
27 JUN 2012 (RABU)
NO. 1

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apakah keberhasilan terkini Projek Agenda Kritikal
bagi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara fasa kedua yang telah
bermula tahun lalu.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i.

Assessment of Prior Experiential Learning (APEL);

ii. Penubuhan Politeknik Metro yang memfokuskan kepada penawaran


program bercirikan nilai pasaran tinggi;
iii. Pengukuran kualiti kolej swasta: Sistem MyQuest;
iv. Sistem penarafan politeknik: Sistem Polyrate;
v. Program High End Industry Graduates Internship (HEIGIP);
vi. Pengwujudan 7 High Impact Research Platform;

JAWAPAN
vii. Pengenalan Skim Geran Penyelidikan LRGS, ERGS dan PRGS di
samping FRGS;

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Fasa 2, Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) (2011-2015) telah disediakan
berpandukan perubahan dasardasar baru Kerajaan seperti Model
Baharu Ekonomi, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan,
Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) serta dasar dan fokus Kementerian Pengajian Tinggi dalam bidang
pengajian tinggi.
Perkembangan PSPTN diukur melalui pencapaian Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) bagi 23 Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project - CAP)
yang telah diwujudkan. Terdapat pelbagai perkara yang telah dihasilkan
bagi Fasa 2 PSPTN sehingga kini, antaranya ialah:

viii. 5 buah IPTA dianugerah sijil autonomi;


ix. Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012 khusus untuk
pembangunan pelajar;
x. Pengenalan pendekatan Tambatan Hati (Soft Power)/Jangkauan
Global dalam usaha meletakkan pendidikan tinggi Malaysia di
persada dunia;
xi. Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat atau PSH
Peringkat Nasional; dan
xii. Penerbitan Direktori PSH

226

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

227

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM
27 JUN 2012 (RABU)
NO. 39

Dato Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan
PTPTN serta nilainya bagi setiap tahun dalam tempoh sejak 1998 hingga
2012.
JAWAPAN

i. Pelajar tidak memenuhi syarat asas yang ditetapkan seperti SPM


pelajar kurang daripada 3 kredit;
ii. Pelajar mempunyai hutang terdahulu disebabkan gagal/berhenti/
batal pengajian;
iii. Pelajar membuat pinjaman/pembiayaan kali kedua bagi peringkat
pengajian yang sama;
iv. Status pinjaman/pembiayaan masih aktif di sistem PTPTN kerana
pelajar tidak mengemasikini status terkini pelajar;
v. Tarikh sahlaku premis/ kursus/ MQA telah tamat atau tidak aktif;
vi. Bukan warganegara Malaysia;
vii. Melebihi umur 45 tahun ketika membuat permohonan pinjaman/
pembiayaan; dan
viii. Tempoh pengajian kurang daripada satu tahun.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, PTPTN
telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada 1.97 juta
peminjam/penerima biaya yang melibatkan peruntukan berjumlah
RM44.01 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM30.27 bilion telah
dikeluarkan dan bakinya akan dikeluarkan secara berperingkat sehingga
pelajar menamatkan pengajian.
Bagi tempoh 2009 hingga 2011, sebanyak 659,110 permohonan
pembiayaan telah diluluskan melibatkan peruntukan RM16.67 billion
sehingga pelajar tamat pengajian. Manakala, dalam tempoh yang sama
sebanyak 28,092 permohonan pembiayaan PTPTN telah ditolak dan di
antara sebab penolakan adalah seperti berikut:

228

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

229

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN TENG BOON SOON
27 JUN 2012 (RABU)
NO. 42

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan IPTS termasuk kolej dan kolej universiti
yang menyediakan kursus peringkat Diploma dan Ijazah di negara kita.
Berapakah jumlah bilangan pelajar di setiap peringkat pelajaran tersebut
dan bagaimanakah Kementerian memantau dan memastikan jenis
serta mutu latihan yang dibekalkan memenuhi keperluan menyeluruh
pembangunan negara.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha-usaha yang telah


dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan
jenis dan mutu latihan yang dibekalkan oleh IPTS memenuhi keperluan
menyeluruh pembangunan negara adalah seperti berikut:
i. Menilai kualiti pensyarah dari aspek pembelajaran dan pengajaran
dengan memastikan tahap akademik pensyarah adalah lebih tinggi
daripada tahap pengajian tinggi yang hendak diajar. Menerbitkan
Buku Modul Asas Pembelajaran & Pengajaran sebagai rujukan kepada
para pensyarah IPTS untuk mempertingkatkan kualiti pensyarah;
ii. Memastikan kursus-kursus yang ditawarkan di IPTS adalah berkualiti
dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
iii. Menetapkan syarat kelayakan masuk minimum kepada pelajar untuk
mengikuti program pengajian di IPTS bagi memastikan hanya pelajar
yang layak mengikuti pengajian; dan
iv. Membangunkan instrumen-instrumen penarafan seperti Sistem
Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) untuk Universiti dan
Kolej Universiti Awam dan Swasta dan Sistem Pengukuran Kualiti
dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) untuk kolej swasta.

Berdasarkan data yang diperolehi, pada tahun 2011, IPTS yang


menawarkan program pengajian peringkat Diploma terdiri daripada 21
buah bertaraf universiti, 14 buah bertaraf kolej universiti, sebuah universiti
bertaraf kampus cawangan universiti luar negara dan 259 buah bertaraf
kolej. Manakala, IPTS yang menawarkan program pengajian peringkat
Ijazah pula adalah sebanyak 25 buah bertaraf universiti, 8 buah bertaraf
kolej universiti, sebuah universiti bertaraf kampus cawangan universiti
luar negara dan 10 buah bertaraf kolej. Pada tahun 2011, seramai 171,197
orang pelajar IPTS mengikuti program pengajian peringkat Diploma dan
seramai 14,317 orang pelajar di peringkat Ijazah.

230

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

231

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
27 JUN 2012 (RABU)
NO. 83

Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar mengikut kaum yang
dapat keputusan cemerlang dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman
JPA/PTPTN/MARA.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dasar pengecualian bayaran balik pinjaman/ pembiayaan PTPTN ini


menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan
yang berilmu, galakan kepada peminjam untuk fokus kepada pengajian
serta hasrat Kerajaan untuk memberi ganjaran kepada peminjam yang
cemerlang dalam pendidikan.
Sehingga 30 April 2012, sebanyak 12,529 peminjam telah mendapat
manafaat daripada dasar ini yang melibatkan amaun pengecualian
bayaran balik pinjaman/pembiayaan PTPTN berjumlah RM359,260,462.
Daripada jumlah ini seramai 9,293 peminjam atau 74.2% kaum Cina,
2,608 peminjam atau 20.8% Melayu, 476 peminjam atau 3.8% India,
51 peminjam atau 0.4% Bumiputra Sabah, 39 peminjam atau 0.3%
Bumiputra Sarawak, dan 62 peminjam atau 0.5% lain-lain kaum.

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan pengajian JPA dan
MARA adalah masing-masing terletak di bawah bidang kuasa JPA dan
MARA.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pinjaman boleh ubah
(pengecualian bayaran balik) telah diperkenalkan oleh PTPTN mulai tahun
2003. Tetapi akibat kedudukan kewangan PTPTN yang terhad, dasar
ini telah dimansuhkan mulai permohonan pinjaman bagi pelajar sesi
kemasukan Julai 2005 (1 Julai 2005).
Namun, atas keprihatinan Kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang
cemerlang di IPT, maka semasa sesi pembentangan Bajet 2010 pada
23 Oktober 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan supaya
pinjaman/pembiayaan pendidikan PTPTN ditukar kepada biasiswa.
Insentif ini adalah bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah
Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf
dengannya bermula tahun 2010. Langkah memperkenalkan semula

232

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

233

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN LIANG TECK MENG
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 7

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian mengiktiraf
ijazah dari 146 buah universiti China dan tidak mempertimbangkan
pengiktirafan ijazah universiti Taiwan.
JAWAPAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 18

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pensyarah yang bertugas
sepenuh masa di setiap fakulti perubatan awam dan swasta pada tahun
2011. Apakah pecahan pengalaman klinikal mereka kurang daripada 10
tahun sejak dapat ijazah pertama, antara 11 hingga 20 tahun selepas
ijazah pertama, dan lebih daripada 20 tahun sejak mendapat ijazah
pertama.

Tuan Yang di-Pertua,


JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada peringkat awal, sebanyak
146 buah universiti di China yang mendapat pengiktirafan Seiring (Mutual
Recognition Agreement, MRA) melalui Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT). Pada ketika ini, KPT sedang mempertimbangkan senarai tambahan
yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Republik Rakyat China
bagi pengiktirafan kelayakan pengajian tinggi antara Malaysia dan Taiwan
pula, buat masa ini MQA masih dalam proses akhir penanda aras dengan
Agensi Jaminan Kualiti Taiwan iaitu Higher Education Evaluation and
Accreditation Council of Taiwan (HEEACT). Satu kenyataan keyakinan
bersama akan dikeluarkan setelah proses tersebut dimuktamadkan.

234

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, bilangan
pensyarah yang bertugas sepenuh masa di fakulti perubatan IPTA adalah
seramai 1,723 orang, manakala di fakulti perubatan IPTS pula adalah
seramai 485 orang pensyarah. Pada masa ini, Pusat Data Kementerian
Pengajian Tinggi tidak mempunyai rekod yang terlalu spesifik seperti
pecahan pengalaman klinikal.

235

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO ABDUL MANAN BIN ISMAIL
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 37

Dato Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah mahasiswa yang
terlibat dalam demonstrasi di negara kita dan apakah tindakan yang
dikenakan terhadap mahasiswa universiti yang terlibat secara langsung
dalam demo PTPTN dan Bersih 3.0.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima senarai nama seramai 152
orang yang disyaki pelajar daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
yang ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Senarai nama tersebut telah dipanjangkan kepada semua IPTA untuk
pengesahan. Atas semangat autonomi yang diberikan kepada IPTA,
maka IPTA masing-masing boleh menentukan bentuk tindakan yang akan
diambil terhadap pelajar yang didapati melanggar peraturan kelakuan
dan tatatertib.

236

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Berkenaan demonstrasi berkhemah mendesak PTPTN dimansuhkan


pula, pihak PDRM memaklumkan bahawa kebanyak mereka yang terlibat
dalam demonstrasi berkhemah di Dataran Merdeka adalah terdiri daripada
bekas pelajar termasuk golongan pengganggur dan gelandangan. Pada
April 2012, sekumpulan pelajar telah mengadakan perarakan dan
bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Tindakan
tersebut seumpama adat agama Hindu yang memberi penghormatan
kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Disebabkan tindakan biadap dan melampaui batas, maka pihak berkuasa
tatatertib Universiti Malaya telah mengambil tindakan tatatertib ke atas
tiga (3) orang pelajarnya. Ketiga-tiga pelajar tersebut diambil tindakan
di bawah Kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii) Kaedah-kaedah Universiti Malaya
(Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999, dan pertuduhan yang dibuat adalah atas
perbuatan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara
dan yang seumpamanya yang telah memudaratkan dan merosakkan
nama Universiti, kesopanan, moral dan tatatertib.
Pendengaran kes tersebut telah diadakan pada 3 Mei 2012 (Khamis)
di hadapan tiga (3) orang panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang
terdiri daripada tiga orang pensyarah kanan Universiti, dan telah dihadiri
oleh ketiga-tiga pelajar yang dituduh dengan kesemuanya diwakili oleh
seorang pensyarah kanan dari Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

237

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Keputusan bagi kes tersebut adalah ketiga-tiga pelajar telah didapati


bersalah atas pertuduhan dan dijatuhi hukuman seperti berikut:-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

i. Amaran;
ii. Denda sebanyak RM200.00; dan
iii. Digantung pengajian selama 1 semester.
Sehingga tarikh akhir yang dibenarkan untuk membuat rayuan (28
Mei 2012), hanya dua (2) orang daripada pelajar-pelajar tersebut telah
mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Universiti dan rayuan tersebut telah didengar pada 28 Mei 2012 (Isnin)
jam 6.30 petang. Keputusan rayuan adalah rayuan ditolak dan hukuman
dikekalkan.

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN KULASEGARAN A/L MURUGESON
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 55

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar di
Institut Pengajian Tinggi awam (IPTA) mengikut kaum. Beri pecahan dari
tahun 2004 hingga tahun 2012.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pengambilan dan pemilihan
kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah
berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah
akademik dan 10% markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit
seseorang calon. Dasar ini, bertujuan bagi meningkatkan peluang yang
adil dan daya saing yang sihat kepada para pelajar untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.
Kejayaan calon untuk memperoleh tawaran tempat adalah bergantung
kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang
dipohon. Jika markah merit tidak begitu tinggi dan pelajar memohon
lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar
mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang dipohon itu.

238

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

239

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular, mereka
mungkin akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak
mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan. Namun begitu,
prosedur permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan
untuk memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran
selain daripada lapan (8) pilihan program pengajian yang dimohon. Jika
calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain
daripada lapan (8) pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka
calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih
ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa
mengira IPTA pilihan. Bagaimanapun, jika calon memilih tidak bersetuju,
pihak KPT tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada
kekosongan pada program pengajian yang lain.
Semenjak Dasar Meritokrasi dilaksanakan, peratusan komposisi
kaum dalam pengambilan pelajar masih stabil dan tiada kenaikan atau
penurunan mendadak bagi sesuatu kaum. Umpamanya pada tahun
2011, seramai 394,540 pelajar Melayu mendaftar di IPTA, seramai 46,245
pelajar Cina, seramai 12,910 pelajar India dan seramai 28,706 pelajar
lain-lain kaum. Manakala pada tahun sebelumnya (tahun 2010), seramai
333,539 pelajar Melayu mendaftar di IPTA, seramai 44,622 pelajar Cina,
seramai 11,796 pelajar India, dan seramai 48,609 pelajar lain-lain kaum.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 70

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah bidang kemahiran
insaniah atau soft skills diwajibkan kepada pelajar Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dan nyatakan bidang kemahiran insaniah berkenaan serta
sejauh manakah kemahiran insaniah ini membantu graduan untuk
mendapatkan pekerjaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemahiran Insaniah (KI) atau
soft-skills merupakan kemahiran generik yang diajar merentasi pelbagai
aspek pembelajaran. Kemahiran ini merangkumi aspek individu dan kerja
berkumpulan yang perlu dikuasai oleh graduan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyedari bahawa usaha negara
untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama dan berkualiti
tinggi tidak hanya terbatas kepada teori-teori yang dipelajari semasa
kuliah, tetapi adalah melalui pengalaman pelajar berkenaan semasa
berada di menara gading. Atas kesedaran itu, KPT telah membangunkan
modul KI pada tahun 2007 yang bertujuan untuk membantu IPT dalam

240

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

241

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

membangunkan program-program akademik, ko-kurikulum dan aktiviti


sokongan berdasarkan tujuh (7) elemen utama KI yang perlu diterapkan
kepada pelajar di IPT, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Kemahiran berkomunikasi;
Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah;
Kemahiran kerja berpasukan;
Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat;
Kemahiran keusahawanan;
Moral dan etika profesional; dan
Kemahiran kepimpinan.

Penerapan elemen KI juga dibuat dalam proses pemantapan kurikulum


program-program akademik di IPT, di mana Hasil Pembelajaran (LO)
program akademik yang ditawarkan perlulah merentasi ketujuh-tujuh
elemen KI berkenaan, seperti mana yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) melalui Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA). Pada
masa yang sama, IPTA telah diwajibkan untuk memasukkan elemen
latihan industri/sangkutan high-end industri/ penempatan komuniti
sekurang-kurangnya selama 3 bulan atau 6 kredit dilaksanakan dalam
kurikulum program akademik yang dibangunkan. Elemen ini boleh menjadi
platform kepada pelajar mendapat pengalaman bekerja secara real time
sebelum memasuki alam pekerjaan dan dapat membantu mereka dalam
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam bilik
kuliah ke dalam alam pekerjaan.
Penerapan elemen KI juga ditekankan melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum pelajar semasa mereka berada di IPT. Sistem ko-kurikulum
berkredit, yang diperkenalkan oleh KPT pada tahun 2009, turut

242

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memberi penekanan kepada elemen-elemen KI, di mana pelajar dapat


memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa kuliah dalam suasana
kehidupan seharian mereka. Sehingga tahun 2011, sebanyak lapan (8)
teras aktiviti ko-kurikulum yang turut menyumbang kepada perkembangan
pelajar semasa di universiti telah dikenal pasti, iaitu:
i. Teras Sukan;
ii. Teras Kebudayaan;
iii. Teras Daya Usaha dan Inovasi;
iv. Teras Pengucapan Awam;
v. Teras Kesukarelawan;
vi. Teras Khidmat Komuniti;
vii. Teras Keusahawanan; dan
viii. Teras Kepimpinan
Sebanyak 32 modul kursus ko-kurikulum berkredit telah diperkenalkan, di
mana setiap modul berkenaan mengambil kira elemen kemahiran insaniah
yang diperlukan oleh seseorang individu dalam melaksanakan aktiviti
berkenaan. Pengalaman pembelajaran di universiti adalah bukan setakat
untuk menimba ilmu pengetahuan, tetapi ia juga merupakan peluang di
mana pelajar dapat membina keyakinan diri dan kemahiran-kemahiran
insaniah penting yang akan digunakan selepas tamat pengajian.
Berdasarkan Kajian Keberkesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) pada tahun 2009, 2010 dan 2011, bilangan graduan yang bekerja
dalam tempoh masa 6 bulan selepas tamat pengajian adalah masingmasing 73.3%, 75.4% dan 76%. Walau bagaimanapun data daripada
kajian tersebut harus dibaca bersama Kajian Pasaran Guna Tenaga
daripada Jabatan Perangkaan Malaysia di mana kadar pengangguran

243

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

negara adalah di antara 3-4%. Seiring dengan ini juga, International


Labour Organization mendefinisikan bagi negara yang merekod kadar
pengangguran di antara 4-6%, ianya diambil kira sebagai mencapai
tahap guna tenaga penuh (full employment).

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pemberitahuan pertanyaan dewan RAKYAT


Pertanyaan
DARIPADA
Tarikh
Soalan

: jawab lisan
: DR. TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
: 28 JUN 2012 (khamis)
: NO. 82

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah peruntukan untuk Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D) kepada institusi pengajian tinggi yang berkaitan
dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
semenjak diperkenalkan sehingga sekarang dan apakah sumbangan
kepada pengeluaran negara.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi telah
memperuntukkan sebanyak RM1.86 billion dalam program pembangunan
R&D di lima (5) buah Universiti Penyelidikan sejak tahun 2007 hingga
2012. Sementara itu, sebanyak RM741 juta telah diperuntukan dibawah
RMKe-10 bagi membiayai Skim Geran Penyelidikan Fundamental yang
dibuka kepada semua IPT, Politeknik dan Institut Penyelidikan di bawah
MOSTI. Manakala, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) boleh mengadakan penyelidikan secara kolaborasi dengan IPT
di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental .

244

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

245

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebenarnya memberi manfaat


secara langsung kepada masyarakat umum melalui penemuan teori dan
idea baru, peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru di
samping penghasilan modal insan. Penghasilan modal insan bagi mod
penyelidikan pasca siswazah pada tahun 2010 adalah sebanyak 41,329
orang berbanding 37,511 bagi tahun 2009. Manakala, pencapaian dalam
menghasilkan penerbitan di IPTA pada tahun 2010 meningkat sebanyak
13,795 berbanding 8,798 bagi tahun 2009.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga dapat menjana ekonomi
negara dengan menghasilkan produk-produk yang boleh dikomersilkan.
Sehingga tahun 2011, sebanyak 258 produk R&D yang telah dipaten
dan dikomersilkan hasil dari penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi
Awam. Selain itu, pihak Kerajaan sentiasa menyokong kerjasama aktif di
antara pihak IPT dengan industri dalam bidang penyelidikan. Ini adalah
bagi membantu mengukuhkan lagi aspek pemantapan keupayaan dalam
bidang R&D di samping mempergiat usaha-usaha ke arah pengkomersilan
hasil-hasil R&D IPT.
Antaranya, hasil produk-produk R&D IPTA yang telah dikomersilkan dan
menyumbang kepada hasil pengeluaran negara ialah seperti VitaGrow
yang dihasilkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Hy-DeX (PSC 100)
oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kenaf oleh Universiti Sains
Malaysia (USM).

246

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN KULASEGARAN A/L MURUGESON
28 JUN 2012 (KHAMIS)
NO. 86

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) bilangan pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
mengikut kaum bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 ; dan
(b) apakah jurusan-jurusan yang ditawarkan di UiTM.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut
Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah
hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi. Salah satu misi negara
adalah memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf
sosioekonomi kaum Bumiputera di negara ini. ITM dijadikan sebagai
katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan
serta melipatgandakan jumlah graduan Bumiputera yang terlatih
dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi
malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status
universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan
institusi ini.

247

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera


mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang
tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya
terdahulu, meneroka dan menguasai pelbagai cabang ilmu untuk
meraih gelaran universiti bertaraf dunia.

Untuk makluman, pada masa ini, kemasukan ke UiTM hanya


dikhaskan kepada pelajar Bumiputra sahaja. Takrifan Bumiputera
bagi kemasukan ke UiTM bagi pelajar daripada Semenanjung
Malaysia ialah jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah
seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang
ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, maka
anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. Takrifan Bumiputera
bagi pelajar Sabah pula ialah jika bapa calon adalah seorang Melayu
yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan
dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan, maka
anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. Manakala, takrifan
Bumiputera bagi pelajar Sarawak ialah jika bapa DAN ibu calon
adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan
dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan, maka
anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

Jumlah enrolmen pelajar di UiTM pada tahun 2010 adalah seramai


67,108 orang, manakala pada tahun 2011 pula seramai 84,534 orang.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dan Teknologi; Pendidikan; Pengangkutan; Perakaunan; Pergigian;


Perlindungan Alam Sekitar; Perniagaan dan Pentadbiran; Pertanian;
Perubatan; Perundangan; Sains dan Matematik; Sains Kesihatan
dan Kebajikan; Sejarah dan Falsafah; Seni, Rekabentuk dan Muzik;
Senibina dan Bangunan; Sukan; dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

(b) Pada tahun 2011, antara jurusan-jurusan yang ditawarkan di UiTM


adalah Bahasa dan Linguistik; Ekonomi; Farmasi; Kejuruteraan;
Sains Sosial; Pelancongan dan Hospitaliti; Pembuatan, Pemprosesan

248

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

249

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

: JAWAB LISAN
: DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
: 28 JUN 2012 (KHAMIS)
: NO. 87

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi
membangunkan kawasan seluas 500 ekar yang telah diluluskan Kerajaan
Negeri Johor bagi mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

membangunkan Hab Pendidikan Pagoh secara berfasa melalui tawaran


bidaan dan kawasan selebihnya sebagai pembangunan bandar yang
baharu.
Pembangunan Fasa Pertama Hab Pendidikan Pagoh di bawah kendalian
KPT akan melibatkan empat (4) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.
Sehingga kini, belum ada syarikat yang memohon untuk menubuhkan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di kawasan tersebut. KPT
bersedia mempertimbangkan penubuhan IPTS mengikut syarat dan
kriteria yang telah diperuntukkan dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 (Akta 555).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perolehan tanah sekitar 500 ekar
di Pagoh, Johor bagi pembangunan Hab Pendidikan akan dibuat melalui
kaedah pembelian selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 11 Tahun 2007. Pembangunan Hab Pendidikan tersebut adalah
merupakan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Jun 2011.
Pagoh dipilih kerana ia secara tidak langsung bertindak sebagai koridor
pendidikan antara Education Cluster di Vision Valley Malaysia di bawah
Greater KL di sebelah utara dan EduCity di Nusajaya, Iskandar Malaysia
di sebelah selatan.
Projek ini akan dilaksanakan oleh Sime Darby Property Berhad (SDPB),
anak syarikat Sime Darby Berhad melalui kaedah Public Private
Partnership (PPP). SDPB akan bertindak sebagai pemaju utama untuk

250

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

251

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

MESYUARAT
KEDUA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
BUKAN JAWAB LISAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATUK JUSLIE BIN AJIROL
SOALAN
: NO. 11
Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan:(a) Jumlah Institusi Pengajiaan Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf
universiti, kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar
negara; dan
(b) apakah syarat-syarat permohonan untuk menubuhkan IPTS serta
kriteria dalam penyediaan jurusan-jurusan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Sehingga 30 April 2012, bilangan IPTS yang berdaftar dengan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah sebanyak 504 buah.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29 buah IPTS yang aktif adalah
bertaraf universiti, 22 buah bertaraf kolej universiti, 6 buah bertaraf
kampus cawangan universiti luar negara dan 415 buah bertaraf kolej.
Di samping itu, terdapat sebanyak 32 buah IPTS bertaraf kolej yang
tidak aktif.

254

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

255

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat syarat dan kriteria
berbeza bagi permohonan penubuhan IPTS bertaraf universiti, kolej
universiti dan kampus cawangan universiti luar negara berbanding
dengan kriteria permohonan penubuhan IPTS bertaraf kolej. Seksyen
21 dan 22 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan
bagi menubuhkan IPTS bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus
cawangan universiti luar negara, pelawaan dan kelulusan Menteri
Pengajian Tinggi adalah diperlukan. Manakala, penubuhan IPTS
yang bertaraf kolej pula, permohonan boleh terus dibuat dengan
mengemukakan borang permohonan yang boleh diperolehi daripada
KPT atau dimuat turun daripada laman Web KPT.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Premis yang dicadangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran


(P&P) berlangsung juga turut diambil kira. Kelulusan penubuhan IPTS
juga melibatkan dokumen tambahan daripada agensi-agensi lain
seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan
Kerajaan tempatan sebagai keperluan tambahan untuk menyokong
permohonan penubuhan IPTS. Kelulusan-kelulusan ini perlu bagi
memastikan infrastruktur yang disediakan adalah selamat dengan
persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Syarat dan kriteria lain yang diambil kira ialah penubuhan syarikat
yang diperbadankan di Malaysia dengan Modal berbayar sebanyak
RM20 juta bagi IPTS bertaraf universiti, RM15 juta bagi IPTS bertaraf
kolej universiti dan RM200 ribu bagi IPTS bertaraf kolej. Di samping
mempunyai kewangan yang stabil, kriteria lain yang diambil kira
adalah dari aspek pengurusan/governan (Perlembagaan IPTS) yang
dinilai melalui proposal pelan pengurusan IPTS yang merangkumi
perkara berikut:
i.

ii.
iii.
iv.
v.

unjuran tenaga pengajar yang mencukupi dan memiliki latar


belakang akademik yang bersesuaian dengan kursus yang akan
ditawarkan;
program pengajian yang akan ditawarkan dan peringkatnya (sijil,
diploma dan ijazah);
perancangan pengantarabangsaan;
pengurusan Hal-ehwal pelajar;
perancangan R & D dan lain-lain.

256

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

257

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN
SOALAN
: NO. 18

NEGERI

Johor

Melaka

Dato Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS dalam negara serta
jumlah pelajar, berapa pelajar dalam negara dan pelajar luar negara dan
senaraikan IPTS yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri.

Negeri Sembilan

IPTS
1. Institut Hospitaliti YPJ
2. Institut Teknologi Perindustrian YPJ
3. Kolej Islam Johor
1. Kolej Universiti Islam Melaka
2. Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan
1. Universiti Selangor (UNISEL),Kampus Shah

Selangor

Alam
2. Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari
Jaya
3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS)

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Perak

Sehingga 30 April 2012, bilangan IPTS yang berdaftar dengan Kementerian


Pengajian Tinggi adalah sebanyak 504 buah. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 29 buah IPTS aktif bertaraf universiti, 22 buah bertaraf kolej
universiti, 6 buah bertaraf kampus cawangan universiti luar negara dan
415 buah bertaraf kolej. Manakala terdapat sebanyak 32 buah IPTS
bertaraf kolej yang tidak aktif. Pada 31 Disember 2011, terdapat seramai
428,973 pelajar di IPTS yang terdiri daripada seramai 383,727 orang
pelajar tempatan dan seramai 45,246 orang pelajar antarabangsa.
Senarai IPTS yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti
dalam jadual di bawah.

Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)


Kolej Universiti Islam INSANIAH (KUIN)
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
Kolej Universiti TATI
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
Kolej Yayasan Sabah (KYS)
1. Curtin University of Technology Sarawak,
Campus Lutong (CUSM)

Sarawak

2. Swinburne University of Technology (Sarawak


Campus)
3. Kolej Laila Taib

258

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

259

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATUK ERIC ENCHIN MAJIMBUN
SOALAN
: NO. 46

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
SOALAN
: NO. 103

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan murid sekolah menengah
yang telah melanjutkan pengajian mereka ke Kolej, Politeknik, Institut
Pengajian Tinggi Awam/Swata (IPTA/IPTS) di setiap negeri dan kadar
kejayaan mereka untuk mendapatkan pekerjaan mengikut bidang kursus
yang diceburi.

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bila UiTM hendak dibina dalam
kawasan Parlimen Lipis memandangkan Kerajaan Pahang telah memberi
tanah seluas 1000 ekar dalam kawasan Parlimen ini untuk pembinaan
tersebut.
JAWAPAN

JAWAPAN
Tuan yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
Pada tahun 2011, bilangan kemasukan pelajar ke IPTA adalah seramai
188,766 orang, kemasukan ke IPTS pula seramai 125,845 dan kemasukan
ke Politeknik seramai 39,578 orang. Berdasarkan Kajian Pengesanan
Graduan Kementerian Pengajian Tinggi yang dijalankan untuk mengenal
pasti status pekerjaan graduan dalam tempoh singkat iaitu 3 hingga 4
bulan selepas tamat pengajian, didapati bilangan graduan IPTA yang telah
bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu
penempatan pekerjaan adalah sebanyak 79 peratus, manakala graduan
IPTS pula sebanyak 73.2 peratus dan graduan Politeknik sebanyak 72.1
peratus.

260

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini, pihak Kementerian


Pengajian Tinggi (KPT) masih belum bercadang untuk menubuhkan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kawasan Parlimen Lipis, Pahang.
Tambahan pula, tiada peruntukan disediakan bagi pembangunan kampus
baharu UiTM di bawah Rolling Plan Kedua dan Ketiga Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10). Pada masa ini, negeri Pahang sudah mempunyai
3 (tiga) kampus UiTM iaitu UiTM Kampus Jengka, UiTM Bukit Sekilau,
Kuantan dan UiTM Kampus Raub.

261

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATUK HAJI YUSOFF BIN HAJI MAHAL
SOALAN
: NO.163
Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah sebenar tunggakan
pembayaran PTPTN untuk seluruh negara yang belum berbayar mengikut
pecahan negeri dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh
Kementerian bagi menyelesaikan masalah ini.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

melibatkan seramai 763,488 peminjam. Manakala jumlah keseluruhan


tunggakan bayaran balik adalah sebanyak RM3.46 bilion. Daripada jumlah
tersebut sebanyak RM1.77 bilion adalah jumlah tunggakan daripada
peminjam yang telah membayar balik pinjaman tetapi dibenarkan
membuat bayaran balik dengan ansuran bulanan lebih rendah daripada
ansuran sebenar. Manakala sebanyak RM1.69 bilion tunggakan adalah
daripada seramai 258,056 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran
balik.
Bagi memastikan bayaran balik dibuat, pelbagai kaedah dan usaha telah
dilakukan untuk memudahkan dan meningkatkan bayaran balik pinjaman
antaranya:

JAWAPAN
i. memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik
seperti mewujudkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji
secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM);

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, PTPTN
telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada seramai 1.97 juta peminjam
dengan dengan jumlah RM44.01 bilion sehingga tamat pengajian.
Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta (69.0%) terdiri daripada
pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melibatkan jumlah
pinjaman/pembiayaan RM23.6 bilion dan 0.61 juta pelajar (31.0%) terdiri
daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melibatkan
jumlah pinjaman/pembiayaan RM20.4 bilion.
Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam
PTPTN ialah sebanyak RM6.70 billion melibatkan 1.02 juta peminjam.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3.24 bilion telah berjaya dikutip

262

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

ii. menyediakan pelbagai saluran bagi kemudahan bayaran balik


pinjaman/ pembiayaan pendidikan antaranya melalui kaunter dan
pembayaran secara dalam talian (online) melalui ejen-ejen yang
dilantik seperti bank-bank tempatan (contohnya CIMB Bank dan
Maybank) dan Pos Malaysia;
iii. bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) dan Institusi Pengajian Tinggi untuk mengadakan taklimat
kepada pelajar tahun akhir/ bakal graduan tentang kesedaran dan
kepentingan membuat bayaran balik pinjaman;

263

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iv. mengeluarkan surat arahan bayaran balik (bagi peminjam yang telah
tamat tempoh pengeluaran dan sepatut mula membuat bayaran
balik) dan surat-surat peringatan (bagi peminjam yang masih tidak
membuat bayaran balik/ tidak memberi maklum balas);
v. bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan
kerajaan dan pihak swasta;
vi. melantik panel peguam bagi urusan penghantaran Surat Peringatan
Terakhir, Letter Of Demand (LOD) dan Saman;
vii. bagi memudahkan peminjam PTPTN yang berada di Sarawak dan
Sabah membuat semakan dan perundingan bayaran balik/senarai
hitam Imigresen, Pusat Maklumat (Info Center) di Sarawak yang
telah beroperasi mulai 4 November 2008 di Info Center PTPTN
Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Wisma Hasil, Jalan
Padungan, 93100 Kuching, Sarawak. Manakala di Sabah pula, Info
Center beroperasi mulai 30 Oktober 2008 beralamat di Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia,Tingkat M, Wisma Hasil, Jalan Tuanku
Abdul Rahman, 88600, Kota Kinabalu, Sabah.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ii. PTPTN juga telah mempunyai perancangan untuk perluasan skop


pembukaan cawangan PTPTN di seluruh negara bagi mendekati
masyarakat di dalam memberi khidmat/ rundingan nasihat yang lebih
mesra pelanggan dengan perancangan bayaran balik yang mampu
bayar oleh peminjam. Perluasan skop cawangan negeri ini telah
dimulakan di negeri Pahang pada Mac 2012, Pulau Pinang pada April
2012 dan Kelantan pada Mei 2012 dan diikuti negeri Melaka, Negeri
Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak dijangka mula beroperasi pada
Jun 2012. Sehingga 31 Disember 2012 semua cawangan negeri
dijangka akan beroperasi. Sekiranya semua cawangan PTPTN di
seluruh negara ini telah beroperasi sepenuhnya dan dengan khidmat
rundingan bayaran balik yang lebih mesra akan membantu PTPTN
meningkatkan jumlah kutipan yang lebih tinggi;
iii. meningkatkan tindakan penguatkuasaan melalui penyenaraian
peminjam ingkar ke dalam Central Credit Reference Information
System (CCRIS); dan
iv. kesedaran bayaran balik pinjaman/pembiayaan melalui penyampaian
khutbah Jumaat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).

Antara tindakan dan perancangan lain yang sedang dan akan dilaksanakan
adalah:i. PTPTN kini sedang melaksanakan keupayaan peningkatan sistem
kutipan balik yang lebih komprehensif seiring dengan sistem-sistem
kutipan balik yang ada di bank-bank;

264

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

265

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO NGEH KOO HAM
SOALAN
: NO. 181

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DATO ZULKIFLI BIN NOORDIN
SOALAN
: NO. 196

Dato Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi
yang ditaja oleh Kerajaan dan berikan pecahan penuntut-penuntut
mereka mengikut kaum.

Dato Zulkifli Bin Noordin [ Hulu Selangor ]


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi yang menerima peruntukan Kerajaan adalah terdiri daripada 20
buah IPTA, Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), semua politeknik dan
kolej komuniti. Pada tahun 2011, enrolmen pelajar Melayu di IPTA adalah
seramai 394,540 orang, pelajar Cina seramai 46,245 orang, pelajar India
seramai 12,910 orang dan lain-lain kaum seramai 28,706 orang. Bilangan
pelajar di KTAR pula adalah terdiri daripada seramai 22,484 orang pelajar
Cina, 724 orang pelajar India, 289 orang pelajar lain-lain kaum dan
seramai 130 orang pelajar Melayu.

minta MENTERI

(a) sila berikan jumlah terperinci lulusan Diploma Kejururawatan yang


lulus daripada kolej-kolej swasta seperti Masterskill, MAHSA, KIST
dan lain-lain bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan
2011; dan berapa jumlah yang sudah mendapat pekerjaan sebagai
jururawat samada di hospital Kerajaan mahupun swasta; dan
(b) adakah Kerajaan menyedari ramai lulusan Diploma Kejururawatan
daripada kolej pengajian swasta tidak diterima bekerja khususnya di
hospital swasta kerana kualiti pengajian yang rendah di kolej-kolej ini.
Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) U
ntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan graduan Diploma
Kejururawatan daripada IPTS pada tahun 2008 adalah seramai 5,762
orang, pada tahun 2009 seramai 4,733 orang dan pada tahun 2010
seramai 6,821 orang. Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan KPT
yang dijalankan untuk mengenal pasti status pekerjaan graduan

266

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

267

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dalam tempoh singkat iaitu 3 hingga 4 bulan selepas tamat pengajian,


didapati bilangan graduan Kejururawatan yang telah bekerja pada
tahun 2008 adalah seramai 839 orang, pada tahun 2009 seramai 810
orang dan pada tahun 2010 seramai 757 orang.
(b) Kementerian sememangnya menyedari isu pengangguran graduan
kejururawatan. Justeru, langkah segera telah diambil oleh Kementerian
sejak tahun 2010 lagi dengan mengadakan moratorium penawaran
kursus kejururawatan peringkat diploma di Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS) yang berkuatkuasa pada 30 September 2010.
Arahan moratorium ini telah menghentikan kelulusan penubuhan
institusi baru dalam bidang kejururawatan dan program baru Diploma
Kejururawatan di IPTS.

Langkah seterusnya, berdasarkan peruntukan seksyen 40(1) Akta


Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Kementerian
Pengajian Tinggi bersama Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) telah
menetapkan syarat kelayakan baru kemasukan ke program Diploma
Kejururawatan daripada 3 kredit kepada 5 kredit bagi lulusan
SPM/SPMV. Langkah meningkatkan kelayakan minimum pelajar
dilaksanakan bagi memperketatkan kelayakan akademik pelajar. Ini
untuk memastikan hanya pelajar yang benar-benar berkelayakan
dibenarkan mengikuti program.

Langkahlangkah lain yang dikenal pasti bagi menangani masalah


pengangguran graduan kejururawatan adalah seperti berikut:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

tidak bertentangan dengan dasar moratorium yang dikeluarkan


KPT;
ii. merangka garis panduan yang lebih terperinci dalam penetapan
syarat kelayakan dan pemantauan perlantikan Clinical Instructor
(CI) sebelum diluluskan berkhidmat sebagai tenaga pengajar;
iii. memperkemaskan kerjasama KPT dengan LJM terutamanya
berkaitan penetapan polisi, aktiviti pemantauan & penguatkuasaan
ke atas IPTS dari semasa ke semasa; dan
iv. melaksanakan program internship selama 1 tahun untuk
meningkatkan kompetensi graduan.

i. berkerjasama dengan LJM dalam menyemak semula dasar


penetapan dan penambahan kuota pelajar kepada IPTS supaya

268

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

269

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
SOALAN
: NO. 230
Dato Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah peminjam pelajar IPTS yang
mendapat kelulusan pinjaman PTPTN mengikut institut pengajian tinggi
masing-masing.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga 30 April 2012, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada
seramai 1.97 juta peminjam dengan jumlah RM44.01 bilion sehingga

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Universiti, 15,797 kelulusan kepada 26 buah IPTS bertaraf Kolej Universiti


dan sebanyak 45,190 kelulusan pembiayaan melibatkan pelajar daripada
259 buah IPTS bertaraf Kolej.
Bilangan peminjam PTPTN yang tertinggi bagi IPTS bertaraf universiti
ialah Multimedia University kampus Melaka dengan bilangan seramai
3,025 orang, diikuti dengan Management & Science University (MSU)
seramai 2,481 orang dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Kampus Perak)
seramai 2,457 orang. Bagi IPTS bertaraf kolej universiti pula, Kuala
Lumpur Metropolitan University College mempunyai bilangan peminjam
tertinggi iaitu seramai 2,407 orang, diikuti oleh Kolej Universiti SEGi
seramai 1,492 orang dan Kolej Universiti MAHSA seramai 1,465 orang.
Manakala, bagi IPTS bertaraf kolej, Kolej SEGI Kuala Lumpur mempunyai
bilangan peminjam tertinggi iaitu seramai 1,985 orang, diikuti dengan
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics seramai 1,761 orang dan Kolej
Islam Antarabangsa seramai 1,304 orang.

tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta (69.0%)


peminjam terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan sebanyak RM23.6 bilion dan
0.61 juta (31.0%) peminjam terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM20.4
bilion.
Bagi tahun 2011, PTPTN telah meluluskan pembiayaan kepada IPTS
sebanyak 88,835 pembiayaan yang melibatkan peruntukkan sebanyak
RM3.07 billion sehingga pelajar tamat pembiayaan. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 27,848 kelulusan kepada 38 buah IPTS bertaraf

270

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

271

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI
SOALAN
: NO. 268
Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah lepasan SPM
dan STPM yang diterima masuk ke Universiti Awam dan lain Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta bagi sesi pengajian 2012.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) melaksanakan dasar pemilihan kemasukan pelajar ke Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Premier, TEVT (Politeknik) dan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Latihan Kemahiran Awam) bagi kategori SPM/setaraf adalah sebanyak


87,730. Penawaran tempat di IPTA bagi kategori STPM/setaraf pula
adalah melebihi 40 ribu tempat. Kerajaan telah melakukan usaha yang
berterusan bagi memastikan akses ke pengajian tinggi bagi calon yang
memohon dan memenuhi syarat diperluas dari semasa ke semasa.
Sehingga kini Kerajaan telah menyediakan 180,000 tempat pengajian
bagi calon dari kategori SPM/Setaraf dan juga STPM/Setaraf di IPTA,
Politeknik dan juga Institusi Latihan ,Kemahiran Awam di seluruh negara.
Bagi penawaran tempat di IPTS pula, IPTS tidak membuat pengambilan
pelajar secara berpusat sebagai mana yang dibuat oleh IPTA. Ini adalah
kerana IPTS diberi autonomi dalam urusan pengambilan pelajar ke
institusi masing-masing. Pengambilan pelajar ke IPTS dibuat lebih dari 2
kali setahun. Pada 31 Disember 2011, terdapat seramai 428,973 pelajar
di IPTS yang terdiri daripada seramai 383,727 orang pelajar tempatan dan
seramai 45,246 orang pelajar antarabangsa.

Institusi Kemahiran Awam (ILKA) berasaskan prinsip meritokrasi tanpa


mengira agama, bangsa, keturunan, negeri dan sebagainya. Prinsip
meritokrasi yang dilaksanakan bagi pemilihan ke IPTA adalah berasaskan
kepada pencapaian akademik (90%) dan pencapaian kokurikulum
(10%). Manakala bagi pemilihan ke institusi TEVT dan ILKA pula adalah
berasaskan pencapaian akademik (75%), pencapaian kokurikulum (10%)
dan sosio economy status (15%).
Bagi sesi akademik 2012/2013, jumlah penawaran tempat pengajian
di IPTA bagi kategori SPM/setaraf adalah sebanyak 46,698. Manakala
penawaran tempat pengajian di institusi TEVT/ILKA (Politeknik/Institusi

272

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

273

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
SOALAN
: NO. 280
Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah perancangan
Kerajaan terhadap kampus autonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM)
memberi autoriti (kuasa) kepada kampus yang terlibat dalam hal ehwal
pentadbiran termasuk urusan pengambilan kakitangan dan pelajar serta
jumlah kewangan yang diperuntukan kepada kampus-kampus terlibat.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dan matlamat Universiti. Prinsip utama pelaksanaan autonomi adalah


kepatuhan kepada perkara-perkara berikut:
(i) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) (dan pindaan);
(ii) Lembaga Pengarah Universiti;
(iii) Senat Universiti; dan
(iv) Satu Falsafah, Wawasan dan Misi Universiti yang sama.
Pada masa ini, Kampus UiTM yang diberi autonomi ialah UiTM Sarawak,
UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Perak. Manakala UiTM Shah
Alam mengekalkan statusnya sebagai Universiti Induk. Kampus UiTM
merupakan satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah pentadbiran
Universiti Induk.

JAWAPAN
Had autoriti (kuasa) Universiti Negeri (UN) dalam hal ehwal pentadbiran:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan agenda autonomi
kepada IPTA adalah asas penting kepada pemerkasaan IPTA yang
merupakan Teras ke-4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN). Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyedari bahawa
autonomi merupakan elemen yang penting untuk menjadikan IPTA lebih
berdaya saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusan.
Dalam konteks Universiti Teknologi MARA (UiTM), autonomi ditakrifkan
sebagai mempunyai hak atau kuasa serta kebebasan Universiti Negeri
(UN) merangka strategi operasi pentadbiran dan pengurusan masingmasing tanpa arahan atau kawalan oleh Universiti Induk (UI). Tadbir urus
penting bagi memastikan pemimpin individu tidak mengatasi kepentingan

274

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

i. Pengambilan Staf

Pengambilan Staf Pentadbiran Kumpulan Sokongan dimuktamadkan
di kampus masing-masing dengan lantikan dibuat oleh Pendaftar
UiTM. Bersesuaian dengan keperluan setempat, mobiliti Kumpulan
Pengurusan dan Profesional masih ditentukan oleh Jawatankuasa
Lembaga di Universiti Induk. Manakala bagi jawatan Pensyarah,
syor dan perakuan oleh Universiti Negeri diperlukan bagi ketetapan
kelulusan Jawatankuasa Lembaga di Universiti Induk.
ii. Pengambilan Pelajar
Dari sudut keperluan menyeluruh, pengambilan pelajar UiTM masih
di bawah kawalan Universiti Induk dengan mengambil kira keperluan
program, unjuran pelajar seluruh sistem dan perkembangan kampus
berkaitan.

275

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iii. Kewangan

Pihak Kerajaan menyalurkan terus peruntukan kewangan ke Universiti
Induk dan agihan dibuat ke Universiti Negeri mengikut perancangan
dan keperluan semasa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
SOALAN
: NO. 284

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan menyalurkan terus
peruntukan kewangan ke UiTM Induk dalam bentuk geran. Agihan ke
kampus-kampus cawangan UiTM di setiap negeri pula dilaksanakan
oleh UiTM Induk mengikut perancangan dan keperluan semasa kampuskampus cawangan tersebut.

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan status kampus baru UiTM Terengganu
cawangan Dungun di Bandar Bukit Besi dan bilakah kampus baru ini
memulakan sesi pengajian serta berapakah jumlah pelajar baru yang
akan ditempatkan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan UiTM Bukit Besi
telah dimulakan sejak Mac 2009 dan projek tersebut dijangka siap
sepenuhnya pada Jun 2012. Sesi pengajian di UiTM Kampus Bukit
Besi dijangka dapat dimulakan dalam tahun 2013 dan pada peringkat
permulaan, kampus ini akan menempatkan sekitar 2,000 orang pelajar.

276

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

277

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN
SOALAN
: NO. 353

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN SALLEH BIN KALBI
SOALAN
: NO. 360

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak IPT telah mengeluarkan
garis panduan untuk pelajar masing-masing menyertai pertubuhan dan
parti-parti politik di luar kampus.

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan:

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU) baru sahaja dipinda dan akan diwartakan dalam
masa terdekat untuk penguatkuasaan. Antara peruntukan yang telah
dipinda adalah Seksyen 15, berkenaan aktiviti pelajar atau persatuan,
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. Pindaan AUKU yang terkini
lebih memberikan pendekatan positif (positive approach) kepada para
mahasiswa untuk melibatkan diri di dalam mana-mana pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar termasuk parti politik. AUKU (Pindaan 2012)
di bawah Seksyen 15 menjelaskan bahawa pelajar boleh menyertai manamana pertubuhan atau parti-parti politik di luar Kampus. Pada masa ini,
belum ada garis panduan dikeluarkan bagi pelajar menyertai parti-parti
politik di luar kampus.

278

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

(a) Apakah tindakan tegas Kerajaan ke atas IPTS yang menawarkan


kursus-kursus yang tidak mendapat akreditasi penuh MQA dan tidak
berdaftar dengan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) ; dan
(b) Bagaimanakah Kerajaan dapat membantu pelajar-pelajar yang
bergraduat di luar tempoh sah laku akreditasi MQA atau tidak
mendapat akreditasi penuh MQA.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya, sebelum
Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) menjalankan program pengajian,
mereka hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak
MQA. Setelah melalui proses penilaian, sesuatu program akan
diberikan Certification of Quality Compliance (CQC) untuk
membolehkan permohonan kelulusan pengendalian program
dibuat kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sebaik sahaja
mendapat kelulusan menjalankan program daripada KPT, pihak

279

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

IPT boleh membuat permohonan Akreditasi Sementara (Provisional


Akreditasi) kepada MQA. Seterusnya, pihak IPT bertanggungjawab
mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Akreditasi penuh
apabila sesuatu program pengajian tersebut matang. Biasanya,
permohonan untuk mendapatkan Akreditasi Penuh dilakukan apabila
kumpulan pertama pelajar sesuatu program pengajian memasuki
tahun akhir pengajian. Untuk tujuan itu, satu lawatan penilaian oleh
Panel Penilai ke IPT akan diadakan sebelum diberikan Akreditasi
Penuh. Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,
MQR) adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program
pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh
MQA. Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan
kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian
tinggi dan kelayakan yang telah diakreditkan di Malaysia.
(b) Merujuk kepada kes-kes yang melibatkan pelajar bergraduat di luar
tempoh Akreditasi, secara praktisnya, pihak MQA akan membantu
dengan
membuat penilaian tambahan di IPT terbabit bagi
menentukan kualiti dan kesetaraan sesuatu program pengajian dapat
memenuhi standard kualiti yang ditetapkan serta memperakukan
akreditasi pada tarikh terdahulu (back dated). Bagi pelajar yang telah
bergraduat di IPT yang tidak mempunyai Akreditasi penuh, program
pengajian tersebut tidak mendapat perakuan Akreditasi daripada
MQA.

280

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA
: TUAN HEE LOY SIAN
SOALAN
: NO. 387
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ]
PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

minta MENTERI

(a) jumlah mahasiswa yang meminjam dengan PTPTN mengikut senarai


IPTA dan IPTS masing-masing; dan
(b) apakah usaha-usaha Kementerian untuk memantau serta mengawal
yuran IPTS yang jauh lebih tinggi daripada yuran IPTA dan adakah
Kementerian akan memperkenalkan semula polisi pengecualian
bayaran balik pinjaman untuk mereka yang mendapat keputusan
kelas pertama.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012,
PTPTN telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada
seramai 1.97 juta pelajar dengan amaun berjumlah RM44.01 bilion.
Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta pelajar (69.0%) terdiri
daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melibatkan
jumlah pinjaman/pembiayaan RM23.6 bilion dan 0.61 juta pelajar
(31.0%) terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta

281

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(IPTS) melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM20.4 bilion.


Bilangan peminjam PTPTN yang tertinggi bagi IPTS bertaraf universiti


ialah Multimedia University Kampus Melaka dengan bilangan seramai
3,025 orang, diikuti dengan Management & Science University (MSU)
seramai 2,481orang dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Kampus
Perak) seramai 2,457 orang. Bagi IPTS bertaraf kolej universiti pula,
Kuala Lumpur Metropolitan University College mempunyai bilangan
peminjam tertinggi iaitu seramai 2,407 orang, diikuti oleh Kolej
Universiti SEGi seramai 1,492 orang dan Kolej Universiti MAHSA
seramai 1,465 orang. Manakala, bagi IPTS bertaraf kolej, Kolej
SEGI Kuala Lumpur mempunyai bilangan peminjam tertinggi iaitu
seramai 1,985 orang, diikuti dengan Kolej Teknologi Antarabangsa
Cybernatics seramai 1,761 orang dan Kolej Islam Antarabangsa
seramai 1,304 orang.

(b) Berkenaan usaha-usaha Kementerian dalam memantau serta


mengawal yuran IPTS, KPT telah menetapkan siling yuran berdasarkan
jenis program, infrastruktur, fasiliti yang ditawarkan di IPTS. IPTS tidak
boleh menaikkan yuran sewenangnya tanpa mendapat kelulusan
dari KPT. Pemantauan oleh KPT terhadap pematuhan Akta 555 dan
peraturan dibawahnya sentiasa dijalankan.

Jika didapati ada IPTS mengenakan yuran lebih daripada yang


diluluskan, maka IPTS tersebut telah menyalahi seksyen 40 (1) dan
boleh dihukum di bawah seksyen 40 (2) akta yang sama di mana
IPTS boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

282

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Berkenaan dasar pinjaman boleh ubah, PTPTN sebenarnya telah


melaksanakan dasar pinjaman boleh ubah (pengecualian bayaran
balik) bagi peminjam yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan
Kepujian Kelas Pertama atau setaraf mulai tahun 2003 sebelum
dihentikan pada 1 Julai 2005 berikutan kedudukan kewangan PTPTN
yang terhad. Dasar ini telah diperkenalkan semula mulai Januari
2010 sebagaimana pengumuman YAB Perdana Menteri semasa sesi
pembentangan Bajet 2010 yang lalu. Ia terbuka kepada pelajar IPTA
dan IPTS Peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan
Kepujian Kelas Pertama. Bagi pelajar IPTS, dasar ini terhad kepada
pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan
Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sahaja.

Sehingga 30 April 2012, PTPTN telah memberikan pelepasan bayaran


balik pinjaman kepada seramai 12,529 pelajar dengan jumlah
pelepasan bayaran balik RM359.26 juta. Daripada bilangan tersebut,
sebanyak 9,330 pelajar (74.5%) terdiri daripada pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 3,199 pelajar (25.5%) terdiri
daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Langkah ini
adalah atas keprihatinan Kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar
cemerlang di IPT dan menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap
usaha melahirkan modal insan yang berilmu, galakan kepada pelajar
serta hasrat Kerajaan memberi ganjaran kepada peminjam yang
cemerlang dalam pendidikan.

283

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN KAMALANATHAN a/l PANCHANATHAN
SOALAN
: NO. 435
Tuan Kamalanathan A/L Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklumat-maklumat
(Nama, Alamat, IPTA yang ditempatkan & jurusan pengajian mereka)
anak-anak Hulu Selangor yang kini sedang melanjutkan pelajaran mereka
di IPTA di Malaysia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nama dan alamat IPTA boleh
diperolehi dengan melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi di
alamat (http://www.mohe.gov.my/portal/institusi/ipta.html.)
Berkenaan enrolmen pelajar IPTA, pada tahun 2011 terdapat seramai
48,315 orang pelajar yang lahir di negeri Selangor. Walau bagaimanapun,
data mengikut kawasan Parlimen tiada dalam pangkalan data
Kementerian.

284

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

MESYUARAT
KETIGA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
JAWAB LISAN
(24 SEPTEMBER - 29 NOVEMBER 2012)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ATURAN URUSAN MESYUARAT


PARLIMEN YANG KEDUA BELAS
PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA
DEWAN RAKYAT
24 SEPTEMBER HINGGA 29 NOVEMBER 2012

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

MINGGU PERTAMA ( 6 PERTANYAAN )


24 SEPTEMBER 2012 [ ISNIN ] ( 0 )
1.

24 SEPT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT


25 SEPTEMBER 2012 [ SELASA ] ( 3 )

286

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

2.

25 SEPT 2012
NO. 5

Dato Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah diambil Kementerian dalam usaha mengesan
kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma
ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3.

25 SEPT 2012
NO. 15

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengkaji semula dasar
menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) kepada biasiswa kepada pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama
dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

4.

25 SEPT 2012
NO. 25

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian
bagi membantu penuntut Malaysia di Syria yang telah dibawa pulang oleh
Kerajaan, sekiranya mereka tidak dapat meneruskan pengajian di sana kerana
masih berlaku pergolakan di negara berkenaan.

287

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

26 SEPTEMBER 2012 [ RABU ] ( 2 )


5.

6.

26 SEPT 2012
NO. 8

26 SEPT 2012
NO. 14

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah bilangan pelajar dan negara asalnya di IPTA dan IPTS.
Apakah bilangan (peratusan) pelajar yang menyalahgunakan visa atau
permitnya untuk kegiatan bukan pendidikan serta langkah-langkah untuk
mencegahnya.
Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan sama ada beliau masih berhasrat melihat sebuah universiti
Malaysia disenaraikan antara 50 universiti paling unggul sedunia dan tiga
universiti disenaraikan antara 100 universiti paling unggul sedunia, dan
kemajuan setakat ini untuk mencapai objektif-objektif tersebut.

MINGGU KEDUA ( 3 PERTANYAAN )


1 OKTOBER 2012 [ ISNIN ] ( 2 )
9.

1 OKT 2012
NO. 2

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah IPTS dan statusnya di negara ini. Apakah kriteria untuk
bangunan dan mutu pendidikan IPTS dan keberkesanan kawalannya termasuk
sebuah kolej swasta di Vista Magna, Batu 7, Kepong.

10.

1 OKT 2012
NO. 7

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan kesediaan memberi peruntukan kewangan yang besar di kawasan
Libaran dan Sandakan bagi menjayakan kawasan tersebut sebagai hab
pendidikan utama Pantai Timur Sabah.

27 SEPTEMBER 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )

7.

27 SEPT 2012
NO. 14

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan setakat ini apakah sumbangan dan pencapaian sebenar
yang diperolehi oleh Majlis Profesor Negara yang diwujudkan dan sehingga kini,
apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan dan rakyat dengan pewujudannya itu.

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

2 OKTOBER 2012 [ SELASA ] ( 1 )


11.

2 OKT 2012
NO. 21

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan pembeli dan institusi pengajian tinggi tempatan yang
telah terlibat dalam pembelian dan penjualan ijazah palsu hingga kini. Apakah
langkah-langkah Kerajaan untuk menyekat pengeluaran, penjualan dan
penggunaan ijazah palsu yang semakin berleluasa ini.

28 SEPTEMBER 2012 [ JUMAAT ]


3 OKTOBER 2012 [ RABU ] ( 0 )
8.

28 SEPT 2012

PEMBENTANGAN BAJET 2013


12.

3 OKT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT


4 OKTOBER 2012 [ KHAMIS ] ( 0 )

13.

288

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

4 OKT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT

289

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

14.

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

8 OKT 2012

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

MINGGU KETIGA ( 2 PERTANYAAN )

MINGGU KEEMPAT ( 3 PERTANYAAN )

8 OKTOBER 2012 [ ISNIN ] ( 0 )

15 OKTOBER 2012 [ ISNIN ] ( 0 )

TIADA PERTANYAAN KPT

18.

15 OKT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT

9 OKTOBER 2012 [ SELASA ] ( 1 )


15.

9 OKT 2012
NO. 17

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a)

jumlah pelajar daripada semua jurusan kursus yang tamat kursus jangka
panjang Kolej Komuniti di seluruh negara pada sesi 2011/2012 dan yang
sudah bekerja; dan

(b)

apakah perancangan untuk memastikan hanya institusi dan badan swasta


yang berkualiti sahaja yang terlibat dalam pengendalian kursus Kolej
Komuniti.

16 OKTOBER 2012 [ SELASA ] ( 0 )


19.

16 OKT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT


17 OKTOBER 2012 [ RABU ] ( 2 )

20.

17 OKT 2012
NO. 3

Dato Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam
memastikan kemasukan pelajar asing yang ingin menyambung pengajian di
negara ini benar-benar melalui tapisan yang sewajarnya yang secara tidak
langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah di kemudian hari.

21.

17 OKT 2012
NO. 8

Dato Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :-

10 OKTOBER 2012 [ RABU ] ( 0 )


16.

10 OKT 2012

TIADA PERTANYAAN KPT

(a)

11 OKTOBER 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )


17.

11 OKT 2012
NO. 13

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar lepasan sekolah
menengah (Tingkatan Lima & Enam) semenjak lima (5) tahun yang lalu dari
Negeri Sarawak yang dapat melanjutkan pelajaran mereka ke universiti
dan kolej di dalam dan luar Negara di banding dengan negeri-negeri lain di
Malaysia.

290

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

apakah usaha-usaha Kerajaan bagi membanteras gejala menjual ijazah


palsu di negara ini; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat menyiasat kesahihan ijazah yang dimiliki oleh
penjawat awam, termasuk Ahli Parlimen. Jika mereka didapati bersalah
apakah tindakan yang di cadang akan diambil.

291

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

18 OKTOBER 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )


22.

18 OKT 2012
NO. 5

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian
Tinggi dalam mengawal penubuhan institusi dan kolej pengajian tinggi swasta
yang begitu banyak ketika ini. Apakah usaha yang diambil bagi memastikan IPT
Swasta itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

25 OKTOBER 2012 [ KHAMIS ] ( 0 )


27.

25 OKT 2012

23.

22 OKT 2012

29 OKTOBER 2012 [ ISNIN ] ( 2 )

28.

29 OKT 2012
NO. 10

25.

Dato Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:(a) universiti swasta, Malaysian University of Science and Technology (MUST)
dilaporkan menghadapi masalah kewangan yang parah, adakah Kerajaan
berhasrat untuk membantu universiti ini; dan

TIADA PERTANYAAN KPT

(b) jika bantuan dihulurkan, apakah rasional bantuan diberikan dan berapakah
jumlah dana yang terlibat dan apakah syarat-syarat yang dikenakan ke
atas universiti ini.

23 OKTOBER 2012 [ SELASA ] ( 2 )


24.

HARI RAYA HAJI TIADA PERSIDANGAN


MINGGU KEENAM ( 5 PERTANYAAN )

MINGGU KELIMA ( 3 PERTANYAAN )


22 OKTOBER 2012 [ ISNIN ] ( 0 )

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

23 OKT 2012
NO. 7

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah pelajar dan pensyarah luar negara di semua Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
mengikut bidang kursus sehingga September 2012.

23 OKT 2012
NO. 15

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan Pasukan Wawasan Pembangunan Barisan Nasional Sibu
berusaha untuk memajukan Sibu, Sarawak sebagai pusat pendidikan. Apakah
bantuan yang boleh diberi oleh Kerajaan untuk mencapai matlamat ini.

29.

29 OKT 2012
NO. 36

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang memasuki tahun pertama kursus
kedoktoran (perubatan) di IPTA-IPTA dalam negeri dalam tahun 2011 dengan
memberi pecahan etnik. Apakah pencapaian akademik yang terendah di STPM
ataupun Matrikulasi di tiap kumpulan etnik.

24 OKTOBER 2012 [ RABU ] ( 1 )


26.

24 OKT 2012
NO. 15

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan adakah perancangan untuk dibuat Universiti atau Kolej
Automotif di Bandar Proton Tg. Malim sesuai dengan wujudnya kilang kereta
nasional tersebut.

292

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

293

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

30 OKTOBER 2012 [ SELASA ] ( 2 )


30.

31.

30 OKT 2012
NO. 19

30 OKT 2012
NO. 20

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI


PENGAJAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju supaya perkataan
untuk etnik bumiputera daripada Sarawak dan Sabah yang menggunakan
perkataan Lain-lain dalam borang Kerajaan ditukar kepada perkataan yang
lebih spesifik seperti Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut atau Dusun supaya
masalah tidak akan timbul khasnya kemasukan pelajar ke universiti awam yang
sering dipertikaikan.
Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih perubatan
dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya selaras
dengan rakan-rakan mereka di Kementerian Kesihatan.

MINGGU KETUJUH ( 16 PERTANYAAN )


5 NOVEMBER 2012 [ ISNIN ] ( 6 )
34.

5 NOV 2012
NO. 1

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk
menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani
masalah penipuan ijazah.

35.

5 NOV 2012
NO. 8

Dato Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) tindakan yang dilakukan oleh Kementerian untuk membanteras sindiket
penjualan ijazah palsu yang mana di antara pembeli ijazah palsu tersebut
merupakan mereka yang berpangkat Tan Sri dan juga ahli politik; dan

31 OKTOBER 2012 [ RABU ] ( 1 )


32.

31 OKT 2012
NO. 25

(b)

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membuka cawangan UiTM
di Silam dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang maritim dan sains
marin bagi menyediakan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ini.
1 NOVEMBER 2012 [ KHAMIS ] ( 0 )

33.

1 NOV 2012

TIADA PERTANYAAN KPT

nyatakan jumlah kes berkaitan semenjak tahun 2000 sehingga sekarang.

36.

5 NOV 2012
NO. 9

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Kementerian menjalankan
kajian berhubung dengan keperluan guna tenaga negara dengan bidang-bidang
pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

37.

5 NOV 2012
NO. 31

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:(a)

bilangan pelajar lepasan STPM atau setaraf yang gagal mendapat


program yang dipohon di IPTA bagi Sesi Kemasukan 2012; dan

(b) apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan


masalah akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi negara yang berlarutan
sekian lama sehingga menjejaskan peluang generasi muda melanjutkan
pelajaran ke tahap tertiari dalam bidang-bidang kritikal.

294

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

295

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

38.

5 NOV 2012
NO. 32

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilangan pelajar warga asing yang sedang menuntut
di IPTA dan IPTS mengikut negara dan bidang serta tahap pengajian serta
nyatakan langkah-langkah Kementerian bagi memastikan hanya pelajar yang
benar-benar layak sahaja dibenarkan mengikuti pengajian di IPT di negara ini.

42.

6 NOV 2012
NO. 32

Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah terdapat sebarang garis panduan
yang khusus agar penglibatan mahasiswa dan parti politik selari dengan Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda bagi mengelakkan ia
tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

39.

5 NOV 2012
NO. 36

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:(a) pelajar-pelajar yang menerima kelas pertama, kelas kedua atas dan kelas
kedua bawah di keseluruhan IPTA di Negara ini bagi tempoh tahun 2008
hingga 2012 menurut senarai pecahan kaum Melayu, Cina, India, Kadazan
dan Iban; dan
(b) berapa ramaikah yang telah ditawarkan pekerjaan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia mengikut senarai pecahan kaum dan
pencapaian para Pelajar IPTA-IPTA tersebut.

7 NOVEMBER 2012 [ RABU ] ( 0 )

43.

7 NOV 2012

1 NOVEMBER 2012 [ KHAMIS ] ( 7 )

44.

8 NOV 2012
NO. 1

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang telah berjaya
menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa sejak skim ini diperkenalkan
sehingga tahun 2012.

45.

8 NOV 2012
NO. 9

Dato Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian
dalam menangani kekurangan tempat pelajar-pelajar ke IPTA terutama pelajarpelajar dari lepasan Politeknik

46.

8 NOV 2012
NO. 12

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

47.

8 NOV 2012
NO. 15

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan status pembinaan sebuah Kolej Komuniti di Sarikei dan
dipercepatkan sedangkan ianya akan dibina dalam Rolling Plan, RMKe-10.

6 NOVEMBER 2012 [ SELASA ] ( 3 )


40.

6 NOV 2012
NO. 25

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan di bawah Framework Agreement to Facilitate Mutual Recognition
to Academic Higher Education Qualifications yang ditandatangani oleh
Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China pada 28 April 2011

TIADA PERTANYAAN KPT

(a) berapa Universiti Perubatan China telah diiktiraf oleh Kerajaan; dan
(b) bilangan lepasan jurusan perubatan yang lulus dari negera China telah
diterima bekerja di hospital Kerajaan sehingga kini.
41.

6 NOV 2012
NO. 31

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan tindakan yang dilakukan ke atas penuntut Intitusi Pengajian
Tinggi Awam/Swasta yang bekerja sebagai pelayan/GRO/teman pengiring
(escort/call girl) kepada individu bagi mendapatkan duit sampingan kerana
ianya boleh mencemarkan nama baik sesebuah intitusi dan bertentangan
dengan budaya masyarakat kita.

296

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

297

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

48.

8 NOV 2012
NO. 17

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan kes pelajar palsu telah dikesan dan apakah mekanisma
yang sedia ada mencukupi untuk membendung kemasukan pelajar palsu ke
Malaysia. Apakah tindakan diambil terhadap institusi pengajian tinggi swasta
tempatan yang pelajarnya terlibat dalam kegiatan jenayah di Malaysia.

49.

50.

8 NOV 2012
NO. 26

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan
hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang
dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan.

8 NOV 2012
NO. 32

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan apa keputusan Kementerian terhadap permohonan untuk membina
sebuah Kolej Komuniti bagi kawasan Parlimen Kapit P215.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

20 NOVEMBER 2012 [ SELASA ] ( 1 )

52.

20 NOV 2012
NO. 15

53.

21 NOV 2012
NO. 4

51.

19 NOV 2012
NO. 20

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan berapakah jumlah kes penipuan sijil kelulusan setakat ini
dan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah itu serta langkah
dan cadangan penyelesaian sekurang-kurangnya mengembalikan kredibiliti
pihak Kementerian di peringkat antarabangsa atau bakal penuntut daripada
luar negara.

298

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan sejak Kementerian melancarkan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Nasional. Salah satu elemen utama yang diperlukan ialah
pengiktirafan pembelajaran bukan formal dan tidak formal melalui Pengakreditan
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL):(a) berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat manfaat dari APEL ini,
mengikut bidang dan institusi yang memberi tauliah; dan

(b) apakah bentuk kempen yang telah dijalankan untuk meningkatkan sasaran
jumlah pelajar tahunan.

12 15 NOVEMBER 2012 TIADA PERSIDANGAN ( Deepavali & Awal Muharam )

19 NOVEMBER 2012 [ ISNIN ] ( 1 )

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan status terkini mengenai rancangan menaik taraf Politeknik Gelang
Patah, memandangkan cadangan pihak Kementerian pada RMK-10 di Taman
Bukit Indah bukan di kawasan Parlimen Gelang Patah.
21 NOVEMBER 2012 [ RABU ] ( 2 )

MINGGU KELAPAN ( 0 PERTANYAAN )

MINGGU KESEMBILAN ( 5 PERTANYAAN )

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

54.

21 NOV 2012
NO. 10

Dato Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :(a) apakah asas dan perkiraan penilaian yang diambil untuk mewajibkan Ujian
Kelayakan (Imtihan Qabul) oleh Yayasan As-Sofa bagi pelajar yang akan
menyambung pelajaran ke Mesir, sedangkan para pelajar tersebut telah
lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
(b) senaraikan kelayakan dan pemeriksa kertas bagi peperiksaan Ujian
Kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung
pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan berapakah jumlah calon-calon
yang telah menduduki peperiksaan tersebut sejak mula dilaksanakan
hingga kini.

299

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

22 NOVEMBER 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )

55.

22 NOV 2012
NO. 2

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan mengapakah kriteria pemilihan terhadap jawatan
Profesor Gred Turus tidak mengecualikan ahli akademik yang terlibat di
dalam pentadbiran supaya peluang ahli-ahli akademik yang memperuntukkan
sepenuh usaha mereka kepada bidang penyelidikan tidak terjejas.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

TARIKH & NO.


PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 46 PERTANYAAN )

59.

28 NOVEMBER 2012 [ RABU ]


(TIADA PERTANYAAN KPT)

60.

29 NOVEMBER 2012 [ KHAMIS ]


(TIADA PERTANYAAN KPT)

MINGGU KESEPULUH ( 3 PERTANYAAN )

25 NOVEMBER 2012 [ ISNIN ] ( 1 )

56.

26 NOV 2012
NO. 11

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah drastik yang dilaksanakan bagi menangani isu
ijazah palsu yang dilakukan oleh sindiket tertentu bagi mengaut keuntungan,
dengan berselindung di sebalik nama institusi pengajian tinggi swasta. Berapa
ramai yang telah menjadi mangsa sindiket tersebut, jumlah yang dikaut oleh
sindiket tersebut sehingga kini.
27 NOVEMBER 2012 [ SELASA ] ( 2 )

57.

27 NOV 2012
NO. 7

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sejauh manakah Kerajaan memantau penubuhan dan pengurusan
IPTS di negara ini dan adakah Kerajaan menyedari bahawa terdapat IPTS yang
menawarkan kursus-kursus yang belum mendapat pengiktirafan MQA, jika ya,
mengapakah IPTS ini dibenarkan menawarkan kursus-kursus tersebut.

58.

27 NOV 2012
NO. 19

Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan kuota yang telah ditetapkan mengikut bidang dan jurusan
yang ditawarkan kepada pelajar asasi sains selepas menamatkan pengajian
asas (foundation) di Universiti Malaysia Sabah. Adakah pelajar layak dan
dibenarkan berpindah ke Institusi Pengajian Tinggi yang lain mengikut kehendak
pelajar atau ibubapa mereka

300

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

301

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 17 PERTANYAAN )

1.

NO.76

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa yuran pengajian yang
dikenakan oleh beberapa institusi pengajian tinggi swasta tempatan menjadi
agak tinggi dan telah menjadi beban kepada ramai ibu bapa.

2.

NO.115

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana perancangan untuk membina
Kolej Komuniti baru di kawasan Parlimen Lipis memandangkan kolej cawangan
yang sedia ada telah melebihi kapasiti pelajar.

3.

4.

5.

NO.146

NO.152

NO.157

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 17 PERTANYAAN )

7.

NO.240

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi program Baucar
Buku 1Malaysia (BB1M) dan nyatakan jumlah keseluruhan penyelewengan
yang berlaku melibatkan pertukaran wang tunai baucar yang diberikan serta
langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan serta tindakan yang dikenakan
kepada pembekal dan individu yang menukarkan baucar dengan wang tunai.

8.

NO.274

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan :(a) apakah inisiatif yang telah diambil untuk meningkatkan kedudukan ranking
universiti tempatan berbanding dengan universiti terbaik di rantau ini; dan

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Program Keusahawanan
Sosial Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Women in social Enterprise (WISE)
mampu meningkatkan keupayaan pelajar mempelajari selok-belok perniagaan.
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan penuntut asing di IPTA dan IPTS
mengikut bidang pengajian dan tahap.

(b) usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk menanda aras universiti
tempatan dengan universiti terbaik di rantau ini supaya usaha untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dapat
dicapai.
9.

NO.308

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan mengapakah program perubatan Universiti Lincoln dibenarkan
beroperasi sedangkan kursus tersebut sebenarnya belum lagi diberikan
pengiktirafan oleh Malaysian Medical Council ataupun Jabatan Perkhidmatan
Awam. Pada masa yang sama Universiti Lincoln juga menawarkan kursus
perubatan dari Crimea State Medical University yang telah pun ditarik
pengiktirafannya oleh Kerajaan.

10.

NO.313

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah bayaran yuran pengajian di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) bagi setiap kategori seperti Diploma, Sarjana Muda, Sarjana
dan Doktor Falsafah sepanjang tempoh pengajian yang telah ditetapkan oleh
sesebuah universiti.

11.

NO.350

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan


jumlah institut-institut pendidikan tempatan yang mempunyai cawangan di
negara asing. Senaraikan nama institut, negara dan tarikh cawangan tersebut
disediakan.

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan :(a) jumlah hutang yang masih belum dikutip oleh tabung PTPTN dalam tempoh
10 tahun yang lalu; dan
(b) adakah tindakan yang lebih berat daripada menghalang keluar negara
dapat dikenakan kepada mereka yang masih ingkar membayar kerana
tidak berniat untuk keluar negara

6.

NO.218

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan status permohonan bagi Kolej Komuniti dalam kawasan Parlimen
Parit.

302

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

303

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 17 PERTANYAAN )

12.

NO.366

Dato Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan rasional cadangan Universiti Malaya yang telah diberi
status autonomi untuk membangunkan projek komersial seperti pembangunan
kompleks membeli-belah, hotel dan restoran di kampus universiti untuk menjana
pendapatan. Adakah Kementerian bersetuju dengan kaedah ini dan perlukah
Universiti Malaya mendapat persetujuan Kementerian dalam perancangan yang
sedemikian.

13.

NO.393

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah IPTS yang telah didaftarkan hingga kini dan
jumlah yang telah gulung tikar serta jumlah IPTS yang telah diambil tindakan
Mahkamah, jika ada, senaraikan IPTS tersebut.

14.

NO.409

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL

NO.
PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN


( 17 PERTANYAAN )

17.

NO. 454

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan mengenai usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk
membanteras gejala penjualan ijazah palsu selepas wujudnya sindiket menjual
ijazah palsu di mana di antara pembeli ijazah palsu tersebut merupakan mereka
yang bergelar Tan Sri dan juga ahli politik. Berapakah jumlah individu yang
terbabit dan namakan institusi tersebut.

(a) berapa jumlah hutang tunggakan PTPTN oleh graduan IPTA dan IPTS; dan
(b) bagaimana Kementerian mengawal kos yuran IPTS yang semakin tinggi
dan adakah Kementerian akan menetapkan satu yuran maksimun untuk
semua IPTS.
15.

NO.422

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :(a) berapakah jumlah pelajar yang digugur daripada pengajian mengikut
pecahan kaum dan jantina setiap universiti tempatan di Malaysia; dan
(b) bagaimana pula tahap drop out pelajar di sektor pengajian tinggi swasta,
adakah terdapat statistik yang dapat dikemukakan oleh pihak Kementerian.

16.

NO.438

Dato Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah lulus dan gagal di
peringkat Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) yang telah dijalankan oleh Yayasan
As-Sofa sejak mula dilaksanakan hingga kini.

304

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

305

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO NORAINI BINTI AHMAD
25 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
NO. 5

Dato Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah diambil Kementerian dalam usaha
mengesan kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa
ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa membuat pemantauan ke atas
IPTS yang menawarkan program pengajian di peringkat sijil sehingga
peringkat PhD. Pemantauan ini merangkumi status kursus pengajian,
tarikh tamat tempoh kursus pengajian, kursus yang mencapai tahap
matang dan akreditasi penuh daripada MQA. Pemantauan secara
berkala ke atas IPTS dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan
Inspektorat, Jabatan Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) melalui:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

mengeluarkan garis panduan pengiklanan IPTS yang mensyaratkan


kepada semua IPTS menyatakan kod kursus pengajian oleh MQA dan
nombor rujukan kelulusan berserta tarikh kelulusan kursus di dalam
iklan masing-masing. Jika didapati terdapat IPTS yang melakukan
penipuan berhubung kursus pengajian, maka mereka boleh diambil
tindakan perundangan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta [Akta 555] dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun
sebanyak RM50 ribu.
(ii) menyediakan ruang untuk orang ramai mengadu salah laku IPT
termasuk perkara berkaitan pengiklanan. Aduan ini boleh disalurkan
melalui emel, telefon, surat, hadir diri dan juga Sistem Pengurusan
Pertanyaan Aduan (SPPA) melalui laman web MQA. Aduan ini akan
diambil tindakan oleh MQA mengikut prosedur yang ditetapkan.
(iii) menyediakan kemudahan semakan status program pengajian yang
ditawarkan oleh IPT. Semakan tersebut boleh dibuat menerusi
pertanyaan terus ke pejabat MQA, emel dan semakan di portal Daftar
Kelayakan Malaysia (MQR).

(i) pemantauan ke atas pengiklanan penawaran kursus pengajian oleh


IPTS dengan membuat semakan iklan di akhbar-akhbar utama untuk
memastikan kesahihan iklan yang diterbitkan oleh IPT. KPT telah

306

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

307

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
25 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
NO. 15

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengkaji
semula dasar menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kepada pelajar yang mendapat
ijazah kelas pertama dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dasar pinjaman boleh ubah (pengecualian bayaran balik) kepada
peminjam PTPTN diberikan kepada pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana
Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya telah diperkenalkan
mulai tahun 2003. Namun, akibat kedudukan kewangan PTPTN yang
terhad, dasar ini telah dimansuhkan mulai permohonan pinjaman bagi
pelajar sesi kemasukan Julai 2005 (1 Julai 2005). Walau bagaimanapun,
pelajar-pelajar yang diluluskan pinjaman sebelum 1 Julai 2005 masih
layak untuk dipertimbangkan bagi pengecualian bayaran balik.
Namun, atas keprihatinan Kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang
cemerlang di IPT, ketika sesi pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober
2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan supaya pinjaman/

308

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pembiayaan pendidikan PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi graduan


Ijazah Kelas Pertama diperkenalkan semula. Pada 15 Jun 2012, Kerajaan
telah membuat keputusan supaya dasar pengecualian bayaran balik ini
diperluaskan juga kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian sebelum
tahun 2010. Insentif ini sebagai tindakan penyelarasan dasar dan
pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang dalam pengajian sama ada
pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS).
Di dalam memberi kemudahan pengecualian bayaran balik kepada
peminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama, PTPTN juga
sedar dan mengambil maklum tentang tindakan pihak tertentu yang
tidak bertanggungjawab terhadap penipuan ijazah palsu seperti yang
dipaparkan di media elektronik dan media cetak. Sehubungan itu,
beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan pengecualian
bayaran balik diberikan kepada peminjam yang layak sahaja. Antaranya,
pelajar diminta untuk menyediakan:(i) Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf
dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS
berkaitan;
(ii) Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh
Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
(iii) Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA); dan

309

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(iv) Akuan Pelajar yang menyatakan bahawa pelajar boleh didakwa dan
pengecualian bayaran balik pinjaman ditarik balik sekiranya di dapati
memalsukan sebarang maklumat yang diberikan.
Pada masa ini, Kerajaan masih meneruskan pengecualian bayaran balik
kepada peminjam PTPTN daripada IPTS yang mendapat ijazah kelas
pertama dan tidak bercadang untuk mengkaji semula dasar ini.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI DR. ABDULLAH BIN MD. ZIN
25 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
NO. 25

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang akan diambil
oleh pihak Kementerian bagi membantu penuntut Malaysia di Syria
yang telah dibawa pulang oleh Kerajaan, sekiranya mereka tidak dapat
meneruskan pengajian di sana kerana masih berlaku pergolakan di
negara berkenaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada seramai 128 pelajar
Malaysia yang berjaya dibawa pulang dari Syria, hanya 44 orang
mempunyai kelulusan SPM yang mana 40 pelajar mengikuti pengajian di
peringkat Ijazah dan 4 pelajar lagi di peringkat Diploma. Manakala, seramai
84 pelajar lagi tidak mempunyai kelayakan sijil akademik di peringkat
SPM dan mereka belajar di Syria mengikuti sistem persekolahan pondok
(jurusan agama).
Pada masa ini, KPT sedang berusaha mengumpul maklumat 44 pelajar
yang berkelulusan SPM tersebut dan dokumen berkaitan pembelajaran
mereka untuk berunding dengan IPT tempatan bagi menyediakan

310

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

311

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ruang untuk para pelajar ini meneruskan pengajian di Negara ini. Walau
bagaimanapun, perundingan ini akan mengambil kira syarat kemasukan
asas IPT tempatan mengikut bidang pengajian tertentu.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. TAN SENG GIAW
26 SEPTEMBER 2012 (RABU)
NO. 8

DR. TAN SENG GIAW [ Kepong ] minta minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah bilangan pelajar dan negara asalnya di IPTA
dan IPTS. Apakah bilangan (peratusan) pelajar yang menyalahgunakan
visa atau permitnya untuk kegiatan bukan pendidikan serta langkahlangkah untuk mencegahnya.
JAWAPAN
Tuan Yang di-pertua,
Pada tahun 2011, enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA ialah seramai
25,263 orang, manakala di IPTS pula seramai 45,246 orang. Bilangan
pelajar daripada negara Iran (Islamic republic of) adalah merupakan
bilangan tertinggi di IPTA, iaitu seramai 5,948, diikuti oleh Indonesia
seramai 3,763 orang, China seramai 2,122 orang, Yemen seramai 1,839
orang dan Iraq seramai 1,329 orang. Bilangan pelajar yang tertinggi di
IPTS pula ialah pelajar China seramai 5,272 orang, Indonesia seramai
4,806, Nigeria seramai 4,684 orang, Iran (Islamic Republic of) seramai
3,940 orang dan Yemen seramai 1,713 orang.
Mengenai penglibatan pelajar antarabangsa dalam jenayah pula, pada
tahun 2011, dilaporkan sebanyak 224 orang pelajar antarabangsa telah

312

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

313

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

terlibat dalam jenayah. Jumlah ini mewakili 0.3 peratus dari sejumlah
70,509 pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di Malaysia.
Pelajar antarabangsa yang terlibat dalam jenayah bukan hanya di IPTA dan
IPTS, malah kebanyakannya adalah pelajar antarabangsa yang mengikuti
program jangka pendek dan pengajian bahasa yang dikendalikan oleh
pusat-pusat bahasa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN LIM KIT SIANG
26 SEPTEMBER 2012 (RABU)
NO. 14

Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan sama ada beliau masih berhasrat melihat sebuah
universiti di Malaysia disenaraikan antara 50 universiti paling unggul
sedunia dan tiga universiti disenaraikan antara 100 universiti paling
unggul sedunia, dan kemajuan setakat ini untuk mencapai objektifobjektif tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN), KPT masih mensasarkan sekurang-kurangnya
tiga universiti tempatan diiktiraf di antara 100 terbaik dunia dan satu
daripadanya di antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.
Dalam usaha melonjakkan kedudukan ranking dunia, IPT tempatan
berusaha memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan,
jaringan kolaborasi, penerbitan serta pengurusan IPT masing-masing
supaya dapat bersaing di peringkat global. Beberapa program telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha melonjak
IPT tempatan di peringkat antarabangsa seperti berikut:

314

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

315

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i.

Pengiktirafan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti


bertaraf APEX (Accelerated Programmme for Excellence);

ii. Pengiktirafan Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), USM, Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) sebagai Universiti Penyelidikan (Research University);
iii. Pemberian autonomi kepada 5 buah IPTA yang bertaraf Universiti
Penyelidikan;
iv. Mempergiatkan pengantarabangsaan; dan
v. Penyaluran dana penyelidikan dalam RMK-10 sebanyak RM741 juta
bagi tahun 2011 dan 2012.
Berdasarkan kedudukan QS World University Ranking 2012, IPT
tempatan telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) telah meningkat ke kedudukan
156 berbanding 167 pada tahun 2011, Universiti Sains Malaysia (USM)
meningkat kepada 326 berbanding 335 pada tahun 2011 dan Universiti
kebangsaan Malaysia (UKM) pula meningkat kepada kedudukan 261
berbanding 276 pada tahun 2011.

316

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
27 SEPTEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 14

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan setakat ini apakah sumbangan dan
pencapaian sebenar yang diperolehi oleh Majlis Profesor Negara yang
diwujudkan dan sehingga kini, apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan
dan rakyat dengan pewujudannya itu.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam usaha kerajaan untuk membangunkan kegiatan ekonomi
khasnya dengan pendekatan model ekonomi baru Negara serta proses
mengukuhkan struktur sosial negara, sumbangan dari kumpulan pemikir
untuk membantu dan menyumbang buah fikiran dalam melestarikan
program-program serta projek- projek yang dirancang serta dilaksanakan
adalah amat diperlukan. Antara sumber utama daripada kategori
inteligensia yang berpotensi untuk digemblengkan dan seterusnya
memainkan peranan berkenaan secara lebih berkesan adalah kalangan
para profesor di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi tujuan itu penubuhan
Majlis Profesor Negara (MPN), atau National Council of Professors (NCP),
adalah suatu langkah terbaik pada masa ini.

317

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Antara sumbangan Majlis Profesor Negara ialah memberikan input


kepakaran akademik dan profesional dalam pelbagai bidang untuk
kegunaan advokasi awam, khususnya, dalam penggubalan dasar negara
dan memantau pelaksanaannya serta memberikan khidmat nasihat dan
pemikiran baru untuk meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai
bidang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan khusus
MPN adalah membantu Kerajaan menyelesaikan cabaran semasa yang
melibatkan masyarakat secara langsung berkenaan isu INTERLOK,
LYNAS dan AUKU.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JAWAPAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. TAN SENG GIAW
1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
NO. 2

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah IPTS dan statusnya di negara ini. Apakah kriteria untuk
bangunan dan mutu pendidikan IPTS dan keberkesanan kawalannya
termasuk sebuah kolej swasta di Vista Magna, Batu 7, Kepong.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga 31 Ogos 2012, terdapat sebanyak 506 buah Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah IPTS bertaraf
Universiti, 21 buah bertaraf Kolej Universiti, 6 buah bertaraf Kampus
Cawangan Universiti Luar Negara, 413 buah bertaraf Kolej yang masih
aktif dan 32 buah bertaraf Kolej yang tidak aktif.
KPT sentiasa berusaha meningkatkan kualiti IPTS dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan IPT, penyediaan bangunan
dan kemudahan. Semua IPTS yang diberi kelulusan penubuhannya akan
didaftarkan bangunan atau premisnya dalam perakuan pendaftaran
institusi. Pemantauan dan kawalan ke atas premis sentiasa dilakukan
terhadap semua IPTS di seluruh negara termasuk kolej swasta di Vista

318

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

319

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Magna, Batu 7, Kepong. Pada tahun 2010, sebanyak 11 buah IPTS telah
diambil tindakan kerana melakukan kesalahan berkaitan premis dan
telah dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM110
ribu. Manakala, pada tahun 2011 pula, sebanyak 26 buah IPTS telah
dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM260 ribu
kerana kesalahan yang sama.
Nama Kolej swasta yang dimaksudkan di Vista Magna ialah Kolej
Antarabangsa Mahsa Prima. Lawatan pemeriksaan ke atas IPTS tersebut
telah pun dilakukan pada 30 Julai 2012 dan mendapati pihak institusi
menggunakan premis tambahan yang belum berdaftar. Kertas siasatan
telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menentukan
sabitan kesalahan yang boleh dikenakan mengikut seksyen 78 Akta 555.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK JUSLIE BIN AJIROL
1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
NO. 7

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan kesediaan memberi peruntukan kewangan yang
besar di kawasan Libaran dan Sandakan bagi menjayakan kawasan
tersebut sebagai hab pendidikan utama Pantai Timur Sabah.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi penubuhan IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpandangan
jumlah sedia ada masih mencukupi untuk menampung keperluan sumber
tenaga mahir negara.Oleh itu, fokus KPT pada masa ini adalah untuk
memperkasakan IPTA yang sedia ada di seluruh negara termasuk di
Sabah.
Sehingga kini, terdapat sembilan buah Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), politeknik dan kolej komuniti beroperasi di Sabah termasuk di
kawasan Sandakan iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

320

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Universiti Malaysia Sabah (UMS);


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Kinabalu;
Universiti Teknologi MARA (UiTM) KampusTawau;
Politeknik Kota Kinabalu;

321

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

v. Politeknik Sandakan;
vi. Kolej Komuniti Tawau;
vii. Kolej Komuniti Lahad Datu;
viii. Kolej Komuniti Cawangan Semporna; dan
ix. Kolej Komuniti Sandakan.
x. Sekolah Lestari Pertanian Cawangan UMS di Sandakan.
Di samping itu, terdapat juga 25 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) beroperasi di Sabah. Kementerian sebenarnya tiada halangan
untuk memproses permohonan bagi penubuhan IPTS di kawasan Libaran
dan Sandakan. Sehingga kini belum ada syarikat yang mengemukakan
permohonan bagi penubuhan IPTS di kawasan tersebut.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai halangan sekiranya
ada pihak di Sabah khususnya di Libaran yang ingin menubuhkan institusi
pengajian swasta atau kolej swasta.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN TENG BOON SOON
2 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 21

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan pembeli dan institusi pengajian tinggi
tempatan yang telah terlibat dalam pembelian dan penjualan ijazah
palsu hingga kini. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyekat
pengeluaran, penjualan dan penggunaan ijazah palsu yang semakin
berleluasa ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini, Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan
ijazah palsu yang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama
ada IPTA mahupun IPTS.
Berkenaan kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam akhbar
baru-baru ini, Kementerian telah menjalankan siasatan dan mendapati
ianya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan individu tertentu yang
menjual ijazah daripada universiti luar negara dan IPTA. Syarikat terlibat
bukan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang berdaftar
dengan KPT. Kes ini terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia

322

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

323

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(PDRM) dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana


menipu. Walau bagaimanapun, KPT juga turut menyiasat kes penjualan
ijazah palsu berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 76, Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555].
KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA dan IPTS
bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes penjualan ijazah
palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan akan diambil sekiranya
didapati terlibat dalam kesalahan ini. Pemantauan ke atas pengiklanan
IPT juga sentiasa dilaksanakan oleh KPT secara berterusan bagi
memastikan kes penjualan ijazah palsu oleh IPT tidak berlaku.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK DR TEKHEE @ TIKI ANAK LAFE
9 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 17

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) jumlah pelajar daripada semua jurusan kursus yang tamat kursus
jangka panjang Kolej Komuniti di seluruh negara pada sesi 2011/2012
dan yang sudah bekerja; dan
(b) apakah perancangan untuk memastikan hanya institusi dan badan
swasta yang berkualiti sahaja yang terlibat dalam pengendalian
kursus Kolej Komuniti.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Sehingga Jun 2012, Kolej Komuniti telah melahirkan seramai 41,936
graduan iaitu seramai 40,816 orang di peringkat sijil dan seramai
1,120 orang di peringkat diploma. Manakala bagi tahun 2012 sahaja,
seramai 6,623 pelajar telah menamatkan pengajian daripada kolej
komuniti. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,931 (90%) telah
terlibat sebagai responden bagi Kajian Pengesanan Graduan.
Keputusan kajian menunjukkan seramai 3,579 orang (60.3%) telah

324

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

325

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

bekerja, seramai 1,373 orang (23.2%) telah melanjutkan pengajian,


seramai 55 orang (0.9%) meningkatkan kemahiran, seramai 66 orang
(1.1%) masih menunggu penempatan pekerjaan dan seramai 858
orang belum bekerja (14.5%).
(b) Dalam persaingan ke arah pendidikan berkualiti, Kolej Komuniti
telah mengambil inisiatif melaksanakan kerjasama dengan institusi
dan badan swasta dalam pengendalian kursus dengan mengambil
kira kepakaran sesebuah badan professional atau persatuan. Antara
badan yang berkerjasama dengan kolej komuniti ialah Malaysia
Board Of Technologists (MBOT), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM),
CISCO System (M) Sdn. Bhd., Federation Malaysian Manufacturers
(FMM), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB).

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK AARON AGO ANAK DAGANG
11 OKT 2012 (KHAMIS)
NO. 13

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar lepasan
sekolah menengah (Tingkatan Lima & Enam) semenjak lima (5) tahun
yang lalu dari Negeri Sarawak yang dapat melanjutkan pelajaran mereka
ke universiti dan kolej di dalam dan luar negara di banding dengan negerinegeri lain di Malaysia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf adalah
berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah
akademik dan 10% markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit
seseorang calon. Pemilihan kemasukan berdasarkan meritokrasi, tidak
mengambil kira negeri kelahiran pelajar, tempat tinggal, agama, bangsa
atau keturunan. Semua pelajar yang layak dengan markah merit tertinggi
akan ditawarkan tempat di IPTA.
Pada tahun 2008 hingga 2011, seramai 13,608 pelajar yang berasal dari
Sarawak bagi lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf telah melanjutkan

326

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

327

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Manakala bagi Sesi


Akademik 2012/2013 pula, seramai 205 calon Bumiputera Sarawak
lepasan SPM/Setaraf dan seramai 972 calon lepasan STPM/Setaraf telah
ditawarkan tempat di IPTA.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SRI IR. MOHD ZIN BIN MOHAMED
17 OKTOBER 2012 (RABU)
NO. 3

Dato Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak
Kementerian dalam memastikan kemasukan pelajar asing yang ingin
menyambung pengajian di negara ini benar-benar melalui tapisan yang
sewajarnya yang secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada
berlakunya masalah di kemudian hari.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk memastikan setiap
kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT di negara ini benar-benar terdiri
daripada pelajar yang tulen ataupun dengan izin, genuine. Mereka juga
hendaklah memenuhi syarat kelayakan masuk minima yang ditetapkan
oleh IPT. Komitmen tersebut didokong bersama oleh agensi Kerajaan yang
lain, iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Sehubungan itu, KPT telah mengadakan satu sistem tapisan kemasukan
pelajar ke negara ini, iaitu Sistem e-Student. Setiap warga negara asing
yang ingin memohon untuk mengikuti kursus pengajian di IPT negara
kita hendaklah terlebih dahulu mengemukakan permohonan dari negara

328

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

329

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

asal mereka melalui IPT. Justeru itu, warga negara asing yang memasuki
negara menggunakan, dengan izin, Visa-on-Arrival atau Pas Lawatan
Sosial, tidak lagi akan dipertimbangkan untuk mendapat Pas Pelajar.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Pemohonan serta dokumen-dokumen seperti berikut hendaklah


dikemukakan oleh pihak IPT kepada KPT melalui Sistem e-Student, iaitu:

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO JOHARI BIN ABDUL
17 OKTOBER 2012 (RABU)
NO. 8

(i) telah menerima surat tawaran daripada IPT yang berdaftar di bawah
KPT;

Dato Johari bin Abdul [


Sungai Petani
PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(ii) memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang termaktub di


dalam surat kelulusan kursus;

(a) apakah usaha-usaha Kerajaan bagi membanteras gejala menjual


ijazah palsu di negara ini; dan

(iii) kursus yang ditawarkan adalah kursus yang telah mendapat kelulusan
KPT;

(b) adakah Kerajaan berhasrat menyiasat kesahihan ijazah yang dimiliki


oleh penjawat awam, termasuk Ahli Parlimen. Jika mereka didapati
bersalah, apakah tindakan yang dicadang akan diambil.

] minta MENTERI

(iv) kursus yang ditawarkan telah mendapat Akreditasi daripada MQA;


Tuan Yang di-Pertua,
(v) pelajar diakui sihat dalam laporan kesihatan doktor;
(vi) mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) sebagai syarat
tambahan kepada pelajar daripada negara-negara Sub-Saharan.
Sistem e-Student bertujuan untuk membuat tapisan kesahihan dokumendokumen berkenaan. KPT seterusnya akan memperakukan, atau tidak
memperakukan, kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses
pengeluaran Pas Pelajar.

Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini, bersekali dengan dua soalan
yang lain masing-masing daripada Yang Berhormat Telok Kemang
bertarikh 5 November 2012 dan daripada Yang Berhormat Sipitang
bertarikh 26 November 2012 kerana ia adalah mengenai perkara yang
hampir sama.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

330

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

331

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi


(KPT) belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah
palsu yang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada
IPTA, mahupun IPTS yang berdaftar secara sah dengan KPT. Walau
bagaimanapun, bagi kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam
akhbar baru-baru ini, Kementerian telah menjalankan siasatan dan
mendapati ianya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan individu
tertentu yang menjual ijazah daripada universiti luar negara dan IPTA.
Syarikat terlibat bukan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
(IPT) yang berdaftar dengan KPT.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

awam atau ahli-ahli Parlimen yang ingin mengesahkan mana-mana


ijazah dikeluarkan oleh IPT tempatan, mereka boleh mengajukannya
terus kepada IPT berkenaan.

Saya yakin di sektor swasta juga mempunyai mekanisme yang sama


dengan sektor awam berhubung pekerja atau bakal pekerja yang
membuat perisytiharan palsu, termasuk kelulusan akademiknya bagi
mendapatkan pekerjaan.

KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA


dan IPTS bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes
penjualan ijazah palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan
akan diambil sekiranya didapati terlibat dalam kesalahan ini.
Pemantauan ke atas pengiklanan IPT juga sentiasa dilaksanakan
oleh KPT secara berterusan bagi memastikan kes penjualan ijazah
palsu oleh IPT tidak berlaku.

(b) Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib
Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja IPTA adalah merupakan
pekhidmat awam berdasarkan seksyen 24D, Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971. Oleh itu, mereka adalah tertakluk kepada Peraturan
Tatatertib IPTA masing-masing dan undang-undang sedia ada negara
ini. Berdasarkan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2012; seseorang pegawai awam boleh ditamatkan perkhidmatan
sekiranya meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang
berhubungan dengan pelantikannya. Bagi mana-mana majikan, orang

332

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

333

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD
18 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
NO. 5

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal penubuhan institusi
dan kolej pengajian tinggi swasta yang begitu banyak ketika ini. Apakah
usaha yang diambil bagi memastikan IPT Swasta itu mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga 31 Ogos 2012, terdapat sebanyak 506 buah Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah IPTS bertaraf
Universiti, 21 buah bertaraf Kolej Universiti, 6 buah bertaraf Kampus
Cawangan Universiti Luar Negara, 413 buah bertaraf Kolej yang masih
aktif.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sewenang-wenangnya tetapi perlu melalui tapisan yang ketat. Hanya


IPTS yang benar-benar layak sahaja akan diluluskan penubuhannya.
Pada tahun 2011, sebanyak 20 daripada 46 permohonan penubuhan
IPTS bertaraf kolej telah ditolak disebabkan tidak melepasi syarat-syarat
yang ditetapkan.
Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS sedia ada pula, pihak KPT
sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke
atas IPTS melalui operasi-operasi tertentu seperti OPS Matang, OPS
Antarabangsa, OPS kejururawatan, OPS klinikal dan OPS kelayakan
masuk. Kementerian juga dari semasa ke semasa mengadakan program
engagement dengan IPTS sebagai salah satu pendekatan preventive
enforcement. KPT mensasarkan 150 IPTS untuk dilawati setiap tahun
dalam OPS Matang. KPT juga turut melaksanakan Ops Weeding Out ke
atas IPTS yang tidak berdaya maju. Pada tahun 2010, sebanyak 64 buah
IPTS terlibat dalam operasi ini dan 27 buah daripadanya telah dibatalkan
kelulusan penubuhan dan 15 buah lagi dikanselkan pendaftaran.
Manakala pada 2011, sebanyak 2 buah IPTS telah dibatalkan kelulusan
penubuhan dan 2 buah IPTS telah dikanselkan pendaftaran. Angka ini
menunjukkan kesedaran IPTS untuk mematuhi peraturan yang sedia ada.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap IPTS yang diluluskan


penubuhan dan didaftarkan di bawah KPT adalah tertakluk di bawah
peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan
peraturan-peraturan di bawahnya. Penubuhan sesebuah IPTS tidak dibuat

334

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

335

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK JUSLIE BIN AJIROL
23 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 7

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

seramai 8,037 orang dan bidang Sains, Matematik dan Komputer seramai
7,117 orang. Manakala, bilangan pensyarah luar negara yang mengajar di
IPTS pula adalah seramai 2,196 orang.

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan jumlah pelajar dan pensyarah luar negara di semua
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) mengikut bidang kursus sehingga September 2012.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2011, jumlah
pelajar antarabangsa di IPTA adalah seramai 25,855 orang pelajar. Bidang
Sains Sosial, Perniagaan dan Perundangan merupakan pilihan tertinggi
pelajar antarabangsa di IPTA iaitu seramai 7,638 orang. Diikuti bidang
Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan seramai 6,581 orang dan
seterusnya bidang Sains, Matematik dan Komputer seramai 5,145 orang
pelajar. Manakala, jumlah pensyarah luar negara di IPTA pula adalah
seramai 1,765 orang.
Di IPTS pula, sehingga Disember 2011, terdapat seramai 45,246 orang
pelajar antarabangsa yang menuntut di IPTS. Bidang Sains Sosial,
Perniagaan dan Perundangan mempunyai bilangan pelajar antarabangsa
tertinggi iaitu seramai 16,345 orang. Diikuti bidang Seni dan Kemanusian

336

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

337

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK TIONG THAI KING
23 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 15

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan Pasukan Wawasan Pembangunan Barisan
Nasional Sibu berusaha untuk memajukan Sibu, Sarawak sebagai pusat
pendidikan. Apakah bantuan yang boleh diberi oleh Kerajaan untuk
mencapai matlamat ini.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

berikut:
i. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
ii. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan;
iii. Politeknik Kuching;
iv. Politeknik Mukah;
v. Kolej Komuniti Kuching;
vi. Kolej Komuniti Mas Gading;
vii. Kolej Komuniti Miri;
viii. Kolej Komuniti Cawangan Santubong; dan
ix. Kolej Komuniti Cawangan Betong.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua buah lagi IPT sedang dibina
di Sarawak pada tahun ini iaitu UiTM kampus Mukah dan Politeknik
MeTrO di Betong bagi menyokong inisiatif Pembangunan Koridor Tenaga
Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan institusi pengajian
tinggi awam (IPTA) dirancang dan dilaksanakan setelah mengambil
kira pelbagai aspek seperti keperluan strategik negara, kemampuan
pembiayaan Kerajaan, kepentingan bidang tujahan tertentu terhadap
pembangunan sosio-ekonomi negara, sumber manusia yang mencukupi
serta keperluan sumber tenaga mahir yang diperlukan di pasaran kerja.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa berusaha untuk
meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti pengajian tinggi termasuk
di Sarawak selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Ini terbukti dengan penubuhan beberapa buah IPT di Sarawak seperti

338

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Mengenai bantuan kepada Pasukan Wawasan Pembangunan Barisan


Nasional Sibu, dimaklumkan bahawa Kerajaan tidak menyediakan
sebarang peruntukan kewangan kepada mana-mana badan atau parti
politik bagi menubuhkan mana-mana institusi pengajian tinggi awam di
negara ini. Sungguhpun demikian, KPT bersedia mempertimbangkan
penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sibu jika terdapat
permohonan daripada syarikat-syarikat tertentu. Permohonan tersebut
akan diproses berdasarkan kriteria dan syarat yang diperuntukkan dalam
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

339

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI ONG KA CHUAN
24 OKTOBER 2012 (RABU)
NO. 15

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah perancangan untuk dibuat
Universiti atau Kolej Automotif di Bandar Proton Tg. Malim sesuai dengan
wujudnya kilang kereta nasional tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Automotif), UIAM menawarkan Ijazah


Sarjana Sains (Kejuruteraan Automotif), UTeM menawarkan Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), UMP menawarkan Doktor
Falsafah (Kejuruteraan Automotif), Sarjana Kejuruteraan (Automotif) dan
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kejuruteraan Automotif.
Di samping itu, terdapat juga beberapa IPTS yang menawarkan program
automotif iaitu Kolej WIT Cawangan Ipoh; Kolej Automotif TEKAT; Kolej
Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC); Kolej Universiti Nilai; Kolej
Antarabangsa Automotif; dan Kolej Otomotif TOC.
Sungguhpun demikian, KPT bersedia mempertimbangkan penubuhan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Bandar Proton, Tanjung
Malim jika terdapat permohonan daripada syarikat-syarikat tertentu.
Permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kriteria dan syarat yang
diperuntukkan dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta
555).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah universiti


tempatan adalah dibuat berdasarkan keperluan strategik negara. Ia dibuat
dengan mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan
bidang tujahan tertentu terhadap pembangunan sosio ekonomi negara,
sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang
diperlukan di pasaran kerja.
Pada masa ini, Kementerian tidak mempunyai perancangan untuk
menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khusus untuk
bidang automotif di Bandar Proton, Tanjung Malim memandangkan
telah terdapat beberapa IPTA menawarkan program pengajian berkaitan
automotif di pelbagai peringkat, umpamanya UTM menawarkan Sarjana

340

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

341

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO JOHARI BIN ABDUL
29 OKTOBER 2012 (ISNIN)
NO. 10

Dato Johari bin Abdul ( Sungai Petani) minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan:-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kewangan MUST. Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan dan


Inspektorat, Kementerian Pengajian Tinggi telah menjalankan siasatan
terhadap MUST. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, didapati
MUST mempunyai kaedah dan mekanisma tersendiri untuk pulih dan
memacu ke arah kecemerlangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Kementerian
Pengajian Tinggi tidak bercadang untuk memberikan bantuan kewangan
kepada mana-mana IPTS termasuk MUST jika menghadapi masalah
kewangan.

a) Universiti swasta, Malaysian Universiti of Science and Technology


(MUST) dilaporkan menghadapi masalah kewangan yang parah,
adakah Kerajaan berhasrat untuk membantu universiti ini; dan
b) Jika bantuan dihulurkan, apakah rasional bantuan diberikan dan
berapakah jumlah dana yang terlibat dan apakah syarat-syarat yang
dikenakan ke atas universiti ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysian University of Science
and Technology (MUST) adalah merupakan sebuah Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi
yang ditubuhkan sejak tahun 2000 lagi. Sejak penubuhan IPTS tersebut,
Kementerian mendapati MUST tidak mempunyai masalah yang
serius dalam mengendalikan operasinya. Namun, baru-baru ini pihak
Kementerian telah menerima aduan mengenai masalah pengurusan

342

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

343

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ
29 OKTOBER 2012 (ISNIN)
NO. 36

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Putera Malaysia; Universiti


Islam Antarabangsa; Universiti Teknologi Mara; Universiti Malaysia
Sabah; Universiti Malaysia Sarawak; Universiti Sultan Zainal Abidin;
dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pada tahun 2011, enrolmen pelajar
perubatan tahun pertama adalah seramai 3,595 orang.
Tuan Yang di-Pertua,

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang memasuki tahun
pertama kursus kedoktoran (perubatan) di IPTA-IPTA dalam negeri dalam
tahun 2011 dengan memberi pecahan etnik dan apakah pencapaian
akademik yang terendah di STPM atau pun Matrikulasi di tiap kumpulan
etnik.

Perkara berkaitan STPM dan Matrikulasi adalah terletak di bawah bidang


kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf adalah
berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah
akademik dan 10% markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit
seseorang calon. Pemilihan kemasukan berdasarkan meritokrasi ini, tidak
mengambil kira negeri kelahiran pelajar, tempat tinggal, agama, bangsa,
keturunan atau etnik. Semua pelajar yang layak dengan markah merit
tertinggi akan ditawarkan tempat di IPTA.
Pada masa ini, terdapat 10 buah IPTA yang menawarkan program
pengajian perubatan iaitu Universiti Sains Malaysia; Universiti Malaya;

344

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

345

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK
30 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 19

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI


PENGAJAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju supaya
perkataan untuk etnik bumiputera daripada Sarawak dan Sabah yang
menggunakan perkataan Lain-lain dalam borang Kerajaan ditukar
kepada perkataan yang lebih spesifik seperti Iban, Bidayuh, Kadazan,
Murut atau Dusun supaya masalah tidak akan timbul khasnya kemasukan
pelajar ke universiti awam yang sering dipertikaikan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kod keturunan, antaranya ialah 0800 Bumiputera Sabah, 0801 Bajau,


0802 Dusun, 0803 Kadazan, 0804 Murut, 0805 Sino-Native, 0806 Suluk,
0901 Binadan, 0902 Bisaya, 0903 Bongol, 0904 Brunei, 0905 Dumpas,
0906 Iranun, 0907 Idahan, 0908 Kwijau, 0909 Kedayan, 0910 Lingkabau,
0911 Lundayeh, 0912 Lasau, 0913 Melanau, 1000 Bumiputera Sarawak,
1001 Melayu Sarawak, 1002 Melanau, 1003 Kedayan, 1004 Iban Atau
Sea Dayak, 1005 Bidayuh Atau Land Dayak, 1006 Kayan, 1007 Kenyah,
1008 Murut atau Lun Bawang, 1009 Kelabit, 1010 Punan, 1011 Penan,
1101 Bisaya, dan 1102 Berawan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dimaklumkan bahawa mulai Sesi Akademik 2012/2013, maklumat peribadi
pemohon mengenai status kaum, agama, jantina dan warganegara telah
digugurkan daripada borang permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/
ILKA. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan agar
maklumat peribadi pemohon diperoleh daripada sumber yang ditetapkan
sahaja. Bagi permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA, maklumat
peribadi pemohon diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN). JPN bertanggungjawab mendaftarkan kelahiran kanak-kanak
berdasarkan keturunan ibu atau bapa kanak-kanak mengikut Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan. Pada masa ini, JPN mempunyai 329 senarai

346

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

347

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN
30 OKTOBER 2012 (SELASA)
NO. 20

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah
pelatih perubatan dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan
supaya selaras dengan rakan-rakan mereka di Kementerian Kesihatan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif dan langkahlangkah tertentu dalam menangani isu skim perkhidmatan Pensyarah
Perubatan dan Pensyarah Pergigian. Antara cadangan penyelesaian yang
dicadangkan ialah meminda skim perkhidmatan sedia ada. Cadangan
ini sebenarnya telah dipersetujui dalam pindaan Skim Perkhidmatan
Pensyarah Perubatan dan Pergigian di bawah Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA). Namun, berikutan pembatalan SBPA yang diumumkan
Kerajaan pada 8 Mac 2012, semua penjawat awam tertakluk di bawah
skim perkhidmatan yang berkuatkuasa, iaitu Sistem Saraan Malaysia
(SSM). Dengan itu, Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan
Pensyarah Pergigian yang akan ditambahbaik dengan Gred 51 sebagai
gred lantikan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 di bawah SBPA juga
turut dibatalkan.

348

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Lanjutan daripada keputusan itu, pihak KPT dan Jabatan Perkhidmatan


Awam (JPA) telah meneliti semula cadangan pindaan skim perkhidmatan
tersebut. Seterusnya, pada 7 Ogos 2012, Kerajaan telah bersetuju untuk
meminda skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah
Pergigian seperti berikut:
a) Memansuhkan gred lantikan sedia ada di Gred 45 dan menjadikan
Gred 51 sebagai gred lantikan dengan tambahan syarat lima (5) tahun
pengalaman dalam bidang berkaitan;
b) Urusan kenaikan pangkat Pensyarah Perubatan DU45 dan Pensyarah
Pergigian DUG45 yang telah disahkan dalam perkhidmatan ke
jawatan Pensyarah Perubatan Gred DU52 dan Pensyarah Pergigian
Gred DUG52 hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum segala
urusan pertukaran pelantikan bagi Pensyarah Pelatih dilaksanakan;
dan
c) Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2013.
Pada masa ini, JPA sedang menyediakan Pekeliling Perkhidmatan untuk
melaksanakan keputusan tersebut.

349

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN SALLEH BIN KALBI
31 OKTOBER 2012 (RABU)
NO. 25

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membuka cawangan UiTM di
Silam dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang maritim dan
sains marin bagi menyediakan lebih ramai tenaga profesional dalam
bidang ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

UTM menawarkan Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal - Teknologi Marin),


UMS menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains
Marin), UMT menawarkan Doktor Falsafah Pengajian Maritim, dan UPNM
menawarkan Sarjana Muda Teknologi Maritim.
Di samping itu, terdapat empat (4) buah IPTS yang menawarkan kursus
maritim dan sains marin iaitu Netherlands Maritime Institute Of Technology,
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering
Technology (UniKL - MIMET), Akademi Laut Malaysia (ALAM) Cawangan
Terengganu dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) cawangan Melaka.
Sungguhpun demikian, KPT bersedia mempertimbangkan penubuhan
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Silam jika terdapat permohonan
daripada syarikat-syarikat tertentu. Permohonan tersebut akan diproses
berdasarkan kriteria dan syarat yang diperuntukkan dalam Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah Institusi


Pengajian Tinggi (IPT) termasuk penubuhan kampus cawangan UiTM
dibuat dengan mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan,
kepentingan bidang tujahan (niche area) tertentu terhadap pembangunan
sosio-ekonomi negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan
sumber tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja tempatan.
Pada masa ini, Kementerian tidak mempunyai perancangan untuk
menubuhkan kampus cawangan UiTM di Silam khusus untuk bidang
maritim dan sains marin. Beberapa IPTA sebenarnya telah menawarkan
program pengajian berkaitan maritim dan sains marin di pelbagai
peringkat, umpamanya UKM menawarkan Sarjana Sains (Sains Marin),

350

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

351

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI
5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 1

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta


MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian
bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan
ke arah menangani masalah penipuan ijazah.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

terperinci bagi penerima ijazah sebenarnya wujud di IPTA dan IPTS


berkenaan. Kaedah ini adalah selaras dengan pemberian autonomi dan
kebebasan kepada IPT dalam pengendalian urusan operasi institusi, oleh
itu Kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan bank data terperinci
penerima ijazah secara berpusat pada ketika ini.
Sungguhpun demikian, bagi mana-mana majikan sama ada agensi
awam atau swasta, ahli-ahli Parlimen dan orang awam yang ingin
mengesahkan mana-mana ijazah yang dikeluarkan oleh IPT tempatan,
boleh mengajukannya kepada IPT berkenaan pada bila-bila masa yang
sesuai.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data KPT yang
dikenali sebagai Sistem MyMoheS bagi IPTA dan Sistem IFMS bagi IPTS
untuk memperkemaskan proses penyaluran data/maklumat kepada KPT
bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat
pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat
yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi
tujuan perancangan, penggubalan dasar dan pembangunan pengajian
tinggi negara yang mampan.
Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang
menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi
pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah masing-masing. Bank data

352

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

353

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 8

Dato Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a) tindakan yang dilakukan oleh Kementerian untuk membanteras
sindiket penjualan ijazah palsu, yang mana di antara pembeli ijazah
palsu tersebut merupakan mereka yang berpangkat Tan Sri dan
juga ahli politik; dan
(b) nyatakan jumlah kes berkaitan semenjak tahun 2000 sehingga
sekarang.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini, bersekali dengan dua
soalan yang lain masing-masing daripada Yang Berhormat Sungai
Petani bertarikh 17 Oktober 2012 dan daripada Yang Berhormat Sipitang
bertarikh 26 November 2012 kerana ia adalah mengenai perkara yang
hampir sama.

354

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah
palsu yang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada
IPTA, mahupun IPTS yang berdaftar secara sah dengan KPT. Walau
bagaimanapun, bagi kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam
akhbar baru-baru ini, Kementerian telah menjalankan siasatan dan
mendapati ianya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan individu
tertentu yang menjual ijazah daripada universiti luar negara dan IPTA.
Syarikat terlibat bukan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
(IPT) yang berdaftar dengan KPT.

KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA


dan IPTS bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes
penjualan ijazah palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan
akan diambil sekiranya didapati terlibat dalam kesalahan ini.
Pemantauan ke atas pengiklanan IPT juga sentiasa dilaksanakan
oleh KPT secara berterusan bagi memastikan kes penjualan ijazah
palsu oleh IPT tidak berlaku.

(b) Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib
Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja IPTA adalah merupakan
pekhidmat awam berdasarkan seksyen 24D, Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971. Oleh itu, mereka adalah tertakluk kepada Peraturan
Tatatertib IPTA masing-masing dan undang-undang sedia ada negara
ini. Berdasarkan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Pegawai

355

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)


2012; seseorang pegawai awam boleh ditamatkan perkhidmatan
sekiranya meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang
berhubungan dengan pelantikannya. Bagi mana-mana majikan, orang
awam atau ahli-ahli Parlimen yang ingin mengesahkan mana-mana
ijazah dikeluarkan oleh IPT tempatan, mereka boleh mengajukannya
terus kepada IPT berkenaan.

Saya yakin di sektor swasta juga mempunyai mekanisme yang sama


dengan sektor awam berhubung pekerja atau bakal pekerja yang
membuat perisytiharan palsu, termasuk kelulusan akademiknya bagi
mendapatkan pekerjaan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN
5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 9

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Kementerian
menjalankan kajian berhubung dengan keperluan guna tenaga negara
dengan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) awam dan swasta.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) telah menjalankan Kajian Keperluan (Supply and Demand) Modal
Insan Pengajian Tinggi dan Tenaga Kerja (labor force) Dalam Pasaran:
2011-2020 mengikut bidang utama iaitu Sastera dan Sains Sosial, Sains,
Teknikal, Pendidikan, dan Teknologi Maklumat dengan mengambil kira
perancangan Economic Transformation Programme (ETP) dan Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10). Penemuan daripada kajian tersebut telah
dijadikan asas dalam merancang penawaran program pengajian dan
bilangan kemasukan ke IPT.
Selain itu, bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan masih
relevan dengan keperluan semasa, KPT juga telah mengambil inisiatif
menjalankan Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian untuk menilai kedudukan

356

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

357

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

semasa program-program pengajian dan menentukan hala tuju atau potensi


program-program pengajian tersebut pada masa hadapan. Antara kajian
bidang pengajian yang telah dijalankan ialah Kejuruteraan, Aeroangkasa,
Bahasa, Muzik, Media & Komunikasi, Ekonomi & Pengurusan, Pengajian
Islam, Perakaunan, Pendidikan Perubatan, Kejururawatan, Farmasi,
Pergigian, Veterinar, Teknologi Maklumat, Pertanian, Kaunseling, Seni
Bina, Maritim, Bio Perubatan dan Teknologi Makanan.
Kajian-kajian tersebut dijalankan dengan penglibatan dan input daripada
ahli akademik dan juga pihak industri bagi memastikan keperluan sebenar
sesuatu program pengajian dan mengkaji permasalahan yang dihadapi
serta mencadangkan penambahbaikan yang bersesuaian. Kajian ini
dijadikan sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam
menentukan kriteria bagi cadangan penubuhan sekolah, fakulti, jabatan
atau pusat sebelum menawarkan sesuatu program pengajian. Ia juga
dapat membantu IPT membuat perancangan strategik dalam menentukan
keperluan peruntukan dan sumber manusia, serta memastikan pembelian
peralatan, penyediaan kemudahan dan prasarana mematuhi spesifikasi
dan tahap piawaian yang ditetapkan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

: JAWAB LISAN
: DATO SERI ONG KA CHUAN
: 5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
: NO. 31

Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) bilangan pelajar lepasan STPM atau setaraf yang gagal mendapat
program yang dipohon di IPTA bagi sesi kemasukan 2012; dan
(b) apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan
masalah akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi negara yang
berlarutan sekian lama sehingga menjejaskan peluang generasi
muda melanjutkan pelajaran ke tahap tertiari dalam bidang-bidang
kritikal.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan
prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik
dan 10% markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit
seseorang calon. Prinsip meritokrasi ini dilaksanakan tanpa mengira
agama, bangsa, keturunan, negeri dan tempat tinggal.

358

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

359

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Calon diberi peluang memilih program pengajian di IPTA mengikut


minat, cita-cita dan kecenderungan calon. Kejayaan calon untuk
memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan
pemilihan program pengajian di IPTA yang dimohon. Jika merit calon
tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian pilihan calon. Begitu juga jika calon memohon hanya di
IPTA yang popular, calon juga mungkin akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada
IPTA berkenaan. Bagi pemohon yang mempunyai markah merit yang
tinggi, penyataan setuju terima calon untuk menerima tawaran di luar
pilihan program pengajian adalah perlu bagi membolehkan mereka
ditawarkan tempat di IPTA.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Sesi Akademik


2012/2013, seramai 28,782 calon yang tidak mendapat tempat dan
telah mengemukakan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Bagi mengatasi masalah peruntukan untuk biasiswa yang terhad,


PTPTN telah diwujudkan dan telah memberikan sumbangan yang
besar ke arah peningkatan enrolmen pelajar di IPT tempatan. Sebelum
penubuhan PTPTN, Kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa
untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun. Ini bermaksud,
ramai pelajar yang layak ke IPT tidak mendapat penajaan khususnya
dalam kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.
Namun, pada hari ini, PTPTN telah berjaya meningkatkan akses
kepada pengajian tinggi di mana pada tahun 2011 sahaja, sejumlah
227,209 orang telah berjaya melanjutkan pengajian di peringkat
pengajian tinggi dengan bersumberkan pembiayaan PTPTN.

(b) Mengenai akses dan ekuiti pula, laporan World Bank, Malaysian
Economic Monitor tahun 2012 mengesahkan bahawa Malaysia telah
mencapai 40% penduduk kohort 17-23 tahun menyertai pengajian
tinggi pada tahun 2009. Pencapaian ini adalah melebihi sasaran
yang ditetapkan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) di mana enrolmen 40% penduduk kohort 17-23 tahun
menyertai pengajian tinggi disasarkan pada tahun 2010. PSPTN juga
menyasarkan 50% penduduk berumur 17 hingga 23 tahun memasuki
pendidikan tertiari pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini,
penambahan tempat pengajian dilaksanakan di IPTA, IPTS dan
Politeknik.

360

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

361

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK ABD. RAHMAN BIN BAKRI
5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 32

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar warga asing yang
sedang menuntut di IPTA dan IPTS mengikut negara dan bidang serta
tahap pengajian serta nyatakan langkah-langkah Kementerian bagi
memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja dibenarkan
mengikuti pengajian di IPT di negara ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga Mac 2012, enrolmen antarabangsa di IPTA adalah seramai
26,064 orang. Daripada jumlah tersebut, pelajar daripada negara Iran
(Islamic republic of) adalah merupakan bilangan pelajar antarabangsa
tertinggi iaitu seramai 6,119 orang, diikuti dengan Indonesia seramai
3,742 orang, China seramai 1,962 orang, Yemen seramai 1,776 orang dan
Iraq seramai 1,387 orang. Bilangan pelajar antarabangsa tertinggi adalah
dalam bidang Sains Sosial, Perniagaan dan Perundangan iaitu seramai
7,627 orang dan di peringkat pengajian kedoktoran (Ph.D) iaitu seramai
9,704 orang.

362

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Manakala di IPTS pula, sehingga Disember 2011, enrolmen pelajar


antarabangsa adalah seramai 45,246 orang. Bilangan pelajar yang
tertinggi ialah pelajar China iaitu seramai 5,272 orang, Indonesia seramai
4,806, Nigeria seramai 4,684 orang, Iran (Islamic Republic of) seramai
3,940 orang dan Yemen seramai 1,713 orang. Bidang pengajian yang
mempunyai paling ramai pelajar antarabangsa adalah bidang Sains
Sosial, Perniagaan dan Perundangan iaitu seramai 16,245 orang dan
peringkat pengajian yang menerima pelajar tertinggi adalah di peringkat
Sarjana Muda iaitu seramai 26,087 orang.
Bagi memastikan pelajar antarabangsa yang layak sahaja melanjutkan
pengajian ke IPT tempatan, mereka dikehendaki mengemukakan
permohonan terlebih dahulu dari negara asal dan memasuki Malaysia
hanya setelah mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian. Bagi
negara yang memerlukan visa, pelajar perlu mengambil visa di Kedutaan
Malaysia, di Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia luar negara
sebelum masuk ke Malaysia dengan mengemukakan surat tawaran.
Kementerian Pengajian Tinggi juga menapis kemasukan pelajar
antarabangsa ke IPTS melalui sistem atas talian e-student. Syaratsyarat pelajar antarabangsa yang memohon pas pelajar melalui sistem
e-student ialah:
(i) telah menerima surat tawaran daripada IPT yang berdaftar di bawah
KPT;
(ii) memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang termaktub di
dalam surat kelulusan kursus;

363

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(iii) kursus yang ditawarkan adalah kursus yang telah mendapat kelulusan
KPT;

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(v) pelajar diakui sihat dalam laporan kesihatan doktor;

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

(vi) mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) sebagai syarat


tambahan kepada pelajar daripada negara-negara Sub-Saharan.

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(iv) kursus yang ditawarkan telah mendapat Akreditasi daripada MQA;

: JAWAB LISAN
: TUAN MANOGARAN A/L MARIMUTHU
: 5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
: NO.36

(a) pelajar-pelajar yang menerima kelas pertama, kelas kedua atas dan
kelas kedua bawah di keseluruhan IPTA di negara ini bagi tempoh
tahun 2008 hingga 2012 menurut senarai pecahan kaum Melayu,
Cina, India, Kadazan dan Iban; dan
(b) berapa ramaikah yang telah ditawarkan pekerjaan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia mengikut senarai pecahan kaum dan
pencapaian para Pelajar IPTA-IPTA tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pengambilan dan
pemilihan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) adalah berasaskan prinsip meritokrasi tanpa mengambil kira
negeri kelahiran pelajar, agama, bangsa, keturunan atau etnik. Semua
pelajar yang layak dengan markah merit tertinggi akan ditawarkan
tempat di IPTA. Pada tahun 2008 hingga 2011, purata peratusan

364

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

365

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama di IPTA adalah sekitar


3.85%, ijazah kelas kedua atas 9.52% dan ijazah kelas kedua bawah
48.42%.
(b) Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA), seramai 52,063 orang graduan IPTA telah
ditawarkan pekerjaan semenjak tahun 2008 hingga Oktober 2012.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK TIONG THAI KING
6 NOVEMBER 2012 (SELASA)
NO. 25

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan di bawah Framework Agreement to Facilitate
Mutual Recognition to Academic Higher Education Qualifications yang
ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China pada
28 April 2011:
(a) berapa Universiti Perubatan China telah diiktiraf oleh Kerajaan; dan
(b) bilangan lepasan jurusan perubatan yang lulus dari negera China
telah diterima bekerja di hospital Kerajaan sehingga kini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan senarai terkini
melalui perjanjian Mutual Recognition Agreement (MRA) antara
Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC), terdapat sebanyak 820
buah universiti telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di mana sebanyak
75 buah daripadanya adalah universiti perubatan. Pengiktirafan ini
hanya diberikan kepada program pengajian yang telah memperoleh
akreditasi dan ditawarkan oleh IPT yang berdaftar secara sah di

366

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

367

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

negara masing-masing.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(b) Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat seramai 69 graduan lulusan
institusi perubatan Republik Rakyat China (RRC) telah berdaftar dan
berkhidmat di negara ini.

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SERI DR. ABDULLAH BIN MD.ZIN
6 NOVEMBER 2012 (SELASA)
NO. 31

Dato Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan tindakan yang dilakukan ke atas
penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang bekerja sebagai
pelayan/GRO/teman pengiring (escort/call girl) kepada individu bagi
mendapatkan duit sampingan kerana ianya boleh mencemarkan nama
baik sesebuah intitusi dan bertentangan dengan budaya masyarakat kita.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institusi Pengajian Tinggi telah
mewujudkan Kaedah Tatatertib Pelajar (KTP) masing-masing bagi
mengawal pelajar IPT agar tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat
seperti pelayan/GRO/teman pengiring. Kaedah tersebut merupakan
perundangan yang diwartakan mengenai larangan am pelajar selaras
dengan peruntukan di bawah Seksyen 16C, Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU) (Pindaan 2012) dan peruntukan di bawah seksyen
46, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Seseorang pelajar yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan
tatatertib di bawah kaedah-kaedah ini boleh diambil tindakan dan

368

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

369

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dikenakan hukuman yang tertentu. Bentuk tindakan atau hukuman yang


diambil diputuskan oleh Jawatankuasa Displin Pelajar IPTA atau IPTS
berkenaan. Antara tindakan atau hukuman yang boleh dikenakan kepada
pelajar ialah:
(i) Memberi amaran;
(ii) Menggantung pengajian (mengikut tempoh yang difikirkan setimpal);
(iii) Buang universiti (bagi kesalahan begitu nyata dan jelas mencemarkan
nama baik universiti).
Di samping peruntukan tatatertib pelajar, pihak Kementerian dan IPT
sebenarnya sentiasa melaksanakan pelbagai program kesedaran agar
para pelajar tidak terlibat dengan pelbagai kegiatan negatif dan tidak
bermoral. Antara program yang dijalankan ialah program keagamaan,
sukan, kesukarelawanan, kebudayaan, keusahawanan dan badan-badan
uniform.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO SRI AZALINA BINTI DATO OTHMAN SAID
6 NOVEMBER 2012 (SELASA)
NO. 32

Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta


MENTERI PENGAJIAN TINGGImenyatakan apakah terdapat sebarang
garis panduan yang khusus agar penglibatan mahasiswa dan parti politik
selari dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru
dipinda bagi mengelakkan ia tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti
AUKU (Pindaan 2012) dibuat dengan menyeimbangkan kebebasan pelajar
berpolitik dengan kebebasan akademik. Kebebasan berpolitik sewajarnya
tidak menggangu gugat IPT sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Ini bermaksud pelajar adalah dibenarkan terlibat dalam
apa jua persatuan, badan atau kumpulan orang termasuk parti politik
ketika di luar kampus. Namun, dalam masa yang sama keberkecualian
(neutrality) di dalam kampus sebagai pusat ilmu harus dikekalkan.
Kerajaan berpendapat keberkecualian (neutrality) tersebut boleh
diselenggarakan melalui mekanisme yang selari dengan prinsip natural

370

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

371

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

justice tanpa membelakangi kedaulatan undang-undang negara. Bagi


maksud tersebut, satu garis panduan telah disediakan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi supaya IPT mengawal selia penglibatan pelajar dalam
aktiviti parti politik di dalam kampus melalui kod tata kelakuan. Sebarang
perlanggaran kod tata kelakuan adalah tertakluk kepada prosiding yang
ditetapkan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK HAJI MOHAMED BIN HAJI AZIZ
8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 1

Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut
kaum yang telah berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa
sejak skim ini diperkenalkan sehingga tahun 2012.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Pinjaman Boleh Ubah
(Pengecualian Bayaran Balik) telah diperkenalkan mulai tahun 2003.
Dasar tersebut adalah terpakai kepada semua pelajar IPTA mahupun IPTS
peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas
Pertama atau setaraf dengannya. Dasar tersebut adalah sebagai satu
insentif untuk mendorong para pelajar berkenaan supaya bersungguhsungguh belajar untuk memperolehi keputusan cemerlang sekaligus
memberi pengiktirafan kepada pencapaian mereka.
Semenjak 2003 sehingga 30 September 2012, seramai 13,192 orang
peminjam PTPTN telah mendapat manfaat daripada dasar ini yang
melibatkan amaun pengecualian bayaran balik pinjaman/pembiayaan
PTPTN berjumlah hampir 375 juta Ringgit (RM375 juta).

372

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

373

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Daripada jumlah tersebut, seramai 9,598 orang atau 72.8 peratus adalah
pelajar Cina dengan amaun sebanyak RM297,364,983; 2,929 orang atau
22.2% pelajar Melayu dengan amaun sebanyak RM58,068,697; 506
orang atau 3.8% India dengan amaun sebanyak RM15,745,051; dan
selebih 159 orang lagi atau 1.2 peratus daripada lain-lain kaum dengan
amaun sebanyak RM3,810,050.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN :
DARIPADA
:
TARIKH
:
SOALAN
:

JAWAB LISAN
DATUK HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD MUTTALIB
8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 9

Dato Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak
Kementerian dalam menangani kekurangan tempat pelajar-pelajar ke
IPTA terutama pelajar-pelajar dari lepasan Politeknik.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian sentiasa
peka dengan isu penawaran tempat peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi
lepasan politeknik. Justeru, bagi menangani isu ini, pihak Kementerian
telah merancang agar politeknik menawarkan program pengajian
peringkat ijazah bermula tahun 2013. Penawaran program pengajian
peringkat Ijazah di Politeknik dicadangkan pelaksanaannya melalui tiga
kaedah, iaitu secara:
i. Ijazah Berkembar (Twinning) dengan institusi pengajian tinggi lain;
ii. Anugerah bersama (Joint Award) dengan institusi lain yang setara;
dan

374

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

375

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iii. Home-Grown iaitu program pengajian yang di bangunkan sendiri


oleh politeknik.
Pada masa ini, politeknik dalam proses perbincangan dengan Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk mengadakan kerjasama
dalam menawarkan program Ijazah untuk lepasan politeknik. Untuk
permulaan, penawaran program pengajian peringkat ijazah dicadangkan
pelaksanaannya oleh Politeknik Premier.
Di samping itu, politeknik juga telah mengadakan satu artikulasi program
pengajian melalui Memorandum Persefahaman dengan IPTA di bawah
Malaysia Technical University Network (MTUN) yang terdiri daripada
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP),
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM). Artikulasi program pengajian ini memberi peluang kepada
lepasan Politeknik menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan diberi
kelebihan melalui kaedah pengecualian kredit.

376

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN MUHAMMAD BIN HUSSAIN
TARIKH
: 8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
SOALAN

: NO. 12

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan purata isi rumah yang mempunyai
hutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga 30 September 2012, bilangan isi rumah yang mempunyai anak
yang dibiayai pinjamannya oleh PTPTN adalah berjumlah 1,024,214 isi
rumah. Berasaskan bilangan peminjam seramai 2,088,056, maka boleh
disimpulkan bahawa setiap isi rumah mempunyai purata 2 orang anak
yang dibiayai pinjaman pendidikannya oleh PTPTN. Jika dibandingkan
dengan jumlah isi rumah di Malaysia yang diunjurkan pada tahun 2012
iaitu 6.8 juta, maka terdapat sebanyak 15.1% isi rumah yang mempunyai
anak dibiayai oleh PTPTN.

377

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN DING KUONG HIING
TARIKH
: 8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
SOALAN

: NO. 15

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN TENG BOON SOON
8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 17

JAWAPAN

Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan bilangan kes pelajar palsu telah dikesan dan apakah
mekanisma yang sedia ada mencukupi untuk membendung kemasukan
pelajar palsu ke Malaysia. Apakah tindakan diambil terhadap institusi
pengajian tinggi swasta tempatan yang pelajarnya terlibat dalam kegiatan
jenayah Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rolling Plan ke-3


(2013-2014) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), Kementerian
telah bersetuju mewujudkan sebuah kolej komuniti di Parlimen Sarikei
sebagai kolej komuniti cawangan. Kolej Komuniti ini akan beroperasi
secara sewaan dan surat niat penyewaan telah dikeluarkan kepada
pemilik bangunan pada 3 Oktober 2012. Lokasi sewaan bangunan
tersebut adalah di alamat Lot 240, Blok 36, Central Road, Bandar
Sarikei, Sarawak. Kursus yang ditawarkan pada peringkat permulaan
adalah Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan dan program-program
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan status pembinaan sebuah Kolej Komuniti di Sarikei
dan dipercepatkan sedangkan ianya akan dibina dalam Rolling Plan,
RMKe-10.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi


komited untuk memastikan setiap kemasukan pelajar antarabangsa ke
IPT di negara ini benar-benar terdiri daripada pelajar yang tulen (genuine).
Mereka juga hendaklah memenuhi syarat kelayakan masuk minima yang
ditetapkan oleh IPT. Komitmen tersebut didokong bersama oleh agensi
Kerajaan yang lain, iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM).
Bagi menjamin ketulenan pelajar yang memasuki Malaysia, Kerajaan
telah mewujudkan sistem e-student untuk membuat tapisan kesahihan
dokumen-dokumen permohonan pelajar antarabangsa sebelum
diperakukan kepada JIM bagi proses pengeluaran pas pelajar.

378

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

379

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Syarat-syarat bagi pelajar antarabangsa yang memohon Pas Pelajar


melalui sistem e-student ialah:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa di atas pelbagai kesalahan


pengurusan pelajar antarabangsa.

(i) telah menerima surat tawaran daripada IPT yang berdaftar di bawah
KPT;
(ii) memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang termaktub di
dalam surat kelulusan kursus;
(iii) kursus yang ditawarkan adalah kursus yang telah mendapat kelulusan
KPT;
(iv) kursus yang ditawarkan telah mendapat Akreditasi daripada MQA;
(v) pelajar diakui sihat dalam laporan kesihatan doktor; dan
(vi) mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) sebagai syarat
tambahan kepada pelajar daripada negara-negara Sub-Saharan.
Setiap warga negara asing yang ingin memohon untuk mengikuti kursus
pengajian di IPT negara kita hendaklah terlebih dahulu mengemukakan
permohonan dari negara asal mereka melalui IPT di Malaysia. Justeru itu,
warga negara asing yang memasuki negara menggunakan Pas Lawatan
Sosial (Visa-on-Arrival), tidak lagi akan dipertimbangkan untuk mendapat
Pas Pelajar.
Selain itu, Kementerian melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
kerap mengadakan lawatan pemantauan dan pemeriksaan ke atas IPTS
melalui OPS Tiong dan OPS Antarabangsa dalam usaha membendung
kehadiran pelajar antarabangsa yang bermasalah. Sekiranya terdapat
IPTS yang bersubahat dalam melindungi pelajar antarabangsa yang
melakukan kesalahan, kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa oleh
IPTS tersebut boleh ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sehingga bulan Julai 2012, sebanyak 7 buah IPTS telah ditarik balik

380

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

381

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 26

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah bentuk mekanisma kawalan
bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan
mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka
di universiti-universiti tempatan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Syarat-syarat bagi pelajar antarabangsa yang memohon Pas Pelajar


melalui sistem e-student ialah:(i) telah menerima surat tawaran daripada IPT yang berdaftar di bawah
KPT;
(ii) memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang termaktub di
dalam surat kelulusan kursus;
(iii) kursus yang ditawarkan adalah kursus yang telah mendapat kelulusan
KPT;
(iv) kursus yang ditawarkan telah mendapat Akreditasi daripada MQA;
(v) pelajar diakui sihat dalam laporan kesihatan doktor; dan
(vi) mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) sebagai syarat
tambahan kepada pelajar daripada negara-negara Sub-Saharan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
komited untuk memastikan setiap kemasukan pelajar antarabangsa ke
IPT di negara ini benar-benar terdiri daripada pelajar yang tulen (genuine).
Mereka juga hendaklah memenuhi syarat kelayakan masuk minima yang
ditetapkan oleh IPT. Komitmen tersebut didokong bersama oleh agensi
Kerajaan yang lain, iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM).
Bagi menjamin ketulenan pelajar yang memasuki Malaysia, Kerajaan
telah mewujudkan sistem e-student untuk membuat tapisan kesahihan
dokumen-dokumen permohonan pelajar antarabangsa sebelum
diperakukan kepada JIM bagi proses pengeluaran pas pelajar.

382

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Setiap warga negara asing yang ingin memohon untuk mengikuti kursus
pengajian di IPT negara kita hendaklah terlebih dahulu mengemukakan
permohonan dari negara asal mereka melalui IPT di Malaysia. Justeru itu,
warga negara asing yang memasuki negara menggunakan Pas Lawatan
Sosial (Visa-on-Arrival), tidak lagi akan dipertimbangkan untuk mendapat
Pas Pelajar.
Selain itu, Kementerian melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
kerap mengadakan lawatan pemantauan dan pemeriksaan ke atas IPTS
melalui OPS Tiong dan OPS Antarabangsa dalam usaha membendung
kehadiran pelajar antarabangsa yang bermasalah. Sekiranya terdapat
IPTS yang bersubahat dalam melindungi pelajar antarabangsa yang
melakukan kesalahan, kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa oleh
IPTS tersebut boleh ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sehingga bulan Julai 2012, sebanyak 7 buah IPTS telah ditarik balik

383

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa di atas pelbagai kesalahan


pengurusan pelajar antarabangsa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 32

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan apa keputusan Kementerian terhadap permohonan
untuk membina sebuah Kolej Komuniti bagi kawasan Parlimen Kapit
P215.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian akan
terus berusaha memperluaskan akses pendidikan dan latihan yang
menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi dan pemikiran
masyarakat melalui pendidikan yang relevan. Pada masa ini, Kementerian
tiada cadangan untuk menubuhkan sebuah kolej komuniti di Parlimen
Kapit. Kementerian akan meneliti keperluan dan kemampuan kewangan
Kerajaan dan membuat pertimbangan sewajarnya.

384

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

385

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN AZAN BIN ISMAIL
19 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 20

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah kes penipuan
sijil kelulusan setakat ini dan apakah faktor-faktor yang menyumbang
kepada masalah itu serta langkah dan cadangan penyelesaian sekurangkurangnya mengembalikan kredibiliti pihak Kementerian di peringkat
antarabangsa atau bakal penuntut daripada luar negara.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(PDRM) dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana


menipu.
KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA dan IPTS
bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes penjualan ijazah
palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan akan diambil sekiranya
didapati terlibat dalam kesalahan ini. Pemantauan ke atas pengiklanan IPT
juga sentiasa dilaksanakan oleh KPT secara berterusan bagi memastikan
kes penjualan ijazah palsu oleh IPT tidak berlaku. Justeru, kredibiliti
IPT tempatan tidak terjejas ekoran kes penipuan penjualan ijazah oleh
syarikat yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mana-mana majikan sama ada agensi awam atau swasta, ahli-ahli
Parlimen dan orang awam yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah
yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, boleh mengajukannya kepada IPT
berkenaan pada bila-bila masa yang sesuai.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah palsu yang
melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada IPTA, mahupun
IPTS yang berdaftar secara sah dengan KPT. Walau bagaimanapun, bagi
kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini,
Kementerian telah menjalankan siasatan dan mendapati ianya dilakukan
oleh sebuah syarikat swasta dan individu tertentu yang memalsukan ijazah
IPTA dan universiti luar negara yang mana ada di antaranya universiti
tersebut disahkan tidak wujud. Syarikat terlibat bukan merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar dengan KPT. Oleh yang
demikian, kes ini terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia

386

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

387

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN


DARIPADA
: PUAN TAN AH ENG
TARIKH
: 20 NOVEMBER 2012 (SELASA)
SOALAN
: NO. 15

PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN HAJI AHMAD BIN KASIM
21 NOVEMBER 2012 (RABU)
NO. 4

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan status terkini mengenai rancangan menaik taraf
Politeknik Gelang Patah, memandangkan cadangan pihak Kementerian
pada RMK-10 di Taman Bukit Indah bukan di kawasan Parlimen Gelang
Patah.

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejak Kementerian melancarkan
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional. Salah satu elemen utama
yang diperlukan ialah pengiktirafan pembelajaran bukan formal dan tidak
formal melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
Terdahulu (APEL):

JAWAPAN
(a) berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat manfaat dari APEL
ini, mengikut bidang dan institusi yang memberi tauliah; dan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kementerian Pengajian
Tinggi belum bercadang untuk membina politeknik di kawasan Parlimen
Gelang Patah di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10).
Setakat ini, negeri Johor telah mempunyai tiga buah politeknik iaitu
Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Politeknik Mersing Johor
dan Politeknik Metro Johor Bahru. Pada masa ini, Kementerian sedang
membangunkan politeknik keempat iaitu Politeknik Pagoh, Johor.
Politeknik Pagoh dijangka siap pada bulan Disember 2015 dan akan
menawarkan 6 program Diploma. Sehubungan itu, Kementerian tidak
mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah lagi politeknik di
kawasan Parlimen Gelang Patah.

388

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

(b) apakah bentuk kempen yang telah dijalankan untuk meningkatkan


sasaran jumlah pelajar tahunan.
JAWAPAN
(a) Selaras dengan Teras Ke-6, Pelan Strategik Penggajian Tinggi Negara
iaitu Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) telah diamanahkan untuk meneraju usaha
mewujudkan laluan dan melaksanakan pengiktirafan pembelajaran
serta pengalaman terdahulu melalui Pengakreditan Pembelajaran
Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Exprential
Learning, APEL). Sejak APEL dilancarkan pada April 2012 sehingga

389

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Ogos 2012, seramai 45 orang telah memohon penilaian APEL dan


14 orang daripadanya telah lulus. Buat masa ini, laluan APEL hanya
dibuka untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda sahaja. Manakala,
bagi peringkat Sijil, Diploma, Sarjana dan PhD, MQA masih dalam
proses penyediaan laluan tersebut dan ia akan dibuka secara
berperingkat.
(b) Serentak dengan Majlis Pelancaran APEL pada April 2012, MQA telah
mengadakan sesi penerangan yang melibatkan sebanyak 500 buah
institusi pengajian tinggi. Buku panduan dan flayers turut diedarkan
kepada pelajar dan pensyarah IPT. Selain itu, penerangan tentang
APEL turut diberikan kepada pengunjung gerai pameran MQA
yang disertai dalam karnival-karnival utama negara, umpamanya
Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan yang
diadakan pada 22 hingga 23 September 2012 yang lalu. Di samping
itu, maklumat mengenai APEL juga telah dimuat naik di laman
sesawang MQA dan boleh diakses pada bila-bila masa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB
21 NOVEMBER 2012 (RABU)
NO. 10

Dato Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI


PENGAJIAN menyatakan:(a) apakah asas dan perkiraan penilaian yang diambil untuk mewajibkan
Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) oleh Yayasan As-Sofa bagi pelajar
yang akan menyambung pelajaran ke Mesir, sedangkan para pelajar
tersebut telah lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM); dan
(b) senaraikan kelayakan dan pemeriksa kertas bagi peperiksaan
Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pelajar-pelajar yang ingin
menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan berapakah
jumlah calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut sejak
mula dilaksanakan hingga kini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) masih diiktiraf untuk kemasukan ke tahun pertama Universiti
Al Azhar, Mesir. Sungguhpun demikian, ujian Imtihan Qabul

390

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

391

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

diperkenalkan oleh Universiti Al Azhar pada tahun 2009 adalah bagi


mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Arab para pelajar melalui
kaedah ujian dan temuduga. Yayasan Sofa hanya dilantik sebagai
wakil Universiti Al-Azhar untuk menjalankan Imtihan Qabul bermula
tahun 2011. Kaedah pelaksanaan ujian, penyediaan kertas ujian dan
pemarkahan semuanya diuruskan oleh Pusat Bahasa Arab Mesir
sepenuhnya. Manakala Yayasan Sofa hanya diminta oleh Universiti
Al-Azhar untuk menyediakan prasarana, menguruskan Imtihan
Qabul dan menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal kepada
pensyarah-pensyarah dari Mesir.
(b) Pemeriksa kertas Imtihan Qabul adalah terdiri daripada pensyarahpensyarah yang didatangkan khas dari Mesir, oleh itu kelayakan
pensyarah juga ditentukan oleh universiti tersebut. Pada tahun 2012,
seramai 591 pelajar telah mengambil Imtihan Qabul, daripada jumlah
tersebut seramai 111 orang telah diterima masuk ke tahun pertama
Universiti Al-Azhar. Manakala baki pelajar seramai 480 orang telah
diterima secara langsung bagi menduduki kursus intensif Bahasa
Arab di Pusat Bahasa Arab selama 6 bulan secara sepenuh masa.

392

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN
22 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
NO. 2

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah kriteria pemilihan
terhadap jawatan Profesor Gred Turus tidak mengecualikan ahli-ahli yang
terlibat di dalam pentadbiran supaya peluang ahli-ahli akademik yang
memperuntukkan sepenuh usaha mereka kepada bidang penyelidikan
tidak terjejas.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju untuk
memperluaskan peluang kemajuan kerjaya kepada pensyarah di IPTA
hingga ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu memegang sebarang jawatan
pentadbiran. Ekoran keputusan tersebut, Kerajaan telah mewujudkan
jawatan baru yang dikenali sebagai Profesor Ulung Gred Khas Turus
III, II dan I. Kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Ulung dilaksanakan
berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh sebuah jawatankuasa
di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Calon yang dinaikkan pangkat
ke jawatan Profesor Ulung akan menerima Elaun Profesor Ulung berserta
geran penyelidikan. Penganugerahan Profesor Ulung adalah berdasarkan
meritokrasi di mana pensyarah yang memegang jawatan pentadbiran

393

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

tidak mendapat apa-apa keistimewaan malahan tidak memberi sebarang


pemberat dalam penilaian. Mereka dinilai berdasarkan pengiktirafan,
sanjungan, penyelidikan/penerbitan berimpak tinggi, lonjakan tahap
kesarjanaan dan impak idea yang tinggi kepada kualiti hidup masyarakat
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD
26 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
NO. 11

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan langkah drastik yang dilaksanakan bagi menangani
isu ijazah palsu yang dilakukan oleh sindiket tertentu bagi mengaut
keuntungan, dengan berselindung di sebalik nama institusi pengajian
tinggi swasta. Berapa ramai yang telah menjadi mangsa sindiket tersebut,
jumlah yang dikaut oleh sindiket tersebut sehingga kini.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini, bersekali dengan dua
soalan yang lain masing-masing daripada Yang Berhormat Sungai Petani
bertarikh 17 Oktober 2012 dan Yang Berhormat Telok Kemang bertarikh
5 November 2012 kerana ia adalah mengenai perkara yang hampir sama.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah
palsu yang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada
IPTA, mahupun IPTS yang berdaftar secara sah dengan KPT. Walau

394

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

395

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

bagaimanapun, bagi kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam


akhbar baru-baru ini, Kementerian telah menjalankan siasatan dan
mendapati ianya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan individu
tertentu yang menjual ijazah daripada universiti luar negara dan IPTA.
Syarikat terlibat bukan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
(IPT) yang berdaftar dengan KPT.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Saya yakin di sektor swasta juga mempunyai mekanisme yang sama


dengan sektor awam berhubung pekerja atau bakal pekerja yang
membuat perisytiharan palsu, termasuk kelulusan akademiknya bagi
mendapatkan pekerjaan.

KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA


dan IPTS bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes
penjualan ijazah palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan
akan diambil sekiranya didapati terlibat dalam kesalahan ini.
Pemantauan ke atas pengiklanan IPT juga sentiasa dilaksanakan
oleh KPT secara berterusan bagi memastikan kes penjualan ijazah
palsu oleh IPT tidak berlaku.

(b) Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib
Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja IPTA adalah merupakan
pekhidmat awam berdasarkan seksyen 24D, Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971. Oleh itu, mereka adalah tertakluk kepada Peraturan
Tatatertib IPTA masing-masing dan undang-undang sedia ada negara
ini. Berdasarkan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2012; seseorang pegawai awam boleh ditamatkan perkhidmatan
sekiranya meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang
berhubungan dengan pelantikannya. Bagi mana-mana majikan, orang
awam atau ahli-ahli Parlimen yang ingin mengesahkan mana-mana
ijazah dikeluarkan oleh IPT tempatan, mereka boleh mengajukannya
terus kepada IPT berkenaan.

396

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

397

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
TUAN SALLEH BIN KALBI
27 NOVEMBER 2012 (SELASA)
NO. 7

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan sejauh manakah Kerajaan memantau penubuhan dan
pengurusan IPTS di negara ini dan adakah Kerajaan menyedari bahawa
terdapat IPTS yang menawarkan kursus-kursus yang belum mendapat
pengiktirafan MQA, jika ya, mengapakah IPTS ini dibenarkan menawarkan
kursus-kursus tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap IPTS yang diluluskan
penubuhan dan didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) adalah tertakluk di bawah peruntukan Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Penubuhan sesebuah IPTS tidak dibuat sewenang-wenangnya tetapi
perlu melalui tapisan yang ketat. Hanya IPTS yang benar-benar layak
sahaja akan diluluskan penubuhannya. Pada tahun 2011, sebanyak 20
daripada 46 permohonan penubuhan IPTS bertaraf kolej telah ditolak
disebabkan tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke


atas IPTS melalui operasi-operasi tertentu seperti OPS Matang, OPS
Antarabangsa, OPS kejururawatan, OPS klinikal dan OPS kelayakan
masuk. Kementerian juga dari semasa ke semasa mengadakan program
engagement dengan IPTS sebagai salah satu pendekatan preventive
enforcement. KPT mensasarkan 150 IPTS untuk dilawati setiap tahun
dalam OPS Matang. KPT juga turut melaksanakan Ops Weeding Out ke
atas IPTS yang tidak berdaya maju.
Bagi penawaran program-program pengajian di peringkat Sijil, Diploma,
Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, setiap IPTS perlu mengemukakan
permohonan bagi proses penilaian kepada Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) terlebih dahulu untuk mendapatkan Sijil Memenuhi Keperluan
Kualiti (Certification of Quality Compliance,CQC) sebelum boleh
mengemukakan permohonan kelulusan pengendalian program pengajian
kepada KPT. Sebaik sahaja memperoleh kelulusan (tempoh kelulusan
5 tahun) menjalankan program daripada KPT, maka IPTS tersebut
boleh menawarkan program pengajian kepada para pelajar. Setelah itu,
IPTS boleh membuat permohonan Akreditasi Sementara (Provisional
Accreditation) kepada MQA dan kemudiannya memohon Akreditasi Penuh
apabila sesuatu program pengajian itu telah mencapai tempoh matang.
Biasanya, permohonan untuk mendapatkan Akreditasi Penuh dilakukan
apabila kumpulan pertama pelajar program pengajian berkenaan berada
di tahun akhir pengajian. Panel Penilai akan mengadakan lawatan ke IPTS
tersebut bagi tujuan penilaian sebelum Akreditasi Penuh dikeluarkan.
Kegagalan IPTS mendapatkan Akreditasi Penuh boleh mengakibatkan
kelulusan pengendalian kursus tidak diperbaharui setelah tamat tempoh
sah laku selama 5 tahun.

Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS sedia ada pula, pihak KPT

398

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

399

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN

:
:
:
:

JAWAB LISAN
DATUK SIRINGAN BIN GUBAT
27 NOVEMBER 2012 (SELASA)
NO. 19

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan sains asas yang mantap


untuk diserap ke dalam program-program pengajian sains di Universiti
Malaysia Sabah.

Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan bilangan kuota yang telah ditetapkan mengikut
bidang dan jurusan yang ditawarkan kepada pelajar asasi sains selepas
menamatkan pengajian asas (foundation) di Universiti Malaysia Sabah.
Adakah pelajar layak dan dibenarkan berpindah ke Institusi Pengajian
Tinggi yang lain mengikut kehendak pelajar atau ibu bapa mereka.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi
tidak menetapkan sebarang kuota terhadap pelajar lepasan Sijil Asasi
Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat Ijazah Pertama. Terdapat 9 sekolah di UMS yang menawarkan
program pengajian yang boleh diikuti oleh para pelajar lepasan Sijil
Asasi Sains UMS. Pemilihan kemasukan dibuat berdasarkan pencapaian
akademik dan kokurikulum serta pilihan program pengajian yang
ditawarkan di UMS. Pada masa ini, pelajar lepasan Sijil Asasi Sains
UMS tidak dibenarkan memohon program pengajian Ijazah Pertama di
IPTA lain bagi memastikan penawaran sijil Asasi Sains UMS ini menepati
matlamat yang telah ditetapkan antaranya bertujuan untuk melahirkan

400

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

401

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

MESYUARAT
KETIGA

JAWAPAN BAGI
PERTANYAAN
BUKAN JAWAB LISAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN KULASEGARAN A/L MURUGESON
SOALAN
: NO. 76
Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa yuran
pengajian yang dikenakan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi
Swasta tempatan menjadi agak tinggi dan telah menjadi beban kepada
ramai ibu bapa.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IPTS sebenarnya tidak boleh
menaikkan kadar yuran pengajian sewenang-wenangnya. Setiap IPTS
perlu mematuhi kadar yuran yang telah ditetapkan semasa permohonan
mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran program pengajian.
Permohonan menaikkan kadar yuran hanya akan dipertimbang oleh
Kementerian berdasarkan justifikasi yang kukuh dan setelah 3 tahun
penubuhan IPTS tersebut.
Berdasarkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555),
subseksyen 40 (1) berkaitan yuran pengajian, IPTS yang melanggar syarat
yang dikenakan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum
di bawah seksyen 40 (2) akta yang sama iaitu didenda tidak melebihi
RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya.

404

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

405

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pada masa ini, terdapat kecenderungan masyarakat untuk


membandingkan kadar yuran IPTS dengan kadar yuran yang dikenakan
oleh IPTA. Kadar yuran yang dikenakan di IPTS adalah berdasarkan
kadar pasaran semasa, manakala kadar yuran yang dikenakan oleh IPTA,
khususnya bagi peringkat ijazah pertama, dikawal oleh Kerajaan dengan
memberi subsidi di antara 78 hingga 96 peratus. Hakikatnya, kadar yuran
yang dikenakan oleh IPTS di Malaysia adalah berpatutan dan jauh lebih
rendah berbanding kadar yuran yang dikenakan oleh institusi pengajian
tinggi swasta di luar negara.
Kita harus sedar bahawa tindakan Kerajaan menubuhkan Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya meningkatkan
akses kepada pengajian tinggi, menggalakkan pendemokrasian
pendidikan dan menyediakan sumber untuk membiayai yuran pengajian
pelajar IPTS serta membiayai kos sara hidup pelajar.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
SOALAN
: NO. 115
Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana perancangan untuk
membina Kolej Komuniti baru di kawasan Parlimen Lipis memandangkan
kolej cawangan yang sedia ada telah melebihi kapasiti pelajar.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kolej Komuniti Lipis mula
beroperasi pada tahun 2008 sebagai sebuah kolej komuniti cawangan.
Kolej Komuniti ini menawarkan program Pengendalian Pelancongan. Pada
masa ini, Kementerian menetapkan kapasiti pelajar hendaklah melebihi
seramai 180 orang pada satu-satu masa bagi menaik taraf kolej komuniti
cawangan kepada kolej komuniti induk. Berdasarkan rekod Kementerian,
pada sesi pendaftaran Julai 2011, jumlah pelajar yang mendaftar di Kolej
Komuniti Lipis hanya seramai 17 orang, manakala pada Januari 2012
pula seramai 17 orang dan pada Julai 2012 adalah seramai 10 orang.
Sungguhpun demikian, Kementerian tetap memberi perhatian yang
sewajarnya terhadap cadangan Yang Berhormat.

406

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

407

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
SOALAN
: NO. 146
Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Program
Keusahawanan Sosial Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Women in
Social Enterprise (WISE) mampu meningkatkan keupayaan pelajar untuk
mempelajari selok-belok perniagaan.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

program WISE adalah seperti berikut:


(i) menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar melalui aktiviti
keusahawanan sosial;
(ii) meningkatkan peranan IPT dalam konteks sistem penyampaian dan
penyebaran ilmu kepada masyarakat;
(iii) memberi ruang kepada pelajar IPT untuk mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang diajar secara teori;
(iv) mengupayakan masyarakat usahawan mikro (Sahabat Usahawan
AIM) mengenai kemahiran perniagaan yang akan memberi kesan
positif kepada pembangunan sosio-ekonomi mereka;
(v) membangunkan perniagaan Sahabat Usahawan AIM; dan
(vi) meningkatkan kerjasama strategik IPT dan industri dalam
pembangunan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Women in Social
Enterprise (WISE) merupakan satu program keusahawanan sosial di
peringkat nasional yang dilaksanakan melalui kerjasama di antara
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) dan ia telah dilancarkan pada 21 April 2012.
Program tersebut adalah berkonsepkan pemindahan ilmu (knowledge
transfer) mengenai kemahiran perniagaan daripada Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) kepada komuniti Sahabat Usahawan AIM. Melalui program
tersebut, pelajar universiti dan politeknik yang diberi latihan akan
dipadankan dengan Sahabat Usahawan AIM untuk dijadikan anak
angkat untuk membantu meningkatkan kemahiran perniagaan Sahabat
Usahawan AIM serta prestasi perniagaan mereka. Objektif pelaksanaan

408

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Berdasarkan objektif yang telah digariskan, KPT telah melaksanakan


beberapa inisiatif tertentu bagi memastikan pencapaian objektif berkenaan
serta kelancaran program tersebut, iaitu:
(i) program training of trainers (ToT) kepada pensyarah serta
pembimbing program WISE;
(ii) taklimat dan latihan kepada para pelajar/peserta sebelum ditempatkan
di rumah keluarga angkat masing-masing; dan
(iii) pemantauan pelajar semasa membuat kerja-kerja lapangan sepanjang
program penempatan selama sebulan.
Setakat ini, program WISE telah disertai oleh seramai 512 orang peserta
yang terdiri daripada pelajar universiti dan politeknik (241 orang),
pensyarah (36 orang) dan usahawan mikro AIM (231 orang). Sepanjang

409

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pelaksanaan program WISE, KPT mendapati usaha yang dilakukan


melalui program ini amat signifikan bagi meningkatkan keupayaan pelajar
dalam mempelajari selok-belok perniagaan berikutan pengalaman yang
diperolehi menerusi program tersebut adalah secara proses pembelajaran
berasaskan pengalaman (experiental learning). Melalui program ini juga,
ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar semata-mata, malah ia
turut berupaya membantu Sahabat Usahawan AIM untuk meningkatkan
lagi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan yang
diusahakan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA
: TUAN MOHSIN FADZLI BIN HAJI SAMSURI
SOALAN
: NO. 152
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan penuntut asing di IPTA dan
IPTS mengikut bidang pengajian dan tahap.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac 2012, jumlah pelajar
antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah seramai
26,064 orang pelajar. Bidang Sains Sosial, Perniagaan dan Perundangan
mempunyai pelajar antarabangsa yang tertinggi iaitu seramai 7,627.
Tahap program di IPTA yang menerima pelajar tertinggi pula adalah di
peringkat kedoktoran (Ph.D) iaitu seramai 9,704 orang.
Manakala di IPTS pula, sehingga Disember 2011, enrolmen pelajar
antarabangsa adalah seramai 45,246 orang. Bidang pengajian yang
mempunyai paling ramai pelajar antarabangsa adalah bidang Sains
Sosial, Perniagaan dan Perundangan iaitu seramai 16,245 orang dan
peringkat pengajian yang menerima pelajar tertinggi adalah di peringkat
Sarjana Muda iaitu seramai 26,087 orang.

410

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

411

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATUK WEE JECK SENG
SOALAN
: NO. 157
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan :(a) jumlah hutang yang masih belum dikutip oleh tabung PTPTN dalam
tempoh 10 tahun yang lalu; dan
(b) adakah tindakan yang lebih berat daripada menghalang ke luar negara
dapat dikenakan kepada mereka yang masih ingkar membayar
kerana tidak berniat untuk ke luar negara.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

merupakan jumlah tunggakan oleh seramai 318,676 peminjam


yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh
peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada
ansuran sebenar.
(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peminjam PTPTN adalah
tertakluk kepada perjanjian pinjaman yang telah diterima dan
dipersetujui, yang menyatakan dengan terperinci terma-terma serta
syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peminjam. Selain menghalang
peminjam ingkar keluar negara, kegagalan peminjam untuk memberi
maklum balas terhadap Notis Tuntutan akan menyebabkan saman
difailkan ke mahkamah terhadap peminjam ingkar tersebut bagi
mendapatkan penghakiman sekali gus menuntut kesemua baki
pinjaman yang belum di bayar balik. Sehingga 30 September 2012,
sebanyak 104,983 tindakan penguatkuasaan saman telah dihantar
kepada peminjam ingkar yang melibatkan amaun berjumlah RM1.67
bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 82,905 saman telah
mendapat perintah penghakiman dari mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua,


(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya
sehingga 30 September 2012, seramai 1,094,564 peminjam
perlu membayar balik pembiayaan pendidikan dengan amaun
sebanyak RM7.35 bilion. Jumlah ini tidak termasuk seramai 30,612
peminjam yang diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan
menyambung pengajian atau masih belum bekerja yang melibatkan
amaun sebanyak RM258.67 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai
775,888 peminjam telah membuat bayaran balik dengan amaun
sebanyak RM3.53 bilion. Manakala, sebanyak RM3.82 bilion adalah

412

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

413

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA
SOALAN
: NO. 218

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN AMRAN BIN AB GHANI
SOALAN
: NO. 240

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN


TINGGI menyatakan status permohonan bagi Kolej Komuniti dalam
kawasan Parlimen Parit.

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta Menteri


Pengajian Tinggi menyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan
bagi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan nyatakan jumlah
keseluruhan penyelewengan yang berlaku yang melibatkan pertukaran
wang tunai baucer yang diberikan serta langkah yang diambil oleh pihak
Kerajaan serta tindakan yang dikenakan kepada pembekal dan individu
yang menukarkan baucer dengan wang tunai.

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah tempoh Rolling Plan
Kedua RMKe-10, tiada peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan bagi
pembinaan kolej komuniti di seluruh negara termasuk di kawasan Parlimen
Parit. Sungguhpun demikian, Kementerian tetap memberi perhatian yang
sewajarnya terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

414

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang
dibelanjakan bagi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga
16 Ogos 2012 adalah sebanyak RM234,941,600. Bagi memastikan
pelaksanaan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjalan
dengan lancar dan tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan,
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian
Kewangan telah mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M
dan mengedarkannya kepada semua pelaksana. Selain daripada itu,
taklimat juga turut diberikan kepada pihak yang terlibat. Di samping itu,
Kementerian juga telah membuat kenyataan media untuk mengambil
tindakan tegas terhadap pelajar dan kedai buku yang tidak mematuhi garis
panduan yang ditetapkan. Kementerian sentiasa bekerjasama dengan
semua pihak khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan penjualan BB1M tidak berlaku.

415

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

sasaran utama, satu daripada IPT tempatan berada di kedudukan


50 universiti terbaik dunia. Seterusnya, fasa 4 (melangkaui 2020)
mensasarkan 2 buah universiti berada di kedudukan 50 universiti
terbaik dunia. Pada masa ini, semua IPTA diberi peluang untuk
bersaing mendapatkan kedudukan terbaik dalam ranking dunia. Oleh
itu, kedudukan sesebuah IPTA dalam ranking akan berubah-ubah
mengikut keadaan semasa.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO SERI ONG KA CHUAN
SOALAN
: NO. 274
Dato Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan:
(a) apakah inisiatif yang telah diambil untuk meningkatkan kedudukan
ranking universiti tempatan berbanding dengan universiti terbaik di
rantau ini; dan
(b) usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk menanda aras
universiti tempatan dengan universiti terbaik di rantau ini supaya
usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pengajian tinggi dapat dicapai.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, teras keempat Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperkasakan Institusi
Pengajian Tinggi telah meletakkan sasaran utama untuk mencapai
kecemerlangan IPT tempatan melalui 4 fasa pelaksanaan. Fasa 1
(2007-2010) mensasarkan 3 buah universiti tempatan berada di antara
200 universiti terbaik. Manakala, Fasa 2 (2011-2015) dan Fasa 3 (2016
2020) adalah untuk meningkatkan penarafan universiti dengan

416

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Secara umumnya, sistem penarafan universiti antarabangsa


memang menjadi kayu ukur bagi masyarakat dunia untuk menilai
sesebuah universiti pengajian tinggi. Di Malaysia, isu ranking IPTA
sememangnya menjadi topik perbincangan yang hangat setiap kali
mana-mana organisasi penarafan antarabangsa seperti Times Higher
Education (THE) dan QS World University Rankings, mengeluarkan
senarai ranking tahunan masing-masing.
Kementerian sememangnya tidak mengetepikan pencapaian
kedudukan IPT tempatan dalam ranking dunia. Namun demikian,
aspek kualiti pengajian tinggi negara tidak seharusnya tertumpu
kepada sistem ranking seperti yang dijalankan oleh Times Higher
Education (THE) semata-mata. Kesesuaian dan elemen tempatan
harus diambil kira dalam merangka satu pendekatan yang lebih
komprehensif dan kondusif kepada keperluan pembangunan negara
dan pada masa yang sama menepati amalan bijak antarabangsa.

Kementerian menerusi Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah


melaksanakan sistem penarafan institusi pengajian tinggi (SETARA)
yang merupakan satu penilaian penarafan untuk mengukur kualiti,
kebertanggungjawaban serta prestasi pengajian tinggi tempatan.

417

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Dapatan dari SETARA akan digunakan untuk membuat perbandingan


pencapaian antara IPT. Domain serta kaedah yang digunakan dalam
SETARA juga bersesuaian dengan aplikasi dan persekitaran yang
digunakan oleh IPT tempatan yang dinilai. Ini akan mewujudkan
satu persaingan yang sihat antara IPT di Malaysia dan mampu
mengenalpasti setiap kelemahan yang ada bagi diatasi. Berdasarkan
keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian tinggi (SETARA)
2011, sebanyak 35 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam Dan Swasta
telah menerima pengiktirafan cemerlang berbanding 18 IPT pada
2009. Tiada universiti mencapai tahap satu dan dua bintang, iaitu
lemah dan memuaskan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(v) kualiti penerbitan jurnal oleh IPT tempatan dipertingkat supaya


memperolehi pengiktirafan antarabangsa;
(vi) menubuhkan Pusat Sitasi Negara yang bertujuan untuk menjadi
pusat pengumpulan dan pangkalan data bagi penerbitan jurnal
dalam negara;
(vii) memantapkan pengurusan dan tadbir urus IPTA;
(viii) memberi lebih autonomi/penurunan kuasa kepada universiti;
(ix) membangunkan KPI pengurusan tertinggi universiti;

Bagi meningkatkan prestasi IPT tempatan di samping meningkatkan


kedudukan dalam ranking dunia, pelbagai usaha telah dan sedang
diambil oleh Kementerian antaranya:
(i) memastikan universiti penyelidikan (RU) mempercepatkan
nisbah enrolmen pelajar ijazah tinggi kepada 50% daripada
keseluruhan enrolmen;
(ii) memastikan IPTA mengamalkan pemberat yang lebih tinggi
terhadap penerbitan berimpak tinggi (high impact journals) bagi
tujuan kenaikan pangkat;
(iii) meningkatkan jaringan dan penerbitan bersama dengan individu
yang mempunyai pengiktirafan antarabangsa;

(x) melaksanakan Academic Performance Audit (APA) dan audit


kemudahan pengajaran dan pembelajaran;
(xi)
melaksanakan Kerangka Kelayakan
Qualification Framework, MQF); dan

Malaysia

(Malaysian

(xii) mempertingkatkan bilangan pensyarah berkelayakan PhD dan


pengambilan pelajar pasca siswazah dan pasca doktoral.
Usaha-usaha yang telah diambil adalah untuk memperkukuhkan asas
atau fundamental seperti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan,
jaringan kolaborasi, penerbitan serta pengurusan IPT masing-masing
supaya dapat bersaing di peringkat global dan melonjakkan kedudukan
IPT tempatan di peringkat antarabangsa.

(iv) meningkatkan strategi pemasaran yang lebih bersasarkan


peningkatan branding dan word-of-mouth;

418

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

419

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN KHAIRY JAMALUDDIN
SOALAN
: NO. 308
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan mengapakah program perubatan Universiti Lincoln
dibenarkan beroperasi sedangkan kursus tersebut sebenarnya belum lagi
diberikan pengiktirafan oleh Malaysian Medical Council ataupun Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pada masa yang sama Universiti Lincoln juga
menawarkan kursus perubatan dari Crimea State Medical University yang
telahpun ditarik pengiktirafannya oleh Kerajaan.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Lincoln University College sepenuhnya di mana kurikulum dibangunkan


sendiri dan penganugerahan skrol oleh IPTS tersebut. Program ini
melibatkan pengajian pra-klinikal dijalankan di Malaysia dan pengajian
klinikal dijalankan secara offshore campus. Pemantauan secara berkala
juga dilaksanakan oleh MMC berdasarkan standard dan garis panduan
yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan kualiti penawaran
program sentiasa ditingkatkan sebelum dijalankan penilaian bagi
akreditasi penuh.
Pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MMC akan
dipertimbangkan berdasarkan penilaian Akreditasi Penuh yang akan
dijalankan oleh MQA bersama pihak MMC setelah pelajar pengambilan
pertama berada di tahun akhir pengajian.
Bagi persoalan berkaitan penawaran program perubatan dari Crimea
State Medical University, hasil semakan rekod, MQA mendapati tiada
sebarang permohonan oleh pihak Lincoln University College berhubung
penawaran program tersebut.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lincoln University College
(LUC) telah membuat permohonan awal secara terus kepada Malaysian
Medical Council (MMC) untuk mengendalikan program perubatan secara
offshore campus di Ukraine sebelum menghantar permohonan secara
rasmi kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pihak MMC telah
memberikan kelulusan bersyarat di mana Lincoln University College
perlu mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan sebelum membuat
pengambilan pertama.
Lanjutan daripada itu, program ini telah diluluskan oleh KPT berdasarkan
keputusan MMC. Program pengajian ini merupakan program di bawah

420

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

421

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH
SOALAN
: NO. 313

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN ER TECK HWA
SOALAN
: NO. 350

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bayaran yuran pengajian
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi setiap kategori seperti
Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah sepanjang tempoh
pengajian yang telah ditetapkan oleh sesebuah universiti.

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI


menyatakan jumlah institut-institut pendidikan tempatan yang mempunyai
cawangan di negara asing. Senaraikan nama institut, negara dan tarikh
cawangan tersebut disediakan.
JAWAPAN

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar yuran pengajian IPTA
adalah berbeza-beza mengikut sesuatu program pengajian. Walau
bagaimanapun, kadar yuran bagi sepanjang tempoh pengajian mengikut
peringkat boleh dikategorikan seperti berikut:
Peringkat Pengajian

Yuran Pengajian (RM)

Diploma

1,350.00 - 2,430.00

Sarjana Muda

3,196.39 - 9,183.65

Sarjana

6,535.92 - 14,903.12

Doktor Falsafah

14,969.76 - 28,945.41

422

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat lapan (8) buah Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mempunyai cawangan di luar
negara. IPTS tersebut ialah:
(a) Asia Pacific Institute of Information Technology mempunyai 5
cawangan di luar negara iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Satu cawangan di Sri Lanka;


Dua cawangan di India;
Satu cawangan di Pakistan; dan
Satu cawangan di Australia.

(b) Asia e University (AeU) mempunyai satu cawangan di India; AlMadinah International University (MEDIU) mempunyai 9 cawangan
iaitu:

423

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

i. Dua cawangan di Indonesia;


ii. Satu cawangan di Singapura;
iii. Satu cawangan di Thailand;
iv, Satu cawangan di Kuwait;
v. Satu cawangan di Arab Saudi;
vi. Satu cawangan di Morocco;
vii. Satu cawangan di United Kingdom; dan
viii. Satu cawangan di Kaherah, Mesir

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO NORAINI BINTI AHMAD
SOALAN
: NO. 366

d. UCSI University mempunyai satu cawangan di Bangladesh;

Dato Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan rasional cadangan Universiti Malaya
yang telah diberi status autonomi untuk membangunkan projek komersial
seperti pembangunan kompleks membeli-belah, hotel dan restoran di
kampus universiti untuk menjana pendapatan. Adakah Kementerian
bersetuju dengan kaedah ini dan perlukan Universiti Malaya mendapat
persetujuan Kementerian dalam perancangan yang sedemikian.

e. Limkokwing University mempunyai 6 cawangan iaitu:

JAWAPAN

c. Management and Science University (MSU), mempunyai satu


cawangan di India;

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Satu cawangan di United Kingdom;


Satu cawangan di Cambodia;
Satu cawangan di Lesotho;
Satu cawangan di Botswana; dan
Dua Cawangan di Indonesia,

Tuan Yang di-Pertua,

f. International University of Technology Twintech mempunyai satu


cawangan di Yemen dan;
g. INTI International University College mempunyai satu cawangan di
China.

424

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini sebahagian besar
sumber pendapatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah
bergantung kepada geran Kerajaan. Namun, IPTA juga mempunyai
sumber pendapatan dalaman sendiri seperti bayaran yuran pelajar,
keuntungan simpanan tetap, bayaran yuran asrama, bayaran sewaan,
keuntungan pelaburan, hasil program akademik, operasi hospital dan
lain-lain perkhidmatan. Kementerian menyedari kemampuan kewangan
Kerajaan amat terbatas, justeru IPTA digalakkan berdikari mencari
sumber kewangan sendiri tanpa perlu bergantung kepada dana Kerajaan
semata-mata.

425

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah menetapkan


sasaran pembiayaan daripada sumber dalaman IPTA menjelang 2020
bagi universiti penyelidikan adalah sebanyak 30% perbelanjaan mengurus
dan 10% perbelanjaan pembangunan, manakala universiti berfokus
dan komprehensif pula sebanyak 25% perbelanjaan mengurus dan 5%
perbelanjaan pembangunan. Kementerian menggalakkan IPTA meneroka
kaedah pembiayaan alternatif yang lebih luas tanpa mengabaikan
tanggungjawab kepada akses dan ekuiti dengan mengenal pasti dan
mempelbagaikan saluran sumber kewangan tambahan termasuk
daripada alumni dan kursi endowmen seperti yang dilakukan oleh IPT
bertaraf dunia.
Peruntukan seksyen 4A, jadual pertama Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU 1971) juga memberi kuasa kepada IPTA untuk menubuhkan
syarikat, membuat penyertaan ekuiti, perkongsian, usahasama dan apa
jua bentuk kerjasama bagi aktiviti akademik dan penyelidikan di universiti.
Peruntukan tersebut akan membolehkan entiti komersial diwujudkan
oleh IPTA bagi mengembangkan peranan serta aktivitinya dengan lebih
berkesan di sektor komersial.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pelbagai perniagaan komersial yang bersesuaian termasuk perhotelan,


catering, hartanah dan peniagaan runcit. Pematuhan kepada konsep
ini tidak akan mengganggu perjalanan dan core business IPTA sebagai
institusi pengajian tinggi dan menghindar IPTA atau Kerajaan daripada
tuntutan perundangan berkaitan dengan syarikat dan anak syarikat.
Selaras dengan dasar Kementerian, Universiti Malaya (UM) telah
menubuhkan sayap perniagaan dan pelaburannya sejak tahun 2001.
Dalam tempoh sepuluh (10) tahun, beberapa inisiatif penting telah
dilaksanakan di mana pelaburannya kini meliputi perkhidmatan perubatan
pakar, program penyelidikan serta penemuan ubat-ubatan, perladangan
kelapa sawit, pusat kursus pendidikan untuk sektor swasta, inovasi
dan pengkomersilan serta hartanah. UM juga sedang melaksanakan
rancangan membangunkan sebahagian hartanahnya untuk menyediakan
ruang dan peluang yang sesuai untuk memenuhi keperluan Industri
(termasuk inovasi, intelek dan IT), Komersil dengan erti kata merangkumi
keseluruhan kegiatan komersil dan sektor Perkhidmatan yang sedang
pesat berkembang. Projek pembangunan dalam aspek pembangunan
hartanah juga akan menguntungkan UM dari segi penjanaan pendapatan
dan peningkatan nilaian aset tetap UM.

Sehingga 31 Ogos 2012, terdapat 19 buah IPTA telah menjalankan


perniagaan melalui syarikat dan anak syarikat milik IPTA masing-masing.
Pendapatan dari sumber anak syarikat mempunyai potensi yang besar
untuk dikembangkan kerana hampir kebanyakan IPTA mempunyai entiti
perniagaan sendiri yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan
dalaman IPTA tersebut. Sebagaimana yang digariskan di dalam Garis
Panduan Pelaburan Tahun 2004 di mana ia secara jelas menyatakan
bahawa syarikat dan anak syarikat IPTA adalah entiti yang berbeza
dengan IPTA. Oleh itu, syarikat dan anak syarikat IPTA boleh menjalankan

426

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

427

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT
SOALAN
: NO. 393

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN


DARIPADA
: TUAN HEE LOY SIAN
SOALAN
: NO. 409

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS yang telah didaftarkan
hingga kini dan jumlah yang telah gulung tikar serta jumlah IPTS yang
telah diambil tindakan Mahkamah, jika ada, senaraikan IPTS tersebut.

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan :(a) berapa jumlah hutang tunggakan PTPTN oleh graduan IPTA dan
IPTS; dan

JAWAPAN
(b) bagaimana Kementerian mengawal kos yuran IPTS yang semakin
tinggi dan adakah Kementerian akan menetapkan satu yuran
maksimum untuk semua IPTS.

Tuan Yang di-Pertua,


Sehingga 31 Ogos 2012, terdapat sebanyak 506 buah Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah IPTS bertaraf
Universiti, 21 buah bertaraf Kolej Universiti, 6 buah bertaraf Kampus
Cawangan Universiti Luar Negara, 413 buah bertaraf Kolej yang masih
aktif.
KPT telah melaksanakan Ops Weeding Out ke atas IPTS yang tidak
berdaya maju. Pada tahun 2010, sebanyak 64 buah IPTS terlibat
dalam operasi ini dan 27 buah daripadanya telah dibatalkan kelulusan
penubuhan dan 15 buah lagi dikanselkan pendaftaran. Manakala pada
2011, sebanyak 2 buah IPTS telah dibatalkan kelulusan penubuhan
dan 2 buah IPTS telah dikanselkan pendaftaran. Sehingga Ogos 2012,
sebanyak 3 buah IPTS telah diambil tindakan mahkamah.

428

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September
2012 PTPTN telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada
seramai 2.08 juta peminjam dengan dengan jumlah RM46.87 bilion
sehingga tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.43
juta (68.8%) terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM25.02 bilion dan
0.65 juta (31.2%) terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM21.84
bilion.

429

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh
peminjam PTPTN ialah sebanyak RM7.35 billion melibatkan 1.09
juta peminjam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3.53 bilion
telah berjaya dikutip daripada seramai 775,888 peminjam IPTA
dan IPTS. Manakala, sebanyak RM3.82 bilion adalah merupakan
jumlah tunggakan oleh seramai 318,676 peminjam yang tidak
pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam
yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran
sebenar.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

kepada para pelajar untuk memilih IPTS yang bersesuaian dengan


kehendak masing-masing. Manakala kadar yuran yang dikenakan
oleh IPTA pula, khususnya bagi peringkat ijazah pertama, ia dikawal
oleh Kerajaan dengan memberi subsidi di antara 78 hingga 96
peratus. Hakikatnya, kadar yuran yang dikenakan oleh IPTS di
Malaysia adalah berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding kadar
yuran yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi swasta di luar
negara. Justeru pada masa ini, Kementerian tidak bercadang untuk
menetapkan satu kadar yuran maksimum yang sama untuk semua
IPTS.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IPTS sebenarnya tidak boleh
menaikkan kadar yuran pengajian sewenang-wenangnya. Setiap
IPTS perlu mematuhi kadar yuran yang telah ditetapkan semasa
permohonan mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran
program pengajian. Permohonan menaikkan kadar yuran hanya akan
dipertimbang oleh Kementerian berdasarkan justifikasi yang kukuh
dan setelah 3 tahun penubuhan IPTS tersebut.

Berdasarkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555),


subseksyen 40 (1) berkaitan yuran pengajian, IPTS yang melanggar
syarat yang dikenakan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
dihukum di bawah seksyen 40 (2) akta yang sama iaitu didenda tidak
melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
6 bulan atau kedua-duanya.

Ketika
ini,
terdapat
kecenderungan
masyarakat
untuk
membandingkan kadar yuran IPTS dengan kadar yuran yang
dikenakan oleh IPTA. Kadar yuran yang dikenakan di IPTS adalah
berdasarkan kadar pasaran semasa dan ini akan memberi kelebihan

430

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

431

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG
SOALAN
: NO. 422

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(b) Berdasarkan maklumat yang diterima daripada 88 buah IPTS, pada


tahun 2011, hanya terdapat seramai 1,983 pelajar yang tidak dapat
meneruskan pengajian. Daripada jumlah tersebut seramai 1,364
orang adalah pelajar lelaki dan 619 pelajar perempuan.

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Ujang [ Sibuti ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan:(a) berapakah jumlah pelajar yang digugur daripada pengajian mengikut
pecahan kaum dan jantina setiap universiti tempatan di Malaysia;
dan
(b) bagaimana pula tahap drop out pelajar di sektor pengajian tinggi
swasta, adakah terdapat statistik yang dikemukakan oleh pihak
Kementerian.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, hanya
terdapat sebanyak 1.34% pelajar yang tidak dapat meneruskan
pengajian di IPTA atas pelbagai alasan antaranya gagal dalam
akademik ataupun diberhentikan. Peratusan tertinggi adalah pelajar
Melayu iaitu 1.05%, diikuti pelajar Cina 0.04%, pelajar India 0.02%
dan lain-lain kaum sebanyak 0.23%. Peratusan pelajar lelaki adalah
0.76% dan pelajar perempuan pula adalah 0.58%.

432

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

433

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB
SOALAN
: NO. 438

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

pertama Universiti Al-Azhar. Manakala, baki pelajar seramai 480 orang


telah diterima secara langsung bagi menduduki kursus intensif Bahasa
Arab di Pusat Bahasa Arab selama 6 bulan secara sepenuh masa.

Dato Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI


PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah
lulus dan gagal di peringkat Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) yang telah
dijalankan oleh Yayasan As-Sofa sejak mula dilaksanakan hingga kini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) masih diiktiraf untuk kemasukan ke tahun pertama Universiti Al
Azhar, Mesir. Sungguhpun demikian, ujian Imtihan Qabul diperkenalkan
oleh Universiti Al Azhar pada tahun 2009 adalah bagi mengenalpasti
tahap penguasaan Bahasa Arab para pelajar melalui kaedah ujian dan
temuduga. Yayasan Sofa hanya dilantik sebagai wakil Universiti AlAzhar untuk menjalankan Imtihan Qabul bermula tahun 2011. Kaedah
pelaksanaan ujian, penyediaan kertas ujian dan pemarkahan semuanya
diuruskan oleh Pusat Bahasa Arab Mesir sepenuhnya. Manakala
Yayasan Sofa hanya diminta oleh Universiti Al-Azhar untuk menyediakan
prasarana, menguruskan Imtihan Qabul dan menyediakan kemudahan
seperti tempat tinggal kepada pensyarah-pensyarah dari Mesir. Pada
tahun 2012, seramai 591 pelajar telah mengambil Imtihan Qabul, daripada
jumlah tersebut seramai 111 orang telah diterima masuk ke tahun

434

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

435

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA
: TUAN HAJI AHMAD BIN KASIM
SOALAN
: NO.454
Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengenai usaha yang dilakukan oleh
Kementerian untuk membanteras gejala penjualan ijazah palsu selepas
wujudnya sindiket menjual ijazah palsu di mana di antara pembeli ijazah
palsu tersebut merupakan mereka yang bergelar Tan Sri dan juga ahli
politik. Berapakah jumlah individu yang terbabit dan namakan institusi
tersebut.
JAWAPAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

(PDRM) dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana


menipu.
KPT sebenarnya sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTA dan IPTS
bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes penjualan ijazah
palsu. Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan akan diambil sekiranya
didapati terlibat dalam kesalahan ini. Pemantauan ke atas pengiklanan IPT
juga sentiasa dilaksanakan oleh KPT secara berterusan bagi memastikan
kes penjualan ijazah palsu oleh IPT tidak berlaku. Justeru, kredibiliti IPT
tempatan tidak terjejas ekoran kes penipuan penjualan ijazah oleh syarikat
yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mana-mana majikan sama ada agensi awam atau swasta, ahli-ahli
Parlimen dan orang awam yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah
yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, boleh mengajukannya kepada IPT
berkenaan pada bila-bila masa yang sesuai.

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah palsu yang
melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada IPTA, mahupun
IPTS yang berdaftar secara sah dengan KPT. Walau bagaimanapun, bagi
kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini,
Kementerian telah menjalankan siasatan dan mendapati ianya dilakukan
oleh sebuah syarikat swasta dan individu tertentu yang memalsukan ijazah
IPTA dan universiti luar negara yang mana ada di antaranya universiti
tersebut disahkan tidak wujud. Syarikat terlibat bukan merupakan sebuah
institusi pengajian tinggi (IPT) yang berdaftar dengan KPT. Oleh yang
demikian, kes ini terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia

436

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

437

SIRI KOLEKSI

Pertanyaan & Jawapan


Parlimen Dewan Rakyat 2012

You might also like