Surat Jemputan Majlis Makan Malam Amal

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI

71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06-7991826 Fax : 06-7996931 e-mail: smran9@yahoo.com Laman web :


www.sabknilai.sistem.my

Rujukan kami : SMAN 01/ 09/ 07 ( )


Rujukan tuan :
Tarikh
: 26hb Januari 2015

Yang Berhormat
Dato Shamshulkahar Bin Mohd Deli
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan & Kesihatan,
Tingkat Bawah, Blok B,
Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Melalui:
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Km 4, Jalan Ampangan-Kuala Pilah
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Yang Berhormat Dato,
JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
DAN GRADUASI TINGKATAN 5
Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat jemputan bertajuk Mohon Merasmikan Majlis Makan
Malam Amal Sekolah Menengah Agama Nilai bertarikh 12 Januari 2015.
2.
Untuk makluman pihak Yang Berhormat Dato antara pengisian Majlis Makan Malam Amal
tersebut adalah Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2014. Namun begitu, setelah bermesyuarat dan
berbincang pihak kami mendapati terdapat kekangan masa sekiranya dua program ini digabungkan.
Justeru, pihak PIBG dan sekolah memutuskan untuk memisahkan program kepada dua seperti
ketetapan dibawah;
1) Nama Program :Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tingkatan 5, 2014
Tarikh
: 7hb Mac 2015 Sabtu
Masa
: 9.00 pagi 12.30 tengah hari
2) Majlis Makan Malam Amal
Tarikh
: 3hb April 2015 Jumaat
Masa
: 7.45 11.00 malam
3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menjemput Yang Berhormat
Dato sebagai perasmi Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tingkatan 5, 2014.
4.
Semoga program ini lebih bermakna dengan kehadiran dan sokongan Yang Berhormat Dato.
Segala kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat Dato didahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


..
(SURIYAH BT GHAZALI)
Pengetua
Sekolah Menengah Agama Nilai

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI


71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06-7991826 Fax : 06-7996931 e-mail: smran9@yahoo.com Laman web :


www.sabknilai.sistem.my

Rujukan kami : SMAN 01/ 09/ 07 ( )


Rujukan tuan :
Tarikh
: 26hb Januari 2015

Yang Berhormat
Dato Hj. Hashim Bin Rusdi,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani,
Tingkat 3, Blok D,
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan,
Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Melalui:
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Km 4, Jalan Ampangan-Kuala Pilah
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Yang Berhormat Dato,
JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
ANJURAN PIBG SMA NILAI
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:
2.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG buat julung kalinya akan mengadakan
Majlis Makan Malam Amal. Berikut adalah butiran majlis:

Nama Program
: Majlis Makan Malam Amal
Tarikh
: 3hb April 2015 (Jumaat)
Masa
: 7.45 11.00 malam

3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin menjemput Yang
Berhormat Dato sebagai tetamu kehormat Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat
Dato akan lebih memeriahkan dan menjayakan lagi program ini.
Bersama-sama surat ini, dilampirkan brosur program untuk maklumat pihak Yang Berhormat
Dato.
4.

5.
Pihak kami dengan rasa rendah diri amat berharap Yang Berhormat Dato dapat
mempertimbangkan permohonan kami. Semoga program ini lebih bermakna dengan sokongan Yang
Berhormat Dato.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


..
(SURIYAH BT GHAZALI)
Pengetua
Sekolah Menengah Agama Nilai

You might also like